Saturday, 24 November 2012

Bersama Bonda Menanti Abuya

Semua yang dikasihi!

Pak Lang ingin bersembang tentang sesuatu pada malam ini. 

Jika kita perasan dalam surat terbuka Bonda Wasilah ar kepada Zawawi Aman pada 10 Muharram (hari ini) ialah tentang kepulangan Bonda Wasilah ar ke Malaysia. Persoalan ini sangat popular terutama di kalangan wartawan media.

Tetapi apa yang ingin dinyatakan oleh Bonda Wasilah ar ialah ketetapan hatinya untuk tetap berada di kampung Rasulullah saw - di haramain ini.  Belum masanya Bonda kembali. Tapi pastilah Bonda dan kita akan ketemu hari dimana peristiwa bersejarah kepulangan Bonda Wasilah ar bersama Saiyidi Syeikh Imam Mahdi serta Abuya Fata At-tamimi ke Malaysia tercinta.



Kami mengikuti pembacaan surat oleh Syeikh M. Rizal ar dan Syeikh Hamzah ar. Bonda Wasilah ar kelihatan sangat serius menghayati setiap ungkapan hujjah yang dibentangkan dalam surat tersebut. Sepertimana biasa kami diminta mengulas. Sebagai pengerusi, pak lang yang diminta mengulasnya terlebih dahulu!! (seram dan menggeletar). 

"Saya di Mekah meminta pada Rasulullah SAW agar jangan kembalikan saya ke Malaysia lagi sebab saya terlalu rindukan baginda. Saya merasakan Mekah kampung saya". 

Inilah sedutan dari teks surat tersebut. Pak lang rasa sesuatu melekat di hati. Selama ini pun itulah ungkapan biasa yang kami selalu dengar mengenai kepulangan Bonda ke Malaysia. Anehnya kali ini Pak lang rasa persoalan ini perlu kami pandang serius. Dengan kata lain, Kalau Bonda tak sanggup meninggalkan kampung Rasulullah saw, apa halnya dengan kami. Tidak sepatutnya jika masih ada di hati kami yang memilih dan bercita-cita untuk balik meninggalkan Bonda di Haramain. Sedangkan kami semua datang ke haramain bukan secara kebetulan. Nama kami RSA yang putuskan. Tentu persoalan ini besar dan utama cuma Bonda tidak mengutarakannya secara langsung untuk kami. Tetapi hati saya terusik sangat untuk merenung hal ini.   

Ya lah! kami sudah di sini. Bersama Bonda setiap hari adalah satu anugerah. Bukankah Abuya berpesan supaya jadikan diri, hati dan jiwa Bonda Wasilah ar sebagai subjek kajian. Tidak ada fakulti, tidak ada universiti yang terfikir hal ini. Tetapi ini adalah kenyataan yang Pak lang sendiri akui.kewajaran dan kebenarannya. Untuk mengkaji tentang dirinya, kenalah duduk bersamanya. Banyak yang sudah tersingkap yang kami baru tahu terutamanya hati budinya, kegigihannya, kewibawaannya, kepintarannya dan lain-lain. Hakikatnya kami sedang melihat diri Abuya dalam dirinya. Rasanya tiada pemisahan antara keduanya kecuali jantinanya. Dalam gerak geri Bonda, ada gerak geri Abuya, dalam cakapnya, ada nada dan gaya cakap Abuya. Ketika menonton persembahan, gelengan kepalanya adalah gelengan kepala sama seperti Abuya. bahkan butiran cakapnya, teknik penyampaian dan hujahannya sangat menepati Abuya; Benar dan benarnya Bonda adalah wasilah Abuya. 

Justeru peluang bersamanya adalah peluang yang hanya datang sekali seumur hidup. Elok kami rasakan begitu untuk tidak menyesal nanti. Kembalinya Bonda ke Malaysia bersama Saiyidi dan Abuya adalah kepulangan kejayaan. (Pak lang tahu ada orang yang baca entri ini sedang ketawa atau tersenyum mengejek; tidak setuju la... tapi Pak lang tak perlu fikirkan mereka sebab sudah mungkin tertulis di Luh Mahfuz untuk mereka membawa watak Abu Jahal Abu Lahab di akhir zaman!!)

Hari di mana kami tidak lagi dapat bersama Bonda pasti akan berlaku. Hari di mana tiada lagi solat berjemaah bersama-sama. Tiada lagi teguran-teguran pada kelurusan saf, rapat dan ketepatan kiblat, tiada lagi teguran pada imam atau makmum, juga tiada lagi makan bersama, 'memerangkap' burung merpati bersama. Tiada lagi ekspedisi ke Jabal Nur, Jabal Tsur, Arafah, Mina, Muzdalifah dan Masjidil Haram. Seluruh apa yang sedang kami tempuh bersama Bonda sekarang akan menjadi lipatan emas di dalam hidup kami. ianya adalah pilihan RSA untuk kami menempuhnya bersama Bonda. bayangkan setiap hari adalah butiran kata atau peristiwa untuk difaham, dihazam, diyakini dan dipraktikkan. Atas nama Allah dan Rasul, segalanya dibawa Bonda untuk kami rasakannya besar dan penting. 

Alahai panjang pula entri ni. Tidak pandai lagi nak ringkas-ringkas!! Maaflah kalau anda semua jemu membacanya. Ini memang kelemahan Pak lang; suka meleret-leret. 

Sebenarnya malam ini sedang berdebar menunggu pelancaran blog ini. Bonda Wasilah ar bermurah hati nak lancarkan sebentar nanti. Sehabis persembahan ibu-ibu dan muslimah, blog suaramuhajirin ini akan diresmikan; akan di'terbangkan' ke alam maya membawa doa restu Bonda wasilah agar blog ini membawa cita-cita Abuya, memperjuangkannya sedaya yang termampu.  Blog ini  akan mengikut jejak YBM Sy Fakhrurazi ar, yang sangat produktif melalui blog suaraharamain. Juga meniru sedikit pendekatan Sy Harun ar dalam melayani para remaja. Begitu juga menghargai bantuan Sy Nawawi dalam menghasilkan blog ini. 

Pak lang teringat kata-kata Abuya bahawa para pemimpin kena mampu menjadi penulis. (Jangan juga lupa kata Abuya; seseorang pemimpin juga seeloknya pandai memasak - Abuya kan pakar dalam bidang masakan). Untungnya menulis kerana ia membina kelancaran minda,. Menulis membantu menyusun hujjah untuk dapat dibaca sebelum kita pakar menyusunnya di minda. Menulis membina keyakinan diri dalam berhadapan dengan persoalan masyarakat. Dorongan Bonda Wasilah ar untuk diri Pak lang sangat besar bilamana Bonda sudi mempromosi blog ini. 

Blog ini telah mula Pak lang postkan entrinya satu persatu sejak 1 Muharram yang lalu. Sejak itu sentiasa ada dorongan di hati, perlunya Pak lang mohon restu dan perkenan dari bonda Wasilah ar terlebih dahulu. Serah saja pada Bonda. Jika RSA perkenankan, pasti Bonda akan katakan ya! Memang jawapan Bonda ialah: "silakan!!" sudah cukup bererti, Tiba-tiba pagi tadi Bonda umumkan hasrat Pak lang meresmikan blog ini di dalam majlis sambutan 10 Muharram.  (cuma Bonda tangguhkan simbolik perasmiannya pada malam ini). Alhamdulillah terima kasih RSA, terima kasih Bonda Wasilah ar. 

Lalu pagi tadi barulah Pak lang menghantar link kepada grup bb yang ada dalam blackberry Pak lang. Selama lebih seminggu beroperasi secara senyap ini. Sehingga pagi tadi hanya ada 130 pengunjung. Itupun lebih banyak dari diri sendiri dan seorang dua rakan yang sudah maklum. Anehnya ada seorang dua dari Amerika Syarikat yang menjadi penjenguk tetapnya. Apa pun jumlah pengunjung sudah meningkat sekelip mata. Dari jam ke jam ianya drastik!! Sehingga saat ini sudah 3,900 pengunjung!! Menghampiri 4,000 yang rasanya dapat dicapai pada tengah malam nanti. 

Terima kasih pada Bonda Wasilah ar di atas kemurahan budi menyokong dan mendorong usaha Pak lang ini. Semoga RSA membantu Pak lang untuk menjadikan blog ini benar2 berfungsi memperkenalkan Abuya Putra Bani Tamim dan perjuangannya kepada generasi muda di dalam jemaah. Kepada Bonda Wasilah ar diharapkan teguran dan pandangan yang berterusan. Dengan panduan Bonda, jadilah yang dicatatkan nanti adalah dari hati yang takut, rindu, cinta dan malu kepada Zat Yang Maha Menguasai dengan berkat RSA. Atk Atk Atk. 


No comments:

Post a Comment