Social Icons

Friday, 30 November 2012

Tun Dr Mahathir Mohammad


Para remaja atau generasi anak cucu di dalam GISB kenalah membanyakkan pengetahuan am. Banyak maklumat, perkara atau peristiwa yang berlaku di dalam jemaah, di dalam negara dan di dunia yang perlu difahami dan di analisa dengan tepat. Penggunaan blackberry dan internet hendaklah dimanfaatkan sepenuh untuk meningkatkan pengetahuan serta kematangan diri. Dalam beberapa post akan datang Pak Lang akan kemukakan beberapa isu berkaitan politik di negara kita. Untuk kali ini kita mulakan maklumat berkaitan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pak Lang kutip maklumat ini dari laman web berikut; www.freewebs.com/sejarahkita/drmahathir.htm

Thursday, 29 November 2012

Ciri Pelajar Berwatak Ayam Daging, Ayam Kampung dan Ayam Hutan.


Untuk memudahkan kita faham bentuk pendidikan yang GISB sedang lagangkan mari kita lihat perbandingan Abuya tentang ayam daging, ayam kampong dan ayam hutan. Kiaslah ianya dengan kategori pelajar yang ingin dihasilkan. Sudah tentulah Abuya inginkan pelajar atau remaja GISB yang berkualiti seperti ayam kampong atau seboleh-bolehnya ayam hutan!

Jejak Maqam Para Auliya' di Bahnasa

Kawan-kawan yang di Mesir sedang menziarahi medan perang Bahnasa, Mesir. Abuya terlebih dahulu sampai di sini daripada kami. Menariknya di samping ada ribuan maqam sahabat, kita akan dapat melihat dengan mata kepala sendiri; objek-objek para wali kekasih Allah dalam bentuk sejengkal. Ianya muncul sebaik kita mula bertawassul. Panggillah Rasulullah saw, Saiyidi, Abuya, para sahabat utama serta seluruh kekasih Allah, pasti objek pelbagai warna ini muncul dengan bentuk manusia. Ianya terpancar dalam bentuk cahaya merah, putih/cerah, biru, hijau, kuning dan lain-lain. Meriahnya kerana bila objek ini dilihat bertongkat, berjalan, bersembahyang; sujud, rukuk, menaiki kuda dan berlari. Subhanallah. luarbiasanya kerana ianya adalah gambar para ruh yang diizinkan Tuhan bagi kita di akhir zaman melihatnya. Pak Lang  tidak ingat maqam siapa tapi bahagian atasnya iaitu bumbungnya adalah kubah bulat berwarna putih yang besar. Objek ini berdatangan ke seluruh ruangan dalam kubah tersebut. Kami mendongak dan tidak putus-putus bersyukur dapat melihatnya.

Wednesday, 28 November 2012

GISB bersama Angkatan Tentera Laut Dua Negara


Pertemuan GISB Phuket bersama Tentera Laut Di Raja Thailand (TLDT) 
dan Tentera laut di Raja Malaysia (TLDM)

Pada malam 1 Muharram, pihak TLDT telah menjemput Global Ikhwan Phuket untuk menghadiri majlis makan malam di atas kapal TLDM yang baru sampai di pelabuhan tentera Phuket. Kedatangan rombongan TLDM adalah untuk mengadakan latihan bersama TLDT. Pihak GISB di wakili oleh Syeikh Muhammad Adam ar, Syeikh Fauzi dan Ustaz Haron. Yang ajaibnya hanya pehak GISB Phuket satu-satunya tetamu yang hadir selain kedua-dua pihak TLDT dan TLDM.

Thursday, 22 November 2012

Melayu Abad 21 menurut sasterawan negara Dato' Prof. Usman Awang


Salam semua!!!

Pak lang adalah salah seorang peminat Sasterawan Negara Dato' Prof. Usman Awang (Allahu Yarhamhu). Sajak beliau yang Pak Lang paparkan di bawah ini ada kaitannya dengan anda semua...Cuba kita renung apa kata beliau tentang bangsa Melayu dan perhatikan 12 baris yang akhir. Itulah ciri remaja Ikhwan yang ada pada anda semua!!

Tuesday, 20 November 2012

Gaza oh Gaza

Maaf kerana post kali ini sangat jauh dari jiwa kebanyakan remaja . Sebaliknya Pak Lang suka tulis yang sebegini kerana anak cucu Pak Lang dan remaja Ikhwan sudah lama dididik membenci Yahudi. Mereka sangat mengikuti perkembangan perjuangan melawan Yahudi. Mereka sudah lama di didik memahami kelicikan Yahudi dan tidak mahu terperangkap dalam sistem Yahudi.

Tazkirah buat diriku

Mati!!

Semakin hari semakin hampir dengan kematian. Ngeri mengenangkannya!

Sebaik bermula proses nyawa nak ditamatkan Malaikat Izrail, khabarnya ada rasa dalam diri bahawa "aku dah nak mati!!!" peluh pun keluar.

Gementar tidak terkira! Semua dosa menerpa secara tiba-tiba.  Terlintas semua orang yang disayang, teringat semua tanggungjawab dan amanah.

Sakitnya kematian sudah mula terasa. Penuh memercik semakin deras. Dada berombak bagai hendak pecah....teringatkan kesudahan kehidupan. Apakah baik atau buruk.

Mencuba menyebut kalimah syahadah, mampukah lidah menyebutnya di saat segenting itu? Ingin bertaubat supaya dapat keluar dari alam dunia dalam keadaan bersih dari dosa? Masa yang ada sudah tidak sempat bertaubat, nyawa sudah tinggal dihalkum.

Di saat akhir mencari-cari siapa guru yang boleh membantu menyelamatkan?? Allahhhhh!

Monday, 19 November 2012

RAHSIA BAHAGIA


 Rahsia Bahagia

Sekaya-kaya manusia di dunia, biasanya dia menempuhnya dalam keadaan keluh kesah dan tertekan. Gelisah, menderita serta rasa tidak mendapat apa yang dicari sentiasa menghantui diri. Di pihak luaran orang lain melihat sikaya dengan perasaan kagum. Orang lain jadi cemburu tetapi empunya diri rupanya sedang menderita dan kecewa.

Kisah Berimannya Raja Habib

Post kali ini saya hidangkan satu kisah menarik mengenai mukjizat Nabi Muhammad saw. yang jarang-jarang kita ikuti kisahnya. Mungkin kita pernah dengar mukjizat Nabi saw. dimana bulan terbelah dua dan masuk dalam pakaian Nabi saw.  Kedua belahan bulan itu kemudiannya keluar dari lengan baju Nabi saw lalu bertangkup semula di atas kepala Nabi saw serta mengucapkan syahadah.....Saya petik kisahnya dari : http://sangtawal.blogspot.com/2010/12/raja-habib-yang-mendapat-hidayah.html (syukran)

Saturday, 17 November 2012

Hidup untuk saling kenal mengenal







Sepanjang hidup, kita menempuh berbagai pengalaman, Kita juga mengenali ramai orang. Semuanya datang dan pergi dari memori kita. Hanya sedikit daripada mereka yang kita selalu bersamanya terutama jiran-jiran dan kenalan di sekitar kehidupan kita yang terkini. Kenalan yang berlalu pergi, ramai yang terus hilang dari pengetahuan dan ingatan. Sekali sekala kita mungkin terserempak dengan seorang dua dari mereka; ingatan lama pun terhimbau kembali.
Dalam mengenang saat-saat manis kita sampai terpacul inginkan situasi sebegitu berulang semula. Demikian juga kenangan pahit, sulit dan sukar yang pernah ditempuh di dalam hidup merupakan suatu azimat penguat semangat pada masa kini. Kadang-kadang rasa syukur yg teramat sangat menyelinap masuk ke hati mengenangkan kasih sayang Tuhan melepaskan kita dari semua masalah tersebut.

 

Sample text

Sample Text

Sample Text