Social Icons

Monday, 31 December 2012

Khazanah Umat Islam Di Bank Of England?

Berikut adalah gambar-gambar khazanah kekayaan yang didakwa sebagai milik kerajaan England. Adakah ianya merupakan kekayaan yang dirampas dari negara-negara jajahannya dulu? (dipetik dari blog PenPatah)


Jongkong Emas Bank Of England Bernilai RM750 Billion (6 Gambar)
Di bawaah ini adalah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion! Info tambahan:

Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jonkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan.

Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England's City of London berada.

Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.

Bayangkan saja, untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang. Itu belum lagi termasuk pelbagai tahap sekuriti canggih yang ada di situ.














LIHAT JUGA MAKLUMAT INI

Negara-Negara Komanwel



Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


    

Commonwealth of Nations
Negara-negara Komanwel

Bendera


Commonwealth of Nations.svg
Ibu PejabatLondon, United Kingdom
Negara ahli53 (senarai)
Ketua KomanwelRatu Elizabeth II
Setiausaha AgungKamalesh Sharma ( India)
Penubuhan1926
Laman webhttp://www.thecommonwealth.org/
Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).
Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

 

Sejarah

Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.

Senarai ahli mengikut benua

Tarikh keahlian (dalam kurungan).
Ahli yang kini digantung:
  • Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001, digantung semula September 2009)[1]
Bekas ahli:



 

Saturday, 29 December 2012

Seks Haram Berleluasa di Danok, Thailand Vs Seks Suci Islam

Baru-baru ini bila aku balik kampung di Kedah, aku mengambil kesempatan ke Bukit Kayu Hitam. Kebetulan ada abangku yang menjadi peneroka di Felda Bukit Tangga - sebuah tanah rancangan Felda yang kawasan ladang getahnya meliputi kawasan di tepi pagar sempadan Malaysia-Thai . 

Setelah solat dan makan tengahari di rumahnya, aku bersama keluarga bercadang membeli beberapa keperluan di Bukit Kayu Hitam sebelum balik ke Kuala Lumpur. Kami memasuki kawasan bebas cukai yang terletak hanya 150 meter dari pintu masuk ke negara Thailand. 

Sementara menunggu anak-anak dan isteri-isteri meninjau barangan yang hendak dibeli di situ, aku menunggu di dalam kenderaan bersebelahan stesen teksi yang mengangkut penumpang masuk ke Thailand. 

Peluang bertegur sapa dengan seorang pemandu teksi di situ membuka satu topik yang menarik: (aku petik dialog yang berlaku dalam loghat utara; semoga pembaca dapat memahaminya).
“Ramai ka penumpang masuk Thai la ni” aku bertanya pemandu teksi Hatyai itu dengan nada loghat Kedah pekat iaitu dengan mengangakan sedikit mulut pada sebutan “ka” dan “la”.

“Tak berapa ramai dah la ni” jawabnya yang sebelum itu memperkenalkan diri sebagai Bang Seman. Mesra orangnya. 
“awat (kenapa) orang tak ramai?, takut bom ka?” aku menjolok lagi. 
Bang Seman menggeleng-gelengkan kepala. Nampak gayanya dia tidak merokok, senanglah aku hendak bersembang panjang dengannya. 
“La ni teksi banyak sangat, orang pula banyak guna kereta sendiri” gerutunya dengan nada sayu. “Terpaksa tunggu lama baru dapat penumpang” dia menyambung.
“Habis tu cukup ka nak bela anak bini dengan bawa teksi macam ni?” Aku cuba dapatkan maklumat baru. Rasanya mereka pasti ada kerja sampingan. 

Dia memandang mukaku dengan agak selesa dan menjawab, “Bang Seman ni kira syukur juga la sebab anak-anak dah kerja, rumah tak kena sewa, duduk dengan orang rumah saja, tapi...”
“Tapi apa Bang Seman? Tanpa sedar aku memotong cakapnya, bertanya.
Bang Seman terus menyambung:  “tapi kalau ada duit banyak buat rumah sewa laku sangat”!
“Sewa kat siapa?” Aku bertanya lagi
“Sewa kat orang Malaysia la! Siapa lagi!”
“Ohh! maksud Bang Seman orang Malaysia mai sini beli barang bermalam di sini, awat depa tak sewa hotel, hotel kan banyak‼”

Bang seman tidak menjawab persoalan yang aku nyatakan tadi. Dia menoleh memerhati ke kaunter penumpang, melihat-lihat ada atau tidak penumpang yang ingin menggunakan khidmat teksinya. Aku berdoa supaya dapat bersembang lagi dengannya. Ternyata taqdir menyebelahiku. Dia rupanya ingin bersembang panjang. Duduknya diperkemaskan lalu bercerita lanjut, “Sebenarnya macam ni, orang Malaysia ramai sangat sewa rumah kat sini. Depa sewa berbulan dan ada yang bertahun. Cuba kira kalau sebulan sewa RM500.00, setahun berapa?  Ini rumah biasa saja 2 bilik tapi berebut orang Malaysia nak sewa”.   

Aku tidak puas hati. Banyak sangat persoalan yang menerjang otakku.
“Maksud Bang Seman, rumah sewa tu kat mana? Kat Danok ni ka?”
“Ya la! kat sebelah Thai ni la. Kalau ada duit beli apartmen yang banyak tumbuh kat sebelah Thai ni, lepas tu sewa kat orang Malaysia. RM500.00 tu banyak‼”
“Orang Malaysia tu sewa untuk apa?” aku bertanya lurus.
Bang Seman merapatkan wajahnya kepada ku dan bercakap dengan nada lebih perlahan; “Depa simpan perempuan siam kat sebelah sini!” Ujarnya sambil matanya merenung tajam ke mukaku.  “Depa takut bini depa tahu, hujung minggu depa masuk mai Danok semalam dua lepas tu balik la. Boleh tengok di tempat letak kereta apartmen yang depa duduk tu penuh dengan kereta plat Malaysia”. Sambungnya lagi. 

(Aku tahu mereka masuk Thailand tanpa cop pasport. Itulah kebiasaannya bagi mereka yang hanya ke Danok membeli barangan atau melanggan pelacur. Justeru siisteri di rumah tidak akan tahu apa yang dilakukan si suami ketika ‘out station’).

Aku tidak terperanjat mendengar hal sebegini kerana pekan Danok sebelah Thailand ini memang sejak lama menjadi tempat perempuan Thailand mengumpan lelaki Malaysia. Tentulah pelacur!  Lelaki Melayu, Cina dan India dari Malaysia berpusu-pusu datang di hujung minggu. 

Tapi anehnya Bang Seman yang muslim ni teringin pula nak berbisnes rumah sewa untuk golongan sebegini. Dah rosak sungguh orang Islam Thailand ni fikirku. Apa pun aku sangat teruja kerana maklumat yang diberikan mengesahkan khabar-khabar tentang Danok yang ku dengar sejak kecil. Rupanya bisnes pelacuran ini tidak ada zaman gawat bahkan sentiasa berkembang.

“Ohh! jadi orang Malaysia simpan perempuan Thai di rumah yang mereka sewakan itu. Err berapa ramai agaknya yang buat kerja macam tu?” Aku bertanya lagi.
“Bang Seman rasa jumlahnya sekitar 500 ke 600 orang. Sebab bilik-bilik apartmen yang ada tu semua penuh dengan orang Malaysia yang sewa.”
“Ramaikah orang Melayu? Adakah depa berkawin?” aku bertanya, masih banyak lagi yang ingin ku ketahui.

 Bang Seman menggeleng kepala, “Jumlah orang Melayu Bang Seman rasa dalam lingkungan 100 ke 200 orang juga. Kahwin ke tak kahwin ke Bang Seman tak tahu.  Tapi yang lebih ramai tu bangsa Cina bahkan ada Cina Kuala Lumpur, Johor Baharu, Ipoh dan Penang. Orang Cina banyak yang meniaga. Depa tipu bini depa kata mesyuarat la, bisnes la. Orang Melayu yang kawin mungkin ada yang baik-baik, tak mahu buat jahat; depa kawin la. Tapi orang melayu kalau kerja makan gaji, tak banyak duit, tak boleh nak bela depa atau simpan depa.” Ujarnya lebih lanjut. 

“Eh! mudahnya perempuan-perempuan  siam tu setuju hidup macam tu”  aku cuba mendapatkan reaksi lanjut dari Bang Seman.

Dia menjelaskan; “Perempuan siam yang ada kat sini, depa mai dari Chengmai, Cheng Rai dan lain-lain kawasan utara Thailand.. Depa tu pun bukan fikir apa tapi hanya fikir nak cari duit saja. Mak bapa jauh tak tanya anak kerja apa. Mak bapa depa pun tahu nak duit saja.”
“Banyaklah lelaki yang bela depa kena tanggung?” aku menjolok lagi.
“Memang banyak la, sebab semua kelengkapan rumah kena sediakan, baru perempuan siam tu mahu dengan depa. Semua depa minta baru. Serba lengkaplah dengan peti ais, tv, mesin basuh, katil, tilam, dapur dan lain-lain. Berpuluh ribu juga kena habis untuk lengkapkan rumah tu. Lelaki yang nakkan depa kena ikut apa depa nak. Kalau depa minta duit tak dapat, depa buat perangai. Ada lelaki Malaysia yang ‘putih mata’ sebab bila duit dah tak mampu diberi pada perempuan yang dibela tu, perempuan tu angkut semua barang pindah tempat lain. Tinggal rumah kosong. Kalau dah ada anak, dengan anak tu sekali hilang. Itu belum lagi depa minta duit untuk diberi pada keluarga di kampung. Ada pula yang tipu bila suami atau lelaki dia balik Malaysia, dia terima lelaki lain pula masuk rumah yang disewakan tu. Memang terukla lelaki Malaysia kena ‘cukur'." Bang Seman menjelaskan dengan panjang lebar.

Padaku Bang Seman mesti sangat teruja nak mendapatkan rumah untuk disewakan pada orang Malaysia sebab itulah maklumatnya lengkap. Tentu dia dah buat ‘kajian pasaran.”

Aku cuba mengacah dengan soalan nakal, “ Apa yang menariknya pada perempuan siam ni Bang Seman sampai orang Malaysia sanggup habis duit untuk dapatkan depa?”

Soalanku ini rupanya mengena. Bang Seman mengangkat mukanya memandang tepat ke mukaku lantas bercakap perlahan, “Ooooh mana boleh tahan dengan perempuan siam muda-muda. Itu yang sanggup habis duit. Sanggup mai dari jauh sebab tak boleh nak lupa layanan depa. Bini kat rumah mana reti nak layan hebat-hebat macam perempuan siam ni dok buat. Bang Seman pernah bawa seorang Cina tua dr Johor Baharu naik teksi bawa dia pi beli barang. Saya tak tanya pun tapi dia cerita sepuas-puasnya apa yang dia dapat dari perempuan yang dia bela. Dia kata bini dia dah tua tapi sejak mula kawin sampai tua, dia tak pernah rasa sehebat layanan dari perempuan siam ni. Beza bumi dengan langit. “aiiyyyo tarak boleh lupa maa... balik seminggu mau datang lagi sini maa.” Bang seman meniru loghat bahasa Cina tua yang diceritakannya itu.

Aku rasa banyak lagi yang boleh aku korek dari Bang Seman tapi rasanya sudah cukup maklumat yang aku dapat. Aku bersalam dan mengucapkan berbanyak terima kasih pada Bang Seman kerana kemesraannya menjadikan aku dapat mengambil banyak infomasi. 

Dari jauh kelihatan keluargaku sudah keluar dari pintu hadapan Kompleks Bebas Cukai Bukit kayu Hitam. Aku memandu perlahan untuk mengambil mereka. 

Sepanjang perjalanan balik ke kuala Lumpur, setelah anak-anak semuanya tidur keletihan, aku bersembang-sembang dengan isteri-isteriku mengenai perkara tadi. Kami bersyukur kerana Abuya telah mewarnakan rumah tangga kami dengan rumah tangga poligami. 

Semoga Tuhan jadikan lakarannya semakin indah dari hari ke hari. Inilah penyelesaiannya yang masyarakat umum masih gerun untuk memahaminya walaupun secara realiti ramai suami ‘memadukan’ isteri mereka dengan para pelacur...Pelacuran dan penzinaan akan terus mengambil tempat - sebagai alternatif - di hati para lelaki yang tidak puas menikmati seks dengan pasangannya yang ‘sah’ menurut agama masing-masing. 

Lelaki yang tidak beriman akan tenggelam dalam hiburan fitrah yang dilaknat Tuhan. Para isteri yang tidak mahu memperbaiki serta meningkatkan cara dalam melayan keinginan seks suami akan terus  merasakan suram dan lesu hubungan kasih sayang mereka. Hiduplah dalam kepura-puraan kerana masing-masing memilih untuk saling tidak mahu memahami. 

Tuhan telah perkenalkan poligami sebagai wadah untuk suami yang baik menikmati kepuasan seks yang suci dari empat orang isteri. Manakala isteri yang menerima poligami pula akan tetap menerima kasih sayang suami. 

Apapun yang berlaku, poligami sebenarnya hanya untuk mereka yang mahu mendapatkan cinta Allah dan Rasulullah saw.  Tanpa Allah dan Rasul, ke manakah poligami dan rumah tangga ingin di bawa? Terimakasih Ya Saiyidi dan Abuya kerana menjadikan poligami sebagai medan untuk kami diletakkan membela seks suci lagi indah dari Tuhan. Sekian.

P/S: Mohon maaf! Penulis paparan cerita benar di atas tidak bersedia dipaparkan namanya.

Thursday, 27 December 2012

Kisah Remaja Perempuan Yang Celupar Mulut Terhadap Tuhan



Pagi ini Pak lang terbaca satu kisah mengerikan dalam RILEKSANTAI.COM

Pak Lang paparkan di sini untuk tatapan para remaja dan siapa sahaja yang yakin dia akan mati pada bila-bila masa walau di mana saja dia berada!!

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. 

Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana

Wednesday, 12 December 2012

Benarkah UMNO Terlambat Melakukan Muhasabah? Benarkah UMNO Tidak Mampu Bangkit Semula?

 Pak Lang sebenarnya yakin, suaramuhajirin ini akan dibaca oleh orang-orang Dato Seri Najib. Ianya tidaklah mustahil jika Tuhan kehendaki kerana Dia Maha Kuasa. Pak Lang – sepertimana orang lain juga sedang sangat menunggu bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13…. Sudah puluhan tarikh yang diramal dan dijangkakan oleh pakar-pakar dan penganalis politik. Setakat ini semuanya meleset. Dato' Seri Najib ternyata mempunyai firasatnya sendiri.

Ramai menganggap Dato Seri Najib menangguhkan tarikh pembubaran parlimen kerana laporan risikan menunjukkan sokongan para pengundi masih belum memihak kepada Umno / BN. Ada pula yang mengatakan Dato; Seri Najib menangguhkannya atas beberapa alasan;
a)  Situasi penyokong kerajaan di negeri-negeri dikuasai pembangkang, yang terlalu terkejut dengan kekalahan UMNO / BN pada 2008 sangat tidak memungkinkan PRU 13 disegerakan seperti amalan kebanyakan perdana menteri terdahulu. Mereka semua memerlukan masa antara 1 ke 2 tahun untuk pulih dari kejutan, kewalahan serta kekecewaan hati, Moral yang jatuh teruk perlukan masa dan usaha untuk ianya bangkit semula.       
b)  UMNO / BN mesti diberi masa mengkaji dan membuat analisa yang tepat terhadap apa yang terjadi pada PRU 12 dan hanya setelah segala-galanya dikenal pasti, barulah usaha menggerakkan seluruh jentera dilakukan secara komprehensif. Ianya mungkin berjalan seiring dengan kenaikan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri dengan mengutarakan slogan 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan dan lain-lain usaha transformasi
c)  UMNO / BN memerlukan masa untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka sedar kesalahan dan kesilapan mereka. Mereka juga sedang membuktikan bahawa mereka benar-benar sedang dan akan berubah seiring dengan kehendak dan hasrat rakyat.

Jangka waktu yang Dato Seri Najib punyai untuk menyelesaikan masalah, mengumpul kekuatan dan memenangi semula hati rakyat sememangnya relatif singkat! Ianya tidak semudah mentadbir sebuah negara seperti Amerika kerana politik Malaysia mempunyai warna dan rupa berbeza. Ianya demokrasi tapi demokrasi yang diubahsuai untuk membolehkan negara ini sentiasa mempunyai rakyat yang saling curiga mencurigai. Ada 'pihak' yang sedang mengaut untung dari situasi sebegini sebenarnya.

Inilah masanya UMNO / BN benar-benar diuji. Puluhan tahun UMNO / PERIKATAN  dan UMNO / BN menguasai kerajaan, inilah masa yang sangat kritikal. Jika ada tongkat sakti, mahu sahaja Dato Seri Najib membelinya biar berbillion ringgit harganya. Memang ramai yang menganggap tongkat sakti itu ada pada rakyat. Beli lah hati rakyat, nescaya mereka pasti memilih UMNO / BN. Soalnya sekarang, cukupkah segala apa yang dilakukan secara agresif selama Dato Seri Najib menjadi PM untuk memenangi hati rakyat?

Walau bagaimana pun.  Pak Lang ingin ingatkan bahawa  'tongkat sakti' kemenangan dalam pilihanraya nanti ada di tangan Tuhan. Perhatikanlah situasi ini hari ke hari. Ada kemungkinan pilihanraya tidak terjadi kerana Tuhan merencanakan jadualnya yang tersendiri. Tidak ada pakar yang mampu menebak strategi ini. Jika Tuhan kehendaki, segalanya akan mungkin berlaku. Samada BN atau PR yang menguasai kerajaan jangan kita fikirkan dulu. Sebaliknya buatlah persiapan untuk diri, keluarga dan kumpulan kita. Jika benar-benar mencapai kelompok yang diredha Tuhan, maka Tuhan pasti ada jalan menaikkan orang-orangNya di waktu kelompok lain menderhakaiNya.

Inilah yang UMNO patut lakukan sebaik kalah dalam PRU12 yang lalu. Malanglah kerana usaha menginsafi diri, memperbaiki diri dengan benar-benar tunduk malu dengan Tuhan, tidak dilakukan. Semuanya masih selesa menghadapinya dengan cara politik sedangkan teguran Tuhan sangat dahsyat! Hampir-hampir sahaja, Putrajaya beralih tangan tetapi ahli agama di dalam UMNO tidak mampu mengajak PM dan para pemimpin kembali kepada Tuhan. Inilah malangnya. Inilah sedihnya buat para ahli bawahan UMNO. Sudah lama mereka inginkan Islam diperjuangkan oleh UMNO dengan lebih bermakna. Mereka sudah tidak mahu slogan kosong.  Bahkan mereka sanggup memperjuangkan Islam lebih daripada apa yang PAS lakukan. Mereka meluat dan menyampah dengan pemimpin pura-pura, sombong dan mementingkan diri. Malangnya pemimpin mereka tidak menyedari hal ini. Hasrat mereka tidak disambut pemimpin atasan. Jadilah mereka membawa hala yang berlainan di dalam hati masing-masing.

Slogan Allahu Akbar dan baiah janji setia untuk hidup dan mati dalam mendaulatkan Islam baru dikemundangkan di Perhimpunan Agung UMNO yang baru-baru ini sahaja. Itupun masih berbentuk slogan tetapi ianya sudah cukup menitiskan airmata ahli-ahli bawahan. Mereka menangis terharu kerana Presiden berani melaungkan ungkapan keramat itu di dewan yang selama ini hanya melaungkan 'hidup Melayu'!!  Betapa jiwa suci ahli UMNO sangat inginkan perjuangan yang lebih serius dalam menegakkan agama. Sepatutnya Allahu Akbar ini, adalah laungan keramat di awal kekalahan. Inilah laungan yang mampu membangkitkan semula semangat jihad. Inilah laungan yang mampu menyedarkan yang jahat. Inilah yang sepatutnya dilagukan sepanjang proses muhasabah diri dan memenangi semula hati rakyat. Percayalah bahawa jika UMNO segera kembali kepada Tuhan dengan sebenar-benar taubat, kemungkinan Tuhan campurtangan dalam PRU13 ini tetaplah ada. Walaupun sudah terlambat, jika UMNO tahu merujuk kepada Tuhan dan kepada orang-orang pilihan Tuhan, tiada yang mustahil untuk keajaiban berlaku!!

Ingatlah ketika Mesir kalah di tangan Israel pada perang Jun 1967 dan Israel berjaya merampas dan menduduki Semenanjung Sinai, seluruh rakyat Mesir menangis. Semuanya meratap sedih, malu dan pilu. Seluruh rakyat Mesir rasa malu dan terhina. Mereka terpaksa melupakan pergeseran dan pertelingkahan sesama sendiri kerana musibah yang berlaku di depan mata adalah musibah bersama yang lebih besar dan lebih menjatuhkan maruah mereka. Lalu mereka segera bangkit. Mereka kembali bersatu.

Para ulamak yang diketuai oleh Syeikhul Azhar iaitu Al-Arif billah Syeikh Abdul Halim Mahmood, segera memulakan proses muhasabah diri. Masjid kembali dipenuhi para jemaahnya. Semuanya kembali khusyuk kepada Tuhan kerana sangat merasakan kemarahan dan herdikan Tuhan terhadap bangsa dan negara Mesir. Mereka bertaubat menangis mengadu kepada Tuhan. Mereka meminta Tuhan kembalikan Sinai kepada umat Islam. Mereka akui kesalahan mereka.

Maka waktu itu meriahlah Mesir dengan kehidupan beragama. Majlis ilmu dan majlis zikir taubat kembali bergema di merata pelusuk bumi Mesir. Masa yang sama Presiden Anwar Sadat menyiapkan bala tenteranya. Semua senjata, perlalatan, kenderaan, jet pejuang, bom dan sebagainya dipersiapkan. Segalanya dilakukan penuh rahsia.
Mereka mula mendekati perbatasan Terusan Suez.

Maka setelah hampir enam tahun proses muhasabah ini berjalan, berlakulah isyarat kemenangan yang sangat tersendiri. Syeikh Abdul Halim Mahmood bermimpi melihat Rasulullah saw berdiri di Semenanjung Sinai dengan berkata; " Ya Abdul Halim! Ana fi Sina'!! yang bererti; "Wahai Abdul Halim, perhatikanlah! Aku sedang berada di Semenanjung Sinai!". Maka sebagai seorang ahli sufi, fahamlah Al-Arif billah Syeikh Abdul Halim Mahmood bahawa itu adalah isyarat kemenangan yang diberitahu padanya oleh Rasulullah saw. sendiri.

Lantas dibawalah khabar rahsia ini ke pengetahuan Presiden Anwar Sadat. Lalu diputuskan serangan terhadap Israel pada 6 Oktober 1973 bertepatan dengan hari Yom Kippur iaitu hari perayaan agama Yahudi. Justeru Perang 6 Oktober itu dikenali sebagai Perang Yom Kippur. Dan harus diingat perang 6 Oktober ini juga dikenali sebagai perang 10 Ramadhan! Mereka berperang di bulan Ramadhan! Mesir akhirnya berjaya menguasai semula Semenanjung Sinai. Hancur lebur kubu-kubu Israel di Semenanjung Sinai - dikerjakan oleh ruh jihad tentera-tentera Mesir.

Banyaklah pengajaran yang patut diambil iktibar oleh UMNO dari peristiwa ini. Situasinya sama dan jika Mesir berjaya bangkit mengalahkan Israel, kenapa UMNO tidak berusaha ke arah menebus kembali kegagalannya yang lalu? Jika UMNO sanggup menempuh proses 'membaiki diri' seperti yang seluruh rakyat Mesir lakukan, adakah masih ada halangan bagi UMNO mencapai kejayaan seperti kejayaan yang ditempa Mesir mengalahkan Israel!!

 

Sample text

Sample Text

Sample Text