Social Icons

Wednesday, 27 February 2013

Bukan Mudah Berlakon - Lebih Parah Di Depan Kaabah

Pak Lang paparkan petikan dari sebuah blog KLIK DI SINI; renung-renungkanlah...


Neelofa, pelakon "Tersalah Cinta" permain Tanah Suci


Drama Tersalah Cinta lakonan Neelofa cemar kesucian Tanah Suci! Subhanallah!
Ada orang alim pesan, kalau berada di Tanah Suci baik Mekah mahupun Madinah, kita tak boleh mengata orang, bermulut celupar, mempermainkan doa dan sebagainya sebab ia dianggap mencemar kesucian bumi Allah dan bumi Ambia' dan selalunya Allah akan bayar cash atas apa yang kita buat dan minta di sana.

Tapi bila aku tertengok drama Tersalah Cinta lakonan Neelofa dan Aqasha kat TV3 hari tu (tayangan sempena Aidiladha) aku geleng kepala. Siapalah penulis skrip dan pengarah drama ini. Nampak sangat mereka ni tak jaga nama baik Tanah Suci Mekah dan Madinah dan mempermainkan amal ibadah.

Paling ketara apabila mereka berdoa di depan Kaabah. Kalau para pelakonnya berdoa betul-betul tak apalah. Tapi kalau sedang berlakon dan dirakam dalam kamera, apakah ia betul-betul atau lakonan? Itu aku nak tanya. Sebab kalau sekadar lakonan, ia sudah dianggap mempermainkan doa lebih-lebih lagi depan Kaabah.

Satu lagi perihal lakonan Neelofa yang penuh mengada-ngada. Kalau ya pun drama ini nak kategorikan sebagai drama komedi, tapi janganlah sampai "mengkomedikan" ibadah umrah dan mutawwif! Memang betullah (realitinya) ada kes jemaah umrah yang "jatuh cinta" dengan mutawwif, tapi tak adalah sampai mengada-ngada macam watak Cinta lakonan Neelofa tu.

Dah lah tu siap ada adegan "telanjang" rambut lagi... Masya-Allah! Jurukameranya perempuan ke? Krew yang rakam adegan ni semua perempuan ke? Kalau ada lelaki, maknanya dah haram tu Neelofa oooooii... Lebih-lebih lagi kat Tanah Suci Mekah!!!

Lepas tu para pelakonnya pula duk terpekik terlolong dan bermulut celupar. Apakah kita dibenarkan berkelakuan sedemikian di Mekah, lebih-lebih lagi di Masjidil Haram, depan Kaabah? Subhanallah... Tak jaga langsung kesucian Tanah Suci!

Terus terang aku cakap, drama ni failed dan tak layak ditayangkan pun. Drama ini jelas-jelas mencemar kesucian Mekah, Madinah, Masjidil Haram dan Kaabah!

TV3... Tolong jawab

Sunday, 24 February 2013

Keretapi Musim Haji - Hanya Beroperasi 5 Hari Setahun

Inilah perkhidmatan keretapi paling unik di dunia. Ianya hanya beroperasi 5 hari dalam setahun iaitu sepanjang ibadah haji dilaksanakan oleh umat Islam setiap tahun. Kemudahan ini disediakan semata-mata untuk jemaah haji yang berkumpul di Atafah, Muzdalifah dan Mina bermula 9 hingga 13 ZulHijjah.

Saksikanlah paparannya 













Projek Keretapi Halaju Tinggi Al-Haramain

Kedua-dua tanah suci Mekah dan Madinah terus mengalami perubahan dan pembangunan pesat. Projek bertaraf mega terus menerus muncul tanpa henti. Ianya terpusat pada program perluasan Masjidil Haram yang sentiasa berlaku dari masa ke semasa. Yang terkini ialah pembesaran mega ke atas Masjidil Haram melibatkan sebahagian besar kawasan kota Mekah yang sedia ada. Projek hiliran lain seperti perhotelan, penempatan dan pengangkutan turut terseret di'mega'kan.

Dari sudut pengangkutan, kota suci Mekah dan Madinah dijangka akan mempunyai jaluran keretapi terpantas pada tahun hadapan. Ianya adalah projek keretapi halaju tinggi Al Haramain sepanjang 450 kilometer yang akan menyambungkan Kota Suci Mekah dan Madinah. Projek ini dibina bertujuan memastikan pengangkutan awam yang efisien terutama ketika umat mengerjakan haji dan umrah. 

Selain berhenti di Mekah dan Madinah, kereta halaju tinggi ini akan melewati Jeddah dan juga Rabigh. Kos pembinaannya dianggarkan mencecah USD 10.7 billion (RM 33.4 Billion). Sebanyak 46 keretapi Talgo 350 keluaran Sepanyol bakal digunakan dan ianya akan beroperasi pada kelajaun 360 kilometer sejam. 

Diangkakan 3 Juta penumpang akan menggunakan perkhidmatan sistem keretapi laju Al Haramain ini setiap tahun. Pembinaan dijangka siap pada tahun 2014. Saksikan imaginasi dan lakaran projek berkenaan. 







Laporan asal SkyScrpaerCity

Projek Mega Di Tanah Suci - Pembesaran Masjidil Haram




Kerajaan Arab Saudi telah memulakan projek mega pembesaran terbesar Masjidil Haram di Mekah. Ianya adalah untuk meningkatkan kapasiti jemaah - sehingga dikatakan mampu menampung jemaah seramai 10 juta orang.

Setakat ini belum dapat dipastikan kos sebenar bagi penambahan ruang 400,000 meter persegi di masjid yang bersejarah ini. Jangka masa projek akan berjalan juga belum dapat dipastikan kerana ianya melibatkan fasa demi fasa yang setiap satunya tidak dapat dijangka.

Masjidil Haram adalah tarikan utama bagi lebih dari 6 juta jemaah yang memasuki Mekah setiap tahun. Projek pembesaran ini dikatakan sebagai anak kunci utama program transformasi memodenkan salah satu kota tertua di rantau ini. Pembangunan selepas itu adalah pemodenan berterusan terhadap kota Mekah yang akan menyaksikan tumbuhnya bangunan pencakar langit, jalinan jalan keretapi serta sistem jalan raya yang lebih tersusun. Adalah dijangkakan Mekah akan mempunyai lebih 130 buah bangunan pencakar langit tidak lama lagi.

Masjidil Haram yang binaannya mengelilingi Kaabah, telah wujud berabad-abad sebelum kedatangan Rasulullah saw sebagai Nabi dan Rasul di akhir zaman. Di zaman Baginda. Masjidil Haram dan Kaabah dibersihkan dari segala jenis berhala dan patung penyembahan orang-orang musyrikin. Tegaklah masjid ini sehingga kini dengan melalui pelbagai bentuk perubahan, pengubahsuaian serta pembesaran.

Projek pembesaran yang terakhir ini akan termasuk pembinaan jejambat mega bagi pejalan kaki serta mempunyai lebih ruang teduh untuk melindungi jemaah dari matahari. Kerajaan Arab Saudi telah melabur berbilion-bilion dolar pada tahun-tahun kebelakangan ini dalam usaha memberikan keselamatan dan keselesaan bagi berjuta-juta jemaah haji dan umrah.

Kesesakan lalu lintas di Mekah merupakan suatu yang sangat diperkatakan terutama ketika bulan Ramadhan dan musim haji. Untuk itu, satu rangkaian perkhidmatan keretapi berharga $1.8 bilion telah dilancarkan pada tahun lepas bagi menghubungkan lokasi di sekitar Mekah. Ianya diharapkan mampu memberi keselesaan terbaik dalam sektor pengangkutan awam. Manakala satu lagi projek iaitu Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Haramain yang akan menghubungkan bandar-bandar suci Mekah dan Madinah dan lain-lain bandar utama sudah pun dilancarkan.

Paparan ini Pak Lang ketengahkan supaya kita sedar bahawa 'sesuatu' sedang terjadi di Haramain. Dunia sedang diajak untuk melihat dan memerhatikan Haramain. Apakah yang sedang berlaku di sini sebenarnya?

Dalam Tahun 2020, Masjidil Haram dikatakan akan dilihat seperti berikut... Betulkah??


Menyedihkan kita ialah kepercayaan yang telah diberikan kepada 2 syarikat yahudi bagi merencanakan kerja-kerja yang sangat mulia ini. Kenapakah mereka tergamak 'menyerahkan' Masjid dan rumah Allah ini di tangan musuh-musuh Allah?

Foster + Partners  dan Atkins adalah nama-nama terkenal dunia dalam binaan pembinaan infrastruktur mega. Keberadaan mereka dalam projek raksaksa ini sangat-sangat mencurigakan dan membimbangkan kita!!

 

 


 
 

Thursday, 21 February 2013

Lihatlah Kenyataan Ini - Tanyalah Diri Apa Peranan Kita Menanganinya - Sekurang-kurangnya Untuk Menyelamatkan Anak Cucu Kita!!

Pak Lang paparkan maklumat mengenai masalah zina yang semakin berleluasa. Ianya di ambil dari blog Kaunselingsyarie. Sila Klik DI SINI


STATISTIK KELAHIRAN ANAK LUAR NIKAH 2006-2010 SELURUH MALAYSIA: UNTUK RENUNGAN BERSAMA



Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan kelahiran anak luar nikah telah mengemparkan ramai pihak. Perkara ini secara nyata menjelaskan negara sedang berhadapan dengan kemelut isu sosial yang amat tenat. 

Kelahiran anak luar nikah merupakan ’outcome’ akhir gambaran natijah kegagalan sistem sosial kita samada berkaitan institusi keluarga, pendidikan, perundangan, aspek kegamaan dan lainnya. Data statistik berikut menunjukan masalah gejala kelahiran anak luar nikah mengikut bangsa yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun (2006-2010); 


        Statistik Anak Luar Nikah Mengikut Bangsa (2006-2010)
TAHUN
2006
2007
2008
2009
2010
ETNIK
MELAYU
13545
16100
16541
17303
17490
(%)
35.4%
36.4%
35.3%
33.0%
33.0%
(%) +/-
+15.9%
+2.7%
+4.4%
+1.1%
CINA
4739
5111
4943
4128
3864
(%)
12.4%
11.6%
10.6%
7.9%
7.3%
(%) +/-
+7.3%
-3.3%
-16.5%
-6.4%

INDIA
4621
4818
4772
5044
4703
(%)
12.1%
10.9%
10.2%
9.6%
8.9%
(%) +/-
4.1%
0.95%
5.4%
6.8%

LAIN-LAIN
15353
18205
20566
25903
26475
(%) +/-
15.7%
11.5%
20.6%
2.2%
(%)
40.1%
41.2%
43.9%
49.5%
49.9%

KESELURUHAN
38,258
44,234
46,822
52,378
52,982
(%) +/-
+13.5%
+5.5%
+10.6%
+1.1%

                                                              Sumber: JPN

Berdasarkan data di atas kelahiran anak luar nikah dari bangsa Melayu ialah 13545 bagi tahun 2006, 16100 (2007), 16541 (2008), 17303 (20019) dan 17490 (2010). Ini bermakna bagi lima tahun (2006-2010) terdapat sejumlah 80,979 kelahiran anak luar nikah melibatkan orang Melayu beragama Islam. 

Bagi kaum Cina catatan menunjukkan kelahiran anak luar nikah bagi tahun 2006 (4739), 2007 (5111), 2008 (4943), 2009 (4128) dan 2010 (3864). Ini bermakna bagi lima tahun (2006-2010) terdapat sejumlah 22785 kelahiran anak luar nikah melibatkan bangsa Cina. Seterusnya bagi orang India kelahiran bagi tahun 2006 (4621), 2007 (4818), 2008 (4772), 2009 (5044) dan 2010 (4703).

Ini bermakna bagi tempoh lima tahun kelahiran anak luar nikah melibatkan bangsa India ialah 23,958 orang. Bagi lain-lain bangsa (tidak ada maklumat dalam surat beranak) 2006 (15353), 2007 (18205), 2008 (20566), 2009 (25903) dan 2010 (26475). Ini bermakna dalam tempoh lima tahun ( 2006-2010) bagi kelahiran anak luar nikah lain-lain bangsa (tidak ada maklumat dlm surat daftar kelahiran) terdapat 106,502 kelahiran. 

Berdasarkan data bagi tempoh 5 tahun keseluruhan seramai 234674 anak luar nikah dilahirkan di seluruh negara.Berdasarkan data kelahiran anak luar nikah mengikut bangsa teramai ialah orang Melayu iaitu 80979 orang, diikuti oleh kaum India 23958 dan kaum Cina seramai 22785 orang. 

Trend ini menepati keseimbangan peratusan penduduk di Malaysia di mana orang Melayu Islam berjumlah adalah majoriti melebihi 61%, Cina 24% dan 7% adalah orang India. 
Walaubagaimanapun apa yang mendukacitakan terdapat 106502 orang bayi yang dilahirkan tanpa mempunyai pengenalan diri. Jumlah ini mewakili lebih 50% dari jumlah kelahiran anak luar nikah yang didaftarkan. 


Berdasarkan statistik, kelahiran anak luar nikah merupakan masalah semua bangsa dan agama di negara ini. Walaubagaimanapun apa yang paling mendukacitakan perkara ini juga telah melibatkan sebahagian besar umat Islam. Penglibatan sejumlah besar umat Islam dengan gejala seperti ini adalah satu yang anih kerana mereka secara umumnya telah didedahkan dengan pendidikan Islam sejak dari bangku sekolah lagi.

Jelas di sini menunjukkan sistem kekeluargaan dan pendidikan umat Islam yang amat mementingkan agama dianggap sudah tidak menjadi benteng kukuh untuk mereka lagi. Persoalannya apakah sebenarnya yang telah mempengaruhi gaya hidup umat Islam sehingga sebahagian mereka terjebak dengan gaya hidup jahiliah dan sesat ini. 


Bagi pendapat peribadi saya berkemungkinan besar trend gaya hidup bebas dan perkembangan teknologi ICT seperti Laman Sesewang FB dll telah merubah gaya hidup umat Islam kearah lebih liberal dan bebas. Kemuncaknya mereka telah terlibat dengan gaya hidup penuh mungkar dan maksiat ini.

Kalau kita melihat trend yang berlaku ini secara umumnya dapat dilihat kemuncak kelahiran anak luar nikah adalah seiring dengan kemunculan apa yang dipanggil Laman Sesewang sejak 3 & 4 tahun kebelakangan ini. Berdasarkan statistik di atas (utk semua kaum) terdapat lonjakan kelahiran anak luar nikah secara amat ketara bagi tahun 2007 (44234),2008 (46822), 2009 (52378) dan 2010 (52982) dibandingkan tahun 2007 hanya sekadar (38268).

Marilah kita sama-sama merenung dan mencari jalan penyelesaiannya.

Tuesday, 19 February 2013

Nas-nas Tentang Kemuliaan Dan Keutamaan Kota Mekah

Umat Islam mempunyai dua tanah haram iaitu Mekah dan Madinah. Kedua-duanya merupakan semulia-mulia tempat di atas muka bumi dan seafdhal-afdhal tempat untuk berdoa dan bermunajat. Setiap muslim mengimpikan untuk sampai menjejakkan kaki di sini.

Samada untuk mengerjakan ibadah haji ataupun umrah, kerinduan untuk sampai pada kedua-duanya tetap besar, terutama bagi mereka yang pernah merasakan nikmat dan indahnya menjadi tetamu Allah.
 
Keutamaan Mekah, jelas dipaparkan di dalam Al-Qur`an dan sunnah Rasulullah saw. Kota Mekah tidak seperti kota-kota lain di atas bumi ini. Kota ini menyandang kemuliaan dan kehormatan, yang tidak mampu digugat oleh tempat lainnya. Berikut beberapa dalil yang menunjukkan kemuliaan kota Mekah;

1. Allah swt telah menetapkan Mekah sebagai kota suci, yakni sejak penciptaan langit dan bumi. Nabi saw bersabda pada hari penaklukan kota Mekah :

إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللَّهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ


"Sesungguhnya kota ini, Allah telah memuliakannya pada hari penciptaan langit dan bumi. Ia adalah kota suci dengan dasar kemuliaan yang Allah tetapkan sampai hari Kiamat ".
Allah swt juga menyatakan:

إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَٰذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) Yang telah menjadikannya suci dan kepunyaan-Nya-lah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku termasuk orang-orang yang berserah diri" [an Naml/27:91].

 
Mekah akan tetap dalam perlindunganNya dan menjadi negeri aman tenteram. Ini adalah tanda diterimanya doa Nabi Ibrahim ketika bermunajat kepada Allah swt.

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الْأَصْنَامَ

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata : "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala." [Ibrahim/14:35]

Perlindungan Allah terhadap kota Mekah, dan khususnya Ka'bah, telah dibuktikan. Sebagai contoh, Allah telah menjaga Ka'bah dari serbuan pasukan gajah pimpinan Raja Abrahah yang bertekad menghancurkannya.

 
2. Kota Mekah, merupakan tempat yang paling dicintai oleh Rasulullah saw. Seandainya Rasulullah saw tidak terusir dari kota itu, niscaya beliau tidak akan meninggalkannya. Ini tercermin dari sabda Baginda saw:

وَاللَّهِ إِنَّكِ لَخَيْرُ أَرْضِ اللَّهِ وَأَحَبُّ أَرْضِ اللَّهِ إِلَى اللَّهِ وَلَوْلَا أَنِّي أُخْرِجْتُ مِنْكِ مَا خَرَجْتُ

"Demi Allah. Engkau adalah sebaik-baik bumi, dan bumi Allah yang paling dicintaiNya. Seandainya aku tidak terusir darimu, aku tidak akan keluar (meninggalkanmu)" 


3. Shalat di kota Mekah, terlebih di Masjidil Haram memiliki darjat nilai sangat tinggi, sebanding dengan seratus ribu solat di tempat lain. Rasulullah saw bersabda : 

صَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ

"Satu shalat di Masjidil Haram, lebih utama dibandingkan seratus ribu shalat di tempat lainnya". [HR Ahmad, Ibnu Majah)

Begitu pula masjid-masjid yang berada dalam batas tanah haram, kendatipun tidak mendapatkan fadhilah pahala sebesar sebagaimana tertera dalam hadits, tetapi shalat di dalamnya lebih afdhal, dibandingkan shalat di luar tanah haram.

Dalilnya, seperti telah diterangkan oleh Syaikh al 'Utsaimin, bahwa ketika Rasulullah berada di Hudaibiyah yang sebahagian berada dalam wilayah tanah suci dan sebahagian lainnya tidak, maka apabila mengerjakan solat, maka Baginda saw berada di bahagian yang masuk tanah suci. Ini menunjukkan, solat di tanah haram lebih utama.

Dengan keutamaan yang dimilikinya, Allah swt telah menetapkan hukum-hukum khusus berkaitan dengan kota Mekah yang sarat dengan berkah ini. Beberapa hukum berkaitan dengan kota Mekah, di antaranya :

a. Orang kafir diharamkan memasuki kota Mekah.
     Allah berfirman dalam surat at Taubah ayat 28 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا

"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini …(tahun penaklukan kota Mekah)"

Imam al Qurthubi berkata : "Diharamkan memberikan keleluasaan kepada orang musyrik untuk masuk tanah Haram. Apabila ia datang, hendaknya imam (penguasa) mengajaknya keluar wilayah tanah Haram untuk mendengarkan apa yang ingin ia sampaikan. Seandainya ia masuk dengan sembunyi-sembunyi dan kemudian mati, maka kuburnya harus dibongkar dan tulang-belulangnya dikeluarkan".

b. Di kota Mekah, siapapun dilarang berbuat maksiat.

Perbuatan maksiat di kota Mekah, dosanya sangat besar daripada di tempat lain. Allah berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ الَّذِي جَعَلْنَاهُ لِلنَّاسِ سَوَاءً الْعَاكِفُ فِيهِ وَالْبَادِ ۚ وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ


"Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah dan Masjidilharam yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang bermukim di situ maupun di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zhalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih" [al Hajj/22:25]

Ayat ini, menurut penjelasan Syaikh as Sa’di, mengandung kewajiban untuk menghormati tanah Haram, keharusan mengagungkannya dengan pengagungan yang besar, dan menjadi peringatan bagi yang ingin berbuat maksiat.

c. Di tanah Mekah diharamkan memburu binatang buruan ataupun berusaha untuk mengejarnya, juga dilarang menebang pohon liar, memotong durinya, ataupun mencabut rerumputannya.

d. Barang temuan di tanah Haram tidak boleh diambil, kecuali bagi orang yang akan mengumumkannya selama-lamanya.
Dalil yang menunjukkan perkara (c) dan (d), ialah sabda Rasulullah saw

لَا يُعْضَدُ شَوْكُهُ وَلَا يُنَفَّرُ صَيْدُهُ وَلَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهُ فَقَالَ الْعَبَّاسُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا الْإِذْخِرَ فَإِنَّهُ لِقَيْنِهِمْ وَلِبُيُوتِهِمْ قَالَ إِلَّا الْإِذْخِرَ"Tidak boleh dipatahkan durinya, tidak boleh dikejar hewan buruannya, dan tidak boleh diambil barang temuannya, kecuali bagi orang yang ingin mengumumkannya, dan tidak dicabut rerumputannya. Al 'Abbas berkata,"Kecuali rumput izkhir, wahai Rasulullah." [Mutafaqun ‘alaih]

Demikian keutamaan dan kemulian kota suci Mekkah dan sebahagian hukum-hukum yang telah ditetapkan syari'at. Dengan mengetahui perkara ini, maka seorang muslim sudah semestinya mampu menjaga diri dari berbuat maksiat. Tidak menodainya dengan perbuatan-perbuatan terlarang.

Sunday, 10 February 2013

Apa Yang Patut Dibuat Bila Terjumpa Barang Berharga di Tanah Suci Atau Di Mana Saja

Sepanjang mengendalikan jemaah umrah di tanah suci Mekah ini, Pak Lang bertemu dengan ramai insan yang berbagai ragam. Menariknya kerana dapat berjumpa dengan saudara mara dari Kedah, Perak atau Kelantan. Secara kebetulan mereka berada dalam pakej yang kami kendalikan. Apabila sudah berhari-hari bersama mereka, ramailah yang mendekati kami bertanyakan masalah, kemusykilan hukum hakam dan panduan kehidupan. 

Paparan ini, Pak Lang bawakan satu kisah menarik untuk diambil iktibar. 

Ada seorang Pak Cik, menceritakan pengalamannya diuji Tuhan dengan peristiwa yang tidak dialami sebelum ini. Ketika baru turun dari hotel, hendak menuju ke MasjidilHaram bagi menunaikan solat Maghrib, entah bagaimana dia terpandang 'sesuatu' di bawah sebuah kereta. 'Benda' itu berupa seketul berbentuk empat persegi bujur yang tebal. Mungkin lebih dari 5 inci tebalnya. 

Pak Cik ini pun bertinggung di tepi kereta tersebut. Benda itu hanya berada sejengkal dari luar. Terletak hampir dengan bahagian dalam roda belakang. Pak Cik ini membelek-beleknya  dengan teliti. Tiba-tiba jantungnya berdebar kencang. Sahlah yang dilihatnya itu adalah duit seketul terikat dan dibungkus dalam pelastik lutsinar. Jelas ianya dalam matawang Saudi Rial (SR). Kuatnya hubungan hati pak Cik ini dengan Tuhan, menjadikan dia segera merasakan itu adalah ujian Tuhan terhadap imannya. Dia bangun tanpa menyentuhnya dengan menyebut dan istighfar dan selawat kepada Baginda Nabi saw. 

Pak Cik ini seorang yang warak. Dia sangat gigih beribadah sepanjang berada di tanah suci. Walaupun sudah berumur lebih 65 tahun, setiap waktu sembahyang dia pasti berada di Masjidil Haram. Dia tidak akan sembahyang di hotel. Pernah dia ungkapkan kata-kata, "Sayanglah kalau hanya sembahyang di hotel sedangkan wang yang dihabiskan beribu-ribu utnuk sampai di tanah suci. "Mengutamakan solat di depan Kaabah itulah azam saya" katanya.

Jadi wang yang dilihatnya itu tidak disentuhnya. Dia hanya menceritakan perkara itu pada tengahari esoknya kepada kami. Ada yang segera turun melihatnya kalau-kalau ianya masih ada di situ. Kereta yang tersadai sejak lama di situ memang ada tetapi di bawahnya hanya sampah sarap. Ketika kami bertanya padanya, "Kenapa dia tidak ambil wang itu?" Katanya wang itu bukan haknya. Jika disentuh, sudah menjadi tanggung jawabnya pula untuk mencari dan memulangkan kepada pemiliknya yang sebenar. Di mana hendak dicari? Ianya pasti menyusahkan kerana terpaksa memikul beban yang dicari sendiri.  

Sampai sekarang kami tidak tahu apa yang terjadi pada duit tersebut. Tidak pernah ada yang melihatnya di tempat itu selain Pak Cik ini. 

Sememangnya itulah tindakan yang terbaik bagi sesiapa yang diuji terjumpa dengan sesuatu yang berharga. Di tanah suci ini hal-hal sebegini memang lumrah berlaku. Ianya adalah proses ujian dari Tuhan. Ujian terhadap rasa tamak atau ingin memiliki walaupun bukan hak diri sendiri. 

Bisikan Syaitan dan nafsu sangat menyeret diri untuk bertindak mengambil atau memegang barang berharga yang bukan milik kita. Pesan para ulamak yang soleh, hindarkan diri dari terjebak dengan sesuatu yang bukan urusan kita. Sibukkan diri dengan kerja-kerja menyelamatkan diri sendiri dari api neraka. 

Tanah suci Mekah dan Madinah adalah tempat berlakunya pelbagai kisah ketulusan hati sihamba dengan Tuhan. Catatan sejarah yang panjang di sepanjang zaman yang berlaku di sini hanyalah pengulangan cerita, betapa orang-orang pilihan Tuhan itu sentiasa memilih ketulusan dan kejujuran dengan Tuhan. Tulus atau jujurnya seseorang hanya boleh dinilai jika berjaya dilakukan seorang diri - di luar pengetahuan manusia lain. 

Hanya orang-orang tertentu sahaja yang berjaya kekal dengan pendirian sebegini. Orang awam biasa akan mudah terpesona dan terpedaya dengan peluang yang melintas di depan mata. Rezeki milik orang lain, tetapi dek ianya melintas di depan mata, maka terus disambar tanpa usul periksa. Semuanya kerana syaitan dan nafsu menutup hati dari merasa sensitif dan menghilangkan rasa ingin menyelidik, milik siapa sebenarnya. 

Tanah Suci ini adalah medan para tetamu Allah dinilai kejujuran hatinya terhadap Tuhannya!!. 




Wahai RSA dan BWasilah ar jadikan hati dan diri kami dapat berlaku lurus dan tulus sepanjang masa, dimana-mana pun jua!!!



Ujian Ketika Umrah - Duit Yang Datang Setelah Yang Lain Diuji Duitnya Hilang

Semalam ada seorang abang (Pak Lang namakannya sebagai "Man") menghampiri Pak Lang selepas sarapan pagi. Dia menceritakan satu kejadian yang terjadi pada hari sebelumnya. 

Katanya, "Ustaz, saya ada hal nak tanya sikit." 
Pak Lang pun membetulkan duduk dan bertanya kembali, "Ada kemusykilan apa?"  
Man pun bersuara separuh berbisik, "Sebenarnya saya rasa saya sudah tersilap langkah Ustaz!"  

Pak Lang memerhati air muka Man. Ada raut rasa serbasalah pada wajahnya. Persoalannya masih samar-samar. Tetapi tanpa menunggu apa-apa respon dari Pak Lang, Man terus menyambung, "Ceritanya begini, semalam saya minta seseorang untuk tolong menukarkan wang Ringgit Malaysia  (RM) ke Saudi Rial (SR). Tidak lama selepas itu, dia pun pulang membawa wang serta resit tukaran wang tersebut. Rasanya kawan yang baru saya kenal itu tidak memeriksa wang yang diberikan." 

Pak Lang makin teruja. Man masih belum menceritakan masalah sebenar. Rasa tidak sabar menanti mendesak-desak untuk terus bertanya, "Apa yang berlaku sebenarnya." 

"Sebenarnya wang yang sepatutnya saya terima dalam Saudi Rial ialah SR590 sebagai tukaran RM500. Itulah kadar yang wajar. Lebih kurang lah rasanya. Tetapi apa yang diberikan kawan ini kepada saya lebih banyak Ustaz!"

"Peliklah sebab pengurup wang tidak mungkin tersilap, berapa banyak yang lebih itu?" Tanya Pak Lang. Man memandang tepat ke muka Pak Lang dan bersuara, "10 kali ganda ustaz! sebanyak SR5,900!!"  Pak Lang terkedu mendengarnya. Ternyata satu kesilapan besar oleh seorang kasir (cashier) di syarikat pengurup wang tersebut. 

Kesilapan sedemikian bukanlah suatu yang aneh. Manusia tetap mempunyai kelemahan ketara iaitu lupa, lalai dan alpa. Kerap berlaku kesilapan juruwang bank tersilap memberikan kita jumlah wang yang melebihi sepatutnya. Sememangnya mereka juga mudah tersilap walaupun setiap waktu ber'main' dengan duit. Kebiasaan biasanya melalaikan. Itulah yang berlaku pada Man - mendapat 'durian runtuh' sebanyak itu hasil kealpaan seseorang.

"Tetapi apa yang Man lakukan selepas itu?" Tanya saya. Man terus bercerita lanjut, "Saya pula sedang bersembang dengan isteri tentang munajatnya di depan Kaabah yang antaranya memohon rezeki yang mencukupi untuk kehidupan keluarga kami. Pada masa sedang bersembang hal munajatnya itulah duit tukaran itu diserahkan kepada saya. Jadi saya dan isteri merasakan itu satu rezeki yang datang tanpa di duga. Rezeki di tanah suci. Saya mengharapkan duit tersebut adalah berkat doa isteri saya di depan Baitullah yang mulia."

"Jadi, apa yang Man lakukan dengan wang yang banyak berganda itu?"  

"Saya kata kepada kawan itu, oleh kerana ini rezeki daripada Tuhan, biarlah kamu juga dapat merasanya. Ambillah separuh, saya separuh!!" 

Terperanjat Pak Lang dibuatnya. "Ini sudah kes berat ni!" Kata Pak Lang dalam hati. 

Man meneruskan ceritanya, "Saya dan isteri bawa anak-anak pergi beli barang yang hendak di bawa pulang ke Malaysia dengan menggunakan wang tersebut. Tidaklah habis semuanya. Wang itu masih berbaki lagi. Saya memang tidak terfikir apa-apa lagi ketika itu. Tetapi apabila hendak tidur malam tadi saya teringat semula hal duit ini. Saya rasa ragu-ragu dengan tindakan saya. Tepatkah tindakan saya? Benarkah duit itu hak saya atau bukan? Bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah saya ini? Apa jadi dengan ibadah umrah saya di tanah suci ini? Dan macam-macam persoalan datang ke fikiran saya sepanjang malam. Saya tidak dapat lelapkan mata. Hati kecil saya mengatakan saya telah tersilap langkah. Tetapi saya juga buntu bagaimana nak bertindak hari ini bila hari siang." 

"Lagi satu masalah saya ialah saya tidak perasan kawan yang mana yang saya minta tolong sebenarnya. Saya hanya baru berjumpa dengannya sehari sahaja kerana dia ada dalam rombongan ini yang seramai 400 orang. Setelah dia saya berikan wang itu, saya pun sudah tidak ingat wajahnya. Dan dia pun tidak menipu apa-apa. Apa pandangan Ustaz ya?"

Pak Lang menghela nafas panjang, "Beginilah Man, biar kita fahami hal ini satu persatu. Yang pertama, tentulah ada kesilapan yang dilakukan oleh kasir tersebut. Dia mungkin menyangka kita menukarkan wang RM5,000 lalu diberikannya SR5,900. Yang kedua, kalau kasir itu sudah tersilap, nyatalah bahawa wang yang lebih dari SR590.00 itu bukan hak kita. Secara jujur, kita kena akui hak yang patut kita ambil hanya sebanyak SR590.00. Yang lebih itu kena dikembalikan kepada yang empunyanya" 

"Ustaz, saya setuju untuk kembalikan wang tersebut kepada yang empunyanya. Saya akan ganti semuanya. Bahkan saya hendak meminta maaf di atas kelambatan saya memaklumkan hal ini kepada mereka. Tetapi masalah saya ialah, saya sendiri tidak tahu di mana syarikat pengurup wang yang kawan saya itu berurusan. Dan kawan itu pun sudah saya tidak ingat rupa wajahnya.." Man menjelaskan situasinya dengan nada sedih. Tadi, setelah Pak Lang sebut tentang hak kita sahaja yang patut diambil, wajahnya sudah ketara sangat rasa bersalah. 

Pak Lang juga turut merasa sedih. Kenapalah Man ini diuji dengan wang yang datang kepadanya sedangkan orang lain diuji kehilangan wang. Tetapi inilah yang dikatakan proses Tuhan untuk para tetamuNya di tanah suci. Hikmahnya hanya Dia yang tahu. Sebagai hamba, kita hanya berusaha, bersabar, redha serta menyerah segala-galanya untuk Dia mencaturnya. Maha Suci Tuhan daripada melakukan sesuatu yang sia-sia. Bahkan apa yang terjadi, itulah kasih sayang Tuhan kepada kita. Tidak ada yang negatifnya.

Pak Lang hanya menasihatkan Man supaya beristighfar meminta ampun kepada Tuhan. Jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran dari Tuhan. Berhati-hati dalam mengambil atau memilih rezeki adalah sifat terpuji. Para sahabat Nabi saw sanggup memuntahkan kembali makanan yang ditelan setelah menyedari makanan itu bukan untuknya. Mereka tidak mahu makanan itu hadam dan menghasilkan darah daging yang kekal di dalam tubuh mereka. Mereka sentiasa ingat amaran Rasulullah saw bahawa, "Mana-mana daging yang tumbuh daripada sumber makanan yang haram maka api nerakalah yang layak membakarnya!!" 

Usaha menjejaki siapa yang menukarkan wang itu sedang kami jalankan. Man juga bersedia mengembalikan jumlah wang tersebut kepada yang empunyanya. Semoga ianya akan terjawab dalam sehari dua ini sebelum mereka pulang dan sempat menemui syarikat pengurup wang terbabit. 



RSA dan BWasilah ar tolong luruskan hati-hati kami selurus-lurusnya di depan dan dibelakang...
 

Sample text

Sample Text

Sample Text