Social Icons

Selasa, 26 Mac 2013

Kisah Mengharukan Hati-hati Yang Cintakan Rasulullah saw. - Kisah Kewafatan Rasul Akhir Zaman!!!

Kali ini Pak Lang titipkan kisah sedih ini sebagai mengubat kerinduan kita kepada Baginda saw. Semoga Pak Lang dan para penjenguk blog ini direzekikan perasaan cinta dan rindukan Baginda Nabi yang agung ini. Semoga sampailah masanya dalam hidup ini perasaan itu wujud kerana rasa cinta dan rindukan Baginda saw sahajalah jalan keselamatan seseorang hamba. Tentulah jalannya sukar, perit dan payah kerana nafsu, syaitan dan yahudi sudah sangat menguasai hati selama puluhan tahun. 

Fahamilah bahawa Rasulullah saw itu masih wujud bersama kita. Baginda hadir dalam bentuk ruh menjenguk kita, menjawab selawat yang kita ungkapkan, membalas setiap kerinduan kita kepadanya. Baginda adalah seorang Nabi akhir zaman di mana sejak Baginda hidup sehinggalah ke akhir zaman, Baginda 'bekerja' sepanjang masa demi memastikan Islam yang dipelihara zaman berzaman akan kembali menjadi empayar di akhir zaman. 

Baginda Rasulullah saw mempunyai wakil-wakil serta para pewaris tugas Baginda di kalangan para mujaddid serta kekasih Allah sepanjang zaman. Merekalah yang dipimpin dan dicatur  Baginda saw dengan kaedah ajaib yang tersendiri yang akal tidak mampu menebaknya. Hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa luasnya pemerintahan Tuhan dan betapa berperanannya Rasulullah saw terhadap umat Baginda terutama kita di akhir zaman.

Kepada para penjenguk yang belum mengenali GISB, pesan Pak Lang, carilah mursyid untuk penunjuk jalan kebenaran di dalam hidup anda. Usahakanlah dengan doa dan harapan agar hati anda dipimpin untuk bertemu dengan pemimpin kebenaran. Siapa pun mursyid yang anda temui, jika dia benar, dia akan pasti mampu membawa anda mencintai dan merindui Baginda Nabi saw. 


Pak Lang paparkan kisah kewafatan Baginda saw ini untuk bahan tatapan anak cucu dan para remaja serta kita semua.

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan selepas waktu Asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji Wida’. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. 

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian juga apa yang dilarang oleh-Nya. Oleh itu kumpulkanlah para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”

Setelah malaikat Jibril pergi maka Rasulullah s.a.w. pun mengumpulkan para sahabat baginda, dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril. Apabila para sahabat r.a. mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna.”

Apabila Abu Bakar As-Siddiq r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya. Saiyidina Abu Bakar r.a. pulang ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Beliau. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah  Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpullah para sahabat r.a. di depan rumah Abu Bakar r.a. dan bertanya: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna.”

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat r.a. maka
Abu Bakar r.a. pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Rasulullah menjadi janda.” 

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata  Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang kejadian yang mereka saksikan itu.

Berkata salah seorang dari para sahabat r.a., “Ya Rasulullah, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.

Sebaik 
Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a., Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka menangis dan bertanya, “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata, “Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.”

Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”.

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya, para sahabat yang lain pula menangis sekuat yang mereka mampu. Sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada di langit, cacing-cacing, semua binatang baik yang ada di darat maupun yang ada di laut semua menangis. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat r.a. satu demi satu dan berwasiat pada mereka.

Pada satu hari, Baginda s.a.w. menyuruh Bilal r.a. azan untuk mengerjakan solat. Para Muhajirin dan Ansar pun berkumpullah di masjid Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solah dua rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai solat, baginda s.a.w. bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: “Alhamdulillah, wahai para muslimin. Sesungguhnya aku adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang ke jalan Allah dengan izin-Nya. Dan aku ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu, kalau ada sesiapa ada hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi aku sebelum aku dituntut di hari Qiamat.”

Rasulullah s.a.w. berkata sebanyak tiga kali, lalu bangunlah seorang lelaki bernama ‘Ukasyah bin Muhshan dan berkata: “Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah, kalau kamu tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu aku tidak mahu mengemukakan ini.”

Lalu ‘Ukasyah r.a. berkata lagi: “Sesungguhnya dalam perang Badar aku bersamamu ya Rasulullah. Pada masa itu aku mengikuti unta kamu dari belakang. Setelah dekat, akupun turun menghampiri kamu dengan tujuan supaya aku dapat mencium paha kamu, tetapi kamu telah mengambil tongkat dan memukul unta kamu untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu akupun kamu pukul pada tulang rusukku. Aku hendak tanya samada kamu sengaja memukul aku atau hendak memukul unta tersebut.”

Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a., “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal r.a. keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah r.a. sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk dibalas (di qishash).”

Setelah Bilal r.a. sampai di rumah Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Bilal r.a. menjawab: “Aku Bilal, aku telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mengambil tongkat Baginda. “Kemudian Fatimah r.a. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” 


Berkata Bilal r.a.: “Wahai Fatimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fatimah r.a. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah?” Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a. Setelah Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal r.a. pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah r.a.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke depan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata, “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah”. 


Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan r.a. dan Husin r.a. bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah, kamu qishashlah kami sama jika kamu ingin menqishash Rasulullah” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah aku kalau kamu hendak memukul.”

Kemudian ‘Ukasyah r.a. berkata: “Ya Rasulullah, anda telah memukul aku sewaktu aku tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah ‘Ukasyah r.a. melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, “Aku tebus kamu dengan jiwa ku ya Rasulullah, siapakah yang sanggup memukul kamu. Aku melakukan begini adalah sebab aku ingin menyentuh badan kamu yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badan ku. Dan Allah S.W.T. menjaga aku dari neraka dengan kehormatanmu” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” 


Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah di dalam syurga.”

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Ketika ajal Rasulullah s.a.w. sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah r.a. Kemudian baginda s.a.w. memandang kami sambil berlinangan air mata dan bersabda: “Marhaban bikum, semoga Allah S.W.T. memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah S.W.T. menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah S.W.T.”

Allah S.W.T. berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal kamu ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah S.W.T., ke Sidratul Muntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arasy.”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan kamu ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih.”

Kami bertanya: “Siapakah yang akan mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah s.a.w. pun turut menangis. Kemudian baginda s.a.w. bersabda: “Tenanglah, semoga Allah S.W.T. mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. 


Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Izrail berserta bala tenteranya. Kemudian masuklah kamu dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Setelah itu para sahabat r.a. menangis dengan nada yang keras dan berkata, “Ya Rasulullah kamu adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila kamu sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?” 


Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. pun bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat r.a. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” 


Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a., “Rasulullah masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal r.a. pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. berkata, “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah. Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?”

Setelah Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar r.a. tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. pesankan kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah s.a.w. yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. 


Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat r.a. dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; “Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?.” Siti Fatimah r.a. menjawab: “Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah tidak ada bersama mereka.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas r.a., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. melihat kepada orang ramai dan berkhutbah: “Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahnya. 


Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Dengan suara terbatas Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” 

Pesanan ringkas itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w. yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar r.a. menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar r.a. dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman r.a. menghela nafas panjang dan Ali r.a. menundukkan kepalanya dalam-dalam. 

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah s.a.w. akan meninggalkan kita semua.” Keluh hati semua sahabat r.a. kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat. Tatkala Ali r.a. dan Fadhal r.a. dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar, kalau mampu, seluruh sahabat r.a. yang hadir pasti akan menahan detik-detik dari terus berlalu.

Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah baginda. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah s.a.w. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah s.a.w. sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Kemudian Allah S.W.T. mewahyukan kepada malaikat lzrail, “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaKu.”

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, “Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah r.a. tidak mengizinkannya masuk, “Wahai Abdullah (Hamba Allah), maaflah, ayahku sedang sakit,” kata Fatimah r.a. yang membalikkan badan dan menutup pintu. 


Kemudian Fatimah r.a. kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata. Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengari oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. bertanya pada Fatimah r.a., “Siapakah itu wahai anakku?”

Fatimah r.a. menjawab: “Seorang lelaki memanggil ayahanda, saya katakan kepadanya yang ayahanda dalam keadaan sakit. Ia memanggil dengan suara yang menggetarkan sukma.” Rasulullah s.a.w. lantas berkata; “Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fatimah r.a., “Tidak ayahanda.”

“Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat, yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi. Setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan bermula, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Fatimah r.a. maka Baginda SAWpun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan daku.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan aku adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau dikau izinkan, kalau dikau tidak izinkan maka aku akan kembali.” 


Rasulullah s.a.w. bertanya: “Wahai Malaikulmaut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Aku tinggalkan ia di langit dunia?” Jawab malaikat Izrail. Baru sahaja malaikat Izrail selesai bicara, tiba-tiba malaikat Jibril datang dan duduk di samping Rasulullah s.a.w. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w.: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?” Jibril menjawab: “Ya, wahai kekasih Allah.”

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah S.W.T.” Berkata malaikat Jibril, “Sesungguhnya semua pintu langit telah di buka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.”

Berkata Jibril: “Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum dikau masuk terlebih dahulu, dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku.” Setelah itu malaikat lzrail pun memulai tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah s.a.w. ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w. bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Apabila ruh baginda s.a.w. sampai ke pusat, dengan perlahan Rasulullah s.a.w. menyebut “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” 


Saiyidatina Fatimah r.a. terpejam, Saiyidina Ali r.a. yang di sampingnya menunduk semakin mendalam dan Jibril mengalihkan pandangannya dari Rasulullah s.a.w. Melihatkan telatah Jibril itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w. merintih kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, janganlah pada umatku.” Badan Rasulullah s.a.w. mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Saiyidina Ali r.a. segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” 

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat r.a. saling berpelukan. Saiyidatina Fatimah r.a. menutupkan tangan di wajahnya, dan Saiyidina Ali r.a. kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w. yang mulai kebiruan. Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan aku meletakkan telinga, aku dengan Rasulullah berkata: “Umatku, umatku.” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. wafat pada hari Isnin 13 Rabiul Awal.

Berkata Anas r.a.: “Ketika aku lalu di depan pintu Aishah, ku dengar dia sedang menangis sambil mengatakan: “Wahai orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang yang keluar dari dunia dari perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’iir”

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat Jibril telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”


KEUTAMAAN SELAWAT

Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”
(Al-Ahzab: Ayat 56)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ia mencintai anaknya, orang tuanya dan manusia semuanya.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
(Hadith Riwayat Ad-Dailami)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari qiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku.”
(Hadith Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari qiamat.”
(Hadith Riwayat Thabarani)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.”
(Hadith Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Nasa’i dan Al-Hakim)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.”
(Hadith Riwayat Ad-Dailami)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam: Dari Ubai bin Ka’ab:
“Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyak selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. Ia berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? Sabda Nabi: Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” Ia bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya?” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Al-Hakim)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari ummatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa.”
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku ‘Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari umatmu, Allah Subhanahu wa Ta’ala mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya.”
(Hadith Riwayat Ahmad)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.”
(Hadith Riwayat Ibnu Murdawaih)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari qiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.”
(Hadith Riwayat Abu Nu’aim)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.”
(Hadith Riwayat Ibnu Najar dari Jabir r.a.)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.”
(Hadith Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a.)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Jumaat, 22 Mac 2013

Gambar-gambar Alam Semulajadi Yang Cantik Dan Unik

Untuk para pengunjung blog suaramuhajirin yang lahir pada tarikh 4hb, 9hb, 22hb, 13hb,31hb, 18hb, 27hb, 2hb, 11hb, 20hb, 16hb, 7hb dan 25hb. Anda semua adalah antara mereka yang sangat teruja melihat gambar-gambar di bawah.... Apatah lagi jika dapat mengunjunginya. Syukurlah kerana jiwa anda yang halus sepatutnya dapat mudah dibawa kepada Tuhan!!

Melangkah ke gua-gua semulajadi ternama di dunia ibarat 'syurga' untuk para pelancong dan peminat alam semulajadi.

Ikuti keindahan gua-gua dan tasik-tasik di dalam gunung yang sungguh menakjubkan.




Carlsbad Cavern Carlsbad Cavern termasuk ruang gua yang besar, Bilik Besar, kebuk batu kapur semulajadi yang hampir 4,000 kaki (1220 m) panjang, 625 kaki (191 m) lebar, dan 255 kaki (78 m) tinggi pada titik tertinggi. Ia adalah ruang ketiga terbesar di Amerika Utara dan terbesar ketujuh di dunia. Yang terbesar di dunia adalah Sarawak Chamber di Malaysia.

Carlsbad Cavern Carlsbad Caverns Taman Negara adalah Amerika Syarikat National Park di Pergunungan Guadalupe di tenggara New Mexico. Tarikan utama di taman ini adalah gua menunjukkan, Carlsbad Cavern. Pelawat ke gua boleh berjalan sendiri melalui pintu masuk semula jadi atau menggunakan tangga yang disediakan terus ke Underground Lunchroom 750 kaki di bawah.

Derinkuyu Cappadocia Underground Gua purba di Turki, Bandar Derinkuyu Cappadocia Underground adalah multi-level bandar purba bawah tanah di Cappadocia Derinkuyu daerah di Nev, Ehir Province, Turki. Dengan 11 tingkat melanjutkan kedalaman kira-kira 85 m, ia adalah cukup besar untuk puluhan tempat perlindungan dan beribu-ribu orang bersama-sama dengan ternakan mereka dan kedai-kedai makanan. Ia merupakan bandar terbesar digali bawah tanah di Turki dan merupakan sebahagian daripada rangkaian beberapa kompleks bawah tanah yang ditemui di seluruh Cappadocia.

Gua Fingal Gua Fingal gua laut di pulau yang tidak berpenghuni, Staffa, di Inner Hebrides Scotland. Ia terbentuk sepenuhnya dari tiang basalt hexagonally bersendi, serupa dalam struktur ke Causeway Giant di Ireland Utara dan Ulva berdekatan. Dalam kedua-dua kes ini, permukaan penyejukan jisim lava panas retak dalam corak heksagon dalam cara yang sama untuk mengeringkan lumpur retak telah mengecut, dan ini retak secara beransur-ansur diperluaskan ke dalam jisim lava kerana ia sejuk dan mengecut untuk membentuk tiang , yang kemudiannya didedahkan oleh hakisan.

Gouffre de Padirac
Pelawat turun 75 m melalui tangga sebelum memasuki dalam gua. Gua, pada kedalaman 103 meter, mengandungi sistem sungai bawah tanah yang sebahagiannya boleh menaiki dengan bot. Sistem gua ini dianggap sebagai "salah satu fenomena yang paling luar biasa semula jadi Massif Central".

Gouffre de Padirac Jurang telah tercipta pada titik tidak dapat ditentukan dalam masa apabila bumbung runtuh ke dalam gua dalaman yang besar. Ia diketahui bahawa gua yang wujud pada abad ke-3, dan telah didiami semasa abad ke-15 dan 16 di mana pada masa Kalium nitrat telah digali dari kawasan.

Reed Cave Flute Reed Cave Flute merupakan mercu tanda dan tarikan pelancongan di Guilin, Guangxi, China. Ia adalah sebuah gua batu kapur semulajadi dengan lampu berwarna-warni dan telah menjadi salah satu tarikan yang paling menarik Guilin selama lebih 1200 tahun. Ia adalah lebih 180 juta tahun. Gua ini mendapat namanya 'seruling merdu' atau Reed Cave Flute dipenuhi dengan sebilangan besar stalaktit, stalagmit dan pembentukan batu dalam bentuk yang pelik dan menarik

Di dalam, terdapat lebih daripada 70 inscripsi yang ditulis dengan dakwat iaitu bertarikh 792 Masihi di Dinasti Tang. Tulisan-tulisan ini tua memberitahu kita bahawa ia telah ditemui sejak zaman purba di Guilin. Ia telah ditemui semula dalam tahun 1940-an oleh sekumpulan pelarian dan sejak itu telah menerima banyak pengunjung.

Gua Lava Tube Gua Lava Tube atau Tiub Lava gua Utama dibentuk oleh aliran lava yang besar. Batuan lebur (magma) yang menuangkan atau meleleh ke permukaan Bumi kemudian dipanggil lava. Kelikatan lava bergantung kepada kandungan silika. Rendah silika lava basalt mempunyai kelikatan yang rendah dan boleh membentuk bergerak pantas, lava aliran sempit atau merebak keluar dalam lembaran luas sehingga beberapa kilometer lebar.

Ais glasier mengandungi zarah kecil dan, apabila ais cair, zarah ramai kekal digantung di dalam air. Ini memberi kesan yang luar biasa - Meltwater glasier adalah sedikit keruh dan ia membiaskan sebahagian biru cahaya matahari. Oleh yang demikian air General Carrera Lake mempunyai warna biru yang tersendiri.

Gua MarbleGua Marble adalah pembentukan geologi keindahan luar biasa. Ini gua telah terbentuk dalam marmar tulen dan bermandikan air biru General Carrera Lake. General Carrera Lake dililingi oleh sungai-sungai yang datang dari glasier gunung Patagonian Andes.

Gua mempunyai tasik biru langit diliputi dengan batu-batuan di bahagian bawah. Tumbuh-tumbuhan di pintu gua,warna batu yang melapisi seperti madu dan coklat di pintu gua itu. Tasik ini juga berada di dalam gua itu.

Melissani Cave Melissani Cave atau Melissani Tasik, juga Melisani gua Greek yang terletak di pulau Kefalonia, barat laut Sami, kira-kira 5 km SE Agia Efthymia, NE Argostoli dan NW Poros. Laut Ionia terletak ke timur dengan Selat Ithaca. Hutan mengelilingi gua dan cerun gunung ke arah barat. Berhampiran pintu gua ke gua lain dengan menghubungkan Sami dan Efimia Agia terutama bahagian utara pulau.

Skocjan caves Gua Skocjan adalah sistem gua di Slovenia. Disebabkan kepentingan yang luar biasa, Gua Škocjan telah dimasukkan dalam senarai UNESCO tapak warisan semula jadi dan budaya dunia pada tahun 1986. International scientific circles telah mengakui kepentingan gua ini sebagai salah satu khazanah semula jadi Bumi. Ranking antara gua yang paling penting di dunia, Gua Škocjan merupakan fenomena yang paling penting bawah tanah di kedua-dua rantau Karst dan Slovenia.

Hang InAir berkurangan pada musim kemarau, sungai ini boleh meningkat hampir 300 kaki (91 meter) semasa musim banjir,

Khamis, 21 Mac 2013

Rentetan Peristiwa Rancangan Penghapusan Sistem Khilafah dan Pemecatan Khalifah Islam Empayar Ottoman Terakhir Sultan Abdul Hamid.

Pak Lang mengambil kesempatan menghuraikan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia yang ditemui di tanah suci tentang masa depan Islam di kedua negara ini. Memang suatu yang lumrah di kalangan semua umat Islam yang ada di tanah suci, mengakui kelebihan Islam yang ada pada kita orang-orang Melayu. 

Sebut sahaja 'min Malizia" atau "min Indonesia" (maksudnya kami dari Malaysia atau dari Indonesia), mereka angkat ibu jari tangan sambil menyebut "Malaysia bagos" (bagus). Ianya satu pernyataan yang jujur. Satu pengakuan hasil bermuamalah dan menyaksikan watak dan akhlak orang Melayu yang lemah lembut, bersopan dan berbudi.

Bangsa ini adalah bangsa yang disimpan Tuhan untuk akhir zaman. Bangsa ini tidaklah dijadikan sangat berakhlak melainkan untuk memudahkan semua bangsa lain tunduk dan akur dengan kekuasaan mereka suatu masa nanti. Senjata akhlak mulia ini mampu menundukkan sesiapa sahaja sekalipun raja berdaulat di mana sahaja. Inilah apa yang kami rasakan di dalam GISB  dan kami sedang menekuni jalur-jalur jadual Tuhan untuk akhir zaman di merata tempat di dunia ini. 

Dalam satu perjalanan membawa rombongan VIP yang menginap di Menara Jam Mekah, Pak Lang diminta mengulas mengenai potensi Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Pak Lang tahu soalan itu lebih menginginkan jawapan politik tetapi Pak Lang mengajak mereka melihat di sudut yang berbeza. 

Pak Lang hujjahkan bagaimana Tuhan 'simpankan' bangsa Melayu untuk menjadi peneraju kebangkitan Islam di akhir zaman. Asas-asas pengiktirapan semua bangsa yang berada di Mekah ini - seperti yang dinyatakan di atas, disaksikan sendiri oleh semua yang ada di dalam bas itu. 

Semuanya mengangguk kepala menyetujui kebenaran hujjah mengenai Melayu bangsa yang dijanjikan (baca; ikhwan - etnik yangh dijanjikan). Melayu di Mekah ini rupanya sangat dimuliakan, diutamakan dan dihormati. Mereka 'segan' dengan orang Malaysia khususnya. Justeru mudahlah kerja-kerja mengajak mereka menerima kebenaran. 

Begitu juga mereka bersetuju sangat dengan hujjah mengenai susur galur keturunan datuk nenek orang Melayu yang berasal dari Hadhramaut. Khabar ini menceriakan wajah masing-masing. Maklumat yang Pak Lang bentangkan tentang rumpun bangsa Melayu yang asalnya dari darah orang Arab samada sahabat Nabi atau keluarga Nabi sangat menyegarkan air muka mereka. 

Ada harapan yang tersimpan di sebalik wajah masing-masing. Pak Lang hanya minta mereka doakan perjuangan menegakkan Islam melalui cara dakwah berhikmah serta kasih sayang - bukan cara politik. Masanya akan tiba Islam yang diterajui orang Melayu akan mendapat tempat di hati umat Islam dari seluruh dunia.

Menariknya dan mengejutkan Pak Lang bila semua ahli rombongan turun meninggalkan Pak Lang dan Pak Ekin - pemandu bas warga Indonesia. Sambil menumbuk telapak tangan kirinya dengan penumbuk kanannya, dia bersuara, "Waduh Pak Ustaz! saya baru dengar ini semua yang Pak Ustaz bilang tadi,,,, Mantap ya Pak Ustaz.... Ini potensi bangsa Malaysia dan Indonesia yang benar-benar bisa terjadi...Alhamdulillah syukur... Wah!! sebetulnya ramai mutawif bicaranya tidak kayak gini (tidak sebegini)..."

Itulah Pak Ekin, hanya seorang pemandu bas tapi mampu faham maksud perbicaraan Pak Lang. Bayangkan jika orang-orang terpelajar yang mampu memahaminya dan jika dia tawadhuk berhati mulia, pasti hebat hasilnya apabila mereka turut sama bergelanggang bersama kami.

Merenung semula perjalanan perjuangan Abuya yang panjang, Pak Lang terjumpa suatu artkel menarik dalam sebuah blog. Ianya menceritakan peristiwa tribulasi yahudi terhadap kedaulatan empayar Othmaniah. Ikuti kisah dan huraiannya untuk pemerhatian kita bersama. Ianya sekadar maklumat yang diceritakan melalui sejarah. Huraian perjalanan sejarah biasanya mengikut versi kecenderungan mereka yang menulisnya.



Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid ( 1876 – 1909 )


Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.
 
Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
 
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
 
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.
“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.
 
Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). 

Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.
 
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.
 
“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.
 
Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah. “Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.
 
Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.
 
“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. 

Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah. Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. 

Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

(Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922. Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.)
 
Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.
 
“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.
 
Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.
 
“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.
Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.
 
Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah. "Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.
 
Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan. Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.
 
“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.
Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.
 
Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.
“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.
 
Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

*Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid


——————————————————————————————————-
Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :
Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.
Kedua : Meninggalkan amalan Islam.
 
Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektronik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.
 
Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat Islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.
 
Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagangan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah , perkara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.
 
Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. Sistem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.
 
Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama ‘memodenkan empayar’.
 
Undang – undang Islam ke atas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.
 
Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.
 
Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker – banker ini dijemput untuk mencipta sistem kewangan moden dengan sistem riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.
 
Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. 

Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.
 
Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.
 
Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.
 
Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.
 
Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.
 
Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang – undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.
 
Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank – bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon – bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon – bon tersebut. 

Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata – mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka – angka pada dokumen kewangan yang dipanggil saham dan bon.
 
Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.
 
Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah.
 
Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai – pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur – ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. 

Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan. Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempunyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. 

Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.
 
Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :
 
“Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..“
 
Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rothschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

Sila lihat video di bwh:




Apakah Makna Wanita Cantik Pada Lelaki?


 
Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.


Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.


Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.


Tetapi awas.


Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.


Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.


Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.


Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.


Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.


Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.


Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.


Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.


Kerana apa?


Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.


Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. 

Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.




CANTIK

Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak. Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga? Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya. Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.


Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.


Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.


Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.




MATANG

Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.


Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.


Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.


Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.


Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!

Sumber: akuislam.com

Rabu, 20 Mac 2013

Peristiwa Aneh, Pelik dan Ajaib - Hukuman Mati Tetapi Tidak Mati

Renunglah peristiwa peristiwa pelik dan ajaib yang berlaku kepada individu berikut. Mereka diputuskan hukuman mati tetapi Tuhan maha menentukan - mereka tidak mati bahkan dapat terus hidup bertahun-tahun selepasnya. Tuhan maha kuasa.

Berikut merupakan kisah 5 orang yang terlepas dari hukuman mati..


1. Anne Green



Anne Green dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun. Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara banduan disuruh mengalungkan sendiri tali ke lehernya.

Setelah tergantung selama 1/2 jam, tubuh anne diturunkan dan diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi. Namun, setelah sampai di kampus, peti dibuka dan doktor mendengar suara penafasan dari tengkuknya. Mereka segera memberinya minum.

Dua belas jam setelah dihukum, Anne sudah dapat bercakap beberapa perkataan. Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya menikah dan mempunyai 3 orang anak, serta dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa hukuman yang membuatnya terkenal itu.

Setelah kes ini, banduan mati digantung dengan cara dijatuhkan dari ketinggian tertentu untuk mematahkan lehernya, sehingga dapat mati secara cepat.


2. John Henry George Lee




John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma. Suatu hari, Miss Emma ditemui mati dengan leher yang dikelar pisau dan rumahnya terbakar. John kemudian dituduh bersalah dan dihukum gantung.

Menurut jadual, John akan dgantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison. Ketika tiba harinya, John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat hukuman. Namun, trap door (pintu penyekat antara zon penjara) sangkut tidak bergerak.

Bukan hanya sekali dua kali, tetapi tiga kali. Akibat bingung dengan kejadian tersebut, John dikembalikan ke sel nya. Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah menjadi dipenjara seumur hidup.


3. William Duell



Ketika berusia 16 tahun, William dihukum mati dengan cara digantung akibat tuduhan merogol dan membunuh terhadap seorang gadis di Village of Tyburn, London.

Sama seperti Anne, mayat William akan digunakan di kuliah medical training, sesuai dengan prosedur pada waktu itu. Setelah disahkan mati, mayatnya dibawa ke universiti.

Kemudian setelah pakaiannya ditanggalkan dan diletakkan di atas papan, seorang petugas makmal yang menyedari bahawa William masih bernafas. Makin lama, William bernafas semakin cepat.

Dalam 2 jam, dia sudah dapat duduk. Malam itu juga, pihak kerajaan memutuskan untuk mengubah hukumannya menjadi hukuman penjara.


4. Joseph Samuel





Joseph dihukum mati dengan cara digantung setelah dituduh melakukan rompakan rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut dibunuh. Joseph memang mengakui pertuduhan tersebut.

Namun,dia menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut. Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya. Ketua geng dilepaskan kerana kurangnya bahan bukti.

Pada 1803, Joseph dibawa bersama banduan lain ke Parramatta, di mana sudah ada ratusan orang yang datang untuk melihat hukuman ini. Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerabak dan di lehernya dikalungkan tali. Setelah siap, gerabak tersebut ditarik.

Namun perkara pelik terjadi apabila tali gantung tersebut putus. Setelah dicuba untuk kali kedua, tali itu tetap putus. Para penonton mula riuh dan cubaan kali ketiga disiapkan. Tetapi tali itu putus juga buat kali ketiga.

Lantas petugas di lokasi memberitahu gabenor tentang peristiwa ini. Setelah mengetahuinya,gabenor mengubah hukuman Joseph menjadi dipenjara seumur hidup.

Gabenor dan petugas lain yakin bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa Joseph tidak seharusnya mendapat hukuman tersebut.


5. Wenseslao Moguel




Moguel dihukum mati dengan cara ditembak oleh pasukan tembak polis. Dia ditembak 9 kali, termasuk 1 peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya oleh komander pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.

Entah bagaimana, Moguel dapat bertahan hidup dan merancang untuk melarikan diri. Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut. Foto di atas diambil pada tahun 1937 di rancangan Ripley's Believe It or Not dimana Moguel menunjukkan tanda bekas peluru yg menembus kepalanya dari jarak dekat.

p/s : Ajal maut ditangan tuhan...

(paparan di atas diambil dari blog penpatah - KLIK DI SINI)
 

Sample text

Sample Text

Sample Text