Social Icons

Sunday, 7 April 2013

Perjanjian Hudaibiah


 Tentang Perjanjian Hudaibiah ini, Ibnu Hisyam meriwayat kan dari Ibnu Ishaq dari Az Zuhri :

ما فتح في الإسلام فتح قبله كان  أعظم منه
Belum berlaku futuh dalam Islam sebelum Hudaibiah ini Futuh yang lebih besar darinya

Namun sebelum kemenagan ini jelas dia telah menjadi ujian kepada Umat Islam. Peristiwa ujian ini berlaku pada tahun keenam Hijrah dan pada akhir tahun keenam Hijrah ini berlaku satu peristiwa dan ujian besar lagi kepada umat Islam waktu itu iaitu peristiwa Perjanjian Hudaibiah. Ujian ini merupakan kunci dan muqaddimah kepada pembukaan Mekah dan kemenagan Umat Islam di Jazirah Arab. Pada bulan Zulkhaedah Rasulullah Saw membuat pengumuman kepada semua Umat Islam bahawa Rasulullah Saw mahu mengerjakan Umrah ke Mekah, barangsiapa yang mahu mengikut Rasulullah Saw boleh bersiap siap. Ketika itu yang bersedia untuk ikut Rasulullah Saw hanyalah Muhajirin dan Ansar dan beberapa orang dari kabilah lain secara peribadi kerana hubungan antara Umat Islam dan orang Mekah masih tegang dan mungkin boleh berlaku peperangan lagi. Ketika itu seramai 1400 orang lelaki keluar dengan Rasulullah Saw untuk mengerjakan Umrah. Rasulullah Saw juga bawa sekali bersama mereka binatang ternakan untuk korban, binatang yang tak ditunggang. Rasulullah Saw bawa bersama 70 ekor unta.

Orang munafik semuanya tak keluar melainkan seorang, menurut sejarah namanya Al Jad bin Qais. Yang lain semua takut, bagaimana Rasulullah Saw keluar kepada musuhnya tampa persiapan perang. Mereka akan membunuh Rasulullah Saw dan umat Islam. Sebagai berjaga jaga, Rasulullah Saw bawa juga senjata tapi dibawa diatas unta bukan dipakai oleh orang orang Islam. Bila mana Rasulullah Saw sampai di Zulhulaifah yang hari ini dipanggil Bir Ali, yang berada tujuh batu lebih dari pusat Madinah.Di situ Rasulullah Saw pakai Ihram. Sampai berita kepada Kafir Quraisy di Mekah. Kata mereka kita tak akan benarkan Rasulullah Saw masuk walaupun dengan tujuan Umrah. Jarak dari Madinah ke Mekah kira kira 450 batu itu, Rasulullah Saw berjalan dalam keadaan Ihram. Kafir Quraisy sudah siap menunggu mereka dengan tentera diluar mekah iaitu di sempadan tanah Haram. Mereka tiunggu diluar kawasan haram kerana kalau Rasulullah Saw dan orang Islam sudah masuk ke kawasan Haram, mereka tak boleh lagi memerangi Rasulullah Saw dan mengeluarkan Rasulullah Saw. Memang sejak jahiliyah lagi mereka menghormati tanah Haram kawasan sekitar Kaabah yng tak boleh mencabut pokok didalamnya, tak memburu bintang didalamnya apa lagi nak berperang dikawsannya.

Jadi tentera Kafir Quraisy sudah bersedia dan mereka telah berikrar tak akan membenarkan Rasulullah Saw masuk ke Mekah dengan apa alasan sekalipun. Tak semua pemimpin Kafir Quraisy keluar dalam tentera ini. Abu Sufyan tak ikut sekali, pasukan berkuda mereka dipimpin oleh Saidiuna Khalid Al Walid yang belum Islam lagi pada waktu itu. Bila Rasulullah Saw dan tentera Islam sampai di Rauha’ 73 batu dari Madinah Rasulullah Saw menghantar Saidina Abu Qatadah Al Ansari yang tidak ihram ketika itu, bersama sekumpulan Sahabat Rasulullah Saw ke Ghaikhah di tepi pantai Laut Merah kerana ada berita mengatakan Kafir Quraisy menghantar pasukan serang hendap mereka kesitu. Mereka bertemu semula dengan Rasulullah Saw di As Suqya 180 batu dari Madinah.

Bila sampai di Zul Hulaifah Rasulullah Saw menghantar Rasulullah Saw menghantar seorang perisik baginda dari Bani Khuzaah yang namaya Bisyr bin Sufyan untuk mengambil berita dari Mekah. Rasulullah Saw menruskan perjalanan sampai ke Gahdir Al Asytat. Disitu Bisyr bin Sufyan tealh pulang semula membawa berita Kafir Quraisy  bahawa tentera Kafir Quraisy telah keluar menunggu Rasulullah Saw diluar Mekah dengan memakai kulit harimau. Orang Qurasiy ini kalau mereka pakai kulit Harimau itu tanda mereka akan berperang. Mereka berazam menyekat Rasulullah Saw dari masuk ke Mekah. Kata Rasulullah Saw :

يا ويح قريش يا ويح قريش ما ضرهم لو تركوني
Alangkah kerasnya Kafir Quraisy ini, mereka tidak akan rugi kalau mereka benarkan aku


Ketika itu Rasulullah Saw bertanya kepada para Sahabat yang bersamanya, siapa dikalangan kamu yang boleh menunjukkan jalan yang kita boleh sampai kebelakang tentera Kafir Quraisy. Ada salah seorang dari mereka tahu jalan itu dan memang akhirnya Rasulullah Saw dan para Sahabat sampai ke mekah dibelakang tentera Kafir Quraisy dan Rasulullah Saw sedang menuju ke Haram. Sehingga mereka sampai ke alamat tanah Haram, hanya beberapa langkah lagi mereka masuk ketanah haram, disitu unta Rasulullah Saw berhenti dan duduk tanpa Rasulullah Saw memberhentikannya. Rasulullah Saw cuba supaya dia berjalan semula tetapi dia tak mahu jalan. Ada Sahabat yang berkata, telah berlaku sesuatu yang buruk pada unta ini. Kata Rasulullah Saw, tidak, tapi yang menghalangnya ialah yang menghalang tentera Gajah. Maka Rasulullah Saw perintahkan semua Umat Islam berhenti disitu, iaitu diluar tanah haram iaitu dikawasan yang tak selamat

Rasulullah Saw berhenti di Hudaibiah


Para Sahabat datang kepada Rasulullah Saw, wahai Rasulullah Saw kita berhenti ditempat yang tak ada air dan bekalan air kita sudah habis. Yang tinggal hanya air yang ada pada Rasulullah Saw, itupun hanya cukup untuk berwudhuk. Rasulullah Saw Tanya, ada tak perigi disitu, kata mereka, ada satu saja tapi tak ada air. Rasulullah Saw ambil wuduk disitu, dengan kenerkatan air wudhuk Rasulullah Saw itu telaga itu menjadi ada air.

Kemudian Rasulullah Saw bersabda :

والله لا تدعني قريش إلى خطة يسألوني فيها صلة الرحم إلا  أعطيتهم إياها
Demi Allah kalau Kafir Quraisy mengajak aku kepada satu perancangan yang berlaku padanya menyambungkan silaturrahim, aku akan mempersetujuinya

Rasulullah Saw berhenti disitu dengan niat ini kerana Rasulullah Saw yakin, Allah yang menegah baginda dari memasuki Mekah. Ketika itu juga berita telah sampai kepada Kafir Quraisy bahawa Rasululllah telah melepasi mereka dan Rasulullah Saw hampir memasuki kawasan Haram. Berita ini sangat mengejutkan mereka bahkan menakutkan mereka kerana kalau Rasulullah Saw sudah masuk ke kawasan Haram,satu masalah besar bagi mereka. Mereka segera bergerak kearah tanah Haram, tiba tiba mereka mendapati Rasulullah berkhemah hanya beberapa langkah diluar tanah Haram. Mereka terkejut kerana Rasulullah Saw tak masuk ketanah Haram sedangkan kalau Rasulullah Saw nak masuk Rasulullah Saw sudah boleh masuk. Apa yang Rasulullah Saw mahu?.Jadi mereka juga berkhemah tak jauh dari situ. Mereka pelik kerana kalau Rasulullah Saw nak melakukan Umrah tentu Rasulullah Saw sudah masuk kedalam tanah Haram. Apakah Rasulullah Saw nak perang, Rasulullah Saw bawa senjata tapi Rasulullah Saw dan tentera Islam semuanya pakai Ihram.

Kafir Quraisy mahu memastikan dari Rasulullah Saw, mereka hantar seorang pemimpin Khuzaah yang ikut serta bersama mereka, namanya Budail bin Warqa’. Budail ini ada rumah di Mekah. Budail datang bertemu dengan Rasulullah Saw, dia Tanya,apa tujuan Rasulullah Saw datang. Kata Rasulullah Saw, kami datang untuk umrah dan lihatlah binatang korban yang kami bawa. Kata Budail, kamu juga membawa senjata? Kata Rasulullah Saw, wahai Budail, kami juga takut kami dikhianati. Kalau kami diserang apa kami nak buat? Budail berpuas hati dengan jawapan Rasulullah Saw. Budail memberitahu Kafir Quraisy apa dia dengar dari Rasulullah Saw tapi mereka belum berpuas hati, mereka hantar wakil dari Kafir Quraisy pula, namanya Makraz bin Hafs.

Dia datang ketempat orang Islam jalan kaki dia hanya tengok tengok dari jauh dan pulang semula ketempat Kafir Quraisy. Rasulullah Saw bila nampak Makraz ini, kata Rasulullah Saw, dia ini pengkhianat. Makraz ini bila pulang ke Kafir Quraisy, katanya mungkin mereka nak buat umrah mungkin juga mereka nak perang kerana mereka juga bawa senjata. Kafir Quraisy belum berpuas hati kerana Makraz ini hanya melihat dari jauh, dia tak berjumpa terus dengan orang Islam. Mereka hantar seorang wakil lagi. Seorang dari dari pemimpin Ahabish, Hulais bin Alqamah yang ikut serta bersama tentera Kafir Quraisy. Bila Rasulullah Saw nampak dia, Rasulullah Saw berkata dia ini adalah orang yang sangat membesarkan binatang yang akan dikorbankan di Kaabah. Bila dia makin dekat Rasulullah Saw perintahkan orang Islam tarik unta unta yang akan dikorbankan itu didepannya. Bila Hulais melihat unta unta yang ada tanda kahs untuk dikorbankan ini dia berpatah balik kerana sudah ada jawapan kepadanya bahawa Rasulullah Saw dan orang  Islam datang untuk Umrah. Dia pun beritahu Kafir Quraisy bahawa Rasulullah Saw datang untuk umrah kerana dia lihat sendiri unta unta yang telah ditanda khas untuk dikorbankan. Kata Kafir Quraisy padanya, engkau ini badawi, engkau tak faham. Marah hulais ini kepada  Kafir Quraisy, katanya :

والله ما على هذا عاهدناكم يا معشر قريش, أيصد عن بيت الله من جاء معظما له, والله إن لم تدعوه وتخلوا بينه وبين الكعبة لأنفرن عليكم بالأحابيش

Demi Allah, ini bukan yang kita sepakati bersama, apakah disekat orang yang
Untuk membesarkan Baitillah. Demi Allah kalau kamu semua menghalangnya dari Kaabah, aku akan bawa semua kabilah Ahabish untuk memerangi kamu.

Qurasiy cepat cepat meredakan Hulais ini dan berjanji akan memastikan lagi apa sebenarnya yang Rasulullah Saw mahu.

Kisah Urwah bin Masuud


 Mereka hantar pula Urwah bin Masuud Assaqofi pemimpin Thaif yang ikut bersama tentera Kafir Quraisy kerana dia juga sedang berada di Mekah ketika itu. Urwah ini sebelum dia pergi, dia minta jaminan Qurasiy dulu bahawa mereka akan menerima berita yang dia bawa kerana dia melihat Kafir Quraisy sudah menghantar beberapa orang wakil tapi semuanya mereka tak percaya bahkan ada yang mereka perlecehkan pula. Urwah bin Masuud ini salah seorang pemimpin Arab yang sangat dihormati. Ketika orang kafir menolak Rasulullah Saw dan bertanya Allah kenapa tak diangkat menjadi Nabi salah seorang dari dua pemimpin Arab yang sangat disegani, mereka maksudkan dua orang Al Walid bin Mughirah dari mekah dan Urwah bin Masuud ini dari Thaif, inilah kedudukan Urwah dalam masyarakat Arab ketika itu. Dengan itu mereka memberi jaminan bahawa mereka tak akan menolak berita yang dia bawa nanti.


Urwah ini telah membuat perancangan bagaiman dia nak mengetahui hal yang sebenarnya, dia berazam akan membentak orang Islam, kalau mereka melayannya dengan kasar, itu tanda mereka nak perang tapi kalau mereka tetap melayannya dengan lemah lembut, itu tanda mereka nak Umrah. Urwah datang dan masuk bertemu dengan Rasulullah Saw dengan pakaian perang dan senjatanya, dia tak mahu buka. Jadi sebagai berjaga jaga Rasulullah Saw juga bawa pengawal khas baginda iaitu Saidina Al Mughirah bin Syu’bah yang juga berpakaian perang dan bersenjata lengkap berada dibelakang Rasulullah Saw. Saidina Mughirah ini dari Assagqofi juga, dia adalah anak saudara Urwah ini. Tapi Urwah tidak mengenalinya sebab dia pakai baju besi lengkap, yang nampak hanya matanya. Urwah duduk didepan Rasulullah Saw, katanya, wahai Muhammad, apakah kamu datang untuk memasuki Mekah dengan kekerasan. Kata Rasulullah Saw, aku datang untuk melakukan Umrah. Kata Urwah lagi, wahai muhamad, kalau kamu datang untuk berperang, jangan kamu tertipu dengan tentera kamu, kalau berlaku perang mereka semua akan meninggalkan kamu. Ketika itu Saidina Abu Bakar tak boleh diam lagi, dia bangun menjawab Urwah dengan keras, kata Saidina Abu Bakar, apakah kami akan meninggalkan Rasulullah Saw. Demi Allah kami tak akan membiarkan Rasulullah Saw. Rasulullah Saw tenangkan Saidina Abu Bakar kerana Rasulullah Saw tahu Urwah sengaja mahu menimbulkan kemarahan orang orang Islam. Kerana kerasnya jawapan Saidina Abu Bakar, Urwah berpaling kepadanya dan berkata, kalau bukanlah kerana kamu pernah berjasa kepadaku nescaya kau akan balas penghinaan kamu kepada aku itu dengan lebih keras lagi. Tapi perkara itu berhenti setakat itu, bila Rasulullah Saw menenangkan suasana.

Kemudia Urwah meneruskan lagi strateginya, dia hulurkan tanganya untuk memegang janggut Rasulullah Saw, ketika itu Saidina Mughirah pula tak dapat menahan kesabarnnya, dia tepis tangan Urwah itu dengan pedang. Urwah menjadi takut, tangannya ditepis dengan pedang, terus dia Tanya siapa ini, orang yang sangat keras ini, aku hanya nak bercakap dengan kamu wahai Muhammad. Kata Saidina Mughirah, jauhkan tangan kamu dari Rasulullah Saw, kalau tidak tangan kamu tak akan kembali semula kepada kamu. Terkejut lagi Mughirah, dia Tanya lagi, siapa ini. Rasulullah Saw tersenyum dan bertanya Urwah, apakah kamu tak kenal dia. Kata Urwah, aku tak kenal. Kata Rasulullah Saw, ini anak saudara kamu, Al Mughirah Bin Syu’bah. Kata Urwah, wahai orang yang khianat, bukankah kamu baru semalam saja membersihkan kemaluan kamu. Al Mughirah ini ada ceritanya, dia ikut rombongan Bani Malik pergi mengadap Muqauqas raja Mesir. Oleh kerana dia seorang yang keras dan tak menjaga adab dengan Muqauqas orang lain semua dapat hadiah dia tak dapat. Dalam perjalanan pulang ketika rombongan Bani Malik seramai 13 orang ini sedang tidur, dia bunuh mereka semua dan ambil harta mereka semua. Dengan itu Bani Malik minta pada Bani Saqif supaya diserahkan Mughirah kepada mereka, kerana dia salah seorang pemimpin dari Bani Tsaqif mereka tak mahu menyerahkannya. Akhirnya masing masing siapkan tentera nak berperang. Ketika itu salah seorang Ahli Hikmah Arab datang menasihati Urwah ketua Bani Saqif supaya membayar duit kepada Bani Malik dan menyelamatkan kaumnya dan Bani Malik dari peperangan. Urwah setuju, dengan itu selamat kedua belah pihak.

Al Mughirah ketika itu lari ke Madinah membawa harta yang dirampasnya takut diambil oleh Bani Tasaqif, bila sampai di Madinah, dia tertarik dengan Islam dan masuk Islam. Rasulullah Saw terima Islamnya tapi Rasulullah Saw perintahkan dia pulangkan semula harta Bani Malik. Sebab itulah Urwah bercakap begitu kepada Saidina Al Mughirah ini.

Kata Saidina Al Mughirah, ini Rasulullah Saw, walaupun semua yang kamu lakukan untuk aku itu tapi aku tak benarkan kamu mempermainkan Rasulullah Saw. Begitulah kecintaan para Sahabat kepada Rasulullah Saw. Pada ketika itu masuk waktu sembahyang, Saidina Bilal bangun dan azan. Rasulullah Saw bangun berwhuduk, ketika itu Urwah masih duduk dan memerhatikan Rasulullah Saw dan orang orang Islam. Bila Rasulullah Saw berwudhuk, para Sahabat berkumpul dekat Rasulullah Saw, setiap titik air wudhuk Rasulullah Saw dikutip oleh Sahabat dan mereka sapu badan mereka, Rasulullah Saw meludah ada yang tahan dan sapu ludah Rasulullah Saw kebadannya. Dia lihat Rasulullah Saw dan para Sahabat bersembahyang dalam barisan dan pergerakan yang sangat rapi dan tersusun. Dengan itu dia tak menyambung lagi perbualannya, cukup baginya, dia pulang kembali kepda Kafir Quraisy dan berkumpul dengan pemimpin pemimpin Kafir Quraisy.

Hadirin yang dikasihi sekalian,
Ini satu pemandangan yang jelas bagaimana sayangnya para Sahabat kepada Rasulullah Saw, bagaimana mereka membesarkan dan memuliakan Rasulullah Saw. Hal ini memberitahu kita tidak berlaku Iman kepada Rasulullah Saw tanpa mengasihi Rasulullah Saw. Mengasihi dan mencintai Rasulullah Saw ini bukan sesuatu yang boleh diakal akalkan tapi perasaan yang Allah campakkan dalam hati kerana membesarkan Rasulullah Saw sedangkan mencintai Rasulullah Saw itu sebagai syarat untuk mencinta Allah dan beriman kepada Allah. Peristiwa ini juga mengajar kita bahwa mengambil berkat dari anggota badan Rasulullah Saw juga lebihan dari Rasulullah Saw adalah sesuatu yang dianjurkan dan merupakan akhlak para Sahabat dengan Rasulullah Saw. Bahkan banyak hadis menceritakan kepada kita bagaimana para Sahabat mengambil berkat dari rambut Rasulullah Saw, peluhnya, kesan jarinya pada makanan yang dimakannya, air wuduknya bahkan ludahan baginda. Mengambil berkat inilah yang dinamakan tawasul. Jadi mengambil berkat dengan Rasulullah Saw atau bertawassul ini bukan bermaksud menyandarkan kuasa memberi bekas itu kepada selain Allah kerana segalanya dengan kuasa dan izin Allah tetapi dia bermaksud meminta kepada Allah melalui pandangan Allah kepada Rasulullah Saw kekasih Allah ini supaya dengan itu Allah perkenankan permintaan kita.

Kembali kita kepada kisah Urwah bin Masu’d, Kafir Quraisy Tanya apa pandangan kamu wahai Urwah? Kata Urwah sebelum aku nak sebut pandangan aku dengar dulu:

والله قد وفدت على كسرى في ملكه ووفدت على قيصر في ملكه ووفدت على النجاشي في ملكه  فوالله ما رأيت أحدا في ملكه أعظم من محمد في ملكه والله لئن قاتاتموه والله لن يسلمواه لكم حتى يقتلون مثلهم ولئن قتلوا مثلهم فما خيرة الحياة بعد ذلك. قالوا ما الرأي ؟ قال الرأي عندي أن تصالحوه على أن لا يعتمر هذا العام
Demi Allah, aku telah menziarahi Kisra di kerajaannya dan aku telah menziarahi Qiasar dikerajaannya dan aku telah menziarahi Najasyi di kerajaannya. Demi Allah aku tak pernah lihat seorang yang lebih besar dari Muhammad dalam kerajaannya. Demi Allah kalau kamu memeranginya, Sahabat sahatnya tak menyerahkannya kepada kamu sehingga mereka membunuh dari kamu seperti jumlah mereka ( 1400 orang ) Kalau mereka membunuh dari kamu seperti itu, apalah kebaikan hidup lagi selepas itu. Kata Kafir Quraisy, apa pandangan kamu? Kata Urwah, pandangan aku, kamu semua buat perjanjian damai dengannya dan minta dia jangan buat Umrah pada tahun ini.

Kafir Quraisy menerima pandangan ini tapi mereka nak pastikan lagi. Kali ini mereka nak tawan salah seorang dari tentera Islam dan mengambil pengakuan dari tentera Islam sendiri. Pada waktu malam 40 orang mereka menyusup ketempat orang Islam kalau kalau mereka dapat menawan salah seorang dari tentera Islam. Rasulullah Saw sedar pergerakan ini, Rasulullah Saw perintahkan tentera Islam mengepung mereka, akhirnya 40 orang ini ditawan oleh orang Islam.Bila berita ini sampai kepada Kafir Quraisy mereka bersiap untuk perang. Rasulullah Saw perintahkan supaya 40 orang ini dilepaskan dan Rasululullah beritahu mereka, kami datang bukan untuk berperang, kami nak buat Umrah, lepaskan kamu melakukan Umrah.

Dengan kepulangan 40 orang tawanan ini, Kafir Quraisy semakin yakin Rasulullah Saw datang untuk Umrah bukan untuk perang. Kalau Rasulullah Saw nak perang, tentu Rasulullah Saw dah bunuh 40 orang ini. Melihat suasana itu Rasulullah Saw hilang harapan dengan tentera Kafir Quraisy ini, kata Rasulullah Saw, biar kita berunding dengan ketua Mekah Abu Sufyan. Rasulullah Saw panggil Saidina Umar supaya dia pergi berbincang dengan Abu Sufyan. Kata Saidina Umar, wahai Rasulullah Saw, Rasulullah Saw tahu bagaiman aku adalah orang yang paling keras terhadap Kafir Quraisy dan sekarang sudah tidak ada kaumku di Mekah yang boleh melindungiku. Kalau Rasulullah Saw nak menghantar wakil kedalam Mekah, hantarlah orang yang ada kedudukan dan ada pembela di Mekah. Rasulullah Saw Tanya, siapa orang ini? Kata Saidina Umar, Saidina Osman kerana dia dari Bani Umayyah dan Abu Sufyan dari Bani Umayyah. Rasulullah Saw menerima pandangan Saidina Umar ini dan Rasulullah Saw hantar Saidina Osman. Bila Saidina Osman sampai Abu Sufyan memuliakannya dan kata Abu Sufyan, kalau kamu nak tawaf di Kaabah silakan tawaf. Kata Saidina Osman, aku tak akan tawaf sebelum Rasulullah Saw tawaf. Saidina Osman mula berunding dengan Abu Sufyan. Ketika itu Abu Sufyan minta Saidina Osman tinggal dengannya dan dia tak benarkan Saidina Osman keluar sehingga Kafir Quraisy membuat keputusan.

Baiatul Rhidwan


Bila Saidina Osman lambat pulang, berita yang sampai kepada Rasulullah Saw bahawa Saidina Osman telah dibunuh. Bila sampai utusan Rasulullah Saw dibunuh, Rasulullah Saw rasa mereka sudah sampai peringkat akan berperang. Jadi Rasulullah Saw perintahkan para Sahabat melakukan baiah. Kalau berlaku peperangan jangan ada yang lari. Rasulullah Saw duduk dibawah pokok dan seorang demi seorang tentera Islam berbaiah dengan Rasulullah Saw. Saidina Salamah bin Akwa’ selepas berbaiah, dia duduk berehat. Bila Rasulullah Saw nampak dia, Rasulullah Saw suruh dia berbaiah. Kata Saidina Salamah, aku dah berbaiah wahai Rasulullah Saw, kata Rasulullah Saw, sekali lagi. Rasulullah Saw nak ulang baiah orang seperti Saidina Salamah ini. Kemampunnya dalam berperang melebihi orang lain. Dari sinilah harus mengulang baiah. Dengan itu semua para Sahabat berbaiah kepada Rasulullah Saw kecuali seorang iaitu Al Jad bin Qais, dia menyorok dibelakang unta unta dan dibelakang untanya yang berwarna merah untuk lari dari berbaiah. Selepas selesai semua orang baiah, Rasulullah Saw meletakkan tangan kirinya keatas tangan kananya dan menyebut, ini tangan aku ganti tangan Osman. Rasulullah Saw berbaiah pagi pihak Saidina Osman. Kata para Sahabat, demi Allah tangan kiri Rasulullah Saw lebih baik dari tangan kanan kita semua.

Ketika itu Rasulullah Saw memberi Busyra yang besar kepada para Sahabat. Sabda Rasulullah Saw :

يدخل الجنة كل من بايع تحت الشجرة إلا صاحب الجمل الأحمر
Semua yang berbaiah dibawah pokok akan masuk syurga kecuali tuan punya unta merah.

Pada merekalah turun ayat :

إن الذين يبايعونك إنما يبايعون الله, لقد رضي الله عن الذين يبايعون تحت الشجرة
Mereka yang berbaiah dengan kamu itu sebenarnya berbaiah dengan Allah, dan Allah telah redha kepada mereka yang berbaiah dibawah pokok.

Baiah ini dinamakan baiatul Rhidwan. Semua yang berbaiah disini mendapat keredhaan Allah.

Perjanjian Hudaibiah

Bila sampai kepada tentera Kafir Quraisy bahawa para Sahabat telah berbaiah kepada Rasulullah Saw. Mereka takut dan ketika itu mereka membuat keputusan untuk membuat perjanjian damai dengan Rasulullah Saw. Mereka hantar Suhail bin Amr kepada Rasulullah Saw. Bila Suhail datang , Rasulullah Saw mengenalinya dan Rasulullah Saw kata, semoga Allah permudahkan kepada kamu, mereka sekarang mahu perdamaian kerana Suhail ini terkenal dengan tokoh perunding dan pendamai dikalangan Kafir Quraisy. Dia hanya dihantar ketika untuk berdamai. Dengan itu berlaku persetujuan diantara Suhail dan Rasulullah Saw untuk melakukan perjanjian damai.Setelah selesai perbincangan semuanya, nak tulis perjanjian ini, maka Rasulullah Saw panggil Saidina Ali untuk menulis perjanjian ini dan yang menjadi saksi kepada perjanjian ini sekumpulan wakil dari pihak kafir dan sekumpulan wakil dari orang Islam. Kata Rasulullah Saw, tulis wahai Ali dengan Bismillah hir Rahmanir Rahim. Suhail tak setuju, kata Suhail, kami tak tahu tentang Ar Rahman, tulis saja BismikAllahumma. Kata Saidina Ali, aku dah tulis. Suhail kata. Padam semula. Dari awal tulis perjanjian ini berlaku khilaf antara Suhail dan Saidina Ali. Rasulullah Saw kata kepada Saidina Ali, padam wahai Ali. Kata Saidina Ali, wahai Rasulullah Saw macam mana aku nak padam nama Allah. Rasulullah Saw Tanya, mana dia, Rasulullah Saw padam dengan tangannya sendiri.

Kata Rasulullah Saw, tulis: Inilah yang dipersetujui oleh Rasulullah Saw dan Suhail. Suhail tak setuju lagi. Kata Suhail, kalau aku percaya engkau Rasulullah Saw tentu aku tidak perangi engkau, tulis Muhammad bin Abdullah. Orang orang Islam mula tak senang dengan sikap Suhail yang keras ini, Rasulullah Saw minta Saidina Ali memadam kalimah Rasulullah Saw. Saidina kata, macam mana aku nak padam kalimah Rasulullah Saw, Rasulullah Saw Tanya mana dia, Rasulullah Saw padam dengan tangannya sendiri. Rasulullah Saw memang mahu perdamaian.

Diantara isi perjanjian damai ini :

1.Orang orang Islam pulang pada tahun ini, mereka tak akan masuk Mekah dan mereka berhak untuk datang menunaikan umrah pada tahun hadapan. Bila mereka
 tahun depan Kafir Quraisy tak akan mengahalang mereka dalam apa bentuk sekalipun dengan syarat orang Islam bila mereka masuk Mekah, mereka masuk tanpa senjata melainkan pedangnya saja. Pedang ini juga mesti berada disarungnya bukan dihunus sehingga mereka masuk ke Mekah dalam keadaan tenang. Tidak membentak perasaan orang orang Mekah. Mereka hanya dibenarkan berada di Mekah selama tiga hari saja. Selepas itu mereka mesti meninggalkan Mekah.

2.Tidak berlaku peperangan diantara orang Islam dan Kafir Quraisy dalam tempoh sepuluh tahun sehingga semua orang merasa aman, tidak ada peperangan, tidak ada serangan keatas kafilah Kafir Quraisy dan berlaku kemanan penuh selama sepuluh tahun.

3.Rasulullah Saw mesti memulangkan semula orang yang lari dari Mekah ke Madinah dan siapa yang murtad dan lari ke Mekah dari Madinah tak akan dipulangkan ke Madinah. Ini diantara syarat yang berat bagi orang orang Islam ketika itu kerana seolah olah ada keistemewaan bagi pihak Kafir Quraisy melalui syarat ini. Seolah olah Kafir Quraisy yang menang melalui perjanjian damai ini.

3. Kabilah kabilah Arab yang lain berhak untuk masuk menjadi sekutu Rasulullah Saw atau sekutu Kafir Quraisy. Diantara yang menyaksikan perjanjian damai ini pemimpin pemimpin Bani Khuzaah dan Bani Bakar. Kata Bani Khuzaah, kami masuk menjadi sekutu Muhammad, kata Bani Bakar, kami masuk menjadi sekutu Kafir Quraisy. Melalui syarat inilah perjanjian ini batal dan menjadi sebab berlakunya Futuhul Mekah kerana Bani Bakar menyerang Bani Khuzaah. Setiap kabilah yang masuk menjadi sekutu kedua belah pihak dikira sebahagian dari mereka, kalau berlaku serangan kepada mana mana kabilah ini artinya berlaku pelanggaran syarat kepada perjanjian secara keseluruhan. Dengan sebab itulah Rasulullah Saw batalkan perjanjian ini bila Qurasisy menyokong Bani Bakar yang menyerang Bani Khuzaah.

Inilah dia ringkasan isi perjanjian Hudaibiah yang menjadi sebab kepada berlakunya pembukaan Mekah.

Ujian keyakinan untuk Umat Islam


Semasa mereka nak mulakan menulis perjanjian ini terdengar jeritan dari luar, semua keluar melihat. Rupanya seorang Islam yang lari dari Mekah, masih ada rantai pada tangannya. Bila dia dengar tentera Islam berdekatan dengan Mekah, dia ingin mendapat perlindungan dari tentera Islam. Orang ini ialah Abu Jandal bin Suhail, anak Suhail yang sedang mewakili Kafir Quraisy menulis perjanjian damai. Sedangkan yang telah disepakati, siapa yang berhijrah dari Mekah dipulangkan ke Mekah. Kata Abu Jandal kepada Rasulullah Saw, aku datang kepada kamu untuk berhijrah, aku mahu pulang bersama kamu ke Madinah. Kata Suhail, wahai Muhammad sudah ada perjanjian antara kita, anak aku dikembalikan ke Mekah. Kata Saidina Umar, wahai Rasulullah Saw kita belum tulis perjanjian lagi. Kata Suhail, apakah persetujuan dengan kata kata tidak cukup bagi kamu? Kata Rasulullah Saw, ya perjanjian secara lisan sudah cukup bagi kami. Ambil semula anak kamu. Suhail menarik anaknya untuk dihantar ke perkhemahan orang kafir. Abu jandal yang tak tahu apa yang sedang berlaku menjerit, wahai Rasulullah Saw, apakah kamu mengembalikan aku kepada orang orang kafir yang mereka memfitnahku pada agamaku. Sabda Rasulullah Saw :

يا ابا جندل اصبر واحتسب لعل الله يجعل لك ولأصحابك مخرجا
Wahai Abu Jandal, bersabarlah dan ambillah ganjaran dari Allah, semoga Allah akan memberikan jalan keluar kepada kamu dan Sahabat Sahabat kamu.

Abu Jandal tak dapat menerima hal itu, dia terus menjerit, wahai Rasulullah Saw, bagaimana aku diserahkan kembali kepada orang orang kafir yang mereka merosakkan agamamu . Orang orang Islam yang menyaksikan peristiwa itu mula menangis, hati mereka terhiris bagaimana berlaku didepan mata mereka salah seorang dari mereka ditarik dalam keadaan begitu untuk diserahkan kembali kepda Kafir Quraisy. Hati hati mereka makin terhiris dengan peristiwa itu setelah hati mereka terhiris dengan isi isi perjanjian yang sedang berlaku. Yang bergerak ketika itu ialah Saidina Umar, dia datang berjalan dekat dengan Abu Jandal dan mendekatkan pedangnya kepada Abu Jandal sambil membisikkan kepada Abu Jandal, orang kafir ini najis dan darah mereka seperti darah anjing supaya Abu Jandal memngambil pedang darinya dan membunuh ayahnya, Abu Jandal tak termasuk dalam perjanjian bagi pihak Islam kerana dia bersam orang kafir, tapi Abu Jandal belum sanggup membunuh ayahnya sendiri. Selepas itu Suhail datang semula dan mereka menyempurnakan perjanjian itu. Dengan itu tentera Kafir Quraisy menanti Rasulullah Saw dan tentera Islam bergerak pulang ke Madinah.

Rasulullah Saw bangun dan berucap kepada tentera Islam. Kata Rasulullah Saw, wahai tentera Islam silalah bertahallul dari Ihram kamu dan kita pulang ke Madinah. Bangun Saidina Umar bertanya Rasulullah Saw.

ألست أخبرتنا أنا نأت البيت ونطوف به
Wahai Rasulullah Saw bukankah kamu telah memberitahu kami bahawa kita akan masuk ke Kaabah dan melakukan tawaf.

Rasulullah Saw sebelum itu bermimpi melihat orang orang Islam masuk ke kaabah dan melakukan tawaf serta menggunting dan mencukur rambut mereka. Rasulullah Saw telah memberi tahu kepada orang Islam mimpi ini semasa dalam perjalanan mereka menuju ke Mekah. Saidina Umar mengingatkan Rasulullah Saw dengan mimpi Rasulullah Saw ini. Kata Rasulullah Saw:

بلى يا عمر, أفأخبرتك أنا نأت هذا العام فقال لا
Benar wahai Umar, tapi apakah aku memberitahu kamu kita akan masuk pada tahun ini. Kata Saidina Umar, tidak wahai Rasulullah Saw.

 Saidina Umar Tanya Rasulullah Saw lagi, bukankah kita dipihak kebenaran dan mereka dipihak kebatilan, bagaimana berlaku perjanjian damai ini menguntungkan pihak mereka. Sabda Rasulullah Saw :

إن معي ربي ولم يضيعني

Sesungguhnya Tuhanku bersamaku dan pasti dia tidak akan mensia siakan aku



Saidina Umar datang kepada Saidina Abu Bakar pula, Kata Saidina Umar kepada Saidina Abu Bakar :

ألسنا بالمسلمين قال نعم قال أليسوا بالكافرين قال بلى قال فكيف نعطي الدنية من ديننا. فرد عليه أبو بكر ردا أسكته به. قال  يا عمر هذا رسول الله فلزم غرزه

Bukankah kita orang Islam, benar kata Abu Bakar, Bukankah mereka orang kafir, benar kata Abu Bakar. Kata Saidina Umar, kalu begitu bagaimana kita memberikan satu kerendahan dari agama kita. Disini Saidina Abu Bakar mengigatkan Saidian Umar sehingga dia terdiam. Kata Saidina Abu Bakar, wahai Omar, ini Rasulullah Saw, taatilah ketetapannya.

Setelah semuanya jelas, Saidina Osman juga dilepaskan.Rasulullah Saw perintahkan mereka semua supaya tahallul. Tak seorang pun dari tentera Islam bangun bertahallul. Rasulullah Saw merasa pelik kali pertama orng orang Islam tidak mendengar perintah Rasulullah Saw. Rasulullah Saw takut untuk membuat arahan sekali lagi sehingga turun pada mereka kemurkaan Allah. Rasulullah Saw meninggalkan mereka. Tentera Islam masih duduk dan teragak agak, apa yang sedang mereka hadapi itu menyebabkan mereka macam tak tahu nak buat apa. Masih berat perasan mereka. Rasulullah Saw masuk ke khemahnya dalam keadan sedih bagaiman semua orang Islam tidak mendengar arahan Rasulullah Saw. Ketika itu Umu Salamah yang menemani Rasulullah Saw. Umu Salamah Tanya apa yang berlaku kepada Rasulullah Saw kerana dia lihat Rasulullah Saw dalam kesedihan. Rasulullah Saw menceritakan apa yang berlaku. Orang Islam tidak mendngar arahan baginda supaya mereka bertahallul, Rasulullah Saw takut untuk membuat arahan lagi, nanti turun kemurkaan Allah. Kata Umu Salamah, wahai Rasulullah Saw, kalau Rasulullah Saw bertahallul nescaya semua orang kan bertahallul. Rasulullah Saw keluar semula dan pangggil tukang cukur dan meminta tukang cukur mencukur kepala Rasulullah Saw. Bila para Sahabat melihat Rasulullah Saw bertahallul semua mereka bangun bertahallul. Ketika itu Rasulullah Saw melihat ada dikalangan mereka tidak bercukur hanya menggunting rambutnya. Maka Sabda Rasulullah Saw :

رحم الله المحلقين, والمقصرين يا رسول الله. قال رحم الله المحلقين, قالوا والمقصرين يا رسول الله. قال رحم الله المحلقين, قالوا والمقصرين يا رسول الله. قال والمقصرين
Allah merahmati mereka mereka yang bercukur, kata Sahabat yang menggunting wahai Rasulullah Saw.? Kata Rasulullah Saw, Allah merahmati mereka yang bercukur, kata para Sahabat,dan yang menggunting wahai Rasulullah Saw ? Kata Rasulullah Saw, Allah merahmati mereka yang bercukur, kata para Sahabat, dan mereka yang menggunting wahai Rasulullah Saw. Kata Rasulullah Saw, dan juga mereka yang menggunting.


Allah sebut Hudaibiah adalah Fath ( pembukaan )

Disinilah kelebihan orang bercukur dari orang yang hanya menggunting dalam bertahallul. Ketika itu, turun surah Al Fath kepada Rasulullah Saw.

إنا فتحنالك فتحا مبينا
Sesungguhnya kami telah membuka kepadamu pembukaan yang nyata

فجعل من دون ذلك فتحا قريبا
Maka Allah menjadikan selain dari itu satu pembukaan yang sudah hampir


Kata Saidina Abu Bakar:

ما كان فتح فى الإسلم أعظم من فتح الحديبية ولكن الناس قصر رأيهم عما كان بين محمد وربه, والعباد يعجلون, والله لا يعجل بعجلة العباد حتى تبلغ الأمور ما أراد
Tidak ada Futuh  dalam Islam lebih besar dari Fathul Hudaibiyah tetapi orang tak dapat menjangkau apakah yang berlaku diantara Muhammad dan Tuhannya sedangkan para hamba selalu gopoh sedangkan Allah itu tidak gopoh kerana gopohnya hambanya sehinggalah segala sesuatu itu sampai seperti yang Allah mahu.

Peristiwa Hudaibiyah ini menjelaskan kepada kita pentadbiran Allah melalui tindakan Rasulullah Saw. Sesuatu yang tak dapat dijangkau oleh kemampuan manusia sebab itu semua para Sahabat merasa terkejut dengan peristiwa ini sehinggakan Saidina Umar sendiri tidak dapat menerima keputusan ini. Hanya orang orang pilihan Allah sahaja yang mampu memahami maksud Allah ini. Bagi Rasulullah Saw hal ini jelas, Rasulullah Saw yakin Allah tidak akan mempersiakannya bahkan ini adalah satu pembukaan. Begitu juga Saidina Abu Bakar, Allah beri kefahaman kepadanya. Sebab itu kita perlukan pemimpin seperti ini untuk memimpin Umat Islam. Kalau tidak Umat Islam akan tersalah dalam memahami perkara perkara yang seni seperti ini

Diantara kemenangan kemengan Umat Islam dalam perjanjian ini :

1.      Kafir Quraisy telah mengiktiraf Umat Islam sebagai satu kekuatan yang setaraf dengan mereka. Pengiktirafan ini satru kemenangan kerana bila Kafir Quraisy mengiktiraf Umat Islam, dia akan dipandang besar oleh kabilah kabilah Arab yang lain. Hal ini menjadi pembukaan perkembangan Islam yang lebih besar selepas itu
2.      Perjanjian ini telah memberi jaminan kepada Umat Islam untuk menumpukan usaha dakwah ke seluruh Jazirah Arab dan kawasan kawasan sekelilinganya. Dari sini Rasulullah Saw mengutus perutusan kepada pemerintah pemerintah ketika itu.
3.      Kafir Quraisy telah mengiktiraf kedatangan Umat Islam pada tahun hadapan untuk menunaikan Umrah tanpa sebarang gangguan dan peperangan.

Allah namakan perjanjian Hudaibiah sebagai satu pembukaan (Fath). Kenapa dinamakan Fath, mari kita lihat.

Dari permulaan Islam sehingga Hudaibiah 19 tahun. 13 tahun di Mekah dan 6 tahun di Madinah. Yang keluar dengan Rasulullah Saw dalam perjanjian Hudaibiah ini seramai 1400 orang pejuang. Kalau begitu, perjuangan Rasulullah Saw sepanjang 19 tahun itu hasilnya ialah 1400 orang pejuang yang Allah telah redho kepada mereka dan Rasulullah Saw jamin syurga kepada mereka. Futuh Mekah selepas perjanjian Hudaibiah ini dua tahun, yang keluar bersama Rasulullah Saw seramai 10 ribu orang. Apa yang berubah,? dalam masa dua tahun hasilnya lebih besar dari 19 tahun.

Yang jelas berubah, dengan berlakunya perjanjian Hudaibiah ini terbuka pintu dakwah tanpa sebarang halangan. Bila mana pintu dakwah, perbincangan dibuka. Islam dapat disampaikan dalam keadaan tidak ada gangguan dan tekanan, maka dengan cepat Islam tersebar dan diterima oleh masyarakat Arab. Inilah yang selama ini diperlukan oleh dakwah Islam. Dengan itu dalam tempoh dua tahun ini, tanpa peperangan berlaku satu hasil yang luar biasa. Hasilnya mengatasi tempoh 19 tahun disudut ramainya orang yang menerima Islam.

Diantara hasil dari perjanjian Hudaibiah lagi, selepas perjanjian ini Rasulullah Saw telah menawan Khaibar, kubu Yahudi yang terakhir. Memerangi orang Yahudi ini tentu sangat sukar tanpa perjanjian Hudaibiah kerana pasti Qurasiy akan membantu Yahudi. Sekarang Rasulullah Saw telah mengikat Kafir Quraisy dan Rasulullah Saw berpeluang menghadapi musuh musuh Islam selain Kafir Quraisy. Semua ini proses yang membawa kepada berlakunya Futuhul Mekah.


Kisah Abu Basir

Sekarang kita masuk kepada kisah Abu Basir, Bila Rasulullah Saw sudah kembali ke Madinah, dia keluar berhijrah ke Madinah. Dia berjalan kaki merentas jarak yang begitu jauh itu. Ada dua orang Kafir Quraisy mengejarnya dari belakang. Bila dia sampai di madinah terus dia masuk kedalam Masjid Nabawi. Wahai Rasulullah Saw aku  Berhijrah kepada kamu. Sekejap lepas itu masuk dua orang Kafir Quraisy, wahai Muhammad, perjanjian antara kita. Kembalikan kepada kami Abu Basir. Kata Rasulullah Saw, benar, sila ambil semula Abu Basir.

Abu Basir ditarik oleh dua orang Kafir Quraisy ini sambil dia menjerit, bagaimana aku dikembalikan lagi kepada orang kafir sedangkan aku telah datang kesini merentas jarak yang sejauh ini. Sabda Rasulullah Saw :

قال يا أبا بصير لعل الله يجعل لك ولأصحابك مخرجا
Kata Rasulullah Saw, wahai Abu Basir semoga Allah menjadikan kepada kamu dan Sahabat sahabat kamu jalan keluar

Abu Basir ditarik oleh dua orang ini hingga sampai di Zul Hulaifah iaitu Bir Ali, mereka berhenti rehat. Abu Basir berjaya melepaskan diri dan dia ambil pedang salah seorang dari mereka dan dia berjaya membunuhnya kemudian dia mengejar yang sorang lagi dengan pedang. Yang sorang lagi takut dibunuh, dia lari ketempat yang paling dekat iaitu Madinah. Abu Basir mengejarnya dari belakang dengan pedang. Kerana begitu derasnya orang ini berlari dan  Abu Basir mengejar dari belakang, berkepul kepul debu dan seluruh badan mereka penuh dengan debu. Bila sampai saja di Madinah, kafir Qurasiy ini lari terus kedalam masjid. Dia memberitahu Rasulullah Saw kawannya telah dibunuh oleh Abu Basir dan Abu Basir nak bunuh dia pula. Ketika itu masuk Abu Basir. Kata Abu Basir, wahai Rasulullah Saw, kamu telah memulangkan aku kepada mereka, engkau telah laksanakan tanggung jawab kamu. Sekarang Allah telah menyelamatkan aku dari mereka dan Rasulullah Saw tidak bertanggung jawab lagi terhadap aku dan aku bulan lagi dibawah perintah Rasulullah Saw. Kata Rasulullah Saw, benar, aku telah menyerahkan Abu Basir kepada kamu dan kamu yang mencuaikannya. Kata Kafir Quraisy ini, serahkan Abu Basir kepada aku, kata Rasulullah Saw, aku telah serahkan kepada kamu, kamu yang melepaskanya.

Abu Basir minta pada Rasulullah Saw untuk tinggal di Madinah, kata Rasulullah Saw, tak boleh, kalau kamu tingal disini artinya Rasulullah Saw telah melanggar perjanjian. Kata Abu Basir, kalau begitu lepaskan aku pergi kemana yang aku mahu. Kata Rasulullah Saw, itu urusan kamu wahai Abu Basir, kamu bukan dibawah pemerintahan aku. Maka Abu Basir pun keluar membawa pedang tadi. Ketika itu Rasulullah Saw berkata, dan Abu Basir sempat mendengar kata kata itu.

يا ويل أمه,  مشعل الحرب لو كان معه رجال
Alangkah hebat ibunya, dia ini boleh melakukan peperangan kalau dia ada orang orangnya.

Kata kata ini menjadi isyarat kepada Abu Basir supaya dia meneruskan operasinya untuk membuat tekanan kepada orang orang kafir. Dengan itu Abu Basir tak pulang ke Mekah, tapi dia menuju ke I’s satu kawasan bukit yang ada pokok dan gua, tempat laluan kafilah kafilah Mekah ke Syam. Berita Abu Basir ini sampai kepada orang orang Islam yang masih di Mekah, yang tidak dibenarkan berhijrah ke Madinah. Maka orang pertama yang mengikut jejak langkah Abu Basir ialah Abu Jandal. Dia tak pergi ke Madinah tapi dia pergi ke I’s. Mereka berdua menjadi regu mula menyerang kafilah kafilah Kafir Quraisy. Orang Islam lain dari Mekah juga mula berhijrah ke I’s sehingga terkumpul disana tujuh puluh orang lelaki dikalangan Muhajirin yang baru. Mereka mula menyerang kafilah kafilah Kafir Quraisy.

Kafir Quraisy hantar wakil bertemu dengan Rasulullah Saw, mana perjanjian antara kita? Kafilah kami masih diserang. Kata Rasulullah Saw, aku masih teguh dengan perjanjian. Macam mana dengan Abu Basir dan orang orangnya? Kata Rasulullah Saw, aku telah serahkan dia kepada kamu, aku tak bertanggung jawab terhadapnya. Kata Kafir Quraisy, kalau kami serang mereka kamu tak akan masuk campur? Kata Rasulullah Saw, aku tak akan masuk campur, aku ada perjanjian damai dengan kamu. Kafir Quraisy menghantar tentera ke I’s untuk memerangi Abu Basir dan orang orangnya. Abu Basir ini cerdik orangnya, dia tak mahu keluar berperang secara tentera dengan mereka, dia akan menghadapi Kafir Quraisy dengan perang gerila. Tentera Kafir Quraisy tunggu tunggu tak ada orang yang keluar kepada mereka, akhirnya mereka pulang ke Mekah. Setiap kali kafilah mereka lalu, Abu Basir serang kafilah mereka. Dengan itu terhenti kafilah Kafir Quraisy. Lepas itu orang orang Islam lain yang diluar  Madinah, mereka terfikir kenapa kita hijrah ke Madinah yang dengan itu kita termasuk dalam perjanjian Rasulullah Saw dengan Kafir Quraisy, lebih baik kita hijrah ketempat Abu Basir dan kita tolong Abu Basir. Orang orang Islam yang baru ini mula berhijrah ke I’s sehingga terkumpul disana 300 orang peuang. Dah jadi satu tentera. Kafir Quraisy berusaha dengan berbagai cara untuk mengahapuskan mereka tapi tak berjaya. Kerana kekuatan Abu Basir dan orang orangnya, Kafir Quraisy tak boleh lagi menghantar kafilahnya. Sedangkan itulah anatara tujuan utama Qurasiy mengadakan perjanjian damai dengan Rasulullah Saw. Sekarang Rasulullah Saw berjaya mendapat perdamaian dari Kafir Quraisy dan berjaya menyekat kafilah Kafir Quraisy.

Selepas itu Abu Basir dan orang orangnya meningkatkan lagi operasi mereka, mereka bukan saja menghalang kafilah dagang Kafir Quraisy, bahkan kafilah bekalan makanan kepada Qurasiy juga mereka sekat. Mekah tak ada makanan, dengan itu berlaku kebuluran di Mekah. Kafir Quraisy cuba menyelesaikan masalah ini tapi tak ada jalan. Mereka hantar wakil mereka yang diketuai oleh Abu Sufyan mengadap Rasulullah Saw di Madinah, kata mereka wahai Muhammad, kami merayu kepada kamu dengan nama Allah dan atas nama silaturrahim antara kita. Syarat kami dalam perjanjian Hudaibiah bahawa orang orang Mekah yang keluar dari Mekah ke Madinah dipulangkan semula ke Mekah, kami tak mahu lagi syarat ini, kami mahu kafilah kami boleh berjalan. Diatas nama belas kasihan Rasulullah Saw terima permintaan mereka. Syarat yang dirasakan oleh semua orang Islam termasuk Saidina Umar bahawa syarat itu menguntungkan Kafir Quraisy dan satu kelemahan bagi Umat Islam telah menjadi satu syarat yang sangat menguntungkan Islam. Ketika itu Rasulullah Saw panggil Saidina Umar, lihat wahai umar syarat yang kamu kata ini kelemahan dari Umat Islam dan menguntungkan pihak kafir. Kata Saidina Umar :

يا رسول الله قد علمت أن رأيك أكثر بركة من رأيي
Wahai Rasulullah Saw, aku telah tahu bahawa pandangan kamu dalah lebih berkat dari pandangan aku.

Perjanjian Hudaibiah ini berlangsung selama dua tahun saja walaupun tempohnya sepuluh tahun kerana Bani Bakar sekutu Kafir Quraisy telah melangar perjanjian dengan bantuan dari Kafir Quraisy.

Peperangan Khaibar

Selepas Perjanjian Hudaibiah ini Rasulullah Saw memerintahkan para Sahabat membuat persediaan untuk membuka Khaibar dan Rasulullah Saw membuat pengumuman bahawa Islam akan menang. Sabda Rasulullah Saw :

أن الله وعدني أنه سيفتح لي خيبر
Bahawa Allah telah berjanji kepada aku, Allah akan membuka kepada aku Khaibar.

Khaibar ini satu kawasan yang kaya, setiap kali Rasulullah Saw buat syarat, hanya anggota Hidaibiah saja yang dibenarkan untuk menyertai pembukaan Khaibar ini. Ketika itu, Arab Badawi dan para munafikin datang kepada Rasulullah Saw minta nak ikut sekali dalam peperangan Khaibar, kerana mereka telah mendegar janji Rasulullah Saw. Rasulullah Saw tak pernah berjanji melainkan satu kebenaran. Jadi semua orang merasa tamak untuk mendapat harta ghanimah melalui peperangan ini. Mereka merayu pada Rasulullah Saw, benarkan kami ikut, kami nak berjihad fi sabilillah. Rasulullah Saw menolak, hanya Ahli Hidaibiah saja yang diterima keluar kali ini. Mereka terus merayu rayu kepada Rasulullah Saw, kami nak berjihad, jangalah kamu halang kami dari mati syahid dan mendapat pahala. Bila mana mereka terlalu mendesak, Rasulullah Saw kata :

من أراد الخروج للخيبر من غير أهل الحديبية فليخرج وليس له نصيب في الغنائم
Barangsiapa yang mahu keluar ke peperangan Khaibar dan dia bukan Ahli Hudaibiah, dibenarkan kepada mereka tapi mereka tidak ada bahagian dalam Ghanimah ( Harta rampasan perang ).

Tak ada seorang pun yang keluar dari kalangan yang merayu rayu tadi. Allah sudah bongkar tujuan sebenar mereka. Firman Allah:

سيقول المخلفون إذا انطلقتم إلى مغانم لتأخذوها ذرونا نتبعكم يريدون أن يبدلوا كلام الله, قل لن تتبعونا كذلكم قال الله من قبل فسيقولون بل تحسدوننا بل كانوا لا يفقهون إلا قليلا, قل للمخلفين من الأعراب ستدعون إلى قوم أولي بأس شديد تقاتلونهم أو يسلمون, فإن تطيعوا يؤتكم الله  أجرا حسنا وإن تتولوا كما توليتم من قبل يعذبكم عذابا أليما

لقد رضي الله عن المؤمنين إذ يبايعونك تحت الشجرة, فعلم ما في قلوبهم فأنزل السكينة عليهم وأثابهم فتحا قريبا وكان الله عزيزا حكيما وعدكم الله مغانم كثيرة تأخذونها فعجل لكم هذه  وكف أيدي الناس عنكم لتكون أية للمؤمنين ويهديكم صراطا مستقيما وأخرى لم تقدروا عليها وكان الله على شيء قديرا, ولو قاتلكم الذين كفروا لولوا الأدبار ثم لايجدون وليا ولا نصيرا سنة الله التي قد خلت من قبلكم ولن تجد لسنة الله تبديلا وهو الذي كف أيديهم عنكم وأيديكم عنهم ببطن مكة من بعد أن أظفركم عليهم وكان الله بما تعملون بصيرا

هم الذين كفروا وصدواكم عن المسجد الحرام والهدي معكوفا أن يبلغ محله, ولولا رجال مؤمنون ونساء مؤمنات لم تعلموهم أن تطئؤاهم فتصيبكم منه معرة بغير علم, ليدخل الله في رحمته من يشاء, لو تزيلوا لعذبنا الذين كفروا منهم عذابا أليما

إذ جعل الذين كفروا في قلوبهم الحمية الجاهلية فأنزل الله سكينته على رسوله وعلى المؤمنين وألزمهم كلمة التقوى وكانوا أحق بها وأهلها, وكان الله بكل شيئ عليما


Ketika Saidina Umar bertanya Rasulullah Saw.

ألست أخبرتنا أنا نأت البيت ونطوف به
Wahai Rasulullah Saw bukankah kamu telah memberitahu kami bahawa kita akan masuk ke Kaabah dan melakukan tawaf.

Rasulullah Saw sebelum itu bermimpi melihat orang orang Islam masuk ke kaabah dan melakukan tawaf serta menggunting dan mencukur rambut mereka. Rasulullah Saw telah memberi tahu kepada orang Islam mimpi ini semasa dalam perjalanan mereka menuju ke Mekah. Saidina Umar mengingatkan Rasulullah Saw dengan mimpi Rasulullah Saw ini. Kata Rasulullah Saw:

بلى يا عمر, أفأخبرتك أنا نأت هذا العام فقال لا
Benar wahai Umar, tapi apakah aku memberitahu kamu kita akan masuk pada tahun ini. Kata Saidina Umar, tidak wahai Rasulullah Saw.

Benar, janji Rasulullah Saw ini berlaku pada tahun berikutnya sepertimana yang terdapat dalam perjanjian Hudaibiah. Dengan itu Umrah itu dinamakan Umratul Khadak. Allah mengulas hal ini dalam Al Quran.


لقد صدق الله رسوله الرؤي بالحق, لتدخلن المسجد الحرام إن شاء الله آمنين محلقين رؤوسكم ومقصرين لا تخافون فعلم ما لم تعلموا فجعل من دون ذلك فتحا قريبا

Orang Islam masuk ke Mekah pada tahun itu dalam keadaan aman dan tanpa ketakutan lagi, pada tahun Hudaibiah itu Umat Islam masih dalam ketakutan. Allah yang maha Mengetahui telah menjadikan kepada Umat Islam pembukaan yang sangat hampir, iaitu pada tahun hadapannya mereka berjaya membuka Mekah. Walaupun perjanjian Hudaibaih selama sepuluh tahun tapi Allah pendekkan kepada mereka menjadi dua tahun sahaja. Bila kita memahami sejarah Perjanjian Hudaibiah kemudian Umratul Khadak, kemudian Ghazwatul Khaibar, kemudian Pembukaan Mekah dan peperangan Hunain dan Thaif baru kita dapat memahami ayat ayat Al Quran dalam Suratul Fath. Surah ini menceritakan semua peristiwa ini dan ulasan ulasan dari Allah terhadap semua peristiwa ini. Diantara nya yang belum berlaku lagi, tapi Allah sudah sampaikan jadualnya dahulu dalam Al Quran.


Sekarang Rasulullah Saw sudah mengiklankan bahwa dia mahu membuka Khaibar, pembukaan Khaibar ini merupakan penyambungan operasi Rasulullah Saw selepas peperangan Khandak dimana Rasulullah Saw mengahntar tentera kepada semua kabilah Arab yang menyertai pakatan tentera Ahzab. Sudah tentu Yahudi Khaibar lebih utama kerana merekalah penggeraknya. Pakatan tentera Ahzab ini bermula dari Khaibar. Ketika itu Khaibar diperintah oleh Kinanah bin Abil Huqaiq dan saudaranya Rubayyi’ dan juga Sallam bin Musykin. Mereka yang diusir dari Madinah, bila sampai di Khaibar menjadi pemerintah di Khaibar kerana mereka dari keturunan Yahudi yang paling mulia.

Khaibar terletak diarah Utara Madinah dalam jarak tujuh puluh batu. Rasulullah Saw dan pejuang pejuang Islam bergerak ke Khaibar, kesemua Ahli Hudaibiah menyertai Gfhazwah ini kecuali lima orang yang sedang sakit teruk. Allah turunkan ayat memberi uzur kepada mereka :

ليس على الأعمى حرج ولا على الأعرج حرج ولا على  المريض حرج
Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang buta dan orang yang cacat dan orang yang sakit

Orang orang yang tidak dapat menyertai peperangan kerana sakit, Allah maafkan mereka. Rasulullah Saw bergerak ke Khaibar itu pada bulan Muharram pada tahun ketujuh Hijrah. Peperangan berlaku pada bulan Safar setelah selesai bulan Haram.

Yahudi Madinah cuba menghalang tentera Islam


Orang orang Yahudi bila mereka dapat merasakan pergerakan ini. Saki baki Bani Qainuqa’ masih ada di Madinah, tak semua mereka berhijrah ke Khaibar. Begitu juga, ada kabilah kabilah Yahudi lain yang kecil kecil selain tiga kabilah yang besar ini. Mereka masih di Madinah. Orang orang Yahudi Madinah ini cuba nak menggagalkan pembukaan Khaibar ini. Mereka mula menyebarkan berita bahawa tak mingkin Khaibar ditawan oleh orang Islam dan orang orang Khaibar akan menyembelih pejuang pejuang Islam semuanya. Mereka cuba nak menakut nakutkan orang Islam dan mereka cuba menyekat orang Islam. Yang mempunyai hutang pada orang Islam memberi syarat kepada orang Islam supaya membayar hutang mereka sebelum orang Islam keluar ke Khaibar. Anataranya ada seorang Yahudi namanya Abu Syaham, dia minta hutang dari salah  seorang Islam namanya  Abdullah yang berhutang lima Dirham dari Yahudi ini. Kata Abdullah, kamu sabar sikit, kami balik dari Khaibar nanti kami bayar pada kamu. Kata Abu Syaham, kamu tak akan dapat membuka Khaibar, kamu akan disembelih di Khaibar, hutang aku akan lesap, kamu kena bayar sebelum kamu keluar. Saidina Abdullah ini cuba cari orang yang boleh menolongnya tapi tak ada orang yang boleh membantunya. Akhirnya dia bertemu dengan Rasulullah Saw mengadu kepada Rasulullah Saw. Rasulullah Saw perintahkan dia bayar hutangnya. Dengan itu  Sahabat ini menjual pakaiannya dan membayar hutangnya. Selepas pulang dari Khaibar, dari bahagian ghanimah Khaibar, dia mendapat seorang perempuan dari kerabat Abu Syaham. Saidina Abdullah tawarkan kepada Abu Syaham untuk membeli kerabatnya itu, Abu Syaham membelinya dengan harga berganda ganda dari hutang Saidina Abdullah kepadanya sebelum perang Khaibar. Begitulah Yahudi cuba untuk menggagalkan orang orang Islam.

Yahudi Madinah juga ingin memberitahu Yahudi Khaibar bahawa Rasulullah Saw dan tentera Islam sedang bersiap untk menghadapi mereka. Mereka utuskan seorang badawi dari Bani Asyja’. Ketua Munafikin juga menghantar wakilnya memberitahu Yahudi Khaibar persiapan Rasulullah Saw Orang Islam berjaya menangkap utusan yang dihantar oleh Yahudi tapi mereka tak berjaya menangkap utusan yang dihantar oleh Abdullah bin Ubay. Maka berita telah sampai ke Khaibar bahawa Rasulullah Saw sedang bersedia  untuk menyerang mereka. Rasulullah Saw dalam peperangan ini tidak menyembunyikan tujuannya, biasanya Rasulullah Saw merahsiakan perkara ini. Tapi dalam peperangan ini dari awal lagi Rasulullah Saw telah berterus terang untuk menyerang Khaibar dan Allah telah menjanjikan kepada Rasulullah Saw pembukaan Khaibar ini.

Yahudi Khaibar mula membuat persiapan untuk menghadapi tentera Islam. Tapi mereka tak tahu bila tentera Islam akan sampai. Mereka menyusun tentera mereka, mereka buat kubu khusus untuk perempuan dan anak anak mereka . Bagi Rasulullah Saw peperangan ini Allah sudah beritahu natijahnya terlebih dahulu bahawa kemenagan dipihak Islam. Pemimpin pemimpin Yahudi berbincang cara terbaik untuk menghadapi tentera Islam. Ada yang beri cadangan supaya bertahan dalam kubu dan ada yang kata kita keluar berperang diluar kubu. Kata Sallam bin Musykin, tidak ada kaum yang diserang ditempat mereka melainkan mereka dihina, kalau begitu kita yang serang mereka. Kita dah ada persiapan, kita gerakkan tentera kita ke Madinah. Kalau kita terbunuh Kahibar masih selamat, kalau kita menang kita bawa balik ghanimah, kalau kita tunggu kedatangan mereka kita akan menghadapi masalah. Yahudi Khaibar menolak pandangan ini.

Yahudi Khaibar minta bantuan Bani Ghatafan


Tentera Islam seramai 1400 orang yang sedang bergerak ke Khaibar semuanya menunggang kenderaan, keadaan Umat Islam makin baik, dikalangan mereka ada 200 tentera berkuda, ini kali pertama tentera Islam mempunyai 200 orang tentera berkuda sejumlah ini. Khaibar bila dengar tentera Islam sudah bergerak, walaupun jumlah mereka sepuluh ribu tapi ketakutan menguasai hati hati mereka. Mereka minta bantuan dari Arab Badawi. Kinanah Bin Abi huqaiq memimpin sendiri operasi meminta bantuan dari luar. Mereka pergi kepada Bani Murrah. Ketua Bani Murrah ini Harist bin Auf Al Murri, diantar orang yang menyertai tentera Ahzab. Kata Harist, aku lihat Muhammad sudah makin kuat, dia dapat kemenagan demi kemenangan, aku tak mahu memeranginya. Kemudian rombonga Yahudi ini meminta tolong dari Bani Ghatafan pula yang tinggal tak jauh dari Bani Murrah. Ketua Ghatafan ini Uyaynah bin Husn, seorang yang tidak cerdik tapi sangat ditaati oleh pengikutnya. Dia digelar Al Ahmaq Al Mutoo’- seorang bodoh yang ditaati. Dia juga menyertai pakatan Ahzab. Kalau dia buat arahan 10 ribu Ghatafan akan bergerak. Uyaynah terus menghantar bersama Kinanah ini seribu orang tenteranya dan dia kan hantar lagi empat ribu tentera. Orang orang Yahudi gembira dengan bantuan ini. Bila harist dengar berita ini dia datang menasihati Uyaynah kerana Uyaynah kawan baiknya.

Kata Harist, wahai Uyaynah, jangan kamu menyokong Yahudi Khaibar. Kenapa? Kata Harist, wahai Uyaynah, Muhammad bukan selemah dulu lagi, mereka telah kuat. Kata Uyaynah, dia tak akan mampu mengalahkan kami dan Yahudi. Kata harist, wahai uyaynah, aku telah dengar dengan telinga kau Sallam bin Musykin berkata, Yahudi akan disembelih dua kali. Yang pertama di madinah dan sudah berlaku pada Bani Quraizah dan satu lagi di Khaibar, jangan kamu sertai mereka. Kata Uyaynah, kenapa Sallam juga ingin berperang? Kata Harist, kerana taasub pada kaumnya. Kata Uyaynah, kalau begitu aku ikut dia. Begitulah tak cerdiknya Uyaynah ini, dia dah dengar semuanya tapi masih nak membantu Yahudi juga. Dia mempersiapkan empat ribu tenteranya.

Rasulullah Saw meneruskan perjalanan ke Khaibar dan Rasulullah Saw hantar pasukan perisik dulu yang diketuai oleh Saidina Abbad bin Bisyr. Rasulullah Saw Tanya kepada tentera Islam, siapa yang boleh tunjuk jalan supaya kita mendatangi Khaibar dari arah Utara, dari arah Syam. Rasulullah Saw nak menyerang Khaibar dari arah Syam supaya mereka tidak lari ke Syam. Kalau berlaku kekalahan Yahudi akan lari ke Syam, dari awal Rasulullah Saw sekat jalan mereka ke Syam. Bagitulah Rasulullah Saw dapat membaca apa yang akan dilakukan oleh tentera Yahudi kalau mereka kalah. Ada seorang Sahabat yang menunujukkan jalan itu. Rasulullah Saw mengeluarkan arahan supaya jangan ada seorang pun memdahului barisan depan tentera. Barisan pertama ini berjalan serentak, tersusun. Sampai satu ketika ada seorang tentera Islam terkedepan, Rasulullah Saw pangil dia, rupanya untanya laju, Rasulullah Saw hukum dia, dia dikurung. Rasulullah Saw mahu peperangan ini berlaku dalam keadaan korban yang paling minimum. Kalau tentera berjalan dalam keadaan tak tersusun mereka boleh diserang dari mana mana penjuru tapi kalau tentera berjalan dalam keadaan tersusun susah bagi orang untuk menyerang mereka.

Selepas itu, mereka dapat melihat ada tentera dibelakang mereka, tentera Uyaynah seramai empat ribu orang sedang datang ke Khaibar untuk membantu Yahudi. Tentera ini berjalan dibelakang tentera Rasulullah Saw. Tentera Islam menjadi risau, sekarang Yahudi didepan mereka dan Ghatafan datang dari belakang mereka. Didepan mereka 11 ribu orang tentera dan dibelakang mereka empat ribu orang tentera. Rasulullah Saw hantar wakil menemui Uyaynah. Berbagai bagai tawaran Rasulullah Saw beri pada dia dan wakil Rasulullah Saw cuba menakutkan Uyaynah tapi tak berjaya, dia berkeras untuk membantu Yahudi, sekutunya. Bila dah sampai dekat Khaibar, Uyaynah masuk dulu kedalam Khaibar dan dia tinggalkan tenteranya seramai 4 ribu itu diluar. Ketika itu Rasulullah Saw hantar wakil lagi bertemu dengannya, kali ini Rasulullah Saw hantar Saidina Saad bin Ubadah. Kata Saidina Saad, wahai Uyaynah, bawa balik Ghatafan, Khaibar ini Allah telah berjanji akan membukanya untuk kami. Kalau kamu balik, untuk kamu hasil buah buahan Khaibar setahun. Uyaynah tetap menolak. Kata Saidina Saad, ini peluang untuk kamu, terima sekarang, kalau Khaibar sudah dibuka nanti kamu tak akan merasainya melainkan dengan pedang. Kata Uyaynah, silakan perangi kami, kamu tak akan mampu menghadapi kami dan Yahudi Khaibar, tak ada perbincangan antara kita melainkan dengan pedang. Saidina Saad pulang melapurkan kepada Rasulullah Saw. Kata Rasulullah Saw, kita bertawakkal kepada Allah, Allahlah sebaik baik pembela.



Bantuan datang


Tentera Islam terus bergerak dibelakangnya empat ribu tentera Ghatafan dan sedang menunggu dalam kubu 11 ribu Yahudi Khaibar, seribu dari mereka Ghatafan. Tiba tiba berlaku perkara pelik kepada tentera Ghatafan yang dibelakang tentera Islam. Ada orang datang kepada mereka dari arah Ghatafan menjerit minta tolong, cepat selamatkan isteri isteri kamu dan anak anak kamu!! cepat selamatkan isteri isteri kamu dan anak anak kamu!!
Tentera Ghatafan yang empat ribu ini segera patah balik ke Gahtafan, mereka juga hantar wakil melaporkan kepada Uyaynah, Uyaynah segera meninggalkan Khaibar dan pulang ke gahtafan. Bila sampai di Ghatafan mereka lihat tak ada apa apa yang berlaku. Semuanya seperti biasa. Mereka Tanya apa yang berlaku, kata yang di sana tak ada apa apa yang berlaku. Apakah kamu hantar orang minta tolong dari kami? Kami tak ada menghantar sesiapa. Siapa lelaki yang telah menipu daya Ghatafan ini, sejarah tidak menyebut namanya, mungkin dari kalangan Malaikat yang datang  membantu tentera Islam. Uyaynah mengarahkan tenteranya berpatah balik ke Khaibar. Tapi mereka sampai dah terlewat, ketika mereka sampai, tentera Islam sudah menguasai separuh dari Khaibar.

Saidina Amir bin Maslamah menghiburkan tentera Islam dengan nasyid dalam perjalanan

Semasa dalam perjalanan Rasulullah Saw Tanya siapa yang mahu bernasyid kepada tentera Islam. Unta unta juga suka mendengar nasyid sambil berjalan. Ketika itu A’mirbin Akwa’ saudara Salamah bin Akwa’ bernasyid. Dengan suaranya yang merdu dia bernasyid, Rasulullah Saw dan para Sahabat semua terhibur dengan suara Saidina A’mir ini bahkan unta unta pun sampai berlengguk lengguk jalannya. Unta ini bila dia seronok dia akan berlenggok lenggok. Ketika itu ada dua puluh orang serikandi Islam ikut serta dalam peperangan ini. Kerudup mereka pun berlenggok sampai mereka hampir hampir jatuh dari atas unta.Mereka mengadu kepada Rasulullah Saw, Rasulullah Saw minta Saidina Amir berhenti dulu kerana kesian dengan para serikandi yang kan jatuh dari unta kalau diteruskan. Rasulullah Saw kerana terlalu gembira dengan Saidina A’mir sehinga Rasulullah Saw berkata YarhamukAllah. Kata Saidina A’mir, telah wajiblah wahai Rasulullah Saw. Bila Rasulullah Saw menyebut YarhamukAllah kepada seseorang itu tanda dia kan mati. Tapi begitulah ketentuan Tuhan, kalimah itu telah keluar dari mulut Rasulullah Saw. Ini isyarat kepada kesyahidan Saidina A’mir.

Bila dah kelihatan kebun kebun Khaibar dari jauh, tentera Islam mula bertakbir dan bertahlil dengan suara yang sangat kuat. Rasulullah Saw menegur tentera Islam. Kata Rasulullah Saw :

أربعوا  أربعوا على أنفسكم إنكم لا تدعون أصما
Perlahankan suara kamu, perlahankan suara kamu kerana kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang tidak mendengar.


Rasulullah Saw juga mula berdoa dan para Sahabat juga berdoa dengan Rasulullah Saw.

اللهم رب السموات وما أظللن ورب الأرضين وما أقللن ورب الشيطين وما أضللن ورب الرياح وما أذرينا فإنا نسألك خير هذه القرية وخير أهلها وخير ما فيها ونعوذبك من شرها وشر أهلها وشر ما فيها, أقدموا باسم الله
Wahai Allah Tuhan segala langit dan segala yang dinaungi langit, dan Tuhan segala bumi dan apa yang ada dibumi, Tuhan semua syaitan dan apa yang mereka sesatkan dan Tuhan segala angin dan apa yang ditiup angin, sesungguhnya kami bermohon kebaikan negeri ini dan kebaikan penduduknya dan kebaikan apa yang ada padanya. Kami berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan penduduknya dan kejahatan yang ada didalamnya. Majulah dengan nama Allah.

Malam tentera Islam sampai ke Khaibar Allah lenakan semua penduduk Khaibar. Khaibar ini dipagari oleh kubu yang kuat tapi kebun kebun orang Khaibar yang sangat luas itu diluar kubu mereka. Setiap pagi sebelum petani petani keluar kekebun mereka mereka menghantar tentera dulu memeriksa kawasan itu kalau tentera Islam sudah sampai. Biasanya tentera keluar sebelum subuh tapi hari itu mereka semua lewat. Petani petani nak segera kekebun mereka mereka tak tunggu tentera lagi. Bila mereka keluar tiba tiba mereka jumpa tentera Islam dibelakang kebun mereka. Mereka semua lari masuk semula  kedalam dalam Khaibar. Ada dikalangan tentera Islam yang bersemangat nak teruskan mulakan serangan, Rasulullah Saw tenangkan mereka. Kata Rasulullah Saw bukan begini strategi berperang. Sabda Rasulullah Saw :

لا تتمنوا لقاء العدو فإذا لقيتموه فاصبروا
Jangan kmu bercita cita untuk bertempur dengan musuh tapi bila kamu sudah berada dalam pertempuran hendaklah kamu sabar.
Rasulullah Saw kumpulkan orang Islam dan minta mereka berdoa:

اللهم أنت ربنا وربهم ونواصينا ونواصيهم بيدك إنما تقتلهم أنت
Wahai Allah, engkaulah Tuhan kami dan Tuhan mereka, nasib kami dan nasib mereka ditangan kamu. Allahlah yng membunuh mereka.

Rasulullah Saw mengingatkan tentera Islam supaya pergantungan mereka bulat dengan Tuhan dan supaya tentera Islam membetulkan niat mereka. Mereka hanya melahirkan sebab tapi yang kan memenagkan ialah Allah. Allah yang akan membunuh orang orang Yahudi. Rasulullah Saw membahagikan tugas, Saidina Umar mengetuai kawalan, Saidina Osman mengetuai pentadbiran dan bekalan tentera Islam.

Rasulullah Saw berdakwah kepada Yahudi sebelum perang

Kemudia Rasulullah Saw hantar wakil kepada Yahudi menyeru mereka kepada salah satu dari tiga pilihan. Samada Islam sehingga mereka jadi sebahagian dari masyarakat Islam ataupun jizyah, mereka bayar jizyah dan mereka masuk tunduk dibawah pemerintahan Islam tapi semua harta dan anak isteri mereka kekal ditangan mereka dan mereka boleh kekal dalam agama Yahudi atau mereka menghadapi peperangan dengan tentera Islam. Kata Yahudi, kami akan hantar wakil memberi jawapan sekejap lagi. Wakil Rasulullah Saw balik memberi laporan kepada Rasulullah Saw. Tiba tiba pintu kubu mereka dibuka dan kelur tentera berbondong bondong menyerang Umat Islam. Bermulalah peperangan. Akhirnya tentera Yahudi terpaksa berundur dan menutup semula pintu kubu mereka. Maka telah jelas dari awal lagi mereka  ingin berperang dengan Rasulullah Saw. Ketika itu Rasulullah Saw arahkan supaya ditebang pokok tamar mereka. Tentera Islam menebang 400 pokok tamar. Dengan itu terhiris hiris hati mereka. Kata mereka, kalaupun kita menang harta kita habis, biarlah kita bayar jizyah atau kita mohon perdamaian dari Muhammad. Pemimpin pemimpin Yahudi tak setuju dengan pandangan ini. Kata mereka Khaibar tak akan tertipu. Ketika itu mereka tekad untuk terus berperang. Kata mereka, biar kitab yang mulakan serangan, mereka membuka pintu kubu dan keluar salah seorang pnglima mereka Marhab, manakala kubu mereka diketuai oleh Harist saudara Marhab. Orang Islam menyangka mereka akan ajak satu lawan satu, tiba tiba keluar dibelakang Marhab tentera Khaibar maka bermulalah pertempuran yang sengit, tentera Islam terpaksa berundur, serangan tentera Khaibar sampai kepada Rasulullah Saw, Rasulullah Saw sendiri terpaksa mempertahankan dirinya. Akhirnya tentera Islam berjaya memaksa tentera Khaibar masuk kedalam kubu mereka semula.

Sekarang orang Yahudi yang menentukan bila masa mereka mahu menyerang. Selepas serangan ini Rasulullah Saw perintahkan tentera Islam berehat. Ketika mereka berehat itu salah seorang dari tentera Islam, Saidina Mahmud bin Maslamah saudara Muhammad bin Maslamah. Dia pergi duduk dibawah satu kubu yang ditinggalkan. Yahudi dari kubu mereka dapat melihat Saidina Mahmud ini. Marhab datang melontar batu besar dari atas kubu kekepala Saidina Mahmud. Dia cedara parah tapi belum mati dan dia sempat pergi ketempat tentera Islam, selepas itu dia syahid. Inilah syahid yang pertama dalam peperangan ini.

Sekarang Yahudi serang tentera Islam dengan panah pula, tentera Islam dihujani oleh panah Yahudi dari kubu mereka. Satu hari orang Islam tak boleh rehat, mereka terpaksa menepis panah. Kerana banyaknya panah, sampai satu darinya mencederakan jari Rasulullah Saw. Saidina Hubab pakar perang Umat Islam datang memberi pandangan kepada Rasulullah Saw, kawasan ini terbuka dan panahan Yahudi sampai pada kita, lebih baik kita berundur sikit. Kata Rasulullah Saw, bukan sekarang nanti Yahudi akan kata kita telah takut. Sampai malam baru Yahudi berenti memanah, maka Rasulullah Saw rahkan tentera Islam berpindah ketempat yang tak sampai panah. Besoknya tentera Islam bersiap siap untuk menhadapi pertempuran. Rasulullah Saw memberi arahan jangan ada siapa yang keluar kepada Yahudi melainkan dengan izinku. Bila dibuka kubu Yahudi keluar tentera Khaibar yang ingin minta satu lawan satu, ada seorang tentera Islam dari Badawi Bani Asyja’ melanggar arahan Rasulullah Saw, dia keluar kepada tentera Yahudi, ketika itu dia dibunuh oleh mereka. Orang kedua terbunuh tapi dia terbunuh kerana melanggar arahan Rasulullah Saw. Ketika itu Rasulullah Saw bersabda ;

لا تحل الجنة لعاص

Tidak dihalalkan syurga kepada orang yang ingkar dengan perintah


Bila kubu dibuka keluar seorang hamba kulit hitam, hamba kepada salah seorang Yahudi menternak kambing. Dia datang dengan kambingnya ketempat orang Islam dan masuk Islam ditangan Rasulullah Saw. Rasulullah Saw gembira dengan keIslamannya. Dia Tanya Rasulullah Saw, apa yang dia nak buat dengan kambing kambing itu? Ini amanah ditangan aku, apa yang patut aku buat? Apakah kamu mahu mengambilnya? Kata Rasulullah Saw, ini amanah kamu kena pulangkan, kami tak akan megambilnya walaupun tuannya musuh kami. Kata Sahabat yang baru masuk Islam ini, kalau mereka tahu aku Islam mereka akan bunuh aku. Kata Rasulullah Saw, lepaskan kambing itu kearah kubu mereka, katanya, nanti berterabur wahai Rasulullah Saw, kata Rasulullah Saw lepaskan kearah kubu mereka. Dengan arahan Rasulullah Saw itu dia melepaskan kambing kambing itu kearah kubu, berkat Rasulullah Saw kambing kambing itu berjalan kekubu macam dipimpin oleh pengembala.

Selepas itu berlaku pertempuran, Sahabat ini ikut bertempur, dia Islam selepas Subuh, sebelum zohor dia syahid sebelum dia sempat sembahyang walaupun satu rakaat. Kata Rasulullah Saw : Siapa yang ingin melihat kepada ahli syurga yang tidak pernah sembahyang kepada Allah walaupun satu rekaat, lihatlah kepada lelaki ini. Sekarang bersamanya dua orang bidadari syurga.





 

Sample text

Sample Text

Sample Text