Social Icons

Friday, 31 May 2013

Menyingkap Rahsia Peristiwa Israk Mikraj

Pak Lang paparkan kisah Israk Mikraj yang diambil dari buku Catatan Sejarah Rasulullah saw susunan Syeikh Nasaruddin Awang. Mungkin agak panjang tetapi ianya boleh membantu kita membacanya terutamanya jika kita di dalam perjalanan atau musafir. 6 Jun akan datang bersamaan 27 Rejab 1434 hijrah!!


Israk Mikraj

Peristiwa ini didahului dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian ayah saudara Baginda iaitu Abu Talib dan kewafatan isteri Baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Begitu juga termasuk peristiwa dukacita ialah penolakan kaum Taif terhadap dakwah Baginda saw. Maka peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari Allah swt kepada kekasihNya.


Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam sejarah umat Islam. Menurut Imam Nawawi, peristiwa ia berlaku pada bulan Rejab tahun keduabelas selepas kenabian. Peritiwa ini telah menjadikan Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis semakin mulia, Allah yang memberkati tempatnya dan kawasan sekelilingnya. Firman Allah:
سبحان الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي باركنا حوله لنريه من آياتنا
Terjemahannya : 
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haram (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami."  Al-Israa':1

Pada malam yang mulia itu Jibril telah datang kepada Rasulullah Saw yang sedang tidur di Ka’bah. Jibril telah membawa Rasulullah Saw menaiki Buraq dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Di Masjidil Aqsa sedang berlaku satu perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah telah menghidupkan para Rasul dan Para Nabi untuk bertemu dengan Rasulullah Saw. Ulamak menyebut jumlah para Rasul adalah 300 orang dan jumlah para adalah Nabi dua puluh empat ribu orang. 
Allah hadirkan mereka semua untuk bertemu dengan Rasulullah Saw. Tidak ada tempat di dunia ini yang semua para Rasul dan Para Nabi telah berkumpul di situ melainkan Ka’bah dan Baitul Maqdis. Rasulullah Saw pernah menyatakan bahawa semua Rasul dan Nabi menunaikan haji di Mekah. Rasulullah Saw telah mengimamkan sembahyang seluruh Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi.. Demikianlah kemuliaan Rasulullah Saw. Ia adalah sebuah persidangan para Rasul dan para Nabi. Sebuah peristiwa yang mungkin tidak berulang kali kedua di bumi ini.

Selepas sembahyang Jibril telah membawa membawa satu bekas susu dan satu bekas arak kepada Rasululah Saw. Rasulullah Saw telah memilih susu. Kata Jibril kepada Rasulullah Saw: "Kamu telah terpimpin kerana memilih susu wahai Rasulullah, begitulah juga umat kamu". Ini adalah isyarat pertama bahwa arak itu satu yang tidak baik. Selepas itu baru ia diharamkan. Allah telah memelihara Rasulullah Saw, Baginda tidak pernah minum arak dari kecil lagi.

Setelah itu Rasulullah Saw dibawa naik ke langit. Inilah kuasa Allah yang tiada batasannya. Rasulullah Saw telah dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar kepada hambanya bahawa kalau Allah mahu, Allah boleh berbuat sesuatu yang diluar jangkauan akal dan kekuatan manusia. Bila dibuka pintu langit pertama kepada Rasulullah Saw. Baginda telah melihat berbagai perkara yang ajaib. Antaranya Rasulullah Saw melihat seorang lelaki yang tinggi, apabila lelaki itu berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila dia berpaling ke kiri dia menangis. 


Rasulullah Saw bertanya kepada Jibril: "Siapa ini?" Kata Jibril: "Itulah Adam AS. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga tersenyumlah dia. Apabila dia memandang ke kiri dia melihat umatnya yang masuk ke neraka, menangislah dia". Selepas itu Rasulullah Saw melihat, ada orang orang yang berenang dalam lautan darah. Apabila mereka sampai ketepi mereka mengangakan mulut mereka lalu Malaikat melontarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka. Rasulullah Saw bertanya Jibril: "Siapa mereka ini?" Kata Jibril: "Merekalah orang-orang yang makan harta anak yatim. Mereka disiksa disini dulu sebelum disiksa di akhirat nanti".

Selepas itu Rasulullah Saw melihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar. Mereka semua terlentang, kemudian datang kaum Firaun melalui mereka sambil memijak-mijak perut mereka. Kaum Firaun akan dibawa melihat neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka mereka memijak-mijak perut lelaki-lelaki yang sedang terlentang ini. Rasulullah Saw bertanya: "Siapa mereka itu?" Kata Jibril: "Mereka adalah orang-orang yang makan riba. Mereka diiazab di alam barzakh sebelum diazab di neraka nanti.

Selepas itu Rasulullah Saw melintasi sekumpulan lelaki-lelaki yang dihadapan mereka dua jenis makanan. Satu yang lazat dan bersih satu lagi yang buruk dan busuk. Mereka makan makanan yang buruk dan busuk itu. Rasulullah Saw bertanya: "Siapa mereka wahai Jibril?" Kata Jibril: "Merekalah orang-orang yang berzina. Mereka mempunyai isteri yang halal tetapi mereka tetap mencari perempuan yang haram.

Kemudian di langit yang kedua Rasululah telah bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS. Dilangit yang ketiga Rasulullah Saw telah bertemu dengan Nabi Yusuf AS. Dilangit yang kelima  bertemu dengan Nabi Harun. Dilangit yang keenam bertemu dengan Nabi Musa. Kemudian dilangit yang ketujuh Rasulullah Saw telah melihat Baitul Makmur. Baitul Ma'mur adalah ka’bah kepada penduduk langit. Disitu para Malaikat bertawaf dan beribadah. 

Disitu Rasulullah Saw telah melihat seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul Ma'mur. Rupanya mirip rupa Rasulullah Saw. Rasulullah Saw bertanya: "Wahai Jibril, siapa orang ini?" Jawab Jibril: "Itulah bapa kamu Nabi Ibrahim As". Di setiap langit Baginda telah disambut dan diraikan oleh para Nabi dan para Malaikat. Apabila sampai di penghujung langit yang ketujuh Rasulullah Saw melihat Jibril sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah Jibril yang telah Rasulullah Saw lihat pada kali pertama ketika Rasulullah Saw berlari pulang kerumah dari gua Hirak. Ini adalah kali kedua Rasulullah Saw melihat Jibril dalam rupa sebenarnya itu.

Akhirnya Rasulullah Saw sampai di satu tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai kesitu walaupun dia seorang Rasul dan Nabi. Kemudian Rasululah Saw melalui satu kawasan yang Malaikat pun tidak pernah sampai kesitu kecuali Jibril. Sampai di satu tempat Jibril meminta Rasulullah Saw bergerak ke hadapan dan dia berkata: "Kalau aku ke hadapan walaupun selangkah, aku akan terbakar". 


Begitulah Allah telah memuliakan Rasulullah Saw. Akhirnya Rasulullah Saw sampai di Sidratil Muntaha. Di sebuah tempat yang sangat luar biasa dan pertemuan yang sangat luar biasa. Di situlah Allah telah menyampaikan perintah sembahyang kepada Rasulullah Saw dan umat Baginda. Rasulullah Saw telah menerima perintah sembahyang terus dari Allah. Sementara seluruh syariat yang lain disampaikan melalui Jibril. Demikianlah, betapa agung dan betapa besarnya sembahyang disisi Allah.

Selepas pertemuan itu Rasulullah turun dan bertemu dengan Nabi Musa AS. Nabi Musa bertanya: "Apa yang Allah perintahkan kepada umatmu" Jawab Rasululah Saw: "Allah perintahkan lima puluh fardu sembahyang sehari semalam". Kata Nabi Musa: "Bani Israel telah diperintahkan kurang dari itu tetapi mereka tidak mampu melaksanakannya. Mintalah keringanan dari Allah". Rasulullah Saw kerana belas kasihan kepada umatnya telah meminta keringanan dari Allah sehinggalah Allah telah meringankannya menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali perlaksanaannya tetapi Allah tetap akan memberi pahala lima puluh kali. Demikianlah Maha Pemurahnya dan Maha Mulianya Allah.

Selepas itu Rasulullah Saw turun ke Baitul Maqdis semula. Dari Baitul Maqdis Rasulullah Saw kembali semula ke Mekah. Dalam perjalanan ini Rasulullah Saw telah menyaksikan berbagai pemandangan. Rasulullah Saw telah melintasi satu kafilah yang menunggang unta. Apabila unta-unta itu melihat Buraq, ada yang lari ketakutan. Puaslah tuannya mencari tetapi unta itu sudah hilang. Rasulullah Saw telah memberitahu mereka tempat unta itu bersembunyi. Mereka semua merasa terperanjat apabila mendengar suara dari langit telah memberitahu mereka dimana unta mereka. Anehnya, apabila mereka pergi ketempat itu mereka telah menjumpai unta mereka.

Sebelum terbit fajar pada malam yang sama, Rasulullah Saw telah berada di Mekah semula. Perjalanan dari Mekah ke Baitil Maqdis dan naik kelangit, kemudian turun semula ke Baitil Maqdis dan kembali ke Mekah hanya berlaku dalam masa separuh malam sahaja. Demikianlah, Allah telah memperlihatkan kuasanya. Selepas menunaikan sembahyang Subuh, Baginda duduk di Ka'bah. Baginda cuba mengingati seluruh peristiwa-peristiwa ajaib yang dilaluinya semalam. 

Apabila Abu Jahal melihat Rasululah Saw, dia dapat meneka bahawa ada sesuatu yang berlaku kepada Rasulullah Saw. Dia datang kepada Rasulullah Saw dan bertanya: "Wahai Muhammad, adakah sesuatu telah berlaku kepada kamu?" Jawab Rasulullah Saw: "Ada". Abu Jahal bertanya lagi: "Apa yang telah berlaku wahai Muhammad?" Jawab Rasulullah Saw: "Malam tadi aku telah pergi ke Baitul Maqdis kemudian aku pulang semula kesini". Alangkah gembiranya Abu Jahal mendengar berita ini. Dia merasakan bahawa dia telah mendapat sesuatu yang baru untuk memburukkan Rasulullah Saw.

Sikap orang Islam dan Kafir Quraisy terhadap Israk Mikraj
Pada pagi itu Abu Jahal mengumpulkan orang ramai. Dia cukup gembira kerana sudah mempunyai bukti bahawa Rasulullah Saw memang adalah seorang yang menipu. Dia telah mengistiharkan kepada orang ramai peristiwa Isra' dan Mi'raj itu. Anehnya orang ramai tidak percaya kepada cerita Abu Jahal itu. Mereka bertanya sendiri kepada Rasulullah Saw dan Rasululah Saw membenarkannya. Peristiwa ini telah menguji iman orang-orang Islam. Ada dikalangan mereka yang lemah iman telah kembali kepada kekufuran. 

Penduduk Mekah memang sama sekali tidak dapat mempercayai hal ini. Mustahil begi mereka Muhammad boleh pergi ke Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam. Perjalanan mengenderai unta ke Baitul Maqdis mengambil masa sebulan. Ada di kalangan umat Islam mengadukan hal ini kepada Saidina Abu Bakar. Kata Saidina Abu Bakar: "Kalau itu dari Rasulullah Saw, Rasululah Saw adalah benar". 

Saidina Abu Bakar segera mendapatkan Rasulullah Saw di Ka’bah. Dia melihat Quraisy sedang mengerumuni Rasulullah Saw. Abu Jahal yang panggil mereka semua supaya mereka datang mendengar cerita Rasulullah Saw. Selama ini dia dan pembesar-pembesar Quraisy melarang orang datang kepada Rasulullah Saw. Pada hari itu, merekalah yang memanggil orang datang kepada Rasulullah Saw. Mereka rasa ini satu kemenangan untuk mereka.

Saidina Abu Bakar terus mendapatkan Rasulullah Saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Rasulullah telah pergi ke Baitul Maqdis semalam?" Rasulullah membenarkannya. Kata Saidina Abu Bakar: "Kamu telah bercakap benar wahai Rasulullah". Demikianlah kata-kata yang terbit dari imannya yang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah Saw. Hati yang sangat mengenali dan yakin terhadap Rasulullah Saw. Ketika itu Rasulullah Saw telah bersabda: "Kamu telah berkata benar wahai Abu Bakar yang benar (( أبو بكر الصديق . 

Demikianlah peristiwa ini telah mengangkat maqam Saidina Abu Bakar kepada maqam "As-Siddiq". Inilah kali pertama Saidina Abu Bakar dipanggil As-Siddiq. Begitulah iman Saidina Abu Bakar. Dia tidak ragu langsung terhadap kebenaran Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar tidak mempersoalkan Rasulullah Saw sedikit pun. Dia terus membenarkan Rasulullah Saw. Kafir Quraisy telah menyangkal keyakinan Saidina Abu Bakar itu. Mereka berkata: "Bagaimana kamu boleh mempercayainya?! orang mengambil masa sebulan untuk sampai ke Palestin dan mengambil masa sebulan pula untuk pulang ke Mekah! Bagaimana Muhammad boleh melakukannya dalam satu malam?!". 

Jawab Saidina Abu Bakar: "Aku telah membenarkan Rasulullah Saw dalam perkara yang jauh lebih besar dari itu!. Aku telah beriman dengan Rasulullah Saw tentang wahyu yang turun dari langit dalam masa sekelip mata. Kalau itupun aku telah mempercayainya, kenapa pula aku tidak mempercayai Rasulullah Saw telah pergi ke Baitul Maqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam sahaja?".

Selepas itu Saidina Abu Bakar telah membuktikan kepada Kafir Quraisy bahwa Rasulullah Saw adalah benar dalam semua yang Rasululah diperkatakannya itu. Demikianlah Saidina Abu Bakar mengenali dan memahami Rasulullah Saw. Saidina Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah Saw: "Wahai Rasulullah Saw, kami semua tahu bahawa kamu tidak pernah pergi ke Baitul Maqdis, dikalangan kami ada yang pernah pergi kesana, bolehkah Rasulullah Saw ceritakan kepada kami bagaimana Baitul Maqdis itu?". 

Rasululullah pun menjelaskan keadaan Baitul-Maqdis seperti yang Baginda lihat. Kafir Quraisy pula bertanya Rasulullah Saw, berapa jumlah tiang, pintunya dan tingkap Baitul-Maqdis. Mereka berusaha untuk membuktikan Rasulullah Saw tidak benar walaupun sudah jelas pada mereka Rasulullah Saw telah menceritakan tentang Masjidil Aqsa tepat seperti yang mereka tahu. Allah telah menjelmakan Baitul-Maqddis dalam penglihatan Rasulullah Saw. Apa sahaja yang Kafir Quraisy pertanyakan, Rasulullah Saw dapat menjawabnya. 
Kafir Quraisy cukup terperanjat dengan jawapan Rasulullah Saw. Namun, hati mereka belum terbuka untuk beriman. Mereka tetap tidak menerima kebenaran Rasulullah Saw. Rasulullah Saw mencabar mereka: "Diantara kita ada bukti yang dapat disaksikan. Ada satu kafilah yang aku pintas mereka semasa perjalanan pulang". Rasululah memberitahu Quraisy ciri-ciri kafilah itu bahkan ciri unta yang mengetuai kafilah itu. 

Kata Rasulullah Saw lagi: "Ada unta mereka yang hilang semasa perjalanan, aku telah menujukkan kepada mereka tempat unta mereka bersembunyi". Quraisy bertaanya: Bila kafilah itu akan sampai ke Mekah?" Jawab Rasulullah Saw: "Tiga hari dari sekarang". Selepas itu semua penduduk Mekah menunggu-nunggu ketibaan kafilah itu.

Pada hari tersebut, orang-orang Mekah sudah menunggu kafilah ini sejak awal pagi. Memang benar, kafilah itu sampai setelah tiga hari seperti yang Rasulullah Saw sebutkan. Kafilah ini didahului oleh seekor unta persis seperti yang disebut oleh Rasulullah Saw. Quraisy bertanya mereka tentang unta mereka yang hilang. Kata mereka: "Benar, seekor unta telah hilang tetapi kami mendengar suara dari langit memberitahu kami tempat unta itu bersembunyi". Kafilah itu terkejut, darimana Quraisy mengetahui tentang unta mereka yang hilang itu. Demikianlah Allah telah membuktikan kebenaran Rasulnya kepada penduduk Mekah. Tetapi kafir Quraisy tetap tidak mahu beriman. 



Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

 
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
 

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

* Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

* Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).


* Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

* Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

* Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

* Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat mSatu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

* Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

* Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

* Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

* Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

* Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
 enunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


 

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
 4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

4. Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Tuesday, 28 May 2013

Saksikan!! Bentuk Topeng Yang Digunakan Sebagai Hukuman Wanita Yang Kuat Membebel Pada Kurun Ke 16

Ada seorang kawan Pak Lang bercerita tentang isterinya yang kuat membebel dan berleter. Kalau kena moodnya memang isterinya boleh bercakap (baca membebel) tanpa henti 5 ke 10 jam. Memang sabarlah sangat suaminya tu. Untuk maklumat, kawan Pak Lang ini bukan ahli GISB. 

Ianya hanya iktibar untuk kita betapa kroniknya masalah rumah tangga umat Islam khususnya di negara kita. Kes yang Pak Lang paparkan ini agak lucu walaupun ianya sangat aib dan mendukacitakan. Kesabaran sisuami menjadikan rumah tangga mereka kekal walaupun isteri sentiasa 'menyucuh' api untuk mengharu-birukan hubungan mereka. 

Pernah suatu malam, si suami pulang lewat. Sudah jam 12 tengah malam. Si isteri tidak puas hati. Si suami malas menjawab 'soal selidik' si isteri. Biasalah ditanya dengan macam-macam soalan - 5W 1H!! Suami hanya diam. Buka tudung mahu makan pun tidak ada apa yang disiapkan. Akhirnya suami baring hendak tidur. Isteri yang 'gian berceramah' ini duduk di kepala suami di atas katil meneruskan leterannya!!

Bayangkan bebelan isteri tanpa henti sebaik suami masuk ke rumah. Sisuami ni punyalah penyabar hanya diam, buat tidak dengar apa-apa. Mungkin telinganya sudah kalis suara membebel. Suami mampu kelihatan rileks! Itu yang buatkan siisteri makin menjadi-jadi bebelnya. 

Habis semua hal diungkitkan. Habis semua kelemahan, kekurangan suami ditimbulkan. Sedangkan sisuami ini sangatlah baik orangnya. Jadi malam itu - seperti malam-malam sebelumnya - suami yang penyabar ini mampu tidur dalam keadaan telinganya disumbat dengan kata-kata kesat, kasar dan menyakitkan hati itu. Tapi dek kerana mungkin letih, suami mendengar suara isterinya semakin sayup dan sayup. Aneh!! kerana dia mampu tertidur sedangkan isteri masih terus berceloteh!!

Lucunya bila suami terjaga jam 3 pagi. Suara leteran isterinya masih ada dan dia masih duduk ditempat yang sama di hujung kepala suaminya!! Melihat suaminya sudah jaga, leterannya dikuatkan lagi intonasinya. Wah!!... Pak Lang membayangkan bagaimana kesibukan para Malaikat 'menguruskan' karenah isteri tersebut sepanjang malam itu? 

Di dalam GISB sekarang, isteri yang sebegitu sudah tidak ada (sepatutnya). Ini adalah kerana semua yang bermasalah sudah diproses dengan pelbagai cara untuk memulihkan semula jiwa hamba. Selama ini jiwa rasa tuan dan boss sekalipun terhadap suami sendiri. Kuarantin adalah satu pendekatan terbaik yang dicetuskan RSA melalui Bonda Wasilah ar. Ramai yang mampu taat dan terus rela serta reda dengan proses yang mereka tempuh. 

Kesabaran para peserta kuarantin ini sangatlah dinilai RSA. Pengalaman sebahagian yang dikuarantin ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi mereka yang lain. Awas jika ada yang masih mengekalkan sombong dan bangga diri, pastilah RSA akan tahu membawa mereka masuk ke pusat pemulihan khas RSA ini iaitu kuarantin. 

Dan kalau gagal juga....elok difikirkan pendekatan memakaikan mereka topeng khas seperti di bawah... (maaf - gurau saja).

_________________________________________________
Gambar-gambar di bawah adalah gambar alat yang dipanggil 'Scold's Bridle.' Ianya digunakan dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-19 oleh Kerajaan Beraja England. 'Scold's Bridle' ini digunakan di United Kingdom bagi menghukum wanita yang kuat membebel dan mengumpat. Rekod sejarah menunjukkan 'Scold's Bridle' mula digunakan pada tahun 1567 di Scotland. 

Alat hukuman ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah plat mulut berduri yang dimasukkan ke dalam mulut wanita pembebel atau pengumpat. Kehadiran plat berduri ini menghalang pesalah yang dihukum dari bercakap dan makan. Bahagian kedua pula mengunci plat berduri ke kepala pesalah. Kali terakhir alat ini digunakan ialah pada tahun 1856 di Lancashire England.








Laporan asal Wikipedia

Sunday, 26 May 2013

Pelik Dan Ngeri - Berpuluh Kemalangan Maut Di Tempat Yang Sama!

KULIM – Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku ‘selain daripada’ itu?

Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.



Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.

Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal sering berlaku. Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka. Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu ‘inginkan’ mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi. “Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

“Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam. Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah. “Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.

Masih jadi tanda tanya

Kira-kira jam 4 pagi semalam 21/5/13, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa. Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan. Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku. Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.

Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas. Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. – Sinar Harian

Kebangkitan Rakyat - Tidak Semestinya Bersama Anwar?

Untuk pengetahuan anak cucu semua, ribut pilihanraya belum reda. Pelbagai isu menjelma setiap hari. Yang terkini ialah kisah perjanjian rahsia antara Najib dan Anwar. Bacalah petikan berikut untuk faham apa sebenarnya yang berlaku dan baca juga komen di bawahnya untuk kita sedar, sesuatu sedang terjadi di negara kita selepas pilihanraya ini. Apa pun yang berlaku, yakinlah Islam pasti menang!! 


Paparan di bawah dipetik dari blog saudara MSO. SILA KLIK UNTUK SUMBER
 
Mungkin kalau tidak ada himpunan Blackout505 kita tidak mengetahui adanya perjanjian sulit di antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim untuk saling hormati menghormati proses pilihan raya dari cara berkempen membawa kepada keputusan yang bakal diterima kedua-dua pihak.

Hari ini perjanjian sulit yang 'diorangtengahkan' oleh Jusuf Kalla telah terbongkar apabila adanya himpunan Blacout505 yang membantah keputusan pilihan raya lalu. Himpunan yang diadakan di seluruh negara kecuali Perlis dan Kelantan itu mendapat sambutan hangat dan ia membimbangkan pihak UBN.

Kebimbangan kepada kehangatan himpunan itulah menyebabkan Najib terpaksa mendedahkan perjanjian sulit kononnya di antara beliau dengan Anwar Ibrahim?

Kebangkitan rakyat khasnya golongan muda begitu terserlah sekali di mana kalau kebangkitan ini berterusan ia akan membawa petaka kepada kerajaan UBN. Setidak-tidaknya laungan yang bergema dan sepadu pada setiap himpunan itu akan menganggu tidur Najib dan pemimpin UBN lain.

Paling dibimbang kehadiran atau komitmen anak-anak muda Cina dalam himpunan berkenaan begitu ketara sekali. Mereka keluar beramai-ramai seakan-akan mahu memprotes sampai habis. Semacam sudah ada satu perasaan benci oleh orang Cina kepada kerajaan UBN hari ini. Seperti saya duga, tindakan Najib tidak melantik orang Cina (MCA dan Gerakan) dalam kabinet menimbulkan kemarahan. Mereka tidak tahu bahawa keputusan tidak mahu dilantik itu oleh MCA dan Gerakan sendiri.

Gara-gara itulah, perjanjian sulit yang dikatakan berlaku pada Arpil 2013 itu akhirnya pecah dan terbongkar apabila The Wall Street Journal (WSJ) mengadakan intervieu berhubung perkara itu dengan Jusuf Kalla. Jusuf Kalla diberi gambaran cuba menyalahkan Anwar kerana tidak menghormati perjanjian berkenaan. Saya yakin kalau tidak ada protes dan bantahan Blackout505 perjanjian rahsia itu tidak akan terdedah.

Pendedahan perjanjian itu juga akan memberi konotasi lain kepada pihak tertentu. Kenapa didedahkan kalau ia benar-benar rahsia?

Seperti mana termaktub dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak; waima Anwar dan Najib hendaklah bersetuju menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum -13. Ertinya kalau Anwar atau Pakatan Rakyat menang maka Naji hendaklah menerimanya dan begitu juga sebaliknya...........
 


Banyak komen yang diberikan. Kebanyakannya mempunyai nada yang sama seperti komen di bawah;

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Pendedahan ini sebenarnya amat mengecewakan. Ia seakan pepatah Melayu "harapkan pagar, pagar makan padi". Sesekali terasa juga yang orang politik adalah manusia yang berperangai telunjuk lurus kelingking berkait. Apa yang penting bagi mereka adalah kuasa dan kuasa sedang rakyat hanyalah perkakas untuk mereka mencapai cita-cita peribadi.

Adalah tidak wajar sama sekali mereka membuat apa-apa pun perjanjian dengan disaksikan oleh orang luar bagi menentukan mereka boleh menjadi orang berkuasa di negara ini. Negara ini seperti kata tuan bukan bukan milik mereka tapi milik seluruh rakyat sama ada pengundi atau bukan pengundi. Merekalah yang berhak menentukan masa depan negara mereka bukan dua manusia ini.

Najib, apabila dicabar berdebat di depan rakyat sendiri tak pernah sekali pun menyatakan setuju malah orang-orangnya berusaha hempas pulas mencari alasan agar Najib tidak berdebat. alih-alih buat perjanjian dengan orang luar.

Anwar, bersungguh-sungguh menuduh BN menggunakan orang luar melalui SPR dan Jabatan Pendaftaran serta agensi-agensi lain sebagai pengundi tiba-tiba beliau juga seperti Najib menjadikan orang luar memetreai perjanjian gila ini.

Kalau benar mereka ingin buat perjanjian seumpama itu, rakyatlah yang patut jadi saksi, bukan orang asing. Perjanjian itu harus ditandatangani di hadapan Yang Dipertuan Agung disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia melalui siarang langsung di televisyen. rakyat juga didedahkan kepada butir-butir perjanjian tersebut supaya rakyat sendiri yang akan menilai siapa yang menepati janji dan memungkiri janji.

Perjanjian itu harus dilakukan sebelum hari penamaan calon dengan butiran perjanjian yang jelas. Ia juga harus mendapat persetujuan parti-parti dalam gabungan masing-masing.

Kini, nasi sudah jadi bubur, bubur pula pula dah basi. Bila jadi apa yang terjadi tak ada gunanya ungkit-mengungkit. Kamu berdua yang menjemput fitnah dan kini bala fitnah itu tertimpa juga kepada rakyat.

Buat Anwar, kenapa kamu jadi macam ni. Pastinya rakyat akan kecewa dengan sikap Anwar ini. Namun, rakyat perduli apa, Anak muda perduli apa. Kebangkitan ini harus diteruskan. Anwar bukan matlamat rakyat untuk jadi PM dan Najib memang matlamat rakyat untuk ditumbangkan kerana dia ketua BN. Kalau perlu rakyat akan menghumbankan kedua-duanya Najib dan Anwar. mereka pun dah tua. Rakyat mahu kan orang muda memimpin mereka. 

Monday, 20 May 2013

Rahsia-Rahsia Sakit Pada Anggota Badan - Suatu Keajaiban Yang Wajib Kita Tahu!



Salam untuk semua anak cucu Pak Lang sekelian!
 
Tubuh manusia menyimpan 1001 rahsia ciptaan Tuhan. Manusia hanya diberi sedikit peluang menyingkap apa yang terkandung di sebalik penciptaan makhluk yang dijadikan khalifah oleh Tuhan di atas muka bumi ini.

Berikut adalah paparan menarik tentang rahsia dan tanda-tanda kesakitan pada anggota badan kita. Rupa-rupanya t
anda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Ianya saling terhubung! Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah paparan di bawah supaya kita dapat memahami rahsianya dan mahu bersyukur kepada Tuhan yang menciptakan kita. Info di bawah ini antara info yang terbaik dan sangat bermanfaat!
 
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa-apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis. 
 
 

Kisah Taubat Seorang Wanita Penzina



Imam Muslim dalam Shahihnya, dan juga para penulis kitab sunnah telah meriwayatkan sebuah kisah taubat yang paling mengagumkan yang diketahui oleh manusia. Pada suatu hari Rasulullah saw duduk di dalam masjid, sementara para sahabat duduk mengelilingi Baginda. Demikianlah keadaan Baginda yang sentiasa mengajar, mendidik dan mensucikan (hati) mereka.

Tiba-tiba datanglah seorang wanita berhijab masuk melalui pintu masjid. Melihat wanita itu Rasulullah saw pun diam dan begitu juga para sahabat Baginda. Wanita tersebut menghadap dengan perlahan. Dia berjalan dengan penuh gentar dan takut. Dia ketepikan segenap penilaian dan pertimbangan manusia. Dia lupakan aib dan keburukan serta tidak takut kepada manusia atau tidak khuatir dengan pandangan mata manusia dan apa yang akan dikatakan oleh manusia.

Dia menghadap untuk mencari kematian. Kematian lebih ringan, jika disertai oleh pengampunan dan penghapusan dosa. Menjadi ringan jika setelah kematian tersebut terdapat keredhaan dan penerimaan dari sisi Allah. Dia berjalan sampai kepada Rasulullah saw, kemudian dia berdiri di hadapan Baginda. Demikianlah wanita ini mengkhabarkan kepada Baginda bahawa dia telah berzina!

Dia berkata, “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan (maksiat yang mewajibkan adanya) hukuman had (atasku), maka sucikanlah aku!”

Apa yang diperbuat oleh Rasulullah s.a.w.? Apakah Baginda meminta persaksian dari para sahabat atas wanita tersebut? Tidak, bahkan merahlah wajah Baginda hingga hampir-hampir menitiskan darah. Kemudian Baginda mengarahkan wajahnya yang mulia ke arah kanan dan diam, seakan-akan Baginda tidak mendengar sesuatu. Rasulullah berusaha agar wanita ini mencabut perkataannya, akan tetapi wanita tersebut adalah wanita yang istimewa, wanita yang solehah, wanita yang keimanannya telah tersusuk di dalam hatinya. Maka Nabi bersabda kepadanya, “Pergilah, sehingga engkau melahirkannya.”

Berlalulah bulan demi bulan, dia mengandung puteranya selama 9 bulan, kemudian dia melahirkannya. Maka pada hari pertama nifasnya, dia pun datang dengan membawa anaknya yang telah diselimuti kain dan berkata, “Wahai Rasulullah, sucikanlah aku dari dosa zina, inilah dia, aku telah melahirkannya, maka sucikanlah aku wahai Rasulullah!”

Maka Nabi pun melihat kepada anak wanita tersebut, sementara hati
Baginda tercabik-cabik kerana merasakan sakit dan sedih, dikeranakan Baginda menghidupkan kasih sayang terhadap orang yang berbuat maksiat, rahmat kepada burung, dan menyayangi haiwan.

Sebahagian ahli ilmu berkata, “Bahkan
Baginda, memberikan rahmat hingga kepada orang kafir. Allah berfirman tentang kekasihNya itu, “Dan tidaklah aku utus kamu Muhammad, kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta.” Siapa yang akan menyusui bayi tersebut jika ibunya mati? Siapakah yang akan mengurusi keperluannya jika had (hukuman) ditegakkan atas ibunya? Maka Nabi bersabda, “Pulanglah, susuilah dia, maka jika engkau telah menyempurnakannya, kembalilah kepadaku.”

Maka wanita itu pun pergi ke rumah keluarganya, dia susui anaknya, dan tidaklah bertambah keimanannya di dalam hatinya kecuali keteguhan, seperti teguhnya gunung. Tahun pun bergilir berganti tahun. Kemudian wanita itu datang dengan membawa anaknya yang sedang memegang roti. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah menyempurnakannya, memberinya susu, maka sucikanlah aku!”

Dia dan keadaannya sungguh sangat menakjubkan! Iman yang bagaimanakah yang membuatnya berbuat demikian. Tiga tahun lebih atau kurang, yang demikian tidaklah menambahnya kecuali kekuatan iman.

Nabi mengambil anaknya, seakan-akan
Baginda membelah hati wanita tersebut dari antara kedua lambungnya. Akan tetapi ini adalah perintah Allah, keadilan langit, kebenaran yang dengannya kehidupan dan kebenaran akan terus tegak.

Nabi bersabda, “Siapa yang mengkafil (mengurusi) anak ini, maka dia adalah temanku di syurga seperti ini…” Kemudian beliau memerintahkan agar wanita tersebut direjam (dilempari dengan batu hingga mati).

Maka manusia pun berkumpul dan merejamnya. Memancutlah darah dari kepala wanita tersebut mengenai Khalid bin Walid, maka dia pun mencacinya pada jarak pendengaran Nabi. Maka
Baginda bersabda kepadanya, “Tenang wahai Khalid, demi Allah, dia telah bertaubat dengan taubat yang seandainya penarik pajak bertaubat dengannya pastilah akan diterima darinya.”

Dalam sebuah riwayat bahawa Nabi memerintahkan agar wanita itu direjam, kemudian
Baginda mensolatinya. Maka berkatalah Umar, “Anda mensolatinya wahai Nabi Allah, sungguh dia telah berzina.” Maka Baginda bersabda, “Sungguh dia telah bertaubat dengan satu taubat, seandainya taubatnya itu dibahagikan kepada 70 orang dari penduduk Madinah, maka taubat itu akan mencukupinya. Apakah engkau mendapati sebuah taubat yang lebih utama dari pengorbanan dirinya untuk Allah?” (HR. Ahmad)

Sesungguhnya ini adalah rasa takut kepada Allah. Sesungguhnya itu adalah perasaan takut yang terus menerus berada pada diri wanita mukminah tersebut saat dia terjerumus ke dalam jerat-jerat syaitan. Dia terpedaya dengan menjawab jerat-jerat syaitan tersebut pada ketika imannya lemah. Ya, dia telah berbuat dosa, akan tetapi dia berdiri dari dosanya dengan hati yang dipenuhi oleh iman dan jiwa yang digerakkan oleh panasnya maksiat. Ya, dia telah berdosa, akan tetapi telah berdiri pada hatinya tempat pengagungan terhadap Dzat yang dia bermaksiat kepada~Nya. Sesungguhnya ini adalah taubat sejati wahai hamba-hamba Allah. Ya, ini taubat nasuha wahai hamba-hamba Allah.

Wallahu’alam…

Sikap sabar dalam menghadapi semua persoalan hidup adalah satu anugerah dari Allah, tidak semua orang mendapat anugerah tersebut. Jika ada sifat sabar dalam dirimu, maka bersyukurlah kepada yang memberi kesabaran pada dirimu iaitu Allah SWT.

Saturday, 18 May 2013

Maklumat Dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang - FAKTA BENAR – Bahaya Roti !!

Oleh,S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?

• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik

Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai “bantuan membakar”).
Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

“Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” (Akhbar British The Independent, dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” 29 Ogos 2006).

Surat Kepada Syurga - Bacalah Kerana Inilah Juga Hasrat Kita Semua

Surat Kepada Syurga


Wahai Syurga,
Malunya aku setiap kali memberi salam 
di akhir sembahyang. 
Diriku malu sendiri di atas permohonanku 
kepada Allah untuk mendapatkanmu. 
Sedangkan aku sangat tahu dan sedar 
bahawa diriku amatlah tidak layak. 
 
Mana mungkin orang sejahat aku bisa memasukimu? 
Mana mungkin diri yang masih diselaputi dosa dan noda ini 
boleh duduk-duduk di dalammu. 
Sedangkan dosa-dosaku yang menggunung tinggi itu 
entah bilakan terampun! 
Taubatku masih penuh kepura-puraan. 
Walau sudah ku usahakan bertaubat atas taubatku yang palsu…

Wahai Jannatul Firdaus,
Khabarnya kau hanya menerima orang–orang 
yang memiliki hati yang selamat dan sejahtera, 
sedangkan hatiku amat kotor, penuh dengan karat-karat mazmumah. 
 Pemarah, pemalas, ujub, ego, bangga diri, cinta dunia, takut mati, 
masih bersarang dalam hatiku ini. 
Entah bilakan terubat, aku pun tidak pasti. 
Sudah kupencakkan semuanya, 
namun ianya masih berbaki.

Oh Syurga,
Bagaimanakah caranya lagi untuk aku boleh menjejakimu? 
Engkau tentu amat menggamit para-para siddiqin, 
syuhada dan para muqarrobin untuk masuk ke dalammu. 
Lihatlah aku. 
Perjalananku untuk ke sana, amat terlalu jauh kurasakan. 
Tidak tergapai rasanya. Sedangkan Allah, Tuhan yang Maha Besar itu 
hanya menyediakan dua tempat kesudahan, 
Syurga atau Neraka. Oh tidak!

Ya Allah, tolong, kupohon RahmatMu. 
Kerana kutahu, 
manusia itu dicampakkan ke dalam Neraka kerana keadilanMu 
dan dimasukkan ke Syurga kerana RahmatMu.. 
RahmatMu jua yang kupinta.. 



*Dunia ini susah tapi Neraka amat azab. *Dunia ini indah, tapi Syurga amat lazat!!!

Kisah Wanita Solehah Berbicara Hanya Dengan Ayat-Ayat Al-Quran!!!



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.


Berkata Abdullah bin Mubarak r.a.:

Saya berangkat menunaikan haji ke Baitullah al-Haram dan menziarahi makam Rasulullah s.a.w. Ketika saya berada di sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesusuk tubuh yang berpakaian hitam yang diperbuat daripada bulu. Ia adalah seorang perempuan tua.

Saya berhenti sejenak dan memberi salam kepadanya. Maka, terjadilah dialog dengan wanita tersebut selama beberapa ketika.

Dalam dialog tersebut, wanita tua itu menjawab dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran terhadap setiap pertanyaan saya (Abdullah bin Mubarak).

**Berikut ialah dialog antara dua hamba Allah di atas.**


Abdullah: “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”

Wanita tua:
سَلَـٰمٌ قَولاً مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ

“Ucapan salam sejahtera daripada Tuhan Yang Maha Mengasihani.”
(Yaa Siin 56)

Abdullah: “Semoga Allah merahmati anda, mengapa anda berada di tempat ini?”

Wanita tua:
مَن يُضلِلِ ٱللَّهُ فَلَا هَادِىَ لَهُ
“Barang siapa disesatkan Allah, maka tiada petunjuk baginya.”
(Al-A’raaf 186)

Dengan jawapan ini, maka tahulah saya bahawa wanita tua itu telah tersesat jalan.

Abdullah: “Kemana anda hendak pergi?”

Wanita tua:
ٱلَّذِى أَسرَىٰ بِعَبدِهِۦ لَيلاً مِّنَ ٱلمَسجِدِ ٱلحَرَامِ إِلَى ٱلمَسجِدِ ٱلأَقصَا
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin).”
(Al-Israa’ 1)

Dengan jawapan ini, saya mengerti bahawa dia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke Masjidil Aqsa.

Abdullah: “Sudah berapa lama anda berada di sini?”

Wanita tua:
ثَلَـٰثَ لَيَالٍ سَوِيًّا


“Selama tiga malam dalam keadaan sihat.”
(Maryam 10)

Abdullah: “Apa yang anda makan selama dalam perjalanan?”

Wanita tua:
وَٱلَّذِى هُوَ يُطعِمُنِى وَيَسقِينِ
“Dialah Allah pemberi aku makan dan minum.”
(Asy-Syu’araa’ 79)

Abdullah: “Dengan apa anda melakukan wudhu?”

Wanita tua:
فَلَم تَجِدُواْ مَآءً فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدًا طَيِّبًا
“Apabila tiada air maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih.”
(Al-Maaidah 6)

Abdullah: “Saya mempunyai sedikit makanan, apakah anda mahu menikmatinya?”

Wanita tua:
ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيلِ
“Kemudian sempurnakanlah puasamu sampai malam, maghrib.”
(Al- Baqarah 187)

Abdullah: “Bukankah diperbolehkan berbuka ketika musafir?”

Wanita tua:
وَأَن تَصُومُواْ خَيرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُم تَعلَمُونَ
“Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”
(Al- Baqarah 184)

Abdullah: “Mengapa anda tidak menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”

Wanita tua:
مَّا يَلفِظُ مِن قَولٍ إِلَّا لَدَيهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
“Tiada satu ucapan yang diucapkan, kecuali padanya ada Raqib ‘Atid.”
(Qaaf 18)

Abdullah: “Anda termasuk jenis manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”

Wanita tua:
وَلَا تَقفُ مَا لَيسَ لَكَ بِهِۦ عِلمٌ ‌إِنَّ ٱلسَّمعَ وَٱلبَصَرَ وَٱلفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰئكَ كَانَ عَنهُ مَسـُٔولاً
“Jangan kamu ikuti apa yang tidak kamu ketahui, kerana pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan dipertanggungjawabkan.”
(Al-Israa’ 36)

Abdullah: “Saya telah berbuat salah, maafkan saya.”

Wanita tua:
قَالَ لَا تَثرِيبَ عَلَيكُمُ ٱليَومَ‌ يَغفِرُ ٱللَّهُ لَكُم وَهُوَ أَرحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
“Pada hari ini tidak ada cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.”
(Yusuf 92)

Abdullah: “Bolehkah saya mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini, untuk melanjutkan perjalanan kerana anda akan menjumpai kabilah yang di hadapan.”

Wanita tua :
وَمَا تَفعَلُواْ مِن خَيرٍ يَعلَمهُ ٱللَّهُ
“Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah.”
(Al-Baqarah 197)

Lalu wanita tua ini berpaling daripada untaku sambil berkata :
قُل لِّلمُؤمِنِينَ يَغُضُّواْ مِن أَبصَـٰرِهِم
“Katakanlah pada orang-orang mukminin, tundukkan pandangan mereka.”
(An-Nuur 30)

Maka saya pun memejamkan pandangan saya, sambil mempersilakan dia menaiki unta.
Tiba-tiba terdengar koyakan pada pakaiannya kerana unta itu terlalu tinggi baginya.

Wanita tua itu pun berkata:
مَآ أَصَـٰبَكُمْ مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيدِيكُم
“Apa saja yang menimpa kamu disebabkan perbuatanmu sendiri.”
(Asy-Syuura 30)

Setelah selesai mengikat unta itu, saya pun mempersilakan wanita tua itu naik.

Wanita tua berkata:
سُبحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُ ۥ مُقرِنِينَ وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.”
(Az-Zukhruf 13-14)

Saya pun segera memegang tali unta itu dan melarikannya dengan sangat pantas.

Wanita tua itu berkata lagi:
وَٱقصِد فِى مَشيِكَ وَٱغضُض مِن صَوتِكَ
“Sederhanakan jalanmu dan lunakkanlah suaramu.”
(Luqman 19)

Lalu aku jadikan unta itu berjalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair.

Wanita tua itu pun berkata:
فَٱقرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلقُرءَانِ
“Bacalah apa-apa yang mudah daripada al-Quran.”
(Al-Muzzammil 20)

Abdullah: “Sungguh anda telah diberi kebaikan yang banyak.”

Wanita tua:
وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلأَلبَـٰبِ
“Dan tidaklah mengingati Allah itu kecuali orang yang berilmu.”
(Al- Baqarah 269)

Dalam perjalanan itu saya bertanya kepadanya.

Abdullah: “Apakah anda mempunyai suami?”

Wanita tua:
لَا تَسـَٔلُواْ عَن أَشيَآءَ إِن تُبدَ لَكُم تَسُؤكُمْ
“Jangan kamu bertanyakan sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu.”
(Al-Maaidah 101)

Maka aku senyap seketika sehingga berjumpa dengan kabilah di hadapan kami.

Abdullah: “Adakah orang anda berada dalam kafilah itu?”

Wanita tua:
ٱلمَالُ وَٱلبَنُونَ زِينَةُ ٱلحَيَوٰةِ ٱلدُّنيَا
“Adapun harta dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia.”
(Al-Kahf 46)

Baru saya mengerti bahawa dia juga mempunyai anak.

Abdullah: “Bagaimana keadaan mereka dalam perjalanan ini?”

Wanita tua:
وَبِٱلنَّجمِ هُم يَهْتَدُونَ
“Dan dengan tanda bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk.”
(Al-Nahl 16)

Daripada jawapan ini, saya dapat faham bahawa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa petunjuk. Kemudian saya bersama wanita tua ini menuju ke tempat perkhemahan.

Abdullah: “Adakah kamu kenal orang yang berada dalam khemah ini?”

Wanita tua:
وَٱتَّخَذَ ٱللَّهُ إِبرَاهِيمَ خَلِيلاً
“Kami jadikan Ibrahim itu sebagai yang nabi yang dikasihi.”
(An-Nisaa’ 125)
وَكَلَّمَ ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا
“Dan Allah berkata-kata kepada Musa.”
(An-Nisaa’ 164)
يَـٰيَحيَىٰ خُذِ ٱلكِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ
“Wahai Yahya! Pelajarilah kitab itu bersungguh-sungguh.”
(Maryam 12)

Lalu saya memanggil ya Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul. Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang, maka berkatalah wanita tua itu:
فَٱبعَثُواْ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُم هَـٰذِهِۦ إِلَى ٱلمَدِينَةِ فَليَنظُر أَيُّهَآ أَزكَىٰ طَعَامًا
“Maka suruhlah salah seorang daripada kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang lebih baik agar dia membawa makanan itu untukmu.”
(Al-Kahf 19)

Maka salah seorang daripada tiga anak ini pergi untuk membeli makanan, kemudian dihidangkan di hadapanku, lalu wanita tua itu berkata:
كُلُواْ وَٱشرَبُواْ هَنِيـئًا بِمَآ أَسلَفتُم فِى ٱلأَيَّامِ ٱلخَالِيَةِ
“Makan dan minumlah kamu dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah lalu.”
(Al-Haaqqah 24)

Abdullah: “Makanlah kalian semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”

Ketiga anak muda ini secara serentak berkata:

“Beliau adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara menggunakan ayat-ayat al-Quran, hanya kerana bimbang tersalah bicara.”

Lalu Abdullah bin Mubarak berkata Maha Suci Zat Yang Maha Kuasa terhadap sesuatu yang dikehendaki-Nya dan berkata:
ذَلِكَ فَضلُ ٱللَّهِ يُؤتِيهِ مَن يَشَآءُ‌ وَٱللَّهُ ذُو ٱلفَضلِ ٱلعَظِيمِ
“Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
(Al-Hadiid 21)

Sumber: KaifaTahfazul Quran (Dr. Mustafa Murad)
——————————–
حسبي الله ونعم الوكيل ولا حول ولا قوة إلا بالله العليّ العظيم
 

Sample text

Sample Text

Sample Text