Social Icons

Wednesday, 31 July 2013

Adakah Khairy Layak Untuk Terus Terajui Pemuda UMNO?

Sejak Pak Lah menerajui kepimpinan negara, nama Khairy Jamaludin terus melonjak bergema di mana-mana pentas politik. Persepsi umum terhadap dirinya sangat ketara. Ada yang positif ada pula sebaliknya. Tidak kenal tentulah tidak akan datang rasa cinta. Itulah yang ada pada Khairy ketika itu. 

Tetapi biasanya seseorang pemimpin berjiwa besar itu hanya akan dikenal pasti setelah dia berjaya menempuh zaman sukar dan sulit. Kejatuhan, pengasingan, penyingkiran adalah suatu yang perlu untuk mengukur nilai sebenar seseorang tokoh. Dalam politik, banyak ranjau yang perlu ditempuh. Hanya yang matang dan bertuah sahaja yang akan berjaya sampai ke destinasi idaman. 

Khairy dikira telah berjaya menempuh zaman-zaman sulit yang tidak mudah. Di saat kejatuhan Pak Lah, Khairy teruk dihujani tohmahan, kritikan dan kejian. Dia terus menerajui Pemuda UMNO tanpa apa-apa jawatan dalam kabinet Najib yang menggantikan bapa mertuanya itu. Khairy ternyata berupaya menempuh tahun-tahun sukar tersebut. 

Bayangkan sulitnya dia melepasi ujian ketidakpercayaan sebahagian besar pemimpin UMNO terhadap keupayaan dirinya. Naib Ketuanya iaitu Dato' Razali IBrahim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia Dan Sukan. Begitu juga Dato' Mukhriz Mahathir yang awalnya hanya salah seorang exco Pemuda UMNO pun dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antara Bangsa. Khairy kekal tanpa jawatan dalam kerajaan. 

Bayangkan menjadi Ketua Pemuda tanpa sebarang jawatan menteri atau timbalan menteri. Dia dikira awalnya akan turut terkubur seperti Pak Lah.  Dia dilihat tidak mempunyai akses secara langsung dalam sebarang kementerian. Dia hanya Ketua Pemuda tetapi kenyataannya, dia masih mampu menerajui Pemuda UMNO dengan penuh bergaya membantu UMNO dalam PRU12 yang lalu. Para pemerhati politik mengakui betapa berjayanya Khairy membantu Najib mengaut sokongan golongan muda kepada BN. 

Insya Allah Pak Lang akan bertemu Khairy 2,3 hari lagi. Tentu banyak perkara yang akan tersingkap!!
Sebelum itu bacalah paparan berikut - sesuatu tentang Khairy yang perlu anak cucu dan remaja tahu.


Khairy lebih berwibawa pada pandangan ramai


Sementara menunggu bersahur, teringin pula saya untuk memberikan komen tentang pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Oktober ini.

Khairy Jamaludin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, berkata yang beliau belum lagi mengambil keputusan untuk mempertahankan jawatan beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang beliau sedang sandang sekarang. Beliau mengalu-ngalukan sesiapa untuk menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu asalkan sahaja ia dilakukan dengan semangat bersatu dan tidak lari dari asas kewujudan Pergerakan itu.

Sesungguhnya tiada siapa yang patut menahan atau menyekat sesiapa untuk menawarkan diri untuk memegang jawatan itu dan kenyataan Khairy itu sangat tepat dengan semangat kepartian beliau. Saya tidak berniat untuk menyebelahi sesiapa dalam pandangan saya tetapi hanya saya ingin memberikan pandangan sebagai rakyat biasa, kerana UMNO itu adalah parti yang sedang memerintah negara dan tidak salah jika sesiapa juga memberikan pandangan dalam hal yang berlaku dalam UMNO itu.

Khairy telah pun menjadi Ketua Pemuda dan saya tidak mempunyai apa-apa prejudis terhadap pimpinan pemuda yang lain. Bagi saya Khairy sepatutnya diberikan peluang untuk meneruskan menerajui kepimpinan Pemuda kerana, apa pun pandangan sesiapa terhadap beliau itu, Khairy mudah untuk menerima pandangan pihak lain dalam isu Pemuda.

Khairy ‘has gone through the mills’ dalam Pemuda dan pengalaman beliau selama beliau menjadi Ketua Pemuda itu amat bernilai bagi beliau dan Khairy telah banyak belajar melalui pengalaman pahit manisnya menjadi Ketua Pemuda itu. Kalau hendak melihat dari pimpinan yang agak ‘berjenis’ sedikit dikalangan yang ada, Khairy boleh lah dianggap sebagai orang yang sangat berkelayakan untuk meneruskan pimpinan Pemuda itu.

Dalam politik imej dan bagaimana seseorang itu dipersepsikan itu amat penting. Khairy dipersepsikan sebagai seorang pemimpin muda yang ada segala-galanya samada dari segi kelulusan, penampilan peribadi dan beliau bagi saya merupakan seorang yang selayaknya untuk membawa yang menggalas imej serta kegiatan Pemuda itu dalam masa yang panjang.

Jika kita buangkan perasaan prejudis jika ada terhadap beliau, beliau merupakan Ketua Pemuda yang tidak sepatutnya di alih dan di anjak setidak-tidak buat masa yang terdekat ini. Bagi saya kedudukan Khairy yang juga seorang Ahli Jemaah Kabinet negara memberikan satu lonjakan imej yang baru dan beliau mempunyai kemudahan yang lebih baik dari apa yang ada kepada beliau sebelum ini.

Tidak ada pengorbanan yang besar jika Pemuda UMNO mahu mengekalkan Khairy ini sebagai Ketua Pemuda. Jika ada diantara mereka yang mempunyai prejudis terhadap beliau kerana permainan politik ‘competitive’, yang perlu hanyalah menghilangkan perasaan itu dan untungnya kepada Pemuda adalah lebih besar dari kerugian dengan mengekalkan Khairy di kedudukannya sekarang.

Lebihnya Khairy dari banyak pemimpin Pemuda ialah, beliau telah menerima kritikan dengan terbuka hati dan ini merupakan ciri kepimpinan yang perlu disuburkan, kerana sifat tidak dapat menerima kritikan adalah ‘attribute negative’ UMNO selama ini. Khairy telah mendapat perhatian ramai keraana cara beliau menerima dan menguruskan kritikan terhadap beliau selama ini sangat disenangi oleh orang ramai. Jika mana-mana pimpinan itu diterima orang ramai, selain dari dalam UMNO itu sendiri ia merupakan kelebihan kepada seseorang pemimpin itu.Itu yang sangat terserlah ada kepada Khairy.

Bagi saya seseorang pemimpin UMNO yang baik itu bukan sahaja kuat sokongan dari dalam parti, tetapi yang lebih penting lagi bagaimana rakyat ramai yang tidak kena-mengena dengan UMNO itu memandang pemimpin itu sangat penting. Khairy mempunyai kelebihan di sini. Itulah sebabnya orang ramai tidak mahu mendengar hujah-hujah dari mereka yang bersikap ‘competitive’ terhadap beliau yang lumrah dalam UMNO itu.

Jika itu keadaannya maka saya berpendapat Khairy mampu untuk menaikkan imej dan persepsi rakyat ramai terhadap UMNO yang sangat-sangat memerlukan nilai tambahan kepada persepsi buruk rakyat terhadap UMNO itu.

Walau bagaimana pun itu hanyalah pandangan peribadi dari saya dan juga mendapat sokongan dari ramai diantara kami dibawah-bawah ini. Kita dibawah ini mementingkan siapa yang kita anggap selari dengan pandangan ramai dan bukannya hendak berpolitiking yang mungkin sedang berlaku didalam UMNO yang kita tidak tahu.

Pendeknya Khairy mempunyai ‘cut’ untuk memimpin dan mudah di terima oleh masyarakat ramai dan ia amat perlu bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang bagi UMNO. UMNO sebagaimana yang dipersepsikan ramai sudah ketandusan kepimpinan dan jika di anjak dan di alih mana-mana ‘budding leaders’ dalam parti, itu merupakan tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Saya yakin dan ramai yang berpendapat, Khairy mempunyai ‘disposition’ yang terbaik dikalangan yang ada untuk menjadi peneraju kepada Pergerakan Pemuda jika di lihat dari pandangan rakyat awam yang ramai-ramai ini.

Tidak tahu pula bagaimana pandangan Pemuda UMNO sendiri. Bagi saya pandangan orang ramai adalah penting kerana jika dipandang dari pergerakan pemuda di bahagian-bahagian, pandangan mereka tidak mungkin tepat kerana mereka mempunyai ‘preferences’ mereka sendiri kerana permainan politik dalaman parti itu.

Isu itu kita tidak tahu dan tidak mahu pun mengambil berat terhadapnya. Bagi saya, kuat dalam UMNO sahaja tidak mencukupi tetapi kuat sokongan ramai itu adalah yang terpenting sekali bagi UMNO untuk kembali diterima rakyat.

Tidak ada gunanya menjadi kuat dalam UMNO tetapi tidak mendapat penghormatan dari masyarakat awam yang ramai ini.Kalau di kaji dari sudut mana sekali pun Khairy lebih mudah untuk di bentuk sebagai pemimpin dimasa depan dalam masa yang tidak berapa lama dari sekarang.

Lagi pun UMNO sudah tidak ada lagi kepimpinan. Jangan di korbankan pemimpin yang boleh di bentuk yang hanya tinggal beberapa 'kerat' sahaja dalam UMNO itu.  KLIK DI SINI

Satu Demi Satu Mahathir Menyanggah Najib, Tapi Kesudahannya Apa?

Apabila Mahathir terus menunjukkan sikap perkaumannya, dengan terbaru menyatakan mengenai dilema orang Cina sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa, bekas Perdana Menteri itu secara jelasnya menunnjukkan beliau semakin berbeza dengan Najib. Najib yang memperkenallan 1Malaysia untuk mendapatkan undi kaum Cina, setelah ditolak oleh mereka pun tetap dengan sikap toleransi dan merintih terhadap sokongan kaum itu.

Berbeza dengan Mahathir, bermula dengan buku Dilema Melayu yang memperlihatkan sikap ultra Melayunya, kemudian 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan dan kini menjadi pesara paling berkuasa, sikapnya terhadap Melayu tidak banyak berubah. Walaupun memperjuangkan Melayu tetapi semasa menjadi Perdana Menteri, beliau sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai kaum termasuk Cina.

Tulisan terbaru Mahathir mengenai dilema kaum Cina negara ini yang telah menguasai ekonomi dan perniagaan dan kini berada dalam dilema sama ada mahu berkongsi kuasa atau merebut kuasa daripada Melayu, boleh dibaca dengan tafsiran yang pelbagai tetapi yang jelasnya ia menunjukkan perbezaannya yang makin ketara dengan Najib.

Mahathir juga tidak menyetujui dasar 1Malaysia yang diperkenalkan Najib sebelum ini dan beberapa kritikannya terhadap sikap pengundi kaum Cina sebelum kni menguatkan perbezaannya dengan Najib.

Meskipun dalam pilihanraya lalu Mahathir berkempen kuat untuk kemenangan BN tetapi selepas itu, beliau mula meunjukkan sikap kritikalnya. Beberapa pendekatan dan pembaharuan yang cuba diperkenalkan Najib mengundang kritikan terbuka daripadanya.

Antaranya, Mahathir tidak bersetuju dengan cadangan Najib mahu memansuhkan Akta Hasutan kerana berpendapat akta itu masih perlu untuk sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini. Beliau juga tidak setuju dengan penghapusan Ordinan Darurat dan mengaitkannya dengan kadar peningkataka jenayah dan jenayah berulang.

Mahathir juga mengkritik perjanjian TPPA yang dianggapnya sebagai penjajahan bentuk baru kuasa besar kepada negara serta lebih merugikan berbanding untung yang bakal diharapkan sedangkan Najib lebih melihat keuntungannya semata-mata.

Ayah kepada Menteri Besar Kedah, Mukhriz itu juga tidak bersetuju dengan cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal berbilang kaum dan berpendapat parti berasaskan kaum masih relevan lagi bagi negara ini. Najib bagaimanapun meneruskan penubuhan makmal untuk mengkaji perkara itu dan seperti tidak memperdulikan pendirian Mahathir.

Mahathir juga tidak bersetuju dengan pemberian tunai BR1M bernilai RM500 yang diperkenalkan Najib kerana katanya, ia merupakan pendekatan yang tidak baik untuk pertumbuhan negara, selain menyebabkan rakyat tidak berterima kasih dengan pemberian itu kerana menganggapnya sebagai wang kerajaan yang diperolehi melalui cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat. Bagi Mahathir juga, pemberian BR1M adalah bentuk kempen Najib yang gagal.

Sekali lagi kritikan Mahathir itu sedikit-sebanyak mengundang dilema kepada Najib menjelang pembentangan Belanjawan 2014 Oktober depan, sama ada mahu menerus atau menghentikan pemberian tunai itu sedangkan dalam kempen pilihanraya lalu, BN juga berjanji untuk menaikkan BR1M kepada RM1,200 setahun jika terus diberi mandat oleh rakyat.

Hakikatnya Mahathir tidak saja menunjukkan perbezaan dan penyanggahannya terhadap beberapa pendekatan Najib, bahkan penentangan dan sikap kritikalnya terhadap Najib juga diluahkan kepada orang-orang berkunjung menemuinya.

Antara kritikan Mahathir yang dipercakapkan oleh ramai orang ialah mengenai kepimpinan yang lemah, mengabaikan Melayu serta cenderung meniru gaya kepimpinan Pak Lah yang menyerahkan banyak perkara mengenai pentadbiran kerajaan untuk dinilai dan diputuskan oleh penasihat-penasihat yang dipercayainya.

Ada kumpulan tertentu bertemu dengan Mahathir dikatakan telah bertanya kepadanya sama ada elemen "Tingkat 4" ketika pentadbiran Pak Lah sedang berulang dalam pentadbiran Najib sekarang, Mahathir dengan tegas dan yakin berkata, "yes".

Kumpulan penasihat Najib ini turut dikritik oleh Daim Zainuddin, sekutu rapat Mahathir dan menegaskan mereka perlu berundur kerana sering memberi nasihat yang salah kepada Perdana Menteri. Selepas pilihanraya, antara penasihat Najib yang terus menjadi sasaran ialah Omar Ong yang dikatakan banyak memberi cadangan mengenai keperluan Najib untuk terus bersikap liberal dan terbuka, terutamanya kepada kaum Cina.

Malah dalam perjumpaan Perkasa dengan Mahathir minggu lalu, dikhabarkan juga beliau banyak menyentuh mengenai kelemahan kepimpinan dan pentadbiran Najib serta mahukan NGO yang sudah berubah menjadi Perkasa 1Malaysia itu memainkan peranan lebih lebih aktif menyerang dan mengkritik Najib.

Namun demikian, persoalan yang timbul mengenai sikap Mahathir itu, terutamanya di kalangan rakyat dan ahli-ahli UMNO ialah apakah penyudahnya? Apakah kritikan dan sanggahan itu hanya sekadar kritikan dan sanggahan semata-mata? Apakah ianya bakal membuatkan Najib tersingkir dari kerusi Perdana Menteri sebagaimana yang dilakukan terhadap Pak Lah dulu?

Apakah kepimpinan tertinggi UMNO yang bakal mengadakan pemilihannya pada 5 Oktober depan bakal berubah dengan adanya kritikan dan sanggahan Mahathir itu?

Rata-rata ramai yang keliru dengan sanggahan Mahathir terhadap Najib dan apakah tujuan sebenar beliau melakukannya. Kekeliruan itu tambah mengukuh apabila Mahathir juga sebelum ini menyokong agar tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Mahathir dikatakan keberatan untuk mengasak Muhyiddin agar mencabar Najib kerana menyedari Timbalan Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi berbanding Najib yang mempunyai rangkaian penyokong tegar di berbagai peringkat dalam UMNO berbanding Muhyiddin yang hanya mempunyai penyokong bermusim dan silih berganti. Selain ketiga-tiga Naib Presiden UMNO sekarang adalah orang Najib, di dalam barisan Majlis Tertinggi pula mereka yang dikenali sebagai orang Muhyiddin juga hanyalah boleh dibilang dengan jari.

Dalam hal ini, walaupun Muhyiddin belum memutuskan jawatan yang bakal ditandinginya dan terus menyebabkan timbulnya spekulasi beliau bakal mencabar Najib, laluan Muhyiddin sebenarnya tidaklah mudah jika beliau memutuskan untuk menentang Najib, kecuali jika dibantu oleh keajaiban Tuhan.

Seorang lagi pemimpin UMNO yang berpotensi mencabar Najib ialah Tengku Razaleigh tetapi Mahathir memang tidak sekata dengannya sejak Ahli Parlimen Gua Musang itu mencabar beliau pada 1987 dan agak mustahil Mahathir mahu menyokong beliau.

Dengan hanya dua bulan lebih saja lagi sebelum tarikh pemilihan UMNO, sikap dan pendirian Mahathir dan kaitannya dengan kedudukan Najib terus menjadi bualan di mana-mana. Dalam masa yang sama, Najib pula dilihat terus tidak memperdulikan kritikan Mahathir dan meneruskan apa juga yang sedang dirancangnya seolah-olah suara Mahathir hanyalah umpama gangguan nyamuk di tepi telinga.

Selain meneruskan pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat serta meneruskan kajian untuk menjadikan BN parti tunggal pelbagai kaum, Najib juga terus meminta dan mendengar cadangan daripada para penasihatnya yang dikritik itu.

Najib juga, walaupun dengan sistem pemilihan yang baru diperkenalkan disamping adanya kritikan daripada Mahathir, nampaknya tidak tergugat dan mempunyai keyakinan untuk terus mempertahankan kerusi Presiden UMNOnya itu.

Ke manakah seterusnya kritikan dan sanggahan Mahathir itu? Mungkinkah ianya hanya untuk menyedarkan Najib dan bukan untuk menjatuhkannya? Atau mungkinkah Najib akan diundurkan dengan cara yang lain selepas pemilihan UMNO nanti, tetapi sebelum PRU 14 menjelang tiba? (SH 29/07/2013)  KLIK UNTUK SUMBER

Friday, 26 July 2013

Memilih Kepimpinan Wanita UMNO - Jangan Keliru!!

Banyak episod menarik dalam pemilihan UMNO pada tahun ini. Situasi dalaman UMNO sekarang sedang menempuh arus kempen yang semakin membuak mengocak permukaan. Senarai calon di semua posisi rebutan semakin bertambah ramai. Wanita UMNO sekali lagi menjadi tumpuan ramai bila mana dua wanita 'besi' tampil menawarkan diri. Lihatlah situasi percaturan politik wanita UMNO yang semakin mendebarkan para penyokong pihak yang bertanding. Siapa yang akan 'sangkut' menjadi Ketua Wanita UMNO? Bacalah paparan menarik dari blog shahbudin.com:

  

Azalina Dan Shahrizat: Pilih Satu Atau Tolak Kedua-duanya?

Menjelang pemilihan UMNO hujung tahun ini, setakat ini jawatan tertinggi yang bakal menyaksikan pertandingan hanyalah Ketua Pergerakan Wanita UMNO bilamana bekas Ketua Puteri UMNO, Azalina Othman Said mengumumkan kesediaannya untuk mencabar kedudukan Shahrizat Jalil bagi jawatan itu. Bagi jawatan penting lain seperti Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, belum ternampak kemungkinan akan berlaku pertandingan walaupun keinginan akar umbi untuk melihat berlakunya pertandingan semakin meninggi.

Mungkin kerana terlalu awal atau masing-masing ingin menumpukan kepada pilihanraya kecil Kuala Besut terlebih dahulu, maka semua orang menyimpan dulu hasrat untuk bertanding itu.

Tetapi berbeza bagi jawatan Ketua Wanita, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, telah awal-awal mengumumkan hasratnya itu dan beliau menjadi individu terawal mengumumkan hasrat untuk bertanding.

Keinginan Azalina merebut jawatan Shahrizat, walaupun disebarluaskan sebagai hasrat untuk berkhidmat kepada Wanita UMNO dan memberi nafas baru kepada pergerakan itu, hakikat bahawa Azalina turut ingin menjadi menteri semula melalui kouta Wanita UMNO tidaklah boleh dinafikan begitu saja.

Setelah sekian lama terpinggir daripada kedudukan kabinet sejak 2009, Azalina tentunya membayangkan jika beliau menang mengisi jawatan Ketua Wanita, peluangnya untuk dilantik sebagai menteri lebih cerah berbanding jika hanya kekal tercongok sebagai Ahli Parlimen Pengerang dan mengharapkan ehsan Perdana Menteri sahaja.

Tambahan pula, tidak ada daripada kalangan Wanita UMNO yang diberikan jawatan menteri dalam pembentukan kabinet selepas pilihanraya 5 Mei lalu. Dengan kedudukan Shahrizat yang dibelenggu dengan isu NFC dan kedudukannya yang bukan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Negara, tidak dinafikan lorongan untuk Azalina kembali ke kabinet lebih terbuka.

Lagi pula, tiada kerugian apa-apa untuk Azalina mencuba nasib, untung-untung sabut boleh timbul.

Sehingga ini hanya ada dua wakil Wanita sebagai timbalan menteri iaitu Ahli Parlimen Tenggara, Halimah Siddique dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Norian Kasnon dan jika Wanita ingin kebarangkalian seorang ketua pergerakan itu dilantik sebagai menteri, Azalina mungkin pilihan yang lebih tepat, lebih-lebih lagi beliau juga pernah menjadi menteri sebelum ini.

Jika Shahrizat terus terpilih menerajui Wanita, beliau hanya akan kekal berada di luar kabinet dan Wanita UMNO juga terpaksa berpuas hati dengan dua jawatan timbalan menteri sahaja.

Walaupun Shahrizat mengalu-alukan hasrat Azalina mahu merebut jawatan yang disandangnya tetapi beliau telah pun memulakan serangan secara halus dengan mengatakan keinginan bertanding itu tidak seharusnya dilihat mahu memecah-belahkan pergerakan itu dengan gambaran seolah-olah bekas pimpinan Puteri UMNO ingin mengambil alih kepimpinan Wanita UMNO pula.

Melalui serangan halus ini, tentunya makcik-makcik dalam Wanita UMNO akan menguatkan lagi kubu masing-masing dan akan berusaha memastikan kemasukan golongan puteri yang melebihi had umur 35 tahun ke dalam Pergerakan Wanita tidak akan menggugat kedudukan mereka. Dengan cara ini, Shahrizat berharap kelebihan memihak kepadanya.

Ini secara tidak langsung menggambarkan keinginan Shahrizat masih tinggi untuk mengekalkan jawatannya walaupun isu NFC yang melibatkan keluarganya merupakan isu yang paling buruk dalam sejarah pergerakan itu. Selain semua orang bercakap mengenai isu itu sebagai beban kepada UMNO, Shahrizat juga akhirnya digugurkan sebagai menteri kabinet dan tidak dipilih sebagai calon dalam pilihanraya, suatu hakikat yang membuktikan UMNO juga mengakui beratnya beban daripada isu NFC itu.

Sepatutnya dengan UMNO sendiri mengakui beliau sebagai beban, Shahrizat dengan rela hati mengundurkan diri dan membiarkan pergerakan itu memilih pemimpinnya sendiri yang lebih berwibawa dan tidak menyusahkan parti. Selagi beliau memimpin Wanita UMNO, kaitan beliau dengan skandal NFC sukar dilekangkan dan akhirnya UMNO akan terus menerima kesannya.

Azalina pula, walaupun pernah memimpin Puteri UMNO dan menjadi mengeri sebelum ini, beliau juga bukanlah pemimpin yang betul-betul sesuai untuk pergerakan itu. Selain beliau dilihat agak asing dengan lemah-lembut dan ciri-ciri kewanitaan Wanita UMNO yang mungkin menyukarkan beliau mendekati perwakilan Wanita UMNO, sisi gelapnya semasa menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelancongan sebelum ini, tidak seharusnya juga dipandang ringan.

Beliau pernah disiasat oleh SPRM berkaitan isu politik wang dalam pemilihan UMNO 2009 dan seorang pegawainya dikatakan pernah ditahan kerana memiliki beg yang penuh berisi wang tunai ketika itu. Pendedahan mengenai sekeping cek ratusan ribu ringgit yang didakwa diterimanya daripada seorang usahawan juga pernah memenuhi dada-dada media tidak berapa lama dulu.

Koleksi kereta-kereta mewahnya juga pernah didedahkan di blog dan laman sosial yang menggambarkan keperibadianya yang suka bermewah dan mengumpul kekayaan. Orang-orang yang mengenalinya pula tahu bahawa gaya hidup Azalina lebih mirip kebaratan dan jika ini didedahkan mungkin menjejaskan peluangnya.

Beberapa isu berkaitan kementerian yang yang pernah diterajuinya juga masih menjadi percakapan ramai. Walaupun beliau sudah dibersihkan oleh SPRM dan tidak didakwa di mahkamah, hakikatnya Azalina tidak menepati slogan popular mengenai kepimpinan iaitu seseorang itu mestilah bersih dan juga kelihatan bersih.

Sama ada mengekalkan Shahrizat atau memilih Azalina sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru, masalah Wanita UMNO sebenarnya tidak akan selesai dan tidak juga mampu menjadi cerminan bahawa pergerakan itu menjadi lebih cantik dan menarik. Shahrizat ada bebannya yang tersendiri, begitu juga dengan Azalina.

Untuk menyolek dan menghias dirinya menjadi lebih menarik, Wanita UMNO sebenarnya perlu mencari pemimpin baru yang bukan saja berwibawa tetapi juga tidak mempunyai beban yang dibawa bersamanya ke dalam pergerakan itu. Mereka yang layak itu boleh dicari di kalangan Exco Wanita UMNO atau pun yang di luar daripadanya.

Tetapi sehingga ini rasanya gandingan Halimah Siddiqe dan Norian Kasnon yang mana kedua-duanya sudah menjadi timbalan menteri dan Ahli Parliman, boleh dipertimbangkan untuk memberi nafas baru kepada pergerakan itu. (SH 22/07/2013) KLIK UNTUK SUMBER

Dunia Politik - Apa Yang Difokuskan?

Kepada semua anak cucu dan remaja sekelian!

Belajarlah sedikit tentang cara berfikir dan bertindak di kalangan orang-orang politik. Apapun yang dibuat difokuskan mendapat kelabaan kedudukan pangkat dan jawatan. Alangkah berharganya diri kita, jika kita bersungguh-sungguh berfikir dan berbuat demi untuk mendapatkan kasih sayang Tuhan. Itulah laba keuntungan yang tidak ternilai. Itulah payungan keselamatan yang kekal abadi. Untuk anak-anak GISB, bacalah untuk melihat dunia lain yang serba macam-macam!

 Artikel berikut diambil dari blog shahbudin.com (SILA KLIK DI SINI)

 

Ketua Pemuda UMNO: Proksi Anak Bekas PM Lawan Menantu Bekas PM

Apabila Pemuda UMNO Johor membuat keputusan agar jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia terbuka untuk dipertandingkan, maksud tersiratnya tidaklah sukar difahami. Meskipun mereka memberi alasan untuk menyuburkan sistem demokrasi, alasan pokoknya ialah untuk memberi ruang kepada Naib Ketua Pemudanya, Razali Ibrahim bertanding jawatan itu menentang Khairy Jamaluddin.

Razali kini sudah pun melebihi usia 40 tahun dan tidak boleh berada lagi dalam Pemuda UMNO, kecuali menjadi Ketua Pemuda kerana Perlembagaan UMNO menetapkan hanya bagi jawatan ketuanya yang tidak tua-tua dan sentiasa digelar "pemuda".

Sementara KJ mengalu-alukan sesiapa juga yang mahu mencabarnya, Razali pula masih berdiam diri lagi dan akan memberi keputusan dalam masa yang sesuai nanti. Beliau mungkin sedang memikirkan semasak-masaknya apakah mahu mencabar KJ atau meninggalkan dunia Pemuda UMNO begitu saja tetapi secara logiknya jika beliau tidak mahu bertanding, beliau sudah boleh memberi jawapan lebih awal.

Namun dengan menangguh-nangguh untuk memberi jawapan yang pasti menunjukkan keinginan untuk bertanding itu ada dalam dirinya.

Dalam hubungan ini, langkah yang diambil oleh Pemuda Johor yang mahukan jawatan Ketua Pemuda terbuka untuk dipertandingkan sebenarnya tidak lebih sebagai usaha merisik khabar dan meninjau-ninjau respon daripada Pemuda bahagian-bahagian seluruh negara.

Sekiranya respon yang diperolehi memuaskan hati dan boleh dijadikan asas untuk menyertai persaingan, tidak ada sebab Razali tidak mahu bertanding menentang KJ, walaupun dalam kerajaan jawatannya hanyalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala KJ pula adalah Menteri Belia dan Sukan.

Perbezaan jawatan dalam kerajaan tidak menjadi masalah kerana ia boleh ditampung melalui sokongan daripada pihak-pihak atasan yang menaunginya. Ini pernah berlaku ketika Zahid Hamidi yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan tetapi menang jawatan Ketua Pemuda pada 1996 walaupun pencabarnya ketika itu mempunyai jawatan menteri dan menteri besar. Zahid menang kerana Anwar yang menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri menaunginya ketika itu.

Dalam politik UMNO, Razali juga mempunyai penauntnya. Razali dikenali sebagai anak didik kepada Hishammuddin Hussein, Naib Presdien UMNO dan Menteri Pertahanan sekarang ini. Beliau pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada Hishammuddin dan kemudian bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Muar pada tahun 2000 tetapi tewas.

Bagaimanapun kerana hubungan Hishammuddin yang rapat dengan Menteri Besar Johor ketika itu, Ghani Othman, beliau dikatakan telah melobi agar Razali dipilih sebagai calon pilihanraya bagi kerusi Parlimen Muar pada tahun 2004. Selepas pilihanraya itu, Hishammuddin yang ketika itu menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah melantik Razali sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor.

Sejak itu bintangnya menyinar dalam Pemuda UMNO dan kemudian menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan 2009 menewaskan Reezal Merican.

Apa pun tanggapan ramai mengenai Razali, kedudukannya sebagai anak didik Hishammuddin adalah sesuatu yang sukar ditanggalkan sehingga ada yang berkata, dikerat 14 pun Razali tetap akan menganggap Hishammuddin sebagai bos dan mentornya dalam politik.

Jika Razali bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, pemilihan UMNO hujung tahun ini akan menyaksikan paling ramai pemimpin dari Johor menawarkan diri untuk bertanding. Dengan Muhyiddin dan Hishammuddin sudah sedia ada sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden dari Johor, Razali sebagai calon Ketua Pemuda juga dari Johor, bagi jawatan Ketua Wanita UMNO pula kemungkinan dua tokoh dari Johor iaitu Halimah Siddique dan Azalina Othman Said akan turut menyertai pertandingan kali ini.

Andainya Menteri Besar Johor, Khaled Nordin mahu mencuba lagi bertanding jawatan Naib Presiden UMNO di mana beliau hanya kalah tipis pada 2009 lalu, bermakna lebih ramai pembesar-pembesar dari Johor mahu menguasai UMNO melalui pemilihan kali ini. Itu belum dikira lagi yang bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Kebarangkalian Razali bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO sukar ditolak bukan saja kerana faktor umurnya yang tidak boleh lagi berada dalam dunia kepemudaan selain menjadi ketua, tetapi juga untuk kepentingan mengukuhkan lagi kedudukan bos dan mentornya Hishammuddin dalam hireaki UMNO. Dengan Razali sebagai protegenya menjadi Ketua Pemuda, secara automatik kedudukan Hishammudin dalam UMNO menjadi lebih kukuh berbanding Naib-Naib Presiden yang lain, bahkan peluangnya mengekalkan jawatan itu menjadi lebih mudah lagi kali ini.

Selain dilihat penyertaannya dalam pertandingan itu sebagai proksi kepada Hishammuddin, untuk mencabar KJ yang berjawatan menteri penuh, Razali juga mungkin terpaksa memohon sokongan daripada penyokong-penyokong Mukhriz Mahathir yang kini sudah menjadi Menteri Besar Kedah.

Mukhriz yang kalah bersama Khir Toyo ditangan KJ dalam pemilihan 2009 lalu dikatakan mahu mencuba kerusi Naib Presiden pula kali ini. Atas perkiraan menang-menang, Mukhriz tentunya akan meminta para penyokongnya dalam Pemuda supaya menyokong Razali untuk menewaskan KJ dan seterusnya akan membuka laluannya lebih mudah kepadanya untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bersama-sama dengan Hishammuddin.

Dengan kedudukan ini, penyertaan Razali dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda ini sebenarnya adalah menjadi proksi kepada dua anak bekas Perdana Menteri iaitu Hishammuddin dan Mukhriz manakala KJ yang bakal dilawannya pula adalah menantu bekas Perdana Menteri.

Ini sekaligus menjadikan perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO kali ini paling glamour, berprestij dan mempunyai nilai pasaran paling tinggi. (SH 24/07/2013)

Thursday, 25 July 2013

Abuya Sumber Perpaduan

 
Pak Lang paparkan tulisan dalam blog AnjangMuor mengenai perpaduan menurut pandangan dan pengalaman Abuya. Ada orang anggap jemaah Abuya hanya berlaku semasa Abuya ada saja. Selepas Abuya tiada, semuanya disembunyikan. Sedangkan yang sedang wujud di dalam GISB sekarang adalah apa yang berjaya Abuya cetuskan. Ianya terus bersambung. Tidaklah payah untuk difaham. Apa-apa pun eloklah kita renungi tulisan Syeikh Harun Taat ini untuk kita fahami situasi sebenarnya..
Salam ceria.
Bila ada orang mendakwa Abuya atau jemaah Abuya punca perpecahan di dalam masyarakat Islam Malaysia, korang boleh terima ke? Anjang rasa, bukan korang je, ramai lagi tak boleh terima, cuma oleh kerana ada sebab-sebab tertentu, mereka tak dapat luahkan dengan kata-kata. Lagipun TV tak panggil depa. Anjang memang tak boleh terima, sebab apa?

Perpaduan tu soal dalaman. Bersatu tu soal dalaman. Bermula dengan unsur dalam diri manusia. Korang jangan tertipu dengan perkara luaran. Ia betul-betul bermula dari unsur dalaman iaitu fikiran dan perasaan. Akal dan hati. Akal dan hati tu di mana? Dalam diri korang la. Dalam diri kita. Kalau cara berfikir dan berperasaan sama, barulah bersatu, berpadu. Kalau takat berkumpul ramai-ramai tu baru bertemu, berkumpul.

Sebab itu Abuya bawa pengikutnya dan simpati perjuangannya ke arah takutkan Tuhan dan rindukan Nabi. Takut itu soal rasa. Elemen dalam diri manusia. Rindu itu pun dalaman. Abuya ajak berkasih sayang sesama manusia. Dengan dasar-dasar beginilah saja manusia boleh bersatu, boleh berpadu. Manusia kalau sama-sama cinta dan takut Tuhan, mereka tak akan bergaduh. Kalaupun tercetus permusuhan, akan segera bermaaf-maafan. Kerana asasnya kuat. Asasnya bergantung pada Allah yang Maha Pengasih. Maha Penyayang.

Hasilnya lahirlah lahirlah aktiviti-aktiviti yang menambah perpaduan di tengah masyarakat. Sebagai contoh, di era Al Arqam, Abuya adakan ceramah umum, kelas fardhu ain dan kursus Kefahaman Islam, maka suburlah fikiran dan jiwa masyarakat Malaysia untuk menuntut ilmu, menambah Kefahaman. Bersatu untuk sama-sama melaksanakan syariat dan mengamalkan sunnah. Sedangkan waktu itu orang sibuk dengan sijil dari menara gading dan berbangga dengan cara hidup barat.

Abuya memulakan kesedaran pentingnya makanan halal dengan mengeluarkan produk-produk halal seperti sos cili, tomato, kicap, mi kuning, taucu dll atas dasar makanan yang halal membentuk hati yang bersih. Yang menjadi target Abuya adalah hati. Unsur dalaman. Tempat jatuhnya hidayah Tuhan. Wadah nilaian Allah. Maka bersatulah rakyat Malaysia Muslim untuk mendapatkan makanan yang halal. Siapa boleh nafikan perkara ini?

Begitu juga Abuya lancarkan akhbar dan majalah Islam, show dan hiburan Islam, rangkaian restoran di seluruh dunia dan kini TV Nur Muhammad dan Ekspo makanan halal yang kesemuanya menjadi sebab terjalinnya hubungan perpaduan di tengah masyarakat dunia. Bukan sahaja di kalangan orang Melayu, malah berbagai bangsa. Bukan saja di Malaysia, bahkan melepasi sempadan antarabangsa.

Abuya rancang perkahwinan anggota jemaahnya demi untuk Islam. Orang Malaysia berkahwin dengan rakyat Indonesia, Thailand, Singapura, Australia, Perancis, Jordan yang hasilnya lahirlah perpaduan peringkat global. Bila dah anak menantu merata negara. Ipar duai berlainan benua. Maka hilanglah sempadan bahasa, geografi dan politik. Yang ada hanya perpaduan berasaskan kasih sayang. Berdasarkan cinta Dan takut Allah.

Itulah yang anjang faham tentang perpaduan. Korang macam mana? Sebab itu Abuya, bila berkawan dengan seseorang terus berpanjangan. Ummu Anas, isteri seorang menteri di Jordan bukan setahun dua mengenali Abuya, dah puluhan tahun. Terus setia membantu dan membela jemaah Abuya. Sidi Abu Khalid, Syeikh Kabilah Bani Syammar bersahabat dengan Abuya juga puluhan tahun. Bila anjang katakan padanya bilangan anak-anak Abuya (ahli jemaah) di Irbid dan Jerash yang hanya puluhan orang, dia komen spontan: “Itu dah kira 1 Kabilah!”, padanya ramai sebab boleh memberi khidmat pada masyarakat.

Ramai lagi simpati dan penyokong perjuangan Abuya di seluruh dunia yang nampak Abuya adalah pembawa perpaduan. Kalau bukan kerana itu tak kan pihak berkuasa Thailand boleh memberi kerjasama dengan Jemaah Abuya seperti yang berlaku di Ekspo Satun. Kalaulah bukan lambang perpaduan dan kasih sayang, tak mungkin satu keluarga Kristian di Filipina amat menyanjungi Abuya. Orang-orang Budha di Thailand merindu Abuya. Simpati-simpati di kalangan masyarakat Arab di Mesir, Jordan, Syria merasa kehilangan Abuya.

Ketika Saiyidah Khadijah RA membawa Nabi Muhammad SAW bertemu dengan bapa saudaranya, Warqah bin Naufal yang pakar ilmu-ilmu kitab terdahulu, apakah ulasan beliau.
“Alangkah, kalaulah aku masih muda remaja, nescaya aku akan membela dan mempertahankanmu ketika kamu diusir keluar oleh kaummu.”
Jawab Nabi SAW spontan, “Apakah aku akan diusir oleh kaumku?!”
“Tiada siapa yang membawa seperti yang kamu bawa melainkan dia akan dihalau oleh kaumnya.”

Ya, begitulah yang terjadi di Malaysia. Di ketika ramai orang satu dunia melihat apa yang jemaah Abuya bawa adalah kebenaran, ada segelintir manusia yang melihat sebaliknya. Susah memberi kerjasama walhal Abuya dan jemaahnya hanya inginkan kebaikan yang juga idaman semua orang. Iaitu perpaduan, bersatu, kasih sayang, kerjasama, tolak ansur, bermaaf-maafan, keadilan, pembelaan yang berasaskan takut dan cintakan Tuhan.

Ampun maaf.

Otw ke TM.
10.30am, Jul 25, 2013

Wednesday, 24 July 2013

Gempar! Laut Terbelah Di Korea!!!



 
APA saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebaliknya sukar dijelaskan. Malah, banyak sebenarnya fenomena menakjubkan berlaku di dunia ini yang kurang diketahui ramai biarpun berlaku hampir saban tahun.

Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.



Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.

Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.



“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung.

Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong.

Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

 
INFO: Laut terbelah Jindo
Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.
Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.
Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.
Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.
Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun.


(Terima kasih pada Blog Amekaw: KLIK UNTUK SUMBER)

Monday, 22 July 2013

Rahsia Tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Di Kedah




Tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dikaitkan dengan perpecahan dalaman yang berlaku dalam kepimpinan PAS negeri. Sukar untuk menafikan berlakunya pergolakan tersebut kerana kemelut yang melanda PAS Kedah menjelang pelantikan semula Exco kerajaan negeri pada awal tahun 2012 diperhatikan dengan penuh minat oleh seluruh rakyat Malaysia.

Empat tahun pentadbiran kerajaan kelihatan berlalu dengan baik dan cemerlang. Tiba-tiba orang nombor dua dalam parti dan dalam kerajaan negeri kelihatan bermasalah dengan orang nombor satu, sehingga terpaksa campurtangan oleh PAS Pusat untuk menyelesaikannya. Perkara tersebut memang tidak dapat disembunyikan kerana di sebelah pihak yang terbabit dengan konflik tersebut sengaja mempamerkannya kepada media. 
 
Media yang digunakan pula ialah media talibarut Umno yang sepanjang sejarah tidak pernah bersimpati dengan perjuangan PAS. Media telah mengeksploit isu tersebut habis-habisan sehingga wajah PAS ketika itu benar-benar hodoh di mata rakyat.

Saya tidak berhasrat menghakimi konflik yang seantero negara sudah mengetahuinya itu kerana yakin, kedua-dua pihak ada hujah untuk dipertahankan. Pun terdapat juga aspek tidak betul pada kedua-dua belah pihak. Dari sudut tertentu, lebih kurang pertikaian belanga dan kuali, bontot siapa lebih hitam. Para penyokong puak yang berkonflik sekalipun berbeza sikap dan pandangan tetapi boleh sama-sama bersetuju dalam satu perkara, iaitu: Menuduh lawan masing-masing sebagai gila kuasa dan menjadi pengkhianat parti.
 
Apa yang ingin difokuskan ialah kesan konflik tersebut terhadap PAS adalah besar. Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng mengulas, antara sebab utama kekalahan Pakatan di Kedah ialah kerana krisis dalaman yang melanda PAS. Dakwaan beliau adalah benar. Krisis itu bukanlah satu-satunya penyebab kekalahan Pakatan tetapi faktor itu sangat kuat untuk menyumbang kepada kekalahan.

Pertama, kerana ia merosakkan imej PAS yang mendominasi Pakatan di Kedah. Rakyat nampak PAS berebut jawatan, gila kuasa dan berperangai macam Umno. Baru satu penggal berkuasa sudah berkelahi sesama sendiri. Pertikaian sebenar tidaklah seburuk digambarkan. Rakyat menghakimi berdasarkan persepsi. Persepsi dibuat berdasarkan apa yang ditunjukkan. Pemimpin-pemimpin utama PAS Kedah pada masa itu gagal untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bermasalah. Rakyat tidak mahu kepimpinan yang bermasalah menerajui kerajaan lalu mereka menolaknya.

Kedua, pertikaian menyebabkan jentera parti lemah sedangkan kemantapan jentera merupakan faktor penting memacu kemenangan. Memang, pertikaian dalaman tidak menyebabkan ahli PAS mengundi BN, seteruk-teruk ahli PAS tidak tergamak berbuat demikian tetapi jentera yang lemah tidak akan dapat bekerja untuk menambah undi. Dahulu orang PAS tidak pandai ugut menutup markaz, sekarang sudah pandai. Dahulu tidak sampai ke tahap taja calon bebas, sekarang ada orang PAS yang sudah pandai berijtihad menghalalkan taja calon bebas. Semua bentuk 'pembaharuan' akibat perpecahan ini adalah menjahanamkan parti.

Ketiga, PAS adalah parti Islam yang mendokong perjuangan memartabatkan akhlak dan syaksiyyah. Memutuskan silaturrahim sesama Muslim, apatah lagi sesama jamaah adalah perkara maksiat. Berkata Saidina Umar, "Kalau kamu sama perangai dengan musuh, mereka akan mempunyai kelebihan ke atas kamu kerana jentera mereka lebih hebat dan kamu pula tidak ditolong oleh Allah."

Kemenangan oleh kumpulan Islam berbeza dengan kumpulan yang tidak pernah meletakkan Islam sebagai asas dan matlamat. Kemenangan 'tentera' Islam adalah berdasarkan kekuatan taqwa. Seperti kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Hasan Tantawi, mengharapkan kemenangan dengan bantuan tentera Malaikat. Kemenangan pihak yang tidak memperjuangkan Islam adalah berasaskan kekuatan fizikal semata-mata, menang tanpa redha Allah (istidraj) yang tidak membawa apa-apa faedah di akhirat kelak.

Dalam sejarah PAS Kedah pertikaian dalaman era ini adalah yang terburuk setakat ini (walaupun tidaklah seburuk Umno). Ia benar-benar berlaku di beberapa kawasan di Kedah! Perlukah perkara ini didedahkan? Tak mengapa rasanya untuk kita bercakap secara terbuka sekarang kerana PRU14 lambat lagi akan berlaku. Sudah lama kita sembunyikan dari khalayak tapi masalah tak selesai juga. Tokoh-tokoh yang dikaitkan dengan konflik pun sudah tiada dalam kepimpinan PAS Kedah. Pesuruhjaya kini bertukar tangan. Timbalan dah letak jawatan. Pesuruhjaya baru kena tumpukan kerja menyatupadukan ahli-ahli PAS Kedah di beberapa kawasan yang kurang berpadu. Biarlah kesemua pertikaian dalaman diselesaikan dan PAS melangkah kaki memasuki PRU14 dengan aman dan kuat.

Selepas prestasi Umno merudum PRU12 lalu, mereka bercakap secara terbuka perihal perpecahan dalaman. Mereka meratibkannya dalam setiap kali perhimpunan agung Umno sehingga timbul ketakutan di kalangan ahli-ahli Umno bahawa mereka bakal kehilangan kuasa jika terus berpecah. Akhirnya mereka mencari formula penyelesaian sehingga Umno (bukan BN) menang lebih baik kali ini berbanding PRU12 lalu. Tidak salah belajar dari pengalaman musuh. Cuma cara penyelesaian yang berbeza dengan Umno, PAS guna tarbiah bukan duit atau pangkat. Kembalilah pada tarbiah.
 

Kapal Selam Rahsia NR-1 Milik Amerika Syarikat.

Malaysia mempunyai kapal selam Scorpene. Singapore ada Archer dan Indonesia pula mempunyai Cakra. Kesemua kapal selam ini ialah kapal selam diesel konvensional. Kesemuanya bad ass tetapi masih tidak dapat menandingi kapal selam rahsia NR-1 milik Amerika Syarikat. NR-1 bukan sebuah kapal selam tempur. 
 
Fungsi utamanya ialah mengumpul maklumat tentang musuh, melakukan intipan dan mengutip sampel dari dasar laut. Kapal selam ini diperkasakan dengan sebuah enjin nuklear dan mampu menyelam sehingga 3000 kaki (914 meter). Kemampuan menyelam NR-1 tidak mampu ditandingi kebanyakkan kapal selam tempur yang sedia ada. 
 
Scorpene sebagai contohnya hanya mampu menyelam sehingga 1150 kaki (350 meter). Oleh sebab itu NR-1 dilengkapi 2 buah tayar yang membolehkan ia dipandu di atas lantai laut. Selain daripada itu ia juga dilengkapi tangan robotik yang boleh dikawal serta 3 tingkap tinjauan

NR-1dibina pada tahun 1969 dan pembinaanya dilakukan secara rahsia. Pihak Amerika mahukan sebuah kapal selam yang boleh "lepak" pada dasar laut tanpa dikesan tetapi pada masa yang sama boleh merisik pergerakan kapal selam milik Soviet. Saiznya yang kecil membolehkan NR-1 menyelam lebih dalam dari mana-mana kapal selam milik Soviet. 
 
Kemampuan menyelam NR-1 dianggap mustahil oleh Soviet dan mereka tidak menyangka kapal selam yang hanya selebar 3.8 meter dan sepanjang 45 meter ini boleh wujud. Sepanjang kareer pengintapannya yang rahsia selama hampir 40 tahun, NR-1 melakukan misi seperti meninjau bangkai kapal selam Soviet yang karam dan mengumpul peralatan rahsia dari bangkai-bangkai karam ini. 
 
Ia juga ditugaskan meletakkan pepijat pada kabel telekomunikasi bawah laut yang digunakan Soviet. Pepijat yang diletakkan membenarkan pihak Amerika mengorek rahsia Soviet tanpa dikesan.

Pada tahun 1976 sebuah pesawat F-14 Tomcat milik Amerika terbabit dalam sebuah kemalangan di Scotland. Pesawat yang pada waktu itu mempunyai radar paling canggih dan misil AIM9 Phoenix yang paling terkini menjunam ke dalam laut ketika menanti giliran berlepas dari kapal pengangkut John F Kennedy. 
 
Pihak Amerika risau pihak Soviet akan cuba menaikkan semula bangkai F-14 ini dari dasar laut dan mencuri teknologi terkini mereka. NR-1 ditugaskan mengesan lokasi pesawat ini sebelum Soviet. NR-1 melakukan tugasnya dengan baik dan pesawat ini serta misil berteknologi rahsia Phoenixnya berjaya didapatkan semula. Selepas pesawat angkasa Challenger meletup ketika berlepas pada tahun 1986, NR-1 digunakan bagi mengesan puing-puingnya dari dasar laut.

Ramai tidak tahu tentang kewujudan NR-1 hinggalah buku Dark Waters: An Insider's Account of the NR-1, The Cold War's Undercover Nuclear Sub diterbitkan pada tahun 2003. Pada waktu itu NR-1 sudah uzur dan menanti untuk dihentikan perkhidmatan. Pada tahun 2008 satu-satunya kapal selam beroda di dunia akhirnya bersara. Selamat bersara cool sub!











Laporan asal Wikipedia , Dark Government . NR-1 Book , FX Model
 

Sunday, 21 July 2013

Kisah Di Surau Masai 2 (Zamani SLAM?)

Ini adalah kisah seorang anak kecil berusia 13 tahun yang boleh diteladani. Anak-anak dan remaja GISB yang dididik dengan jiwa perjuangan kena baca kisah-kisah sebegini untuk melihat dunia luar yang pelbagai ragam. Semoga ada banyak perkara yang dapat diambil iktibar! 
 

Maghrib semalam adalah kali ketiga aku bersolat di Surau di Hentian Bas Masai. Pakcik yang aku cerita hari tu pun masih ada di situ. Tapi kali ini aku tidak bercadang untuk menceritakan tentang pakcik tu. Ada insan lain yang ingin aku ceritakan.

Aku sampai di surau tu semalam mereka sudah pun solat di rakaat kedua berimamkan pakcik yang aku ceritakan hari itu. Semalam ada seorang makmum cilik yang berseorangan di saf kedua. Selesai ambil wudu’ aku pun berdiri di sebelah dia dek kerana saf pertama telah pun penuh. Usai bersolat dia menghulurkan tangan sambil tersenyum. Salam di sambut dengan senyuman. Aku sukakan senyuman itu. Aku tertarik dengan budak kecil ini.

Aku nak berdiri je dia mencapai raga di sebelah dia dan bertanya kat aku abang nak beli kuih? Kan hati aku sudah tertarik. So aku pun cakap kat dia. Boleh tapi kat luar ye. Tak elok dalam surau ni. Kat luar tu dia menunjukkan kuih yang berbaki dalam bakul dia. Ada 5 ringgit lagi katanya. Mengenangkan dalam dompet ada 2 keping not seringgit dan sekeping not RM50 maka aku memilih untuk membeli 2 ringgit je.  Kedekut2. Hehe.

Aku tanya dia dah makan ke belum? Dia jawab dah makan dah petang tadi. Tapi memang niat aku nak sangat ajak dia makan sama2. Nak borak lagi panjang. Kerana apa? Kerana aku sudah tertarik untuk kenal dia lagi dekat. Lupa nak cakap. Dia kata dia jual kuih untuk tolong emak dia. Kesian emak dia katanya. Waaaa... Kesian....

Pada mulanya dia menolak untuk menerima pelawaan aku. Tapi aku buat la ayat pancing sikit. Nak burger tu tak? Abang beli kan. Nanti boleh abang pecah duit ni beli kuih adik? Akhirnya dia setuju. Lepas tu aku pandang kat sebelah sana pula ada gerai makan. Ke nak yang ini? Dia kata sini mahal. Kesian abang nanti. Aku cakap takpe. Padahal situ murah je pun. Nasi lemak RM1.50 je. Hehe. Maka kat sini la aku berpeluang tanya macam2 kat dia yang menambahkan lagi kekaguman aku kat budak ni.

Nama budak ni Zamani. Umurnya 13 tahun. Baru je masuk kat sekolah Maahad tahfiz kat area Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang.  Abang sulung kepada 4 adik beradik. Adiknya ada yang berumur 12 tahun dan sudah tak dapat disekolahkan kerana tak cukup duit. Insyaallah nak dimasukkan ke sekolah tahfiz tu juga nanti. Ada seorang yang dah darjah dua kut. Yang ni bersekolah. Lagi sorang baru tak sampai setahun. Ayahnya buat masa sekarang tak kerja sebab mata rosak sebab kena api time welding. Insyaallah dah nak sembuh dan boleh kerja balik sebagai welder. Emaknya pula tak bekerja dan duduk rumah. Buat kuih untuk dia jual waktu petang selepas dia balik sekolah.

Bila ditanya dah berapa lama jual kuih ni. Rupanya sudah lebih setahun dah pun. Setiap hari memang dia akan berusaha habiskan kuih yang bernilai RM30 tu. Kesian kat mak katanya. Tak nak mak susah. Aku tanya juga semua duit ni bagi kat mak ke? Dia jawab ye. Takde upah pun. Nak tolong mak katanya. Hebat nya budak ni. Masih terlalu kecil untuk mengerti tentang tanggungjawab. Tapi dia dah sampai ke tahap tu. Kagum. Lagi satu. Rupanya dia sudah pandai memasak. Kalau pagi2 mak dia tak sihat or bangun lambat ke. Dia yang akan memasak sendiri untuk dijadikan bekal pergi sekolah. Amacam gadis2 di luar sana? Tak tercabar ke?hehe

Tentang agama pulak. Aku tanya sejak bila start pandai solat. 6 tahun jawabnya. Dan tak tinggal pun solat tu. Tanya pula sejak bila pandai baca Al Quran. Seawal darjah 2 sudah khatam dan sekarang dah 5 kali khatam! Terfikir juga aku sape yang ajar semua tu. Ayah dia yang ajar jawabnya. Aku mula membayangkan pekerti ayah dia. Moga berpeluang untuk berjumpa satu masa nanti. Saje je aku tanya pernah puasa sunat tak? Aku membayangkan budak usia macam dia memang puasa wajib je tahu. Rupanya dia cakap ada jugak dia puasa sunat. Biasanya hari khamis. Tentang ayat al quran yang dia dah hafaz pula dia kata setakat ni baru surah yassin je. Baru je mula sekolah tahfiz tu. Cuba jawab kat aku. Macam mana keadaan kanak2 di sekeliling korang? Secara jujurnya anak sedara aku semuanya tewas.

Aku ada juga bertanya tentang orang yang belajar kat sekolah tu. Ada la dia cerita tentang budak2 yang belajar situ. Tapi aku tertarik bila dia cakap ada yang dapat sambung ke Mekah. Dia pun nak sambung belajar kat sana. Dia nak pergi ke Mekah. Tiba2 terpacul dari  mulut dia “cita2 saya nak jadi ustaz”. Waaa...... Mana nak jumpa budak2 zaman sekarang yang  begitu jelas cita2nya nak jadi seorang ustaz.

Dari sudut akhlak budi pekerti pula memang aku boleh bagi A kat si Zamani ni. Cakap sentiasa lemah lembut. Tak putus2 dia ucap “ Terima kasih bang”. Banyak kali pulak tu ditambah dengan intonasi yang lembut dan sopan. Adoi. Nak je aku jadikan adik angkat. Hehe. Dengan muka yang comel dan sentiasa tersenyumnya. Wajah yang bersih berketayap putih. Terdetik nak ambil gambar dia. Tapi apakan daya. Handphone gua murah je bro. Takde kamera. So simpan je la hasrat tu.

Aku nak sangat terus keep in touch dengan budak ni. So aku pun tanya la kut ayahnya ada nombor telefon ke. Takde. Mak nye pun takde. Adoi. Camne la nak jumpa lagi. Tapi dia memang setiap petang ada kat situ jual kuih katanya. Kecuali hari ahad. Insyaallah boleh jumpa lagi lepas ni katanya. Aku harap sangat boleh berjumpa lagi. Teringin untuk melawat rumah dia. Teringin nak tengok dia membesar menjadi seorang Ustaz kelak.

Pertemuan kami berakhir semalam dengan ucapan “terima kasih bang” dari Zamani. Aku offer nak hantar dia ke rumah. Tapi dia menolak. Emak dia tak bagi katanya. Lagipun mungkin dia ambil langkah berjaga2 kut. Mana la tahu kut aku ni dari sindiket jual budak ke. Hehe. Tapi memang aku nak tau sangat rumah dia kat mana. Ada la dia bagitahu arahnya. Jadi aku pun pergi la pusing kat area yang di cakap tu. Aku rasa aku tahu dah area rumahnya. Nama dah tahu. Area rumah tahu. Sekolah tahu. So peluang untuk aku cari dia lagi lepas ni agak besar la kan? Moga2 la...

Keseluruhannya, Aku sangat simpati dan kagum dengan Zamani ni. Sangat sukar untuk berjumpa dengan budak macam ni dah zaman sekarang ni. Umur baru 13 tahun. Tapi dah berfikiran mengalahkan orang sebaya aku. Lagi satu. Mungkin ayah dia tak mampu menyediakan PS2, handphone, baju cantik dan macam2 lagi yang diinginkan oleh kanak2 sebaya Zamani. Tapi aku yakin ayah dia telah berjaya menyediakan apa yang perlu untuk membentuk anak yang mengikut acuan yang sepatutnya.

Akhirnya. Cuba kita refleksi diri. Hitung diri kita balik. Dari segi pengorbanan kepada keluarga. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi pembacaan Al Quran. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi budi pekerti. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi puasa sunat. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Dari segi penjagaan solat. Sejauh mana kita dapat mengatasi Zamani? Kita ada segalanya untuk melengkapkan diri kita itu. Tetapi kenapa orang yang tidak ada sperti Zamani yang mampu lebih hebat dari kita? Jawapannya.... Kerana orang yang ada ni SANGAT JARANG BERSYUKUR. Kita tidak memanfaatkan apa yang kita ada dalam erti kata untuk menzahirkan kesyukuran...Moga kita lebih bersyukur selepas ini.

Mari menyukat diri kita dengan meletakkan Zamani sebagai sukatan piawainya.

Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah - Muhasabah Buat Semua Pekerja PAS Di Kedah

Kepada semua pengunjung blog ini, bacalah kisah di sebalik tabir kejatuhan kerajaan Pas Kedah baru-baru ini. Pak Lang tidak membuat sebarang pembaikan ayat atau sebagainya. Harap dapat difahami dialog dalam dialek utara. 

Tujuan Pak Lang supaya anak cucu dan remaja GISB sekelian memahami situasi perjuangan PAS dan membandingkannya dengan apa yang ada di dalam jemaah GISB. Kekuatan jemaah Islam ialah pada iman, ukhwah dan keselarasan. Abuya sahaja yang menyimpulkan tiga perkara ini sebagai asas kekuatan sesebuah harakah atau jemaah Islam. Pak Lang tidak pernah bertemu ulamak selain Abuya yang menyimpulkan asas sesebuah jemaah Islam se'kental' ini.

Justeru tiga perkara inilah yang mesti dibina, dijaga dan dikembangkan. Di dalam jemaah politik, banyak perkara bukan asas yang 'terpaksa' diutamakan sehingga jadilah wadah perjuangan kacaubilau seolah-olah tiada nakhoda di dalam kapal perjuangan. Di dalam politik, iman tidak mampu diperjuangkan secara sungguh-sungguh. Kepentingan politik yang pelbagai memaksa para petugas parti mengorbankan hal-hal yang berkaitan dengan iman dan taqwa. 

Sebaliknya di dalam ajaran Islam dan menurut sunnah, iman dan taqwa inilah penentu kejayaan sesuatu perjuangan. Maka inilah yang kena diusahakan sepanjang masa. Ianya kena di canai, diasak agar dihayati secara rasa hati yang khusyuk oleh setiap individu yang berbaiah untuk hidup mati demi Islam. 

Jika iman sudah tidak diutamakan, ukhwah dan kasih sayang pastilah akan terbarai di sana dan di sini. Sebenarnya inilah dilema para pejuang PAS yang ikhlas menegakkan konsep 'Islam Sebagai Cara hidup'. Ianya tidaklah semudah yang disangkakan apatah lagi jika masih bergelumang di dalam sistem demokrasi yang sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Demokrasi adalah kaedah Yahudi yang sangatlah malang jika ianya digunakan untuk memperjuangkan Islam yang suci dan amat benar di sisi Tuhan.

Apa pun, melalui paparan di bawah, banyak yang boleh dikaji dan disyukuri terutama dalam menghayati method perjuangan Abuya demi membela Allah dan Rasul di akhir zaman. Membaca kisah duka bekas MB Kedah akan mengejapkan lagi keyakinan kita tentang masa depan Islam di tangan para Ikhwan. Anda tentu tahu menganalisa perbezaannya!!  
KLIK UNTUK SUMBER

Sebuah cerita yang ingin ku kongsikan buat anda! Mungkin ini sebagai satu diari atau laporan bagi diri saya dan juga satu peringatan. Allah besar ujian yang dihadapi tokoh ini, bekas Menteri Besar Kedah Ust Azizan Abd Razak.


Muhasabah buat semua pekerja PAS di Kedah..
.........................................................................
Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan oleh Saudara Sanusi Md Nor


 


Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."


Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?

MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".

Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas.

Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali.

Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.

Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur.

Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off". Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.

Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok."

"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah.

Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.

Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.

Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".

Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan qasar.

Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.

Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.

Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!

Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah.

Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.

Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.

Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.

Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!

Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar.
-------------------------------------------------------------

Saya berasa malu dengan Ust Azizan dengan situasi Pas di Kawasan Baling. Kekalahan ini adalah satu tapisan oleh Allah sebenarnya.
 
Kalam Murabbi Syeikh Zainul Asri :
" dan yakinlah bahawasanya kita akan MENANG lagi, tapi selepas kita menyusun balik SAFF perjuangan ini..Semua orang, pimpinan peringkat tinggi, pertengahan,ahli di peringkat bawah,marilah bersama2 kita kembali untuk bersama berSATU HATI, kita akan menang Insyaallah untuk PRU akan datang, bi iznillah..."

Seorang sahabat dalam status facebooknya :
"Hebat tapisan ALLAH..Ujian Kemenangan & Kekalahan bakal menyaring dan menapis sisa pengkhianat dan talam dua muka didalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat..Disebalik ujian ALLAH tampilkan bersama pertolongan..Yang pasti jemaah ISLAM ini akan terus dipelihara olehNYA..Sampai masa pengkhianat yang lantang mengherdik dan mencela akan dihumban keluar..Sampai masa ISLAM akan memerintah..ULAMAK yang akan memimpin..!!"

Moga kami terus di atas jalan ini.. Ya muqallibal qulub thabit qulubana.. =__= 

 

Sample text

Sample Text

Sample Text