Social Icons

Friday, 30 August 2013

Kenangi Juga Para Pejuang Kemerdekaan Yang Bukan UMNO

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri. Janganlah kita buta sejarah. Tetapi siapa lagi pejuang-pejuang yang yang gugur serta yang masih di depan mata?

Perjuangan Menentang Penjajahan British dan Jepun

KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

Ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Presiden : Ibrahim Haji Yaakob Naib : Mustapha Hussein S/Usaha Agung : Hassan Manan S/Usaha : Othman Md Nor Bendahari : Idris Hakim Ahli Jawatankuasa : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) : Onan Siraj : Abdul Karim Rashid : Bahar Abik : Sulong Chik : Abdullah Kamil : Abdul Samad Ahmad : Mohamad Salehuddin : Ahmad Boestamam : Burhanuddin Al Helmy

Ditubuhkan atas asas ideologi dan berlandaskan demokratik-sosialisme. Berjuang melawan penjajah, antifeudal dan antielit birokrat Malaya yang berorientasi Barat. Berjuang untuk penyatuan nasional, berperikemanusian, kemerdekaan nusa dan bangsa, demokrasi, rasa persaudaran atas asas kebenaran dan kesucian.

Semasa perang dunia ke-2,pendudukan Jepun di Malaya pada Disember 1941 KMM bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 KMM diharamkan oleh Jepun kerana mempelopori perjuangan kemerdekaan Malaya. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) meneruskan perjuangan bersenjata menetang Jepun.

PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)

Dirasmikan penubuhannya pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA dan benderanya ialah MERAH-PUTIH.Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis dan tidak mendapat sokongan elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.

Yang Dipertua pertama ialah Mokhtarudin Laso yang teralu kekirian. Naib Yang Dipertua pula ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy seorang tokoh agama. Setiusaha disandang oleh oleh Dahari Ali. Apabila Mokhtarudin Laso hilang ke Sumatera Barat, bertempat di 'Rumah Merdeka' di Kampung Bahru jawatankuasa baru dilantik:

Yang Dipertua Agung : Dr Burhanuddin Al-Helmy Naib Yang Dipertua Agung : Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) Setiusaha Agung : Zulkifli Aoni Ahli Jawatankuasa : Abdullah CD (Cik Dat Abdullah) : Ahmad Boestamam : Musa Ahmad : Khatijah Ali : Abu Bakar Al Baqir

Nota : Selepas PKMM pindah Ke Kuala Lumpur, Khatijah Ali diganti oleh Aishah Ghani atau yang dikenali sebagai 'Mak Inang' iaitu penulis pojok akhbar rasmi PKMM 'PELITA MALAYA'.Kemudian Aishah Ghani meletak jawatan apabila menjadi penjawat jawatan dalam kerajaan British.Beliau diganti oleh Samsiah Fakih dan Zainab Mahmud Baginda.

Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyat untuk Merdeka. British menolak perlembagaan dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato Onn menerajuinya.

Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar.

PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya :

1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.

2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang.

Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.

4. Jabatan Kerja Melayu (JKM).

Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.

5.Hizbul Muslimin.

Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.

6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.

7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.

8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU).

Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.

8.Kesatuan Opera Melayu.

9.Persatuan Pemandu Teksi.

10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.

11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya(MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. 25 comments

Thursday, 29 August 2013

KDN Umum 49 Pertubuhan Haram



Syabas KDN! Sudah tiba masanya geng kongsi gelap ini di dibenteras habis-habisan!

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966. Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36.

Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu:

1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop

Tuesday, 27 August 2013

Analisa Calon Berpotensi Menang Dalam Merebut Naib Presiden UMNO

Pemilihan saf kepimnpinan UMNO Oktober akan datang merupakan pertunjuk kepada kecenderungan ahli akar undi terhadap wajah pemimpin masa depan mereka. Semua yang berhak mengundi nanti pastinya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk membuat keputusan siapakah pemimpin yang berupaya membawa UMNO ke era yang lebih mencabar selepas ini.

Sememangnya survival politik orang Melayu masih dikuasai UMNO - selagi BN masih dipercayakan menjadi parti yang menguasai pentadbiran negara. Kita akan lihat pemilihan nanti akan menjunamkan masa depan ramai tokoh lama UMNO. Apa boleh buat, masa sudah berubah. Gaya dan sikap ahli akar umbi sudah semakin matang. Pemimpin muda UMNO yang berkeliber akan dipercayakan pada kali ini. 

Ikutilah satu ulasan dan analisa menarik bagi topik di atas dari persepsi saudara Shahbudin dalam blog beliau. KLIK UNTUK SUMBER
 
Naib Presiden UMNO: Zahid Paling Popular Tapi Belum Tentu Menang Bergaya

Jawatan Menteri Dalam Negeri benar-benar membawa untung lumayan buat Zahid Hamidi. Berbanding jawatan Menteri Pertahanan yang membuatnya hampir tenggelam dan kurang menonjol, Zahid sebaliknya menuai publisiti hampir setiap hari melalui jawatan yang disandangnya sekarang.

Daripada penentangannya terhadap pemansuhan Akta Hasutan dan Ordinan Darurat, peningkatan kejadian jenayah, kekurangan anggota polis, jangkaannya mengenai rangkaian jenayah bekas pesalah Ordinan Darurat, cabarannya kepada Waythamoorthy dan sehinggalah kepada tindakanya mahu mendedahkan senarai nama-nama kongsi gelap, semuanya mengundang sorotan publisiti di pelbagai media massa.

Malah, ketika memberitahu secara bergurau bahawa kumpulan samseng turut datang ke rumah terbukanya dan meminta wang perlindungan pun turut dijadikan berita besar.

Pendeknya, apa saja yang keluar dari mulut Zahid sekarang pasti merupakan bahan yang boleh diolah menjadi berita.

Semua publisiti yang melimpah ini secara automatiknya menjadikan Zahid paling popular. Di mata perwakilan UMNO pula, beliau dianggap sebagai menteri yang sedang membuat kerja dengan betul dan dilihat lebih baik daripada Menteri Dalam Negeri sebelumnya iaitu Hishammuddin Hussein.

Secara kasarnya, dalam pemilihan UMNO 19 Oktober ini Zahid ternampak tiada masalah untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden nombor satu yang diraihnya dalam pemilihan 2009 lalu.

Sehingga ini, selain Zahid yang sudah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya, dua lagi Naib Presiden UNNO iaitu Hishammuddin dan Shafie Apdal turut mengumumkan akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Pemimpin lain yang sudah mengumumkan akan menyertai persaingan ialah Isa Samad, Pengerusi Felda manakala Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dijangka akan turut menyertai perebutan kerusi Naib Presiden dan akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.

Ini menjadikan sekurang-kurangnya tujuh orang akan bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden UMNO kali ini.

Walaupun Zahid terlihat paling popular berbanding lain-lain pesaingnya manakala wajah serta berita mengenainya juga muncul hampir setiap hari di akhbar dan tv, peluang beliau tidaklah semudah yang dijangka, apatah lagi untuk mendapatkan kemenangan bergaya dengan memperolehi undi tertinggi.

Sosek-sosek dalam UMNO mulai kedengaran bahawa Zahid seolah-olah sengaja menonjol-nonjolkan diri untuk kepentingan pemilihan UMNO. Beliau dilihat sengaja bersuara mengenai Akta Hasutan dan Ordinan Darurat sekarang sedangkan ketika Najib mengusulkan mahu memansuhkannya dulu, tidak pula suaranya kedengaran.

Bahkan ketika Najib mengatakan bahawa cadangan memansuhkan kedua-dua akta itu mendapat persetujuan kabinet, pendirian Zahid yang sebenarnya turut menjadi tanda-tanya.

Apatah lagi dengan adanya seruan pelbagai pihak, termasuk Mahathir agar pemimpin muda diberi peluang dalam pemilihan UMNO kali ini bagi menghadapi PRU 14, sentimen ini seolah-olah kekangan buat Zahid. Saranan agar lebih ramai pemimpin muda atau pelapis ditonjolkan nyata memberi kelebihan kepada Hishammudin dan Mukhriz untuk mengungguli jawatan tersebut manakala Zahid dianggap bukan lagi sebagai pelapis untuk tempoh lima tahun akan datang memandangkan beliau lebih berusia daripada Najib dan hanya muda sedikit daripada Muhyiddin.

Hishammuddin walaupun dianggap lemah tetapi beliau ada pengaruhnya yang tersendiri dalam UMNO, selain kedudukannya sebagai sepupu Najib dan anak bekas Perdana Menteri serta usianya yang lebih muda turut memberi kelebihan buatnya. Mukhriz juga sedang meniti pupolariti berikutan kejayaan BN menawan semula Kedah dan pengaruh bapanya, Mahathir yang masih kukuh pastinya memberi kelebihan jika beliau bertanding kerusi nombor tiga dalam UMNO itu.

Malah ada yang beranggapan apabila Mahathir memperkatakan perlunya UMNO memberi ruang yang lebih luas kepada golongan muda menonjolkan diri, maksud tersiratnya ialah untuk menaikkan anaknya, Mukhriz di kedudukan yang lebih kukuh dalam UMNO.

Penyertaan Ali Rustam dan Isa Samad turut menjejaskan peluang Zahid. Walaupun kedua-dua pemimpin ini juga sudah berusia tetapi penyertaan mereka boleh menjadi "kacau daun" dan membuatkan ada yang mengundi kedua-dua calon ini kerana simpati.

Ali Rustam pernah dihalang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2009 atas dakwaan salah laku ketika berkempen, meskipun peluangnya untuk menang ketika itu amat cerah. Dalam pemilihan kali ini setelah kalah di Bukit Katil dan mungkin dilantik Senator serta diberikan jawatan di peringkat Pusat, bertanding jawatan Naib Presiden UMNO akan memberi kelebihan kepada Ali Rustam kerana gabungan undi simpati dan penyokong setia yang sedia wujud akan lebih berpihak kepadanya.

Kelebihan Ali juga kerana sikap ramah mesra, suka membantu dan jarang menghampakan jemputan yang diterimanya walaupun yang menjemputnya hanya sekadar ahli UMNO biasa saja.

Jika dulu ramai yang kecewa kerana tidak berpeluang menobatkan Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden UMNO, penyertaannya dalam perebutan kerusi Naib Presiden kali ini akan membuatkan hasrat yang tidak kesampaian dulu bertukar menjadi undi yang melimpah-ruah.

Dalam musim rumah terbuka yang sedang berjalan sekarang, Ali Rustam nyata sedang menggunakan kesempatan yang ada untuk hadir sebanyak mungkin jemputan yang diterimanya di seluruh pelusuk negara. Dengan tidak terikat sebarang jawatan dalam kerajaan, beliau mempunyai luang masa yang banyak untuk memenuhi semua jemputan dan menemui perwakilan UMNO.

Isa Samad juga boleh menggugat peluang Zahid. Kedudukannya sebagai Pengerusi Felda yang mana Felda mempunyai penempatan di lebih 50 bahagian UMNO di seluruh negara, walaupun bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dilihat sukar menang tetapi "kacau daunnya" akan menyusahkan calon-calon lain.

Penyertaan Musa Aman pula dilihat hanya akan menjejaskan peluang Shafie Apdal kerana sehingga ini majoriti pemimpin UMNO Sabah menyokongnya dan ini secara langsung akan menipiskan lagi peluang Shafie Apdal mengekalkan jawatannya.

Dengan sentimen UMNO yang mahu mewujudkan pelapis dan memberi peluang kepada orang muda dalam pemilihan tahun ini, Hishamudin dan Mukhriz dijangka paling selamat untuk memenangi dua jawatan Naib Presiden UMNO kali ini manakala Zahid, Shafie Apdal, Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman akan bersaing sesama sendiri untuk merebut satu lagi kekosongan yang tinggal.

Jika diukur dari segi populariti dan publisiti, Zahid ternampak menonjol tetapi jika undi simpati menguasai jiwa perwakilan UMNO, mungkin Ali Rustam berupaya menonjolkan diri dan mengenepikan calon-calon yang lain. (SH 27/08/2013)

Sunday, 25 August 2013

Pentadbiran Pas Di Kelantan - Hakikat Kelemahan Ketara

Bacalah paparan berikut kerana ianya adalah gambaran lucu bagi sebuah pentadbiran Islam seperti yang dicanang-canangkan!!! KLIK SUMBER
Perlantikan Timbalan Exco Songsang?

CERITA SABTU

Minggu lepas telah berlangsung majlis angkat sumpah 10 orang Adun yang dilantik menjadi timbalan Exco kerajaan Kelantan. Rasanya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang mewujudkan jawatan timbalan Exco. Jawatan timbalan Exco ini tidak mempunyai kuasa dan hak bagi mengganti Exco melainkan hanya membantu tugas-tugas Exco diluar 'kerasmian'.



Ahmad Yacub
 
Ertinya mereka tidak boleh mengganti Exco dalam apa-apa urusan rasmi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka juga tidak boleh menjawab soalan sebagai ganti Exco yang tidak ada dalam Dewan. Mereka juga tidak boleh membuat apa-apa keputusan.

Sebelum diulas mengenai perlantikan Exco dan majlis angkat sumpah di hadapan MB. Ahmad Yakub itu, suka dijelaskan mengenai sejarah atau pun kenapa jawatan Exco ini diwujudkan. Dari kaca mata umum atau secara helah politiknya ia adalah untuk membantu Exco yang kononnya banyak tugas dan urusan.

“Kita tahu bebanan yang ditanggung oleh anggota exco kita terlalu banyak, siang datang ke pejabat, malam pula keluar bertugas lagi untuk berceramah. Kerja sebegini bukan calang-calang orang boleh buat, kadang-kadang kena ziarah kematian, kenduri kendara," demikian ucapan bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengumumkan perwujudan jawatan timbalan Exco dipetik.

Alasan itu adalah retorika politik. Hakikat sebenarnya ialah untuk memberi elaun tambahan kepada wakil-wakil rakyat khasnya yang dilantik menjadi timbalan Exco itu. Kalau tidak silap mereka diberi elaun sebanyak RM1,500 sebulan. Denagn wang tambahan itu dapatlah timbalan Exco itu membiayai projek didalam kawasannya bagi menghadapi pilihan raya.

Perwujudan jawatan ini bermula pada tahun 2010. Seramai 10 Adun yang terlibat. Perlantikan dibuat pada bulan Jun 2010 tetapi tarikh berkuatkuasanya di 'backdate'kan pada Januari 2010 untuk membolehkan elaun dibayar mulai Januari tahun 2010. Kenapa berlaku begitu. Bukankah cara itu untuk memberi wang kepada Adun yang menjadi timbalan exco itu?

Kita ambillah cara itu sebagai bijak untuk menambahkan kewangan wakil rakyat bagi menghadapi pilihan raya ke-13 Mei lalu. Tetapi tindakan membekalkan kewangan itu tidak adil kerana bukan semua wakil rakyat yang ada dilantik atau diberikan peruntukan seperti perlantikan itu.

Pada masa perwujudan jawatan itu Pas mempunyai 39 Adun dicampur seorang dari Keadilan. Yang dilantik hanya 10 orang. Ini bermakna masih ada 16 lagi yang tidak dilantik dan mendapat elaun tambahan menerusi perwujudan jawatan itu. Manakala yang selebih lagi 12 Adun adalah sudah memegang jawatan MB, TMB dan Exco.

Hari ini Pas ada 33 Adun campur dengan seorang Adun Keadilan. 12 orang sudah memegang jawatan MB. TM dan Exco. Ditolak dengan 10 Adun yang telah dilantik menjadi timbalan pengerusi Exco ini bermakna masih ada 11 lagi yang tidak dilantik memegang jawatan setaraf dengannya dan ternafi untuk mendapat elaun sebanyak RM1,500 dan kemudahan lain kenderaan dan pejabat.

Kita cukup yakin perwujudan jawatan itu bukan sangat untuk membantu Exco. Apalah sangat tugas Exco Kelantan dan sesibuk manakah mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap rakyat. Untuk melihat sejauh mana kesibukan mereka boleh dicheck dalam buku log perkhidmatan mereka di pejabat. Exco Kelantan sebenarnya lebih sibuk menjalankan aktiviti parti berbanding dengan tugasan kerajaan.

Mereka yang dilantik menjadi timbalan Exco 22 Ogos lalu seperti mana berikut;

1. Azami Mohd Noor (Kadok) dilantik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah dan Sumber Asli.

2. Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat.

3, Abdul Rahman Yunus (Demit) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

4. Hassan Mahmood (Tawang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan.

5. Abdul Azziz Kadir (Jelawat) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau.

6. Muhammad Awang (Gual Periuk) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

7. Dr Md Yusnan Yusof (Melor) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau.

8. Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat.

9. Wan Ubaidah Omar (Kijang) – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat.

10. Mohd Nazlan Mohamad Hasbulah (Limbongan) – Timbalan Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO.

Yang menimbulkan kemusykilan disamping perlantikan timbalan Exco itu ialah, perlantikan Mohd Amar Nik Abdullah yang kini menjadi Timbalan Menteri Besar dinobatkan pula menjadi pengerusi kepada beberapa jawatan kuasa (porfilo) yang dipegang oleh Ahmad Yakub. Perlantikan ini belum pernah berlaku di Kelantan atau mana-mana negeri, kecuali Timbalan Menteri Besar dilantik menjadi pemangku.

Mungkin ramai orang tidak faham dan pelik dengan apa yang berlaku ini. Dalam erti kata lain Mohd Amar mempunyai dua jawatan di samping mempengerusi porfolio yang beliau sudah pegang dia juga menjadi timbalan pengerusi prfolio yang dipegang oleh Ahmad Yakub, iaitu Jawatakuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan. Apakah beliau juga menerima dua elaun?

Apakah perkara ini valid? Apakah semasa Ahmad Yakub mempengerusi jawatankausa diketuainya itu Mohd Amar hadir sama atau apabila Ahmad tiada ia boleh diberikan kepada Mohd Amar?

Nampak sedikit berlaku kekokokan di dalam perlantikan Mohd Amar ini. Kita tahu perlantikan itu untuk membantu Ahmad disebabkan kelemahan-kelemahan ketara Ahmad atau tidak upaya beliau untuk memikul tanggungjawab itu. Kalaulah hakikatnya begitu kenapa tidak diberikan saja portfolio itu kepada Mohd Amar manakala Ahmad Yakub pegang saja portfolio yang rengan seperti kebajikan dan agama atau dakwah? Tidak ada guna kita memegang parang bong kalau kita tidak tahu hendak menentak.

Apabila Ahmad Yakub melantik Mohd Amar menjadi timbalan pengerusi kepada jawatankuasa yang dipegangnya nampaklah yang beliau tidak berkeupayaan. Mungkin ia tidak menjadi masalah dan merupakan satu pengakuan ikhlas, tetapi dalam hirearki politik ia dilihat songsang. Wibawa Ahmad sebagai MB jatuh merudum.

Kesongsangan dan kegajilan seperti ini hendaklah dihentikan kalau tidak orang akan melihat kelemahan dan ketidakupayaan Ahmad Yakub menjadi MB. Di zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat dahulu beliau juga tidak pakar dengan beberapa jawatankuasa yang disandangnya tetapi beliau tidak sesekali menunjukkan kelemahannya sebagai seorang memegang jawatan MB.

Nik Aziz bijak memutar serbannya agar tidak nampak cacat dan sumbangnya. Apakah Ahmad tidak boleh belajar dan meniru tektik Tokguruku itu? [wm.kl.11:15 am 24/08/13] Posted by mso.im at 11:17:00 AM

PAYUNG GERGASI MASJID NABAWI REKAAN "ARKITEK ALLAH"


Nama Mahmoud Bodo Rasch (70) mungkin agak asing bagi kita yang tinggal di Malaysia tetapi bangunan dan struktur rekaan beliau adalah sangat tidak asing lagi di kalangan penganut Islam seluruh dunia. Mahmoud Bodo Rasch terlibat dalam pelbagai proses rekaan projek mega di Mekah dan Madinah. Sebagai contoh menara jam terbesar di dunia Abraj Al Bait, rekaan kemah kalis api di Mina , kubah bergerak Masjid An Nabawi, mimbar Masjidil Haram, tangga Kaabah dan payung automatik Masjid An Nabawi kesemuanya adalah rekaan beliau. Kerana penglibatan beliau yang extensif dalam pemodenan tempah suci umat Islam beliau diberi jolokan "Arkitek Allah".

Mahmoud Bodo Rasch dilahirkan di Jerman pada tahun 1943. Beliau meminati rekaan struktur besar tetapi ringan. Pada tahun 1973 beliau memeluk Islam dan mula mencari jalan untuk memudahkan pengurusan jemaah haji. Pada tahun 1992, 12 payung gergasi boleh lipat beliau dibina di Masjid An Nabawi bersama dengan 27 kubah boleh bergerak. Pada tahun 2011 pembinaan 250 lagi payung gergasi yang melindungi jemaah dari panas terik siap dibina. Kini anda boleh melihat payung automatik ini diperkarangan Masjid An Nabawi

Seperkara lagi tahukah anda kubah Masjid Putrajaya dan Masjid Wilayah Persekutuan juga direka oleh Mahmoud Bodo Rasch? KLIK SUMBER















SERIUS - OPERASI MENYELAMAT LELAKI OBESE 610 KILOGRAM DI SAUDI (11 GAMBAR)

Khalid Mohsen Shaeri (20) ialah seorang pemuda obese dengan berat badan 610 kilogram. Berat badan beliau meningkat kerana masalah kesihatan dan akibatnya beliau terperangkap di dalam rumah beliau selama dua tahun. Semalam beliau diselamatkan dari rumah beliau di Jazan, Arab Saudi untuk mendapat rawatan di King Fahd Medical City di Riyadh. 
 
Sebuah forklift terpaksa digunakan dalam proses menyelamat dan sebuah pesawat kargo Hercules C130 disewa khas untuk menerbangkan beliau. Kesemua kos menyelamat, memindah dan perubatan Khalid Mohsen Shaeri ditanggung sepenuhnya oleh Raja Abdullah.






Esok Kakitangan IHSB Akan Serah Memorandum Kepada MB

Dari Blog MSO.
 
 MAKLUMAT

Esok kakitangan Insaniah Holding Sdn. Bhd. (ISHSB) dan anak-anak syarikatnya akan menyerahkan memorandum kepada MB Kedah menuntut gaji dan apa-apa elaun kebajikan kepada mereka yang tidak dibayar.

Memorandum itu akan diserah sebelum bermula sidang Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman bertempat di pintu utama masuk ke Wisma Darul Aman.

Dalam satu email yang dihantar kepada saya, kakitangan Syarikat Insaniah Holding dan anak-anak syarikatnya diminta datang beramai-ramai. Suami isteri, anak-anak serta keluarga juga minta dikerah sama untuk memberi gambaran betapa pentingnya memorandum berkenaan.

Menurut email itu yang mengandungi empat perenggan pihaknya sudah melakukan apa saja untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi tidak berhasil. Mungkin dengan menyerahkan memorandum itu kepada MB, Mukhriz Mahathir ia akan memberi kepedulian terhadap masalah mereka.

Insaniah Holding adalah syarikat yang mengendalikan Kolej Universti Insaniah (KUIN) sebuah Kolej Universiti swasta yang didaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan dimiliki sepenuhnya kerajaan Kedah. Ia ditubuhkan pada tahun 2006 pada zaman BN memerintah Kedah. [wm.kl.7:09 pm 25/08/13]

Kes Lima Penjenayah Ditembak Mati di Pulau Pinang - Timbalan Menteri JPM Sepatutnya Menyokong Tindakan Pihak Polis

Ada situasi yang membahayakan sedang bernyala di negara kita jika ianya tidak ditangani secara tegas, berhikmah dan tuntas. Isu ini dimainkan pihak pembangkang terhadap tindakan pihak polis menembak mati lima penjenayah bersenjata api di Pulau Pinang. Dalam kejadian tersebut, polis tidak ada pilihan setelah mereka ditembak terlebih dahulu. Polis bertindak menembak balas dalam situasi yang dibenarkan oleh Standard Operating Procedure (SOP). 

Isu tersebut sepatutnya melegakan orang ramai yang semakin bimbangkan keselamatan diri dan keluarga masing-masing apabila meningkatnya kes tembak curi oleh para pembunuh upahan. Tindakan polis menubuhkan satu pasukan gerak khas menjejaki para pembunuh upahan ini akhirnya membawa kepada penemuan rumah lima orang penjenayah yang dicari itu bersembunyi. Kecekapan pasukan tersebut mengepung rumah berkenaan menjadikan operasi berkenaan dapat ditamatkan dalam waktu yang singkat. Risiko peluru sesat - hasil tembak-menembak - yang berkemungkin akan mengenai orang awam dapat dielakkan. 

Insiden yang berlaku ini diambil peluang oleh pihak pembangkang untuk mempertikai kewajaran tindakan pihak polis tersebut. Dengan pelbagai hujjah dan bangkangan mereka tampil berdemonstrasi menuntut 'pembelaan' untuk mereka yang ditembak polis. Polis tentulah tidak ambil mudah. Polis pasti tidak mahu kredibiliti mereka dipertikaikan. 

Justeru pihak polis sepatutnya dibela dan tindakan polis perlu disokong dalam membendung jenayah pembunuh upahan yang semakin menjadi-jadi. Dan apabila En Waythamoorthy selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bersuara membela penjenayah terbabit, wajarlah beliau memikirkan kedudukannya dalam kabinet Dato' Seri Najib sekarang. 

Ikuti ulasan berikut. KLIK SUMBER

Waytha, Tunggu Apa Lagi?

Semalam Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang lebih berupa cabaran terhadap pemimpin Hindraf yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waythamoorthy berikutan pendiriannya yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.

Kata Zahid, Waytha bukan saja tidak harus mempertikaikan kerja polis, bahkan juga tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat beliau masih pemimpin NGO, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi dan jangan campur kerja polis,"tegas Zahid.

Tambah Zahid, jika ada pemimpin NGO yang kini sudah menyertai kerajaan masih mengeluarkan kenyataan negatif dan bertentangan dengan dasar kerajaan, letak jawatan dan kembali kepada NGO semula.

Serangan Zahid terhadap bekas pemimpin Hindraf itu jelas menunjukkan beliau tidak senang dengan cara Waytha yang masih terkongkong dengan sentimen Hindraf apabila cuba mempertahankan lima penjenayah India yang ditembak mati di Pulau Pinang dengan mengatakan beliau tidak percaya berlaku kejadian tembak-menembak antara polis dengan suspek, sebaliknya mengesyaki penjenayah itu ditembak dari jarak dekat.

Lantaran itu, Zahid segera melontarkan serangan terhadap kenyataan Waytha yang bukan saja bersifat negatif dan bertentangan dengan sifatnya sebagai seorang timbalan menteri, malah lebih dari itu seolah-olah menunjukkan simpati terhadap penjenayah.

Bagi Zahid yang merupakan pemimpin nombor tiga dalam UMNO, pendirian dan kenyataan Waytha itu amat tidak wajar dan menggesanya supaya meletakkan jawatan daripada kerajaan jika terlalu inginkan berpendirian seperti Hindraf semula.

Dalam hal ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga sependirian dengan Zahid bahawa Waytha seharusnya meletakkan jawatan jika tidak sehaluan dengan dasar kerajaan yang mana beliau merupakan salah seorang pemimpinnya.

Dengan Zahid mengeluarkan gesaan dan cabaran itu, Waytha sebenarnya tidak ada pilihan lain melainkan menunjukkan sifat kejantanannya dengan bersedia menyahut cabaran itu, melainkan jawatan timbalan menteri yang disandangnya itu merupakan anugerah dan idaman hati yang begitu sukar mahu dilepaskan.

Dalam mana-mana kerajaan di dunia, bahkan di Malaysia pun, bukanlah sesuatu yang pelik apabila seseorang menteri atau timbalan menteri meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan sesuatu perkara. Di zaman Mahathir, zaman Pak Lah malah di era Najib juga, sudah ada yang meletak jawatan atau menolak tawaran jawatan yang diberikan.

Waytha tidak boleh lagi berdiam diri selepas Zahid meneriakkan cabaran ke telinga ini. Beliau harus menyatakan pendiriannya sama ada kekal seperti sekarang atau menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini. Jika masih mahu kekal berjiwa Hindraf, letaklah jawatan serta kembalilah berjuang melalui Hindraf atau jika mahu bersma kerajaan lagi, tarik balik kenyataan dulu, mohon maaf sambil ciumlah tangan Zahid.

Kalau boleh mohon maaf dan cium tangan jugalah kepada Najib dan Muhyiddin.

Haruslah diingat bahawa Zahid adalah menteri kanan kerajaan dan dalam UMNO, beliau merupakan Naib Presiden yang mendapat undi paling tinggi. Ini bermakna Zahid adalah pemimpin nombor tiga dalam UMNO selepas Najib dan Muhyiddin.

Jika dalam sehari dua ini, Najib atau Muhyiddin tidak ada mengeluarkan apa-apa bantahan terhadap gesaan meletakkan jawatan yang diusulkan oleh Zahid itu, bermakna kedua-dua mereka secara tidak langsung merestui apa yang dilakukan Zahid itu. Dengan bersetuju terhadap gesaan Zahid itu, bermakna UMNO juga bersetuju bahawa Waytha mesti meletakkan jawatan dan tidak seharusnya lagi berada dalam kerajaan.

Kecualilah jika ada Najib atau Muhyiddin menyanggah kenyataan Zahid itu atau menyifatkan Zahid tidak perlu mengeluarkan kenyataan terlalu keras seperti itu, barulah dianggap gesaan Zahid itu tidak sah dan Waytha secara moralnya masih boleh berada dalam kerajaan tanpa perlu memohon maaf atau mencium tangan sesiapa.

Sehingga tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh Najib atau Muhyiddin, gesaan Zahid itu lebih merupakan cabaran terhadap kejantanan Waytha sebagai seorang pemimpin Hindraf yang kini sudah beralih menjadi anggota pentadbiran kerajaan sama ada beliau masih seorang yang berprinsip dan tidak kemaruk jawatan atau jawatan lebih utama daripada prinsip perjuangan.

Waytha, tunggu apa lagi? (SH 25/08/2013)
Posted by Shahbudin Husin at 11:31

Saturday, 24 August 2013

Kes Bunuh Diri di Singapura Catat Tertinggi


 

Ini yang dikatakan apabila materialistik menjadi ukuran maka nyawa senang dibuang begitu sahaja. Inilah yang dibanggakan menjadi Singapura, negara maju tapi stresss terlalu tinggi apabila duit prioriti utama.

Dan menyedihkan sikap sosial dan moral yang semakin rendah meninggikan kadar bunuh diri di Singapura. Pernah tak baca berita pada masa Tsunami, apabila kerajaan mereka minta menderma baju. Rakyat mereka derma baju yang tak layak dipakai lagi...berkoyak-koyak!!!
Inilah nilai moral rakyat Singapura, so tak hairan kalau mereka mendapat tempat pertama membunuh diri..

Kejadian bunuh diri mencatat angka tertinggi pada tahun lalu dengan 487 kes berikutan semakin ramai orang muda mengalami tekanan dan gagal dalam perhubungan yang menyebabkan mereka bertindak menamatkan nyawa sendiri.


Jumlah itu merupakan peningkatan sebanyak 29 peratus berbanding tahun 2011. Ia turut menyaksikan peningkatan sebanyak 80 peratus ke atas mangsa berusia 20 hingga 29 tahun, jelas sebuah badan bukan kerajaan, Samaritans of Singapore (SOS) dalam satu kenyataan.

"Masalah yang sering dialami oleh kelompok ini adalah tekanan hidup dan cinta. Antara masalah lain ialah pengangguran, tekanan belajar atau kerja, isu kewangan dan kesunyian," kata SOS. SOS meletakkan sasaran untuk mencegah kes bunuh diri dengan menyediakan sokongan emosional menerusi kaunseling peribadi dan talian telefon 24 jam.

Pada tahun lalu, SOS menerima 39,994 panggilan, turun daripada 40,025 pada tahun 2011. Kes bunuh diri mewakili dua peratus daripada jumlah kematian di Singapura. Membunuh diri dianggap sebagai satu jenayah di Singapura, mereka yang terselamat boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, denda atau kedua-duanya sekali 

Luar Biasanya Nilaian Seorang Wanita Solehah!!!

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah-mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menderhakai suaminya". Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh, isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya". Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu - Majah.

Wednesday, 21 August 2013

Gambar Bas Jatuh Gaung di Genting Highland

 Semalam seluruh negara digemparkan dengan berita kemalangan mengerikan. Sebuah bas  terhumban ke dalam gaung ketika menuruni Genting Highlands kira-kira jam 2.45 petang semalam (21 Ogos 2013) . Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas terburuk di negara ini apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.6 Jalan Genting Highlands.
NONE












Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (lima), Hospital Sungai Buloh (dua) dan Hospital Bentong (satu).
  
Kemalangan itu berlaku ketika bas berkenaan yang  menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kotA. 



Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam tadi dan ia diumumkan Menteri Kesejahteraan  Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Gerakan menyelamat telah selesai dan laporan yang kita terima ialah seramai 37 terkorban, 25 lelaki dan 12 perempuan," katanya. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran berkata lima pakar dan lapan pegawai perubatan dari unit forensik HKL sedang bersiap-sedia untuk melakukan bedah siasat mayat mangsa yang dihantar ke hospital berkenaan.
  
Pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa.
  
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk  Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau operasi. Insiden itu turut mengakibatkan kesesakan lalulintas teruk di laluan berkenaan.
  
Meskipun pihak berkuasa belum mendedahkan punca sebenar kemalangan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal  berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung itu seperti yang diceritakan warga Bangladesh, Ali Haider Shyed Haider, 46, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
  
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.

NONE 













"Keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman twitter mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas ekspres itu. Sementara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengarahkan pihak berkuasa agar segera menubuhkan jawatankuasa petugas menyiasat kemalangan itu.
  
Kemalangan buruk lain yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.
  
Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.  Antara kemalangan bas di Genting Highlands:


5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.

30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.

29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.

16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.

Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.

30 Jun 1995:
Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang.









  
NONE


   

NONE    


NONE 




















NONE 


NONE


NONE


NONE


NONE


NONE


bus accident in genting plunges into ravine survivor

 

Sample text

Sample Text

Sample Text