Social Icons

Friday, 29 November 2013

Bukan Sekadar Gaji, Wang Pencen Juga Wajar Diserah Kepada Badan Kebajikan

Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran dan Adun Negeri Selangor yang menjadi perbualan hangat kini akhirnya menyerlahkan sikap "talam dua muka" sebahagian wakil rakyat negeri itu. Tidak saja Adun BN yang didapati bersikap demikian, bahkan Adun daripada PR juga nampaknya bersikap sama.

Dalam perbahasan mengenai kenaikan gaji itu, sehingga bacaan kali ketiga, semua Adun bersetuju dengannya. Perkara ini didedahkan oleh Exco Selangor, Teng Chang Khim.

Yang paling menonjol bersikap demikian ialah Pengerusi PKR, Azmin Ali yang dilaporkan berada di dalam Dewan ketika perbahasan mengenai kenaikan gaji itu tetapi hanya berdiam diri dan tidak membantah apa-apa, namun apabila menyedari isu menjadi perbualan ramai, beliau mengambil sikap menentangnya dan meminta kerajaan negeri menangguhkannya.

Beberapa Adun BN juga turut mempertikaikan kenaikan gaji yang melibatkan Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker tetapi tetapi seolah-olah bersetuju dengan kenaikan gaji Adun atas alasan bebanan kerja yang semakin bertambah sekarang ini.

Malangnya, semua Adun BN ini bersetuja ketika rang undang-undang mengenainya dibentangkan dan tidak ada seorang pun yang membantah. Kalaulah isu ini tidak timbul, pastilah tidak akan terdedah sikap mereka itu. Ini menjadikan, sehingga bacaan kali ketiga dilakukan, sokongan yang diperolehi adalah 100 peratus.

Menteri Besar, Khalid Ibrahim semalam menegaskan, kenaikan gaji itu akan tetap dilaksanakan sebagaimana yang dirancang dan tidak akan ditangguhkan, malahan mencadangkan kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengannya agar jangan menerima kenaikan itu dan menyerahkan lebihan gaji itu kepada mana-mana badan kebajikan.

Pada mulanya, ramai yang menganggap respon Khalid itu sebagai tidak wajar, kasar serta tidak mencerminkan budi bahasa seorang yang memegang jawatan Menteri Besar.

Namun demikian, berdasarkan rentetan kejadian yang lebih memperlihatkan sikap "talam dua muka" mereka yang membantah itu, saranan Khalid itu sebenarnya amat wajar dan tepat sekali. Jika mereka rasa bersalah dengan kenaikan gaji itu, eloklah serahkan saja lebihan kenaikan gaji itu kepada mana-mana badan kebajikan, bahkan boleh juga diserahkan kepada mana-mana masjid dan surau di negeri Selangor ini.

Kerajaan negeri juga, menurut Teng Chang Khim lagi, turut menyediakan borang jika ada mana-mana Adun yang berhasrat mahu menyumbangkan lebihan kenaikan gaji ini kepada mana-mana badan kebajikan. Bagaimanapun sehingga ini dilaporkan hanya Adun Sekinchan, Ng Suee Lim yang menandatangani surat untuk menyerahkan lebihan gajinya kepada badan kebajikan.

Adalah wajar Adun yang mempertikaikan kenaikan gaji ini segera menandatangani surat tersebut dan mencontohi tindakan Adun Sekinchan yang dilihat amat bertanggungjawab. Walaupun tidak bising di media, tetapi atas rasa tanggungjawab kerana kenaikan gaji ini telah menjadi isu, beliau telah menandatangani surat kebenaran itu.

Azmin, lain-lain Adun PR yang tidak setuju serta juga Adun BN sewajarnya tidak berlengah lagi untuk menandatangani surat kebenaran itu. Tidak guna terus berlengah dan menunjukkan wajah talam dua muka kepada rakyat kerana jika mereka merasa berdosa lantaran menyokong kenaikan itu, ia mungkin dapat ditebus dengan menunjukkan sikap budiman dan menyerahkannya kepada badan kebajikan, surau atau pun masjid.

Jika terasa amat bersalah juga kerana menyokong kenaikan gaji, mereka bukan saja boleh menyerahkan lebihan gaji kepada mana-mana badan kebajikan, surau dan masjid, bahkan boleh juga melakukannya terhadap wang pencen yang bakal diterima selepas tidak lagi menjadi wakil rakyat nanti.

Kalau mahu kenaikan gaji itu, mereka harus jujur dengannya dan kalau menolaknya, haruslah juga jujur. Tidak ada sikap bermuka-muka dan bersikap talam dua muka dalam diri seseorang yang menggelarkan dirinya pejuang.

Mudah-mudahan dengan cara ini juga, mereka yang terbabit beroleh kedamaian hidup di dunia dan akhirat hendaknya. (SH 29/11/2013) KLIK SUMBER

Pas Akan Bermesyuarat Bentuk Eksekutif Parti 1 Disember


Elok juga kita baca tulisan di bawah berkenaan dengan perkembangan di dalam pimpinan PAS. Tentunya ia tidak sama dengan apa yang ada di dalam GISB HOLDINGS Sdn Bhd atau YKPPM yang diterajui Puan Ibu Hatijah Aam. 
Walau bagaimanapun, sebahagian orang tetap melihat PAS dan "Arqam" sebagai dua wadah yang memperjuangkan cita-cita Islam. Samada kedua-duanya saling bekerjasama atau saling bersaing adalah satu persoalan lain. Apa yang penting kedua-duanya dianggap entiti yang memperjuangkan Islam. 
Pandangan politik PAS dan semua pendokongnya adalah demokrasi. Ianya berbeda dengan GISB (atau "Arqam" - sejak dulu lagi). GISB HOLDING Sdn Bhd adalah sebuah badan korporat yang tetap menjadikan cita-cita memperjuangkan Allah dan Rasul sebagai matlamat. Ianya tidaklah salah kerana itulah ikrar setiap orang yang mengerjakan solat lima waktu. Itulah yang diulang sebut sebagai janji penyerahan diri dan segalanya untuk Allah Tuhan pencipta alam. 

Walaupun sebagai badan korporat, semua staf GISB HOLDINGS Sdb Bhd - dari peringkat atas hingga ke bawah, tetap boleh melaksanakan tuntutan ikrar di dalam solat bahkan itulah kewajipan semua umat Islam. Hiduplah sebagai individu muslim, tuntutan ikrar dalam doa iftitah itu wajib dipenuhi. Hiduplah dalam keluarga dan masyarakat atau mana-mana badan kebajikan, pertubuhan dan sebagainya, tetaplah kita wajib mengutamakan Allah dan Rasul dari segala-galanya. 

Di dalam sesebuah perkumpulan, jika hal ini diberi keutamaan, pastilah akan ada perubahan pada disiplin dan komitmen ahli. Jika Allah dijadikan fokus tujuan, pastilah akan terjalinnya ukhwah dan perpaduan. Kesungguhan membawa hati untuk rasa takutkan Tuhan akan mendorong seseorang itu berkasih sayang sesama manusia. 
Inilah hebatnya ajaran Islam. Islam membina rasa berpadu, bertimbang rasa dan bekerjasama. Apabila Tuhan dijadikan segala-galanya, manusia akan saling berlumba-lumba menagih kasih sayangNya. Hasilnya berlakulah perpaduan dan kehidupan masyarakat yang harmoni. 

Di dalam GISB HOLDINGS Sdn Bhd, tidak ada 'politiking', jatuh menjatuhkan, keji-mengeji dan sebagainya. Dan jika mana-mana golongan mendakwa memperjuangkan Tuhan, hasil yang akan didapati di dalam wadah perjuangan mereka ialah kejituan ukhwah, kepaduan kasih sayang dan keagungan kehidupan yang aman saling bahagia membahagiakan!!

Bacalah paparan berikut untuk merenung sejenak cita-cita Islam di dalam PAS. Semoga Allah memberi pertunjuk dengan kasih sayangNya untuk kita semua dan disatukan umat Islam di dalam wadah perjuangan yang diredhaiNya.

MSO:
Jawatankuasa kerja Pas Pusat dijangka mengadakan mesyuarat pertama pada 1 Dismber nanti. Mesyuarat ini akan membentuk portfolio dan melantik eksekutif parti Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penenerangan, Pengarah Pilihan Raya dan beberapa AJK tambahan. Juga Presiden parti akan mengumumkan perlantikan Pesuruhjaya Negeri.


Mustapa, tidak akan dilantik?
Perhatian kini tertumpu kepada jawatan Setiausaha Agung apabila khabarnya penyandang sekarang Mustapa Ali tidak akan dilantik lagi. Ada pun faktor kenapa Mustapa Ali tidak akan dilantik kurang jelas, tetapi itulah yang kedengaran sejak sebelum muktamar lagi. Boleh jadi juga kerana pencapaiannya selama memegang jawatan berkenaan kurang memuaskan atau ada masalah terlalu peribadi.

Elok juga kalau Pas ingin merihatkan 'arkitek' Pas Terengganu itu kerana usianya juga sudah lanjut. Mustapa adalah satu-satunya tokoh Pas yang berkhidmat di beberapa era yang masih ada. Hampir semua jawatan disandangnya kecuali timbalan presiden dan presiden. Rakan-rakan sebaya dengannya sudah pun mengundur diri seorang demi seorang.

Selama menjadi Setiausaha Agung lebih lima tahun beliau juga dilihat gagal untuk meletakkan Pas ditempat teratas dalam persaingan dengan PKR dan DAP di mana jabatan kesetiaushaan parti itu lebih mantap dan kemas khasnya DAP. Seharusnya sebagai seorang Setiausaha Agung berpengalaman beliau mampu mempengaruhi keadaan bagi mengunggulkan Pas.

Beliau nampak kurang cergas dengan tugasnya itu. Keadaan ini bertambah jelas apabila dengan wujudnya tiga orang penolong Setiausaha Agung. Mustapa tidak begitu sibuk, di mana tugas-tugasnya banyak dijalankan oleh penolongnya. Paling menonjolkan kerajinan di antara tiga penolong setiausaha itu ialah Takiyuddin Hassan.

Dua lagi penolong setiausaha ialah Syed Azman Mohamad Nawawi dan Sabki Ahmad kedua-dua dari Terengganu.

Jawatan Setiausaha Agung adalah penting kerana ia merupakan nadi yang menggerak dan menghidupkan pejabat agung Pas. Ia juga boleh diibaratkan lampu besar di ibu pejabat agung yang akan menentukan keceritan, kesumringahan ibu pejabat itu atau tidak. Seorang setiausaha bukan saja diberi tanggungjawab menjalankan kerja-kerja parti termasuk berurusan dengan dunia luar tetapi perlu bertanggungjawab. Setiausaha adalah pembantu tegar kepada pesiden bukannya timbalan presiden.

Mereka untuk diserahkan tugas ini harus juga seorang yang jujur dan bijak menyimpan rahsia parti dan sesekali tidak boleh menggunakan jawatan itu untuk kepentingan diri dan puak. Ia perlu seorang yang mementingkan professionalisme. Selebihnya sedikit sebanyak tahu perkembangan politik dunia dan ada pengetahuan dan ada jaringan peringkat antarabangsa. Di era Kamaruddin Jaaffar menjadi Setiausaha Agung Pas menyerlahkan akan kehebatan jawatan itu disebabkan jaringan beliau dengan dunia luar.

Setiausaha yang baik bukan sahaja melengkapkan fail mesyuarat tetapi boleh duduk bersama presiden dan eksekutif lain memikirkan soal kemajuan parti.

Selain presiden boleh memilih tiga dari penolong setiausaha itu, presiden Abdul Hadi Awang mungkin sudah ada nama lain yang dikira serasi dan boleh bekerja baik dengannya. Apapun beliau harus mengutamakan keserasian terlebih dahulu dari melihat kelebihan-kelebihan lain. Seiausaha Agung adalah pemandu kepada presiden dalam gerak kerja berorganisasi. Sekiranya pergerakan dan wawasan setiausaha agung tidak sama (lencong) dengan presiden ia boleh mencacatkan keadaan akhirnya melemahkan gerak kerja parti.

Tenatang eksekutif lain bendahari atau pun ketua penerangan Pas mungkin boleh ambil dikalangan AJK yang dipilih dalam muktamar lalu atau dikalangan AJK yang bakal dilantik. Kalau menurut amalan biasa, AJK yang mendapat undi terbanyak akan mengisi salah satu jawatan berkenaan. Dalam muktamar lalu tiga AJK yang mendapat undi terbanyak Idris Ahmad, Mazlan Aliman dan Nizar Jamaluddin. Salah seorang mereka layak untuk difikirkan memegang jawatan ekskutif.

Pun begitu bukan bermakna kriteria itu saja yang boleh dijadikan pedoman tetapi hal-hal lain, kebolehan serta ketrampilan lain juga perlu diambil kira terutamanya untuk jawatan Ketua Penerangan. Ketua Penerangan seharusnya mereka yang tahu ilmu kepenerangan (information) bukan saja mereka yang ralik atau asyik menulis catatan-catatan nasihat seperti untuk diisi kolum majalah dalaman. Kebolehan menguasai ilmu tarbiah, dakwah dan siasah cukup sesuai untuk jawatan ini.

Sebagai eksekutif parti, ketua penerangan harus sama mendedahkan idealisme parti untuk difahami secara meluas lagi oleh masyarakat di luar sana. Ia juga seorang yang tangkas membalas tohmahan musuh serta pandai meleraikan isu. Tidak kurang juga seorang yang memegang jawatan ini mesti arif ilmu seraf (psywar) dan mampu berhadapan dengan isu-isu yang dibangkitkan. Ketua penerangan juga seharuslah orang yang cekap berinteraktif dan bersikap diplomasi serta intelengasi.

Untuk jawatan bendahari Pas boleh melantik sesiapa sahaja. Kehadiran bendahari bukan sangat untuk menjana kewangan kepada Pas pun, tetapi biasanya untuk diserap menjadi ahli Dewan Harian Pas. Kewangan untuk Pas seharusnya difikir secara kolektif. Justeru mereka yang hendak dilantik ke jawatan ini biarlah tokoh yang boleh memberi sumbangan idea, berwawasan serta kemas dalam anutan ideologi Pas bukan pengampit sokongan. Dengan cara ini ia boleh memantapkan lagi Pas sebagai sebuah organisasi massa.

Untuk jawatan Pengarah Pilihan Raya, rasanya Pas boleh mengekalkan nama yang ada sekarang ini Dr Mohd Hatta Ramli.

Nama-nama seperti Mahfuz Omar, Abu Bakar Chik, Nizar Jamaluddin atau Raja Ahmad Iskandar, (calon timbalan ketua pemuda yang kalah itu), Asmuni Awi boleh dipertimbangkan untuk mengisi jawatan-jawatan ini atau dilantik menganggotai AJK. Semoleknya pengisian untuk beberapa AJK dilantik itu biarlah dari kalangan generasi muda termasuk juga dari kaum Hawa.

Pernyusunan pegawai eksekutif parti itu jangan dibuat berdasarkan merit aliran mana-mana golongan. [wm.kl.9:55 am 29/11/13]  KLIK SUMBER

Thursday, 28 November 2013

Istanbul, Hangat Dalam Dingin

Berbeza betul wanita Turki di Makkah dengan apa yang saya lihat di negara asal mereka. Di kawasan Masjid al-Haram sebahagian besar kaum hawa Turki yang ditemui ketika sama-sama mengerjakan haji lima tahun dulu kelihatan kasar.

Bertubuh sasa dan dengan seluruh anggota – termasuk kepala – ditutupi jubah labuh dan purdah, mereka adalah insan yang seberapa boleh hendak saya elakkan. Berjalan dalam kelompok besar, mereka akan merempuh sesiapa sahaja, tidak kira lelaki atau wanita dari negara lain.

Sekurang-kurangnya itulah prejudis saya terhadap mereka setelah beberapa kali tersungkur dirempuh. Malah pernah sekali saya tertonggeng mencium simen Kaabah ketika bertawaf gara-gara disinggung siku wanita bertubuh besar itu.

Lain pula yang saya lihat di Istanbul. Sejak tiba di sini dua hari lalu pandangan negatif terhadap mereka ketika di Tanah Suci, terus lenyap. Kini saya mengakui wanita Turki, terutama gadis, adalah insan yang lemah lembut, baik hati dan manis.

Mungkin yang ke Makkah adalah orang tua yang sendo, dan tidak kelihatan menawan sebab seluruh tubuh ditutup. Di Istanbul sebahagian besar kaum wanita, lebih-lebih lagi gadis remaja mendedahkan tubuh.

Walaupun musim sejuk dengan suhu sekitar 10 darjah Celsius, gadis dan wanita yang ditemui di pusat-pusat beli-belah kebanyakannya membuka betis dan lengan. Jarang ditemui kaum hawa menutup kepala.

Dengan banyak bahagian tubuh didedahkan terserlah keayuan sebenar orang Turki. Rambut coklat, mata biru, kulit halus melepak, bibir merah delima. Dan, senyumannya betul-betul menghangatkan suasana walaupun dalam suhu sejuk yang menyengat sum-sum.

Sekiranya menutup kepala dijadikan ukuran, ternyata seruan Erdogan supaya wanita Turki menyembunyikan rambut tidak diambil perhatian. Sepatah kata pemandu pelancong yang bersama kami: “Ada arahan, tetapi tidak ada paksaan; yang menutup kepala kebanyakannya orang tua.”

Bagi golongan muda menutup kepala dianggap sebagai kolot. Hakikatnya ialah di negara dua benua ini – separuh Asia, separuh Eropah – anak-anak muda lebih tertarik dengan fesyen dan gaya hidup Barat.

Walaupun sejak dua dekad ini Erdogan mula menggerakkan program-program memperkukuh Islam, umum berasakan masih jauh lagi untuk negara ini kembali kepada Islam sepenuhnya. Contoh, arak masih dijual dengan bebas, setiap orang bebas minum benda haram itu di tempat terbuka.

Sebenarnya di tempat kita pun tidak ada arahan wanita menutup kepala. Tetapi semakin ramai wanita Islam memilih untuk menutup aurat, malu mendedahkan rambut, walaupun ramai juga wanita – termasuk pemimpin dan isteri pemimpin – masih selesa untuk memperagakan kepala dan rambut kepada umum.

Meski musim sejuk, Istanbul ceria dan hangat dengan segala kegiatan siang dan malam. Dengan penduduk 15 juta orang – ketujuh paling padat di dunia – kota metropolitan ini menawarkan berbagai hiburan dan keseronokan. Ada duit semua jadi.

Tanpa mengira musim bandar raya ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Statistik menunjukkan 10 juta pelancong asing berkunjung ke sini setiap tahun. Bagi seluruh Turki jumlah pengunjung asing adalah antara 30 – 35 juta setiap tahun, menjadikan pelancongan sebagai sumber pendapatan ketiga selepas pertanian dan perindustrian.

Mungkin baik untuk menjana ekonomi, tetapi bagi penduduk tempatan juga pelancong asing yang tiba di sini, ternyata kepadatan penduduk semakin melemaskan. Masalah yang saya rasakan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Atarturk ialah kesesakan lalu-lintas. Bas kami terperangkap hampir dua jam!

Kesesakan lalu-lintas terjadi hampir setiap waktu, terutama waktu ke pejabat, waktu makan tengah hari, dan waktu pulang pejabat. Malah, menurut pemandu pelancong, masalah trafik menyumbang kepada meningkatnya sifat panas baran dalam kalangan penduduk Istanbul.

Makanan yang dihidangkan hampir sama setiap kali. Salad, sup dan roti sebagai pembuka selera, diikuti dengan kebab sebagai hidangan utama. Untuk dua hari ini masih dikira okey. Tetapi saya di sini sepuluh hari, mungkin separuh mati sekiranya setiap kali makan kebab, kebab, kebab. Walaupun tidak diberitahu, saya pasti di sini tidak ada tempe. Siapalah saya tanpa tempe! sumber

Hikmah Poligami-7: 'Sakit' Ubat Kepada 'Penyakit'

Dari blog matahati; blogger yang sekarang sedang bermusafir di bumi Turki. Dalam sejuk musim dingin kota Istanbul, beliau mengirim 'entry' poligami yang menarik. Sesuai untuk mereka yang sedang menderita nafsunya kerana kesan berpoligami....

"Terima kasih atas nasihat yang diberi, jelaslah saya tidak niatkan diri dan berserah pada Allah. Saya sedar saya hanya manusia/hamba yang kerdil lagi hina. Saya faham dan boleh terima renungan dan teguran tersebut tapi saya masih was-was kerana sejak malam kami dipertemukan, keesokan harinya sehingga kini madu saya complain kepada suami pasal saya dan dia mula mencari gaduh semula dengan saya dan suami.dia memberi amaran kepada suami (dlm fon) supaya saya jangan gedik depan suami (sedangkan madu saya menunjuk-nunjuk peluk cium rajuk kepada suami depan saya).
 
Lagi dia berkata pada suami supaya lebihkan dia kerana dia yang pertama.suami saya mengiyakan tidak menggeleng pun tidak.Bila suami berada dengan saya madu saya akan kerap menelefon dan mula mencari salah suami atau keadilan dalam giliran hari.Daripada saya boleh bersabar sehinggalah saya juga berselisih dengan suami kerana percakapan madu.
 
Saya buntu fikirkan adakah madu saya juga ikhlas atau berlakon seperti saya hanya untuk mendapat perhatian suami. Kalaulah saya boleh meluahkan segala-galanya tentang madu saya bahawa dia juga pernah mengada-adakan cerita yang buruk pada saya dan suami. (saya tahu daripada mertua dan kakak ipar saya). 

Selama ini suami saya tidak pernah berahsia dengan saya walau sebesar zarah pun tentang perangai madu. Jadi saya mohon penerangan yang mendalam dalam kes saya ini.Saya minta maaf kerana saya memperlakukan blog tuan pengarang seperti mahkamah syariah pula.Tiada siapa disekeliling saya yang mengalami masalah@pengalaman seperti saya jadi mereka tidak pandai untuk memberi nasihat. 

Adakah saya perlu bersabar lagi serahkan segalanya kepada suami dan Allah dan menunggu perubahan atau ini sememangnya takdir saya.Maaf ayat yang diguna tidak beberapa jelas dan berkecamuk".

Terima kasih kepada Jasika Kaqa kerana merespon jawapan kami tempuh hari. Jika puan rasa yang penerangan kami dapat menjawap persoalan puan, itu semua adalah dari Allah dan RasulNya. Tetapi jika jawapan tersebut tersasar jauh, maka itu ternyata kelemahan kami sendiri.

Untuk menjawab pengaduan kedua, setakat ini cukuplah saya sertakan di sini sebuah perbualan antara dua orang kawan beberapa bulan sebelum salah seorang dari mereka meninggal dunia. Sekalipun arwah Puan Fadhilah sedang berhadapan dengan kanser, tetapi hatinya telah terubat dengan poligami. Ikuti perbualan mereka:

"Terima kasih puan. Khabar saya macam biasalah. Macam Abuya kata, setiap saat menunggu kematian!" suara Fadhilah kedengaran ceria saja. "Dengar suara ceria je. Tak macam orang sakit pun," usik kawannya

"Yelah ...Abuya dah siapkan semuanya. Sebelum saya mati, Abuya dah bagi madu pada saya. Suami dan anak-anak ada yang jaga bila saya pergi nanti. Mereka pun dah serasi sebelum saya tinggalkan", puan Fadhilah bercerita.

"Bertuahnya Fadhilah ...bahagia dengan poligami nampaknya", kata kawannya lagi

"Apa tidaknya puan. Abuya bagi hadiah besar. Saya sakit barah dah bertahun, sakit tiap hari, tapi satu mazmumah pun tak berkurang. Sombong makin tebal, cemburu makin teruk, dah sakit barah pun masih suka sakitkan hati suami dan orang lain juga.  Rupanya sakit jasad tak banyak mengubah perangai. Tapi bila Abuya bagi poligami, baru tau mazmumah kita macam mana, tunggang terbalik dibuatnya", Fadhilah tertawa kecil

"Jadi poligami lebih sakit dari kanser payudara ke?" kawannya cuba menduga

"Dah tentulah ....sakit yang tak nampak, sakit nafsu ...sakit dalam. Tapi ada kebaikannya. Badan tak sakit, tapi nafsu yang kena belasah. Sedangkan sakit barah, badan je sakit, tapi nafsu tetap je sehat, makin gemuk pula" jelas puan Fadhilah

"Macamana tu? Sakit barah tapi nafsu gemuk?" tanya kawannya yang seakan keliru

"Yelah ...bila saya sakit barah mulalah minta simpati suami ...suami pun kesian saya, manjakan saya, tak sampai hati nak arah-arah saya, betapalah nak poligamikan saya. Keluarga, kawan-kawan pun kata begitu. Kesian Fadhilah dahlah sakit barah nak kena poligami pula nanti makin sakit, kesian." 
"Jadi suami pun ikut cakap-cakap tu, konon-konon kesian isteri sakit, jangan ditambah pula masalahnya, nanti makin sakit. Akibatnya makin sehatlah nafsu saya. Sedangkan sakit barah tak sembuh juga. Jadi saya dapat dua penyakit, sakit barah dan sakit mazmumah", panjang lebar penjelasan Puan Fadhilah

"Oohh ..."

"Ye puan...Abuya faham sebenarnya apa penyakit saya yg paling parah, bukan barah tu, tapi hati yang penuh mazmumah. Patutlah Abuya kata, kalau Fadhilah poligami, nanti sehatlah dia tu", kata Puan Fadhilah lagi

"Hemmm ....rupanya yg Abuya kata sehat tu sehat hatilah ye ...??", tanya kawannya semula

"Moga-moga begitulah puan...jangan saya rugi dua kali ...sudahlah badan sakit barah, hati pula sakit mazmumah. Abuya kata, sakit barah tak berdosa, tak kena siksa, tapi sakit mazmumah boleh bawa ke neraka" jelas Puan Fadhilah lagi

"Alhamdulillah ...hari ini saya dapat ilmu besar dari Fadhilah. Sebelum ini dah baca dalam buku Abuya, tapi hari ini dapat testimony live dari Fadhilah", ucap kawannya

"Yelah bu ..roh kita sama-sama diproses, untuk saya beginilah pengalamannya. Untuk orang, lain pula agaknya. Saya rasa sungguh baiknya Abuya, tolong didik dan baiki hati saya. Takkan pernah jumpa pemimpin seperti dia. Tau penyakit kita dan tau pula mengubatnya" tegas puan Fadhilah dengan yakin

"Ye kita saling mendoakanlah ye, moga kita selamat sampai ke akhirat", pinta kawannya

"InsyaAllah, sama-sama mendoakan"

Wednesday, 27 November 2013

Aplikasi Pemikiran Kreatif Di Dalam Membina Keagungan Islam

Dunia kreatif merupakan alam yang penuh imiginasi. Ianya memungkinkan segala sesuatu. Asasnya bermula pada pemikiran kreatif yang memberi ruang untuk tidak lagi menggunakan kaedah logik. Di dalam berfikir, hanya ada dua kaedah yang diguna pakai oleh manusia di dunia. 1) Pemikiran logik 2) Pemikiran kreatif. 

Berfikir secara logik ialah bertujuan mencari hanya satu jawapan bagi setiap persoalan. Jawapannya ialah samada ya atau tidak! Untuk mudah memahaminya, lihatlah pada logik metamatik. 2+2: 4!! Jika dicampur 2 dengan 2 dan kita kata 5 ertinya salah!! 

Sedangkan  cara berfikir kreatif membolehkan kita mencari sebanyak-banyaknya jawapan dan semuanya betul dan benar!! Inilah cara berfikir yang mendorong seseorang kreatif dalam meneroka masalah dan kreatif pula dalam menyelesaikannya dengan pelbagai pendekatan. Idea yang ada di dalam pemikiran kreatif tidak pernah habis. Inilah yang dikatakan sebagai inovasi

Pemikiran logik adalah pemikiran biasa yang digunakan oleh kebanyakan manusia biasa. Pemikiran kreatif adalah pemikiran khusus. Pemikiran logik -walaupun ada banyak jenisnya - tetapi ia hanya ada satu level berbanding pemikiran kreatif yang mempunyai pelbagai tahap atau peringkat. Pemikiran kreatif yang paling puncak ialah apa yang diajar oleh Allah di dalam AlQuran dan diaplikasi oleh para nabi dan rasul di dalam perjuangan mereka. Bukankah para nabi dan rasul itu mempunyai sifat khusus yang tidak ada pada manusia lain iaitu fatanah. 

Lihatlah pada kalimah awal yang diturunkan Jibrail kepada Nabi Muhammad saw iaitu 'Iqra'. Ianya adalah kalimah yang sangat mendorong kreativiti. "Bacalah!!" adalah ungkapan biasa tetapi bila ianya dipilih Tuhan sebagai kalimah pengenalan, tentulah Allah yang maha bijaksana menghendaki kita mengkaji kalimah ini. 

Apabila membaca dikaitkan dengan Tuhan, ertinya hubungan hati dengan Tuhan itulah yang menjadi penentu kreativiti seseorang. Maka para kekasih Allah itu adalah manusia kreatif di zaman mereka. Apa saja yang mereka cetuskan adalah pimpinan dari Allah - hasil penghayatan rasa hati mereka yang takutkan Allah, rasa cemas, bimbang dan gerun dengan neraka Allah. Mereka jadi manusia yang sangat berhalus dalam mengendalikan hati, perasaan, pemikiran dan godaan nafsu atau syaitan. 

Cukuplah dinyatakan bahawa pemikiran kreatif yang diajar oleh Allah kepada para nabi ini telah menjadikan mereka mampu mengubah umat manusia daripada syirik kepada mentauhidkan Allah. Hebatnya panduan yang Tuhan berikan kepada mereka.

Pemikiran logik sepatutnya tidak lagi diajar di sekolah-sekolah kita. Ianya menghalang anak-anak kita memahami cara berfikir yang diajar di dalam Al-Quran. Ianya juga akan mengagalkan mereka dari memahami hal-hal yang tidak logik yang terdapat di dalam Al-Quran dan berlaku secara nyata pada Baginda Nabi saw dan para sahabat.

Bukankah perkara ghaib itu tidak logik pada pemikiran akal biasa sedangkan yang ghaib itulah yang wajib diyakini dan diimani. Dan bukankah mukjizat dan karamah yang berlaku kepada para nabi, rasul serta wali-wali Allah itu adalah di luar logik akal manusia? Sebenarnya Tuhan perlakukan ini semua untuk umat Islam supaya mereka kuat pendirian dalam hal-hal yang tidak logik. Ianya sangat kreatif.

Pemikiran kreatif membenarkan berfikir semua yang tidak logik. Tidak ada salah dan silapnya berbanding pemikiran logik yang sentiasa menghalang untuk berfikir lebih jauh kerana dimomokkan dengan kata-kata tidak logik. Dengan kata lain pemikiran kreatif ini sifatnya melawan logik atau anti logik. Mungkin juga menolak paradigma lama dengan membawa pandangan baru yang lebih kreatif dan segar. Dunia logik sudah mula ditinggalkan orang. 

Untuk Islam naik ke atas dan menguasai dunia, umat Islam mestilah keluar dari kepompong pemikiran logik. Sebaliknya berfikirlah dan berbuatlah apa saja demi untuk Allah dan Rasul. Nanti kita akan temui Islam itu sangat hebat, luas, kreatif dan berkembang merentasi hal-hal masa kini untuk berada jauh di depan orang lain. 

Untuk anda yang sedang meneliti perjalanan GISB HOLDINGS Sdn Bhd dan juga YKPPM yang kedua-duanya diterajui oleh Puan Ibu Hatijah Aam, anda pasti menyaksikan dunia kreatif sebegini sudah lama wujud di dalam kedua-dua entiti ini. Jika anda selidiki, anda akan sedar pemikiran kreaif dan inovasi sedang berkembang dengan rancaknya. Ianya sedang berada dalam momentum yang sedang menaik ke tahap yang makin meyakinkan!! 

Dahsyatnya Amalan Syiah - Mut'ah Dengan Anak Sendiri!!

 

Nikah mut’ah adalah pernikahan tanpa batas yang haram hukumnya kerana melanggar aturan-aturan syariat yang suci. Amalan nikah mut’ah ini telah melahirkan banyak kisah pilu. Tidak jarang pernikahan ini menghimpunkan antara anak dan ibunya, antara seorang wanita dengan saudaranya dan antara seorang wanita dengan bapa saudaranya, sementara dia tidak menyedarinya. Diantaranya adalah apa yang dikisahkan oleh Sayyid Hussain Al Musawi, seorang tokoh Syi’ah murid Ayatullah Ruhullah Al Khomeini yang kemudian bertaubat dan kembali semula kepada Ahli Sunnah. Ia menceritakan dalam kitab Lillahi Tsumma Lil Tarikh:

Kisah Pertama

Seorang perempuan datang kepada saya menanyakan tentang peristiwa yang terjadi terhadap dirinya. Dia menceritakan bahawa seorang tokoh, yaitu Sayyid Husain Shadr pernah bernikah mut’ah dengannya dua puluh tahun yang lalu, lalu dia hamil dari pernikahan tersebut.

“Setelah anak perempuan saya dewasa, dia menjadi seorang gadis yang cantik dan siap untuk nikah.” Namun siibu mendapati bahawa anaknya itu telah hamil. Ketika ditanyakan tentang kehamilannya, dia menyatakan bahawa Sayyid Shadr telah melakukan mut’ah dengannya dan dia hamil akibat mut’ah tersebut. 
 
Si ibu tercengang dan hilang kendali dirinya lalu menceritakan kepada anaknya bahawa Sayyid Shadr adalah ayahnya. Lalu dia menceritakan selengkapnya mengenai pernikahannya (ibu si wanita) dengan Sayyid Shadr dan bagaimana mungkin hari ini Sayyid Shadr bernikah pula dengan anaknya dan anak Sayyid Shadr juga?!

Kemudian dia datang kepadaku menjelaskan tentang sikap tokoh tersebut terhadap dirinya dan anak yang lahir darinya. 
 
Sesungguhnya kejadian seperti ini sering terjadi. Salah seorang dari mereka melakukan mut’ah dengan seorang gadis, yang di kemudian hari diketahui bahawa dia itu adalah saudarinya dari hasil nikah mut’ah. Sebagaimana mereka juga ada yang melakukan nikah mut’ah dengan isteri ayahnya.

Di Iran, kejadian seperti ini tidak terhitung jumlahnya. Kami membandingkan kejadian ini dengan firman Allah Ta’ala, “Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian (diri)nya sehingga Allah mampukan mereka dengan kurnia-Nya.” (QS. An-Nur:33)

Kalaulah mut’ah dihalalkan, niscaya Allah tidak akan memerintahkan untuk menjaga kesucian dan menunggu sampai tiba waktu dimudahkan baginya untuk urusan pernikahan.

Kisah Kedua

Suatu waktu saya duduk bersama Imam Al Khaui di pejabatnya. Tiba-tiba masuk dua orang laki-laki menemui kami. Mereka memperdebatkan suatu masalah. Keduanya bersepakat untuk menanyakan masalah tersebut kepada Imam Al Khaui untuk mendapatkan jawaban darinya.

Salah seorang di antara mereka bertanya, “Wahai Sayyid, apa pendapatmu tentang mut’ah, apakah ia halal atau haram? ”Imam Al Khaui melihat lagaknya, ia menangkap sesuatu dari pertanyaannya, kemudian dia berkata kepadanya, “Dimana kamu tinggal?”

Maka dia menjawab, “Saya tinggal di Mosul, kemudian tinggal di Najaf semenjak sebulan yang lalu.” Imam berkata kepadanya, “Kalau demikian berarti anda adalah seorang Sunni?” Pemuda itu menjawab, “Ya!”

Imam berkata, “Mut’ah menurut kami adalah halal, tetapi haram menurut kalian.” Maka pemuda itu berkata kepadanya, “Saya di sini semenjak dua bulan yang lalu merasa kesepian, maka nikahkanlah saya dengan anak perempuanmu dengan cara mut’ah sebelum saya kembali kepada keluargaku.”

Maka si imam itu pun membelalakkan matanya sejenak, kemudian berkata kepadanya, “Saya adalah pembesar, dan hal itu haram atas para pembesar, namun halal bagi kalangan awam dari orang-orang Syiah.” Si pemuda menatap Al Khaui sambil tersenyum. Pandangannya mengisyaratkan akan pengetahuannya bahawa Al Khaui sedang mengamalkan taqiyah (berbohong untuk membela diri).


Kedua pemuda itu pun berdiri dan pergi. Saya meminta izin kepada Imam Al Khaui untuk keluar.Saya menyusul kedua pemuda tadi. Saya mengetahu bahwa penanya adalah seorang Sunni dan sahabatnya adalah seorang Syi’i (pengikut Syiah). Keduanya berselisih pendapat tentang nikah mut’ah, apakah ia halal atau haram? Keduanya bersepakat untuk menanyakan kepada rujukan agama, yaitu Imam Al Khaui.
Ketika saya berbicara dengan kedua pemuda tadi, pemuda yang berpaham Syiah berontak sambil mengatakan,


“Wahai orang-orang durhaka, kamu sekalian membolehkan nikah mut’ah kepada anak-anak perempuan kami, dan mengabarkan bahwa hal itu halal, dan dengan itu kalian mendekatkan diri kepada Allah, namun kalian mengharamkan kami untuk nikah mut’ah dengan anak-anak perempuan kalian?”
Maka dia mulai memaki dan mencaci serta bersumpah untuk pindah kepada madzhab Ahlus Sunnah, maka saya pun mulai menenangkannya, kemudian saya bersumpah bahwa nikah mut’ah itu haram, kemudian saya menjelaskan tentang dalil-dalilnya.

Muzakarah Umno - Pas: Biarlah Jadi Kenyataan!!

Kesediaan Umno dan Pas untuk mengadakan perbincangan dan muzakarah sudah pasti disambut baik oleh mereka yang rindukan kepada kedamaian dan keharmonian. Apa lagi mereka yang mual dengan aksi politik keterlaluan sangat mengalu-alukannya.

Perbincangan itu sudah pasti ia akan membuatkan hasil yang baik. Kalau ia tidak menyelesaikan semua masalah, tetapi setidak-tidaknya ia memberi peluang kedua-dua pihak mengenai hati budi masing-masing. Kata pepatah Arab kalau kamu tidak dapat semua kamu jangan buang semua.

Walaupun skop perbincangan itu nanti luas tetapi seperti mana kata Perdana Menteri, Najib Razak peringkat permulaan ia akan terarah kepada Kelantan terlebih dahulu. Perbincangan ketua kerajaan persekutuan dengan ketua kerajaan negeri.

Sebagai rakyat Kelantan yang memahami masalah di Kelantan akibat berbalut dengan politik ekstream dengan ideologi masing-masing saya kira ia tidak memberi kebaikan kepada Kelantan. Kekucahan di antara kedua parti itu Pas dan Umno kerana tiada perbincangan menyebabkan Kelantan dilambaki dengan masalah sosial dan juga pembangunan yang pincang. Banyak kepentingan atau hak-hak yang sepatut dinikmati rakyat Kelantan terlepas kerana perbezaan politik melampau.

Jadi apabila kedua-dua pihak menyatakan kesanggupan untuk duduk bersama membincang, apa juga masalah ia perlu dialu-alukan tanpa ada keraguan terhadapnya. Pas Kelantan hendaklah menerima pelawaan Najib itu tanpa rasa curigai manakala pihak kerajaan UBN juga jangan cuba menangguk di air keruh dengan muzakarah itu.

Adalah malang kalau kesediaan Najib itu dibiarkan berlaku begitu sahaja.

Bila hendak diadakan perbicangan tidak perlu rasanya mana-mana pihak meletakkan agenda atau peraturan tertentu. Biar dan pastikan dahulu Najib dan MB Kelantan Ahmad Yaakub duduk sekali dan menghirup kopi atau tea tarikh.

Selepas berlakunya pertemuan itu barulah boleh dirangkakan apakah bentuk atau isi kepada pertemuan itu. Sifatkan pertemuan mereka berdua adalah pertemuan suai kenal. Ahmad Yaakub tidak perlu lagi mengambil sikap pendirian MB sebelum ini bagi mewujudkan pertemuan ini. Beliau harus mempunyai sikap dan pendirian tersendiri.

Bagi merealisasikan muzakarah ini elakkan dari membincang topik-topik bersabit dengan agama. Misalnya janganlah ada agenda-agenda khusus seperti hukum hudud, projek lebuh raya, royalti atau stadium. Jangan kemukakan angeda berupa tuntutan sebaliknya carilah atau bincang lah mauduk umum demi rakyat Kelantan. Perkara yang perlu diutamakan ialah keperluan terdesak rakyat Kelantan.

Manakala pihak Umno pula usah menampakkan pertemuan itu sebagai satu perangkap maut untuk Pas. Kesediaan Pas (Ahmad Yaakub) untuk menerima kunjungan Najib atau mendatangi Najib tidak perlu dijadikan modal politik. Seboleh-boleh elak pertemuan dan perbincangan itu sebagai motif politik.

Begitu juga dengan Keadilan dan DAP jangan pula mereka meletakkan apa-apa kesangsian terhadap pertemuan itu. Kedua rakan Pas itu boleh menyifatkan pertemuan itu adalah hubungan peribadi kerajaan Kelantan dengan kerajaan pusat. Kalau ada yang cuba mentafsirkan pertemuan itu bermotif politik ia tidak akan menjadi.

Apakah muzakarah ini akan berlaku atau ianya akan jadi seperti sebelum ini. Sudah beberapa kali kedengaran mengenai muzakarah di antara Pas dengan Umno tetapi semuanya berkubur tanpa nisan. Hasrat atau desas desus muzakarah sebelum ini hanya menjadi gimik saja ia tidak pernah terlaksanakan. Situasi ini bahaya kerana apabila kerap sangat tidak jadi dan gagal lama-lama kredilibiti Pas dan Umno akan hilang. [wm.kl.6:04 pm 27/11/13] 

Manusia Sanggup Buat Apa Saja Demi Memuaskan Nafsunya!

Manusia adalah spesis makhluk Tuhan yang berpotensi berbuat apa saja. Manusia boleh merayap seperti ular dan binatang melata, boleh merangkak seperti haiwan, boleh berjalan dan berlari selaju-lajunya dengan pelbagai peralatan ciptaannya. Manusia juga mampu meliuk lentuk tubuh badannya dengan pelbagai gaya. Malah manusia boleh terbang di udara seperti burung, boleh menyelam ke dasar lautan seprti ikan. Dan manusia sekarang mampu berada di ruang angkasa lepas - ribuan kilometer dari bumi. Dahsyatnya makhluk Tuhan yang bernama manusia ini. 
 
Kesanggupan manusia berbuat apa saja sangatlah unik. Keupayaan manusia yang kerdil tapi mampu menguasai seluruh benda dan haiwan di jagat raya adalah pinjaman dari Tuhan semata-mata. Buktinya sekelip mata manusia kerdil ini akan jatuh berguguran - mati dengan pelbagai sebab kejadian seperti yang ditentukan Tuhan. Manusia tidak berupaya mengatasi kuasa Tuhan.

Jika manusia sanggup berbuat apa saja, dorongannya tentulah luar biasa. Ianya berpunca dari nafsu atau hati. Jika nafsu yang menguasai diri seseorang manusia, berilah apa saja tugasan - jika selari dengan kehendak nafsu, pastilah dia akan berhempas pulas menjayakannya. Demi glamor dan bangga diri, mereka sanggup mengambil risiko kematian. 

Sebaliknya - dan inilah yang sepatutnya untuk umat Islam, dorongan untuk berbut apa saja kehendak Tuhan adalah berpunca dari hati yang taat, patuh dan tunduk dengan perintahNya. Jika hati kuat dengan Tuhan, seseorang itu akan sanggup apa saja demi mendapatkan keredhaanNYa. Berbakti kepada Tuhan adalah semulia-mulia pekerjaan di atas muka bumi. 
 
Peluang untuk mendapat pangkat dan darjat di akhirat adalah dengan melakukan apa saja demi Allah dan Rasul. Rasulullah dan para sahabat telah membuktikan betapa tingginya nilai seorang hamba yang syahid pada jalan Allah berbanding kematian sebagai musuh Tuhan. 
 
Mencari glamor, bangga diri dan sombong sudah pasti akan menempah kemurkaan dan azab Allah. Mohonlah berlindung dengan Tuhan agar kita tidak lagi berbuat atas dorongan nafsu atau syaitan laknatullah. Jika kita mencari Tuhan, mendapatkan Tuhan dan memperjuangkan Tuhan di dalam hidup kita, kita akan alami kehidupan syugawi di dunia sebelum syurga yang kekal abadi. Ya Allah rezekikanlah ini semua untuk kami!!

Lihatlah manusia di bawah ini:



Kerja gila! Kerana minat dalam lukisan graffiti di jambatan setinggi itu pun sanggup bergadai nyawa meniti di tepian seluas satu kaki..











sumber: dairishare.blogspot.com

Tuesday, 26 November 2013

Selamat Bercuti - Kawallah Diri Dalam Pergaulan!





Kepada anak cucu sekelian!

Anak-anak GISB HOLDINGS Sdn Bhd sedang mengikuti pelbagai program 'masa cuti'. Sememangnya kami mengawal mereka untuk terus berada di dalam program pendidikan. Membiarkan mereka bercuti panjang tanpa kawalan hanya akan menjerumuskan mereka kepada kelonggaran disiplin ibadah, kerosakan akhlak dan terpengaruh dengan gejala negatif.

Justeru program cuti kami tukarkan kepada 'menziarahi keluarga'. Ianya untuk memberi kefahaman kepada mereka bahawa, istilah cuti hanyalah perangkap untuk para remaja bebas dan mula meneroka pengalaman baru. Sedangkan para remaja - jika tidak dipimpin - mereka akan 'meneroka' pengalaman yang negatif yang sangat berleluasa di dalam komuniti remaja di negara kita.

Anak cucu sekelian akan melihat dunia sedang berputar dengan laju. Persekitaran kita adalah pelbagai perkara yang mencabar iman dan taqwa sedangkan iman dan taqwa itulah yang sangat kita pertahankan selama ini. Pulang sebentar untuk bertemu keluarga akan memperlihatkan betapa rosaknya rakan-rakan yang sebaya dengan kita di luar sana. Mereka kebanyakannya sukar untuk dipulihkan. Hala tuju mereka adalah kegagalan dan kemusnahan. Sedihnya ibubapa mereka!!

Jika sesekali melihat masyarakat yang pelbagai ragam, janganlah kita hairan dengan kejayaan dan kesenangan orang yang menderhakai Allah. Mereka tidak ada apa-apa sekalipun mempunyai harta, pangkat, jawatan atau ijazah kedoktoran. Hinalah orang yang melupakan Tuhan dan berbahagialah mereka yang mempunyai rasa takut padaNya dan rindukan Baginda SAW. Kita bermohon kepada Allah agar diselamatkan kita dari menjadi seperti orang-orang yang derhaka padaNya. Apalah ertinya hidup kita jika mendapat kemurkaanNya.

Bagi semua pelajar yang berada di dalam program kursus pembinaan syakhsiah sepanjang cuti sekolah ini, fahamilah hakikat diri kita sebagai manusia. Kita diamanahkan tugas oleh Allah sebagai hamba dan khalifahNya. Kedua-dua tugas ini mesti diasuh, dibina dan ditingkatkan agar mencapai tahap yang tertinggi seperti yang Allah kehendaki.Tugasan kita di dunia ini ialah untuk mendapatkan takutkan Allah dan rindukan nabi saw.!!

Jadikanlah diri kita sebagai seorang yang sentiasa berusaha membaiki diri. Bertaubat dan meminta ampunlah kepada Tuhan atas semua kesalahan yang kita lakukan. Jika pernah terlanjur, insaf dan bertaubatlah sesungguh-sungguh hati. Bukankah Allah berjanji menerima taubat hambaNya yang benar-benar menyesal atas ketelanjuran melakukan maksiat dan dosa.

Jadilah hamba kepada Tuhan yang maha agung - hamba yang baru sedar dan insaf. Kembali kepada Tuhan adalah satu kemuliaan dan mahal harganya di sisiNya. Kembali kepada Tuhan adalah pertunjuk bahawa Tuhan sedang membentangkan jalan menuju kepadaNya untuk kita. Rebutlah jalan ini sebaik hati terdetik untuk berubah.

Ingatlah, Tuhan sentiasa memanggil kita kembali kepadaNya. Sahutlah panggilan Tuhan itu untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat. Menyerah diri untuk dididik dan di asuh adalah sebaik-baik langkah keselamatan dan kejayaan untuk diri kita. 

Dunia yang dikejar tidak akan membawa apa-apa kepada kita. Dia akan menipu dan mempermain-mainkan kita. Kembali kepada hidup membesarkan Tuhan adalah seindah-indah kehidupan. Itulah kebahagiaan hakiki yang hanya akan ditemui oleh orang-orang yang memilih untuk hidup dan mati untuk Allah dan Rasul. 

Semoga anak cucu semua selamat menjalani cuti persekolahan yang panjang ini dengan mengawal batas pergaulan, menjaga solat lima waktu, mentaati ibubapa dan menghargai masa yang terluang. Carilah kawan yang boleh mendorong kita mentaati Tuhan.

Sunday, 24 November 2013

Bacalah Dan Dengarlah Bicara Perniagaan Puan Ibu Hatijah Aam Bersama Dato' Nazim Johan (TOKKI) di Radio 24 BERNAMA

Satu bual bicara perniagaan bersama Dato' Nazim Johan (Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia - lain dari yang lain. Anda rugi dan akan ketinggalan jika tidak membaca atau mendengarnya!!


Khamis 21 November 2013 ( 1.15pm – 2.30pm) Program Dunia Pengguna
Radio 24 :
 
Kata-kata Aluan & Ucapan Selamat
Kepada tetamu  hari ini di  program Dunia Pengguna, Puan Hajjah Hatijah Aam

Datuk Nadzim :
GISB Holdings Sdn Bhd ini yang  dipimpin oleh Puan Hatijah sendiri, bagaimana boleh mengekalkan keuntungan, kesinambungan, sebab benda ini kalau kita tengok pada kebanyakan peniaga kita model sebegini belum ada ya..

Macamana kita boleh mengambil contoh, kalau kita lihat zaman dulu ya, bagaimana Arqam boleh membina satu model perniagaan yang boleh hidup dan boleh mempengaruhi begitu ramai penyokong sehingga mempunyai sumber kewangan yang cukup membanggakan di luar negara, sedangkan kita lihat usahawan (biasa) di luar ini dengan modalnya, dengan bantuannya, dengan duitnya pun tidak dapat (berjaya). Bagaimana puan hendak berkongsi sedikit pengalaman, apakah rahsianya?

Puan Hajjah Hatijah Aam :
Assalamualaikum & Bismillah, pertama saya ucapkan terima kasih dengan kehendak Allah, tiba-tiba saya dijemput oleh seorang Datuk, dipanggil Tokki (Datuk Nadzim Johan) dari PPIM. Sekarang saya berada di Radio 24, saya ditanyakan tentang kelainan perniagaan GISB Holdings Sdn Bhd yang ditaja juga oleh YKPPM.

Saya mendapat suatu prinsip, atau satu kaedah dasar perniagaan yang dibuat atas nama Islam, nama Tuhan, yang sangat melibatkan Allah dan Rasul itu di dalam perniagaan. Saya setuju dengan cara ini dan saya memang praktiskan sebab nampaknya ia memberi hasil. Tuhan itukan suatu keperluan yang tidak boleh tidak dalam hidup kita, begitu juga Nabi. Tuhanlah yang memberi kehidupan kepada kita, oksigen kepada kita.

Datuk Nadzim :
Saya pernah berniaga, saya tahu, bukan mudah. Jadi dengar baik-baik untuk kita menimba rahsia, belajar dan insyaAllah boleh berjaya.

Puan Hajjah Hatijah Aam:
Dalam hidup ini kita memang sangat berhubung dengan Allah, bahkan nyawa kita ini pun Allah yang tentukan, maka kami melihat, dalam perniagaan, untuk jadi kaya pun, memang kena kuat dengan Allah dan Rasul, tak boleh dengan Allah sahaja. Allah itu menggunakan pesuruhNya. Jadi usaha-usaha untuk melibatkan atau menghadirkan Allah dan Rasul sebagai penyelesai masalah, pemodal, membantu di sana-sini, itulah yang sangat diusahakan. Yang asalnya dulu, ini semua sebenarnya diajarkan atau ditemukan oleh suami saya arwah Ashaari Muhammad (Abuya).

Dalam hidup ini, saya melihat bahawa kita sebagai orang Islam sebenarnya kena sangat melibatkan Tuhan dan Nabi kita. Sebab terlalu banyak masalah yang di luar kuasa kita. Banyak keperluan kita sebagai hamba. Maka segalanya disandarkan kepada Tuhan.
Allah memberitahu kita, Dia menolong orang bukan Islam atas dasar quwwah atau kekuatan lahir, tetapi Dia menolong orang Islam atas dasar Cinta dan Kasih. Allah sayangkan orang Islam yang (serius) mengambil Dia sebagai Tuhan, Dia telah berjanji untuk menolong. Sebab itu kami betul-betul usahakan perhubungan ini, perhubungan hati, perhubungan cinta dan perhubungan taqwa dengan Allah dan Rasul.

Tentang Rasul saya suka mengatakan bahawa kita terlalu perlukan baginda, sebab baginda dijadikan untuk perhubungan kita dengan Tuhan, di akhirat nanti, Rasul yang akan memberi syafaat, kita terlalu perlukan baginda untuk menolong kita, jadi jangan putuskan hubungan dengannya.

Umat Islam sepatutnya sangat merindui Nabi. Sangat berselawat, kerana bagindalah Tuhan ciptakan alam ini, maka alam sangat perlukannya. Untuk kejayaan kita, maka bila kita mendapatkan Nabi Muhammad dengan hati yang rindu padanya, maka dialah yang sebenarnya akan mempastikan kejayaan itu. Dan ini tidak diminta dari orang bukan Islam.

Tetapi orang-orang Islam tidak boleh meniru orang bukan Islam sebab orang Islam ada kaedah yang Allah tetapkan iaitu berniagalah dengan bermodalkan taqwa, cinta, dan takutkan Allah dan Rasul. Jadi itulah yang diusahakan oleh Ustaz Ashaari. Jadi kami meneruskan dengan formula yang sama, dengan kaedah itu, walaupun susah.

Dekat Kaabah itu kita mengadu betul, Alhamdulillah kita dapat lepasi. Sekarang ada satu restoran di Mekah yang menjadi tumpuan orang Malaysia nak makan masakan Malaysia ni.

Radio 24 :
Yang 800 cawangan itu, termasuk kalau di negara kita sahaja ada berapa Puan?

Puan Hajjah Hatijah Aam :
Di Malaysia memang banyaklah, daripada 800 tu, 500 di Malaysia.

Radio 24 :
Maknanya di sini kalau kita lihat perkembangan dari pihak YKPPM, bukan sahaja adanya perkhidmatan perubatan, tetapi ada juga restoran, apa lagi yang mungkin kita tidak tahu kewujudan perniagaannya?

Puan Hajjah Hatijah Aam:
Sebenarnya merujuk kepada Islam, perniagaan ini satu ibadah, ia satu cara berdakwah – memperkenalkan orang kepada Islam, kepada Tuhan, kepada Rasul, jadi oleh kerana keperluan manusia itu bermacam-macam dalam hidup mereka, sedaya-upaya kami sediakan keperluan utama, hal-hal fardhu kifayah.

Seperti kilang-kilang yang mengeluarkan produk halal. Cuma kesilapan kami sebelum ini, ialah kerana tidak mendapat logo halal daripada JAKIM. Jadi setelah baru -baru ini Alhamdulillah, saya diproses oleh JAIS, bertaubat, kemudian kami diberi panduan bagaimana untuk memperluaskan bahan pengeluaran iaitu dengan cara memohon untuk mendapatkan sijil halal.
Jadi sekarang GISB di bawah yayasan ini, semua premis perusahaan sedang mengusahakan ini, logo halal. Jadi mudah masyarakat menerima terutama roti. Roti sandwic itu, memang keluaran kami, memang sedap. Dibuat dengan selawat Nabi, ada berkatnya, insyaAllah. Kilang antaranya ada kilang sosej, fishball, meatball, fishcake….

Radio 24:
Maknanya diproses mengikut standard JAKIM?

Puan Hajjah Hatijah Aam :
Bila nak dapatkan lesen, sijil halal ini, memang dipastikan itu. Mungkin selama ini tidak ikut sangat prosedur untuk mendapatkan lesen, sekarang sedang dalam proses.

Radio 24 :
Bukan sahaja restoran tetapi produk makanan juga ya…

Puan Hajjah Hatijah:
Ya, perkilangan.

Radio 24 :
Mungkin boleh cerita produk-produk lain, sosej, lagi roti, kek..

Puan Hajjah Hatijah Aam:
Bakeri yang mengeluarkan kek dan roti itu memang banyak, setiap negeri di Malaysia ni, setiap negeri mungkin ada 3 bakeri. Juga ada kilang air gas (bikarbonat), air alkali.

Radio 24:
Apa nama produk roti ini atau air?

Puan Hajjah Hatijah Aam :
Roti Ikhwan
2536145474_37c089e998
Roti Ikhwan

Radio 24 :
Semua jenama Ikhwan ya, termasuklah minuman?

Radio 24:
Ya, air tapis, air mineral, air gas, alkali, juga frozen food macam roti canai.
2682815474_f0ed9f6415

Datuk Nadzim :
Ini untuk eksport atau kegunaan sendiri?

Puan Hajjah Hatijah Aam :
Mungkin (selama ini) proses percubaan memahirkan pengeluaran itu, jadi kami berniaga untuk persekitaran dulu, local…Tetapi Alhamdulillah, bila Tuhan takdirkan kami bertaubat ini, mudah-mudahan berkat itu, mudah-mudahan akan dapat dieksport sampai ke luar negara

Radio 24 :
Baik, itu antara yang telah diperkenalkan, ubat gigi pun ada..

Puan Hajjah Hatijah Aam :
Pencuci pinggan, segala syampu dan produk wanita

Radio 24 :
Bagaimana produk Puan ini senang berkembang, walau kita terkejut ada restoran, pengeluaran makanan hingga ke ubat gigi termasuk perkhidmatan perubatan, jadi bagaimana ia boleh berkembang, adakah ia secara perlahan… Atau mungkin kita yang tak sedar…..
Bukan mudah untuk ada perniagaan yang cukup besar ini.

Puan Hajjah Hatijah Aam :
Saya tambah lagi produk, kilang mee (mi basah), tahu, itu banyak di utara,
2682823062_d0f5b46a79
Kilang Mi Ikhwan di Kedah

Radio 24 :
Dekat sini tak ada?

Puan Hajjah Hatijah Aam:
Dalam proses, kami akan cuba usaha ‘market’kan selepas dapat logo halal nanti.

Radio 24:
Saya pernah tengok kedai Ikhwan, memang ada tulisan tetapi kalau di KL memang jarang nampak… Tetapi kalau saya pergi ke tempat lain mungkin ada… Kalau di KL pasarannya meluas atau tidak?

Puan Hajjah Hatijah Aam:
Dari kilang-kilang itu akan dihantar ke KL, kami sudah cetuskan rangkaian 4 buah pasaraya yakni di Pelangi Square, Selayang, Segambut dan Bandar Country Homes… Bila itu dikemaskan sebagai rangkaian yang boleh diuruskan untuk memudahkan sistem marketing itu….jadi di situlah akan dipasarkan produk-produk itu.

Ok, tadi ditanya macamana berkembang, saya nak beritahu bahawa Tuhan kita sangatlah Pemurah, jadi bila kita benar-benar menagih, meminta sangat pada Tuhan, supaya dikuatkan orang Islam, bagi modal, penyelesaian, strategi, teknikal, orang-orang yang cukup. Faktornya, Allah yang mencipta kita, menghidupkan dan memberikan kita bermacam kejayaan dan masalah, maka ada hal yang kita perlukan Tuhan untuk campur tangan kerana ada yang tidak boleh diselesaikan.

Datuk Nadzim:
Dalam masyarakat kita hari ini, terutama orang muda, menghadapi banyak cabaran. Kes pil kuda, merokok, apa agaknya prinsip yang diguna perkumpulan ini untuk menjaga mereka dari terpengaruh dengan ancaman luar yang begitu mendesak. Apakah amalan selain dari berdoa?

Puan Hajjah Hatijah  Aam :
Sebenarnya kesusahan yang kita tanggung sekarang ini, itu adalah masalah yang sedang berlaku dalam masyarakat, sebab itu di setiap zaman, apabila manusia sudah mencapai kemuncak kerosakan, Tuhan datangkan Nabi kerana dia sahaja boleh selesaikan.
Dalam staf kami, remaja dan anak-anak ada yang terlibat dalam itu semua.
image

Petikan Website YKPPM.org

Saya dah tubuhkan di bawah YKPPM ini, Pertubuhan Kembali Bersinar Malaysia, (PKBM) khas untuk bahagian dadah, untuk memulihkan dan Alhamdulilah, dengan modul ini, budak-budak tu dah berhentilah, dalam 3 bulan,sudah takut untuk melakukannya, dengan syarat dikawal terus… Ramai…

Datuk Nadzim :
Dalam masyarakat di luar sana, cukup takut, kita lihat begitu ramai yang terlibat…

Puan Hajjah Hatijah Aam :
Oleh kerana hanya Nabi yang dapat selesaikan masalah ini, dalam sejarahnya, maka kami minta mereka selawat banyak-banyak, hubungkan hati dengan Nabi, cakap ‘ Wahai Rasulullah, Nabi akhir zaman, Nabi sampai kiamat, Nabi yang akan memberi syafaat di akhirat, tolonglah, tolong saya… Saya bukannya hendak rokok dan dadah, tetapi saya tidak mampu, tolong mampukan’. Jadi mereka dapat satu pengalaman, yang diberi kekuatan oleh mukjizat Nabi….

Panggilan Pendengar,
Azham
Assalamualaikum Tokki dan Puan Hajjah…
20131123-170610.jpg
Bilik Rawatan Pergigian Utama, Bandar Country Homes.
Dr Azlina Jamaluddin, BDSc (Adelaide) MDSc (London)

Saya rasa tempias bersaudara dengan Ikhwan kerana duduk di Country Homes, saya baru berpindah. Saya terasa bahang kegiatan ekonomi dari kompleks Ikhwan ni banyak membantu. Selain dari restoran yang disebut tadi, saya lihat ada kedai laundry, yang terbaru, kedai cabut gigi pun ada Tokki. Baru-baru ini saya ada buat rawatan saraf (root canal treatment), ada specialist pula tu Dr Azlina. Memang betul Puan cakap nak perbesarkan bahagian perubatan… Alhamdulilah
 

Sample text

Sample Text

Sample Text