Social Icons

Thursday, 30 January 2014

Pengurusan Solat Berjemaah - Membina Warga Kerja Yang Dicari-cari!

Apa yang akan dipaparkan dalam blog ini pada hari ini - mengenai pengurusan solat berjemaah - adalah amalan seharian yang dilakukan oleh seluruh staf dan pelajar di bawah GISB dan YKPPM di seluruh dunia. Paparan ini akan membantu menghalusi semua tindakan berkaitan solat berjemaah di semua tempat yang terdapat warga GISB dan YKPPM. 

Mungkin ianya kelihatan agak keterlaluan kerana kami mesti berada di saf sembahyang sejam sebelum masuk waktu solat. Tentulah ada yang berfikir kalau masa sudah begitu banyak dihabiskan untuk berada di tikar sembahyang, bilakah masa untuk bekerja dan membangun?

Pada kami, keperluan setiap orang mukmin itu ialah sejauh mana Tuhan menilai dirinya. Bukankah manusia itu tidak akan boleh terlepas dari Tuhannya? Seseorang mukmin itu mesti berusaha ke arah melayakkan dirinya menjadi hamba Allah yang diredhaiNya yang sudah pasti tidak akan ada jawapannya. Kita sekadar berusaha semaksima mungkin melakukan semua suruhan Tuhan dan meninggalkan segala larangannya.

Orang mukmin itu sentiasa dibantu Tuhan. Keyakinan orang mukmin sepenuhnya kepada Tuhan. Tidak ada yang berlaku dan terjadi melainkan dengan izinNya jua. Apa saja hajat simukmin, Tuhanlah yang akan memberi tindak balas. Justeru berlama-lama dengan selawat sebelum solat fardhu adalah suatu usaha yang sangat perlu dalam menagih bantuan Tuhan. Jika Tuhan membantu, sekelip mata, apa sahaja boleh berlaku. 

Suatu yang sukar dan sulit pada orang lain tetapi bagi orang mukmin yang dibantu Tuhan adalah perkara biasa dan lumrah. Jika orang lain terkial-kial berusaha berhempas pulas inginkan sesuatu, bagi orang mukmin Tuhan perlakukan sebaliknya. Biasanya bantuan Tuhan terjadi tanpa disangka-sangka. Rezeki datang mencurah-curah bagaikan air banjir sedangkan orang lain mengalami kegawatan ekonomi yang tidak sudah-sudah.

Kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat adalah sebaik-baik suri tauladan menempuh kehidupan. Hidup dan mati mereka untuk Allah dan Rasul. Semua sahabat 'full time' sebagai pejuang yang berjihad pada jalan Allah. Rezeki mereka dijamin Tuhan. Di tangan merekalah Islam berkembang diterima di seperempat dunia.

Orang yang mengejar dunia tanpa memperdulikan masa untuk solat adalah manusia yang malang. Dunia yang dikejar seperti fatamorgana, dikejar tidak akan dapat-dapat. Sedangkan akhirat yang pasti, dilupakan. Niat di hati mengejar untung, apa yang dapat, rugi berganda. Siapakah yang mampu mendidik mereka untuk curiga dengan dunia dan serius dengan akhirat?

Hebatnya didikan Rasulullah yang berjaya membawa hati para sahabat terasa dekat dengan kematian dan akhirat. Rasa takutkan Allah dan nerakaNya menjadikan mereka umat yang banyak menangis. Mereka berpagi-pagi selepas subuh dalam keadaan mata yang merah menangisi untung nasib diri - sepanjang malam. Itulah berkat dan berkesannya didikan Rasulullah saw.

Sebab itu untuk orang mukmin berjaya di akhir zaman, mereka mesti kembali berada awal di tikar sembahyang - sebelum masuk waktu solat. Itulah masa terbaik untuk kita bermuhasabah diri, merenung untung nasib diri kita di akhirat. Ianya akan membentuk peribadi yang takut Allah dan rindu Nabi. Jika peribadi sebegini dapat dilahirkan seramai mungkin, akan berlakulah bantuan Tuhan yang berbagai-bagi. Bila Tuhan membantu, tiadalah ada upaya siapa pun juga untuk menghalang. 

Untuk pengetahuan, warga GISB / YKPPM tidak berlama-lama selepas waktu solat. Sebaik selesai doa imam, Zikir Ilahi Lastu Lil Firdaus akan dikumandangkan beramai-ramai sebagai merintih mengadu hal kelemahan diri kepada Tuhan. Semuanya akan kembali ke tempat tugas masing-masing dalam masa tidak lebih dari lima minit. Kami tetap bekerja keras, melakukan semuanya dengan kadar yang terbaik, berurusan dengan pelanggan dan masyarakat dengan pendekatan kasih sayang. Bukankah Al-Quran menyuruh kita - sebaik habis solat - supaya bersegera bangun untuk bertebaran mencari kurnia Allah di mana sahaja?

Apa yang penting masing-masing membawa hati yang telah dirobek-robek dengan rasa berdosa, rasa bersalah dan rasa tidak mampu. Perasaan hamba sebegini akan menjadikan wujudnya rasa cemas takutkan kemurkaan Tuhan. Mereka akan berhati-hati dalam berbuat atau bertindak. Mereka tidak berbuat secara sambil lewa sebaliknya melakukan semuanya secara serius dan bersungguh-sungguh - kerana Allah!! Dan mereka akan bertanggung jawab dengan amanah yang diberikan. 

Percayalah! Dalam dunia korporat dan dalam skop pembinaan sumber daya manusia, warga kerja yang sebegini adalah warga kerja yang dicari-cari. Insya Allah mereka tidak akan menipu, mencuri tulang dan yang penting tidak perlu diawasi atau diperhati dengan CCTV. Cukuplah Allah bagi mereka sebagai pemerhati!! Inilah kualiti yang hebat yang dunia tidak mampu menemuinya ketika ini!! 



Bersambung ke Bahagian Akhir - Perincian Teknik Pengurusan Solat Berjemaah

Soal Jawab Mengenai Masbuk, Muwafik Dan Lain-lain

SOALAN: Apa maksud masbuk dan muafik.

JAWAPAN: Secara ringkas, muwafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muwafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca Fatihah bersama imam.

Makmum yang muwafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai.

Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca Al-Fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai.

Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.

SOALAN: Jika kita masbuk, apakah syarat Fatihah kita untuk ditanggung oleh imam?

JAWAPAN: Apabila imam selesai membaca Fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna membaca Fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan Fatihahnya dan terus rukuk. Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan Fatihah dan ditanggung oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa Iftitah dan ta'awuz (auuzubillah). Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi Al-Fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya". Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca Fatihah.

Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama'ninah. Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir kerana ianya adalah makruh.

SOALAN: Jika kita muwafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca Fatihah, apa yang perlu makmum lakukan?

JAWAPAN: Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi'li (perbuatan). Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca Fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan Fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).

Namun, mengikut pendapat ulamak yang lebih tepat seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan Fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran. Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir (sederhana) dan hadr (laju). Jadi, kalau pada rakaat pertama kita ketinggalan membaca Al-Fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan Al-Fatihah.

SOALAN: Dalam bab masbuk, adakah nas untuk kita tepuk bahu imam?
 
JAWAPAN: Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, itu jatuh makruh. Kalau kita hendak masbuk, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu atau menguatkan suara semasa bertakbir.
Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa mengimamkan solat Jumaat.

SOALAN: Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal tahiyat awal, bagaimana makmum boleh menegurnya?

JAWAPAN: Dalam hal ini, makmum itu perlu tahu adakah kesilapan itu perkara rukun atau sunat dalam solat. Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua sebaliknya terus qiam selepas sujud. Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur dengan menyebut subhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh sujud sahwi kemudian. 
 
Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya batal. Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar. Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga memberi salam. Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah (berpisah daripada imam).

Wednesday, 29 January 2014

Wah!! Apa Itu Pentadbiran Majlis Hablum Minallah?

Tajuk paparan kali ini mungkin pelik dan agak sukar difahami oleh sebahagian anak cucu dan pembaca blog sekelian. Apatah lagi bagi yang tidak memahami bahasa Arab. Hablum Minallah itu sememangnya satu ungkapan yang berasal dari gabungan 3 kalimah dalam Bahasa Arab. ‘Hablun’ – kalimah pertama bermakna ikatan atau hubungan. ‘Min’ – kalimah kedua bermakna ‘dengan’ dan yang ketiga ‘Allah’ adalah nama Allah. Ianya membawa maksud ‘Hubungan Dengan Allah’. Jadi ungkapan ‘Pentadbiran Majlis Hablun Minallah’ yang dimaksudkan di sini ialah ‘Pentadbiran Solat berjemaah’.

Inilah ungkapan yang dicetuskan oleh Dato Ratu Ibu Hatijah Aam baru-baru ini. Selaku Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS Sdn Bhd dan Yang DiPertua YKPPM, Dato’ Ratu sentiasa muncul dengan idea-idea berinovasi yang sangat unik dan tersendiri. Semuanya bertujuan menjayakan proses pembinaan jiwa juang untuk semua warga GISB dan YKPPM di seluruh dunia.

Seperti mana termaklum GISB / YKPPM adalah dua entiti yang bergerak dalam bidang ekonomi dan sosial. Kedua-duanya berteraskan konsep ibadah atau 'syariah compliant' iaitu menghambakan diri kepada Allah SWT. Ibadah di sini bermaksud hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia. Di dalam Bahasa Arabnya di sebut; ‘Hablum Minallah Wa Hablun MinanNas’. 

Maksud hubungan dengan Allah ialah seluruh aktiviti ibadah yang secara langsung kepada Allah. SWT seperti Solat, membaca Al-Quran, Berzikir, berdoa, berselawat, qiamullail dan sebagainya. Manakala Hablun MinNas pula meliputi seluruh aktiviti kehidupan yang dilakukan dengan syarat-syarat tertentu sehingga ianya dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Ini dikatakan ibadah secara tidak langsung. 

Konsep inilah yang dimaksudkan dalam doa Iftitah (doa pembukaan solat yang dibaca sebaik selesai Takbiratul Ihram ketika memulakan solat). Doa Iftitah ini mempunyai suatu ikrar serta akujanji seorang hamba di hadapan Tuhannya dengan kata-kata; “Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku, aku persembahkan untuk Allah, Tuhan yang Menguasai seluruh alam”.

Inilah ungkapan yang sangat mendalam makna dan akibatnya kepada kita. Bukankah sembahyang itu bermakna kita sedang berdepan dengan Raja bagi segala Raja? Bukankah kita sedang mengadap satu Zat yang maha agung, maha hebat, maha berkuasa, maha mengetahui? Lalu apa yang kita ungkapkan itu sepatutnya menjadi satu bebanan serius untuk kita buktikan dan laksanakan. Tuhan maha memerhati amal perbuatan kita.

Bertitik tolak dari sinilah Dato’ Ratu Ibu Hatijah mengingatkan kami di GISB dan YKPPM agar menjadikan solat berjemaah itu sebagai satu keutamaan dari semua yang utama. Inilah bezanya GISB dan YKPPM dengan yang lain. Kami diajak untuk menjadikan GISB dan YKPPM ini sebagai wadah membesarkan Allah dan Rasul – sama seperti yang diikrarkan di dalam sembahyang setiap waktu. Jika kami gagal melakukan ini semua, seluruh aktiviti yang lain di dalam kedua-dua entiti ini dianggap gagal dan tidak bermakna apa-apa!!

Justeru kenapa perlu ada ‘Pentadbiran Solat Berjemaah’?

Sebenarnya ini hanyalah soal istilah. Janganlah kaget atau kehairanan. Apa yang dimaksudkan pada ungkapan ini bertujuan menarik perhatian kita semua agar serius menjayakan hal-hal yang berkaitan solat berjemaah. Ianya adalah sunnah berdasarkan hadis Nabi Saw yang menyuruh para imam memastikan makmum bersedia dengan barisan saf yang rapat, lurus, kemas dan sebagainya.

Apa yang Dato’ Ratu pesankan sangat ialah perlunya ada petugas khas yang membantu imam dalam hal ini. Para petugas ini dalam istilah tradisional dipanggil ‘siak’. Kita pun tidak tahu dari mana datangnya kalimah atau perkataan 'siak' ini. Yang pastinya ia bukan bahasa Arab tetapi peranan siak lebih kepada pembantu imam dan bilal. 

Siak atau petugas di masjid atau surau pada kebiasaanya akan datang lebih awal untuk membersihkan masjid, menyapu dan mengemas. Ramai atau sedikit bergantung pada besar atau kecilnya masjid atau surau yang hendak diurus. Merekalah yang akan membuka pintu dan jendela, menghidup kipas atau pendingin hawa, membersih karpet, menghampar sejadah dan sebagainya. Termasuk juga tugas ‘siak’ ialah membersih tandas dan ruangan mengambil wudhu.

Pendek kata, para ‘siak’ ini lebih teruk tugasnya secara lahirnya berbanding ‘bilal’ atau ‘imam’. Walau bagaimanapun jika dilihat dari sudut amanah dan tanggung jawab secara maknawi, peranan bilal dan imam tentulah lebih utama dan bermakna. Bilal perlu memastikan azan dilaungkan tepat pada waktunya. Sebaik-baiknya bilal – dengan menggunakan pembesar suara, mengalunkan selawat atau ‘bacaan tarhim’ (untuk waktu Subuh) agar membantu para Jemaah bersedia untuk ke masjid mengerjakan solat berjemaah. 

Bilal juga mesti memastikan para makmum sudah bersedia mengerjakan sembahyang dengan barisan saf yang lurus, rapat dan kemas. Bilal mesti berdiri betul-betul di belakang imam sebagai persediaan menggantikan imam jika ada hal yang tidak dapat dielakkan berlaku kepada imam. Bilal jugalah orang utama menegur imam jika imam terlupa atau tersilap mengerjakan sembahyang – dari sudut bacaan atau perbuatan. Bahkan jika imam terbatal solatnya, bilallah yang mesti tampil ke depan menggantikan imam.

Manakala imam pula tentulah lebih berat tanggung jawabnya. Secara batinnya imam perlu menerajui proses membawa hatinya dan hati para makmum ‘mikraj’ kepada Tuhan. Sebab itu sebaik-baik imam yang perlu dipilih ialah mereka yang alim dan warak. Alim di sini, cukuplah sekadar mengetahui dan memahami ilmu fardhu Ain di bidang thaharah (kesucian) dan ibadah sahaja sekira-kira sahlah ibadah solatnya dari sudut bacaan dan perbuatannya. 

Apa yang penting ialah waraknya. Warak bermaksud seseorang itu sudah mempunyai tanda-tanda hati yang khusyuk dengan Tuhan samada di dalam atau di luar sembahyang. Orang yang warak sangat menjaga halal haram di dalam kehidupannya. Mereka sangat berhati-hati didalam kehidupan, pekerjaan dan bermasyarakat. Mereka sangat takut berbuat dosa dan sangat serius melaksanakan perintah Allah. 

Itulah asas penilaian warak atau tidaknya seseorang. Selain itu sangatlah bernilai waraknya itu jika dia dipercayai oleh anggota masyarakatnya sehingga menjadi tempat rujuk kepada sebarang masalah. Ertinya dalam keadaan dia seorang yang warak, dia juga diterima sebagai seorang ‘pemimpin’ di dalam masyarakat, maka elok sangatlah dia juga dipilih menjadi imam; memimpin solat berjemaah.

Oleh itu, jika seseorang yang mempunyai pengetahuan tinggi di dalam bidang agama tetapi tidak ada warak pada diri dan peribadinya dan masyarakat pun tidak berkenan dengan peribadinya maka dia bukanlah seorang layak menjadi imam. Itulah keutamaan pada syarak. Orang yang mesti dipilih menjadi imam ialah seorang yang tahu serta faham tentang ilmu fardhu ain mengenai solat dan warak pada watak peribadinya. 

Seseorang yang berilmu sekadar fardhu ain di bidang ibadah sahaja tetapi warak adalah lebih afdhal dilantik menjadi imam. Imam yang berkelayakan sebegini diharapkan para makmum juga akan terbina hati mereka merasai kekhusyukan kepada Tuhan. Inilah amanah terbesar yang mesti dipikul oleh para imam. Tentulah ianya suatu yang sangat sulit. Membawa dan mengekalkan hati sendiri untuk terhubung dengan Allah swt pun sudah sangat sukar, apatah lagi untuk membawa hati para makmum yang lebih ramai. Sedangkan setiap makmum tidaklah sama tahap iman mereka.

Soalnya apakah yang dimaksudkan pentadbiran solat berjemaah pada masa sekarang?

Sila ikuti paparan seterusnya. Pak Lang berhenti dulu setakat ini agar paparan ini tidak terlalu panjang.  Ampun maaf!

Monday, 27 January 2014

Wanita Biasa Menjadikan Suami Itu Segala-galanya, Wanita Luar Biasa Berjaya Jadikan Tuhan Itulah Hidup Matinya!

Ramai wanita berjaya menempa sejarah tersendiri sepanjang usia mereka.  Mereka mampu berbuat berbagai kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat dan bangsanya. Persoalannya ialah bagaimana mereka di sisi Tuhan. Apakah semua titik peluh perjuangan mereka dinilai berharga di sisi Tuhan? Apakah setelah seluruh hidup dihabiskan untuk 'perjuangan mendaulatkan bangsa' dia hanya sedar diakhirnya bahawa dirinya hanya layak menghuni neraka?

Wanita yang luar biasa itu mendapat sumber kekuatan dari Tuhannya. Manakala wanita biasa itu sumber pendorongnya adalah nafsu dan syaitan yang sentiasa membelenggu dirinya. Kedua-duanya dilihat bekerja dan berjuang tetapi nilaian mereka di sisi Tuhan tentulah jauh berbeza. 

Di majlis-majlis kenduri - terutama di kampung-kampung, kita akan lihat ramai yang berdatangan membantu memasak, menghidang dan berbagai kerja. Semuanya bergotong royong menolong tuan rumah agar majlis kenduri itu berjalan lancar dan sempurna. Tidak ramai yang jujur dan ikhlas. Kebanyakannya kelihatan menunjuk-nunjuk, berbangga dengan barang kemas di badan masing-masing, mengumpat, bergaul bebas dan sebagainya. Yang lebih dahsyat ialah mereka dengan mudahnya meninggalkan solat dengan alasan sibuk. Tentulah hasil yang mereka dapat adalah kemurkaan Tuhan.

Itu hanya dari sudut kenduri kendara. Belum lagi ditinjau dalam sudut pekerjaan seharian atau perjuangan yang diri mereka terlibat. Biasanya itu semua boleh dinilai dan dikenal pasti kejujurannya. Terutama para pemimpin masyarakat, jika mereka mudah menipu masyarakat, mudah jugalah masyarakat melihat kejelekan diri mereka.

Jika ditilik dari semua sudut, ternyata terlalu sedikit manusia yang berjaya melepasi hal sebegini. Keikhlasan adalah anugerah terbesar dari Tuhan untuk hamba-hambaNya yang terpilih. Kita mohon Allah pimpin hati kita dalam berperasaan dan menjaga niat di awal, pertengahan dan di akhir setiap amal pekerjaan. Ya! Sulitnya mengawal hati.

Bagi hamba-hamba Allah yang insaf, dia akan mensyukuri setiap detik duduk dalam majlis atau suasana yang mendorong hati ingat dan takut Tuhan. Apatah lagi majlis yang berjalan dengan hasrat 'memasukkan Allah dan Rasul' ke dalam hati kita; Mungkin dalam masa sama kita juga sedang diuji dengan kesakitan, kekurangan, kemiskinan, kesulitan kewangan dan sebagainya. Jika kita berhati insaf, semuanya sangat kita syukuri kerana himpunan segalanya itu sangat memproses hati2 kita untuk rasakan betapa kerdilnya kita sebagai hamba dan betapa maha berkuasanya Allah.

Begitu juga ujian kepada wanita yang berpoligami. Hanya wanita luar biasa sahaja yang akan terpimpin melepasi setiap libasan nafsu syaitan yang sentiasa berlaku. Hanya wanita yang terdidik sahaja yang boleh menerima poligami sebagai proses membuang cinta dunia. Wanita biasa tidak menyedari penyakit mereka yang dahsyat. Wanita biasa tentulah wanita yang mudah kena tipu. Cinta mereka dengan suami pun, tidak disedari sudah dirosakkan oleh nafsu. 


Wanita solehah akan sangat merasakan bagaimana poligami dapat membuang cinta dunia dari hatinya. Wanita biasa hanyut dalam kecintaan dan ‘tuhannya’ itu adalah suaminya. Antara suami dan Allah, dia tidak pasti mana satu keutamaannya. 

Sebab itu untuk mendidik wanita, poligami adalah jalan terbaik. Justeru, Rasulullah saw dan para sahabat rhum menjadi pengamal poligami yang berjaya membina model ikutan. Hanya melalui proses didikan poligami sahajalah, akhirnya tuhanlah yang dibesarkan dalam diri dan kehidupan seseorang wanita atau isteri. Bukan lagi membesarkan suami sehingga Tuhan dilupakan dari hidup. Suami dijadikan segala-galanya meninggalkan Tuhan tidak dipedulikan. Cinta suami tidaklah ke mana. Kasih sayang suami akan ada pasang surutnya sedangkan cintakan Tuhan adalah kesempurnaan, kebahagiaan dan keselamatan. Bukankah tidak mungkin ada dua cinta di dalam hati yang satu? Allah!!   


Inilah rahsia didikan untuk para wanita di dalam GISB / YKPPM. Sebenarnya tidak ada apa-apa amalan 'magic' utuk menundukkan kaum hawa ini melainkan pendidikan ruh. Juga tidak ada pengaruh jin jembalang yang digunakan bagi membolehkan seseorang muslimah GISB / YKPPM tunduk untuk bersetuju dengan poligami. Ianya adalah bagaimana hati mereka dibawa mikraj kepada Tuhan. Sejauh mana dan selaju mana hati mereka dapat dipecut menuju Tuhan, sejauh itulah mereka berupaya tunduk, taat dan patuh dengan kehendak suami dan perjuangan mendaulatkan sistem hidup berpoligami yang sangat berwibawa. 

Dato' Ratu Ibu Hatijah Aam yang menerajui proses mendidik wanita untuk bersetuju dengan poligami ini, akan terus memastikan sistem hidup keluarga poligami ini terus wujud dan berkembang. Di dalam GISB / YKPPM, poligami adalah proses berterusan melahirkan warga kerja yang mempunyai Tuhan di dalam hati mereka. 

Dan perlulah diingat poligami juga adalah proses kelayakan seseorang suami dalam memimpin isteri-isteri yang tentunya berbeza latar belakang, berbeza ilmu dan pengalaman, berbeza jiwa dan perasaan. Keupayaan mendidik wanita yang pelbagai ragam watak adalah pertanda seseorang suami itu berpotensi dimanahkan tugas memimpin kelompok masyarakat yang lebih besar. 

Maka sebaik-baik wanita itu ialah yang sanggup dibuat apa saja demi mendapatkan Allah dan Rasul. Manakala wanita yang malang dan rugi itu ialah mereka yang tidak mahu menundukkan nafsu. Memilih untuk terus bersama nafsu adalah pertanda sombong dan angkuh dengan Tuhan. Cukuplah sekian lama tertipu dengan nafsu dan dunia. Jadilah wanita-wanita terbaik dan jadilah wanita pilihan Tuhan di akhir zaman.

Sunday, 26 January 2014

Kekayaan, Kesenangan Dan Kemewahan Hanya Sekejap - Penderitaanlah Yang Lebih Lama dan Panjang

Setelah umur lebih separuh abad, Pak Lang berpeluang menyaksikan berbagai perkara di dunia dan menempuh bermacam pengalaman. Banyaklah yang boleh diambil iktibar. Rupa-rupanya  ada perkara yang kita fikirkan di masa muda, secara realitinya tidak dapat kita lakukan. Tuhan telah tetapkan segalanya.

Sebagai contohnya ialah soal mencari kesenangan. Siapa pun memang mempunyai cita-cita hidup senang lenang, kaya raya dan sebagainya. Cuma Pak Lang dapati biasanya hal sebegitu tidak lama. Kalau pun sudah berhempas pulas berusaha sejak muda, hanya taqdir Tuhan yang akan berlaku. Kadang-kadang kita lihat dalam berusaha mencari kesenangan - untuk keluarga dan anak cucu - tanpa mengira halal haram semuanya di rempuh asalkan dapat apa yang diharap-harapkan. Bla kekayaan sudah melimpah ruah, baru hendak berehat dan santai, datang pula berbagai masalah baru. Sebenarnya masalah ini wujud sejak awal usaha mengejar dunia. 

Ditipu, dirompak, difitnah, dituduh di mahkamah, kerugian, perceraian, kematian anak atau isteri, menderita sakit, sakit jiwa dan berbagai ragam masalah lagi adalah 'pakej' ujian yang datang silih berganti. Inilah yang lumrah terjadi. Ianya sangat menginsafkan betapa dunia itu sangat menipu. Kadang-kadang kelihatan tidak ada apa-apa tetapi setelah kesenangan yang dikejar begitu lama, bila sudah dapat, rupanya ada masalah lain yang menanti bersama kesenangan. Banyak kesusahan yang tersembunyi di sebalik kesenangan. Itulah yang malangnya,.

Pak Lang kenal ramai tokoh gerakan Islam di Malaysia yang berkata umat Islam mesti kaya untuk bela Islam. Maka mereka pun berusaha dengan berbagai cara - yang halal dan haram - demi memastikan mereka jadi kaya. Dan untuk membolehkan kekayaan itu menjadi tapak membangunkan 'Islam' yang dicita-citakan, maka mereka memujuk anak-anak untuk bersekolah di mana-mana sekolah Islam. Yang hantar ke sekolah tahfiz pun ramai. Asalkan sianak mahu belajar, siayah akan sangup menghantar mereka ke mana sahaja. 

Ada seorang tokoh yang ada cita-cita Islam, 30 tahun lalu berfikiran seperti apa yang Pak Lang nyatakan ini. Anaknya 3 orang dihantar ke sekolah tahfiz. Si ayah sibuk menguruskan dunia korporat - mengejar dan merebut peluang demi peluang. Kesibukan mengurus perniagaan yang makin berkembang menjadikan dia lupa niat awalnya. Dunia korporat yang dikejar. Empayar perniagaan dikembang biakkan dengan pelbagai bidang operasi di bawah anak-anak syarikat. Maka akhirnya anak-anak tidak sempat habis belajar. Mereka dipangil pulang untuk membantunya menguruskan perniagaan. Cita-cita mewujudkan sekolah tahfiz yang serba lengkap - hasil kekayaan yang ada - tidak kesampaian. Apa yang dicita-citakan dulu hanya mampu wujud dalam hatinya di peringkat awal; apabila masa berlalku, dunia yang melingkari hidup berjaya mengubah cita-citanya ke arah membina empayar perniagaan - tidak lagi 'empayar perjuangan. 

Ada seorang tokoh lagi, sibuk dengan usaha perniagaan yang datang tergolek di depan mata. Anugerah kontrak daripada rakannya seorang menteri menjadikan cita-cita untuk bangunkan sebuah pusat kebajikan golongan tua terhenti begitu sahaja. Kesibukan berniaga dan peluang yang sentiasa datang menjadikan dia tidak ada masa memikirkan cita-cita awalnya. Sedangkan niatnya berniaga adalah untuk mencari sumber kewangan bagi membantu golongan warga emas yang ramai terlantar dan terbiar.

Ada pula seorang kenalan Pak Lang yang sombong bila sudah kaya raya. Belajar dulu sama-sama di Al-Azhar tetapi setelah balik dan ter;libat dalam politik, tawadhuknya hilang. Pura-pura dan menipu menjadi budaya. Dia sempat kaya dan senang lenang dalam masa 8 tahun sahaja. Nafsu tentulah belum puas tetapi 8 tahun itu sudah lama mengecap nikmat dunia. Apa yang berlaku, isterinya meninggal dunia. Dia berkahwin lain.  Anak-anaknya ketandusan kasih sayang yang akhirnya terjebak dengan dadah. Kalau dulu dia bergelut mencari dunia, sekarang dia bergelut menguruskan 2 orang anak lelaki yang sudah ketagih dadah. Sudah beberapa kali ditahan polis kerana ditahan di pusat hiburan dan bila diuji air kencing mereka didapati positif dadah. Dia malu dan menderita. Hidupnya kehilangan bahagia.

Apa yang Pak Lang nampak, kekayaan dan kesenangan itu hanya beberapa tahun sahaja. Janganlah tersilap menganggap masa yang sama dia juga bahagia; sememangnya dia tidak bahagia sedari awal. Orang yang bergelut dengan dunia tidak menempuh bahagia yang hakiki. Senang lenang yang ditempuh tidak bersama bahagia di hati. Hati yang makin kosong, menjadikan hubungan dengan Tuhan makin longgar. Sembahyang sudah tidak dipentingkan. Jadi 'kesenangan' hanyalah sementara. Selepas itu bersedialah pula menerima giliran kesusahan. 

Ada berbagai pakej kesusahan yang Tuhan sediakan untuk dirasai setiap insan. Bukankah pergiliran nikmat dan ujian itu adalah janji Tuhan?

Ada seorang wanita korporat bergelar Dato' yang berjaya. Hartanya berjuta ada di mana-mana. Kekayaannya juga tidak lama. Hasil hubungan baik dengan pihak tertentu banyaklah peluang yang berjaya direbut. Tetapi jangka masanya menempuh kekayaan itu tidaklah lama. Hanya 10 tahun dia merasa mencapai kemuncak 'kejayaan dan kekayaan'. Tahun ke sebelas, dia disahkan mengidap kanser payu dara tahap 4. Pak Lang dibawa suaminya untuk membaca surah Yasin dan mendoakannya. Ketika Pak Lang sampai, Dato' ini sedang di kerusi roda. Air matanya  mengalir di pipi. Wajahnya pucat, rambutnya tidak terurus. Dato' ini hanya menggagahkan membuka mulut dengan berkata. "Ustaz! tolonglah saya Ustaz, Saya sekarang sudah tidak fikirkan apa lagi. Semua yang saya miliki, sudah tidak ada ertinya pada saya. Saya insaf Ustaz!! Saya hanya minta satu perkara sahaja dengan Allah Taala... Saya minta saya disihatjkan semula. Saya sangat berharap Tuhan sembuhkan penyakit saya ini. Tolonglah doakan saya Ustaz!!"

Selepas 3 hari, Dato' ini meninggal dunia di hospital yang sama. Pak Lang teringat dia berjanji akan membantu siapa sahaja selepas ini. Dia menyesal selama ini melanggar perintah Allah. Dia berazam mahu menebus kesalahannya yang lalu. Tetapi hajatnya tidak kesampaian kerana Tuhan maha tahu. 

Jadi bagi anak cucu yang terfikir hendak mengejar dunia, renungilah semula kisah-kisah tadi. Dunia akan menjauhkan kita dari Tuhan dan akhirat. Dunia akan melalaikan kita. Bukan tidak boleh tetapi siapa yang berani bolehlah cuba tetapi janganlah menyesal seperti mereka yang lain menyesal. Lagi pula, tidaklah lama mengecap kesenangan kerana ada banyak kesengsaraan lain pula yang datang beriringan. 

Lihatlah rumah-rumah besar dan mahligai indah di sekeliling kita. Ada yang usang ada yang masih gagah tersergam. Semuanya pernah dan sedang diduduki orang-orang kaya dan berada. Mahligai usang dan lesu itu tentulah sudah tiada penghuninya. Dunia yang dikejar akhirnya terpaksa ditinggalkan bila nyawa ditarik malaikat maut. Mahligai yang masih gagah pula hanya menunggu hari ditinggal pergi.

Mengejar dunia, rosaknya di semua segi, di hujungnya sengsara. Mengejar Tuhan, dapat akhirat yang kekal abadi yang segalanya nikmat kebahgiaan. Inilah tujuan kehidupan.

Di Palembang, seorang wanita pegawai tinggi Tentera Negara Indonesia (TNI) bertemu Dato' Ratu Ibu Hatijah Aam. Dia menitiskan air mata ketika memberi ucapan meluahkan rasa hatinya. "Saya tercari-cari tujuan dan matlamat saya hidup di atas muka bumi ini. Adakah sekadar belajar sampai ke universiti, berkahwin, bekerja, mempunyai anak, sakit dan kemudian mati. Saya tidak mahu hidup yang sebegini. Ini hidup yang tidak ada maknanya! Saya mahu hidup yang ada tujuan - kenapa saya dihidupkan Tuhan?" 

Luahan hatinya dijelaskan oleh Dato' Ratu Ibu Hatijah bahawa hidup kita adalah untuk Tuhan. Bukankah kita dihidupkan oleh Tuhan? Bukankah kita selalu ungkapkan dalam solat, ikrar dan janji kita untuk menyerahkan segala-galanya yang ada kepada Tuhan yang mencatur alam. Jadi kenapa kita tidak jadikan hidup mati kita untuk Tuhan? Apa yang dilaksanakan dalam jemaah  Ikhwan (GISB HOLDINGS / YKPPM) adalah semata-mata untuk membela Allah dan Rasul. Hidup kita adalah Hidup sebagai seorang hamba dan khalifah, sebagai seorang abid dan pejuang. 

Percayalah jika kita jadikan Tuhan sebagai matlamat, hidup kita akan penuh dengan aktiviti yang tidak memungkinkan kita bersenang-senang atau santai-santai. Kita akan temui satu kehidupan yang penuh dengan program untuk membesarkan Tuhan. Setiap ruang waktu kita adalah ibadah. Dalam kehidupan kita seharian, kita kena promosi Tuhan di tengah masyarakat. Kita kena wujudkan aktiviti atas nama Islam untuk memperlihatkan Islam itu hebat, gagah, kaya dan berwibawa. Inilah maknanya kehidupan seorang mukmin. Dia mesti aktif dan berperanan sebagai seorang yang kuat hubungan hatinya dengan Tuhan. Dan dalam masa sama, dia juga seorang yang aktif bekerja untuk Islam, untuk Allah dan Rasul. Dia akan sanggup berkorban apa saja demi untuk menjayakan cita-cita ini. 

Ibu beranak dua ini meninggalkan majlis dalam keadaan hatinya sudah puas menerima jawapan yang dicari-cari selama ini. "Saya telah bertemu dengan apa yang saya cari. Inilah kebenaran dan Insya Allah, saya akan turut serta memperjuangkannya!!"

Bagaimana Kenal Pasti Mesin ATM Yang Ada Alat Pengimbas Data

Maklumat berikut hanya sekadar informasi bagi kita semua. Semoga ianya berguna dan membantu kita berhati-hati bila menggunakan mesin ATM KLIK SUMBER

Baru-baru ni heboh berita tertumpasnya satu sindiket mencuri maklumat dan wang pengguna mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan alat pengimbas data setelah polis berjaya menahan seorang lelaki warga Poland di pusat beli-belah Suria KLCC di sini.

Modus operandi sindiket tersebut ialah mencuri data daripada pelanggan mesin ATM melalui alatan pengimbas tersebut sebelum membuat kad klon mereka dan mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa di luar negara.

Jadi di sini kami ingin kongsikan bersama anda bagaimana untuk mengenal pasti mesin atm yang ada alat pengimbas data atau dipanggil “ATM skimming device” dan langkah-langkah keselamatan semasa mengeluarkan wang di mesin ATM.

Apa itu ATM Skimming Device?
ATM skimming device adalah satu alat yang digunakan oleh penjenayah untuk menyalin data dari jalur magnetic kad ATM pengguna.
Alat ini selalunya bersaiz kecil dan diletakkan di mesin-mesin ATM tanpa disedari oleh pengguna.

Di mana hendak mengenalpasti alat ini di mesin ATM?





Mesin ATM normal
Penunjuk masuk kad yang berkelip dapat dilihat dengan mudah.
Kebanyakan alat pengimbas data akan menutup penunjuk masuk kad yang berkelip ini.

Mesin ATM yang ada alat pengimbas
Alat ini direka untuk kelihatan seperti sebahagian dari mesin ATM itu sendiri.
Penunjuk masuk kad yang berkelip tidak dapat dilihat dan tempat untuk memasukkan kad juga berbeza.

Contoh-contoh alat pengimbas data kad ATM yang dipasang di mesin ATM








Contoh-contoh alat perakam nombor pin kad atm yang dipasang di mesin ATM



Wednesday, 22 January 2014

Gambar Sekitar Maulid Rasul Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong



























 



Luahan Hati Seorang Wanita Bergelar Isteri

Kisah di bawah ini hanyalah kisah wanita-wanita biasa. Belumlah lagi kisah yang benar-benar hebat dan luar biasa. Ianya tindakan biasa daripada seorang isteri yang menyedari kelemahan dan kealpaan diri. Jika wanita yang solehah tentu lebih hebat pendekatannya!!
Bacalah kisah ini, sekurang-kurang dapat mendorong para isteri ;bermuhasabah' diri. 

Saya Mariah (bukan nama sebenar). Saya telah bergelar isteri selama 4 tahun dan saya seorang yang berkerjaya. Selama 4 tahun kami telah berkahwin tetapi tiada rezeki kami untuk menimang cahayamata. Saya bukanlah seorang isteri yang sempurna untuk suami saya. Mungkin kerana saya penat setelah pulang kerja, saya jarang melayan suami saya. Saya jarang memasak untuk beliau. Selalunya kami makan diluar. Pernah suami saya meluahkan yang beliau ingin merasa air tangan masakan saya.

Kata suami saya, beliau ingin nak rasa apabila beliau outstation rasa akan rindu masakan saya seperti kita rindu masakan ibu kita. Kata suami saya, beliau bukan minta saya masakkan nasi beriyani ke..nasi ayam ke setiap malam. Sekadar goreng ikan atau masak sardin pun sudah memadai kerana beliau faham akan keletihan selepas pulang dari kerja. Selain dari itu beliau juga meminta saya cuba pakai pakaian yang agak seksi pada waktu malam. Kata beliau sekadar sedap matanya memandang setiap malam. Sudahlah siang tak berjumpa. Waktu malamlah untuk bersama. Saya tak endah pun kata-katanya. Bagi saya waktu malam singkat. Kenapa nak pakai cantik-cantik. Saya balik pukul 7.30pm setiap hari dan tidur pukul 10.00pm. Saya hanya ada 2 jam setengah sahaja.

Lama kelamaan hubungan kami agak dingin. Kami tinggal berjauhan kerana suami saya outstation selama setahun. Walaupun setiap weekend kami selalu berjumpa hubungan kami masih dingin. Sehingga suatu hari saya lihat di facebook beliau skandal beliau dengan seorang perempuan yang masih lagi bujang. Seperti terkena halilintar hati saya ini. Saya teliti akan gambar perempuan tu. Nak kata cantik tidak la sangat tetapi saya lihat dia pandai bergaya.

Bagai luruh hati saya. Macam-macam saya fikir..
Mungkin saya telah tua..
Mungkin juga kerana kami tidak mempunyai cahaya mata membuatkan suami saya cari yang lain..
Tiap-tiap malam saya mengalirkan air mata..
Sehingga suatu hari..suami saya call saya…
Beliau menyatakan hasrat untuk tinggal bersama.
Saya tanyakan kenapa?

Beliau berkata sudah 4 tahun berkahwin selepas tu duduk jauh pula. Anak pun tak de.. Beliau berhasrat untuk berusaha bersama. Minta nasihat dari doctor pakar dan sebagainya. Akhirnya kami pun tinggal bersama.. Saya masih lagi terkenang-kenang tentang skandalnya bersama perempuan itu. Walaupun kami tinggal bersama hati saya masih lagi rasa lukanya. Saya juga lihat perubahan suami saya. Dahulunya dia seorang yang baik dan penyabar. Sekarang beliau seorang yang cepat marah. Saya rasakan mungkin kerana saya tidak setanding dengan perempuan tersebut. Tiba-tiba pada suatu malam suami saya meminta saya memakai baju tidur yang seksi sikit. Dia kata bukan dia minta saya pakai ala-ala macam orang barat tu. Sekadar minta saya memakai gown atau skirt tidur.

Saya teringat apa yang pernah diminta sebelum kami tinggal berjauhan dahulu. Saya pun kata padanya saya akan mencari baju-baju itu nanti. Beliau kata nanti dah dapat claim kat dia. Semasa di pejabat keesokan harinya saya tidak sabar-sabar menunggu waktu lunch untuk pergi mencari baju-baju tidur yang seksi. Waktu lunch itu saya keluar ke Ampang Park untuk mencari baju tidur. Puas saya mencari tetapi tidak jumpa baju tidur yang agak seksi. Sampai di ofis, saya bertanyakan officemate saya mana nak cari baju tidur. Officemate saya tanyakan kepada saya. Saya tak segan ke nak beli baju-baju seksi kat kedai. Saya kata saya segan juga. Kemudian beliau berkata kepada saya..cuba cari kat internet sebab beliau pun beli baju-baju tersebut di internet.

Saya terima nasihat officemate saya tu. Saya surf di internet dan menempah 3 helai baju tidur. 2 helai yang design biasa seperti gown dan sehelai lagi yang agak seksi. Tiga hari kemudian saya menerima baju saya. Tak sabar-sabar rasanya ingin pulang ke rumah menggayakan baju yang telah saya terima itu.

Pulang ke rumah seperti biasa saya kepenatan..
Saya tanyakan kepada suami saya nak makan apa malam ni?
Suami saya kata beliau tak kisah nak makan kat mana.
Saya kata nak saya masakkan?..

Saya nampak muka suami saya agak terkejut. Kemudian beliau tersenyum..ok je kalau nak masak tapi lauk tiada nak masak.. Telur ada la.. Saya cadangkan kepada suami saya untuk memasak nasi goreng. Beliau bersetuju.. Kami makan pada malam di rumah yang jarang-jarang sekali selama 4 tahun saya memasak dan makan di rumah. Saya lihat suami saya berselera makan nasi goreng saya pada malam itu walaupun saya rasa terkurang garam. Selepas makan saya terus mandi dan mengenakan baju yang saya terima tengahari tadi di ofis. Kemudian saya turun ke ruang tamu di bawah untuk menggayakan baju di depan suami saya. Sekali lagi saya lihat wajahnya agak terkejut. Kemudian tersenyum dan berkata.. “Cantiknya isteri abang malam ni…berapa kena claim ni?”..

Kami ketawa bersama..
Sekarang Alhamdulillah hubungan kami semakin mesra dan suami saya sudah tidak marah-marah lagi walaupun saya lihat kadang-kadang beliau cuba menahan kemarahannya. Saya pernah masuk kedalam facebook beliau dan perkara yang mengejutkan saya beliau telah un’friend’ perempuan tersebut.

Dan sekarang saya telah mengandung 2 bulan.
Nasihat saya kepada isteri-isteri diluar.
Masaklah apa sahaja untuk suami anda. Walaupun ikan goreng (suami saya amat sukakan ikan goreng yang saya masak). Pakailah pakaian yang seksi sedikit untuk suami anda. Tidak salah rasanya untuk berpakaian seksi di depan suami. Jagalah jangan suami anda terhidu bau busuk dari badan atau pakaian anda. Lelaki akan rasa dia tidak dihargai!! Jadi kembalikan kemesraan anda seperti masa anda mula kahwin dahulu..

Sekian..
Source: http://mspeanutbutterpancake.blogspot.com/2011/04/kisah-untuk-dijadikan-tauladan-buat.html

Ciri Wanita Solehah Yang Dikagumi Lelaki


Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.

Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.
 
1. Bina Hubungan Hati Dengan Tuhan
Kuatkan hubungan hati anda dengan Tuhan melalui ibadah solat, bangun beribadah malam, berwirid, berzikir, baca Quran, bersedekah dan sebaaginya. Kaum lelaki kebanyakannya boleh menerima isteri yang taat dengan perintah Allah walaupun kereka sendiri agak culas. Jadi beramallah dengan niat mendapatkan cinta Allah dan Rasul nanti kita akan memperolehi perhatian dan kasih sayang suami. 

2. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

3. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

4. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

5. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

6. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

7. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

8. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

9. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

10. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

11. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

12. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
 
13. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
 
14. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
 
15. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

16. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

17. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

18. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
 
19. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
 
20. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
 
21. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

22. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya. Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda, nanti anda akan lihat betapa wanita solehah itu di sisi Tuhan.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text