Social Icons

Wednesday, 26 February 2014

Dato' Seri Jamil Khir - Tindakan Tegas Jika Kassim Menyeleweng Islam


 
Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil terhadap karyawan dan bekas aktivitis politik Kassim Ahmad sekiranya terbukti pandangan-pandangannya bercanggah dengan prinsip dan sumber hukum ajaran Islam, berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setakat ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) masih mengumpul maklumat dan bukti berhubung kenyataan Kassim dalam seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lepas.

Kassim pada majlis itu dilaporkan mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' dan mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan, serta rambut wanita bukan aurat.

"Sekiranya ada bukti terhadap anti hadis dan penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan pelancaran Zon Hijau di sini hari ini.

Jamil Khir berkata tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah itu adalah di bawah bidang kuasa Jawi kerana mengikut perlembagaan negara, di bawah Jadual 9 agama Islam berada di bawah bidang kuasa negeri-negeri.

Mengulas mengenai kenyataan seorang wanita dari negeri pantai timur yang mempersoal kuasa ALLAH dalam akaun Facebook 'Murtads In Pantai Timur', katanya beliau akan mengarah Jakim untuk mengambil tindakan ke atas akaun itu dengan segera.

Beliau berkata pada masa ini, isu yang menyentuh sensitiviti agama Islam dengan kandungan berunsur provokasi dan negatif di laman sosial semakin serius sehingga menimbulkan provokasi.

"Jakim sendiri pun berterusan memantau perkembangan ini dan kita berterusan bekerjasama dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) bagi menyekat sebarang provokasi yang melibatkan sensitiviti agama Islam di laman sosial," katanya.

Katanya, situasi itu berlaku seolah-olah ada agenda tertentu oleh pihak terbabit sehingga sanggup menggunakan agama Islam sebagai alat untuk mencetuskan provokasi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. - Bernama 


http://www.sinarharian.com.my/nasional/tindakan-tegas-jika-kassim-menyeleweng-islam-1.254228

Penipuan Juruwang Di Kaunter Petronas?


Kisah berikut bukanlah pengalaman Pak Lang. Pak Lang hanya paparkan di dalam blog ini untuk pengetahuan kita semua dan berjaga-jaga. Pak Lang sendiri kalau mengisi minyak akan pesan pada anak-anak supaya tengok bacaan meter minyak yang masuk ke tangki. Sekurang-kurang kita pastikan sendiri. Ianya adalah hak dan tanggungjawab kita sebagai penguna. Pihak Petronas atau pemiliknya tentu tidak berniat menipu dan sebagainya. Cuma hal sebegini terdedah pada kesilapan dan kekhilafan manusia yang sifat semula jadinya mudah lalai, tersilap dan tersalah. Bacalah...
 

Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan.......

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang…)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.

Lelaki Bangladesh itu tanya, “abang bagi kat cashier yang mana?”. Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

“Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

“Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

“Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang. Terkedu.. saya terus bertanya, “tak ada orang report ke kat bos you ke?”

Jawabnya, “Bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja”

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10. Perempuan itu dengan selambanya, “Sorry silap tekan”.

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

“Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..
“Sorry bang, saya silap tekan tadi.” – jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini. “Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf. “Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak.”

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh. Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.

sumber: buletinhangat.blogspot.com

Kisah Sayu - Status Terakhir Gadis Dalam Facebook Seakan Tahu Ajal Tiba Pada Hari Lahir (22/2/2014)




“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun….dukacita dimaklumkan bahawa Adiba Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30 petang. Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada’. Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt.”

Bayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ?

Itulah antara satu status ucapan takziah kepada diri sendiri oleh seorang remaja di profil Facebook dengan nama Dieba Yazt Mien. Status itu ditulis pada 7 Februari 2014, 15 hari sebelum satu kemalangan berlaku di Kampung Perana, Langkawi pada dua hari lepas, 22 Februari 2014 yang meragut nyawanya.





Apa yang lebih menyayat hati, 22hb Februari itu juga merupakan tarikh ulang tahun kelahiran beliau. Mungkin ia hanyalah satu kebetulan. Namun sehari sebelum kejadian itu juga, Adiba turut memuat naik status seakan-akan menduga hari itu merupakan hari terakhir beliau.

“esok nak have fun puas-2 ^_^ mana lah taw kod-2 esok malam last aku hidup dan aku senyum depan semua yang aku sayangg:)



Walaupun dalam status tersebut, beliau mengatakan hendak bergembira puas-puas. Tapi sebenarnya beliau bukanlah seorang gadis yang suka bersosial dan berhibur. Melalui komen rakan-rakan beliau mengatakan Adiba seorang budak yang baik dan maksud bergembira itu hanyalah bersama keluarga dan rakan sekolah.







Kisah ini pasti menyentuh hati setiap insan yang membacanya. Apapun ajal maut ditangan tuhan. Seperti apa yang tertulis dalam status beliau pada 7hb lepas, marilah kita doakan Allahyarham Adiba Yasmin Ahmad ditempatkan dikalangan para solehin dan shuhada’ dan semoga beliau mendapat rahmat dan belas Ihsan Allah swt. Aminnnn. Al-Fatihah…

Sumber: tengoktvonline.blogspot.com

Perjuangan Islam Masa Kini Adalah Perjuangan Tingkatkan Ekonomi


Paparan berikut dengan tajuk di atas bukanlah tulisan Pak Lang. Cuma Pak Lang paparkan di sini sebagai menjadi bahan perhatian kita semua. Semoga ada manfaatnya. Sila layari blognya: http://insanberdakwah.blogspot.com

Apabila saya menyebut keperluan umat Islam tolong-menolong antara satu sama lain dalam soal ekonomi, ada yang menyatakan hal ini tidak patut disebutkan, nanti akan difahami oleh sesetengah pihak sebagai ‘perkauman’. Suara itu dinyatakan kepada saya kerana saya ingin menggalakkan masyarakat muslim membantu sedaya mungkin membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh saudara-saudara muslim kita. Saya katakan; saya tidak menyuruh memulaukan barangan ‘orang lain’. Saya cuma mengajak agar diberikan keutamaan disebabkan beberapa faktor.

Antaranya; keadaan ekonomi umat Islam yang agak ketinggalan terutama di sudut sebagai kuasa pengeluaran. Sedangkan kita mempunyai kuasa membeli yang agak tinggi. Juga seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh. Para peniaga muslim menghadapi cabaran yang kuat di sudut persaingan. Agak sukar untuk kita dapati pasaraya-pasaraya besar dimiliki oleh muslim atau memasarkan barangan keluaran muslim. 


Ini berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu yang memerlukan satu kajian luhur mengenai hal tersebut. Di samping itu, kedai yang dimiliki oleh umat Islam juga jumlahnya terhad. Demikian juga barangan produk muslim lebih terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli barangan produk umat Islam. Sama ada disebabkan oleh faktor kualiti, atau perasaan yang lain, saya kurang pasti. Keadaan ini tentu akan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam sendiri tidak membeli di gerai, kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh saudara muslim mereka. Demikian juga keadaan menjadi lebih buruk sekiranya umat Islam tidak membantu membeli produk muslim.

Dunia Islam Lemah 


Di peringkat antarabangsa pula, negara-negara umat Islam masih lagi bergantung kepada dunia Barat. Inilah salah satu faktor yang menjadikan dunia Islam dayus terhadap Barat. Padahal banyak bahan mentah dimiliki oleh umat Islam terutamanya minyak, tetapi masih gagal untuk menjadikan dunia Islam blok yang digeruni. Kita masih lagi gagal untuk mengujudkan kesatuan dagang yang kukuh dalam dunia Islam. Maulana Abu Hasan ‘Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik Dunia Arab dalam tulisannya dengan menyatakan:
 

“Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya…sesungguhnya dunia Arab tidak dapat dapat memerangi Barat- jika keadaan memerlukan demikian- selagi meraka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. 

Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain”. (Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Maza khasira al-`Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 416, Kaherah: Maktab al-Sunnah)

Ini realiti yang berlaku. Maka jangan kita tanya, mengapa ramai ‘pak arab’ yang tabik tidak henti-henti dengan Barat. Ekonomi kebanyakan dunia Islam dijajah. Maruah kita menjadi rendah. Kita hakikatnya hamba penjajahan ekonomi. Sekalipun sesetengahnya kelihatan mewah, namun negara umat Islam ramai yang masih meminta sedekah.

Senjata Ekonomi
 

Keadaan ini benar-benar mendesak, bahkan kita dalam keadaan darurat yang menuntut agar setiap kita berfikir membantu menaikkan kekuatan ekonomi umat Islam. Dunia hari ini sudah berubah dibandingkan dahulu. Bukan hanya kekuatan persenjataan yang menentukan penguasaan sesuatu bangsa atau negara itu terhadap percaturan dunia. Bahkan ekonomi juga memainkan peranan penting dalam menentukan perubahan peta. Firman Allah dalam Surah al-Anfal: 60: (maksudnya): "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh-musuh Islam) dengan apa yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu, serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

Ayat ini adalah perintah Allah untuk muslimin menyediakan kekuatan menghadapi musuh-musuh umat. Kekuatan yang mesti disiapkan itu ialah dari jenis apa sahaja yang mampu menggerunkan musuh. Kuda adalah salah satu daripadanya yang dapat dilihat oleh manusia di zaman penurunan al-Quran dan juga selepas itu. Pada zaman sekarang dari segi persenjataan, senjata-senjata canggih yang wujud pula menduduki tempat tugasan menggerunkan musuh. Maka umat Islam mesti berusaha menyiap dan memilikinya. Di samping itu kekuatan ekonomi juga adalah senjata baru dalam membina kekuasaan di era moden. Kekuatan ekonomi mampu membawa kepada hasrat yang sama iaitu menggerunkan musuh. Maka membina kekuatan ekonomi di zaman ini adalah satu tuntutan agama.

Produk Muslim

Malangnya kita cuai dan alpa. Kita ketinggalan dan dihina. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari bahan galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita…jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimpot bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta–kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, m.s.12-13, Beirut: Muassasah al-Risalah).
 


Dalam keadaan sebeginilah umat Islam dalam semua peringkat individu dan negara dituntut melahirkan sikap persaudaraan Islam. Menghasilkan produk keluaran muslim yang berkualiti adalah suatu kewajipan agar kita bebas dan tidak bergantung kepada orang lain. Demikian juga membeli produk muslim, atau di kedai dan pasaraya yang dimiliki oleh orang Islam adalah kewajipan agar tanggungjawab tersebut berjaya disempurnakan. Bagi peringkat antarabangsa berdagang sesama negara umat Islam adalah kewajipan kerajaan-kerajaan umat Islam yang ada.

Kita sekarang berperang dalam sudut ekonomi, tingkatkan ekonomi, tingkatkan persaudaraan sesama islam. Buang politik yang memecah belahkan. Jangan sesekali menggunakan nama Islam, perjuagan islam demi parti politik anda. Cuba lihat di negeri-negeri tawanan Pas sekarang. Paling mundur dan ketinggalan. Sekarang tiba masa nasib Selangor dengan masalah air pula.
 

Tidak kah anda terfikir untuk berapa banyak wang, masa yang di habiskan demi perjuagan ceramah-ceramah politik? Cuba jadi seorang yang realistik. Apa penyelesaian perjuagan islam dengan ceramah-ceramah politik??? Tiada!!!
 

Jadi jangan buang masa, tingkatkan ekonomi masing-masing. Berjuang kerana islam


Sampai bila kita boleh bersaing dengan pasaran dunia kalau asyik bersemangat perjuangan parti kutuk mengutuk sesama islam? Jawapan semakin ke belakang. Ingat Allah tidak akan mengubah nasib hambaNYA kecuali dirinya sendiri ingin berubah ke arah yang lebih baik.
 

Sekian.

Wacana Sinar Harian 26: Wakaf Mampu Atasi Monopoli

 
Wacana Sinar siri ke 26 kelmarin berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama baik dari hadirin.

Wacana Sinar Harian siri ke-26 berjudul ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ telah berlangsung di Auditorium Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf kelmarin.

Wacana tersebut menampilkan barisan panelis yang tidak asing iaitu tokoh korporat negara, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan. Manakala, Dr Maszlee Malik bertindak sebagai moderator.

Ikuti transkrip penuh wacana ini yang disediakan wartawan Sinar Harian.

Moderator: Pada permulaan sesi, seperti biasa kita akan memberi peluang kepada ahli panel untuk berkongsi pandangan mengenai tajuk ini.

Wan Saiful: Sebagai pembukaan, kita perlu tahu dan faham maksud sistem pasaran bebas. Prinsip pertama yang penting ialah pertukaran secara sukarela antara dua pihak tanpa paksaan daripada mana-mana pihak luar.

Misalnya jika si A mahu menjual secara sukarela dan si B mahu membeli secara sukarela, harga yang ditentukan ialah harga yang dibincangkan antara kedua-duanya berdasarkan prinsip tawaran dan permintaan.

Namun, pasaran akan menjadi tidak bebas apabila ada pihak ketiga masuk campur dalam urusan jual beli tersebut. Kemasukan pihak ketiga tanpa tuntutan pembeli dan penjual menyebabkan pasaran menjadi tidak bebas.

Apabila bercakap dalam 'public policy', perkara ini perlu di aplikasi dalam peranan kerajaan. Contoh paling senang, kerajaan tidak boleh masuk campur dalam urusan jual beli yang telah dipersetujui si A dan si B tadi.

Kedua, sistem pasaran bebas merupakan sistem yang amat mementingkan kebolehpercayaan dua belah pihak. Ia bermula dengan konsep moraliti, akhlak dan juga adab ketika berurusan. Apabila hendak berurusan antara dua orang, maka saya perlu memulakan dengan sikap bersangka baik dengan orang yang nak beli dan jual.

Ketiga, untuk membolehkan manusia bersangka baik antara satu sama lain, perlu ada sistem peraturan yang jelas. Ini penting supaya dapat menghapuskan konsep yang syubhah.

Keempat, perlu menghormati kebebasan individu untuk menandatangani perjanjian. Ini amat penting sebab dalam sistem pasaran bebas, harga ditentukan oleh sistem pasaran, perjanjian antara dua orang.

Pasaran bebas merupakan satu-satunya sistem yang memaksa penjual untuk bersaing dengan penjual lain untuk memastikan pembeli dapat harga terbaik.

Konsep persaingan ini amat penting kerana tanpanya, hak pembeli tidak dapat dijaga dengan baik. Jadi kita kena ingat konsep ini pro-pasaran bukan pro-bisnes. Konsep pro-bisnes atau melindungi perniagaan adalah konsep yang tidak bebas.

Misalnya kerajaan ada syarikat yang dijaga dan diberi kelebihan dan akhirnya tiada jaminan kebajikan awam dipelihara. Sebaliknya, pro-pasaran dapat menghalang monopoli dan kawalan harga yang boleh menyebabkan pembeli dizalimi.

Dr Asri: Saya akan fokus kepada perkataan ekonomi Islam kerana ramai yang masih keliru. Apabila hendak pergi ceramah, orang cari jenama-jenama Islam.

Sebahagian orang ingat perniagaan Islam itu kalau ada gambar masjid, tulisan Arab, atau ditambah perkataan ‘al’. Sebahagiannya pula merasakan ekonomi Islam apabila ada ustaz duduk dalam panel itu. Apabila ustaz kata halal, maka ia halal.

Tapi apa sebenarnya ekonomi Islam yang ALLAH SWT hantar syariat itu? Kita lihat banyak jenama di'arab'kan, misalnya perbankan, walaupun dari segi kandungannya tidak mencapai undang-undang Islam. Ada wujud unsur penindasan dan tidak adil. Kita masih tidak dapat mengeluarkan orang Islam daripada kemiskinan. Yang penting dalam ekonomi Islam ialah etika. ALLAH menyuruh adil dan ehsan.

Ehsan adalah makam yang lebih tinggi daripada adil. ALLAH tulis ehsan dalam setiap perkara. Di dalam pengurusan urus tadbir ekonomi, politik, rumah tangga dan seumpamanya. Tujuan syariah, apa yang sebenarnya Islam mahu? Dalam semua akad ini, dibuat supaya tiada unsur penindasan dan kezaliman.

Hari ini ramai yang mahu menggunakan ekonomi Islam dan jenama Islam. Adakah ekonomi Islam ini untuk menjadi sistem alternatif atau kerana memenuhi pasaran? Apakah bezanya? Kesannya sama, maka di situ jelas, akhlak dan nilai yang mesti kita lihat kembali.

Muhammad Ali: Persoalan yang lebih penting lebih relevan ialah bagaimana tentukan agihan harta sumber rezeki orang Melayu dan menjamin pendapatan lebih tinggi.

Ini penting supaya majoriti tidak hanya dipegang orang lain, tetapi tiba masanya majoriti orang Islam bangkit dan maju melalui ekonomi. Jadi kita perlu ada reformasi agihan harta supaya lebih adil dan penting laksana strategi jangka panjang serta merta.

Kerajaan menyediakan banyak dasar untuk menyelesaikan kos sara hidup seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), subsidi dan sebagainya.

Tetapi tidak dapat menyelesaikan cabaran yang kita hadapi. Habis subsidi, kita masih di takuk lama. Apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk tingkatkan pendapatan.

Islam telah menjelaskan iaitu 9/10 sumber rezeki ialah melalui perniagaan. Kos sara hidup bukan fenomena inflasi sementara. Kelas menengah terjejas dan banyak revolusi bermula apabila golongan ini memberontak.

Kita perlu laksanakan segera strategi tingkatkan pendapatan rakyat. Kos sara hidup bukan masalah kalau pendapatan tinggi. Bina institusi yang berupaya secara berterusan jana pendapatan tinggi.

Sekarang ini kita harapkan swasta saja, itu penting tetapi Islam bukan anti pasaran. Tapi pasaran bebas pun ada bahayanya, yang kaya bertambah kaya. Jadi perlu ada strategi yang berdasarkan bisnes dan korporat.

Bisnes dipacu oleh bisnes sendiri bukannya bisnes dipacu oleh kerajaan, tapi jangan lupa peranan kerajaan untuk seimbangkan ekonomi. Gaji pekerja swasta dari 2007 hingga 2010 hanya meningkat 2.4 peratus setahun.

Ini tidak mencapai sasaran kita menjelang negara maju pada 2020. Sebaliknya, purata margin korporat swasta melambung. Harta kekayaan dikumpul sebahagian besar korporat, swasta yang bukan milik orang Islam.

Kita kena basmi monopoli. Jika pangkal ini kita tidak selesaikan, sampai bila pun subsidi tak akan cukup.

Kuasa monopoli meminggirkan semua dan ini berlaku di seluruh dunia kerana sistem kapitalis asasnya zalim. Kita perlu cari alternatif dan Islam telah menjelaskan jangan biarkan kekayaan berputar dalam kalangan orang kaya saja.

Itu sebab saya bimbang kalau pasaran terlalu bebas dan terlalu liberal. Apa kesannya kalau terlalu liberalisasi? Antara punca utama peminggiran ekonomi majoriti Melayu?

Kebocoran dan ketirisan hak milik orang Melayu. Puncanya ialah dasar penswastaan, liberalisasi ekonomi, dan korupsi. Di Mesir, berlaku revolusi kerana orang marahkan Mubarak. Di Malaysia pun ada Mubarak iaitu ‘Melayu Buruk dan Rakus’. Mereka lupa pegangan agama, lupa bahawa harta itu amanah, golongan ini yang merosakkan.

Jadi reformasi dalam ekonomi itu penting, bukannya lancar jihad perangi orang tengah. Yang lebih penting ialah jihad perangi kerakusan dan korupsi.

Galak dan permudahkan perusahaan kecil dan sederhana untuk berkembang. Serahkan amanah dan kekayaan kepada usahawan yang ahli.

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) jangan diswastakan dan saya yakin kita boleh bina kepentingan GLC di landasan yang betul. Jangan dibiarkan GLC makan orang lain.

Jadikan GLC sebagai institusi amanah, galakkan pembangunan usahawan dan naikkan gaji pekerja swasta melalui GLC. Jihad perangi monopoli seperti dikatakan tadi.

Berikan mereka kebebasan dalam berniaga. Fokus kepada memperkasakan umat. Guna strategi bisnes dan elak kaedah tamak dan rakus. Bangunkan korporat adil dan institusikan amanah.

Amanah inilah yang membezakan sistem Islam dengan bukan Islam. Hak kekayaan milik ALLAH kita wakafkan. Bina wakaf korporat.

Hari ini wakaf terkenal dengan tanah kubur, masjid. Ini tidak salah tetapi aplikasikan dalam sektor bisnes. Bayangkan kalau syarikat-syarikat besar ini pemilik wakaf. Ada bahagian kita masing-masing, ada hak orang miskin ke atasnya, ada juga bahagian untuk kebajikan dan sebagainya.

Korporat hartanah membuatkan orang yang kaya bertambah kaya. Ada yang beli tanah harga murah kini bertambah mahal dan itu menjadikan mereka kaya, bukan kerana kehandalan dalam perniagaan.

Saham GLC biarkan dipegang oleh wakaf, jangan dibiarkan. Rapatkan jurang harta. Ubah sistem supaya dapat jadikan ia sebagai pembangunan komuniti. Islam menggalakkan institusi, secara berjemaah ini diutamakan bukan kepentingan individu. Dahulukan rakyat, bukan swasta korporat.

Kesimpulannya, berhentikan kebocoran hak milik dan tolak penswastaan. Kita mahu 20, 30, 100 tahun lagi pun tidak apa, 70 peratus ekonomi negara diterajui majoriti iaitu warganegara miskin. Bayangkan jika GLC diwakafkan, insyaALLAH mereka dapat pelihara kepentingan generasi akan datang. Sudah tiba masanya sistem ekonomi negara diterajui wakaf korporat bukan tamak dan rakus.

Moderator: Daripada gambaran yang diberikan, seolah-olah kapitalis itu jahat. Apa pula pandangan Wan Saiful mengenai sistem pasaran bebas yang dikatakan kapitalis?

Wan Saiful: Saya rasa tidak ada hujah mengatakan dasar pasaran bebas ini adalah dasar yang salah. Apa yang disebut monopoli bukan dasar pasaran bebas. Monopoli adalah satu amalan yang berlaku bila ada campur tangan dalam sistem pasaran apabila wujud seseorang mengawal keuntungan produk yang dikeluarkan.

Contohnya, kalau kita tengok pada syarikat Telco. Lihat pada bebannya. Berlakunya monopoli apabila lesen untuk Telco jalankan perkhidmatan dan sebagainya dikawal oleh kerajaan seterusnya diberi kepada golongan tertentu atau syarikat tertentu sahaja. Itu yang telah dipersetujui dalam perjanjian. Oleh sebab itu, memang ada keperluan untuk ada kepakaran dan sebagainya.

Tetapi yang menyebabkan berlakunya monopoli ialah apabila kerajaan yang memegang kuasa memberikan kebenaran untuk jalankan perniagaan kepada individu tertentu.

Misalnya jika di telco kita lihat kemudahan elektrik, servis internet di rumah kita, kenapa ada satu pembekal sahaja di setiap negeri? Sedangkan jika kita pergi ke negara lebih maju, kita boleh tukar sistem pembekal berdasarkan perkhidmatan yang disediakan. Jika syarikat itu lebih mahal boleh bertukar kepada syarikat lain. Jadi itu menggalakkan persaingan.

Akhirnya fokus adalah untuk membantu meningkatkan ekonomi mana-mana golongan masyarakat. Apa yang kita perlu buat kita tekankan keusahawanan. Keusahawanan salah satu daripada sistem dan yang lagi satu sistem bagi golongan kerajaan yang makan gaji. Jadi matlamatnya sama, tetapi ada perbezaan dari segi istilah di sini.

Contohnya bila disebut monopoli dan sebagainya, seolah-olah semua ini dilihat menjurus ke arah korupsi, tetapi bagi saya ia tidak. Sepatutnya sistem pasaran dapat mengurangkan rasuah.

Sebab itu kami di IDEAS, telah menerbitkan buku ‘Memerangi Rasuah’. Sebab rasuah musuh dalam sistem pasaran. Cuma apa yang perlu dilakukan bagaimana nak bantu golongan miskin. Ini yang jadi masalah.

Tidak semua orang boleh jadi berjaya, usaha bagaimanapun bukan mudah untuk hidup senang. Jadi bila tidak boleh berjaya, mereka memerlukan bantuan.

Bagaimana nak bantu, sekali lagi kita berbalik apa yang kita sebut iaitu bukan subsidi jawapannya. Subsidi bukan satu daripada sistem pasaran. Yang sepatutnya dibuat ialah sistem wakaf, sistem zakat yang ada dalam budaya kita.

Dan saya seronok sekiranya GLC dikembalikan kepada rakyat. Sekiranya GLC pemilikan tidak lagi milik kerajaan, automatik akan jadi swasta, kita menswastakan apa dimiliki oleh kerajaan, memang terminologi dari segi aplikasi tidak penting, tetapi perbincangan perlu betulkan dahulu. Justeru definisi pada istilah penting.

Moderator: Isunya yang Tan Sri cuba bawa tadi realiti berlaku di Malaysia, jika swasta tidak dimiliki rakyat tetapi dibolot oleh pihak tertentu dalam pekerjaan.

Wan Saiful: Berbalik pada proses penswastaan, ada banyak kekalutan, jangan disebabkan ada orang Islam mencuri, jadi Islam galakkan pencurian.

Begitu juga apabila ada pihak menyalah gunakan kuasa dalam sistem pasaran, tidak boleh salahkan pasaran. Pengaruh kerajaan terlalu banyak. Sehingga boleh salah gunakan kuasa.

Muhammad Ali: Memang saya sendiri bimbang, bukan kerajaan perlu lakukan segala-galanya, tetapi pasaran.

Hebatnya Islam sokong sistem pasaran bebas, tetapi ada perbezaan berlaku dalam konteks liberalisasi ekonomi, bebas segala-galanya sehingga orang yang kaya boleh bolot segalanya sehingga mengetepikan hak orang lain. Jadi tiba masanya umat Islam mendepankan idea-idea mereka, institusi seperti wakaf, zakat dan sedekah mainkan peranan.

Maknanya saya bimbang jika biar swastakan semuanya boleh ketepikan kepentingan orang lain. Kuasa swasta dipegang segelintir syarikat korporat yang besar, akan bolot dari generasi ke generasi. Bila tiba masa membesar perlu jaga kepentingan orang ramai.

Moderator: Banyak institusi, zakat, Baitulmal, saya dengar sasaran zakat Selangor RM300 juta, tetapi RM451 juta telah dicapai. Logiknya keuntungan banyak ini tidak timbul bawah 40 peratus orang Islam masih miskin. Apa masalahnya Dr Asri yang pernah jadi Mufti dahulu.

Dr Asri: Peningkatan zakat lebih tinggi berbanding tahun 2001 hingga 2010, Selangor contohnya berjaya kutip RM1.6 bilion, tetapi tahun ini berjaya kutip setengah bilion. Kita ada wang yang banyak, ada zakat dan berbagai-bagai badan Islam.

Kempen pelbagai juga telah dilakukan untuk membayar zakat. Tetapi masalah berlaku apabila diberi kepada pusat zakat, bagaimana ia diuruskan. Ini yang kita sebut adakah jenama Islam yang kita pentingkan termasuk bangunannya, tulisan khat di belakang kaunter tetapi sebenarnya bagaimana urus tadbir diuruskan.

Aset orang Islam dalam bidang kuasa pasaran sangat tinggi, zakat diuruskan betul boleh ubah segalanya. Misalnya di Kelantan, banyak pembayar melunaskan zakat di negeri tersebut, tetapi masih tersenarai negeri kedua paling ramai menerima bantuan kebajikan masyarakat. Ke mana pergi zakatnya, bagaimana diuruskan.

Selain itu, hanya di Malaysia ada ada 14 mufti. Juga mempunyai 14 pusat kutipan zakat dan 14 Majlis Fatwa negeri, projek Islam. termasuk semua benda nak jual, air mineral yang sememangnya halal letak cop halal lagi, semuanya kerana duit, tetapi ke mana wang ini pergi. Akhirnya balik kepada kita. Soal urus tadbir harta iaitu ketulusan dan amanah.

Moderator: Agama lain di negara luar, berusaha bangunkan ekonomi menjadi cemerlang. Misalnya Gereja Katolik berjaya hapuskan kemiskinan.

Sri Lanka juga guna konsep wakaf mereka sendiri dapat bangunkan rakyat. Adakah kita perlu membangun tanpa bantuan kerajaan, sebab itu boleh ke hadapan. Adakah masalah kita Baitulmal, wakaf letak bawah kerajaan, jadi tidak berkembang?

Dr Asri: Fakta harus terima realiti di negara ini sebab ada kebaikannya, tetapi bila agama kita berada di bawah kuasa negeri kita tidak bebas, jadi semua orang terpaksa buat dengan ambil keizinan.

Walaupun ada cukup mekanisme tetapi tidak boleh dilakukan. Begitu juga dengan wakaf, segalanya memerlukan kelulusan negeri. Saya kadang-kadang sokong cara Indonesia pihak agamanya ada benda perlu berani untuk berpendirian walaupun kerajaan tentang.

Pada suasana kita, ada positif tapi terlalu terikat hingga Islam hilang inovasi sehingga susah nak lakukan sesuatu. Ini membantutkan idea bagus untuk melakukan sesuatu yang baik.

Muhammad Ali: Kelebihan wakaf, hari ini ramai nak niaga, dah ada modal tetapi susah nak dapat tapak. Memang sebagai ahli perniagaan banyak terima aduan masalah kurang tapak dan harga kadar sewa yang tinggi. Justeru penting ekonomi Islam untuk beli tanah.

Tidak sampai 10 peratus tanah milik orang Islam. Jika lama-lama kita akan tertindas. Nak masuk niaga pun satu perkara mustahil. Jika mengikut sejarah banyak harta milik orang Islam, tetapi disebabkan kekangan banyak terlepas. Jika ada wakaf harta itu akan kekal.

Ada badan wakaf dan liberal untuk dapatkan lesen wakaf. Di Turki banyak universiti wakaf ditubuhkan sebab lebih liberal. Itu maksud saya dalam hal ehwal keputusan agama, hasil yang berkaitan dengan perniagaan dan ekonomi Islam tidak perlu dikawal.

Wan Saiful: Birokrasi dari segi wakaf memang tidak dinafikan dan ia wujud disebabkan pentadbiran agama telah dirampas ahli politik dan berkuasa , sebab itu bagi saya ia rasa satu kekangan yang perlu dibuat yayasan adalah konsep yang sama seperti wakaf untuk membantu orang kalau di Malaysia kalau sekiranya nak tubuhkan yayasan.

Kalau di UK kalau di US 3 bulan selesai pendaftaran kerana proses di sana lebih senang. Jadi yang perlu dibuat saya rasa wakaf dan yayasan perlu disatukan kita bercakap adalah dasar kerajaan, dia perlu diambil pentadbiran, tetapi dalam polisi kita sekarang kami cuba untuk menjaga kanak-kanak daripada keluarga yang miskin bagi memastikan penjagaan yang baik, ini menyebabkan dasar yang ada kepentingan untuk membantu yang memerlukan.

Muhammad Ali: Saya melihat yayasan wakaf korporat satu perbezaan ini merupakan satu badan korporat bukan untuk kebajikan tapi untuk mengatasi monopoli nilai-nilai yang tamak,.

Yayasan tidak akan menyelesaikan masalah kerana bila syarikat korporat berkuasa dia boleh membeli semua, macam mana cara untuk mengatasi, yayasan untuk kebajikan sahaja.

Wan Saiful: Kita kena melihat kepada prinsip, bagaimana nak bantu sekali lagi dalam Islam kena melihat kepada tanggungjawab, kita untuk bantu duit zakat kita bagi saudara mara dahulu sedangkan ia adalah tanggungjawab yang memerlukan.

Dr Asri: Bagaimana membantu ekonomi orang Islam dalam menangani kemelut ekonomi perlu ada perbincangan. Bagaimana membelaskan kekuatan yang sediakan perbincangan zakat lebih meluas kita ada lebih 1 bilion setiap tahun di seluruh negara, kalau dikumpulkan semua peruntukan 2 bilion khususnya untuk membantu orang Islam, bagi membantu kesusahan yang dihadapi. 
http://www.sinarharian.com.my/nasional/wacana-26-wakaf-mampu-atasi-monopoli-1.254701

PRESS STATEMENT - An Answer For Dr Kasim Ahmad Who Is An Anti-Hadith.

PRESS STATEMENT BY:
Dato’ Hatijah Aam
Executive Chairman GISB HOLDINGS - An Answer For Dr Kasim Ahmad Who Is An Anti-Hadith.

Allah SWT has appointed His Messenger. Prophet Muhammad PBUH. This matter is not only found in Hadith, even in the Holy Quran, as Allah mentioned at the beginning of Surah Al-Fath: “Muhammad is the Messenger of Allah ( Messenger of Allah)…..” (Please refer to Al Fath, verse 29)

Allah has established that in the kingdom of Allah, there are enough personnel among the angels, jinn and human beings! This universe was created after the creation of the first being that is Nur Muhammad ! Adam as the first human body was created only after the creation of the Light of Muhammad ! This is the faith of the Members of Sunnah Wal Jamaah which is upheld by the Muslims in Malaysia ! ( Please refer to the e - Fatwa / JAKIM - Released Date : January 22, 2002 ) .

The anti-hadith group is in fact, anti-God ! Because Allah is the One who appoints the Apostle to receive the revelation brought by the Archangel Gabriel ! Towards Prophet Muhammad, God asserts in Qur'an how the Prophet is protected from any flaws. Allah's proclamation which means : "And he ( Muhammad ) does not speak from his nafs ( ill desires ), and that he will say nothing except revelations which are revealed to him. " ( Surah An- Najm : verse 2-3 )

The Messenger is not only the source of hadith, but also for the Qur'an that was sent down to him! Whoever rejects the hadith is in fact rejecting the Qur'an ! Whoever rejects the Prophet Muhammad, it means he is refusing something that comes from God ! Allah emphasized this in the Quran which means, " Whatever the messenger brings to you, do take it, and whatever he has forbidden , then do leave it . " ( Surah Al -Hashr : verse 7 )

Dr. Kasim would know that the enemy who is very against Allah and His Messenger are the Jews. Has not the Qur'an reminded us of this in the Surah Al - Baqarah, which means : " You will please neither the Jews nor the Christians unless you ( the Muslims ) follow their faith. " ( Surah Al Baqarah : Verse 120 ) .

These work of rejecting Allah and His Messenger, as well as the Quran and Hadith are none other than the teachings created by the Jews! Allah's curse on this ! The outcome is a breakdown in relationship between the Muslims with their Prophet. It also disconnects the relationship between a servant and his Lord ! Which means when Dr. Kasim strives to promote this teachings of anti-hadith, without realizing it, he is actually fighting for Judaism ! So he is definitely guilty ! He has committed a great sin because he is taking others along and influencing others to reject hadith !

Dr Kassim Ahmad has made a terrible mistake, thinking that he can connect direct with God without the Prophet. While for one to be a legally true Muslim, one has to accept Allah and acknowledge the presence of the Prophet. That is the essence of the Kalima Syahadah that we recite . The Prophet cannot be ignored if we wish to have God . While in our prayers, we are in extreme need of the Prophet to protect and bring our hearts to Allah ! Is Dr. Kasim able to be in full concentration ( khusyuk ) throughout his prayers without any help from the Prophet ! While nafs ( ill desires) and Satan, at every second, they try to keep away the human being from being focused with God even during prayers. Actually the Prophet is really necessary in life, similar to the need of having Allah in life. Dr. Kasim, if you call on Allah for help when you are in hardships , would not the Prophet be the one who did that to you, Dr ? Because Allah created the Prophet to help chase away the nafs and satan that wish to send humans to Hell !

Dr Kasim, if you said that you do not need the Prophet and his Hadith in your life as a Muslim, it means that you are saying with just the companions, they are sufficient to save the world of ignorance with Islam.

If that is the case, is Dr. Kasim alone enough to save the world with Islam? The Prophet is not needed? In fact, all the hadith of the Prophet are the descriptions and explanations to shape up the Al Quran into an Islamic way of life ! Islamic Empire can be established, for us to be able to be Muslims as well, all are carried out by Prophet Muhammad PBUH and his hadiths. Without the Prophet Muhammad and his hadiths , the companions themselves would not be able realize the Al Quran in life! 
 
Prophet Muhammad was sent to explain the requirements of the Quran, isn't that so?, just as Allah's words which mean, " We have sent down to thee ( Muhammad ) the reminder that is the Qur'an ), so that you may explain to mankind what has been revealed to them, hopefully they will reflect " (Surat an- Nahl - verse 44 ) .

Dr. Kasim would surely have known about Prophet Muhammad who is currently with the Quran and Hadith, realizing the second resurgence of Islam as what he has promised to his people ! In fact, he is not only being the Prophet in this world until the end of time!. In fact in the field of Mahsyar he will still remain in his role, to intercede ( shafaat ) for the believers. Such a big role for the Prophet when all the other prophets can no longer provide any help.

Anti-Hadith teachings are supposedly worried about the authenticity of the Hadiths as there is no guarantee that the Hadiths are not fabricated. That's their claim , when in fact, Allah and His Messenger have guaranteed that the devil are not able to resemble the Prophet ! What more, to change the all deeds of the Messenger PBUH during his lifetime. Which means no one can deny the Prophet. Islam is desperately in need of the Prophet . Without the Prophet there is no Islam ! " Lo! in His Messenger, there is a good example ( role models ) for all of you ... " ( Surah Al -Ahzab : verse 21 ) .

We chant the azan call before prayer, that is to declare that we have a Prophet who is performing his role ! The prayer is not only for the people living during his lifetime! But our Prophet Muhammad SAW is still maintaining his role even after his death ! Meaning the hadiths of the Prophet are being implemented and defended by the Holy Prophet himself! This means that he is fighting for all the hadiths to be revived in the lives of Muslims at present until the end of time as a life system at level of an empire.

Does Dr. Kasim think he has the strength equivalent to the Prophet, thus he is willing to challenge the hadiths of the Prophet who is the leader of all the other prophets ? How brave indeed Dr. Kasim is with God, the Owner of the universe who appointed Prophet Muhammad as His Messenger ?

If Dr Kassim Ahmad still does not want to repent, and if we really want to save Islam, to save the Muslims so that they are not disconnected with the Prophet, the authorities have a duty to do what is necessary towards this enemy of Prophet Muhammad !

O Muslims , especially Dr Kassim Ahmad , Let us long for our Prophet so that he is willing to accept us as his people. While in the field of Mahsyar later on , please help to intercede us, O Prophet whom we yearn ! Thank you.

Tuesday, 25 February 2014

Jawapan Kepada Dr Kasim Ahmad yang Anti-Hadis - Untuk Perhatian Bukit Aman dan JAIS.

KENYATAAN AKHBAR OLEH:
Dato’ Hatijah Aam
Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS - Jawapan Kepada Dr Kasim Ahmad yang Anti-Hadis.

Allah SWT telah melantik PesuruhNya, Nabi Muhammad SAW. Hal ini bukan hanya ada di dalam hadis bahkan di dalam Al Quran seperti yang Allah sebutkan di awal Surah Al-Fath: “Muhammad itu adalah utusan Allah (pesuruh Allah)…..” (Sila rujuk Surah Al Fath, ayat 29)
 
Allah yang menetapkan bahawa di dalam kerajaan Allah itu ada petugas-petugas yang cukup ramai dari kalangan malaikat, jin dan manusia! Alam ini diciptakan sesudah diciptakan makhluk pertama iaitu Nur Muhammad! Nabi Adam selaku jasad pertama manusia itu diciptakan hanya sesudah penciptaan Cahaya Muhammad itu! Ini ialah aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia! (Sila rujuk e-Fatwa / JAKIM - Tarikh Keputusan: 22 Jan, 2002).

Golongan anti-hadis, sebenarnya anti-Tuhan! Sebab Allah lah yang melantik Rasul untuk menerima wahyu yang dibawa oleh Malaikat Jibrail! Terhadap Nabi Muhammad, Allah menegaskan di dalam Al-Quran betapa Baginda terpelihara daripada sebarang kesilapan. Firman Allah yang bererti: “Dan tidaklah dia (Muhammad) itu berbicara dari hawa nafsunya, tidaklah yang diucapkannya itu melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Surah An-Najm: ayat 2-3)

Rasul itu bukan sahaja sumber hadis, tapi Al- Quran itu diturunkan padanya! Siapa menolak hadis hakikatnya menolak Al Quran! Siapa menolak Nabi Muhammad ertinya menolak sesuatu yang datang dari Tuhan! Allah tegaskan hal ini dalam Al-Quran yang bererti, “Apa saja yang dibawa oleh rasul untuk kamu maka ambillah, dan apa saja yang dia larang, maka tinggalkanlah.” (Surah Al-Hasyr: ayat 7)

Dr Kasim tentulah tahu musuh Allah yang sangat menentang Allah dan Rasul ialah Yahudi. Bukankah Al-Quran telah mengingatkan kita tentang hal ini dalam Surah Al-Baqarah yang bererti: "Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap kamu (umat Islam) sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Surah Al Baqarah: Ayat 120).

Kerja-kerja menolak Allah dan Rasul serta menolak Quran dan Hadis ini tidak lain tidak bukan ialah ajaran ciptaan Yahudi! Allah melaknatinya! Natijahnya ialah terputusnya hubungan umat Islam dengan Nabi mereka. Ianya juga memutuskan hubungan hamba dengan Tuhannya! Ertinya bila Dr Kasim ikut memperjuangkan ajaran anti-hadis ini, tanpa sedar dia sebenarnya memperjuangkan ajaran Yahudi! Maka dia tetaplah bersalah! Dia telah melakukan dosa besar kerana membawa orang lain dan mempengaruhi orang lain untuk menolak hadis!

Dr Kasim Ahmad melakukan kesalahan besar kerana menyangka boleh terus dengan Tuhan tanpa Nabi. Sedangkan untuk sah Islam seseorang perlu terima Allah dan akui ada Nabi. Inilah maksud kita mengucap dua kalimah syahadah. Nabi tidak boleh diketepikan jika kita mahu mendapatkan Tuhan. Sedangkan dalam sembahyang kita terlalu perlukan Nabi untuk menjaga dan membawa hati kepada Allah! Apakah Dr Kasim ini sepanjang sembahyangnya mampu khusyuk sekhuyuk-khuyuknya tanpa ditolong Nabi! Sedangkan nafsu syaitan setiap saat berusaha untuk lalaikan manusia dari Tuhan sekalipun dalam sembahyang. Nabi sebenarnya terlalu diperlukan dalam hidup sama seperti perlunya Allah dalam kehidupan. Dr Kasim kalau memanggil Allah untuk menolong ketika dalam kesusahan, bukankah Nabi yang melakukan itu untuk Dr? Sebab Nabi itulah yang diciptakan Allah untuk menangkis nafsu syaitan yang mahu menerakakan manusia!

Kalau Dr Kasim kata dia tidak perlukan Nabi dan hadis Nabi dalam hidupnya selaku seorang Islam, ertinya beliau berkata sahabat-sahabat sahaja pun cukup untuk selamatkan dunia jahiliyah dengan Islam.

Kalau begitu apakah Dr Kasim sahaja pun cukup untuk selamatkan dunia ini dengan Islam? Adakah Nabi tidak diperlukan? Padahal semua hadis Nabi itu ialah huraian-huraian untuk membentuk Al-Quran menjadi sebuah cara hidup Islam! Empayar Islam dapat ditegakkan, untuk kita pun dapat jadi seorang Islam, adalah oleh Nabi Muhammad dan hadis-hadisnya. Tanpa Nabi Muhammad dan hadis-hadisnya, sahabat sendiri pun tidak mampu realitikan Al-Quran di dalam kehidupan! Bukankah Nabi Muhammad itu diutuskan untuk menjelaskan kehendak Al-Quran seperti firmanNya yang bererti, "Kami turunkan kepada engkau (Muhammad) peringatan iaitu al-Qur'an), supaya engkau TERANGKAN kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, mudah-mudahan mereka memikirkannya" (Surah An-Nahl, ayat 44).

Dr Kasim tentu tahu akan hal Nabi Muhammad SAW itu kini dengan Quran dan Hadis sedang melakukan kebangkitan Islam kali kedua yang dijanjikan kepada umatnya! Bahkan Baginda itu bukan sahaja sedang jadi Nabi di dunia ini sampai kiamat! Bahkan di Padang Mahsyar nanti pun tetap berperanan memberi syafaat untuk orang-orang beriman. Demikianlah besarnya peranan seorang Nabi di waktu nabi-nabi lain pun sudah tidak mampu membantu.

Ajaran anti-hadis konon bimbang keaslian hadis kerana tiada jaminan hadis-hadis itu daripada dipalsukan. Itulah dakwaan mereka, padahal Allah dan Rasul menjamin bahawa syaitan tidak boleh menyerupai Nabi! Apalagi untuk merubah segala perbuatan Rasul SAW ketika hayatnya. Ertinya tiada siapa yang boleh menidakkan Nabi. Islam amat perlukan Nabi. Tanpa Nabi maknanya Islam tiada! “Sesunggguhnya pada diri Rasulullah itu suri tauladan (contoh ikutan) bagi kamu semua…” (Surah Al-Ahzab: ayat 21).

Kita melaungkan azan sebelum sembahyang itu ialah untuk isytihar kita ada Nabi yang sedang berperanan! Azan itu bukannya hanya untuk orang-orang yang hidup sezaman Nabi! Jadi Nabi kita Muhammad SAW itu sedang berperanan walaupun selepas wafatnya! Ertinya hadis-hadis Nabi itu sedang sangat dilaksanakan dan dipertahankan oleh Baginda Nabi SAW sendiri! Maknanya Baginda sedang memperjuangkan agar hadis-hadis itu semuanya dihidupkan semula dalam kehidupan umat Islam waktu ini sampai kiamat sebagai sistem hidup bertaraf empayar.

Apakah Dr Kasim rasa ada kekuatan setaraf Nabi, maka sanggup mencabar hadis-hadis Nabi dan penghulu bagi nabi-nabi itu? Beraninya Dr Kasim dengan Allah SWT, tuan punya alam yang melantik Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruhNya?

Kalau Dr Kasim Ahmad tidak mahu juga bertaubat, maka kalau benar kita hendak selamatkan Islam, hendak selamatkan umat Islam agar tidak diputuskan dengan Nabi, pihak berwajib wajiblah membuat apa-apa yang perlu untuk musuh Nabi Muhammad ini!

Wahai umat Islam khususnya Dr Kasim Ahmad, Marilah kita rindui Nabi kita agar Baginda sudi menerima kita sebagai umatnya. Ketika di Padang Mahsyar nanti, tolonglah syafaatkan kami wahai Nabi yang kami rindu!! Sekian.

Munajat Indah Habib Munzir


Kita sangat perlukan Nabi Muhammad SAW. Baginda kena diyakini masih berperanan di zaman ini. Bukankah Baginda itu hidup di alam sana. Tentulah Tuhan itu maha adil memberi peluang untuk umat akhir zaman mendapat pembelaan Baginda SAW. 

Diantaranya yang kita rasakan kehadiran Baginda ialah kembalinya umat Baginda untuk mencintai dan memperjuangkan cita-cita Baginda. Ianya satu dorongan yang menyeluruh terutama di dunia sebelah sini iaitu Malaysia dan Indonesia. Fenomena kaum muslimin sedang mahu berselawat di mana-mana. 

Bahkan ajakan berselawat beramai-ramai diprogramkan secara besar-besaran di stadium-stadium!! Inilah kesan dari kewujudan baginda Nabi SAW di zaman ini bersama umatnya yang sudah mahu kembali mencintai Baginda.

Dipaparkan munajat seorang ulamak muda dari Indonesia yang baru saja berpindah ke alam akhirat - menemui cintanya yang hakiki. Beliau adalah Habib Munzir Ibn Fuad Ibn Abdurrahman Al Musawwa (Gambar) - seorang daripada zuriat keturunan Rasulullah SAW yang kembali mengadapNya pada usia 40 tahun.
 

“Ketika malam telah larut, alam fikiranku melayang mengembara ke arah kegelapan malam, fikiranku menerawang ke sebuah kuburan yang kaku, gundukan (tumpukan) tanah merah yang dingin, perut bumi yang menjadi kediamanku kelak, di dalamnya tak lain cacing dan serangga pemakan bangkai, tubuhku yang tak mampu menepis binatang yang menggerogotiku dan menjadikan tubuhku sarang dan tempat bertelur, alangkah tak berdayanya tubuh ini, sahabatku meninggalkanku, anak isteriku meninggalkanku, orangtua ku meninggalkanku, semua orang yang kukenal melupakanku, mereka tak mahu ikut mati bersamaku, mereka tak mahu tahu lagi apa yang menimpaku di kuburku, mereka tak mahu walau hanya menepiskan cacing yang menggerogoti tubuhku, mereka tak perduli lagi tubuhku membusuk sedikit demi sedikit, hingga tubuhku hancur dan berbau, hingga tubuhku menjadi tulang, lalu habis musnah menjadi tanah, kemana aku akan pergi, rohku akan melayang memenuhi panggilan Penciptaku.

Wahai ALLAH, tiada selainMU, Engkaulah yang akan Menepiskan semua serangga yang mendekati tubuhku, akan Engkau Jaga tubuhku yang masuk dalam perut Bumi, Engkau Mendengar jeritan hatiku yang merindukanMU, maka dengarlah Wahai yang Menciptakan harapan, wahai yang Menciptakan segala kerinduan, wahai yang Menciptakan keinginan untuk mengadu, kulontarkan kalimat yang kini hampir memecahkan kalbuku, aku tidak mempunyai selainMU untuk mengadu, untuk Menolong, untuk Memberi, untuk Diharapkan, untuk bergerak, untuk bernafas, untuk berucap, untuk bersuara, untuk mendengar, untuk melihat, untuk melangkah, untuk bergerak, untuk berfikir, untuk makan, untuk minum, untuk tersenyum, untuk bergembira, untuk segala-galanya, selainMU, semua yang kumiliki, dan yang tidak kumilki adalah MilikMU, tubuhku MilikMU, makananku MilikMU, semua yang kulihat MilikMU, semua yang kudengar MilikMU, semua yang kuucapkan MilikMU, semua langkahku MilikMU, setiap nafasku MilikMU, setiap detik jantungku MilikMU, perasaanku MilikMU, kerinduanku MilikMU, harapanku MilikMU, kesedihanku MilikMU, kegembiraanku MilikMU…

Alangkah indahnya wahai RABB, Kerana Engkau Memilikiku, Engkau Menggenggam diriku, Engkau Mengaturku, Engkau Menjagaku, Engkau Melindungiku, Engkau Melimpahkan KelembutanMU padaku, aku merindukanMU wahai ALLAH, Engkau Memanggilku agar aku dekat kepadaMU wahai ALLAH…

Wahai yang Menciptakan cinta kasih di seluruh kalbu hambaNYA, Engkau Menghendaki aku mencintaiMU wahai ALLAH, wahai yang Menciptakan lidah saling menyebut nama-nama hambaNYA, Engkau Menghendaki aku menyebut NamaMU wahai ALLAH, wahai yang Menciptakan segala yang indah, keindahan yang terlihat dan yang tak terlihat, keindahan yang terdengar dan tak terdengar, keindahan yang terucapkan dan tak terucapkan, keindahan yang terasa dan tak dapat dirasa, keindahan yang diketahui dan yang tak diketahui, keindahan yang tersaksikan dan yang tersembunyi, semua keindahan itu berasal dari KeindahanMU wahai ALLAH, maka betapa Indahnya Engkau, betapa Lembutnya Engkau…

Alangkah kecewa hamba yang hanya memiliki harapan, hamba yang hanya memiliki khayalan, hamba yang hanya memiliki lamunan, hamba yang hanya memiliki kerinduan, hamba yang hanya ingin dekat, hamba yang hanya mendambakan kelembutan, hamba yang hanya mendambakan kasih sayang, sedangkan modal semua harapanku hanyalah airmata, apakah ia harus dikecewakan oleh yang Maha tak Mengecewakan…

Alangkah hancur perasaannya kalau kerinduannya ditolak oleh yang Maha tak Menolak kerinduan, alangkah berkeping-kepingnya kecintaannya, bila keinginannya untuk dekat tertolak oleh yang Maha tak Menolak hambaNYA yang ingin dekat, itu semua tak ada pada DzatMU, itu semua tak ada dalam SifatMU, itu semua tak ada pada PerbuatanMU, apalagi yang membuatku tertolak sedangkan Engkau yang Maha Menerima, apalagi yang membuatku tersingkir sedangkan Engkau yang Maha Merangkul, apalagi yang membuatku terjauhkan, sedangkan Engkaulah yang Maha Mendekatkan, salahkah aku merindukanMU, sedangkan Engkaulah yang Menciptakan kerinduanku padaMU, salahkah aku menginginkan dekat padaMU, sedangkan Engkaulah yang Menciptakan keinginanku untuk dekat kepadaMU, salahkah aku merasa tenggelam dalam Samudera KelembutanMU, sedangkan Engkaulah yang Menciptakan perasaan itu di hatiku…?

Wahai ALLAH, wahai yang Menamakan DiriNYA ALLAH, wahai yang Menginginkan NamaNYA dipanggil ALLAH, wahai yang Menginginkan lidahku memanggil DzatNYA dengan panggilan ALLAH, wahai yang Menginginkan aku mengharapkanNYA dengan mengingat Nama ALLAH, wahai yang Menciptakan lidahku bergetar menyebut Nama ALLAH, wahai yang Memberikan kemampuan pada jemariku menuliskan Nama ALLAH, maka dengan KemahuanMU kusebut NamaMU ALLAH, dengan KeinginanMU kurindukan Engkau ALLAH, dengan KeinginanMU aku ingin dekat kepadaMU wahai ALLAH, salahkah aku berkeinginan, salahkah aku merindukan, salahkah aku ingin dekat, sedangkan semua getaran kalbuku itu adalah KeinginanMU wahai ALLAH?

Maka sebagaimana Engkau Jadikan cacing merangkak tanpa tangan dan kaki, maka jadikan aku merangkak kepadaMU tanpa hambatan, sebagaimana Engkau jadikan anjing najis bertasbih MensucikanMU, maka jadikan aku pendosa hina yang mendambakanMU, sebagaimana Engkau Jadikan air mengalir menjadi beku, maka Jadikan harapanku mengalir ke arahMU dan membeku di pintuMU, sebagaimana Engkau Jadikan gunung batu menjadi debu, maka Jadikan seluruh kesalahanku menjadi debu di hadapan KeagunganMU, sebagaimana Engkau Jadikan bumi perkasa terinjak-injak, maka jadikan hawa nafsuku terinjak-injak kerinduanku kepadaMU…

Sebagaimana Engkau Jadikan Raja berwibawa terkalahkan dan terhinakan, maka Jadikan kesombonganku terhinakan oleh KewibawaanMU, sebagaimana Engkau Jadikan sesuatu yang bergerak menjadi diam, maka jadikan tubuhku yang bergerak berubah diam dari segala yang tak Engkau Redhai, sebagaimana Engkau Jadikan semua yang ada menjadi fana, maka jadikanlah gunung dosa ini fana dalam KelembutanMU, sebagaimana Engkau Jadikan yang tak mungkin menjadi kepastian, maka jadikan semua ketidak mungkinanku untuk dekat menjadi janji kepastian.”

Kesan Buruk Pada Kita Apabila Facebook Membeli Whatsapp



Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai rekod USD 16 Bilion. Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari satu bilion dengan jumlah yang begitu besar? Apa impaknya kepada kita? 

Sedikit ‘latar belakang’ pembelian tersebut:

1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?) Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain. ‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook, Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.

2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba ‘mencuri’ nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp ‘telah pun’ memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah dengan mengambil secara ‘paksa’ iaitu dengan membeli syarikat pembuat WhatsApp.

Apa yang mereka mahu?

Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon). Mereka mahu tahu lokasi sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab, Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Sekarang, itu yang Facebook mahukan.

Apa yang perlu saya buat sekarang?

1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang.

2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp!

3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka.

4. Sekarang anda boleh menyahpasang aplikasi WhatsApp.

Apa saya nak gunakan selepas ini?

Banyak sebenarnya. Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi ‘Telegram’ dari Playstore Google.

Kenapa Telegram dan bukan yang lain?

Banyak sebabnya, antaranya:

1. Bayangkan WhatsApp sekarang (hijau) bertukar biru. Hampir keseluruhan antaramuka (user interface) adalah sama. Tak perlu belajar cara penggunaan semula (no learning curve)

2. Chat di satu peranti (device/phone/tablet) boleh dibaca/sambung di peranti lain, atau komputer. Boleh guna satu akaun di pelbagai peranti (multiple devices)

3. Untuk perbualan yang sensitif, ada mode rahsia ‘Secret Chat’ yang tidak direkod di mana-mana kecuali di peranti/pengguna yang berkenaan sahaja (peer-to-peer), dan selepas perbualan itu dipadam, tiada lagi sebarang rekod tentang perbualan tersebut. Ia menggunakan protokol penyulitan (end-to-end encryption) sebagaimana yang digunakan oleh sistem perbankan dalam pelayar (browser)

4. Pengguna boleh ‘logout’ jadi anda boleh memilih untuk merahsiakan masa dalam talian (online) anda dari orang tertentu.

5. Laju. Mesej teks dipadatkan (compressed) jadi ia boleh berfungsi dengan baik dalam keadaan sambungan internet yang perlahan atau lemah (contohnya bila berkongsi WiFi atau peruntukan bulanan sudah habis, atau dalam mode internet percuma)

6. Saiz! Untuk peranti Android (APK + DEX + LIB)

Telegram 9 mb. WhatsApp 21 mb. Kakao Talk 30 mb, Line 30 mb. WeChat 53 mb.

Oleh kerana saiznya yang lebih kecil (paling kecil sebenarnya setakat ini), ia kurang menggunakan simpanan (storage, memory card) dan juga ingatan telefon (memory, RAM)

Untuk peranti berkuasa rendah (atau murah/sederhana) biasanya masalah utama ialah kapasiti simpanan dalaman (internal storage). Ia adalah antara sebab kenapa masih ramai yang menggunakan WhatsApp dan bukan yang lain. Kini sudah ada alternatif yang lebih baik!

7. Telegram adalah percuma, dan tiada iklan. Walaupun kebanyakan kita masih menggunakan WhatsApp secara percuma, tetapi sebenarnya ianya adalah atas ‘ihsan’ (courtesy) kerana ia sebenarnya dicas RM kepada sesiapa yang mempunyai kad kredit di akaun Google mereka. ‘Ihsan’ diberikan setakat ini adalah kerana memandangkan kebanyakan pengguna di sesetengah negara menghadapi kesulitan untuk memiliki kad kredit (dan mereka tidak mahu kehilangan pengguna).

8. Pembuat Telegram memang menyasarkan (target) pengguna tegar WhatsApp. Sebab itu mereka menawarkan hampir semua fungsi dan faktor serta antaramuka yang sama dengan WhatsApp, bahkan lebih baik, terutamanya dari segi keselamatan (security) yang mana pengguna WhatsApp adalah amat terdedah kepada penggodam (hackers) terutamanya bila menggunakan WiFi awam seperti di restoran dan cafe.

JANGAN LUPA:

- Lakukan langkah ini seberapa segera yang boleh!

- Padamkan data-data anda dengan segera jika anda menghargai privasi peribadi anda (dan keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan)

- Jangan nyahpasang (uninstall) dulu, padam akaun anda dulu!

- Jangan pula lupa untuk memberitahu kenalan anda untuk sama-sama ber’hijrah’, agar perhubungan tidak terputus.

Pautan (link) untuk Telegram:
https://play.google.com/store/apps/details?id=org.telegram.messenger
Untuk daftar Telegram, sama saja seperti WhatsApp.
Pasang, masuk nombor, tunggu mesej pemastian, siap.

p/s: Saya nasihatkan kenalan-kenalan supaya bertindak segera dalam sehari dua ini juga. Jangan gadaikan biodata anda kepada intipan. Kalau anda tak kisah sekalipun, ingatlah keluarga dan kawan-kawan tersayang, mungkin anda boleh menyebabkan mereka yang menjadi mangsa.

Ayuh segera tinggalkan WhatsApp! – Sumber facebook

REALIZATION OF THE NATIONAL EDUCATION PHILOSOPHY / Merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara


Gambar hiasan

Paparan bertajuk Merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara mendapat respon menarik dari ramai teman-teman yang sentiasa mengikuti blog suaramuhajirin313 ini. Seorang kenalan yang begitu teruja dengan topik ini terus mengusahakan terjemahannya ke dalam Bahasa Inggeris. Syukran jazilan untuknya. 

Pak Lang paparkan usaha terjemahan beliau untuk sesiapa yang mahu memanjangkannya kepada teman-teman yang menggunakan Bahasa Inggeris. Mungkin para pembaca blog ini dari benua Amerika, Eropah dan Australia lebih memerlukan versi yang menggunakan bahasa kegunaan harian mereka. Semoga usaha kenalan Pak Lang ini diganjari Allah dengan sebaik-baik balasan. Amin. Sila baca>>>

This paper is dedicated to the friends and colleagues who wish to know more about the current education in GISB / YKPPM. Whether it is different or otherwise. As we have been informed, at present we are in the mainstream, accepting the Fatwa ( religious edicts ) against our mistakes in the past . Therefore, there may be those among us who have not understood the concept of education being currently implemented in GISB .

GISB / YKPPM led by Dato Ratu Ibu Hatijah Aam has taken the stand to comply with the edicts. Everything related to what has been previously forbidden, we agree to accept wholeheartedly. Now is the time for us to accept the programs organized by JAKIM and the Religious Department in all states. No more excuses.

In the field of education, all schools under GISB / YKPPM will follow the Curriculum set by JAIS ( and by state religious departments ) and the Ministry of Education's Curriculum. What is important is the development of the students' personality. Meaning, even though the curriculum has a conceptual framework and implementation activities for teaching and learning, it can still accept additional activities to help improve the character building of students .

It is something flexible and have long been realized in many schools. Each principal is responsible to modify the existing curriculum framework to ensure that the intention embodied in the National Education Philosophy can be achieved. The purpose of education is to ensure that students have the opportunity to master knowledge and skills in line with the process of developing the mind, soul and mental towards being a good
quality individual. From a religious perspective, learning actually covers a wider scope and more focused for the future ahead which is the afterlife !

(Please refer to the National Education Philosophy as follows :
Education in Malaysia is an ongoing effort towards further developing the potential of individuals in a holistic and integrated approach to create balanced and harmonious individuals on the aspects of their intellectual, spiritual , emotional and physical based on the belief and devotion to God. This effort is to produce Malaysian citizens who are knowledgeable, responsible and capable of achieving their own well-being and contribute to the betterment of the society and country ) .

Clearly, the National Education Philosophy has a comprehensive concept.
It depends on the extent of the usage of the available creativity by the implementation team to realize the concept. Hence, we in GISB / YKPPM emphasize on the result of the implementation of this philosophy to produce students who are indeed of good quality .

Our approach is the development of the spirit or soul of all the people involved in education. The existing curriculum is just as a basic platform. For the journey and implementation, we can use a variety of techniques and approach . Perhaps it is a bit different but the objective remains, that is to ensure the best educational outcomes .

Today many people are trying to realize the intention contained in the said philosophy but the results are disappointing. We have been informed about all these and there is no need to state the facts and examples. From this point, all have acknowledged that there are many things that need to be addressed in the education system in our country . Perhaps the implementation process should be done seriously and try to meet that targets.

For example, we in GISB / YKPPM, all staff members who are involved in education are the targeted subjects in the educational programs conducted . All individuals starting from the leader, the headmaster, the neighbourhood members, the parents, the teachers and the students are all subjected to the system. There are no exceptions. In fact this is the approach used by the Prophet. Every member of the society must go through the lifelong learning process. Education begins from the cradle and right to the grave, isn't it?

So we took the National Education Philosophy in an integrated and comprehensive manner. Education is a spiritual counseling . Lessons are merely mental or ' aqliah in nature. The purpose of naming it as ' Ministry of Education ' is to emphasize the process of learning and education. A mere learning is meaningless without being educated . This is the meaning of education. So to educate is the essence of the primary process .

In education, we should not just pay attention to the students as the proverb says " If teachers are doing their pee while standing, the students will pee while running." Because the teachers' personality must also be given attention. They act as role models to students.

All of us recognize the importance of teachers being an example and role model but with the current system, the teachers may not have their own comprehensive education. Even if that could be carried out, it is only to provide specific courses to enhance their professionalism as an educator.

This is one of the factors for the sprouting growth of tahfiz schools, religious schools and private schools that allow them to choose their own teachers who will teach in their schools. At least, they are allowed to handpick teachers that they need and want. The result is to have the affect of the teachings and the education on the students .

In general, the good quality teachers - in the aspects of his religion, it can be seen in his prayer. If a teacher is particular about performing his prayers at the beginning or early part of the prayer time, at least this teacher has made the list of the teachers sought after. But in the current system, there is no such guideline in assessing teachers' personality. Other angles has not been seen yet. Does the teacher have ill or sinful traits, abandoning the five prayers, committing big sin, being arrogant, telling lies, likes gossiping, bad-mouthing and so on? Good teachers will produce good students. That is the equation. Imagine if there are more teachers who are not good !

Similarly, the process of educating students, it requires the presence of a favorable and sound environment . All individuals who are involved in the educational activities must be in the qualified category to be a good personal example . It is not just being a teacher alone. So, anyone who is involved in education must be supported in building the best personal character. It will be complementary if all individuals are striving towards building an educational environment that is conducive and effective .

Every human especially those who are mukallaf, they are dependent on programs to help them build a safety net for both worlds. Each person must be prepared to be sent to Hereafter in the situation that he is ready to be awarded death of Husnul khatimah ( Good ending ). This is the responsibility of all leaders wherever they are. For adults, this education is needed, let alone for the children. Even if these educated children were to die at a young age, they are expected to be dwellers of Paradise in the Hereafter . This is the goal of education

So, even though we already have the National Education Philosophy, the process for student character building depends on the people who carry out the implementation. As mentioned above, to obtain the maximum educational outcome for students, then all segments of the society must be involved. They themselves must be processed to be servants of Allah, who are ready to face death. Is not death the best educators to transform human ?

Besides having the task as a leader, the individuals involved would have a more important task in correcting and improving themselves. This is certainly the duty of every person. Every mukallaf must prepare himself to meet the Lord, isn't that so? Death is a certainty. It is unfortunate if we neglect to remember this. Educating people to remember death is the essence of education .

This is our aim in GISB / YKPPM in the realization of education for our children. We register all of our schools under the state religious department so that our children are able to attend religious teachings, tahfiz program and being academically integrated .

For their counseling and character building, we place them in dormitories. They attend schooling and live in the dorms at the same place or somewhere nearby. So, there is no issue arising about them being exposed to unhealthy or destructive influences outside. In fact they are being controlled and exposed to a variety of life skills activities induced by the hostel and school environment .

They are allowed to rear animals, do gardening and carpentry. They can also learn the skills in electrical, electronic equipment repairs, phone repairs, computers and so on . For the adventurous and the strong ones, they can learn about building construction and renovations, automotive repairs and even make a building !

Training students with various kinds of life skills will make the students individuals who are practical and active. They can choose any area of their interest and liking. They do not want to be the kids who are 'spoon fed' or like 'a chicken being reared for their meat' whose activities are mere playing computer games !

Monday, 24 February 2014

Kisah Ummu ‘Umarah - Pejuang Wanita Sejati

 
Tinta sejarah menjadi saksi, bahawa tidak sedikit wanita mukminah yang terjun ke medan pertempuran, jihad fii sabilillah. Mereka menyelinap di antara lemparan-lemparan lembing, kilatan-kilatan pedang dan jatuhan anak-anak panah. 

Mereka menyampaikan makanan, minuman dan ubat-ubatan bagi perajurit mukmin yang berjuang mempertahankan Islam. Bahkan jika keadaan memintanya untuk menghunus pedang, mereka tidak gentar justeru makin berkobar semangatnya. Diantara wanita-wanita pejuang itu adalah Nusaibah binti Ka’af Al-Ansariyah yang terkenal dengan Ummu ‘Umarah. 

Sesungguhnya Ummu ‘Umarah merupakan salah satu contoh keberanian dan ketegaran. Ia merupakan sosok kepahlawanan yang tidak pernah gagal dalam melaksanakan kewajiban bilamana seruan jihad memanggilnya. Ia adalah sahabiyah Nabi yang utama ….. Ia termasuk salah satu dari dua wanita yang bergabung dengan tujuh laki-laki Ansar yang berbai’ah kepada Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam pada bai’at Aqabah kedua. 

Pada waktu itu ia bersama suaminya, Zaid bin Ashim dan dua orang putranya, Hubaid bin Zaid dan Abdullah bin Zaid. Dan wanita yang satu lagi adalah saudara perempuannya. Ibnu Sa’ad dalam Thalaqatnya menyatakan (yang terjemahannya): “Hunain, Perang Yamamah dan terpotong tangannya dan mendengar beberapa hadits dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.” 

Sedangkan Imam Adz Dzahabi menyatakan (yang terjemahannya): “Ia (Ummu ‘Umarah) adalah wanita yang utama dan wanita dari kalangan Ansar, Khazraj, Najjar, Mazin dan juga sebagai orang Madinah. Saudaranya Abdullah bin Ka’ab termasuk orang yang ikut Perang Badar dan saudaranya Abdur Rahman termasuk orang yang suka menangis. 

Ummu ‘Umarah menghadiri malam perjanjian Aqabah. Ia juga ikut dalam Perang Uhud, Perdamaian Hudaibiyah, Perang Hunain, Perang Yamamah dan aktif melakukan beberapa kegiatan.” Dalam perang Uhud, Ummu ‘Umarah Nusaibah berjuang bersama suaminya dan dua orang puteranya. Ia keluar untuk memberi minum dengan membawa qirbah (tempat air).

Namun ketika keadaan pasukan Muslimin berubah menjadi terdesak, ia ikut terjun langsung dalam pertempuran sehingga terluka dengan luka-luka sebanyak dua belas (dalam riwayat lain tiga belas. wallaahu a’lam). Tentang peristiwa ini Ummu ‘Umarah mengisahkan (yang terjemahannya): “Keadaan pasukan kaum Muslimin benar-benar berkecamuk. Banyak orang meninggalkan Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam, tinggal tersisa beberapa orang yang melindungi Baginda, termasuk aku, suamiku, serta kedua anakku."

"Sementara di depanku, banyak orang sedang melarikan diri untuk mundur. Saat itu aku tidak bersenjata. Dan ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang laki-laki yang mengundurkan diri sambil membawa perisai, beliau lalu bersabda: “Berikanlah perisaimu kepada orang yang sedang berperang!” Orang tersebut segera melemparkannya dan aku segera memungutnya lalu aku gunakan untuk melindungi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam."

"Pasukan yang menyerang saat itu adalah pasukan berkuda. Kami yakin, apabila bukan pasukan berkuda pasti kami sudah bisa mengatasinya. Tiba-tiba datang seorang penunggang kuda menyerangku dengan pedang, serangan itu dapat aku tangkis. Ketika dia akan lari aku hantam kaki kudanya dan dia pun jatuh tertelungkup. Saat itu aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berteriak: “Wahai putera Ummu ‘Umarah bantulah ibumu!” 

"Lantas datanglah anakku dan kami bersama-sama menghabiskan orang itu.” Ummu ‘Umarah terus bertempur tanpa mengenal lelah, sambil sesekali membantu merawat mereka yang luka. Begitu sibuknya Ummu ‘Umarah, sampai-sampai ia tidak mengetahui kalau puteranya Abdullah bin Zaid terluka parah. Ia baru mengetahuinya setelah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berteriak (yang terjemahannya): “Hai Abdullah! Kau ikat lukamu dulu baru kau teruskan bertempur lagi!” 

Ummu ‘Umarah terkejut mendengar teriakan itu dan segera sadar putranya dalam bahaya. Segera ia mendekati dan mengobati luka putranya yang ternyata memang parah. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengawasi keduanya dan setelah selesai, Ummu ‘Umarah berkata (yang terjemahannya): “Nah … sekarang bangkitlah dan perangilah kaum itu !” 

Melihat kejadian tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (yang terjemahannya): “Siapakah yang sanggup melakukan sebagaimana yang kau lakukan ini ya Ummu ‘Umarah?” Kemudian datanglah orang yang memukul puteranya tadi lalu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (yang terjemahannya): “Ya …. Ummu ‘Umarah ! Itu orang yang memukul anakmu datang!” 

Tanpa banyak berbicara Ummu ‘Umarah menghadang orang yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan menghentam kakinya sehingga orang tersebut terduduk di tanah. Sambil tersenyum Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang melihat hal itu bersabda (yang terjemahannya): “Engkau telah membalasnya ya Ummu ‘Umarah!” 

Tidak lama kemudian beberapa orang datang dan bersama-sama membunuh orang tersebut, lalu Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda lagi (yang terjemahannya): “Alhamdulillah ….. ! Allah memberikan kesempatan kepadamu untuk membalas musuhmu dan menyaksikan pembalasan itu sendiri.”

Imam Adz Dzahabi meriwayatkan dari Abdullah bin Zaid bin Ashim, ia berkata (yang terjemahannya): “Saya mengikuti perang Uhud, maka ketika orang-orang meninggalkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, saya dan ibu mendekati Baginda untuk melindungi. Lalu Baginda bertanya: “Mana Ummu ‘Umarah?” Ibu menjawab: “Ya! wahai Rasulullah” Baginda bersabda: “Lemparilah !” Lalu ibu melempari seorang laki-laki yang sedang naik kuda di depan beliau dengan batu dan mengenai mata kudanya."

"Kemudian kudanya itu bergoncang-goncang dengan kuat lantas jatuh bersama penunggangnya, lalu saya tindih orang itu dengan batu dan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat sambil tersenyum. Kemudian Baginda terlihat luka di pundak ibu, lalu Baginda berseru: “Ibumu! Ibumu! Balutlah lukanya! Ya Allah, jadikanlah mereka sahabatku di dalam syurga” 

Mendengar itu ibu berkata: “Aku tidak menghiraukan lagi apa yang menimpaku dari urusan dunia ini!” Allahu Akbar! Betapa tegarnya engkau wahai Ummu ‘Umarah. Tidak lagi engkau menghiraukan lukamu setelah doa yang menggembirakan hatimu! 

Begitulah Ummu ‘Umarah melewati hari-harinya dengan terus berjuang di jalan Allah dan Rasul. Maka tatkala Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah wafat muncullah si pendusta Musailamah al Kadzdzab yang mengaku sebagai Nabi sehingga kaum Muslimin pun memeranginya. 

Takdir Allah menentukan bahawa Hubaib putera Ummu ‘Umarah ditawan Musailamah, kemudian disiksa dengan berbagai siksaan. Namun Allah ‘Azza wa Jalla memberikan keteguhan, kesabaran dan kecekalan kepada putera Ummu ‘Umarah ini, meskipun teramat berat siksaan dirasakannya. 

Akhirnya Allah mentaqdirkan Hubaib mati di tangan Musailamah dengan keadaan yang sangat tragis dan menyedihkan. Semoga Allah menempatkannya di Jannah yang penuh dengan kenikmatan. Al Waqidi menceritakan (yang terjemahannya): “Ketika sampai kepada Ummu ‘Umarah berita kematian anaknya di tangan Musailamah, maka ia berjanji kepada Allah dan memohon kepada-Nya agar ia juga mati di tangan Musailamah atau ia yang membunuh Musailamah."

"Maka Ummu ‘Umarah ikut perang Yamamah bersama Khalid bin Walid, lalu Musailamah terbunuh dan tangan Nusaibah terpotong dalam perang tersebut.” Ummu ‘Umarah berkata (yang terjemahannya): “Tanganku terpotong pada hari perang Yamamah padahal aku sangat berkeinginan membunuh Musailamah. Tidak ada yang dapat melarangku hingga aku melihat orang jahat itu mati terkapar. Dan tiba-tiba aku lihat anakku Abdullah bin Zaid mengusap pedangnya dengan pakaiannya, lalu bertanya kepadanya : “Engkaukah yang membunuhnya?” 

Ia menjawab: “Ya” Kemudian aku sujud syukur kepada Allah.” Itulah sepenggal kisah Ummu ‘Umarah, Nusaibah binti Ka’ab Al Ansariyah, sehingga seorang pejuang wanita yang berjuang dalam hidupnya untuk kejayaan Islam hingga akhir hayatnya. Semoga Alllah meredhainya dan menjadikannya redha terhadapNya. Dan semoga Allah menyambut dengan Rahmat-Nya yang luas dan menempatkannya di dalam syurga yang penuh dengan kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman yang hakiki. Wallaahu A’lam Bishashawab. 

(Sumber asal sebelum diedit: http://imaduddien-matahati.blogspot.com/2013/01/ummu-umarah-pejuang-wanita-sejati.html).

Kisah Solat Beberapa Orang Sahabat, Tabi'en Dan Ahli Sufi


Aisyah r.a berkata, "Rasulullah s.a.w adalah bersama-sama dengan kami bersembang dan berbual. Apabila menjelang waktu solat, Baginda dengan tak semena-mena berubah kelakuannya seolah-olah baginda tidak kenal kami dan akan leka dengan urusan Allah semata-mata."

Adalah diceritakan bahawa Hassan r.a apabila beliau berwudhu' mukanya menjadi pucat. Bila ditanya sebabnya, dijawabnya, "Ini adalah waktu untuk berdiri di depan Raja Yang Maha Agung lagi Maha Mulia."

Apabila sampai di pintu masjid, beliau berdoa, "Ya Allah, hambaMu ini berada di pintuMu. Wahai Yang Amat Pemurah. Ini adalah seorang hambaMu yang banyak berdosa berdiri di depanMu. Engkau telah memerintahkan atas hamba-hambaMu yang baik supaya memaafkan kesalahan-kesalahan hamba-hambaMu yang jahat. Ya Allah, Engkau adalah baik dan daku ini jahat, oleh itu demi kebaikan yang ada padaMu , maafkan lah kesalahan-kesalahanku. Wahai Yang Amat Pemurah." Kemudian barulah dia masuk ke dalam masjid.

Zainul Abidin r.a selalu solat seribu raka'at solat nafil (solat sunat) setiap hari. Beliau tidak pernah tinggal solat Tahajjud sama ada dalam perjalanan mahu pun di rumah. Mukanya menjadi pucat apabila beliau berwudhu' dan beliau menggeletar apabila beliau berdiri hendak solat. Orang bertanya padanya akan sebab-sebabnya. Dijawabnya, "Tak tahukah daku di depan siapa daku berdiri?"

Sekali peristiwa, beliau sedang solat, tiba-tiba rumahnya terbakar. Beliau terus dengan solatnya dengan keadaan tenang sekali. Apabila ditanya mengenainya maka dijawabnya, "Api akhirat telah melupakan daku akan api dunia ini."

Sekali ada beliau berkata, "Kesombongan seorang yang sombong menakjubkan daku. Sehari dulu dia adalah dari setitis air yang najis dan esok dia akan menjadi bangkai dan masih sombongkah lagi dia?"

Beliau kerap berkata, "Hairan benar! Orang-orang giat berusaha untuk dunia ini yang adalah buat sementara saja tetapi tidak berusaha langsung untuk akhirat dimana mereka akan hidup abadi." Beliau selalu membantu orang-orang miskin pada malam hari supaya mereka tidak tahu siapa yang membantu mereka. Setelah beliau meninggal dunia barulah diketahui bahawa tidak kurang dari seratus keluarga yang dibantunya.

Adalah diceritakan bahawa air muka Saiyidina Ali r.a akan berubah dan beliau akan menggigil apabila waktu solat menjelang. Apabila beliau ditanya, dijawabnya, "Inilah waktunya untuk menunaikan apa yang telah diamanahkan yang mana langit dan bumi serta bukit-bukau pun juga takut memikulnya. Daku tidak tahu apakah yang daku akan perolehi dari menunaikannya."

Adalah diceritakan bahawa apabila Saiyidina Abdullah bin Abbas r.a dengar suara azan, beliau menangis hingga serbannya akan basah kuyup kerana air matanya yang begitu banyak, urat-uratnya akan timbul dan matanya menjadi merah. Ada orang berkata kepadanya, "Kami tidak melihat apa-apa pada azan yang patut menjadikan kamu begitu takut."

Dijawabnya, "Kalau orang faham apa yang disuarakan oleh muazzin itu maka mereka akan bangun dari tidur serta meninggalkan segala kesenangannya." Kemudian beliau menerangkan makna yang dimaksudkan oleh setiap kalimah azan.

Ada seorang menceritakan, "Saya telah sembahyang Asar di belakang Zun Nun Al-Misri r.a. Apabila beliau melafaz "Allah" (dalam takbir) beliau merasa amat takut akan keagungan Allah seolah-olah nyawanya akan tercabut dan apabila beliau melafazkan "Akbar" hatinya menjadi remuk kerana takutkan Allah."

Uwais Al-Qarni r.a seorang waliullah yang masyhur dan amat dimuliakan dari sekalian Tabi'en menghabiskan masa malamnya dengan keadaan ruku' atau sujud. 
 
Adalah diberitakan bahawa Hatim r.a sekali tertinggal solat berjema'ah dan beliau merasa amat dukacita. Beberapa orang yang datang turut berdukacita bersamanya. Beliau pun menangis lalu berkata, "Kalau daku kehilangan salah seorang dari anakku, separuh dari penduduk bandar Balkhi akan turut berdukacita bersamaku, tetapi atas kehilangan solatku dengan berjema'ah maka kamu lah saja yang berdukacita. Ini adalah kerana orang yang menganggap bahawa siksa di akhirat itu lebih ringan dari siksa di dunia."

Said bin Almusayyah r.a berkata, "Selama dua puluh tahun yang lampau, tak pernah aku berada di luar masjid pada waktu azan." 
 
Muhammad bin Wase berkata, "Daku cinta tiga perkara dalam hidupku ini. (1) seorang rakan yang dapat menegur daku apabila daku salah. (2) makanan yang cukup untuk daku hidup , dan (3) solat (berjema'ah) yang Allah S.w.t dapat maafkan cacat-cacatnya dan memberikan pahala bagi sebarang yang baik dalamnya.

Ada sekali Saiyidina Abu Ubaidah bin Jarrah r.a sedang mengimamkan solat. Setelah solat selesai, beliau memberitahu para makmum, "Syaitan telah menyerang daku dengan hebatnya semasa daku mengimamkan solat tadi. Daku dirasukinya supaya daku berfikir bahawa semasa daku mengimamkan solat tadi dakulah yang paling bagus dari antara kamu sekalian. Daku tak akan mengimamkan solat lagi."

Sekali peristiwa Maimun bin Mehran r.a sampai ke masjid apabila solat berjema'ah telah selesai. Beliau mengucap, "innaa lillahi wainnaa ilaihi raaji'uun", lalu berkata, "pahala solat berjema'ah lebih berharga padaku dari menjadi maharaja negeri Iraq."

Adalah diberitakan bahawa para sahabat Rasulullah s.a.w akan berkabung selama tiga hari kalau mereka tertinggal takbir pertama dalam solat dan selama tujuh hari kalau mereka tertinggal solat berjema'ah.

Bakar bin Abdullah sekali ada berkata, "Kamu boleh bercakap dengan Tuhan, Khaliqmu bila-bila masa yang kamu suka." "Bagaimana?" Tanya seorang. Dijawabnya, "Ambil wudhu' dengan sempurna dan bersolat."

Adalah diberitakan bahawa air mata Said Tanakhi r.a akan mengalir tidak henti-henti selama mana yang dia bersolat. Ada orang bertanya pada Khalaf bin Ayyub r.a, "Tak pernahkah lalat mengganggumu dalam solat?" Dijawabnya, "Sampah masyarakat pun dengan sabar tahan sebatan polis kerana hendak bermegah-megah dengan sifat tahan menderita. Mengapa patut daku meloncat-loncat hanya kerana lalat mengganggu semasa daku berdiri solat di depan Khaliqku?"

Adalah diceritakan di dalam Bahyatun-Nufus bahawa salah seorang dari sahabat Rasulullah s.a.w sedang menunaikan solat Tahajjud. Seorang pencuri datang dan mencuri kudanya. Beliau nampak tetapi beliau tidak hentikan solatnya. Ada orang bertanya kepadanya, "Mengapa anda tidak hentikan solat dan menangkap pencuri itu?" Dijawabnya, "Daku sedang sibuk mengerjakan suatu yang lebih berharga dari kuda itu."

Adalah diceritakan bahawa satu anak panah telah melekat pada tubuh Saiyidina Ali r.a dalam satu pertempuran dan anak panah ini telah dicabut keluar semasa beliau bersolat. Sekali peristiwa satu anak panah telah terpanah pada pehanya. Anak panah ini tidak dapat dicabut keluar walaupun beberapa kali telah diusahakan kerana kesakitan yang teramat dideritai olehnya. 
 
Apabila beliau sedang solat nafil dan sedang dalam keadaan sujud, maka sahabat-sahabatnya mencabut keluar dengan sekuatnya anak panah itu. Apabila beliau telah selesai solat, beliau bertanya pada sahabat-sahabat yang berkerumun di sekelilingnya, "Adakah kamu sekalian berhimpun hendak mencabut keluar anak panah itu?"

Apabila mereka beritahu padanya bahawa anak panah itu sudah pun dicabut, beliau berkata pada mereka bahawa beliau tidak merasa sakit semasa ia dicabut.

[Petikan dari buku Fadhilat Salat - Raisul Muhadditsin Allama Mohammad Zakariyya Syeikhul Hadits]
 

Sample text

Sample Text

Sample Text