Social Icons

Monday, 31 March 2014

Isu Pendidikan Di Malaysia - Kerap Berubah Polisi DanTaksub Dengan Semua A Bakal Menjahanamkan Sistem Sekolah MALAYSIA..!!

Bacalah satu tulisan mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang dilihat semakin kritikal. Banyak perkara yang perlu dianalisa dan di kaji. Pencapaian A bukanlah suatu yang menjadi penanda kejayaan sebenar. 

Kepada semua pendidik, eloklah membaca paparan ini untuk menambahluaskan maklumat anda. Inisiatif yang dilakukan oleh Yayasan Amir seperti yang dinyatakan di dalam artikel ini adalah suatu yang menarik untuk diperhatikan. Sebenarnya banyak lagi pendekatan kreatif yang perlu dilakukan dalam menarik minat pelajar. 

Apa yang diluahkan ini, Pak Lang telah tulis DI SINI dan DI SINI. Walau bagaimanapun bacalah yang ini dahulu. Pandangan penulis berikut diambil dari BLOG KEDAH LANI.

"Beri sekolah kuasa autonomi, elak fokus semua A, selamatkan sistem pendidikan" kata pendidik
OLEH SHERIDAN MAHAVERA
March 27, 2014

Isu PBS (
Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) - Tiga tahun pelaksanaan, tiga tahun sekolah ditekan dengan pelbagai pencapaian. Ditekan oleh siapa? Kepada siapa yang mengejar KPI. Kerap berubah polisi dan taksub dengan semua A dalam mata pelajaran merupakan punca mengapa sistem sekolah di Malaysia terus merudum meskipun berbilion ringgit dibelanjakan setiap tahun.

Guru, aktivis dan bekas pegawai Kementerian Pendidikan yang ditemubual mendakwa meskipun mempunyai polisi jelas seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan menjadi tidak berguna jika tidak dilaksanakan dengan betul.

Seorang aktivis berkata, bagi mengatasi masalah itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif sendiri seperti yang diguna pakai program Yayasan Amir iaitu memberikan sekolah lebih autonomi adalah kaedah terbaik mendidik pelajar.

Keciciran Tidak Sepatutnya Berlaku Dalam Pendidikan - Bahagian 1

Dalam dunia pendidikan, selalu diperkatakan tentang keciciran. Maksudnya ramai pelajar yang tercicir daripada dunia pendidikan di negara kita. Ianya samada kerana kandas peperiksaan atau sengaja melarikan diri daripada sekolah. Mereka yang kandas biasanya kerana tidak mampu atau tidak berminat dengan pembelajaran dalam kelas. Belum tentu mereka tidak pintar. 

Mungkin mereka tidak rasakan kepentingan belajar cara sedemikian. Mereka boleh belajar dari dunia kehidupan sebenarnya. Ramai tokoh korporat termasuk dalam kelompok sebegini. Mereka sebenarnya mempunyai keupayaan kendiri yang mampu mengambil semua yang positif untuk meningkatkan diri masing-masing di luar sistem yang ada.

Manakala pelajar yang ponteng atau lari dari sekolah pula lebih kurang sama puncanya. Pembelajaran dalam kelas dirasakan mengongkong mereka. Apatah lagi jika guru-guru tidak kreatif dalam menarik minta pelajar untuk menguasai ilmu. Jadilah pelajar ini meluat dengan guru, lebih gemar melepak dan membuang masa di luar kelas. 

Tanda-tanda Remaja Yang Boleh Diharapkan Dan Diberi Kepercayaan

1)     Lilhat pada hubungan hatinya dengan Tuhan. Lihat sembahyangnya. Adakah istiqamah di awal waktu yang di dahului dengan selawat dan sebagainya - menanti waktu solat. Remaja yang hatinya khusyuk dengan Tuhan, diproses oleh sembahyang yang khusyuk.

2)   Lihat ibadah malamnya. Penghayatan ibadah malam akan membentuk sahsiah remaja yang diinginkan. Dia akan menjadi remaja yang kuat pergantungan hati dengan Allah swt dan sangat bergantung harap, merendah diri kepadaNya. Biasanya remaja sebegini akan dibantu dalam kerja sehariannya. 

3)    Lihat akhlak dan tingkah lakunya. Lihat bagaimana dia menyayangi ibubapa, menghormati orang tua, para guru, pemimpin dan saudara mara. Cara bercakap dan tingkahlaku yang sopan mencerminkan keteguhan peribadi yang bukan dibuat-buat. Remaja yang menghormati, menyayangi kedua ibubapanya akan diberkati Tuhan di dalam hidupnya.  Keberkatan ibubapa akan mengiringi perjalanan hidup mereka sepanjang masa.

Andaian Apa Yang Berlaku Pada MH370 Akan Terus Wujud

Dalam keadaan pelbagai teori masih berlegar di media dan internet, apa yang sebenarnya berlaku pada MH370 akan terus menjadi tanda tanya. Jawapannya kekal tiada siapa yang tahu dengan pasti.

Keputusan kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan MH370 di Lautan Hindi pada kedudukan 1,900km daripada Perth juga tetap mengundang kontroversi. Kebanyakan waris mangsa terus kekal tidak meyakini sepenuhnya apa yang diumumkan selagi tidak ditemui bangkai pesawat dan mayat mangsa.

Ya, 1001, andaian boleh dikeluarkan dan 1001 peristiwa mungkin terjadi. Apa yang penting, pihak kerajaan teruskan usaha membuktikan benarnya pesawat itu sedang terdampar di perut lautan sedalam 3 - 4km di bawah laut! Biarlah berapa kos pun yang perlu ditanggung, kredibiliti kerajaan sepatutnya di pertahankan.

Saintis Dunia Ramal Pencarian MH370 Temui Kegagalan.. Ini Penjelasannya

 
Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada.

"Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada," katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu.

Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai arah yang tidak diketahui.

"Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut," katanya.

Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom, berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan.

Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.  BACA SELANJUTNYA

Saturday, 29 March 2014

Misi Pencarian MH370 Temui Petunjuk Terbaru


 
Lima pesawat dilaporkan terlihat beberapa objek pelbagai warna ketika dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Jumaat.

Misi mencari tersebut kini telah berakhir dengan pencarian dalam kawasan seluas 256,000 kilometer persegi. Imej fotografik objek-objek tersebut telah diambil dan ia akan dikaji malam ini. Objek-objek terbabit setakat ini masih belum disahkan atau dinafikan sebagai milik MH370 sehingga ia ditemui dan dibawa balik oleh kapal.

Pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja New Zealand (RNZAF) dilaporkan melihat beberapa objek berwarna putih dan terang serta satu boya memancing.

Sementara itu, pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja Australia (RAAF) turut melihat objek sama yang dilihat pesawat RNZAF, disamping dua objek segi empat tepat berwarna biru/kelabu terapung di permukaan laut.

Pesawat P3 Orion kedua milik RAAF turut melihat beberapa objek pelbagai warna di satu kawasan lain, kira-kira 546 kilometer dari kawasan penglihatan pertama.

Sejumlah sepuluh pesawat dikerahkan dalam misi pencarian hari ini oleh AMSA, dan kini telah meninggalkan lokasi pencarian. AMSA telah mengarahkan kapal peronda Pentadbiran Maritim China, Haixun 01, yang berada berhampiran kawasan pencarian dan akan tiba untuk mencari dan mendapatkan objek-objek terbabit, esok.Cuaca pada Sabtu dijangka sesuai untuk misi mencari. ~awani

Bagaimana Lanskap Politik Malaysia Ekoran Insiden Kehilangan MH370

Dunia sedang memerhati Malaysia secara khusus. Insiden ghaibnya MH370 telah membuka ruang yang begitu banyak untuk negara kita dinilai semua pihak dari pelbagai sudut. Semuanya mempunyai pandangan pro-kontra tersendiri. 

Jika diberi pilihan, siapa pun tidak mahu dirinya atau keluarganya atau syarikatnya, atau masyarakatnya atau negaranya dinilai secara negatif. Tentu ini semua suatu yang aib yang tidak direlakan berlaku. Seboleh-boleh yang mahu diperkatakan orang ialah dari sisi positif sepanjang masa.

Sebaliknya Tuhan mempunyai caraNya sendiri dalam menyedarkan hamba-hambaNya. Tuhan lakukan suatu yang dilihat negatif sebagai suatu yang perlu untuk sihamba. Hanya melalui insiden ghaibnya pesawat secanggih MH370, barulah berlakunya proses yang Tuhan inginkan terjadi untuk Malaysia. 

Ingat lagi apa yang terjadi diantara bangsa Aceh sebelum tsunami. Bukankah kemelut politik dan perebutan kuasa sedang sampai di kemuncaknya antara Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dengan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI)?

Ketika setiap pihak tidak mahu beralah mahupun bertolak ansur - rundingan demi rundingan menemui jalan buntu, maka Tuhan datangkan tsunami yang memeranjatkan seluruh dunia. Aceh dan Indonesia menjadi fokus antarabangsa. Semua pihak 'menelanjangi' dan menganalisa Aceh, GAM, ABRI dan pemerintah Indonesia dari segenap sudut. 

Hasilnya selepas tsunami, apa yang dipersengketakan itu pun turut lenyap tanpa ada batu nesan - sama seperti korban ratusan ribu mangsa tsunami yang tidak dimandikan, tidak dikafankan!!

Apakah yang Tuhan mahu lakukan kepada Malaysia?
Pak Lang akan huraikan persoalan ini kemudian. Banyak perkara yang perlu di semak - perlukan masa. Walaubagaimanapun baca dulu apa yang orang lain tulis berkaitan masa depan situasi politik Malaysia ekoran insiden MH370.

Penulis  melontarkan pandangannya mengenai masa depan politik Malaysia. Sila ke  AlJazera. Juga baca Tulisan Blogger Addin yang melapurkan isu berkenaan seperti berikut:  
Tragedi MH370 Bakal Merubah Landskap Politik Malaysia.. Ini Penjelasannya
Adakah rakyat Malaysia masih mahu mencari kesalahan sesiapa secara politik selepas krisis MH370? Seorang penulis di laman web Al Jazeera berkata, pada masa ini ramai yang letih daripada segi emosi dengan apa yang berlaku dan apabila tiba saat semua jawapan terjawap dan kekeruhan jadi jernih, kehidupan pastinya sudah berjalan seperti biasa di Malaysia.

“Sebaik saja tragedi itu selesai, bolehkah pengajaran di sebaliknya menjadi pemangkin kepada perubahan politik, atau sesuatu yang menyedarkan, yang amat Malaysia perlukan sekarang?

“Adakah rakyat Malaysia akan mendesak jawapan lebih baik daripada kerajaan bermula sekarang – dan apa yang lebih penting bolehkah pemerintah yang elit sekarang berkhidmat lebih baik?” kata penulis sambilan, Zarina Banu dalam Al Jazeera minggu ini.

Beliau berkata, komunikasi bercanggah dan tidak cekap mengenai pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ketika ia hilang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac, masih belum ada bangkai atau serpihan dijumpai.

Tetapi, katanya, rakyat Malaysia berpecah mengenai cara kepimpinan mengendalikan kejadian malapetaka itu – rekahan yang mencerminkan secara maya politik terbahagi 50-50 di antara kerajaan dan pembangkang. Baca seterusnya.

Friday, 28 March 2014

Kisah Mayat Keluar Darah Tidak Berhenti Yang Sangat Ngeri


Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki
 
PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa…. tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.
 
Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.

Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja…

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.
 
Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. ..dan menyedihkan.
 
Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, “Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?”

Saya kata, “Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?”

“Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami,” kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan… masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham.

Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain…sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut… langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, “Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga.” Mereka bersetuju.

Sambung baca di BLOG SUMBER

MH370 - Sayu!! AJ Hilang 12 Orang Anak Buah Serentak



Dari kehilangan menjadi misteri dan seterusnya menjadi tragedi yang mengorbankan 239 nyawa penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Hindi seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, kerana kehabisan minyak mengikut laporan INMARSAT. 

16 hari tanpa rehat dan makan yang mencukupi, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari dilihat melangkah longlai menunduk kepada tatkala masuk ke dewan sidang media malam semalam dengan wajah yang amat sedih.

Sepanjang Najib membaca kenyataan media di atas pentas, AJ hanya mampu tunduk. Sebaik saja kenyataan mengesah pesawat MH370 terhempas di lokasi terpencil di Lautan Hindi, AJ kelihatan terlalu sedih. AJ menangis apabila dia dipeluk oleh P. Kamalanathan.

Mencuba Untuk Setia

Sila baca tulisan Pn Khaulah yang berikut. Ada aura yang menginsafkan!!
 
Dihujung hari sebelum lena dibuai mimpi,ada satu hakikat yang selalu aku hadapi. Hakikat bahawa adanya Tuhan yang setia menanti. Menanti aku datang untuk menyerah diri sepenuh hati..

Sepanjang hari aku sibukkan diri kesana ke mari tiada bertepi. Hingga akhirnya terlupakan kepada kuasa yang mengizinkan aku berdiri bahkan berlari. Mengharap dan menuntun aku segera kembali kepada Dia yang sentiasa disisi..

Adakah percintaan yang bisa lebih aneh dari ini? Kesetiaan yang bertaraf maha yang dicurah disepanjang malam dan pagi. Bahkan tidak pula marah bila dikhianati..

Mengapa Tuhan itu mahu saja dicurangi berkali-kali? Teruslah mencintai kehinaan si hamba yang tidak sedarkan diri ini! .... Teruskan membaca


Thursday, 27 March 2014

300 Objek Terapung Dikesan...

SATELIT THAILAND KESAN 300 OBJEK TERAPUNG

Satelit Pemerhatian Bumi Thailand (Thaichote) mengesan 300 objek di Lautan Hindi, kira-kira 200 kilometer daripada Barat Daya tempat carian pesawat hilang MH370.

Thailand menjadi negara kelima mendedahkan imej satelit objek terapung di kawasan sama selepas Australia, Perancis, United Kingdom dan China.

Akhbar Thailand The Nation melaporkan, imej itu diserahkan kepada perdana menteri sementaranya sebelum dimajukan kepada pihak Malaysia.

Menurut AFP, objek yang terapung itu dikenalpasti oleh Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo- Informatics Thailand.

Menurutnya, objek tersebut yang berukuran dua hingga 15 meter, bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km barat daya Perth. Imej-imej tersebut diambil pada 24 Mac, laporan The Wall Street Journal.

"Papa kat syurga. kalau nak papa, kena baca doa selalu"

INTAN: "PAPA KAT SYURGA, KALAU NAK PAPA KENA BACA DOA SELALU" JAWAPAN SAYU KEPADA ANAKNYA #MH370



"Papa pergi work,tapi kapal terbang papa rosak, papa tak kan balik, papa kat syurga, kalau nak papa kena baca doa selalu...''

Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa. Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.

Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.

Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.

Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.

Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan. Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.''- Al-Hadid 22-23.

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.''- Al-Hadid 22-23.

Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.

"Saya akanmove on,saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.'' Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan. Seperti biasa bersalaman dan ungkapan"I love you''menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.

Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy' (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, 
masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin. 


 
Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.

"Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi..''- Yaasin 81-82.
 
Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini. Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.

Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane' papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama.

MH370 - Bagaimana Penerimaan keluarga Mangsa


Ahmad Seth Zaharie, anak bongsu juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak mengendahkan spekulasi negatif terhadap bapanya kerana katanya, beliau lebih kenal siapa bapanya, lapor akhbar Berita Harian, hari ini.

Ahmad Seth, 26, berkata beliau membaca semua berita spekulasi dan teori yang tersebar luas di laman sosial, termasuk tuduhan bapanya merampas pesawat yang hilang pada 8 Mac itu. Dalam pertemuan 5 minit dengan wartawan akhbar itu, Ahmad Seth yang juga pelajar jurusan Bahasa Jepun di sebuah kolej swasta berkata, apa yang dibacanya tidak meninggalkan kesan di hati kerana beliau lebih kenal bapanya, berbanding orang lain.

“Apa yang saya baca langsung tidak meninggalkan kesan di hati dan saya tidak mempedulikan spekulasi itu kerana sebagai anak, saya lebih mengenali beliau berbanding orang lain."

“Walaupun saya tidak begitu rapat dengannya kerana ayah terlalu sibuk bertugas, kami memahami antara satu sama lain,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Selepas lebih seminggu pesawat itu hilang, siasatan terhadap juruterbang dan anak kapal serta semua penumpang dijalankan dengan lebih giat.

Polis turut memeriksa rumah Zaharie dan pembantu juruterbang, Pegawai Pertama Fariq Abd Hamid serta merampas simulator penerbangan milik Zaharie sebelum dipasang semula di balai polis untuk membantu siasatan.

Zaharie juga dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dikatakan sebagai pengikut fanatik ketua pembangkang itu dan turut berada di mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung kes liwat Anwar, sehari sebelum pesawat MH370 berlepas ke Beijing.

Bagaimanapun, sehingga kini, hasil siasatan mendapati tiada motif dapat dikaitkan antara Zaharie dengan tindakan merampas pesawat atau mematikan sistem komunikasi dan transponder MH370.

Ahmad Seth berkata, beliau tenang dan tidak terkejut ketika mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pesawat itu yang berakhir di tengah Lautan Hindi.

“Saya hanya akan percaya mengenai pengumuman pesawat (terhempas) selepas pasukan penyelamat menjumpai bukti seperti serpihan pesawat atau mayat.

Selagi tiada pengesahan dan saya tidak melihatnya dengan mata saya sendiri, saya percaya ayah masih hidup,” katanya.

Berita Harian melaporkan pencarian keluarga Zaharie sejak kehilangan MH370 hampir menemui jalan buntu selepas isterinya, Faizah Khanum Mustafa Khan dan anaknya dikatakan keluar dari kediaman mereka di Seksyen 13, di Shah Alam, selepas pesawat dilaporkan hilang.

Ahmad Seth berkata, ibunya kini tinggal bersama-sama ibu saudaranya.Beliau berkata, aktiviti hariannya berjalan seperti biasa dan kelas tidak terganggu kerana perkara itu.

“Saya lebih senang menghabiskan masa bersama rakan, tambahan pula kelas di universiti baru bermula. Maaflah, ada kawan di dalam, saya perlu melayan mereka,” katanya sebelum mengakhiri pertemuan seperti dilaporkan akhbar itu.MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac lalu selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang bagi perjalanan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pada isnin, perdana menteri mengumumkan berdasarkan analisis data satelit daripada Inmarsat, pesawat milik Malaysia Airlines itu mengakhiri perjalanannya di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, dengan tiada kawasan pendaratan yang berhampiran. ~tmi 

MH370 - Gambar Dan Berita Yang Mempersalahkan Malaysia


Gambar Dan Berita Ini Amat Memalukan Rakyat Malaysia.. Saksikanlah


Malaysia perlu dipersalahkan atas kegagalan daripada tragedi MH370 kerana ia mengheret insiden yang menyakitkan itu terlalu lama, kata satu artikel pendapat yang disiarkan akhbar utama China, hari ini.

Akhbar berbahasa Inggeris, Global Times berkata, pendekatan Putrajaya mengendalikan akibat daripada tragedi itu menimbulkan keraguan pemerhati antarabangsa.“Nahas misteri ini diikuti oleh dunia, begitu juga reaksi China.

Di mata sebahagian pemerhati Barat, China ‘melakukan yang terbaik untuk membela rasa kesedihan’ dan ‘mengeksploitasi insiden antarabangsa untuk keuntungan domestik’.

“Kesedihan rakyat China tidak datang dari mana-mana,” kata artikel yang ditulis oleh Wan Wenwen itu.Artikel itu adalah yang terkini disiarkan oleh media China yang kebanyakannya mengkritik cara Malaysia mengendalikan krisis itu. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi menyalahkan media cetak China kerana ‘membangkitkan kemarah’ keluarga mangsa, terutama dari China.

“Perdana menteri dan pemangku menteri pengangkutan cuba sehabis baik untuk menyelesaikan perkara ini tetapi, malangnya, akhbar memanipulasi keadaan ini dan memainkan sentiment sehingga keluarga, terutama dari Beijing, marah.

“Ini adalah nahas yang tiada sesiapa pun mahu ia terjadi,” kata Zahid ketika menggulung titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen.Beliau bagaimanapun tidak secara terperinci merujuk kepada media dari China atau akhbar harian tempatan China.

Artikel bertajuk “Jangan biar perasaan ekstrem menggagalkan penemuan MH370” berkata, keluarga penumpang Boeing 777-200ER mendapat sokongan rakyat China dengan ramai yang meragui maklumat didedahkan Malaysia dan mengkritik Putrajaya di rangkaian sosial media China.

“Bila Victor Wong, penyanyi dari Malaysia berbangsa Cina yang terkenal di kalangan masyarakat China, melahirkan takziahnya kepada saudara mangsa di akaun Sina Weibo, limpahan komen diterimanya, menyalahkan dirinya sebagai hipokrit dan ramai yang ingin memboikot persembahannya di China,” kata artikel itu.

Ia berkata, ramai rakyat China percaya Putrajaya silap mengendalikan pencarian pesawat hilang itu dan mahu Beijing mengambil pendirian tegas terhadap Malaysia.

Artikel itu berkata, walaupun masih terlalu awal untuk membiarkan pendapat umum ke depan, masa depan hubungan Beijing – Kuala Lumpur sedikit sebanyak akan bergantung kepada bagaimana kerajaan akan bertindak antara jalinan diplomatik dan pendapat umum.

“Beberapa tahun lalu menyaksikan kerajaan China berdepan peningkatan tekanan daripada masyarakat dalam membuat keputusan diplomatik,” katanya.Artikel itu memetik analisa daripada media asing yang membuat spekulasi mengenai hubungan tegang antara China dan Malaysia, di sebalik fakta Malaysia adalah negara Asean pertama mengadakan ikatan diplomatik dengan China pada 1974 dan Malaysia adalah rakan dagangan terbesar China di kalangan negara Asean.

Laporan itu berkata, agensi pelancongan China melaporkan penurunan yang ketara dalam jumlah pelancong China yang memilih untuk melawat Malaysia.Ahli keluarga dan saudara penumpang MH370 yang kecewa mendesak jawapan daripada Putrajaya.

Taklimat yang diadakan pegawai Malaysia di Hotel Lido di Beijing semalam, yang berlarutan sehingga empat jam, menyaksikan keluarga yang marah mempersenda duta Malaysia, Iskandar Sarudin dan mendesak Putrajaya menarik balik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin mengenai pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, kerana tiada bukti kukuh.

“Tiada petunjuk pesawat itu, jadi mengapa anda begitu bersedia untuk mengesahkan ia terhempas?” jerit seorang lelaki kepada pegawai Malaysia.“Kami desak anda tarik semula kenyataan pesawat itu terhempas ke dalam laut,” kata seorang lagi.

Pegawai Malaysia berkata, pihak berkuasa bersandarkan kepada bukti daripada Cawangan Siasatan Nahas Udara Britan dan syarikat satelit British, Inmarsat, dan memberikan pembentangan mengenai penemuan itu – tetapi beberapa ahli keluarga memberi maklum balas dengan ejekan.

“Anda bayar duit untuk laporan yang mengarut,” seorang keluarga yang marah menjerit kepada pegawai Malaysia dan disambut tepukan ramai.“Anda tidak dapat maklumat lain selain slaid itu?” kata seorang yang lain.

Dua pertiga daripada 239 penumpang dalam pesawat itu adalah warganegara China.Kejadian di Hotel Lido di Beijing semalam adalah sehari selepas ahli keluarga yang penuh emosi berarah dan menunjuk perasaan di kedutaan Malaysia, berpimpin tangan dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pengendalian pencarian MH370.

Ramai ahli keluarga di majlis taklimat semalam terus berpaut kepada teori konspirasi dan berharap ketiadaan bukti fizikal mungkin bermakna orang kesayangan mereka masih hidup.

Pada satu peringkat, leftenan jeneral daripada Tentera Udara Diraja Malaysia memberitahu khalayak pihaknya tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk rampasan.

“Jika anda tidak menolak sebarang kemungkinan, ia termasuk kemungkinan keluarga kami masih hidup, betul?” kata seorang ahli keluarga. Tetapi seorang lagi keluarga melambai kepada pegawai dan menjerit:”Saudara kami mati sebab mereka dibunuh oleh negara anda”. ~tmi 

Wednesday, 26 March 2014

Kisah Rasulullah SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta Matanya

Pernahkah kita mendengar tentang berdakwah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana, Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya berkhidmat membantu dan menolong. Pertolongan yang dilakukan Baginda SAW tidaklah berkat-kata apa-apa pun sebaliknya dengan tekun memberi makan kepada seorang yang sangat memusuhi Baginda SAW.
Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”



Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu. Dalam pada itu pengemis itu terus berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukan khidmat tersebut hingga menjelang Baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.

Suatu hari Saiyidina Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Saiyidatina Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Saiyidatina Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” 
“Apakah itu?” tanya Saiyidina Abu Bakar r.a. "Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Saiyidatina Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Saiyidina Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu.
Saiyidina Saiyidina Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Saiyidina Abu Bakar r.a mula menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?”  
Saiyidina Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya. Saiyidina Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah kembali kepada Tuhannya. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” 
Setelah pengemis itu mendengar cerita Saiyidina Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Saiyidina Abu Bakar r.a. 
(**Menurut Abuya: Yahudi dalam kisah di atas adalah seorang perempuan buta)
TELAH DIEDIT DAN DIUBAH SUAI DARI ASAL

Siapa Yang Paling Pemurah?



 

Al-Waqidy bercerita, "Suatu ketika, saya diuji Tuhan dengan menghadapi kesempitan hidup. Apabila tiba bulan Ramadhan, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya bingung, lalu saya menulis surat kepada teman saya. Beliau adalah seorang yang mulia dari kalangan Alawy (keturunan 'Ali bin Abi Thalib). 

Saya memintanya meminjamkan saya wang sebanyak seribu dirham. Dia pun mengirimkan wang itu kepada saya dalam sebuah kantong yang tertutup. Kantong itu lalu saya simpan di rumah.... Malam harinya saya menerima sepucuk surat dari teman saya yang lain. Dia meminta saya meminjamkan wang seribu dirham kepadanya untuk keperluannya untuk bulan puasa. Tanpa berfikir panjang, saya pun  mengirim kantong berisi seribu dirham itu kepadanya dalam keadaan masih tertutup tanpa pernah saya buka.

Besok harinya, saya didatangi teman yang saya kirimkan wang semalamnya. Anehnya juga yang datang ialah teman Alawy yang meminjamkan saya wang sebelumnya. Yang Alawy itu menanyakan kepada saya perihal wang seribu dirham itu. Saya jawab, bahawa saya telah mengeluarkannya untuk suatu keperluan. 


Tiba-tiba ia mengeluarkan kantong itu sambil tertawa dan berkata, "Demi Allah, bulan Ramadhan sudah dekat, saya tidak punya apa-apa lagi kecuali seribu dirham ini. Setelah engkau menulis surat kepada saya, saya kirim wang ini padamu. Sementara itu saya juga mengirim surat kepada teman kita yang satu ini untuk meminjam wangnya. 

Lalu ia mengirimkan kantong ini kepada saya. Saya pun kemudian bertanya, bagaimana ceritanya hingga boleh berlaku begini? Dia pun menceritakannya kepada saya. Lalu sekarang kami datang ke sini untuk kita bahagikan wang ini bertiga. Semoga Allah akan memberikan kelapangan kepada kita semua."

Al-Waqidy berkata, "Saya berkata pada kedua teman itu, 'Saya tidak tahu siapa di antara kita yang lebih pemurah dari yang lainnya." Kemudian kami membahagi wang itu untuk bertiga. Bulan Ramadhan pun tiba dan saya telah membelanjakan sebahagian besar hasil pembahagian itu. Akhirnya perasaan gundah datang lagi. Saya pikir, bagaimana ini?

Tiba-tiba datanglah utusan Yahya bin Khalid al-Barmaki di pagi hari meminta saya untuk menemuinya. Ketika saya menemui Yahya al-Barmaki, dia berkata, "Hai al-Waqidy! Tadi malam aku bermimpi melihatmu, keadaanmu ketika kulihat itu sangat memprihatinkan. Cuba jelaskan apa masalahmu?"

Maka, saya menjelaskan keadaan saya sampai pada kisah tentang teman saya yang Alawy, teman yang satu lagi serta wang yang seribu dirham. Lalu dia berkomentar, "Aku tidak tahu siapa di antara kalian yang lebih pemurah." Selanjutnya, dia memerintahkan agar saya diberi wang tiga puluh ribu dirham, dan dua puluh ribu dirham untuk kedua teman saya."

Kambing Yang Diganti Oleh Allah


Di sebuah kampung, hiduplah seorang wanita solehah bernama Al-Fiddhah *yang berarti perak). Di rumahnya, terdapat seekor kambing yang boleh mengeluarkan susu dan madu apabila diperahnya. Hal ini sangat menakjubkan. Ramai yang datang untuk melihat kambing tersebut.

Suatu hari, Syeikh Abu Ar-Rabi’ Al-Maliki datang berkunjung ke rumah Al-Fiddhah. Ketika itu, ia sedang memerah susu kambing. Kelihatan susu dan madu seperti yang diceritakan oleh orang ramai.

“Bagaimana mulanya sehingga kambing ini dapat mengeluarkan susu dan madu seperti itu?”, Tanya Syeikh Abu Ar-Rabi’ Al-Maliki kepada Al-Fiddhah. 

“Kami termasuk keluarga yang sangat miskin. Harta yang kami miliki hanya seekor kambing kecil”, kata Al-Fiddhah menceritakan tentang kambingnya dan keadaan keluarganya.

Satu masa, ketika hari raya Aidil Adha, suaminya ingin menyembelih kambing yang satu-satunya itu untuk dibuat korban. Akan tetapi Al-fiddhah melarangnya karena itulah satu-satunya harta kekayaan miliknya. “Allah lebih tahu tentang keadaan kita”, kata Al-Fiddhah.

Namun tiba-tiba, setelah itu datanglah seorang tamu ke rumah mereka. Suami isteri itu menjadi bingung, apa yang harus dijamu kepada tamu mereka itu? Keluarga itu tidak memiliki apa-apa untuk menjamunya.

“Yang datang ini seorang tamu. Menurut tuntunan Rasulullah saw. kita wajib menjamu dan memuliakan tamu. Kita sembelih saja kambing ini”, kata Al-Fiddhak kepada suaminya.

Karena tidak ingin anaknya yang sangat menyayangi kambing itu melihatnya, disembelihnya kambing itu di belakang pagar tembok rumahnya. Ketika suaminya menyembelih kambing itu, Al-Fiddhah menunggu di muka pintu belakang rumahnya. Tiba-tiba ia melihat seekor kambing lari keluar dari balik dinding pagar di mana suaminya menyembelih kambing, dan kambing itu kemudian masuk ke dalam kandangnya.

Al-Fiddhah menjadi terkejut. Jangan-jangan kambing yang disembelih suaminya itu terlepas. Ternyata, ketika didatangi suaminya sedang menguliti seekor kambing. Ertinya ada kambing lain yang meloncat ke dalam kandang tadi. Tetapi kambing siapa? Ya!! Itulah kambing dari Allah.

“Alhamdulillah, rupanya Allah mengganti dengan kembing yang lebih baik dari yang kita sembelih ini”, kata Al-Fiddhah.

Demikian cerita yang disampaikan Al-Fidhah kepada Syeikh Abu Ar-Rabi’ . “Adakah ianya kambing yang baru kamu perah susunya tadi?”, Tanya Syeikh Abu Ar-Rabi’. “Ya. Itulah kambing pengganti yang diberikan Allah untuk keluarga kami sebagai balasan pengorbanan kami memuliakan tamu".

Suatu Kisah Paling Menakjubkan



Suatu hari… Atha’, ‘Ubaid bin Umair dan Abdullah bin Umar bertamu ke rumah Ummul Mukminin Aisyah, isteri Rasulullah saw. yang tercinta. Abdullah bin Umar pun bertanya kepada Ibunda Aisyah, “Wahai Ibunda, dalam kehidupan
Rasulullah saw, kejadian apakah yang paling menakjubkan?.”

Ketika diingatkan dengan orang yang paling dicintainya, Ummul Mukminin Aisyah tidak mampu menutupi kerinduannya kepada
Rasulullah saw, suaminya tercinta. Ia menangis.., air mata berlinang membasahi pipinya. Teringat kepada Rasul yang mulia, Muhammad saw.

Dan dengan senggukan isak tangisnya, ia menjawab, “Duhai saudaraku, semua kehidupan
Rasulullah saw. adalah menakjubkan.” “Baiklah” Lanjutnya, “Akan aku ceritakan kisah yang paling menakjubkan dari beliau.”

“Pernah, suatu malam…., yaitu ketika malam giliranku, kami sudah berada di tempat tidur. Kulitku dan kulit beliau sudah bersentuhan. Namun.., beliau meminta izin kepadaku, “Duhai Aisyah, izinkanlah aku untuk beribadah kepada Tuhanku.” Aku menjawab, “Wahai Rasulullah, aku ingin dekat denganmu, dan siap melayanimu.” Namun
Rasulullah saw. tetap ingin beribadah pada malam itu."

Baginda saw pun mengambil wudhu, dan mengerjakan solat. Bermunajat dan bersimpuh di hadapan Allah dengan penuh kekhusyukan. Ketika berdiri dalam solatnya, mata Baginda berlinang dengan airmata. Ketika duduk, Baginda memuji Allah, kemudian menangis, dan air mata beliau yang suci membasahi hijr-nya (tempat solatnya). Dan ketika selesai solat, Baginda berbaring dalam keadaan miring ke kanan dan meletakkan tangannya di bawah pipinya. Ketika itu Baginda masih terus menangis, dan aku melihat airmata Baginda membasahi bumi. Demikianlah Baginda melakukan solat dan menangis seperti itu hingga Bilal bin Rabbah datang untuk mengumandangkan azan yang pertama.

Kemudian Bilal berkata, “Solat wahai Rasulullah.” Tetapi ketika melihat orang yang paling dicintainya menangis sedemikian rupa, Bilal bin Rabbah, sahabat yang menjadi mu’adzin Baginda, juga menangis tersedu-sedu…, dan berkata dengan nada sedu-sedan, “Ya Rasulallah, tabki wa qad ghafarallahu laka ma taqaddama wa ma ta’akhkhara….Wahai Rasulullah, anda menangis…..padahal bukankah Allah sudah mengampuni dosa anda, baik yang telah lalu maupun yang terkemudian ?”
Rasulullah saw. menjawab, “Ya Bilal, afala akunu abdan syakura….Wahai Bilal, tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?.”

Subhanallah! Insan paling mulia, yang ma’sum; terhindar dari dosa, dan manusia yang paling sempurna imannya dan paling tinggi takwanya - masih senantiasa melaksanakan solat malam dengan berlinang air mata. Sedangkan kita, sebagai umat Baginda saw, yang tidak memiliki jaminan sejengkal tempat pun di Syurga nanti lebih patut bersungguh-sungguh mendapatkan rasa hati yang khusyuk dengan Tuhan, rasa takut dan gerun denganNya!! 

Bahkan, ketika di medan perang sekalipun, Baginda saw tidak meninggalkannya. Saiyidina Ali krmwj pernah berkata, “Pada perang Badar, kami tidak memiliki seorang pasukan berkuda pun selain Miqdad. Sungguh, aku memperhatikan keadaan kaum muslimin pada hari itu, dan tidak ada seorangpun yang bangun selain Rasulullah saw. Di bawah pohon beliau mengerjakan solat dan menangis hingga pagi tiba.”

Kenikmatan bercumbu dan bermunajat kepada Tuhan owner alam semesta di kegelapan malam seperti inilah yang juga dirasakan oleh Abu Sulaiman ad Darani Rahimahulloh sehingga ia berkata, “La ahluth tha’ah fi lailihim aladdzu min ahlil lahwi bi lahwihim…., sungguh kenikmatan yang dirasa oleh orang yang solat malam jauh lebih nikmat dan lebih lazat daripada kenikmatan yang dirasai oleh orang yang bermaksiat dan suka berfoya-foya.”

Ya Allah! Bantulah kami mencintai, merindui dan mengikuti jalan hidup kekasihMu - Saiyiduna Muhammad saw!!

Kualiti Pendidikan Malaysia Lebih Perlu Di Bimbangkan - Pakar Ekonomi Bank Dunia

Berikut adalah satu paparan dalam sebuah BLOG yang melaporkan mutu pendidikan di negara kita. Ianya menurut kajian oleh sebuah badan penarafan antarabangsa yang menilai prestasi akademik (keupayaan penguasaan dalam subjek tertentu). 

Demikianlah umumnya masyarakat dunia menilai taraf pendidikan. Tentunya langsung tidak menilai dari segi sahsiah dan moral. Bahkan tidak ada usaha teras yang dilakukan oleh mana-mana negara dalam melihat fenomena kehancuran moral pelajar di negara masing-masing. 

Sepatutnya negara kita Malaysia mengambil inisiatif yang lebih serius dalam melahirkan pelajar berkualiti. Pelajar mesti dinilai berdasarkan pencapaian sahsiah dengan kualiti kemanusiaan yang tertinggi sebagai kayu ukurnya. Jati diri manusia adalah nilai diri manusia yang hakiki. Tanpa penekanan dalam hal yang penting ini, kita hanya merendahkan martabat manusia sebagai hamba dan khalifah Tuhan di atas muka bumi. 

Pencapaian akademik bukanlah segala-galanya yang patut kita kejar. Bahkan selama kita bersungguh-sungguh berusaha dari sudut akademik pun, kita sudah dipintas dan jauh daripada Vietnam!!

Bacalah paparannya!


Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, Mac 25, 2014

[TMI] Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara.

Pencapaian buruk Malaysia dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) lalu bukan suatu petanda baik, kata Frederico.

"Malaysia patutnya bimbang dengan tahap prestasi murid-murid dalam sekolah berbanding prestasi murid-murid di Vietnam kerana mereka lebih miskin daripada Malaysia tapi tahap pendidikan lebih baik berbanding Malaysia," kata Frederico dalam forum yang dianjurkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) hari ini di Damansara.

Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-52 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Pisa.

Malah, Vietnam berada di tangga ke-17 dalam kajian itu dengan markah 511 manakala Shanghai-China mendapat 613 untuk mendapat tempat pertama dalam ranking itu.

"Murid-murid di kawasan pendalaman Vietnam, prestasi mereka lebih tinggi daripada murid-murid Malaysia. "Ini akan memberi kesan terhadap pembangunan aset sumber manusia Malaysia," kata pakar ekonomi kanan Bank Dunia itu.

Frederico berkata pihak sekolah perlu diberikan lebih autonomi dan kuasa yang lebih untuk menangani masalah pembelajaran setempat.

PISA merupakan sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains. PISA menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Purata min skor ialah 494 dan kajian itu menguji 510,000 pelajar tahun lalu merangkumi tiga bahagian peperiksaan – matematik, sains dan keupayaan membaca. Malaysia memperolehi min skor 421.

Pelajar Malaysia dikatakan mendapat pencapaian yang teruk dalam bahagian membaca dengan skor 398 (purata:496), bahagian matematik, Malaysia mendapat 421 (purata:494) dan sains, 420 (purata:501). – Md Izwan/25 Mac, 2014.

Menjejak Maqam Syeikh Syamsuddin Al Wali di Guynok

Paparan berikut diambil dari BLOG ANJANGMUOR 
 
Salam ceria.
Turki menerima berjuta-juta orang pelancong setiap tahun.‎ Sebagai tanah yang pernah menjadi empayar timur dan barat sudah tentu ia mempunyai banyak kesan sejarah dan monumen yang sangat ingin dikunjungi oleh seluruh penduduk dunia khususnya para traveller. Tetapi mana yang lebih penting antara tempat bersejarah dengan pembangun sejarah itu sendiri? Atau dengan lain perkataan, mana lebih utama di antara orang dengan tempat? Di antara tokoh dengan monumen? Sudah tentu tokohnya lebih penting dan utama dari kejayaan yang dicapainya.

Seorang tokoh sudah tentu tidak terjadi dengan sendirinya. Saiyidina Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan seluruh para sahabat adalah bayangan Rasulullah‎ SAW. Siapakah di belakang Sultan Muhammad Al Fateh? Selain dari ayahandanya dan para ulama yang mendidiknya sejak kecil, tokoh yang paling mempengaruhi peribadi ‘Sebaik-baik Raja’ ini ialah guru mursyidnya, Syeikh Syamsuddin Al Wali atau dikenali di Turki dengan nama Aksemseddin Hazretleri

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Hamzah Ad Dimasyqi. Berasal dari Syam dan berhijrah ke Turki. Nasabnya yang mulia sampai kepada Saiyidina Abu Bakar As Siddiq RA.‎ Beliau adalah anak murid Syeikh Bayram, ulama yang menjadi penasihat Sultan Murad yang merupakan seorang pakar hadis. Setelah Syeikh Bayram meninggal dunia, Syeikh Syamsuddin Al Wali menggantikan gurunya menjadi penasihat sultan.

Ramai dari kita mengetahui bahawa cita-cita untuk membuktikan kebenaran sabda nabi Muhammad SAW berada di sanubari para pejuang Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi dan bukan sedikit yang cuba membuktikannya, namun gagal. Termasuklah ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh, Sultan Murad. Dia sangat bercita-cita untuk menjadi pembuka Kota Konstantinopel. Tetapi apa yang terjadi adalah isyarat yang menunjukkan anaknya yang akan menjadi penakluk Konstantinopel. Ketika berita kelahirannya sampai, ayahnya Sultan Murad II sedang membaca Al Quran tepat pada Surat Al-Fath ayat 1..“Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.”

Anjang tak bersetuju ada orang mengatakan janji Rasulullah SAW sebagai ramalan Rasulullah SAW, begitu juga firasat atau ilham yang Allah campakkan di hati kekasihnya di kalangan para wali dikatakan ramalan. Walhal, ramalan adalah sesuatu yang mungkin terjadi, mungkin juga tidak. Sedangkan janji Rasul, begitu juga firasat dan ilham orang-orang Tuhan adalah benar belaka. Ia sama sekali bukan ramalan.

Dengan firasatnya yang tajam, Syeikh Syamsuddin Al Wali berkata kepada ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh, “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.” iaitu Muhammad ii. Sejak itu baginda dipersiapkan untuk menjadi Al Fateh, pembuka dengan dilatih hidup bersederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.

Syeikh Syamsuddin Al Wali mendidik Sultan Muhammad Al Fateh dengan disiplin sufi yang tinggi dan dilatih hidup susah menjadikannya seorang yang kuat jiwa dan bercita-cita tinggi serta kuat berhubung dengan Allah. Benarlah kesusahan adalah guru yang baik. Mursyidnya sentiasa menjadi contoh teladan, rujukan dan panduan dalam ibadah, akhlak, pergaulan, semangat perjuangan dan pengorbanan. Beliau sentiasa mendampingi muridnya hingga Allah anugerahkannya keistimewaan berada bersama Sultan Muhammad Al Fateh ketika pembukaan Kota Konstantinopel lalu dikenali sebagai Penakluk Rohani Konstantinoel.

‎Syeikh Syamsuddin Al Wali sentiasa menjadi rujukan lebih-lebih lagi semasa Sultan dan tenteranya telah lama megepung Kota Konstantinopel, bila dirujuk kepada gurunya, dengan firasatnya beliau berkata: “Kota Konstantinopel akan ditawan pada hari ke-53, hari Selasa, pukul 11.00 pagi.”

Setelah menawan Kota Konstantinopel, ‎antara keinginan kuat Sultan Muhammad Al Fateh ialah mengetahui lokasi maqam sahabat Nabi SAW yang mulia, Saiyidina Abu Ayub Al Ansori. Di sini, gurunya tempat beliau merujuk. Syiekh Syamsuddin Al Wali diperlihatkan di mana kedudukan maqam tersebut hingga mereka menjumpainya.

Ada riwayat mengatakan, di maqam tersebut mereka melihat sebahagian kaki Saiyidina Abu Ayub terkeluar dari tanah. Kaki tersebut kelihatan putih bersih tidak rosak sama sekali, walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun lalu. Itulah selayaknya para sahabat Nabi. Allah muliakan mereka di dunia lagi. Maka panglima tentera dan Sultan pun bergiliran mencium kaki tersebut untuk mengambil keberkatan. Sultan mengambil giliran yang terakhir.

Ketika Sultan Muhammad Al Fateh hendak mencium kaki sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut seolah-olah ditarik dan masuk ke dalam tanah. Syeikh Syamsuddin Al Wali bermimpi bertemu dengan Saiyidina Abu Ayub Al Ansori di mana Saiyidina Abu Ayub mengucapkan tahniah kepada Sultan Muhammad Al Fateh kerana berjaya menakluk Konstantinopel dan menyatakan dia malu untuk dicium kakinya sedangkan dia yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, bukan sebaliknya.

‎Abuya pernah bertanya kepada En Yahya, siapa lebih mulia di antara Tholut dengan Sultan Muhammad Al Fateh? Siapa tahu jawapannya beserta hujahnya, sila beri komentar dalam blog ini. Sapa nak cuba pun boleh, betul anjang hadiah cenderahati dari Turki (selagi stok masih ada).

Jadi cerita hebat begini, tak patut kalau kita ke Turki tak ziarahi maqamnya. Maka Tuan Nasir dan ‘team’ Turki melarikan kami dengan merc Sprinter ke Bandar Guynok sejauh 225km dari rumah tetamu GISB di Acerkent, Istanbul. Guynok adalah bandar kecil di kelilingi bukit yang sangat indah. Masyarakatnya sangat mesra. Sayang anjang tak pandai bahasa Turki, hanya pandai sebut ‘tasyakur ederim’ dan ‘gule-gule’ je. Atau ‘Bay’ ‘Bayan’ ketika mencari tandas. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ

Sampai-sampai kami terus menziarahi maqamnya yang amat dipelihara dalam sebuah bangunan kecil berkubah terletak bersebelahan dengan sebuah masjid. Maqamnya paling kanan dibuat dari kayu dan dihiasi dengan tulisan khat di tepinya.Terdapat dua makam lain di situ. setelah berdoa sepuasnya, menghadiahkan pahala bacaan wirid zikir kepadanya, kami bergambar dan beransur meninggalkan Syeikh Syamsuddin Al Wali yang sangat mulia. Moga Allah tunaikan hajat kami dengan berkatnya. Allah kabulkan permintaan hamba-hambaNya yang hina, berkat seorang wali Allah yang sangat berjasa pada agama.

Kami meninggalkan maqam seketika untuk pergi ke pasar minggu di pekan Guynok. Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Selain dari epal dan oren, kami juga membeli ikan yang dijual hidup dalam akuarium. Harganya boleh tahan!, bukan kira timbangan kilo, tapi kira ekor.

Untuk menjimatkan belanja, kami tidak makan di restoran tetapi membawa bekalan dari rumah. Makan nasi dengan ayam masak merah dan jeruk zaitun sambil berehlah di Taman Masjid Syeikh Syamsuddin. Jadi, sesiapa yang inginkan pakej pelancongan Islam, membangunkan jiwa, membangkitkan semangat juang Sultan Muhammad Al Fateh dengan menziarahi tempat-tempat penuh berkat sambil berkasih sayang seperti satu keluarga, sila hubungi GISB Turki. Kempen, jangan tak kempen. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ
 
Ok, dah ngantuk. Esok nak ziarah Abu Mus’ab. Pagi raikan Dato’ Muhammad, atuk Suhaimi sarapan pagi di restoran GISB Jerash, Jordan.
Ampun maaf, jumpa lagi.

Bilik SS, Jerash, Jordan.
12.32am, Mac 26, 2014

Tuesday, 25 March 2014

Ustaz Mimpi Punca MH370 Jatuh Di Lautan!


Apa yang diceritakan mengenai mimpi berikut - walau sekadar mimpi, tentunya kita sangat ingin mengetahuinya. Sebagai insan, kita semua ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi kepada MH370. Kita tidak akan mudah menerima hakikat sesuatu itu lenyap begitu sahaja tanpa meninggalkan bekas. 
 
Sesuatu yang pelik pastilah telah terjadi kepada MH370 dan semua insan di dalamnya telah mengalami keadaan yang cemas dan menakutkan itu. Hakikatnya Tuhan memperlihatkan kuasaNya untuk kita insafi. Apa yang pelik, tidaklah sukar difahami jika kita lihat dari sudut keimanan pada Tuhan dan alam akhirat serta perkara yang ghaib. Bukankah Tuhan itu maha ghaib?
 
Sesuatu yang terjadi pada MH370 sangat meruntun setiap insan yang berhati halus untuk terus berdoa dan menagih maklumat dari Tuhan. Dialah sumber segala pengetahuan dan hakikat yang berlaku. Jika kita dipilih Tuhan untuk menjadi sumber pemberitahuan itu kepada manusia, bersyukur dan meminta ampunlah kepadaNya. Dia menguji kita semua dalam semua keadaan. 
 
Mimpi yang di alami ustaz ini mungkin mimpi yang benar, mungkin juga tidak. Bagi Pak Lang, eloklah kita berharap ianya satu isyarat dari Tuhan untuk kita semua mengkajinya. Tidak salah kita memohon lagi agar Tuhan terus menyalurkan maklumat lanjut mengenai kejadian ini melalui orang-orangNya. Semoga hari demi hari, segalanya akan tersingkap....

Bacalah kisah mimpi ustaz ini seperti berikut: 
Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal. 

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. SUMBER


USTAZ DARUL MANZIL

Berita Yang Menggusarkan Dari Pakar Berkenaan Pencarian Bangkai MH370


Pencarian MH370 dan kotak hitamnya bakal menjadi sangat sukar apabila ahli kaji bumi laut Australia yakin serpihan pesawat Malaysia Airlines itu terletak di atas rantaian dasar laut yang luas akibat gempa bumi dan jarang dikaji sebelum ini, lapor Sydney Morning Herald (SMH).

Ia menjadi lebih sukar apabila satu-satunya kapal Australia yang mampu membuat penilaian sehingga 3,000 meter dalamnya, RV Southerm Surveyor, dikeluarkan daripada bertugas pada Disember, kata akhbar harian itu.

Robin Beaman, dari James Cook University, memberitahu SMH, hanya sebahagian kecil dasar laut selatan Lautan Hindi yang termasuk dalam zon pencarian ini dipetakan secara terperinci.

Sehubungan itu, katanya, sebarang percubaan untuk mendapatkan bangkai memerlukan pemetaan 3D yang luas, mungkin oleh kapal-kapal dengan alat pengesan bunyi multibeam echo.

"Ia benar-benar masa yang tidak baik. Australia tidak mempunyai keupayaan pemetaan kedalaman ini," katanya yang dipetik oleh SMH. Alat pengesan bunyi Multibeam echo boleh menghantar denyutan bunyi dalam bentuk kipas, yang boleh menentukan kedalaman dasar laut secara langsung di bawah kapal itu dan di sekitarnya, melalui corak yang dikenali sebagai 'swath'.

Beaman berkata, buat masa ini, pengganti RV Southerm Surveyor masih berada di Singapura menunggu untuk menjalani ujian di laut. ~tmi SUMBER

Beratnya Kepiluan Dan Kesedihan - Baca Luahan hati Isteri Paramugara MH370



Kehilangan suami dalam keadaan yang tidak ditemukan jasadnya adalah satu pengalaman yang berat. Belum tentu usaha mendapatkan pesawat dan menaikkan semua mayat dapat dilakukan. Pertunjuk yang ada hanyalah pada isyarat satelit yang bersesuaian dengan kadar bahan bakar yang ada. Dan di situ tidak ada lapangan terbang yang memungkinkan ianya mendarat. 
 
Memang memilukan bagi yang menanggungnya terutama bagi isteri yang sedang mengandung. Semoga ujian berat ini, menjadikan semua yang terlibat kembali mendapat Tuhan, merasai kebesaran dan keagunganNya. Mendapatkan Tuhan maksudnya untuk di 'bawa' Tuhan ke mana-mana!

Balu kepada pramugara Hazrin Hasnan yang meninggalkan seorang anak kecil dan bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata redha dengan tragedi yang menimpa suaminya dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Intan Maizura Othman menulis di dalam akaun laman sosialnya sebaik mendengar pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Assalamualaikum sayang... On the 8th memang mami dah jangka that you're already in heaven but on the next day I still want to keep my mind positive and hoping that you are still alive and will come back home to us," kata Intan yang dipetik dalam tulisan di akaun laman sosialnya, Instagram.

Suaminya, Hazrin adalah seorang daripada anak kapal penerbangan malang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Intan menerima berita tersebut dengan hati terbuka dan menyifatkan Allah lebih menyayangi suaminya tersebut.

"So shocking to me but Allah love you more, I redha dengan pemergian you B," kata beliau.

Intan berkata akan berusaha sebaik mungkin menjadi seorang isteri yang tabah dan kuat dalam meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal serta menjaga kedua-dua anaknya.

"Indeed, I have to be bionic women to face reality today, I will gradually tell Iman that she have lost her papa and Muhammad will be my pillar to move on," kata beliau lagi yang bakal melahirkan anak kedua dalam masa terdekat.

Beliau juga menggambarkan suaminya tersebut sebagai seorang insan yang baik pernah dikenalinya. "Kan Allah dah janji mati dah pasti. "You are the best husband and papa I could ever ask for," kata beliau.

Monday, 24 March 2014

Kehilangan MH370 - Dedahkan Kelemahan Satelit




Gambar di atas adalah SATELIT WorldView-2 milik DigitalGlobe yang merakam imej dua objek dipercayai serpihan pesawat MH370 di Lautan Hindi pada 16 Mac lalu.

WASHINGTON - Kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bukan sahaja menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan tetapi turut mendedahkan batasan dan kemampuan sistem satelit, lapor Washington Post kelmarin.

Sebelum ini, beberapa pengendali satelit memberitahu bahawa satelit mereka mempunyai teknologi yang sangat canggih sehingga mampu merakamkan nombor pendaftaran sesebuah kenderaan dari orbit Bumi.

Namun, dalam kes kehilangan pesawat MH370, kelemahan dan had teknologi satelit mula terserlah apabila gagal mengesan sebuah kapal terbang yang besar.

Beberapa pakar berkata, kelemahan dan had teknologi sesebuah satelit ini berkait rapat dengan faktor fizikal, kewangan dan kegunaannya sendiri.

Satelit tentera dan komersial jarang memantau serta menganalisis ruang muka bumi yang jarang dilalui seperti kawasan terpencil di Lautan Hindi yang dipercayai menjadi laluan pesawat MH370.

Tinjauan permukaan bumi memerlukan lensa kamera satelit merakam imej pada sudut yang luas manakala tumpuan pada sesuatu objek memerlukan fokus yang berbeza.

Sesebuah satelit, kata mereka, tidak boleh melakukan kedua-dua fungsi secara serentak.

Satelit pengintip yang paling canggih biasanya mempunyai lensa kamera untuk merakamkan sesuatu imej dengan terperinci.

"Ia umpama menggunakan teropong ketika menaiki kereta pada kelajuan 100 kilometer sejam dan cuba melihat setiap peti surat di sepanjang jalan.

"Begitu juga satelit kerana anda tidak dapat menfokuskan teropong anda dengan cepat untuk melihat semua peti surat itu," kata penasihat teknikal Yayasan Keselamatan Dunia, Brian Weeden.

Yayasan Keselamatan Dunia merupakan sebuah badan bukan perniagaan yang menumpukan kepada dasar-dasar angkasa lepas. Ketika ini, teknologi satelit masih belum terbukti kejayaannya dalam menyelesaikan kes kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Para pegawai Australia kelmarin mendakwa dua buah objek yang dirakam satelit di sebuah lokasi terpencil di Lautan Hindi kemungkinan serpihan pesawat tersebut.

Imej itu dirakam pada 16 Mac lalu oleh satelit WorldView-2 yang merupakan sebuah satelit komersial yang mengelilingi bumi pada ketinggian 770 kilometer.

Namun, objek itu masih kabur dan terdapat kemungkinan imej yang dirakam adalah objek lain dan bukan serpihan MH370 atau pantulan cahaya di permukaan laut.

Sehingga kini objek yang salah satunya sepanjang 24 meter itu gagal dikesan oleh satelit lain dan juga pesawat tentera yang dihantar ke lokasi itu di Lautan Hindi.

Sementara itu, syarikat DigitalGlobe yang merupakan pemilik satelit WorldView-2 berkata, tempoh masa agak lama untuk imej itu dikeluarkan kerana ia perlu meneliti terlalu banyak data.

"Jumlah imej yang terlalu banyak di bumi meyukarkan untuk menumpukan kepada sesuatu objek secara masa sebenar," kata syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

DigitalGlobe juga menggunakan anak syarikatnya, Tomnod untuk menjalankan satu carian umum melibatkan tiga juta sukarelawan yang meneliti imej satelit bagi mencari pesawat tersebut. - Agensi

MH370 - Kenyataan Penuh Malaysia Airlines System (Mas)

Kenyataan penuh MAS

Malaysia Airlines dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kami terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Seperti yang akan anda dengar tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.
 

Bagi pihak semua kami di Malaysia Airlines dan seluruh rakyat Malaysia, doa kami kepada semua insan tersayang kepada 227 penumpang dan 12 sahabat serta rakan kerja kami pada saat-saat yang sukar ini.
 

Kami tahu tidak ada kata-kata yang boleh kami atau sesiapa pun ucapkan untuk meringankan kepedihan itu. Kami akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada anda, seperti yang telah kami lakukan sejak MH370 mula-mula hilang pada awal pagi 8 Mac lalu semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
 

Operasi mencari yang sedang dijalankan oleh pelbagai negara akan diteruskan sementara kita mencari jawapan kepada persoalan yang masih belum berjawab. Di samping usaha mengesan MH370, ada juga satu siasatan menyeluruh yang kami harapkan akan memberikan jawapan itu.
 

Kami juga ingin memberi jaminan bahawa Malaysia Airlines akan terus memberikan anda sokongan penuh untuk mengharungi minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang.
Sekali lagi, dengan penuh rendah hati kami panjangkan ingatan, doa dan takziah yang penuh ikhlas kepada semua yang terjejas dengan tragedi itu.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 25, 2014 00:30 (MYT)
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kenyataan-penuh-mas-32484?cp

Kenyataan Penuh Sidang Media Perdana Menteri

Astro Awani | Kemas kini: Mac 25, 2014



Petang ini saya telah diberikan taklimat oleh wakil daripada Badan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan perkiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan satu bentuk analisis yang belum pernah digunakan dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberikan beberapa petunjuk yang lebih jelas mengenai laluan penerbangan pesawat MH370.

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang lokasi pendaratan. Oleh itu dengan perasaan yang amat sedih dan terharu, menurut data terkini yang diperolehi, saya ingin memaklumkan bahawa penerbangan pesawat MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan satu sidang media esok (Selasa) bagi memberikan butiran lanjut. Buat masa ini, kami akan terus memaklumkan tentang perkembangan baru ini secepat yang mungkin. Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan menghormati ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang sentiasa menjadi panduan dalam siasatan ini.

Malaysia Airlines sudah berhubung dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal untuk memaklumkan kepada mereka perkembangan terbaru ini. Buat mereka, beberapa minggu lepas merupakan masa yang amat memilukan; saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media agar menghormati privasi mereka dan memberikan mereka sedikit ruang yang amat diperlukan di saat-saat sukar seperti ini.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 24, 2014 23:27 (MYT)

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kenyataan-penuh-sidang-media-perdana-menteri-32480?cp

MH370: Mencabarnya, dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali KLCC

Sumber dari: http://www.astroawani.com - Arfa Yunus | Kemas kini: Mac 22, 2014


KUALA LUMPUR: Cabaran mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini bertambah rumit dengan jangka hayat bateri kotak hitam itu kini hanya mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dikesan.

Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.

“Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

“Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia berubah menyukarkan lagi proses mencari,” kata Dr Rizal.

Beliau menambah, Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah.

Oleh itu menurut beliau jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.

Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mereka.

Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Menurut Dr Rizal, rata-rata teknologi yang ada kini hanya boleh mengesan objek sedalam 500 meter sahaja dimana beliau mencerminkan Lautan Hindi sebagai lautan yang ‘ganas’.

“Isunya ialah menggunakan kapal untuk kita menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal ini kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja,” katanya.

Sementara itu, beliau turut membuat perbandingan antara misi pencarian pesawat Air France 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada 2009 dengan kehilangan MH370 dimana menurutnya ia amat berbeza.

“Kotak hitam tidak direka untuk menahan tekanan yang besar dalam lautan dengan kedalaman melebihi 4000 meter. Dalam kes Air France 447, mereka tahu lokasi pesawat itu terhempas, tetapi kita tidak tahu dimana MH370 berada.

“Disebabkan mereka tahu lokasi Air France 447, jadi ini telah memudahkan mereka untuk menggunakan segala jenis teknologi yang ada untuk mengesan kotak hitam pesawat tersebut,” kata beliau semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI pada Jumaat.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 22, 2014 08:00 (MYT)

Read more at: http://www.astroawani.com/budget/news/show/mh370-mencabarnya-dasar-lautan-hindi-sedalam-10-kali-klcc-32290?cp
 

Sample text

Sample Text

Sample Text