Social Icons

Thursday, 29 May 2014

Australia Sahkan "MH370 TIDAK Berakhir Di Selatan Lautan Hindi"


Pencarian pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi di mana isyarat akustik dikesan pada awal April diisytiharkan sebagai sia-sia, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

JACC memaklumkan kenderaan bawah laut automatik Bluefin-21 menyelesaikan misi terakhirnya semalam, dan setelah memeriksa seluruh kawasan seluas 850 kilometer persegi dasar laut mendapati tidak ada tanda pesawat hilang berkenaan di kawasan itu.

"Hasilnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Awam Australia (ATSB ) dimaklumkan carian di sekitar kawasan pengesanan akustik kini boleh dianggap lengkap dan berdasarkan pertimbangan profesional, kawasan ini kini boleh dikeluarkan daripada tempat berakhirnya pesawat MH370.

"Data yang dikumpul daripada misi semalam sudah dianalisis. Hasilnya, JACC berpendapat tiada tanda-tanda serpihan pesawat dijumpai oleh kenderaan automatik bawah air sejak ia menyertai usaha pencarian,” katanya.

HMAS Ocean Shield , kapal utama yang digunakan dalam operasi mencari sejak data satelit menunjukkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi", juga sudah keluar dari kawasan carian malam tadi dan dijangka tiba di Pangkalan Armada Barat berhampiran Perth, Sabtu ini.

Kenyataan JACC mengulangi pencarian Boeing 777-200 yang hilang akan diteruskan dan melibatkan tiga peringkat utama:

1.Mengkaji semua maklumat dan analisis yang sedia ada untuk menentukan zon carian sehingga 60,000 kilometer persegi di sepanjang dataran di selatan Lautan Hindi.

2. Menjalankan kajian batimetri untuk memetakan dasar laut secara terperinci di kawasan pencarian.

3.Mendapatkan perkhidmatan pakar untuk pencarian komprehensif dasar laut di kawasan itu.

"Kumpulan pakar satelit terus mengkaji dan menghalusi analisis data satelit yang kompleks dan data prestasi pesawat untuk menentukan di mana pesawat ini paling mungkin memasuki air.  Penemuan kajian semula itu akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat." Kapal China Zhu Kezhen masih membuat pemetaan dasar laut dan operasi ini disokong oleh satu lagi kapal China Haixun 01 dan kapal Malaysia Bunga Mas 6.

"Data kajian kemudiannya akan dihantar ke Fremantle, di Australia Barat, untuk diproses selanjutnya oleh Geosains Australia. Sebuah lagi kapal kontrak akan menyertai Zhu Kezhen bulan depan.

"Pemetaan dasar laut, yang dipanggil kajian batimetri, dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan. Mengetahui rupa bumi dasar laut adalah penting untuk membolehkan carian dalam air seterusnya," kata JACC.

Pencarian dalam air kemudian akan disambung semula untuk mencari pesawat dan sebarang bukti (seperti serpihan pesawat dan perakam penerbangan) untuk membantu siasatan Malaysia susulan kehilangan penerbangan MH370. Komponen pencarian itu dijangka bermula pada Ogos dan mengambil masa sehingga 12 bulan.

JACC berkata, ATSB akan mengeluarkan tender rasmi untuk membuat pencarian bawah air dan kontraktor utama tunggal akan dipilih untuk membawa bersama-sama dan menguruskan kepakaran, peralatan dan kapal untuk menjalankan kerja mencari. ~tmi

Unsur Babi Yang Digunakan Dalam Perubatan Tidak Haram?

482735_568026513209824_359868328_n1
Isu unsur babi dalam pemakanan dan perubatan semakin diperkatakan. Ini bukanlah isu baru. Sejak lama umat Islam menyedari wujudnya penggunaan unsur babi dalam dua bidang ini. Selama ini ianya masih samar-samar diperkatakan dan diperdebatkan. Tahu dan sedar adanya penggunaan unsur haram ini tetapi tidak tahu secara jelas, terperinci dan berfakta. 
 
Tetapi apabila teknologi berkembang, apa yang samar selama ini jadi jelas dan sahih. Tidak boleh lagi takwil dan buat alasan. Hukum dan fatwa mestilah segera dikeluarkan - setelah mengkaji perbahasannya dalam mazhab Syafie - menurut ahli sunnah wal jamaah. Jangan pula mengikut fahaman Wahabi yang mengatakan haram pada babi itu hanya pada dagingnya!! Masya Allah!! 

Persoalan menggunakan unsur babi dalam perubatan adalah hal dharurat - suatu yang tidak dapat tidak dan tidak dapat dielakkan. Kita perlukan kata putus Jawatan Kuasa Fatwa dalam hal ini. Dalam soal makanan, situasi dharurat hanya berlaku jika tidak ada lagi makanan yang lain dan situasi jika tidak memakan yang haram akan membawa kematian. Jadi makan untuk membolehkan ada upaya untuk hidup.
 
Bacalah apa yang dilaporkan themalaysianinsider di bawah ini. Pandangan yang diutarakan Dr Farouk Musa ini perlu penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Pandangan mengatakan bahan kimia yang diambil daripada babi untuk perubatan adalah tidak haram merupakan pendapat peribadi beliau. Kita perlukan keputusan Majlis Fatwa...

 
Pensyarah perubatan Universiti Monash, Dr Farouk Musa (gambar) berpendapat LMWH daripada babi yang digunakan dalam perubatan tidak haram. Low Molecular Weight Heparin (LMWH) yang diambil daripada babi banyak digunakan dalam amalan perubatan di seluruh dunia termasuk Malaysia khasnya dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), kata pensyarah perubatan, Dr Farouk Musa.

Pensyarah perubatan di Universiti Monash itu berkata, ia adalah bahan kimia yang diambil daripada babi untuk kepentingan manusia dan ia tidak haram kerana bukan memakan dagingnya.

"Fatwa yang dikeluarkan oleh A Hassan Bandung jelas berkata, yang haram adalah memakan babi," kata Farouk yang merupakan Presiden Islamic Renaissance Front kepada The Malaysian Insider.

Farouk berkata, ketika mendapat rawatan akibat koma itu, beliau sendiri menggunakan bahan itu. Farouk yang pernah beberapa bulan koma dan kini terpaksa menggunakan kerusi roda berkata demikian sebagai mengulas kekecohan yang dialami masyarakat Malaysia apabila Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) mengesahkan dua jenis coklat Cadbury mengandungi DNA babi iaitu LMWH yang diambil daripada babi.

Cadbury mengesahkan mereka menarik balik dua produk yang mengandungi DNA babi iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond. Susulan daripada itu serangan dihalakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memberikan sijil halal untuk coklat itu.

Bagaimanapun, semalam, Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, coklat sedemikian halal dimakan. Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa' iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan yang suci dan halal, dan juga disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan ia dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Samak mulut
Sementara itu, pandangan sesetengah pihak yang mempersoalkan bagaimana caranya untuk menyamak mulut dan perut yang dimasuki babi setelah termakan coklat ini dianggap sesuatu isu yang tidak perlu dan tidak wajar dibangkitkan.

Dua pakar agama, bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan Dr Zaharudin Abdul Rahman memberi penjelasan mengenainya. Asri berkata, membantah Cadbury itu sesuatu yang bagus sebagai hak pengguna yang tidak boleh diperdayakan.

Bagaimanapun, katanya, berlebihan dalam hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain adalah merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama. Katanya, sesiapa termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya.

Dr Zaharudin berkata, bagi sesiapa yang termakan Cadbury mengandungi DNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut tidaklah berdosa dan tidaklah perlu membersihkan darah.

"Namun, jika ingin diambil saman ganti rugi atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu wajar dilakukan namun jangan dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah-olah ia tuntutan agama," katanya.

Coklat Tercemar DNA Babi ‘Halal Dimakan’, Kata Majlis Fatwa Kebangsaan

 
Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.

Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak berautoriti perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan terhadap pihak terbabit jika didapati perkara itu dilakukan secara sengaja dan lalai terhadap tanggungjawabnya terhadap pengguna.

Beliau turut menasihati umat Islam agar bertenang dan tidak bersikap terlalu emosional dalam memperkatakan isu itu dan mengelak daripada melakukan perkara yang dilarang Islam.

"Sewajarnya kita memberi kepercayaan kepada pihak autoriti yang diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam pengesahan halal haram sesuatu produk kerana pelbagai proses telah ditetapkan bagi memenuhi standard halal yang selaras dengan hukum syarak dan telahpun diiktiraf di peringkat dunia," katanya.

Abdul Shukor berkata hasil kajian mendapati pencemaran atau kontaminasi produk dengan DNA bahan yang diharamkan seperti babi boleh dikawal dari peringkat awal penyediaan bahan mentah lagi, dan jika sesuatu produk itu didapati mengandungi DNA babi semasa proses akhir penghasilannya dan sebelum dipasarkan, maka ia tidak boleh dikategori sebagai halal.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini melantik pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menjalankan kajian saintifik selama setahun berhubung isu pencemaran DNA babi dalam pelbagai produk makanan siap diproses dan disahkan halal supaya hukum yang tepat dapat diputuskan, katanya.

Beliau berkata hasil kajian juga mendapati DNA babi boleh menyerap masuk ke dalam produk makanan sama ada ia disengajakan atau tidak, dan kontaminasi DNA babi yang berlaku boleh diukur dan diketahui jika berlaku melalui sentuhan secara fizikal.

Kontaminasi juga mungkin berlaku melalui edaran udara apabila daging babi dan bahan lain disimpan di tempat yang sama dan kedua-duanya dalam keadaan tidak bertutup, walaupun tiada persentuhan fizikal berlaku, katanya.

"Kontaminasi DNA babi tidak akan berlaku sekiranya daging babi dan bahan halal lain disimpan di dalam bekas yang bertutup kemas dan tiada sentuhan secara fizikal," katanya.

Shukor juga berkata keputusan muzakarah itu tidak bermakna sesuatu produk yang didakwa dicemari DNA bahan haram boleh dibiarkan begitu sahaja.

"Adalah lebih baik tindakan menggantung sementara diambil dan siasatan terperinci dilaksanakan bagi mengenal pasti kesahihan dakwaan dan untuk mengetahui bagaimana pencemaran tersebut boleh berlaku, sama ada disengajakan atau sebaliknya," katanya. – Bernama, 29 Mei, 2014.

Wednesday, 28 May 2014

Mengajar Anak Berkomunikasi Dalam Bahasa Arab

Tips mengajar anak berbahasa arab ini sangat menarik. Marilah sama-sama kita praktikkan di sekolah dan di rumah kita. Banyak lagi bahan bermanfaat yang dipaparkan dalam blog http://cinta-rasul.blogspot.com ini:

Tips untuk mengajar anak berkomunikasi dalam Bahasa Arab (Siri 1)
بسم الله الرحمن الرحيم
Ya ALLAH... sebenarnya malu sungguh nak bercerita tentang tajuk ini. Bagaimana saya mendidik anak berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Kerana saya rasa bahawa saya masih belum berjaya lagi sepenuhnya. Perjalanan masih jauh lagi... Tapi atas niat ingin berkongsi manfaat, meninggikan semangat masyarakat luar dalam mendidik anak2 cintakan bahasa Al-Quran, InsyaALLAH saya cuba kongsikan sebaik mungkin InsyaALLAH

Entri ini juga adalah untuk menjawab soalan Ummu Muhammad tentang bagaimana nak mendidik anak berbahasa Arab bagi ibu bapa yang tidak kuasai dalam Bahasa Arab.

InsyaALLAH saya akan cuba menjawab soalan tersebut dengan izin ALLAH.

Bagi saya, kanak2 boleh bercakap apa saja bahasa yg diajar.... Seperti kanak2 kecil yg boleh speaking jika diajar setiap hari dari kecil. Begitu juga dengan Bahasa arab. caranya sama sahaja.

Apa2pun, jauh di lubuk hati, dari dahulu2 lagi, memang saya berdoa dan berharap agar anak2 mahir Bahasa Arab sejak dari kecil seiring dengan mahir AL-Quran. (ALLAH perkenankanlah doa ini)

OK. (iklan sebentar) , bila bercakap tentang doa, ingin sangat saya berkongsi satu status dalam FB yang sangat saya suka:

Kembali semula ke cerita cara saya mengajar anak berkomunikasi dalam Bahasa arab.
Sebenarnya kebanyakkan usaha mendidik anak2 dalam Bahasa Arab, banyak saya nukilkan di sini:
http://www.cinta-rasul.blogspot.com/search/label/Belajar%20Bahasa%20Arab
Jika anda benar2 bersemangat waja, ingin berusaha mendidik anak dengan Bahasa Arab, bolehlah belek2 entri dalam link tersebut.
 
 OK. Antara tips yang boleh saya kongsikan dalam kami mendidik anak2 berkomunikasi dalam Bahasa Arab:





Dalam apa2 hal sekalipun, pastikan niat kita ikhlas kerana ALLAH. Ingin mantap dalam BA kerana cintakan bahasa pertuturan Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam dan ingin mendalami Al-Quran.



Kita bukanlah siapa2 tanpa bantuan ALLAH.

Pasti akan hadir rasa lemah semangat, sedih, pening...dan macam2.
Maka pohonlah kekuatan kepada ALLAH supaya dikurniakan kekuatan, sokongan, dan istiqamah dalam berkomunikasi dalam Bahasa Arab.

 
OK. selepas mantap perkara asas (dalaman: hati).......
perkara yg pertama-tama yang perlu dilakukan ialah mengenalkan anak dengan vocab2 dalam bahasa Arab.

Walaupun anak itu bayi sekalipun, kenalkan semua benda dalam Bahasa Arab.
semua benda.....

Kenalkan benda yg ada disekeliling, yang dilihat tiap2 hari dalam Bahasa Arab.

mata, tangan, kucing, makanan........ apa saja.

Untuk ibu bapa yang tiada asas Bahasa Arab, boleh rujuk kamus bergambar (untuk dapatkan perkataan arab n idea) tak pun rujuk je Google Translate (wpun selalunya tak berapa nak tepat.....)

Antara entri langkah saya kenalkan anak2 dengan vocab arab adalah seperti di bawah ini:
1- vocab ttg haiwan: tonton video di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/01/fun-n-educational-activity-book.html

2- lagi video di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/06/belajar-sambil-bermain-atau-bermain.html

3- sini juga:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/06/mari-mengajar-bahasa-arab.html

4- http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/06/mari-belajar-nama-nama-binatang-dan.html

Bila setiap hari anda kenalkan anak dengan benda2 baru dalam Bahasa Arab, INsyaALLAH dia akan mengumpul banyak vocab Bahasa Arab.

Gunakan perkataan tersebut setiap hari supaya anak2 biasa dengan perkataan tersebut .



Banyak mendengar dan menonton video dalam Bahasa Arab akan membuatkan kanak2 cepat menangkap ayat yang digunakan.

Saya sering bercerita ttg aktiviti anak2 mempelajari Bahasa Arab dari video2 kartun dalam Bahasa Arab seperti di sini:

1- http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/09/kartun-bahasa-arab.html

2- http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/01/abdullah-bercakap-bahasa-arab.html

3- http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/10/vcd-pembelajaran-yang-sangat-membantu.html

4- http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/02/lagi-ttg-kartun-arab.html

5- http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/10/adik-hafal-skrip-kartun-arab.html

6- http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/11/video-pendidikan.html
 
Gantikan kartun upin ipin, boboiboy dan lain2 dengan kartun Bahasa Arab. Anak2 akan dapat menangkap bahasa yang digunakan.

Begitu juga dengan nasyid Bahasa Arab. Supaya lidah anak2 biasa dengan Bahasa Arab, seperti di sini:

1- http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/08/nasyid-terbaru-yang-diminati-anak2.html
2- http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/02/cinta-rasulullah-saw-setiap-hari.html
3- http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/12/ghuraba-orang-yang-asing-pelik.html

PERHATIAN!!! TAPI SEBELUM SAYA MENAYANGKAN ANAK2 DENGAN KARTUN2 ARAB, SAYA KENALKAN MEREKA DENGAN AL-QURAN DAHULU. JANGAN TAYANG KARTUN KETIKA ANAK2 TERLALU KECIL KERANA MEREKA AKAN SUKAKAN KARTUN (YG BERGERAK2 DAN BERWARNA-WARNI ITU) DAN AKAN MENGAKIBATKAN MALAS MEMBACA. harap maklum

OK, sudah panjang lebar entri ini.....

InsyaALLAH setakat ini dahulu buat masa ini, InsyaALLAH saya akan sambung langkah2 yang lain pada entri yang akan datang.

Entri ini adalah berdasarkan pengalaman dan hasil pembacaan saya.

Teknik Memotivasi Pelajar Corot

Paparan berikut diambil dari blog-blog berikut. KLIK DI SINI, DI SINI. DI SINI DAN DI SINI

Kepada para pendidik, sila ikuti paparan yang dibentangkan di dalam blog mereka. Paparan mereka sangat menarik dan praktikal. Elok juga diusahakan menjemput mereka menyampaikan ceramah atau panduan praktikal mengendalikan pelajar. Pak Lang percaya ianya sangat bermanfaat. 

Teknik 1:
Apabila Pelajar Melakukan Kesalahan, Jangan Ditanya "Kenapa....?"

 
Pelajar kelas corot banyak melakukan kesalahan. Contoh-contoh kesalahan yang kerap berlaku dalam kelas corot:

a. Bising semasa guru bercakap.
b. Tidak membawa buku.
c. Tidak menyiapkan kerja latihan.
d. Mengantuk dan tertidur.

Dalam teknik motivasi Islam, guru tidak boleh bertanya dengan menggunakan perkataan-perkataan yang mempersalahkan murid:
"Kenapa....?" (SALAH)
"Mengapa....?" (SALAH)
"Apa sebab....?" (SALAH)
"Apa pasal....?" (SALAH)

Ayat tanya yang menggunakan perkataan-perkataan itu adalah ayat-ayat yang menuduh pelajar itu bersalah. Akibatnya:
a. Pelajar tidak suka dirinya dituduh. Dia berasa belum apa-apa dirinya sudah dituduh.
b. Guru dipandang sebagai orang yang suka menuduh tanpa usul periksa dahulu, menyebabkan pelajar menyampah kepada sikap guru.
c. Disebabkan pelajar berasa dirinya dituduh, maka pelajar terdorong memberi jawapan berdusta demi menyelamatkan dirinya

Teknik 2:
Biarpun Pelajar Melakukan Banyak Kesalahan, Guru Tetap Tidak Bertanya "Kenapa...?"

Apabila pelajar kelas corot melakukan kesalahan, jarang-jarang sekali dia hanya melakukan satu kesalahan sahaja. Lazimnya dia melakukan beberapa kesalahan serentak.

Sebagai contoh, apabila pelajar kelas corot melakukan tidak membawa buku teksnya ke sekolah, dia sebenarnya melakukan kesalahan-kesalahan di bawah ini serentak:
a. Dia tidak membawa buku teksnya.
b. Dia tidak membawa buku latihannya.
c. Dia tidak membuat latihannya.
d. Dia tidak meminta maaf kepada guru.
e. Dia tidak menampakkan air muka orang bersalah.
f. Dia menjawab pertanyaan guru dengan cara kurang sopan.

Dalam teknik motivasi Islam, meskipun pelajar itu melakukan banyak kesalahan, guru tetap tidak boleh bertanya dengan menggunakan ayat-ayat di bawah:
"Kenapa....?" (SALAH)
"Mengapa....?" (SALAH)
"Apa sebab....?" (SALAH)
"Apa pasal....?" (SALAH)

Sebaliknya guru pura-pura tidak perasan bahawa pelajar itu telah melakukan banyak kesalahan, dan meneruskan sesi mengajar kelas macam biasa.

Teknik 3:
Guru Tidak Dibenarkan Memuji Diri Si Pelajar

Dalam motivasi Islam, puji-pujian adalah alat mendorong perubahan tingkah laku dari yang negatif menjadi positif. Puji-pujian yang dapat melakukan perubahan itu adalah pujian yang tidak ditujukan kepada diri pelajar yang dipuji.

Contoh pujian yang ditujukan kepada diri orang yang dipuji adalah:
"Pandai!"
"Kamu budak pandai."
"Kamu sungguh pintar."
"Bijak!"
"Bijaknya kamu."

Puji-pujian yang ditujukan kepada diri pelajar itu boleh mencipta kesan-kesan positif:
1. Pertama kali pelajar mendengar dirinya dipuji dia mungkin berasa sangat seronok menerima kata-kata pujian itu.
2. Pelajar mungkin menjadi suka kepada guru yang memuji.

Puji-pujian seperti itu mencipta lebih banyak kesan-kesan negatif ke atas pelajar:

1. Apabila puji-pujian seperti itu diulang berkali-kali, pelajar mungkin melihat pujian itu tidak ikhlas, dibuat-buat.

2. Pujian itu dianggap ada motif tersembunyi di sebaliknya.

3. Pelajar mungkin melihat gurunya seorang yang manipulatif dan dirinya sedang cuba dimanipulasi oleh si guru.

4. Pelajar boleh menjadi 'perasan', dalam erti kata dia yakin dirinya seorang budak yang bijak, padahal dia tidaklah sebijak mana.

5. Hasil kerja si pelajar itu tidak bertambah baik.

6. Tingkah laku negatif pelajar tidak berubah kepada yang lebih positif.

7. Persepsi-diri si pelajar boleh menjadi herot-perot.

Justeru, puji-pujian yang ditujukan kepada diri si pelajar mencipta lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif.

Teknik 4:
Biarpun Dia Melakukan Kesalahan, Pelajar Corot Tidak Boleh Dihukum


Ada hasil kajian di Amerika yang menunjukkan guru-guru cenderung bersikap sangat keras terhadap pelajar-pelajar corot, dibandingkan dengan sikap guru terhadap pelajar kelas cemerlang.

Sebagai contoh, bagi jenis kesalahan yang sama, guru mengenakan hukuman yang lebih keras kepada pelajar corot.

Umpamanya, jika pelajar kelas corot tidak menyiapkan latihan, guru mengenakan hukuman seperti memarahi pelajar itu dengan kuat sehingga dapat didengar pelajar-pelajar lain, ataupun menghukum pelajar itu dengan menyuruh dia berdiri di luar kelas, ataupun lain-lain hukuman yang mencederakan emosi dan psikologi si pelajar.

Tetapi jika pelajar kelas cemerlang yang tidak menyiapkan latihannya, guru bersikap lebih lembut.

Dalam prosedur motivasi teknik Nabi Muhammad, guru-guru tidak boleh menghukum pelajar corot yang melakukan kesalahan kerana melanggar undang-undang dan peraturan ciptaan manusia, khususnya ciptaan guru-guru.

Perbuatan tidak menyiapkan latihan bukanlah perbuatan yang haram dan berdosa di sisi agama. Kesalahan jenis ini tidak boleh dihukum oleh guru.

Dalam hadith-hadith psikologi, Nabi Muhammad menunjukkan bagaimana bagi sesetengah perbuatan dosa berat sekalipun, beliau tidak mengenakan sebarang hukuman semata-mata kerana kesalahan-kesalahan jenis itu tidak ada hukumannya di dunia, sebaliknya hukuman itu hanya ada di akhirat sahaja.

Berdasarkan sunnah Nabi Muhammad, guru-guru tidak boleh menghukum pelajar kelas corot yang dattang lambat, ponteng, bising, tidak membawa buku, tidur dan lain kesalahan yang sebenarnya bukan benda berdosa dalam agama.

Teknik 5: 
Jangan Hukum Pelajar Corot, Sebaliknya Beri Dorongan

Banyak perkara yang dianggap kesalahan di sekolah sebenarnya perkara itu bukan pun kesalahan di sisi agama. Sebagai contoh, kesalahan tidak menyiapkan kerja rumah, tertidur di dalam kelas, bercakap semasa guru bercakap dan lain-lain seperti itu.

Apabila pelajar kelas corot melanggar peraturan sekolah, guru mempunyai 2 pilihan:

1. Menghukum pelajar itu.
Contoh hukuman: Pelajar disuruh berdiri di luar bilik darjah, berdiri di hadapan kelas sambil letakkan bukunya di atas kepala dll.

Hukuman tidak berkesan bagi tujuan mengubah tingkah laku pelajar. Hukuman boleh menyebabkan pelajar semakin benci kepada si guru dan benci kepada sekolah.

2. Mendorong pelajar itu. Di sini strategi guru adalah:
i. Tidak memarahi pelajar.
ii. Tidak bertanya mengapa dia melakukan kesalahan itu.
iii. Tidak meleteri pelajar.
iv. Tidak menasihati.
iii. Terangkan sahaja kepada pelajar itu peraturan yang ada.

Nota: Nabi Muhammad hanya menjalankan hukuman ke atas kesalahan yang memang sudah termaktub hukumannya dalam agama sahaja.

Teknik 6:
Cari Perkara Kecil yang Dilakukan oleh Pelajar Corot Supaya Dapat Dipuji


Pelajar corot tidak boleh dimarahi apabila dia melakukan kesalahan. Sebaliknya, guru perlu memberi banyak pujian kepada pelajar corot itu.

Salah satu perkara susah yang dialami oleh guru-guru apabila hendak cuba memuji pelajar corot adalah payahnya hendak mencari perkara yang layak dipuji pada si pelajar itu.

Guru-guru sudah terbiasa nampak yang salah dan buruk sahaja tentang sikap dan tingkah laku pelajar-pelajar corot. Kebiasaan itu menjadi penutup mata kepada hal-hal yang baik yang dilakukan oleh si pelajar yang mahu dipuji.

Ambil sebagai contoh, apabila pelajar kelas corot datang lambat, bagaimanakah guru mahu memujinya?

Di sebalik setiap kesalahan, tentu ada perkara yang betul. Sebagai contoh, meskipun pelajar itu datang lambat ke sekolah, sekurang-kurang dia datang juga ke sekolah meskipun lambat. Jadi, guru boleh memuji pelajar itu kerana dia sudah berusaha datang ke sekolah.

"Bagusnya!... Saya suka kamu datang sekolah hari ini!" (BETUL)
"Apa khabar, Helmi? Saya suka kamu datang." (BETUL)
"Datang juga kamu ke sekolah. Cepatlah duduk, kita sedang belajar!" (BETUL)

Begitu juga, apabila pelajar corot itu tidak menyelesaikan kerja rumahnya. Guru masih boleh memuji mana-mana latihan yang sudah dilakukannya.

Teknik 7:
Puji Pelajar Corot dengan Suara Terang dan Jelas Supaya Didengar oleh Orang Lain

Apabila mendorong pelajar corot supaya terus melakukan perbuatan baik yang sekali-sekala dilakukannya, ucapkan kata-kata pujian itu dengan suara yang terang dan jelas sehingga orang-orang lain yang ada dapat mendengar satu persatu pujian yang diberikan.

Pujian hanya boleh diberikan atas 2 perkara:

1. Perkara baik yang dilakukan oleh pelajar corot.
2. Hasil kerjanya yang baik kualitinya.

Jika di dalam bilik darjah kelas corot, pastikan rakan-rakan sekelasnya dapat mendengar kata-kata pujian itu.

Jika di padang sukan, pastikan pelajar-pelajar yang ada berhampiran dapat mendengarnya.

Yang paling baik adalah memuji pelajar-pelajar corot di hadapan guru-guru lain, malah di hadapan pengetua ataupun guru besar.

Teknik 8: Puji Pelajar Corot Serta-Merta di Tempat Kejadian
  Apabila mendorong pelajar corot supaya suka mengulangi tingkah lakunya yang baik, caranya adalah dengan bermata tajam. Di mana-mana sahaja kita ternampak pelajar itu melakukan sesuatu yang baik, terus serta-merta dan di situ juga kita memuji apa yang dilakukannya.

Pujian yang berkesan sebagai senjata mendorong pelajar corot adalah:

1. Puji bagusnya perkara yang dilakukan oleh pelajar itu. Sebagai contoh kita nampak pelajar itu membuang sampah ke dalam tong sampah, terus katakan kepadanya:

"Bagusnya kamu buang sampah ke dalam tong. Kamu cukup pembersih!" (BETUL)
"Bagus! Bagus! Kamu pandai menjaga kebersihan sekolah." (BETUL)
"Bagus, Helmi. Saya suka kamu jaga kebersihan sekolah kita." (BETUL)

2. Pujian itu diberikan serta-merta, di tempat kejadian, tidak ditangguh-tangguhkan.

3. Puji dengan kuat dan terbuka supaya orang lain dapat mendengarnya, dan tahu perkara baik yang sudah dilakukan oleh pelajar itu.


Jika anda teruja dengan apa yang dipaparkan di atas, sila beli Ebook yang sangat berfaedah ini!

Ebook Mendorong Pelajar Corot Dengan Teknik Nabi Muhammad saw



Keterangan E-book: 
Tajuk: Mendorong Pelajar Corot Dengan Teknik Nabi Muhammad 
Penulis: 
Ainon Mohd, Khairulaniza Khairuddin, Siti Khadijah Abd Ghaffar dan Nurhidayah Jaafar 
Bilangan Halaman :100 muka surat dilengkapi dengan gambar 
E-ISBN (Berdaftar Dengan Pusat Kebangsaan ISBN, Pusat Bibliografi Negara) 
Format: Portable Document Format (PDF) 
Harga: RM 15 
 
E-book ini ditulis khusus bagi membantu guru-guru yang mahu memberikan sumber dorongan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai motivasi rendah dalam bilik darjah. Dalam teknik konvensional, apabila guru-guru mahu mendorong pelajar supaya memperbaiki sikap dan tingkah laku, ataupun mahu memberi semangat supaya mereka lebih rajin belajar, guru-guru menggunakan teknik-teknik tradisional seperti berikut:
  • Memarahi pelajar
  • Berleter dengan tujuan memberi nasihat
  • Mengugut dan mengancam
  • Mendenda dan menghukum
  • Memujuk
  • Memberi hadiah
E-book ini menerangkan teknik-teknik yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau mendorong individu-individu yang mempunyai sikap negatif dan melakukan kesalahan supaya mereka mengubah sikap dan tidak mengulangi kesalahan mereka. Pada asasnya, teknik-teknik Nabi Muhammad itu sangat efektif bagi mencapai dua matlamat dalam mendorong perubahan sikap dan tingkah laku, yakni:
  1. Mendorong seseorang itu mengekalkan sikap dan tingkah lakunya yang sudah baik dan betul.
  2. Mendorong seseorang itu meningkat dan memperbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya bertambah-tambah baik.
  3. Mendorong seseorang itu mengubah tingkah lakunya yang buruk dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.
Semua teknik yang diterangkan dalam buku ini sudah di eksperimen oleh 3 orang guru, dan hasilnya menunjukkan teknik-teknik itu dapat mendorong perubahan tingkah laku di dalam bilik darjah. Buku ini memberikan laporan terperinci yang ditulis oleh ketiga-tiga orang guru itu bagi menerangkan langkah demi langkah bagaimana mereka menjalankan eksperimen dan perubahan tingkah laku yang dihasilkan dalam eksperimen mereka.

Laporan terperinci itu dapat membantu guru-guru lain mengulangi eksperimen yang mereka lakukan, dan melihat sendiri keberkesanan teknik-teknik Nabi Muhammad yang diterangkan dalam buku ini. Meskipun e-book ini melaporkan apa yang berlaku di dalam bilik darjah, namun teknik-teknik ini juga dapat digunakan dalam situasi lain, seperti digunakan oleh ibu bapa ke atas anak-anak mereka di rumah.

12 Golongan Orang Yang Dicintai Allah

Berikut dinyatakan 12 kelompok umat islam yang dicintai Allah. Apakah rahsia mereka sehingga mendapat kedudukan mulia di sisiNya?

1. SUKA MENOLONG ORANG MU'MIN
“Orang mu’min yang paling dicintai Allah adalah orang mu’min yang menolong orang mu’min lainnya yang faqir duniawi dan mata pencahariannya, orang mu’min yang menolong dan memberi manfaat dan menahan diri dari yang tidak disukai orang-orang mu’min lainnya.”
~ Imam al-Shadiq as

MANUSIA adalah makhluk sosial, oleh karena itu, manusia tidak bisa tidak harus saling tolong menolong dengan sesamanya. Ada dua macam tipe tolong menolong : Tolong menolong di dalam kejahatan dan tolong menolong di dalam kebaikan.

Allah SwT berfirman, ”Tolong menolonglah kamu sekalian dalam kebajikan dan ketaqwaan. Dan jangan tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” (QS 5 : 2).

2. BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA SESAMA MANUSIA
Pada masa ini, banyak kita temui gangster, mafia, dadah atau bahkan orang-orang yang bekerja sama di dalam jenayah kolar biru seperti korupsi, manipulasi, dan yang semacamnya. Mereka saling tolong menolong dan bekerja sama, tetapi di dalam perbuatan dosa dan kejahatan. Orang-orang yang beriman tidak akan melakukan hal yang sedemikian. Mereka hidup di dalam kebajikan dan ketaatan, mereka adalah ‘keluarga Allah’, yang banyak memberi manfaat kepada orang lain, bukan yang sebaliknya.

Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw, ”Siapakah orang yang paling dicintai Allah? Beliau saw bersabda, ”Orang yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia.”

3. MENGGEMBIRAKAN ORANG MU'MIN
Imam Muhammad al-Baqir as berkata, ”Senyum seseorang kepada saudara (seiman)-nya merupakan kebaikan (hasanah), begitupun tindakan menyingkirkan kotoran dari saudaranya itu pun merupakan kebaikan, (tetapi) tidaklah Allah diibadati (‘ubida) dengan sesuatu yang lebih Allah cintai daripada menggembirakan (menghibur) orang mu’min.”

Jika kita perhatikan hadis-hadis di atas, bentuk peribadatan tidak hanya berupa peribadatan-peribadatan ritual (mahdlah) , seperti shalat, puasa atau pun hajji. Bahkan ibadah yang paling Allah cintai adalah justru menggembirakan sesama mu’min, yang merupakan bentuk ibadah sosial.

4. BERAMAR MA’RUF (BERBUAT KEBAIKAN
Rasulullah saw bersabda, ”Hamba yang paling dicintai Allah Yang Maha Agung adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada hamba-hamba-Nya yang lain, dan orang-orang yang mengajak untuk mencintai kebaikan (al-ma’ruf) dan senantiasa mengerjakannya.”

5. SALING BERKASIH SAYANG KARENA ALLAH, CINTA KEPADA MASJID, DAN BERISTIGHFAR DI SAAT SAHUR

Rasulullah saw bersabda,”Allah Ta’ala berfirman : “Sesungguhnya hamba yang paling Aku cintai adalah orang-orang yang saling berkasih-sayang karena Keagungan-Ku dan hati mereka terpaut kepada masjid dan mereka senantiasa memohon ampun di waktu sahur (sebelum subuh). Mereka adalah orang-orang yang apabila Aku ingin menimpakan suatu ‘azab kepada suatu kaum namun Aku tangguhkan, mengingat keberadaan mereka (di antara kaum tersebut).

6. JUJUR, MENJAGA SHALAT, MENUNAIKAN AMANAH
Imam Ja’far al-Shadiq as berkata, ”Hamba yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah laki-laki yang selalu benar perkataannya, senantiasa menjaga shalatnya, dan selalu menunaikan amanah yang Allah wajibkan kepadanya.”

7. RELA KEPADA KETENTUAN ALLAH
Di dalam munajatnya, Nabi Musa as berkata kepada Allah, ”Wahai Tuhan, Makhluk yang manakah yang paling Engkau cintai?” Allah menjawab, ”Orang yang apabila Aku mengambil (nyawa) orang yang dicintainya, ia rela dan pasrah kepada-Ku…”

8. BANYAK BERZIKIR DAN PALING BERTAQWA
Rasulullah saw bersabda, ”Orang yang paling dicintai Allah Yang Maha Agung dan Maha Terpuji adalah orang yang paling banyak berzikir di kepada-Nya di antara kamu dan orang yang paling mulia di sisi Allah ‘Azza wa Jalla di antara kamu adalah yang paling bertaqwa.”

9. HATINYA SEDIH DAN TAKUT KERANA ALLAH
Imam Ali as berkata, ”Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah yang paling dicintai-Nya adalah seorang hamba yang Allah telah menolong atas dirinya maka ia pun merasa sedih (karena dosa-dosa-nya), sehingga senantiasa diliputi rasa takut (akan Kebesaran Allah) dan hatinya senantiasa diterangi oleh cahaya hidayah”

10. MEMBAHAGIAKAN KELUARGANYA
Rasulullah saw bersabda, ”Semua makhluk itu adalah keluarga Allah (‘iyalullah) (telah penuhi kebutuhannya). Karena itu makhluk yang paling dicintai Allah adalah ia yang memberikan manfaat kepada keluarga Allah dan ia yang senantiasa membahagiakan keluarganya”

11. LEMAH LEMBUT KEPADA KELUARGANYA DAN MENCUKUPI KEPERLUANNYA
Imam Ja’far al-Shadiq as berkata, ”Allah ‘Azza wa Jalla telah berfirman : “Makhluk itu adalah keluarga-Ku, dan yang paling Aku cintai di antara mereka adalah yang paling lembut kepada keluarganya, dan paling giat di dalam mengurus keperluan mereka”

12. YANG TAAT DAN SELALU MELIHAT CELA DIRINYA SENDIRI
Rasulullah saw bersabda, ”Orang mu’min yang paling dicintai Allah adalah orang mu’min yang menempa dirinya untuk taat kepada Allah dan menasihati ummat untuk juga taat kepada Nabinya, dan merenungi cela-cela dirinya serta memerhatikan, berfikir tafakkur dan beramal”

Dari Allah Kita Datang, KepadaNya Kita Kembali - Sultan Perak Sultan Azlan Shah Mangkat



KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok, umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Penghormatan terakhir bagi pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi esok manakala oleh orang ramai bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2 petang hingga 3 petang.

Zambry berkata bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari.

"Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM hari ini.

Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.

"Seluruh rakyat jelata negeri Perak telah kehilangan Sultan yang dikasihi dan berjiwa rakyat."

"Saya Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para Anbiya, Syuhada dan Solihin," katanya dengan sebak.

Baginda meninggalkan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, seorang putera, Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/sultan-perak-sultan-azlan-shah-mangkat-36714?cp






  
       
    



Respon Imam Masjid Negara Terhadap Isu DNA Babi Dalam Dua Produk Cadbury

Isu DNA babi dalam produk makanan yang dilabel halal sedang heboh dibicarakan masyarakat. Isunya pelbagai. Bukan sekadar syarikat yang mengeluarkan produk semata-mata tetapi juga membabitkan kredibiliti JAKIM yang mengeluarkan sijil berkenaan. 
 
Kita menyedari bukannya mudah bagi JAKIM menjalankan pemeriksaan ke atas semua syarikat pengeluar makanan. Kekurangan kakitangan mungkin salah satu faktor utama. Justeru JAKIM memerlukan kerjasama semua pihak untuk melaporkan sebarang keraguan berkaitan status halal sesuatu produk.
 
Terdapat beribu syarikat pengeluaran produk makanan di negara kita. Jumlahnya mungkin mencecah puluhan ribu buah syarikat tetapi hanya 17 syarikat yang mendapatkan sijil halal JAKIM. 17 syarikat ini mendaftar 2141 jenis produk. Maklumat dalam Direktori Halal Malaysia memaparkan tarikh 2011 - 2012. Tidaklah diketahui bagaimana statusnya sekarang. Jika ianya diperbaharui kenapa tidak dikemaskini di dalam direktori berkenaan? 
 
Dengan jumlah syarikat yang terlalu banyak, usaha pemeriksaan dan pengiktirafan halal oleh JAKIM pasti menghadapi pelbagai kekangan. Dan bayangkan - walaupun belum menerima status halal, berapa banyak syarikat yang sedang aktif memasarkan barangan makanan keluaran syarikat mereka? 
 
Perniagaan produk makanan merupakan perniagaan yang berdaya maju. Manusia perlu makan hampir setiap jam!! Justeru permintaan pengguna untuk membeli barang makanan sentiasa wujud bahkan bertambah. Ditambah dengan zaman moden yang memerlukan segala sesuatu yang ringkas dan mudah, maka makanan yang sudah disiap bungkus memang menjadi pilihan pengguna. 
 
Apatah lagi jika ianya dicetak dengan logo halal JAKIM. Pengguna muslim akan membelinya tanpa was-was. Soalnya benarkah ianya logo halal yang asli? Bukankah mencetak logo halal memang mudah pada bungkusan makanan? Jika pembungkusannya cantik, kemas, menarik dan berkualiti, logo halal yang dipamerkan akan kelihatan meyakinkan. Maka risiko kepada para pengguna muslim sangat tinggi. 

Terbukti pada 2 produk Cadbury! Ianya suatu yang sangat tidak patut. Apa yang dimakan itu menjadi darah daging. Bagaimana status daging pada tubuh badan kita yang 'tumbuh' hasil dari makanan yang tidak halal itu? Ramai yang marah dan kesal yang amat sangat. 
 
Sebab itu, semua setuju dengan gesaan Imam Masjid Negara seperti berita berikut:
 
IMAM BESAR MASJID NEGARA SARAN TUTUP KILANG CADBURY



KUALA TERENGGANU: Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyarankan agar tindakan tegas diambil terhadap Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir di dalam dua produknya.

Beliau berkata tindakan seperti denda yang berat atau penutupan kilang adalah wajar sebagai pengajaran kepada syarikat lain agar lebih berhati-hati dalam pematuhan piawaian halal.

"Apa sahaja keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap syarikat itu akan kita sokong, asalkan ia tidak berulang pada depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mahabbah dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu lalu yang mengesahkan dua sampel coklat keluaran Cadbury mempunyai DNA khinzir.

Mengulas lanjut, Syaikh Ismail juga tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang berniat jahat dengan menjadikan makanan sebagai alat untuk menggugat akidah umat Islam.

Justeru, beliau menyeru umat Islam agar lebih berhati-hati dengan status makanan yang diambil kerana sikap sambil lewa terhadap perkara itu hanya memudaratkan umat Islam sendiri.

"Jika umat Islam memandang remeh perkara ini, ia sama sahaja seperti orang yang tidak beriman yang makan apa sahaja tanpa mengira halal haramnya sesuatu produk itu.

"Pada masa sama, kita mengharapkan pihak berkuasa terus memantau syarikat pengeluar makanan yang lain bagi mengelak perkara ini terjadi," katanya. -

Tuesday, 27 May 2014

DNA Babi Dalam Makanan

Orang Melayu dan babi - RENUNGAN dari blog Sdr Sayuti omar

Penemuan DNA babi (procine) dalam dua jenis coklat Cadbury yang diriuh randahkan oleh beberapa NGO bertopikan Melayu dan Islam sekali lagi menggambarkan kecetekan pengetahuan dan nilai agama dalam sesetengan kumpulan penganut Islam di negara ini.

Babi memang diharamkan dari dimakan kerana sebab-sebab yang Allah s.w.t. sahaja mengetahuinya lebih mendalam. Secara saintifiknya kita diberi tahu dalam daging babi ada verius yang sukar dimatikan dan berbahaya kepada manusia.

Sejauh mana ia berbahaya dan kecanggihan ilmu perubatan tidak dapat mematikannya, menjadi persoalan dan tanda tanya. Kerana kalau benar verius itu membawa maut dan merosakkan sistem saraf kehidupan manusia, mungkin ramai manusia yang terkorban dan rosak dengan virus berkenaan.

Pemakan daging babi di dunia ini bukan sedikit dari Timur hingga ke Barat. Hanya orang Islam sahaja yang tidak memakan babi tetapi penganut agama lain atau yang tidak bergama makan babi. Jumlah orang bukan Islam lebih ramai dari orang Islam di dunia ini. Tidak ada perangkaan menunjukkan manusia korban atau sakit kerana makan babi.

Manusia korban dan maut atau menderita kerana bencana alam dan bom atom rasanya lebih tinggi dari korban kerana makan babi. Hakikat ini, bagaimana pun tidak boleh dijadikan dalil atau hujah untuk mengatakan babi itu halal. Sesuatu yang diharamkan oleh Allah wajib menjadi kepercayaan orang Islam menghindarinya. Tanda orang beriman itu ketaatan kepada Allah.
 
Baca seterusnya DI SINI

Perkembangan Pendidikan GISB Dalam Mematuhi Kehendak Fatwa

Hari ini Pak Lang ingin berbicara tentang pendidikan terutama dalam situasi GISB ingin sungguh-sungguh mengikut kehendak keputusan Fatwa.

Dalam soal pendidikan, ramai ibubapa semakin berhati-hati dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Ada yang sanggup menghantar anak jauh di negara luar semata-mata mengharapkan hasil pendidikan yang optimum bagi anak-anak mereka. Jika di dalam negeri usah dicerita. Sekolah-sekolah agama dan tahfiz berasrama penuh yang mempunyai reputasi tinggi menjadi rebutan dan pilihan.

Di Selangor, Bahagian Pendikan JAIS menerima permohonan yang begitu banyak untuk mendapatkan tempat di sekolah-sekolahnya yang terpilih. Bulan Disember dan Januari merupakan bulan yang berdatangan para waris pelajar ke pejabat JAIS - memohon dan merayu tempat belajar di sekolah-sekolah berkenaan.

Sememangnya, sekolah agama dan tahfiz merecup tumbuh di merata tempat di seluruh Negara. Ini adalah kecenderungan rakyat dalam memilih sistem pendidikan yang diyakini dapat menjamin keperibadian anak-anak mereka. Walaupun kecemerlangan di bidang akademik adalah suatu harapan semua keluarga terhadap anak-anak, nilai keterampilan syahsiah anak-anak juga sangat diutamakan.

Sebab itulah kita dapati sekolah aliran agama semakin digilai ibubapa. Apa yang tersirat ialah keberkesanan ilmu yang dipelajari itu terhadap pembinaan jati diri anak mereka. Akhlak dan budi pekerti adalah suatu yang tidak boleh dikompromi. Tidak ada ibu bapa yang mahu mengambil risiko rosaknya akhlak anak-anak mereka jika tersilap memilih. Mereka perlukan jaminan gaya pendidikan yang meyakinkan untuk pembentukan peribadi anak soleh dan solehah bagi zuriat keturunan mereka. Itulah harapan semua ibubapa.

Walau bagaimanapun harapan tetaplah harapan. Tanpa usaha yang sungguh-sungguh merealisasikan hasrat sekolah melahirkan generasi ‘ulul albab’, harapan tersebut hanya kekal sebagai slogan. Pendidikan adalah suatu yang kompleks. Ianya melibatkan kerjasama pelbagai kelompok, pembinaan pelbagai unsur di dalam diri pelajar dan guru-guru serta keupayaan mengatasi pelbagai cabaran yang hebat. 

Sistem pendidikan sepatutnya bersepadu kerana inilah ruh dari falsafah pendidikan Islam – menurut sunnah Rasulullah saw. Tanpa kesepaduan, hasilnya pastilah tercaing-caing, teribek-robek di sana dan di sini.

Setakat ini kita sudah mempunyai satu sistem pendidikan kebangsaan yang dikira mampu melahirkan generasi muda yang cintakan Negara. Sekurang-kurangnya itulah harapan di sebalik falsafah pendidikan Negara. Sebaliknya ini semua belum menjadi kenyataan sepenuhnya.

Kajian menunjukkan pelajar-pelajar bermasalah muncul di setiap kelas, di setiap sekolah di seluruh Negara. Ratusan ribu pelajar sebegini tersaring keluar dari arus pendana pendidikan Negara setiap tahun kerana terjebak dengan pelbagai gejala yang negatif. Hakikatnya mereka akan muncul membawa virus kerosakan ke serata tempat di dalam dan di luar Negara.

Pendidikan sebenarnya bukanlah hanya diukur dari sudut pencapaian akademik. Semua pakar pendidikan bersetuju bahawa pendidikan yang sebenarnya ialah bagaimana melahirkan generasi penyambung perjuangan membela agama, bangsa dan Negara. Ianya adalah pembuktian rasa cintakan agama, rasa ingin membela anak bangsa dan sanggup berkorban apa saja demi keselamatan tanah air yang tercinta. Sudah terbukti mereka yang dilihat cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya, tidak semestinya cemerlang di sudut moral, kekeluargaan, jati diri atau kesungguhan beragama.

Justeru pendidikan mestilah dilihat sebagai suatu yang sangat penting dan utama. Tidak boleh memberi ruang berlakunya kegagalan. Seorang manusia pun yang terlibat di dalam pendidikan mestilah diselamatkan dan disiapkan menjadi seorang yang bernilai di sisi Allah swt. Inilah hakikat sebenarnya pendidikan. Ianya bertujuan memastikan manusia yang dididik itu benar-benar muncul sebagai hamba dan khalifah yang berkualiti. Penilainya adalah Allah yang maha menciptakan segala-galanya.

Sukarnya dan sulitnya merealisasikan hasrat sebegini. Ianya seperti menongkah arus yang terlalu deras. Mungkin juga lebih teruk daripada mendaki gunung paling tinggi dan paling bahaya. Justeru kita perlukan tenaga pendidikan yang tahu berbuat dan bertindak. Jika sekadar cakap dan berslogan, kita hanya membazir waktu bahkan merosakkan anak bangsa kita. Amanah pemndidik mereka sangat berat dan agung. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang mampu melaksanakannya. 

Kita mengharapkan dan mencari manakah sekolah hari ini yang benar-benar menepati kehendak pendidikan melahirkan generasi pilihan seperti berlaku di tangan Rasulullah SAW.  Kita tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan kita sahaja yang mampu, bijak dan berupaya. Sebenarnya jika kita melihat di seluruh negara, kita pasti akan terjumpa orang-orang yang ikhlas membangunkan  sistem pendidikan yang sebegini. 

GISB HOLDINGS sedang berusaha mendapatkan tunjuk ajar, panduan dan pimpinan pihak yang telah berpengalaman dalam soal pendidikan Islam ini. Di Selangor khususnya, hubungan GISB dengan Bahagian Pendidikan JAIS sedang bertambah erat. Perbincangan dan taklimat yang berterusan sedang berjalan lancar. Guru-guru GISB setiap minggu mengikuti kursus latihan perguruan anjuran JAIS. Beberapa perancangan bersama sedang giat disusun atur.

GISB sedar, selama ini kita hanya 'syok' sendiri. Kita hanya berslogan dan berteori. Sekarang adalah masanya kita melihat pihak lain yang telah banyak menjayakan sistem pendidikan berkualiti. JAIS sedang berusaha membantu GISB untuk mengubah sikap para guru dan membina halatuju yang jelas dalam bidang pendidikan untuk semua anak-anak pelajar di sekolah-sekolah GISB. Sedikit demi sedikit usaha ini kelihatan sedang menampakkan hasil yang positif. Semoga semua yang dilakukan ini akan berjaya memberi persepsi yang lebih tepat dalam memahami konsep pendidikan berkualiti seperti yang diharapkan.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text