Social Icons

Wednesday, 30 July 2014

Apa Beza Datuk Salleh Majid dan Tokoh Perniagaan lain di Malaysia ?

Anak-anak Melayu sepatutnya dididik supaya hati mereka kuat dengan Allah dan berminda keusahawanan. Inilah penanda aras kemajuan yang diharapkan dapat dicetuskan oleh anak-anak Melayu. Sejak puluhan tahun aspek 'kembali kepada Allah' tidak pun ditekankan. 

Apa yang riuh rendah diusahakan ialah melahirkan usahawan dan jutawan Melayu. Memang lahir pun walaupun terlalu sedikit tetapi kebanyakannya jauh dengan Allah. Mereka jadi jutawan tetapi rasa tanggung jawab terhadap amanah kekayaan itu tidak ada. Jadilah mereka seperti singa menguasai habuan tangkapan - meratah lahap seorang diri dan untuk keluarganya sahaja. Belum lagi dikira betapa beraninya mereka melakukan dosa dan maksiat dengan menggunakan kekayaan melimpah-ruah itu. 

Dalam keadaan sedemikian, setiap orang daripada kita pasti dapat mengenali beberapa tokoh usahawan yang berbeda dari kelompok di atas. Itulah manusia yang sedar asal usul dan tahu ke mana dia akan pergi. Kita yakin jumlah mereka yang mahu menggunakan kekayaannya untuk membantu orang lain berjaya semakin ramai. Mereka tahu mereka akan ditanya dan dipersoalkan bagaimana anugerah nikmat Allah itu dibelanjakan.

Antara mereka ialah Allah Yarham Datuk Salleh Majid - Sila baca:


Al-Fatihah untuk Datuk Salleh Majid  yang telah pulang ke Rahmatullah.
 
Saya pernah membaca buku beliau bertajuk “Budaya Usahawan” yang menekankan bahawa budaya makan gaji perlu diubah dikalangan mahasiswa dan usahawan. Buku ini padat dengan nasihat dan saranan praktikal yang diberi dengan gaya santai dan bersahaja.

Beliau mungkin adalah orang yang paling memahami bahawa untuk membentuk usahawan yang berjaya dikalangan orang Melayu, usaha perlu dijalankan bermula dari akar lagi. Iaitu membentuk minda keusahawanan sejak dari kecil.

Apa beza Datuk Salleh Majid dan Tokoh Korporat lain ?

Melalui pemerhatian saya, di Malaysia terdapat satu kekosongan di mana orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan, perniagaan dan korporat jarang berjuang juga untuk membentuk orang lain menjadi lebih berjaya. Mereka jarang berkongsi pandangan dan nasihat mereka yang didahagakan oleh usahawan-usahawan kecil.

Boleh jadi ia disebabkan usaha ini adalah satu usaha yang membuang masa dan tidak mendatangkan hasil dari aspek kewangan. (Kita sedar bahawa usahawan adalah orang yang menilai perkara mengikut kayu ukur untung-rugi).

Inilah bezanya dengan Datuk Salleh Majid. Beliau tidak seperti yang lain, tanpa mengenal penat lelah sehingga akhir hayat beliau, beliau menulis mengenai bidang keusahawanan, perniagaan dan ekonomi. Tulisan dan biodata beliau menjadi rujukan pelajar sekolah menengah dan universiti untuk memahami mengenai ekonomi dan perniagaan.

Tulisan beliau juga yang tidak menggunakan jargon-jargon ekonomi dan bergaya santai membuatkan orang yang tidak memahami konsep ekonomi juga mudah untuk membaca dan mendapat sesuatu daripada penulisan itu.

Mungkin beliau sedar, untuk seseorang menjadi kaya dan berjaya seperti beliau, mereka perlukan apa yang beliau perolehi dalam hidup beliau. Ilmu dan pengalaman beliau tidak seharusnya disimpan untuk diri sendiri. Ia perlu untuk dikongsi untuk anak bangsa beliau.

Namun kini, beliau tidak ada lagi bersama kita. Tidak ada lagi kolum beliau di Utusan Malaysia. tidak ada lagi buku baru daripada beliau. Namun buku dan tulisan beliau tetap akan hidup dan mekar membantu usahawan-usahawan kecil seperti kita yang sedang membangun dan ingin berjaya seperti beliau.

Al-fatihah 
KREDIT UNTUK BLOG SHAHABUDEEN

Gambar-Gambar Yang Boleh Menggetarkan Jiwa Para Pecinta dan Perindu Rasulullah SAW..

Dalam hiruk-pikuk kita berhari raya, biasanya kita akan lalai. Dalam gembira bertemu sanak saduara, sahabat handai, kita mudah tewas dengan 'nafsu dan dunia'. Tidaklah ramai manusia dapat kawal diri dari kelalaian atau kealpaan. Inilah kita yang bernama manusia. Perlu sangat kepada orang yang boleh mengingatkan kita dan menginsafkan kita.

Sekali kita ditegur baru kita tersedar dari impian dunia yang tidak sudah-sudah. Untunglah jika kita mempunyai orang yang boleh menegur supaya kita kembali ingat mati dan ingat akhirat. 

Demikianlah, kesibukan biasanya melupakan kita kepada manusia yang paling menyayangi kita, kita lupakan. Sedangkan tidak ada manusia yang paling memikirkan tentang kita, paling susah hati tentang kita dan sangat-sangat sanggup menanggung penderitaan demi keselamatan kita melainkan Baginda Rasulullah SAW. 

Hari raya sepatutnya menambahkan rindu kita pada kekasih agung Allah ini. Bagindalah sumber segala-galanya untuk kita. Tanpa Baginda SAW, apa yang ada pada kita tidak ada harga sedikit pun di sisi Allah. Sebab itu wajar sangat kita syukuri dan berterima kasih pada Baginda dengan tekad untuk mengikuti, mentaati dan patuh dengan semua ajarannya. Kita juga akan berselawat untuk Baginda SAW kerana itulah penghubung kita dengan pembela dan penyelamat kita di dunia serta akhirat. 

 اللّهُمَّ صَلِّ عَلى سَـيِّدِنا مُحَمد صَلاَةً تُنَجِّيـْنا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الاَهْوَالِ وَالآفَاتِ وَتَقْضِى لَنا يَا الله ُ بِهَا جَمِيْعِ الحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّـيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اَعْلَىْ الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الغَايَاتِ ِمنْ جَمِيْعِ الخَيْرَاتِ فِىْ الحَيَاتِ وَبَعْدَ المَمَاتِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ




GAMBAR-GAMBAR ini dapat bangkitkan rasa cinta kita pada Nabi Muhammad SAW, dan terungkapnya rahsia Yang Maha Agung.

Satu: Beberapa helai rambut dan gigi Rasulullah SAW





2 Gambar atas: Beberapa helai rambut.
Gambar bawah: Peninggalan gigi dan rambut Nabi.



Wadah kotak gigi Rasulullah SAW

Dua: Tapak kaki Nabi SAW




Tiga: Sandal-sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …




 
Empat: Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW


Lima: Kotak milik puteri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
 
Enam: Pakaian Nabi SAW
Baju gamis Nabi SAW. Sederhana. Ya… baju seorang pemimpin yang agung. (The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW).

Sebahagian dari bajunya yang sudah koyak rabak (The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW).

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW


Serban-serban yang pernah dimiliki Rasulullah SAW


Topi Besi Rasulullah SAW


Baju dan barang-barang Rasulullah SAW


Tujuh: Berbagai pedang yang dimiliki Nabi dan nama-namanya. Baginda gunakan untuk menegakkan ajaran tauhid, ketika terdesak dan jika perlu mengangkat senjata.








Gagang Pedang “Hatf” Nabi SAW.


Lapan: Busur Panah Nabi SAW dan Rasulullah SAW
Busur panah Nabi SAw


Bendera Rasululullah SAW


Sembilan: Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW
http://moeflich.files.wordpress.com/2008/01/picture1.jpg
Sepuluh: Cop surat Nabi SAW (The Blessed Seal of Rasulullah SAW)

Sebelas: Surat-surat Nabi SAW

Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah


Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan


Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7


Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius


Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir


Duabelas: Makam Siti Aminah, ibunda Rasululllah SAW

 
Tigabelas: Maqam Nabi SAW

Pintu emas maqam Nabi SAW.


Butiran pasir yang diambil dari maqam Nabi Muhammad SAW(The blessed dust from the tomb of the Prophet Muhammad PUBH



Keranda dan makam Nabi Muhammad SAW dari dalam. Bila keranda ini disingkap dan kita dapat melihat tubuhnya yang berbaring.
 
Foto-foto ini adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara. Muzium Topkapy di Istambul Turki, Jordan, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya (Sumber: moeflich.wordpress.com)

Sejarah Sultan Mohd Al-Fateh Membebaskan Konstantinapol

 
TIGA orang melihat poster filem Fetih 1453 di sebuah pawagam di Ankara 

ANKARA: Sebuah filem baharu, Fetih 1453 yang mengisahkan penaklukan tentera kerajaan Uthmaniyah ke atas kota Constantinople pada abad ke-15 mendapat sambutan hebat di Turki.

Kira-kira 3.4 juta orang telah menonton filem tersebut sejak ia ditayangkan pada 16 Februari lalu. Filem Fetih 1453 itu menelan kos AS$17 juta (RM51.4 juta).

Menurut agensi yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, Box Office Turkey, seramai 3.4 juta orang telah menyaksikan filem tersebut dalam tempoh dua minggu pertama ia ditayangkan.

Agensi itu meramalkan filem tersebut akan memecahkan rekod penonton yang dicatatkan oleh beberapa filem lain di negara ini.

"Ia bukan kali pertama filem yang bertemakan penaklukan Constantinople ditayangkan tetapi Fetih 1453 ialah filem pertama yang menjalani penggambaran di Turki dengan bajet besar," kata seorang kakitangan di pejabat akhbar filem tersebut, Filiz Ocal.

Filem arahan Faruk Aksoy itu mengisahkan penaklukan kota Constantinople oleh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan Kristian Byzantine.

Pada permulaan filem yang berdurasi 160 minit itu, tertera hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul. - AgensiTambahan:

'Muhammad Al-Fateh' Oleh Faridzu (Diangkat dari Laman web MA'AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI,PAHANG)

SABDA Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,
 
"Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.

Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.

Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja.

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.

Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


Peta di dalam benteng Rumali Hisari 
 
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

MENARA BERGERAK

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

BANTUAN DARI POPE VATICAN

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.

 
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn

 
Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada al-Fateh

PERANG DARI PUNCAK GUNUNG

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

 
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

KARISMA SEORANG PEMIMPIN
 
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

PENAWANAN CONTANTINOPLE

Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.

INGATAN

Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.

Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati.

Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepada mereka maksud sebenar.

Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan tentera Islam di zaman al-Fateh?
(IH) KREDIT UNTUK BLOG IBNUHASYIM

Monday, 28 July 2014

Mesti Baca!!! Hakikat Raya Aidil Fitri

Hari raya itu ialah hari kita sama-sama raikan Allah
yang kita dapatkan di bulan Ramadhan....

Maha besar Allah yang memberi peluang 
sepanjang Ramadhan untuk kita mendapatkanNya. 

Dialah yang mengizinkan dan membenarkan 
diriNya berada di hati-hati para kekasihNya. Jadilah para kekasihNya itu 
merasakan mereka bersama Allah. 
Perhubungan yang tidak putus-putus lagi kerana ianya 
adalah himpunan rasa-rasa cinta, rindu dan takut!!
Lalu para kekasih Allah ini - dalam zauk mereka
terungkaplah kata-kata
Allah oh Allah!!
Pandangi daku dengan kelembutanMu

Juga ingatlah!!
Bahawa bersama Allah itu adalah kekasih agungNya - 
Nabi Muhammad SAW. si yatim, si miskin, si 'buta-huruf' yang benar-benar 
merasakan dirinya seorang hamba sebenar-benar hamba pada Allah
Bagindalah kekasih pilihan di kalangan para kekasih Allah
yang dirindui mereka serindu-rindunya

Oh!! terhadap Nabi Muhammad saw ini
kenapa dikatakan 'buta huruf'?

Buat menjawabnya, fahamilah benar-benar;
yang dikatakan tidak boleh membaca, tidak boleh menulis itu
memang dunia hari ini menganggap ianya buta huruf

Kita 'setuju' sahajalah dengan 'penghinaan' itu
Macamlah ciri miskin dan yatim itu juga
bukankah dunia hari ini memandangnya dengan pandangan rendah

Namun sebenarnya yang dunia tidak sedar
Allah telah agungkan si dia ini di atas ciri-ciri yang sebegitulah
Di dalam 'kehinaan' dan 'kerendahan' itulah kemuliaannya
Ertinya di sisi Allah
dengan ciri yang 'hina' itu seorang hamba 
dapatkan keagunganNya

Lalu apakah buta huruf itu masih dipandang rendah?
Bukankah sirendah yang sebenar-benarnya ialah 
mereka yang buta mata-hatinya???

Kubur MH370 Tidak Bertanda, Nahas MH17 Pula Menyusul

Bagaimana keadaan keluarga mangsa di hari raya?
 
Oleh ZAILANI AHMAD - Kredit Blog BNBBC

20 JUL: Kru Malaysia Airlines (MAS) sentiasa menghadiahkan senyuman dan khidmat terbaik kepada pelanggan biarpun hati mereka sentiasa cemas dan diulit kesedihan dengan malapetaka MH370 dan kini menjangkiti MH17.

Mungkin kita tidak bertemu mereka, namun menyelami isi hati keluarga yang terpaksa meranduk episod ngeri pesawat malang, pastinya air mata kita akan mengalir sebendang.

Ikuti kisah keluarga mangsa disebalik tragedi MH17 yang ditembak dan terhempas di Ukraine baru-baru ini menyebabkan 15 kru MAS dan 283 penumpang terbunuh.

Dora Shahila Kassim (kiri)

Kisah 1: Pramugari Dora Shahila Kassim, seakan memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya – kapal terbang ditembak – sejak sebulan lalu.

Abangnya Don Shahidan berkata, ketika mereka sekeluarga bercuti di Bali, Indonesia, Dora Shahila bertanya macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak.

“Tak sangka pula rupa-rupanya apa dia kata itu menjadi kenyataan,” ujar Don sambil menahan sebak. Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir mereka Isnin lalu, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir.

Ibu dan bapa peramugari Nur Shazana

Kisah 2: Ibu kepada pramugari Nur Shazana Mohamad Salleh, pernah berkali-kali meminta anaknya itu supaya berhenti daripada menjadi pramugari dan bertugas di bidang lain.

Permintaan itu dibuat kerana beliau risau berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anaknya lebih-lebih lagi selepas berlaku kes kehilangan pesawat MH370 pada 18 Mac lalu.

“Tapi dia tak nak. Dia kata dia suka mengembara. Dia cakap orang jalan kaki pun boleh mati. Saya cakap itu sekurang-kurangnya ada mayat, tapi dia cakap lagi elok kalau kapal terbang terus meletup,” kata ibu Nur Shazana yang trauma apabila mendapat anaknya terbunuh dalam nahas udara di Ukraine.

Bapa kepada pramugara Sanjid Singh Sandhu

Kisah 3: Pramugara Sanjid Singh Sandhu, 41, sepatutnya tidak bertugas dalam pesawat MH17 tetapi beliau telah menukar syif kerja dengan rakan setugasnya.

Bapanya Jijar Singh yang baru menjalani dua pembedahan pintasan jantung berkata, Sanjid memberitahu mahu menukar syif dengan rakannya untuk ke Amsterdam tanpa memberitahu sebabnya.

“Dia juga beritahu akan pulang melawat saya dan isteri saya hari ini dan ibunya sudah pun memasak makanan kegemarannya,” katanya.

Walaupun sedih, pasangan suami isteri berkenaan menerima berita itu dengan hati yang tenang. “Apa yang berlaku sudah berlaku. Seluruh badan saya menggeletar ketika menerima berita ini 4 pagi ,” katanya.

Kisah 4: Dayang Jamilah Noriah Abang Anuar, 72 kempunan untuk puasa bersama semua lima anaknya apabila seorang anaknya, Ariza Ghazalee, 46, maut dalam nahas pesawat MH17 di Ukraine.

Dayang Jamilah berkata, sejak kelmarin beliau teruja menunggu kepulangan anak keduanya itu bersama keluarga yang dijadualkan tiba di Kuching, jam 4 petang.

“Perasaan saya luluh apabila dimaklumkan bahawa anak saya dan keluarganya menaiki pesawat yang dikatakan terhempas. Saya memang merancang untuk mengumpul semua anak dan cucu untuk berbuka puasa bersama di rumah saya,” katanya.

Juruterbang MH17, Wan Amran Wan Hussin

Kisah 5: Juruterbang MH17 Wan Amran Wan Hussin, 50 sentiasa tenang dan tabah dalam setiap penerbangan sehingga beliau terkorban dalam nahas udara di Ukraine.

Anak saudaranya Wan Amran Wan Hussin berkata: “Kalau betul ayah saudara saya tiada lagi, saya harap dapat melihat jasadnya dan kebumikan dengan cara yang elok.”

Sebaik mengetahui nahas itu melalui internet jam 12 tengah malam, semua ahli keluarga juruterbang itu termasuk kakaknya, Wan Aini, 61, menjerit kesedihan dengan kemalangan itu.

“Kami terlalu terkejut, tak percaya dan tak boleh berkata apa-apa dan semua kami menjerit…kami tak sangka dia pergi dengan begitu tragis. Kami tahu kejadian itu melalui internet dan apabila periksa nama (kru dan penumpang), nama bapa saudara saya berada paling atas,” katanya.

Mohd Hazrin terkorban dalam nahas MH370

Kisah 6: “Semasa kehilangan MH370 dan suami saya Mac lalu, mereka inilah (kru MH17) yang memberi semangat meminta saya kuat dan tabah berdepan dengan musibah yang menimpa,” kata Intan Maizura, 34.

Intan, isteri kepada pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Mohd Hazrin Hasnan, mengakui beliau terkejut mengenai tragedi terbaharu itu, sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

“Semua kru ini adalah kawan-kawan yang rapat ketika waktu kerja. Kami seperti adik beradik, ahli keluarga yang sentiasa bersama. Mereka ini sangat baik dan kelakar. Sangat sedih apabila mendengar berita kemalangan yang menimpa mereka dan merasakan satu kehilangan besar.

“Kini giliran saya pula untuk memberi kata perangsang serta semangat kepada semua waris 15 anak kapal dan penumpang MH17 yang terkorban,” katanya.

Kisah 7: Ketua Pramugara MH17, Mohamad Ghafar Abu Bakar sempat memohon maaf kepada ibunya sebelum berlepas ke Amsterdam dan pulang semula tetapi pesawat itu ditembak dan terhempas di Ukraine.

Maimon Sarpan, 74, berkata tiada siapa menyangka anak sulung daripada tiga beradik itu itu tidak dapat meraikan hari raya bersama-sama keluarga untuk selama-lamanya.

“Saya tidak tahu nak cakap apa bila tahu berita ini, hancur luluh hati saya mengenang anak saya itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah.

Katanya, Isnin lepas anaknya itu pulang dan berbuka puasa bersama-sama keluarga dan sempat memohon maaf tidak dapat meraikan hari raya bersama kerana akan bertugas ke China.

“Anak saya sempat bagi duit raya kepada anak buah dia dan saya sendiri kerana tahu dia tidak dapat pulang berhari raya,” katanya.

Dilihat kepada luahan perasaan ahli keluarga krew MAS yang terbabit dalam nahas itu, jelas sekali memperlihatkan ketabahan petugas-petugas MAS yang cukup professional biarpun nyawa mereka menjadi gadaian di udara. – bnbbc.my
 

Sample text

Sample Text

Sample Text