Social Icons

Sunday, 28 September 2014

Iktibar - Kematian Anak Linda Rafar



KUALA LUMPUR: Setiap manusia di muka bumi tidak terlepas daripada diuji dan Allah tidak akan membebani hamba-Nya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka.

Bagi Linda Rafar, suratan kehilangan anaknya, Memen menyambut seruan Ilahi memberikan hikmah buatnya.


Memen atau nama penuhnya, Rezaimen Keiflin meninggal dunia di usianya 11 tahun pada 5 Julai lalu disebabkan barah perut atau 'Burkitt Lymphoma'.

Menghubunginya sebentar tadi, kakak kepada Diana Rafar ini mengakui sebenarnya beliau tidak kuat untuk melalui dugaan kehilangan anak tercinta.

Mungkin sesiapapun yang berada di tempat Linda akan kelihatan tenang dan tabah tetapi pemergian anak yang selama ini ditatang seperti minyak yang penuh ternyata cukup menjeruk emosi.

Cuma kini, akui Linda, beliau pasrah dengan ujian hebat itu.

"Memang kekuatan kena cari dalam diri sendiri. Kita tak boleh minta tolong sesiapa. Hanya kepada-Nya kita bermohon untuk diberi kekuatan meneruskan hidup.

"Menerima ujian kehilangan anak yang selama ini tak pernah sakit tetapi tiba-tiba disahkan ada ketumbuhan di dalam perut benar-benar menyentap jiwa.


"Tapi sejauh mana kita berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan Tuhan sudah mahu mencabut nyawa, bila-bila saja kita perlu bersedia. Dengan sekelip mata, semuanya boleh pergi begitu saja," katanya yang mula bertudung sekitar Mac lalu.

Linda kini mengabadikan pengalaman bersama arwah anaknya ketika sedang diuji menerusi penerbitan novel bertajuk Menunggumu Di Pintu Syurga terbitan PTS dengan harga RM15.

"Usaha menerbitkan novel bermula selepas saya sering berkongsi perasaan dan hatinya di laman Instagram.


"Bila Memen sudah tiada, saya tak nafikan seperti hilang arah dan pegangan hidup. Setiap malam menangis dan susah nak tidur.

"Pengikut saya di laman Instagram contohnya sering beri nasihat. Lalu apabila saya tak dapat meluahkan perasaan dan isi hati yang terbuku secara sepenuhnya di laman sosial, saya coret semuanya dalam buku diari.

"Kemudian terdetik, kenapa saya tak kongsikan semuanya di dalam novel. Dipendekkan cerita, bermula kerjasama saya dengan penerbit buku PTS. Seminggu selepas Memen pergi, mereka datang ke rumah untuk merakamkan apa yang saya kongsi termasuk mengambil coretan yang sempat saya tulis dalam diari," katanya yang mengakui jumlah pengikut di laman Instagram meningkat daripada 80,000 kepada 200,000 dalam tempoh dua bulan kerana berminat mengetahui mengenai perkembangan Memen hinggalah menghembuskan nafas terakhir.

Menurut Linda, apa yang dikongsinya dalam novel itu tidak secara keseluruhannya mengenai pengarang jantungnya itu.

"Siapa tahu mungkin akan datang akan ada lagi kesinambungan novel ini. Novel ini mengenai Memen pada usia 11 tahun berdepan ujian dan kesakitan. Tapi ada cerita lain yang saya tak berkesempatan kongsi dari saat sebelumnya lahir dan bertemu dunia," katanya.

Linda kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama pelakon Syed Aiman sejak tujuh tahun lalu.

Perkahwinan terdahulu Linda dikurniakan dua anak iaitu Rezaril Keflin dan Allahyarham Memen. Bersama Syed, Linda memperoleh dua anak iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq.


Di Kelompok Manakah Kita?

Jika kita teliti, manusia mempunyai perbezaan sikap dan rasa tanggung jawab. Walaupun manusia itu sama dari segi fizikalnya, akal dan hati yang ada menjadikan manusia  terpecah kepada pelbagai kategori. Akal dan hati mengubah, memisah dan menjarakkan manusia antara satu sama lain. Sebagai contoh, lidah yang bentuknya sama, tetapi terdapat ribuan jenis bahasa pertuturan yang diguna pakai oleh berbagai bangsa dan etnik manusia.

Jadi apatah lagi akal dan hati. unsur dalaman manusia ini tidak dapat dilihat dan disentuh. Merasa dan berfikir adalah pekerjaan dalaman diri setiap manusia. Itulah asas terbezanya manusia sesama manusia - walaupun sama dari segi bangsa, agama, bahasa, tempat tinggal dan sebagainya.

Kelompok umat Islam juga tetap berbeza - dari sudut berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah. Ada yang baik, ada yang jahat dan sebagainya. 

Muslim yang berjaya ialah jika berjaya mencapai upaya mengawal akal dan hati agar tahu, kenal dan takutkan penciptanya. Hatilah yang sepatutnya menjadi raja mengawal akal dan unsur manusiawinya. Jika hati berperanan sebaiknya, seluruh fungsi manusia akan dapat berjalan sebagaimana yang Allah swt kehendaki. 

Justeru, berdasarkan hal ini, lihatlah pembahagian kelompok umat Islam seperti berikut:


1)   Mereka yang terbaik dan berkualiti kerana mempunyai hubungan hati yang kuat dengan Allah swt. Hati mereka sentiasa rasa takut terhadap kemurkaan Allah swt. Hasilnya memberi kesan pada watak dan peribadi mereka. Kualiti mereka ialah pada ketaatan tulus mereka terhadap apa jua kehendak dan peraturan Allah swt serta sentiasa mengutamakan kasih sayang ketika bermuamalah sesama manusia. 


2)  Golongan yang lebih cenderung kepada kebaikan. Sepanjang masa mereka berusaha mencapai tahap yang ada pada kelompok pertama tetapi mereka ada halangan yang menggagalkan harapan mereka. Jika mereka berjaya melepasinya, mereka juga boleh mempunyai hati yang tenang dan bahagia - yang hanya takut kepada Allah swt.

3)  Golongan yang 'berjaya dan kalah'. Ada ketika mereka berjaya melepasi halangan nafsu dan syaitan yang sentiasa mengajak kepada kejahatan. Ada ketikanya mereka gagal. Nafsu dapat menguasai diri mereka untuk terjebak dengan dosa dan maksiat. Jika mereka insaf dan bertaubat, mereka perlu kembali melalui proses baiki diri dengan membaiki sembahyang, mengaji / belajar agama dan dibimbing untuk bermujahadah melawan nafsu.

4) Golongan yang tahu dan sedar diri tetapi masih tenggelam dengan maksiat dan mungkar. Mereka tidak dapat berperanan memikul amanah Allah ke atas mereka samada untuk diri, keluarga, masyarakat dan tugas mereka. Mereka perlu didekati dan dipimpin oleh orang yang dekat atau oleh mereka yang mudah diterima.

5)   Solongan yang sombong dengan maksiat serta kejahatan yang dilakukan. Mereka merasa mereka tidak perlu ditolong dan ditegur. Mereka mahu terus bergelumang dengan keseronokan dunia dan hanyut dibawa arus noda. Biasanya Allah beri peluang mereka supaya insaf - dengan ditimpakan ujian dan bala bencana. Kalau masih tidak mahu sedar, dibimbangi mati dalam kekufuran atau kefasikan.

Demikianlah kategori manusia muslim yang ada secara ringkas. Bimbangilah diri kita untuk kembali kepada Allah swt dalam keadaan Allah redha dengan kita. Semoga Dia menyelamatkan kita dengan menunjukkan kita jalan yang lurus semasa hidup di dunia ini. 

Anwar Sudah Mula Tunjuk 'Kuasa' Di Selangor - Beri Arahan Kepada MB Selangor

Dari Blog Pak Aspan:

Anwar arah MB Selangor cungkil Khalid, dan Khalid pula menjawab, "silakan! suit yourself"

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata di Seberang Jaya dua hari lepas yang beliau telah memberikan arahan kepada MB baru Azmin Ali, untuk membongkar semua perjanjian dan projek yang diluluskan oleh TS Khalid Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor dahulu.

PKR akan membongkar semua nama-nama yang mendapat keuntungan dari semua projek kendalian Khalid Ibrahim dahulu kerana beliau mahu mempertahankan yang rakyat Selangor tidak tertipu dengan perbuatan bekas Menteri Besar yang beliau sendiri mencadangkan dahulu.

Di antara yang akan dibongkarkan ialah projek Kidex, Perjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan serta pembinaan projek Langat 2. Beliau berkata setelah rakyat tahu keadaan sebenarnya baru lah mereka faham kenapa PKR membuat ‘initiative’ Langkah Kajang dahulu.

Kenyataan Anwar ini merupakan satu kenyataan untuk membina satu alasan yang kukuh untuknya bagi memberitahu rakyat Selangor kenapa beliau bertindak mengadakan 'Langkah Kajang' dahulu untuk menutup keaiban politik yang beliau telah lakukan terhadap Khalid. Khalid pula tidak mahu tunduk terhadap tekanan terhadap beliau untuk berhenti dan memberikan kerusi Menteri Besar itu kepada beliau atau isterinya sendiri.

Anwar sebenarnya telah memberikan gambaran yang sekarang beliau berpuas hati dengan perlantikan Azmin itu, walaupun Azmin tidak pernah dicalonkan oleh beliau atau PKR untuk mengganti dan mengambil alih Khalid Ibrahim.

Dalam reaksinya Khalid Ibrahim mengalu-alukan sesiapa atau mana-mana pihak termasuk SPRM untuk melakukan penyiasatan keatas beliau dalam semua yang beliau luluskan semasa menjadi Menteri Besar dan peguam beliau akan membuat kenyataan apabila sampai waktu dan masanya nanti. Pendeknya Anwar telah memberikan isyarat yang beliau akan mengarahkan Azmin untuk melakukan pembedahan terhadap pentadbiran TS Khalid Ibrahim dahulu.

Kenyataan beliau (Anwar) itu memberikan kefahaman yang beliau sedang berkuasa di Selangor dan Azmin itu hanyalah Menteri Besar yang beliau boleh kuasai dan tentukan hala tuju pentadbiran Selangor itu. Beliau memberitahu kita yang Azmin itu hanyalah ‘conduit’ kepada kehendak beliau sahaja. Ia juga memberitahu Khalid yang jika beliau bersetuju untuk menjadi ‘conduit’ beliau dahulu, Khalid mungkin tidak akan di ambil tindakan ke atas nya.

Isu ini akan menjadi ‘interesting’ dan kita mahu melihat sejauh mana isu ini akan berpanjangan kerana Khalid memberikan ‘welcoming reaction’ terhadap kenyataan Anwar itu. Siapa pun boleh menyiasat beliau termasuk SPRM, kata Khalid.

Bagi saya Anwar boleh lakukan penyiasatan terhadap segala yang dilakukan oleh Khalid jika ia diperlukan dan boleh memberitahu hasil penyiasatan beliau terhadap ‘salah laku’ bekas MB itu. Semuanya terbuka untuk disiasat seperti penyiasatan yang dilakukan terhadap beliau dalam isu sodomi beliau yang berturut kali itu. Kita perlu ingat yang Anwar sendiri telah disiasat dan telah terbukti bersalah di atas tuduhan sodomi itu. Sekarang beliau sedang berhadapan dengan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 haribulan Oktober nanti.

Jika Khalid di dapati bersalah maka beliau akan menerima hukuman dari undang-undang seperti Anwar yang telah dihukum oleh undang-undang apabila tersabit kesalahan beliau dalam isu sodomi itu. Melakukan sodomi itu jika tidak lebih besar ia setara dengan kesalahan rasuah dalam kepimpinan negeri dan negara. Buat masa ini Anwar telah didapati bersalah tetapi Khalid belum lagi bersalah kerana penyiasatan belum pun bermula.

Tidak semua manusia boleh dikelirukan oleh sesiapa sekarang ini. Masa dan zaman sekarang tidak lagi sesuai untuk mengelirukan sesiapa oleh sesiapa. Ramai yang mempunyai ‘apprehension’ untuk memberikan sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat kerana mereka tidak mahu melihat Anwar terus menerus mengelirukan rakyat.

Kita tunggu apa kesudahan kes rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan dan beliau elok menumpukan masa untuk menjaga kesnya yang bakal tiba itu dari memberikan tumpuan untuk menuduh orang lain salah mentadbir negeri Selangor. Isu yang beliau hadapi sekarang ini lebih besar dari isu yang akan dihadapi oleh Khalid jika benar Khalid ada melakukan kesilapan dan kesalahan.

Jika keputusan Mahkamah Rayuan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan maka Anwar tidak boleh lagi dijadikan pemimpin yang relevan kerana isu moral seperti ini tidak membolehkan sesiapa untuk mendekati kepimpinan mana-mana negara sekali pun.

Bagi Azmin, beliau tidak perlu terburu-buru untuk mendendami Khalid kerana jika salah langkah beliau itu, padahnya akan datang kepada beliau sendiri kerana Khalid mempunyai banyak ‘positive traits’ dalam diri beliau. Jika beliau dikorbankan kerana perbezaan pendapat atau kerana perlumbaan untuk berkuasa suatu hari nanti, kuasa yang ada kepada beliau itu sendiri akan memakan diri beliau kembali. Semasa itu nanti tidak ada siapa yang akan bersimpati terhadap beliau malahan rakan-rakan disekeliling beliau sendiri akan membunuh karier politik beliau itu.

Jangan menjadikan musuh orang lain sebagai musuh beliau kerana beliau mempunyai peluang yang amat baik untuk mendapat sokongan dari semua pihak jika beliau berdisiplin dan tidak terburu-buru untuk berdendam kerana kuasa politik itu. Azmin mempunyai peluang dan kemudahan untuk menjadi seorang pemimpin yang 'magnanimous' dan jika peluang ini tidak diambil kesempatan oleh beliau maka apabila sampai masanya nanti kita sendiri akan melihat apa yang akan terjadi kepada beliau.

Yang penting Azmin perlu mengambil sikap sebagai bapa kepada semua. 'Tampal segala yang koyak dan sambung segala yang putus'. Akhirnya nanti semua yang berpecah akan bertaut dan itulah sebersih bersih nama bagi Azmin tinggalkan dalam sejarah politik beliau.

Seperti perlumbaan seratus meter, bagaimana kita memulakan larian itu tidak penting. Yang penting kita sampai ke garisan penamat dengan berjaya. Dalam kehidupan kita, apa-apa kebaikan dan ubudiah kita itu adalah untuk saat kita diakhir hayat kita nanti, kita dihormati oleh masyarakat dan jiran tetangga kita.

Akhirnya kita akan mati dalam kalimah. Semua kerja baik itu adalah untuk mati dalam kalimah semasa akhir kalam kita nanti. Untuk itu satukan semua pihak, yang terpenting sekali ialah untuk mentautkan tiga tonggak utama dalam mentadbir sesebuah negeri yang berdaulat, iaitu Institusi Raja, Institusi Legislatif serta Eksekutif itu.

Bermaaf-maafan dengan pemimpin negeri yang lalu adalah sifat terpuji dan mereka yang tidak arif tentang ketuhanan seperti saya ini pun mengakui yang itu adalah tuntutan yang hak. Tidak perlu mendengar dan mengangguk dengan bisikan khatir yang sentiasa mahu melihat kamu dan rakyat serta semua pihak berpecah-belah untuk kepentingan individu yang lahap dan lapar dengan kuasa itu.

Ramai berada di depan kaca TV tempoh hari dan semuanya mendengar semua sumpah yang dilafazkan oleh Azmin di Istana Alam Shah Kelang dipagi Selasa itu.

Tuhan Ada Ke Tidak?


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika: "Anak-anak, nampak tak pen ini?"
Murid-murid: "Nampak cikgu."
Guru tadika: "Pen ada kan?"
Murid-murid: "Ada cikgu."

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika: "Anak-anak, nampak tak pen?"
Murid-murid: "Tak nampak cikgu."
Guru tadika: "Pen ada tak?"
Murid-murid: "Tak ada cikgu."
Guru tadika: "Anak-anak nampak Tuhan tak?"
Murid-murid: "Tak nampak cikgu."
Guru tadika: "Tuhan ada tak?"
Murid-murid: "Tak ada cikgu."

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Burhan lalu dia pun mengangkat tangan...

Burhan: "Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?"
Guru tadika: "Boleh, mari ke depan."
Burhan: "Kawan-kawan nampak cikgu tak?"
Murid-murid: "Nampak."
Burhan: "Cikgu ada kan?"
Murid-murid: "Ada."
Burhan: "Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?"
Murid-murid: "Tak nampak."
Burhan: "Cikgu ada otak tak?"
Murid-murid: "Tak ada."

Saturday, 27 September 2014

Kes Kemurungan - Tubuh Wanita Hamil Berkecai Digilis Kereta Api

Di Malaysia sudah ramai yang mengalami kemurungan. Ini adalah satu cabang dari masalah mental. Akal gagal menangani kebuntuan atau kekusutan masalah. Buntu itulah yang menjadikan manusia lemah dan hilang motivasi untuk terus tabah serta berusaha.

Sebenarnya manusia perlu dibina dengan jiwa yang kuat. Jiwa mesti dikuatkan dengan pergantungan hati dengan Allah swt. Hubungan hati hamba dengan penciptanya adalah faktor kekuatan sihamba. Tanpa terhubung, tiadalah kekuatan dalaman yang ampuh menenmpuh apa sahaja halangan dan cabaran. 

Sedih membaca berita dan melihat gambar ini....



Ibu, Janin Berkecai

[Harian Metro] Alor Setar: Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan anggota badannya terpisah, begitu juga janinnya, akibat dilanggar kereta api dalam kejadian berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui dalam keadaan anggota badan terpisah pada jarak kira-kira 50 meter manakala janinnya, daripada bahagian pinggang ke bawah, dijumpai di tepi landasan kereta api oleh penduduk kampung.

Penduduk kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan dilihat berjalan di sekitar kampung berkenaan sambil menegur beberapa penduduk.

Tanpa disedari, Ku Nurul Shuhada masuk ke kawasan landasan kereta api yang berpagar itu. Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, Ku Nurul Shuhada memaklumkan mahu ke kedai yang terletak berhampiran kediaman mereka.

“Bagaimanapun, saya tidak sedap hati apabila isteri masih tidak pulang selepas 30 minit sedangkan kebiasaannya, ia hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.

“Saya bersama bapa mentua, Ku Rosli Ku Hassan yang berusia 50-an, dengan bantuan penduduk kemudian keluar mencari Ku Nurul Shuhada di sekitar kawasan kampung tetapi gagal sebelum pulang ke rumah jam 10 pagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Alor Setar.

Menurut Saiful, tidak lama kemudian, penduduk kampung memaklumkan ada kejadian membabitkan orang dilanggar kereta api di belakang kampung, lalu dia pergi ke sana untuk mengetahui siapa mangsanya.

“Apabila melihat baju serta serangkai kunci kereta, saya terus sebak kerana tahu ia adalah mayat isteri kerana saya memang mencari kunci kereta dan arwah pula membawanya bersama.

“Isteri saya mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu. Kami sudah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk mengubatinya secara tradisional. Keadaannya berubah agak baik tetapi kembali teruk seperti sejak seminggu kebelakangan ini,” katanya.

Ku Rosli pula berkata, dia puas mencari anak sulung daripada lima beradik berkenaan selepas Ku Nurul Shuhada keluar dari rumah.

“Dia (Ku Nurul Shuhada) keluar rumah (ke kedai) dan lambat balik lalu saya keluar cari melilau (merata-rata) sampai ke hospital tapi dia tiada. Apabila balik rumah, orang beritahu ada kemalangan di landasan kereta api, saya tak sangka dia boleh ditimpa kejadian itu.

“Arwah salam saya dan salam serta cium ibunya juga sambil minta maaf kelmarin. Saya kata, dari dia beranak (lahir) sehingga la ni (sekarang), sudah maafkan dia (Ku Nurul Shuhada), selepas itu dia hanya gelak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika mengesahkan perkara terbabit berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai digilis kereta api barang yang dalam perjalanan dari arah Bukit Kayu Hitam menuju ke Pulau Pinang.

“Kami menerima laporan berkaitan kejadian jam 10 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar untuk melakukan siasatan di tempat kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat,” katanya. - Ahmad Saufi Mansor/28/9/14

Hari Dikembalikan dan Disempurnakan Balasan

Dan takutlah pada hari kamu dikembalikan kepada Allah (kiamat). Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasnya sedikitpun (Baqarah:281)

Dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali. Semuanya adalah milik Allah, walaupun sehelai bulu roma di badan kita atau setengah nafas kita. Semuanya diberi oleh Allah sebagai kemudahan asas untuk kita hidup di dunia ini.

Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Ali-Imran:109)

Bukanlah kita yang ingin kembali tetapi kita dikembalikan. Malaikat maut akan datang menjemput bila tiba masanya. Sajdah [11] Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. 

Di mana sahaja kita berada, Allah berjanji akan tetap akan membawa kita kembali kepadanya. Yaasin [52]…..Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. 

Allah cipta kita tidak sia-sia atau main-main, dan kita akan kembali kepadanya

Al-Mukminun [115] Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?

Kita dikembalikan dalam keadaan asal manusia iaitu bertelanjang.. 

Dari Ibn Abbas r.a., katanya Rasulullah s.a.w. telah berdiri berucap kepada kami, sabdanya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu dihimpunkan di padang) Mahsyar dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup”, (kemudian Baginda s.a.w. membaca firman Allah Taala, ertinya: Sebagaimana kami ciptakan manusia pada mulanya, demikian pula Kami ulangi ciptaannya, itulah janji yang sesungguhnya Kami akan lakukan). “Ketahuilah, sesungguhnya orang yang mula-mula sekali diberi pakai pakaian pada – hari qiamat ialah Ibrahim al-Khalil a.s.

Dunia adaalah tempat ujian dan kita akan dikembalikan ke negeri akhir (Akhirat) untuk dihisab dan pada Hari itu disempurnakan balasan dengan balasan yang setimpal tanpa sebarang penganiayaan. 

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya). (Al-Inshiqaq:6)

Semua manusia akan kembali kepada Allah dan ditempatkan samada di syurga, neraka atau di Al-A’raaf

KREDIT SUMBER: 

90% Kes Rogol Bawah Umur Dilakukan Teman Lelaki


GEORGE TOWN: Hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan.

Beliau berkata statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol.

Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa.

"Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini," katanya semasa merasmikan 'Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat" di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam.

Seminar sehari itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang kesan pergaulan seks bebas, mendidik golongan remaja untuk menjauhkan diri daripada gejala seks bebas dan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan kemahiran mendekati dan mendidik golongan remaja. 

Ia dianjurkan Bahagian Siasatan Seksual/Wanita/Kanak-kanak Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. 

Thaiveegan berkata statistik dari tahun 2010 hingga Ogos 2014 menunjukkan penurunan peratusan kes rogol di negeri ini iaitu daripada 146 kes pada tahun 2010 kepada 62 kes pada bulan lepas.

Katanya ini berikutan peningkatan kesedaran dalam kalangan remaja berhubung isu itu hasil daripada tindakan ibu bapa dan guru yang memainkan peranan penting dalam mendidik mereka termasuk pendidikan agama dan juga seminar berkaitan.

"Mungkin selepas ini kami adakan seminar khusus untuk orang lelaki supaya mereka lebih menghormati dan menghargai wanita," katanya.

Katanya dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini berdasarkan pecahan mengikut kaum, Melayu menunjukkan kaum yang tertinggi menjadi mangsa rogol iaitu 38 orang, diikuti Cina (sembilan), India (tujuh) dan kaum-kaum lain (lapan).

Sementara itu, guru kaunseling Norniza Kader Mydin, 35, berkata perkembangan teknologi dan penggunaan telefon bimbit yang meluas mendorong para remaja untuk mudah terdedah dengan budaya kurang sihat.

"Kalau dulu boleh kira berapa orang yang ada telefon bimbit... sekarang semuanya di hujung jari. Apa yang penting bagi seorang pelajar itu ada ilmu kerohanian dan disiplin untuk kawal diri mereka. "Dalam kawasan sekolah memang kami (guru) boleh pantau, dah keluar sekolah menjadi tanggungjawab mereka untuk jaga diri masing-masing," katanya dan menurutnya guru sentiasa membimbing pelajar termasuk meminta mereka menjaga maruah diri. - Bernama

Friday, 26 September 2014

WTF : Tauke Perabot Dedah Rahsia Untung Besar Dalam Perniagaan

Aku: Tauke, you buka kedai perabot ini boleh untung ke dalam kampung? You ambil 4 pintu, atas bawah. Bayaran sewa mahu mencecah RM12000 sebulan.


Tauke: Antara sebuah rumah banglo yang berharga RM400k VS Kedai RM600k, yang mana menjadi rebutan?

Chinese will strive for kedai RM600k. Beli kedai ini macam pasang jerat. Ada hari tak dapat hasil, sekali dapat hasil, makannya sedap. Jerat yang bagus hasilnya adalah di kawasan laluan haiwan. Kedai yang bagus adalah di gugusan kedai-kedai atau di tengah bandar.

Taktikal Seorang Tauke membeli kedai.
“Biar rumah kecil, duduk di dalam stor pun tak mengapa! Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa!”

1. Beli Kedai Nisbah 3
Beli kedai di dalam gugusan kawasan perniagaan, beli 3 kedai sekaligus dalam kawasan yang sama. Kenapa?
       1 kedai untuk berniaga sendiri    
       2 kedai untuk disewakan kepada orang lain

2. Formula Matematik Yang Diajar Oleh Tauke
Harga Kedai, RM400k per unit. 3 Kedai sama dengan RM1.2 juta. Bayaran bulanan RM8,000 x 20 tahun.
       2 kedai disewakan pada harga bulanan RM4000.
       Maka total sewaan = RM8000 guna untuk bayar bank.
       Ingat, sewaan meningkat setiap perjanjian 2 tahun.
      1 kedai yang guna untuk buat business?
       Duit lebih bayar kat bank, duit lebih simpan untuk beli jerat baru!
      
3. Make Your Account Strong
      2 buah kedai disewakan, 1 kedai guna untuk berniaga sendiri. Memang akaun nampak         strong untuk apply loan beli kedai kedai di gugusan perniagaan yang lain.

4. Networking Business.
Tak ada duit nak beli kedai?
Suruh bapa saudara you yang kerja kerajaan pergi beli kedai tersebut, you masuk buat berniaga dalam itu. Bapa saudara kena bayar bank RM5000 sebulan, you bayar sama dia RM7000. Kasi sikit sama dia.

5. Adik Beradik Yang Bekerjasama
Dalam keluarga, mesti ada orang yang bekerja dengan kerajaan atau orang yang kerjanya mudah buat loan. Sewa kedai dari adik beradik je, duit pusing sama-sama kita juga.

Abang saya beli kedai dan sewakan kepada kami adik beradik. Kami pun sewa dan buat perniagaan. Duit niaga digunakan untuk membayar loan abang la. Masing masing jaga periuk nasi adik beradik. Takkan dengan adik beradik sendiri pun you mau tikam? Takkan adik beradik sendiri pun you mau hentam kasi makan?

Diluar sana, ada pelbagai taktik dan teknik perniagaan yang dibuat oleh orang lain. Stay hunger, stay foolish.

Disebabkan Tauke Cina itu dah ajar aku ilmu berniaga, asalnya nak beli barang total kos RM1,000 sahaja, sudah beli berlebih-lebih 3 kali ganda.

Money is NOTHING, Knowledge is EVERYTHING.

Kredit kepada SUMBER

Jom Berkorban

“Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu, dan sembelihlah korban.” (Surah al-Kauthar:2) “ ..

Afdal Makan Sebahagian Daging Korban
Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Al-Hajj:28) “..

Boleh Juga Diberi Kepada Orang Kaya
Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.”(Al-Hajj:36)

Ibadah Korban juga adalah salah satu penebus dosa terhadap Allah SWT.
Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah, maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Rasulullah Hadiahkan Korban Untuk Umatnya
Baginda telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi. Hadith Anas radhiyallahu ‘anhu riwayat Al-Bukhari (no. 5565) dan Muslim (no. 1966), bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berqurban dengan dua kibasy yang berwarna putih bercampur hitam lagi bertanduk. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”

KREDIT SUMBER

Uncle Ini Hanya Naik MRT,Berpakaian Seperti Orang Awam Biasa Sehinggalah Sebuah Akhbar Mendedahkan Siapakah Beliau Yang Sebenarnya

Dalam dunia ni ramai orang yang kita tidak boleh jangka perwatakannya melalui gaya hidup. Begitu juga dengan apek tua ni. APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura.

Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.

‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan.
Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.

Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.

Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat.


Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.

Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.

Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.


Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah.

Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”

Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim?

KREDIT SUMBER:

Wednesday, 24 September 2014

Kenapa Perlu Ingat Mati?

Mengingati mati ialah galakan Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam. Matlamat mengingati mati bukan untuk mematikan semangat, sebaliknya membakar semangat untuk menghasilkan yang terbaik dalam hidup ini. Meraka yang ingat mati dapat pahala daripada Allah s.w.t. Orang yang cerdik ialah mereka yang mengingati mati. Orang yang bodoh ialah melupakan kematian dan terus berseronok dengan dunia.

5 manfaat ingat mati

Mengingati mati akan melahirkan sifat-sifat terpuji. Antaranya termasuklah:

1) Lebih menghargai kehidupan

Kita akan berasa bersyukur setiap kali bangun pada pagi hari kerana masih berpeluang untuk menambahkan akaun pahala. Kita juga bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meminta keampunan atas dosa-dosa dan kesalahan kita; sama ada dosa dengan Allah atau sesama manusia.

Daripada Abu Hurairah, suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berlalu di atas sebuah kubur (mayat) yang baru ditanam. Baginda lalu bersabda: “Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih disukai oleh ahli kubur ini dari dunia dan seisinya.” (Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd).

2) Mendorong merancang kehidupan dengan lebih baik

Kita menjadi lebih pandai untuk mempraktikkan asas keutamaan dalam hidup dan lebih pandai menundukkan hawa nafsu. Cara hidup yang kita jalani menjadi lebih efektif kerana berasaskan “Begin with the end in mind”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang akan mengiringi jenazah ke kubur ialah hartanya, keluarganya dan amalannya. Harta dan keluarga akan meninggalkannya, dan yang tinggal hanyalah amalan.” (Riwayat al-Bukhari).

3) Memotivasikan diri supaya tekun bekerja untuk dunia dan akhirat

Kita tidak akan lagi membuang masa untuk perkara yang tidak bermanfaat. Kita akan menjauhkan diri daripada hiburan yang melalaikan, apalagi maksiat yang memudaratkan.

Imam al-Mawardi menulis dalam kitabnya al-Hawi: “Digalakkan supaya memperbanyakkan mengingati mati, sebab itu dapat memotivasikan diri untuk melakukan ketaatan dan menghalang daripada melakukan kemaksiatan.”

4) Tiada masa buka aib orang

Mengingati mati menyebabkan kita tiada masa untuk membuka aib orang lain, apalagi bermusuhan dengan mereka. Ia akan selalu menjaga hati dan ucapan daripada perkara-perkara yang boleh merugikannya di dunia dan di akhirat.

Raja bin Haiwah berkata: “Apabila seseorang mengingati mati, ia akan meninggalkan hasad dengki.”

5)  Mengekalkan rasa dan watak hamba Allah

Rasa hamba wajib ada di dalam hati setiap mukmin. Rasa hamba ialah perasaan bersalah dengan Allah, rasa ibadah yang dilakukan belum sempurna - bimbang kalau-kalau semua amalnya tertolak. Justeru sihamba akan sangat bergantung kepada rahmat dan kasih sayang Allah. 

Rasa hamba mendorong untuk berkasih sayang sesama manusia dan sentiasa mengutamakan orang lain. Hilang rasa bangga diri dan mementing diri.

Wallahu a’lam.
KREDIT UNTUK SUMBER: AMEKAU

Fakta: Umat Islam Di Britain, Semakin Ramai Dan Bertambah Ramai!

Beberapa buah bandar di Britain, termasuk Birmingham menyaksikan jumlah purata kanak-kanak Islam lebih ramai daripada Kristian dan bukan-Islam lain.


Laporan itu dibuat berdasarkan statistik terbaharu yang yang dikeluarkan hasil bancian penduduk tahun 2011. Berikut adalah perbandingan jumlah bilangan kanak-kanak dan dewasa di bandar-bandar berkenaan:


Birmingham
Kanak-kanak Islam : 97,099
Kanak-kanak Kristian: 93,828
Dewasa Islam: 148,145
Dewasa Kristian: 413,474

Leicester
Kanak-kanak Islam: 22,639
Kanak-kanak Kristian: 18,190
Dewasa Islam: 41,376
Dewasa Kristian: 90,952

Bradford
Kanak-kanak Islam: 52,135
Kanak-kanak Kristian: 47,144
Dewasa Islam: 82,037
Dewasa Kristian: 201,865

Newham
Kanak-kanak Islam: 34,041
Kanak-kanak Kristian: 27,769
Dewasa Islam: 68,472
Dewasa Kristian: 98,995

Tower Homelets
Kanak-kanak Islam: 34,597
Kanak-kanak Kristian: 8,995
Dewasa Islam: 56,969
Dewasa Kristian: 60,847

Bedbrige
Kanak-kanak Islam: 24,216
Kanak-kanak Kristian: 21,500
Dewasa Islam: 43,432
Dewasa Kristian: 84,355

Selain Islam dan Kristian, baki penduduk lain didaftarkan sebagai Hindu, Yahudi dan lain-lain.


Profesor Ted Cantle dari Yayasan ICoCo yang bertanggungjawab menggalakkan perpaduan masyarakat Britain berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan kesan aliran masuk penduduk Islam yang berterusan dari beberapa negara Asia ke Britain.

Beberapa pakar pula berpendapat, laporan itu memberi gambaran masa depan yang bakal berlaku ekoran perubahan demografi di seluruh Britain dan sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan pergolakan tidak tercetus dalam kalangan masyarakat berbilang agama di negara itu.

SUMBER : Dailymail

Kepandaian Milik Mukmin, Kutiplah Di Mana Saja

Setiap ilmu dan kepandaian di dalam apa juga bidang… samada perubatan, astronomi, pentadbiran, pembangunan, perindustrian, pertanian dan lain-lain, maka muslim (orang Islam) adalah orang yang lebih berhak memilikinya.

Rasulullah saw telah bersabda:
Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Al-Hikmah adalah merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat kepada kehidupan manusia termasuklah apa jua bidang ilmu yang membawa kesejahteraan hidup manusia.

Kutiplah dan ambillah ilmu di mana sahaja ia berada kerana ia adalah milik orang Islam, walaupun di luar negara. Orang Islam suatu masa dahulu telah belajar dan memiliki ilmu dalam pelbagai bidang sehingga golongan bukan Islam terpaksa merujuk kepada mereka. Misalnya Ibnu Sina adalah seorang tokoh perubatan Islam yang sering dirujuk dalam bidang kedoktoran.

Dalam hadith yang lain disebut, ajarlah anak kamu menulis. Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik zamannya, maka didiklah anak sesuai zamannya!”. Zaman yang dimaksudkan ini adalah zaman perlumbaan ilmu.

“Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu.”

Orang Islam lemah kerana mereka tidak mempunyai ilmu, kepakaran dan tidak bercita-cita tinggi. Rasulullah saw juga bimbang umatnya lemah keyakinan. Umat Islam hendaklah berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Dalam hadith disebut “Tinggi cita-cita itu cetusan iman. Panjang cita-cita tidak mengapa misalnya bercita-cita ingin sistem hidup Islam - sebagai cara hidup agar Islam dilihat tinggi dan berwibawa.  Yang dilarang ialah panjang angan-angan yang tidak kesudahan.

KLIK UNTUK SUMBER

Malu dan Takutlahlah Untuk Melakukan Dosa Di Hadapan Allah

"Bahkan manusia sentiasa suka hendak meneruskan dosa (perbuatan kufur dan maksiat) dihadapan Allah" (Qiyamah:6). 

Hadid [4] "....Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan".

Malulah untuk melakukan kejahatan atau sesuatu yang tidak senonoh walaupun tidak dilihat orang kerana Allah SWT melihat apa yang kita lakukan. Latihlah diri agar malu kepada Allah SWT. 

Rasulullah SAW bersabda “Allah lebih berhak seseorang itu malu padaNya daripada manusia” (Hadith Riwayat Abu Daud). 

Hanya dengan takut kepada Allah sahajalah, seseorang itu dapat melakukan segala ibadah. Semakin bertakwa, semakin rajinlah seseorang itu beribadah. Kadangkala kita terlepas takut sehingga melakukan dosa dan apabila longgar rasa takut maka rosaklah dunia. Takutlah kepada Allah sehingga kita tidak mampu untuk melakukan dosa, barulah diberi keberkatan. Takut kepada Allah perlu rapat dengannya. Takutlah kepada Allah samada secara zahir atau batin (di hadapan atau belakang manusia).

Allah mengetahui segala dosa kita yang dilakukan dihadapannya, bahkan ia direkod oleh malaikat Kiraman Katibin. 

Al-Infitar [10] "Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan"

- Untuk renungan.

SERIUS : Kisah Isteri Dan Madunya Yang Dapat 1238 Share Di Facebook


Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang, Kak Nani namanya.

Tapi entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat di rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dgn senyuman ori di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa.

Setahun setengah dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan tetapi bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun.

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kusematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.??? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, kak Nani dengan yakinnya berkata, Tak perlu lah jumpa suami kak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was .Saya agak kesal kerana tidak yakin dan, kak Nani dengan pantas mencelah, akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa.

Biarlah betul-betuk kak, kata saya. Jawab kak Nani, kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami.

Saya terkulat-kulat memikirnya dengan senyum simpulnya kak Nani menyambung, dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini , sambil dia mengoyang2 kan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3, setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan!

KOMEN Pak Lang: kasihan!!! Rupa-rupanya poligami yang sebenar - yang membahagiakan itu belum lagi ditemuinya. 

Gara-Gara Malu 15 Pegawai Kastam Sarung Muka Dengan Seluar Dalam

Gara-Gara Malu 15 Pegawai Kastam Sarung Muka Dengan Seluar Dalam

Tempoh penahanan reman terhadap 15 anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk seorang yang bergelar Datuk dilanjutkan selama lima hari lagi bermula esok sehingga 29 September ini.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk melanjutkan tahanan reman mereka berhubung siasatan kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara.

Kesemua mereka yang berpakaian lokap tiba di mahkamah, di sini pada jam 10.05 pagi. Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mereka merupakan kumpulan kedua yang direman di mahkamah sama pada 18 September lalu, termasuk dua dari Ipoh, Perak. 

Pada 4 September lepas, kumpulan pertama iaitu seramai 12 pegawai Kastam ditahan reman berhubung kes sama. Penahanan kesemua individu itu adalah hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang (PKFZ). ~hmetro


Tuesday, 23 September 2014

Bagaimana Seorang Remaja Yahudi Memeluk Islam


“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”

Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.

Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.

Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.

Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?

Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.

Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..

Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam..”
 

Sample text

Sample Text

Sample Text