Social Icons

Sunday, 30 November 2014

Hanya Mereka Yang Luar Biasa Yang Boleh Buat Perubahan

Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah?

oleh Azizan Osman pada 26 November 2014
hidup-dalam-masalah-DAO
Soalan: Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah? 

Jawapan saya:- 
Kita adalah mengikut apa yang kita fokuskan dan sangkakan. Ada 6 intipati asas yang kita perlu jadikan pegangan. Ini asasnya. 

1- Intipati Syukur- Fokus apa yang best dalam hidup kita SEKARANG. Most people setiap hari sibuk mencari apa yang tidak best pada dirinya, keliling mereka mahupun pada orang lain. Ramai manusia tidak hidup setiap hari dengan penuh kesyukuran sedangakan janji Allah swt di dalam Al-Quran Surah Ibrahim Ayat 7 ada menyebut yang maksudnya. Barangsiapa yang bersyukur dengan Aku (Kata Allah), NESCAYA Aku (Kata Allah) tambah lagi.
2- Intipati Sujud- Rendahkan hati & tekan ego kita sujud lebih banyak kepadaNya. Jangan buang masa meminta-minta dengan manusia. Jangan sombong dengan Allah swt. Semakin banyak masalah kita, maka semakin banyak sujud kepadaNya. Begitu juga semakin banyak nikmatNya kepada kita, semakin banyak sujud kita kepadaNya.
3- Intipati Selawat- Memuliakan dan memuji siapa yang Allah swt sendiri kasihi dan puji agar mudah-mudahan diri kita juga diangkat menjadi seseorang yang Allah swt kasihi. Bayangkan satu kali berselawat ke atas junjungan Rasulullah saw, Allah swt pemilik sekalian alam dan para malaikat berselawat kembali kepada kita 10 kali ganda. Kemulian besar bagi mereka yang berselawat.
4- Intipati Sedekah- Ini membuka 1,000 pintu rezeki, rahmat, berkat dan Insya Allah makbul hajat kerana doa orang yang kita sedekahkan kepada mereka seperti orang miskin adalah makbul doa mereka.
5- Intipati Senyum- Kita expect setiap situasi kehidupan kita sedang berubah menjadi lebih baik lagi dan kita senyum kerana kita syukur dengan setiap apa yang kita ada serta apa yang kita bakal ada.
6- Intipati Suci – Banyakkan bertaubat dan mengamalkan zikir “La Ila Ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin”. Banyak kali diri kita terhijab oleh dosa kita yang lampau samada yang kita tahu atau tidak.
Bagusnya magnet kekayaan & kejayaan kita bukanlah terletak pada usaha luaran kita sahaja tetapi usaha kita memperbaiki dalaman diri kita serta perhubungan kita denganNya dan ibu bapa kita.
Istiqomah dan berdisiplin dengan setiap apa yang kita fikir, rasa, cakap , buat dan doa.
Pada saat kita menyoal,”Aku dah buat semua benda tetapi kenapa hidup aku tidak berubah?”….. Itulah saatnya kita telah mendahului Allah swt dengan menghukum atau mempersoalkanNya. Itulah saatnya sangkaan kita ‘benar’- Allah swt itu seolah-olah menzalimi kita.
Apa yang kita patut buat?
Banyakkan mohon keampunanNya.
Senaraikan apa yang anda boleh buat untuk lebih dekatiNya
Faham bahawa DIA hanya berikan yang terbaik kepada kita kerana DIA Maha Baik & Maha Hikmah Bijaksana.
Sabar dan solat. Mungkin kita belum cukup konsisten dan expect doa kita makbul masa tu juga. Sabar dan Solat. Allah swt tahu apa yang terbaik dan waktu yang terbaik untuk kita. Tugas kita?
Buat 4 perkara ini secara luar biasa:-
Doa Luar Biasa
Usaha Luar Biasa
Ilmu Luar Biasa
Taqwa Luar Biasa

Aku Benci Islam, Tapi Aku Akhirnya Mencari Takdirku.

Terlalu bencinya pada Islam, sampai berfikir sanggup jadi apa saja asaljangan muslim. Tapi hidayah itu akhirnya datang juga.

SARIYA, gadis asal Kerala, India, dibesarkan dalam keluarga yang sangattaat dalam agama. Datuknya pengasas Gereja di Kerala. Pemuka agama disana sering menjadikan ibu Sariya sebagai contoh wanita terbaik bagijemaah. 

Namun lama-lama, ibu Sariya mula mengalami keraguan sehingga akhirnyadia menjadi seorang muslim. Semua itu mungkin kerana pengaruh peguamkeluarga bernama Ibrahim Khan seorang muslim taat, dan mempunyaipengetahuan luas soal agama.

Meski kehadirannya singkat, tapi mampu mengubah ibu Sariya menjadimuslim dalam beberapa minggu sahaja. Saat itu Sariya masih 13 tahun.Sebagai anak tertua, Sariya merasa bingung dengan keadaan keluarganyayang pecah, kerana ibunya memilih bercerai dan pindah ke Bombay.

Sariya sangat membenci Islam kerana ia anggap Islam telah memusnahkankeluarganya. Ayahnya memilih pergi meninggalkan Sariya dan adik-adiknya. Kerana terlalu bencinya pada Islam, Sariya pernah berfikir dia boleh menjadiapa saja asal jangan muslim. 

Meski begitu, dia masih menghormati dan mencintai ibunya yang kiniseorang muslimah. Sampai saat itu, Sariya masih tidak mengerti kenapa ibunya memilih Islam. 

Seorang wanita berpendidikan dan berbudaya seperti ibunya memilih agama yang berbau zaman pertengahan. Hingga akhirnya dia memberanikan diri bertanya kepada ibunya. Sariya dapat jawapan singkat; 

"Baca kitab suci dari agama yang kamu yakini itu, laman demi halaman."

Dari situlah Sariya mula dituntun menuju Islam. Walaupun masih muda, Sariya seperti diberi kemudahan oleh Allah untuk memahami apa yang dibacanya. Sariya mencari banyak sekali ketidak selarasan dan kesalahan. 

Namun Sariya keras kepala, dia masih terus membaca semuanya meski dihatinya mula timbul keraguan. Setelah beberapa lama, ibunya menghantarsepucuk surat disertai tulisan Surat Al-Ikhlas dan terjemahannya.

Begitu membaca surat tersebut, hati Sariya mulai tergelitik untuk membacanya berulang-ulang. Saat tidak ada lagi baki surat untuk dibaca, Sariya beralih ke Al-Quran dan dia benar-benar terpesona.

Dalam Al-Quran dia mencari kebenaran yang selama ini dicarinya. Dia mendapat semua jawapan yang membuatnya ragu-ragu. Perlu dua tahun bagi Sariya untuk mempelajari Al-Quran. Saat itu usianya sudah 15 tahun.

"Aku tahu aku akhirnya mencari takdirku," kata Sariya.

Kemudian Sariya pergi ke Bombay dan saat berada di lapangan terbang diamengucapkan dua kalimah syahadah disaksikan oleh ibunya. Ibunyamengatakan, ia selalu berdoa kepada Allah agar memberikan hidayahkepada anak perempuannya. Dan ternyata dikabulkan, Allahu Akbar! 

Adik-adik Sariya masih kecil dan mereka mengikuti langkahnya menjadimuslim. Sariya memutuskan 'hijrah' ke Bombay. Dia dan adik-adiknyaditerima oleh komuniti muslim Bombay dengan penuh suka cita. Merekamengajarkan bahasa Arab dan pengetahuan tentang Islam. 


Kerala, India.

Setelah 10 tahun memeluk Islam, Sariya merasa hidupnya makin terarah dan penuh ketenangan.
 
"Apabila berkumpul bersama keluarga, aku mengatakan telah membantu
pembinaan sebuah madrasah bagi anak-anak penghafal Al-Quran. Salah satucita-citaku adalah membina masjid di tempat kelahiranku, Kerala," kataSariya. Al-hamdulillah! (IH)

Saturday, 29 November 2014

Di Mana Ada Masalah Di Situ ada Peluang Kejayaan

Pak Lang tidak sempat paparkan bahan terkini sebab sibuk sangat ikuti kursus....

Layanlah dulu video berikut:


Bagaimana HIGoat Meletup Di Pasaran?

Nantikan paparan atas tajuk di atas. Pak Lang akan cerita kemudian.  Cerita Ziarah Pak Lang ke rumah pengasas HR MARKETING  DI SINI

Thursday, 27 November 2014

Ucapan Dasar Najib Kering Dengan Idea Pembaharuan

Pagi ini saya bangkit dan menjenguk mentari dengan rasa penuh "berharap" moga ada sesuatu yang boleh direnungi dan diambil sebagai satu pengajaran daripada ucapan dasar Najib Razak yang dibentangkan pada perhimpunan agung Umno (PAU) ke ke 69 pagi ini. Ucapan dasar ini juga merupakan kali ke enam oleh Najib sebaik beliau menjadi Presiden Umno dan dinantikan dengan doa ia makin matang dan berkualiti.

Najib ambil tindakan tidak popular bagi Malaysia.

Sayang seribu kali sayang, selama hampir satu jam mendengar ucapan Najib menerusi televisyen, tidak ada apa-apa yang menarik diperkatakan Najib yang boleh saya kutik untuk membuat penilaian semula atau meletakkan Umno dilandasan perubahan daripada apa yang ada hari ini. Saya kira akan ada beberapa pembaharuan atau aspirasi merangsangkan yang diunjurkan oleh Najib baik untuk masa depan Umno yang kian defisit kepercayaan, ataupun dalam usaha memartabatkan bangsa Melayu, bahasa Melayu dan juga agama Islam yang menjadi tunjang diperjuangkan parti itu. Tidak ada.

Apa yang ada ialah perulangan seruan Najib yang dibumbui kebimbangan Umno akan lemah dan seterusnya hancur kemudian kehilangan kuasa, dengan membuat seruan agar ahli Umno melakukan perubahan secara drastik dan bangkit memperkasakan parti. Ucapan Najib adalah pertukaran ayat dan baris daripada ucapan-ucapan beliau sebelum ini. Perkataan yang dipopularkan kali ini ialah "solidariti". Najib tidak menggunakan istilah ukhwah.

Manakala perulangan dan gesaan ini menunjukkan pelawaan dan saranan Najib, yang dibumbui ketakutannya selama ini belum tercapai. Bahawa Umno masih lemah dan tidak berganjak daripada budaya klise yang dianutinya kini. Najib memanggil untuk bersolidariti berkali-kali ini bermakna keadaan Umno dan BN dalam keadaan parah.

Dalam komuniti Malaysia khasnya dalam kalangan Melayu, mengharpakan ada pembelaan tegas dalam soal agama, bahasa, budaya, ekonomi, dan sebagainya daripada Najib, namun tidak dilakukan apa-apa olehnya. Ketipisan mengenai bahasa Melayu yang sering dipersoalkan oleh ahli dan pencinta bahasa, tidak disentuh langsung oleh Najib. Apakah kerana dibumbui ketakutan yang maha hebat maka soal-soal seperti bahasa dan budaya itu tidak ternampak lagi oleh Najib?

Kesemarakan terhadap Islam yang berlaku di negera ini, bila mana banyak program-program Islam diadakan, sehingga ke Putrajaya, kononnya untuk membendung kegiatan sekularisme dan liberalisme disebabkan tidak ada ketegasan beragama, Najib tidak pun memberi signal yang Umno mahu mendaulatkan Islam dengan membuka ruang perwakilan memberi input membincang untuk memertabatkan kedudukan Islam. Misalnya dengan cuba berikhtiar bagi melaksanakan perundangan Islam sepenuhnya atau membuka forum kepada perhimpunan membincangkan Hukum Hudud.

Begigu juga ketika generasi muda mengharapkan berlaku perubahan drastik dan penuh berimpaktif dalam Umno, Najib juga gagal memberi harapan dan melakukan perubahan baru yang diharapkan. Misalnya desakan atau keinginan agar orang muda diberi ruang memimpin Umno tidak direspons dengan menyeluruh dan konkrit oleh Najib. Tidak ada ketegasan dari Najib sebagai presiden serta membentangkan bagaimana bentuk untuk memberi jaminan kehendak generasi itu akan dipenuhi. Apa dilakukan Najib sekadar mengatakan beliau tahu aspirasi anak muda.

Kesimpulan ucapan Najib walaupun cuba dipersembahan dengan penuh semangat dan simpatis dengan nada pidato yang entah-entah, ianya gagal diterima dengan baik dan diberi tindakan balas oleh perwakilan. Perwakilan bahkan merasakan mereka disumbat perkara yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Mengajak perwakilan berdiri melaung "Hidup Umno", "Hidup Melayu" adalah slogan klise yang sudah mati, tanpa ada roh lagi.

Sebaliknya dari konteks pemerhati luar yang menanti transformasi yang dibawa Najib beberapa tahun lalu terutamanya dalam memberi kepuasan mengikut kehendak kontenporari awam sebagai satu anjakan politik, Najib seperti berundur ke belakang dan sekaligus daya kepimpinan dan keberaniannya tercabar apabila beliau akur dengan tuntutan ahli Umno agar mempertankan Akta Hasutan 1948 yang bertentangan dengan suara di luar. Najib mengumumkan yang Akta Hasutan 1948 dikekal dalam gelodak di luar sana melakukan kempen untuk menghapuskannya bagi mendapat kebebasan mutlak?

Ketiga-tiga sayap Umno, Pemuda, Wanita dan Puteri dengan dirohi oleh Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin mendesak Najib mengekalkan Akta Hasutan 1948 atas alasan untuk memperkukuhkan beberapa aspek atau mempertahankan perkara yang signifiken dengan kewujudan akta berkenaan.

Sebelum ini Najib bercadang untuk memansuhkan akta berkenaan selepas beberapa akta yang dianggap lapok dan usang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad dan Akta Mesen Cetak dan lain-lain dimansuhkan. Mulanya pemansuhan itu dilihat keterbukaan dan transformasi dilakukan Najib dan disambut baik.

Bagaimana dengan pengakuan Najib hari ini akan mengekalkan Akta Hasutan 1948 (yang kini sedang "mentankedarah" mangsanya), disamping memperkukuhkan lagi dengan memasukan kuasa kononnya untuk menjaga kesucian Islam dan mencegah usaha memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia menjadikan tindakan Najib itu persis surut ke belakang atau Najib menelan semula liur yang dikatakan hendak diludah.

Kalaupun ucapan dasar Najib kali ini yang boleh diberi pujian, Najib tidak menyerang pemimpin Pakatan Rakyat seperti sebelum ini. Beliau hanya menyinis PKR dan Pas sekali sahaja, manakala DAP langsung tidak disentuh. [wm.kl.12:25 pm 27/11/14]

Solat Tahajud Yang Indah

SEJARAH telah mencatat bahawaRasulullah Saw dan para sahabat selalumelaksanakan solat tahajud. Solat tahajudadalah solat yang sangat mulia. Keindahan dan keajaiban melaksanakan solat tahajudtelah tercatat dalam Alquran. Ada beberapakeindahan solat tahajud seperti berikut ini:

1. Solat Tahajud sebagai tiket masuksyurga ...
Abdullah Ibn Muslin berkata "kalimatyang pertama kali ku dengar dariRasulullah Saw saat itu adalah," Haisekalian manusia! Sebarkanlah salam,bagikanlah makanan, sambunglahsilaturahmi, tegakkanlah solat malam ketika manusia lain sedangtidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat. "(HR. IbnuMajah).

2. Amal yang menolong di akhirat ...
Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwaberada di dalam taman-taman syurga dan di mata air-mata air,seraya mengambil apa yang Allah berikan kepada mereka.Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya (didunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya di waktumalam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepadaAllah). "(QS. Az Zariyat: 15-18)Ayat di atas menunjukkan bahawa orang yang sentiasa bertahajud InsyaAllah akan mendapatkan balasan yang sangat nikmat di akhirat kelak.

3. Pembersih penyakit hati dan jasmani ... 
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, "Dirikanlahsolat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalahkebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, (solat malam dapat)mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, (solat malam adalah)sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh. "(HR.Ahmad)

4. Sarana meraih kemuliaan ...
Rasulullah Saw bersabda, "Jibril mendatangiku dan berkata,"Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati,cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisahdengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatbalasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorangmuslim adalah solat waktu malam dan tidakperlunya dimuliakanorang lain. "(HR. Al Baihaqi)

5. Jalan mendapatkan rahmat Allah ...
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, "SemogaAllah merahmati lelaki yang bangun malam, lalu melaksanakansolat dan membangunkan isterinya. Jika isterinya menolak, iamemercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yangbangun malam, lalu solat dan membangunkan suaminya. Jikasuami menolak, ia memercikkan air di wajahnya. "(HR. Abu Daud)

6. Sarana Pengabulan permohonan ...
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikansolat tahajud dengan ikhlas. Rasulullah Saw bersabda,

"Dari Jabir berkata, bahawa nabi Saw bersabda," Sesungguhnya dimalam hari, ada satu masa yang apabila seorang muslim memintakebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Ituberlangsung setiap malam. "(HR. Muslim)

7. Penghapus dosa dan kesalahan ... 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah sawbersabda, "Lakukanlah Qiyamul Lail, kerana itu kebiasaan orangsoleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, danpenghalang berbuat salah." (HR. At-Tirmidzi)

8. Jalan mendapat tempat yang terpuji ...
Allah berfirman,
"Dan pada sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai suatuibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatkamu ke tempat yang terpuji." (QS. Al-Isra ': 79)

9. Pelepas ikatan syaitan ...
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Sawbersabda, "Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedangtidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama.Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, makaterlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akanterbukalah ikatan kedua, apabila dia solat akan terbukalah ikatansemuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenanganjiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa. "

10. Waktu utama untuk berdoa ... 
Amru Ibn 'Abasah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah Saw,"Ya Rasulullah! Malam apakah yang paling di dengar? ", RasulullahSaw menjawab," Tengah malam terakhir, maka solat lah sebanyakyang engkau mahu, sesungguhnya solat waktu tersebut adalahmaktubah masyudah (waktu yang apabila bermunajat maka Allahmenyaksikannya dan apabila berdoa maka didengar doanya) "(HR.Abu Daud)

11. Meraih kesihatan jasmani ... 
"Hendaklah kalian bangun malam. Sebab hal itu merupakankebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Wahana pendekatandiri pada Allah swt, penghapus dosa, dan pengusir penyakit daridalam tubuh. "(HR. At-Tarmidzi)

12. Penjaga kesihatan rohani ...
Allah SWT menegaskan bahawa orang yang solat tahajud akan selalumempunyai sifat rendah hati dan ramah. Ketenangan yang merupakanrefleksi ketenangan jiwa dalam menjalani kehidupan sehari-hari dimasyarakat. 

Allah berfirman, "Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayangitu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendahhati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, merekamengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewatimalam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. "(QS. Al-Furqan: 63-64)

KREDIT SUMBER

Pertikai Artis Berhijrah, Wan Aishah Jawab Dr Mashitah.


KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar," demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.

Beliau yang kini sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia harus disampaikan.

Tambahnya, artis mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata dan nasihat ustazah.

"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini.

Semalam, perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dengan lantang mempertikaikan kewujudan artis yang berhijrah menjadi ustaz dan ustazah ekspres terutama yang berada dalam PAS.

"Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk PAS, celaru keadaan," kata Mashitah ketika berucap pada persidangan Wanita Umno. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Penemuan Manusia Raksasa Kaum Ad, Umat Nabi Hud A.S


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran.

Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?




Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran.

Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini.


Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik.

Selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia".

Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab.

Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar.

Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada.

Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.

Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.

Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit.

Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.

Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran .

Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:



Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.


(QS. Al-Fajr, 89: 6-8)







 

Kisah-kisah Mimpi Bertemu Rasulullah saw

Ibnu al-Mulqan menceritakan dalam kitabnya berjudul "Al-Hadaiq", bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang tawaf di Baitillah, beliau hanya membanyakkan selawat tanpa doa dan bacaan yang lain. Apabila ditanya mengapakah beliau hanya berselawat, pemuda itu bercerita :
Sebenarnya, satu ketika waktu haji aku bersama bapaku, bapaku sakit lalu meninggal, malang menimpa bapaku, sebaik saja mati mukanya berubah menjadi hitam, kedua matanya menjadi biru dan perutnya membuncit tinggi.
Aku sedih dengan apa yang menimpa bapaku, aku mengeluh "sesungguh semua manusia milik Allah maka kepada-Nyalah kita akan dikembalikan, ayahku meninggal dalam keadaan yang amat pelik.
Sebaik sahaja sampai waktu malam, aku terasa amat mengantuk, terus menyebabkan aku terlena. Dalam tidurkan aku dikunjungi oleh Rasulullah sollahu alaihi wasallam, baginda berpakaian putih dan wangian amat harum. Baginda menghampiri ayahku dan menyapu mukanya, langsung lepas itu wajah bapaku berubah menjadi amat putih seumpama susu, selepas itu baginda menyapu pula perut bapaku, lalu kembali semula seperti asalnya tidak lagi membuncit.
Apabila baginda mula beredar, baginda bersabda "Sesungguhnya ayahmu adalah orang yang banyak melakukan maksiat dan dosa, tetapi dia juga banyak berselawat kepadaku, dia juga meminta bantuanku, dengan sebab itu aku datang membantunya, kerana aku adalah pembantu bagi orang-orang yang banyak berselawat ketika di atas muka bumi".
Inilah kisah mimpi bertemu Rasulullah sebagai peringatan untuk kita.

3 TIPS mudah MENGHAFAL MUKA SURAT Al-QURAN

Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini kami kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.

 


 TIPS 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

TIPS 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182

TIPS 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran.

Wallahu'aklam! (3 TIPS mudah MENGHAFAL MUKA SURAT Al-QURAN).

Adab Anak Terhadap Ibu

) Mentaati arahan mereka selagi tidak menyuruh melakukan maksiat.

2) Memberikan nafkah dan mencukupkan keperluan mereka.

3) Mengeratkan hubungan sesama ibu dan anak.

4) Mendahulukan kepentingan mereka.

5) Melakukan pengorbanan untuk mereka.

6) Bersegera menyahut penggilan mereka.

7) Bermanis muka di hadapan mereka.

8) Tidak mengatakan "ah" dan perkataan yang kasar kepada mereka.

9) Membalas jasa mereka.

10) Membawa mereka menunaikan haji di Makkah.

11) Meminta izin untuk memasuki kamar.

12) Sentiasa mendoakan.

13) Sentiasa bertanya khabar melalui telefon, surat atau perantaraan alam maya seperti e-mel.

14) Berdiri menyambut kedatangan mereka ketika bertandang ke rumah.

15) Memohon keredaan ibu bapa dan memohon maaf jika melakukan kesalahan.

Wallahu'alam.

Wednesday, 26 November 2014

Romantik Itu Sunnah Nabi!!


 
Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati... mungkin yang diketahui romantik sesama 'couple' ...No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri yang sah dan halal.. apa lagi... jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin... kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..

Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."

Sifat-sifat yang sempurna inIlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.

Isteri Sebagai Bukti

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.

Mandi Bersama

Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Hantar Isteri Keluar Rumah

Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :

"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]

Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."

Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

Bawa Isteri Jalan-Jalan

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."

Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)

Suapkan Makanan

Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?

Belaian & Bermanja

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :

"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."

Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."

Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."

Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :

"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Pengubat Hati

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :

"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)

Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.


Bergurau Senda

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :

"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."

Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."

Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)

Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.

Panggilan Manja

Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.

Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Jangan Malu Jadi Romantik

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?

Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Muhyiddin Minta Pemilihan UMNO 2016 Tidak Ditangguhkan Lagi, Beranikah Najib?


Ramai yang memuji ucapan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin semasa perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri malam tadi. Ucapan beliau yang menyentuh banyak perkara dan masalah dalam parti disifatkan sebagai ucapan berterus-terang untuk memulihkan semula semangat dan kekuatan UMNO.

Beliau bukan saja menyentuh mengenai keperluan berubah, tetapi juga membangkitkan isu-isu perebutan sesama sendiri dalam parti yang terus berlaku, walaupun hakikatnya UMNO semakin merosot dan merudum sokongannya di kalangan rakyat.

Apa yang diperkatakan oleh Muhyidin itu memanglah sesuatu yang benar dan tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka. Cumanya, jika kita imbau ucapan beliau selaku orang nombor dua dalam parti sejak 2009 lalu, itulah lebih kurang intipatinya setiap tahun.

Periksa dan amatilah ucapan Muhyiddin ini sejak beliau menjadi orang nombor dua dalam parti dan kerajaan. Itulah retoriknya setiap tahun, mungkin hanya ada satu dua perkara baru saja yang dijadikan tambahan dalam ucapannya.

Berubah, berubah dan berubah. Tapi apa yang berubah setakat ini? Kalaulah perkataan berubah itu sendiri merupakan sesuatu yang hidup dan bernyawa, tentulah dia juga turut letih kerana setiap tahun semua orang menyebut-nyebut namanya dengan kerap sekali.

Daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, ketua-ketua sayap, jurucakap sehinggalah kepada pemerhati yang bersidai di kedai kopi sekitar PWTC, semuanya tidak pernah tertinggal menyebut perkataan perubahan itu.

Sekali lagi, apa yang berubah? Bukan saja perwakilan daripada seluruh negara lupa untuk berubah apabila pulang ke kawasan masing-masing, bahkan Presiden dan Timbalan Presiden pun sama lupa untuk berubah sebaik perhimpunan berakhir.

Sebab itu, sepanjang masa sentiasa saja berlaku perkara-perkara yang meresahkan rakyat. Ia berlaku silih berganti daripada satu isu kepada satu isu yang lain. Isu pembaziran, pemborosan, kemewahan, mengutamakan kroni dan kaum keluarga dalam projek-projek kerajaan dan seumpamanya terus juga berlaku tanpa henti-henti.

Sekiranya pemimpin memahami apa itu perubahan, seharusnya merekalah yang lebih dulu berubah. Tunjukkanlah perubahan yang nyata di depan ahli UMNO dan rakyat semua. Ingatlah bahawa cerminan paling utama bagi pemimpin UMNO ialah peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengurus kerajaan dan dalam kehidupan seharian.

Seharusnya berhentilah bercakap mengenai perubahan kerana sekarang adalah masa untuk bertindak. Setelah lima atau enam tahun bercakap perkara yang sama tidak lebih hanya menunjukkan kegagalan bertindak sebenarnya.

Lagi pula, bagaimana untuk meminta ahli dan pemimpin untuk berubah sedangkan mereka yang diatas sendiri tidak mahu berubah?

Ada pula yang bercakap, bagaimana UMNO mahu berubah kerana untuk melaksanakan perubahan di ibu pejabat UMNO sendiri pun, Najib tidak mampu melakukannya?

Sudah begitu banyak rungutan mengenai masalah dan karenah dalam UMNO yang melibatkan setiausaha agung, ketua penerangan dan setiausaha kerja ini yang dianggap antara punca sukarnya UMNO berubah dan semakin lemah sekarang ini. Tetapi nampaknya Najib terus mengekalkannya juga dan memekakkan telinga kepada segala rungutan itu.

Itu belum lagi dibangkitkan perubahan-perubahan yang lain yang bukan saja mengenai Najib tetapi juga melibatkan Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO di peringkat kerajaan. Berbezakah mereka daripada dulu dengan sekarang atau daripada tahun ke tahun?

Satu-satunya perkara baru yang dibangkitkan oleh Muhyiddin dalam ucapannya semalam ialah meminta agar pemilihan parti diadakan sebelum pilihanraya umum akan datang. Sejak era Pak Lah, beliau sering menangguhkan proses pemilihan UMNO untuk memberi laluan kepada pilihanraya diadakan terlebih dahulu. Pemilihan UMNO hanya diadakan selepas pilihanraya berakhir.

Najib nyata suka meneruskan tradisi itu. Tidak seperti era Mahathir, pemilihan UMNO tidak pernah ditangguhkan sama ada di depannya ada pilihanraya atau tidak. 

Selepas pemilihan yang lalu pada 2013, pemilihan UMNO yang seterusnya ialah pada 2016. Pilihanraya umum ke 14 pula mesti diadakan sebelum Mei 2018.

Untuk berubah dan supaya perubahan itu benar-benar difahami oleh ahli UMNO semua peringkat, UMNO mesti berani mengadakan pemilihan kepimpinannya sebelum PRU 14 akan datang. Ia tidak perlu ditangguhkan lagi sebagaimana yang dilakukan oleh Pak Lah dahulu kerana ianya tidak sesuai lagi dengan keadaan dan keperluan UMNO sekarang ini.

UMNO mesti menunjukkan keberaniannya untuk berubah terlebih dahulu sebelum mahu meminta rakyat terbanyak menilai apa perubahan yang telah dilakukannya. Dengan sedia mengadakan pemilihan dan memilih pemimpin baru sebelum pilihanraya, UMNO sekurang-kurangnya sudah menunjukkan kesediaannya untuk berubah.

Muhyiddin nampaknya sudah melontarkan cabaran agar pemilihan UMNO akan datang ini tidak lagi ditangguhkan. Sekarang, terserahlah kepada Najib menyahutnya. Beliau mungkin boleh mengumumkannya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO pada hari esok atau bila-bila masa saja sepanjang perhimpunan tahun ini.

Mungkin terlalu awal untuk mengandaikan bahawa permintaan Muhyiddin ini merupakan isyarat bakal berlakunya pertandingan di peringkat kepimpinan tertinggi UMNO, tetapi jika pertandingan atau perubahan kepimpinan boleh menjamin kemenangan, kenapa mesti takut dengannya?

Bukankah selama ini semua berkata UMNO lebih penting daripada pemimpin? Dikata juga pemimpin boleh bertukar ganti tetapi UMNO harus kekal selama-lamanya? Dilaungkan juga, tanpa UMNO orang Melayu akan jadi "bangsat" di negara ini, walaupun ia sebenarnya jauh daripada hakikat sebenarnya?

Nah, apa lagi, inilah masanya membuktikan segala yang kerap dilaungkan selama ini!!

Sekiranya majoriti pemimpin sedia ada dalam UMNO masih menunjangi parti di peringkat pusat, negeri dan bahagian dalam pilihanraya umum akan datang, percayalah, sokongan rakyat bukan saja tidak berubah, malah akan terus merudum. Laungan perubahan juga akan terus kedengaran tahun demi tahun tanpa hentinya.

Akhirnya, rakyat lebih mungkin mengubah kedudukan UMNO terlebih dahulu sebelum UMNO sendiri memahami apa itu perubahan yang sering dilaung-laungkannya tanpa henti selama ini. (SH 26/11/2014)

Tuesday, 25 November 2014

Ziarah Ke Rumah Pengasas HR MARKETING



Kunjungan Pak Lang ke Kedah pada 23 Nov yang lalu merupakan suatu yang signifikan. Allah rencanakan satu pertemuan dengan pasangan pengasas produk berasaskan susu kambing. Semua orang tahu tentang susu HiGOAT keluaran syarikat HR MARKETING. 

Dato' Haji Hasyim Yahaya dan Datin Hajjah Atikah Abdul Ghani menyambut Pak Lang dan rombongan dengan penuh mesra dan akrab. Dulu sekitar 2005 - 2007 Pak Lang kerap berkunjung ke mahligai mereka di Gunung Keriang. Dek kekangan waktu, perhubungan hanya melalui Ibu Sakinah yang selalu berhubung dengan mereka. 

Apa pun bersilaturrahim dengan mereka suatu yang mengujakan. Bukan mudah kedua-duanya mencuri masa melayan kami tetapi Allah jadikan Ahad yang lalu, mereka menguntukkan ruang untuk kami. Banyaklah ilmu dan pengalaman yang dapat kami perolehi dari mereka. Dato' Haji Hasyim belajar pondok sejak kecil tetapi menyambung pengajian di bidang profesional sehingga akhirnya menjadi pengurus besar sebuah agensi kerajaan.

Datin Atikah pula adalah anak seorang tuan guru di Kelantan yang mempunyai hati dan jiwa Islam yang kuat. Ditambah pula dengan semangat Melayu Kelantan yang ada di dalam dirinya, mereka berdua melihat potensi susu kambing sebagai bahan utama bisnes mereka. Dari susu kambing inilah lahirnya HR MARKETING. 

Khasiat susu kambing boleh dikatakan sangat luar biasa. Pak Lang pernah ditanya dan diberitahu Dato' Haji Hasyim pada tahun 2006; susu yang diminum oleh Rasulullah saw ketika peristiwa Israk Mikraj ialah susu kambing!!

Sungguh wajar umat Islam menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi dan asli seperti susu kambing. Elakkan terjebak menjadi pengguna produk dari bahan kimia yang pasti beracun dan mempunyai kesan sampingan yang serius.

Kunjungan ke mahligai mereka tidaklah 'sah' jika tidak diraikan dengan makan tengahari. Setelah selesai solat zohor berjemaah, kami dijamu dengan hidangan 'ringkas' tetapi menyelerakan. HIdangan nasi panas dengan gulai kawah, kerabu bunga betik, ikan goreng, sambal belacan dan ulam timun serta petai bakar memang....... berpeluh!!

Tidaklah Pak Lang menyangka ziarah yang awalnya hanya dijangka sebentar itu berlarutan sehingga jam 2.30 petang. Sempat pula bergambar di sekitar ruang dalam mahligai mereka dan di luarnya. 

Apa pun, kegigihan mereka mengharungi cabaran dalam mengusahakan produk halal sangat menarik untuk dianalisa. Dato' Haji Hasyim melakukan semua usahanya dengan bersumberkan ilmu serta fakta yang lengkap. Gabungan ilmu Islam dan maklumat profesional yang ada padanya menjadikan produk yang dihasilkan syarikat beliau berjaya mendapat 12 anugerah pengiktirafan dalam pelbagai bidang. Untuk meninjau peluang niaga di HR MARKETING sila layari laman webnya: http://www.hrgroup2u.com/












  
  

 HR MARKETING SDN. BHD.
HIGOAT - Susu Kambing Segera

Muhyiddin Dedah Punca Rakyat Tolak UMNO

(Muhyiddin Dedah Berita Gempar Dalaman Umno)
  

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pemimpin parti berhenti meneruskan budaya menabur kemewahan kepada pengikut.

Muhyiddin menyifatkan budaya tersebut yang dibawa oleh "kepala perang" (warlord)dalam Umno tersebut menyebabkan kos politik terlalu mahal.

"Kita perlu buktikan ‘warlord’ bukan sebahagian daripada budaya Umno. Kita menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut.

"Sehinggakan ada yang kata tak payah buat kerja dalam Umno. Yang perlu dibuat ialah kumpul kekayaan untuk tabur kemewahan kepada pengikut supaya mereka sentiasa setia. Keadaan ini menyebabkan kos politik menjadi semakin mahal," kata Muhyiddin semasa merasmikan pembukaan sayap parti tersebut malam ini.

Muhyiddin mengakui terdapat ramai 'warlord' dalam Umno yang beranggapan mereka berkuasa dan mampu mengugut pemimpin atasan parti dalam pilihan raya.

"Mereka ini amat berkuasa kerana mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka.

"Dengan sokongan pengikut, 'warlord' akan menggugut pemimpin atasan parti untuk berikan apa sahaja yang mereka minta. Jika tak diberi, mereka akan sabo parti dalam pilihan raya," katanya.

Sekiranya budaya tersebut tidak dihalang, Muhyiddin bimbang Umno kelak dipenuhi pemimpin tidak berbolehan dan berkelulusan tetapi mereka yang memiliki wang sahaja.

"Yang tiada wang tidak boleh masuk politik. Walaupun ada bakat, ada kelulusan, ada kebolehan, mereka tak mampu untuk bergerak aktif dalam parti jika tiada wang.

"Saya bimbang, akhirnya nanti yang naik dalam parti adalah orang yang ada wang, bukan orang yang ada kebolehan. Orang kata 'money is everything in politics'. No money, no talk. Seolahnya, wang adalah kuasa, wang adalah segala-galanya," katanya.

Muhyiddin juga berkata perkara itu sebagai punca barah politik wang dalam Umno akan semakin membesar.

"Budaya ini akan menyebabkan politik wang berleluasa di dalam parti," katanya.

Beliau berkata, apabila berlaku keadaan begitu, Umno akan hilang kepercayaan daripada rakyat dan akhirnya menolak parti.

"Rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap Umno.

"Jadi, ingatlah. Apa guna kita naik dalam hiraki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita," katanya.

Dalam ucapannya lagi, Muhyiddin Yassin menggesa supaya budaya itu dihentikan segera sekiranya mahu melihat kelompok anak muda berminat untuk bersama Umno, jika tidak mereka bakal berdepan kehilangan sokongan hampir 60% pengundi yang terdiri daripada Gen Y itu.

"Untuk itu, kita perlu mempersiapkan Umno untuk menjadi parti masa hadapan, parti harapan umat Melayu, parti idaman generasi muda Melayu dan parti yang sesuai dengan dinamika politik nasional," katanya.

Muhyiddin berkata, penghalang antara Umno dan rakyat perlu dikurangkan dan dipecah melalui kerja sukarela, yang akan membawa mereka lebih dekat dengan akar umbi. ~malaysian insider
 

Sample text

Sample Text

Sample Text