Social Icons

Tuesday, 30 December 2014

Catatan Musibah Dan Hikmah

Catatan dari Hadi Mahmood yg terperangkap bersama isteri dan 7 anak kecil di  pasir mas, kelantan

Salam sahabah semua, saya jarang menaip dlm laman ini,saya hanya pembaca setia....izinkan saya menaip berkongsi cerita ini.
BANJIR 2014 MUSIBAH DAN HIKMAH.
MUSIBAH INI: pada tanggal 24.12.2014...apabila berita kuala krai di tengelami air..Allahuakhbar...siapa sangka bandar yg berbukit itu bisa tenggelam menjadi lautan..namun kuasa Allah memungkinkannya..benar dan nyata apa yang terkandung dlm al quran...kun faya kun...pada ptg tu bila saya meninjau situasi air sungai kelantan..ditepi tebing bandar pasirmas...Allahuahkbar..saya harus bersedia..Alhamdulilah dengan ilmu dan pengalaman menetap di rantau panjang..saya terus ke kedai membeli segala bekalan utk keluarga saya yg besar ini...menjelang mlm air sungai mula melimpah memasuki bandar pasir mas...saya dan anak lelaki terus ke premis perniagaan kami mengemas apa yg patut...jam 3 pagi perjalan kami untuk pulang kerumah menghadapi kesukaran kerana air mula memenuhi jalanraya..
Esok pagi bermula satu peristiwa...penduduk menjadi panik...semua orang bersimpang siung mencari bekalan..melarikan kereta..kedai runcit dipenuhi dan bersesak untuk mendapatkan bekalan..berpindah ke tempat selamat...saya memerhatikan situasi ...Ya Allah..adakah ini secebis dari gambaran hari kiamat...semua orang hanya mahu menyelamatkan keluarga masing masing..berebut..bertengkar....bekalan elektrik dan  air bersih terputus ALLAH adakah ini ujian atau rehearsal menjelang kiamat...YA Allah adakah musibah ini sebagai peringatan untuk kami...Ya Allah kalammu  itu benar..hari kiamat itu benar..kanunmu itu benar..syariatmu itu benar...tapi kami lalai...Allah ampuni kami.....berat ujian ini..semasa catatan ini dibuat..hari keempat.  Disebalik bacaan laman wa atau telegram  dr rakan rakan yg berbincang tentang menu makanan yang enak enak.. Syukur Kami sekeluarga masih mempunyai bekalan makanan ikan kering...petrol..gas cuma air bersih mungkin akn habis..walaupun kami mengamalkan catuan tapi bagaimana nasib org kampung lain.....mereka tidak bersedia menerima musibah ini...makanan takde....air..susu..dll keperluan asas..nak keluar beli...stok kat kedai berhampiran habis..nak keluar..ke tempat lain ..tak boleh sebab terkepung..cuma harapkan bantuan yang datang...YaAllah ampuni dosa kami...kàmi lalai.
.untuk sahabah semua.mungkin anda tidak mampu menjiwai catatan diatas...biarkan saya menjadi wakil kepada ujian ini bagi menyampaikan peringatan untuk kita semua..BALIKLAH pada kalam Allah...syariat Allah..hentikanlah maksiat..hentikanlah syubahah....imbas diri sendiri...tarbiah anak dan isteri...perkasakan ukhwah ummah....moga Allah arrahim..memberi hidayah dan menyelamatkan kita  dunia akhirat...amin.
HIKMAH...
Alhamdullilah..ujian ini membuatkan anak anak saya lebih mengenal erti survival.....kesabaran dan disiplin.
Anak anak memberi kerjasama pada setiap peraturan darurat yg saya keluarkan...antaranya bagi tujuan menjimatkan air bersih mereka tidak dibenarkan mandi...air hanya untuk minum dan qàda hajat serta wuduk sahaja...dah 3 hari mereka tak mandi...hanya dibenarkan gosok gigi sahaja..
Mereka bekerjasama apabila dibenarkan makan nasi sekali saja..dan lauk yg di catu ..umpamanya sebiji telor mata perlu dibahagi dua..ikan kering secubit sorang dan lain  lain. Malam tadi terharu saya bila mendengar mereka beramai ramai membaca alquran surah alkahfi tanpa kehadiran saya..kerana saya pening kepala gara gara cubaan menyedut  petrol dari kereta sebagai bekalan tenaga...Ya Allah syukur atas hikmah ini...dan banyak hikmah yang tak termampu diluahkan...alhamdullilah syukur.
Sekian...
Hadi bin Mahmud
Pasir mas
2.34am 28 Dis 2014..

Banjir Sudah Menyusut Tetapi Apa Lagi Yang Tinggal?

Salam, 
30.12.2014. 


Hari ni hampir semua akses ke kwsn banjir Kuala Krai boleh dilalui jalan darat kecuali beberapa kampung spt Kampung Pemberian dan Kampung Mesik dll hanya boleh diakses dgn bot n perahu. 


Wpun dikatakan banyak bantuan sampai ke Manek Urai tetapi setakat pemerhatian kami masih belum mencukupi memandangkan mangsa di Kuala Krai empat kali ganda mangsa di Tanah Merah. 


Keadaan di Manek Urai memang seolah2 dilanda tsunami dan mangsa memang tidak dapat lagi pulang utk mencuci rumah kerana rumah sudahpun roboh dan musnah. Ketika di pusat penempatan SMK Manek Urai (yg menjadi fokus nasional kerana terlalu kritikal & tiada bekalan langsung selama 3 hari berturut2 ). 


Penyelaras di situ yg juga mangsa banjir iaitu Cikgu Shukri memberitahu banyak bekalan tidak sampai ke sasaran kerana penyumbang meninggalkan bekalan di hujung jambatan baru dan akhirnya diambil oleh mereka yg sebahagiannya bukan mangsa banjir yg kritikal yang menunggu-nunggu di hujung jambatan tersebut. 


Oleh itu, disarankan penyumbang jika ingin menyumbang selain drpd meninggalkan bekalan di pusat operasi banjir pihak DUN/NGO hendaklah berurusan dengan penyelaras di pusat penempatan mangsa agar tidak dimonopoli dan diagihkan dengan sekata. 


Namun cadangan ini terpulang kpd bijaksana masing2. Kami pulang hari ini dgn hati yg berat wpun setelah bekalan diserahkan kerana melihat keadaan n nasib mereka yg begitu berat ditimpa musibah. Sama2 kita doakan agar mereka dpt digantikan dgn kediaman yg baik dan kembali menjalani hidup dengan tabah. Amiiin. 


Moga usaha kita dibalas olehNya jua>catatan ringkas Hj. Fariz Mustafa ( bersama dgn sukarelawan2 Akademi Permuafakatan Professional Muda-OPTIMUM) di Manek Urai, Kuala Krai hari ini.

Sukarelawan Banjir - Nak Tolong Tapi Tak Faham

Terharu mendengar teman-teman berusaha keras membantu mangsa banjir. Tidak dinafikan sangat ramai yang ingin turun padang. Ada pelbagai orang yang turun ke padang walaupun mungkin semua berniat baik.

i. mereka yang ingin meninjau dan melapor dalam sosial media dan jarijemarinya tidak lekang dari smart phone.
ii. mereka yang hanya bercakap dan menganggap dirinya amat penting membuat penyelarasan untuk memberi laporan kepada YB agar dapat pujian politik
iii. mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Masyarakat kita tidak seperti orang Jepun yang sangat berdisiplin dalam kerja-kerja kesukarelawanan. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan bantuan sedangkan kita lebih mengikut cara sendiri dan sering timbul kecelaruan. Kita akan bertemu dengan pelbagai situasi yang tidak menyenangkan.

Pengalaman bertahun-tahun mengetuai misi membantu mangsa banjir CENSERVE setiap kali berlaku musibah, membuat hamba terasa ingin berkongsi sedikit tips dengan mereka yang baru mencuba:

i. Sebelum pergi, solatlah dua rakaat, bersihkan hati, berdoa agar diberi petunjuk dan hikmah dari Allah agar apa yang bakal dilakukan dapat memberi manfaat kepada mangsa.

ii. usah pergi sekiranya ia lebih menyusahkan dari membantu

iii. Mereka yang ditimpa musibah biasanya sangat sensitif. Pastikan kehadiran kita bukan sebagai penonton sebagaiamana orang melihat haiwan di zoo. Rendahkan hati, ringankan tulang, bukakan mata dan telinga sehingga mangsa merasa mereka adalah istimewa dengan bantuan kita.

iv. Usah terlalu memilih siapa yang perlu dibantu kerana sakit bencana sama saja walau mereka berlainan faham politik, bangsa dan agama.

v. Usah sebut siapa kita sekiranya tidak amat perlu. Yang diperlukan adalah bantuan kita bukan nama atau pangkat kita.

vi. Bawa buah tangan seperti coklat dalam kocek atau beg untuk diberikan apabila bertemu kanak-kanak yang boleh mengembirakan mereka.

vii. Bawalah keperluan peribadi yang diperlukan supaya tidak menyusahkan orang lain.

viii. Utamakan membantu orang tua. Dekati mereka dengan penuh hormat.

ix. Usah merasa diri atau kumpulan kita yang lebih hebat dari orang lain kerana ia akan merosakkan misi kita. Mangsa perlukan bantuan dan mereka tidak ada masa untuk memuji dan mengagumi kita.

x. Bertugaslah dengan penuh tawadhu' namun ceria semasa berhadapan dengan mangsa yang sedang kita bantu. Tanamkan rasa sayang tanpa syarat.

XI. Jagalah 3 batas utama iaitu batas pergaulan, batas aurat dan batas masa solat kerana ketiga-tiga itu membantu kita menjaga batas syariat yang lain.

xii. Doakan mereka kerana doa kebaikan untuk orang lain itu akan diaminkan oleh malaikat dan malaikat akan mendoakan kebaikan juga untuk yang berdoa.

Kata ulama di padang masyar nanti akan ada orang yang sedang dinaungi dan duduk bersenang lenang. Mereka adalah orang yang semasa di dunia sibuk membantu orang lain sedang orang lain duduk bersenang lenang dengan nikmat dunia.

SELAMAT MERAIH PAHALA

Sekeping Serendah - Hotel Yang Terletak Di Dalam Hutan Belantara

Hotel butik Sekeping memang terkenal dengan rekaan super minimalis dan low tech. Sebelum ini ada kami paparkan Sekeping Kong Heng di Ipoh. Hari ini mari ke Sekeping Serendah yang terletak di dalam hutan belantara. Disini tiada TV dan kemewahan biasa yang ada apabila menginap di dalam hotel. Kesemuanya minimalis bagi mereka yang mahu bersatu dengan alam. Hanya terdapat 10 "bangsal" dan bilik kaca ditawarkan. Privasi dan exclusivity terjaga. Harga penginapan bermual dari RM280 semalam. Jangan ingan just because tak ada kelengkapan moden sewa hotel ini murah!



Sumber UniqueHotels

Berita Ini Pasti Akan Menyakitkan Hati Anda Semua

Seorang pegawai kesihatan kecewa kerana perkhidmatan helikopter yang terhad terpaksa digunakan untuk membawa orang kenamaan yang meninjau banjir dan bukannya bagi membawa pesakit kritikal ke hospital.

Dr Afiq Rahim yang bertugas di klinik kesihatan Badang di Kota Bharu berkata, seorang pesakit yang mengalami pendarahan teruk akibat barah rahim tidak dapat diterbangkan dengan sebuah helikopter.

Dalam tulisannya di Facebook sejak banjir mula melanda, kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

Beliau sendiri pucat lesi kerana terpaksa merawat pesakit tersebut tanpa bius dan alat yang mencukupi.

Afiq berkata, mujurlah seorang rakan sekerjanya, seorang pakar ginekologi tiba tepat waktu dan membantu untuk menjahit luka tersebut tanpa bius.

Beliau seterusnya bergegas mendapatkan helikopter untuk membawa pesakit tersebut ke HUSM di Kubang Kerian.

Katanya, pesakit tersebut sudahpun sedia diletakkan di atas troli untuk dibawa ke Kolej Jamiah Islamiah Putra, kira-kira 10 km dari situ untuk dibawa dengan helikopter.

Dalam suasana cemas tersebut, Afiq berkata beliau kemudiannya diberitahu supaya menunggu kerana helikopter berkenaan perlu membawa orang kenamaan yang ingin meninjau banjir.

“Akhirnya sebuah helikopter agensi kerajaan dikhabarkan dalam perjalanan ke sini. Tidak lama selepas itu, saya menerima berita menyayat hati,” tulisnya di Facebook.

Katanya, individu yang dihubunginya itu memberitahu bahawa helikopter tersebut terpaksa ditahan untuk kegunaan seorang orang kenamaan.

“Bagai disambar halilintar saya mendengarnya...,” katanya yang sangat kecewa dan menjerit ke gagang telefon bahawa pesakitnya dalam keadaan genting.

“Saya kecewa kerana pihak berkuasa gagal meletakkan keutamaan antara nyawa dan individu VIP tersebut,” katanya. ~malaysiakini

Iktibar Diwaktu Susah

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak.Satu malam tiba-tiba bekalan elektrik trputus dgn bantuan cahaya handphone gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg mengetuk pintu... Ternyata seorang anak miskin yang disebelah rumahnya!!! Anak itu bertanya dengan risau:"Kakak, ada lilin tidak?" Gadis itu berfikir : "JANGAN PINJAMKAN" nanti jadi satu kebiasaan utk terus-terusan meminta. Maka si gadis menjawab : "TIDAK ADA!!" Lalu si anak miskin berkata riang : "Saya sudah agak kakak tidak ada lilin, ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak, Kami khuatir karena kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.... Jangan menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN / TIDAK MAMPU. Ingat! kekayaan tidak bergantung seberapa banyak yg kita PUNYA, tetapi seberapa kita MAMPU untuk BERBAHAGI kepada mereka yang TIDAK MAMPU.Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA APA dan KAYA bukan bererti PUNYA SEGALANYA. Yg setuju tolong di share   

Hanya 3 Mayat Ditemui, Bukan 40 - Agensi SAR Indonesia

[Mstar] JAKARTA: Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) pada Selasa berkata, hanya tiga mayat yang ditemui setakat ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, selepas pegawai lain menyatakan 40 mayat dijumpai.

"Hari ini (Selasa) kita telah membawa tiga mayat dan kesemuanya kini di dalam kapal perang Bung Tomo," kata F.H Bambang Soelistup pada sidang media di Jakarta.

Beliau menambah, tiga mayat itu terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.

Kru Tentera Udara Indonesia membawa objek yang dipercayai merupakan gelongsor kecemasan milik pesawat QZ8501. Foto EPA

Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir memberitahu AFP bahawa menurut radio tentera laut, sebuah kapal perang telah menemui lebih 40 mayat di perairan, tetapi kemudiannya berkata bahawa laporan itu merupakan satu salah faham dengan pegawainya.

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 orang terhempas pada Ahad, dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura, dengan bangkai pesawat ditemui dekat lokasi ia terputus hubungan. - AFP

Blogger China Ramal Pesawat AirAsia Akan Hilang 13 Hari Sebelum Kejadian, Angkara "Tangan Hitam"?


[Mstar] TINDAKAN seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral di kalangan netizen.

Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).

Menurut laporan DailyMail Online, blogger terbabit turut mendakwa 'Tangan Hitam' merupakan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap dua insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini.

Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang membawa 162 penumpang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad dan kejadian itu merupakan yang ketiga melibatkan syarikat penerbangan dari Malaysia.

Sejak pesawat itu hilang, netizen kembali mempersoalkan ramalan berkenaan manakala terdapat kumpulan lain mendakwa ia telah disunting semula bagi dijadikan viral.

Dalam satu komen pada 15 Disember yang telah diterjemahkan dipetik berkata, penulis blog berkenaan telah memberi amaran' "Tangan Hitam telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17."


"Ini sudah cukup untuk membunuh syarikat penerbangan keenam terbesar: Penerbangan Malaysia (MAS).

"Kini, Tangan Hitam menyasar untuk merosakkan AirAsia, kerana ia juga milik Malaysia.

"Memandangkan bertapa kuatnya Tangan Hitam itu, saya mencadangkan semua rakyat China supaya mengelak daripada menggunakan AirAsia, supaya anda tidak hilang seperti MH370. -30/12/14

Luahan Hati Kepada Allah Yang Maha Berkuasa

2015...
Kedatangan mu disambut penuh pengharapan..
Mengharap sinar, harapan dan senyuman...

Namun siapa sangka...
KAU menduga, KAU menguji kami penuh cabaran...


Mac 2014...
Perginya MH370 tanpa berita...
Perginya penuh tanda tanya...
Perginya tanpa meninggalkan secebis jejak...


Feb - Apr 2014...
Empangan kami kering...
Alam tidak sudi memberi kami air...
Catuan air sehingga berbulan-bulan lamanya...
Mengajar kami untuk tidak membazir...

Tidak cukup dengan itu...
Alam seolah-olah memarahi kami...
Jerebu menduga kami...
Seksanya hidup menyedut udara kotor...
Mungkin dari kesilapan kami sendiri...


Julai 2014
Ketika umat Islam menikmati ibadah puasa...
Dan kemeriahan Aidilfitri kian dirasa...
Hati kami bagai direntap...
Perginya MH17 tidak kembali...
Kami terduduk...
Menangisi dan meratapi perginya MH17...
Seolah-olah orang tersayang berada di sana...


Satu persatu KAU bongkarkan...
Kerana hilangnya sifat amanah si dewasa, si anak menjadi mangsa...
Kebocoran soalan UPSR...
Cukup menjatuhkan sifat mulia seorang dewasa...


Disember 2014...
Kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi...
Air yang membawa kemusnahan...
Meruntun hati kami...
Namun kami tahu...
Ada ganjaran disebalik air kemusnahan itu...


Kini...
Saudara kami QZ8501 menghilangkan diri...
Membuat kami ternanti...
Membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17...

Betapa KAU sayangkan kami...
KAU hantarkan petandaMU...
KAU hantarkan petunjukMU...
KAU hantarkan ujianMU...
Supaya kami mengigatiMU...
Supaya kami tidak lupakanMU...


Mungkin selama ini telah KAU hantarkan 
petandaMU kepada kami...
Namun...

Tetap jua kami buta...
Buta dalam menilai cinta agungMU...

Kami alpa kepadaMU...
Kami jauh dariMU...

Kami kejam dengan bumi...
Kami abaikan saudara kami...
Kami pentingkan diri!
Kerana merasai dunia ini hak kami...


2015...
Kembalikanlah sinar, harapan dan senyuman kami...
Bawalah air mata mu 2014...
Pergilah bersama deritamu 2014...
Bersihkanlah kesan hitammu 2014...
Kami pasrah...
Kami redha...

Tuhan...

Terima kasih atas kasih sayangMU...

MH370... Kami masih menantimu...MH17... 
Kami harap kamu tenang di sana...
QZ8501...Kembalilah...

Buat mangsa banjir...
Tabahkanlah dirimu... Kuatkanlah hatimu...

Buat semua pengajaranmu, terima kasih 2014... 
Bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku.

Salam ambang 2015

(SUMBER; GRUP TELEGRAM - SUKARELAWAN BANJIR)

Maklumat Banjir Terkini

KEPADA SEMUA SUKARELAWAN & BADAN NGO

Laporan Semasa Bencana Banjir Kuala Krai
30/22/14

Semua jalan utama ke kuala krai - gua musang & kuala krai - kota bharu boleh dilalui kepada semua kenderaan.

Kesesakan lalulintas di jalan utama telah reda berbanding semalam kerana semua kenderaan awam & sukarelawan berebut2 untuk ke destinasi masing2.

Bekalan elektrik & air masih lumpuh di semua tempat kecuali di kawasan perumahan drpd batu jong menghala ke machang belaka mula pulih berperingat2

Akses telefon & komunikasi masih lumpuh dan akses telekomunikasi hanya boleh didapati di kawasan sungai durian - kuala krai dan kg laloh. Sekiranya ingin membuat sebarang panggilan bg laluan gua musang dinasihatkan membuat panggilan terlebih dahulu di gua musang & kg laloh.

Sebahagian besar lokasi banjir di tempat2 terpencil sudah dapat diakses oleh team sukarelawan tetapi dgn kuantiti bekalan yg sedikit dan disarankan bantuan tambahan dihantar dari semasa ke semasa. Setakat ini lokasi yang masih belum dapat diakses adalah Kampung Bahagia yang hanya boleh diakses menggunakan laluan air. Jumlah mangsa dianggarkan 700 orang.

Digalakkan agihan dibuat dalam bentuk "packing" dari rumah ke rumah dan di berikan kpd keluarga bukan kepada mangsa secara individu.

Elakkan mengagih bantuan bekalan ditepi jalan jalan utama untuk mengelakkan monopoli bantuan & pengagihan kepada orang yang sama.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai akses ke kampung2 & sasaran agihan sila kunjungi bilik operasi banjir yang dibuka di pejabat adun mengkebang, dataran peladang guchil, pejabat adun manek urai & dewan majlis daerah dabong.

Tinjauan semalam mendapati air telah kesemuanya surut cuma hujan di gua musang menyebabkan ada sedikit kenaikan air di manek urai...

Bagi memudahkan pengagihan bantuan ke 4 bilik operasi banjir, kami telah menubuhkan  Bilik Operasi Banjir (BOB) di Kuala krai sbg pusat pengumpulan & agihan bantuan untuk diagihkan bilik operasi kecil di setiap dun.

Agihan secara terus juga boleh dibuat secara sukarela dan dinasihatkan anda mendaoat gambaran awal ttg bentuk mukabumi, lokasi penempatan & kumpulan sasaran daripada pegawai yang bertugas di setiap bilik operasi.

Bilik operasi pusat menerima sebarang bantuan dan dibuka 24 jam

Setakat ini barang2 keperluan mendesak adalah beras,minyak masak,gula,selimut,kain sarung, pampers & susu bayi...

bantuan logistik amat diperlukan untuk memudahkan BOB membuat pengagihan ke bilik bilik operasi tersebut seterusnya dipecahkan agihan melalui Penghulu @ terus kepada pusat - pusat pemindahan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada saya.

Sekian, terima kasih

Pengarah
Bilik Operasi Banjir
Kuala Krai
Kelantan
013-9225270

Nilai Bencana Banjir Dengan Seluruh Pancaindra

Ambilan dari Blog MSO

Kemusanahan di Kelantan kerana banjir.

Kalau dua tiga hari lepas kita semua berdebar dan tertanya-tanya macam mana nasib mangsa banjir, hari ini hati kita jadi lebih tersayat dan tersendu apabila melihat kesan-kesan banjir yang sudah dapat disaksikan sendiri.

Mungkin selepas air sudah mulai beransur surut, perasaan bimbang kita akan keselamatan mangsa banjir, baik yang ditempatkkan di pusat pemidahan, maupun yang terkepung atau kelaparan kerana kesukaran pasukan menyelamat masuki sudah tiada, tetapi perasaan lain pula kini menyerang kita, dan ia lebih menyayukan perasaan apa menyaksikan kesan pasca banjir.


Kemusnahan di Aceh kerana tsunami 2004.

Sayu, sedih, bahkan sejuta perasaan lain lagi menyerang kita apabila melihat kesan-kesan pasca banjir yang keadaanya amat dahsyat sekali yang belum pernah kita saksikan berlaku di negara ini.

Bagi mereka yang sudah terbiasa menyaksikan keadaan demikian, (bencana alam) mungkin tidak begitu luluh hatinya. Tetapi bagi yang baru pertama kali menyaksinya, perasaan hiba dan sebak tidak dapat dielakkan. Mungkin sudah ada yang kekeringan air mata apabila menyaksikan audio visual banjir itu.

Gambar-gambar yang dikirimkan dalam media baru kini menceritakan segala-galanya. Kini segala kedahsyatan itu tidak boleh 
disembunyikan lagi atau dilindungi dengan perkataan-pekataan untuk memujuk hati agar tidak bimbang cemas. Tangisan dan air mata tidak biasa sapu dan diusapi oleh sesiapa jua.

Saya yakin kalau kita menjejaki sendiri kaki ke lembah bencana itu kita jadi makin sayu dan terharu. Tidak dinafikan bukan semua audio visual yang dipaparkan dalam media massa rasmi (Kerajaan) memaparkan perkara sebenar kerana ia ada etika tersendiri. 

Ucapan atau kenyataan banjir kononnya terkawal, ataupun ia tidak seteruk bencana banjir tahun 1967, atau pun pihak kerajaan mampu menanganinya dengan baik, ia sudah tidak relevan lagi. Perkataan itu tidak boleh menutupi apa yang dapat disaksikan kini. Mungkin timbul perasaan kesal kepada mereka yang berkeras untuk "membela" banjir kali ini dengan tidak mengistyharkan darurat untuk menunjukkan wibawa diri yang hebat dan prihatin?

Malam tadi saya menghabiskan masa hingga ke Subuh melihat gambar-gambar kesan banjir yang diposkan oleh rakan-rakan facebook masing-masing. Semua bentuk kemusnahan dan kehancuran ditunjukkan dalam gambar-gambar yang dipaparkan. Lihatlah sendiri mungkin bahasa hati anda lebih tepat untuk menilai dan menguhumnya dan saya sama sekali tidak cuba memberi gambaran berlebihan daripada yang hakikat.

Sepanjang saya melihat gambar-gambar itu deria bau saya terhindu wap kehancuran di Aceh. Aroma mayat manusia yang serta bau hanyir dan hampir lumpur tsunami yang terhidu 10 tahun lalu menerpa saya kembali. Seolah-olah bau sama sedang berterangan di seluruh Kelantan pada masa ini. Air mata saya berseka-seka di mata ketika ini.

Cuma apa yang dapat saya tegaskan di sini, banjir yang doleh dinamakan sebagai BAH KUNING melanda negeri Cik Siti Wan Kembang khasnya pada hujung tahun ini amat dahsyat dan memilukan sekali. Walaupun jumlah kehilangan nyawa dan hilang yang dilaporkan rasmi oleh pihak polis tidak ramai, (tidak sampai 10 orang) tetapi kesan dan bah itu telah memakan korban harta benda yang banyak. Kandati pun banyak sudah pasti nilainya tidak sama dengan nyawa yang hilang sebanyak 9 orang itu? Hatta kalau Bah Kuning itu meragut satu nyawa pun bagi saya ia adalah satu kehilangan.

Mengenai bah Kuning yang melanda Kelantan itu tidak salah kalau saya menamakan ianya seolah-olah sebagai menyambut ulang tahun tragedi Tsunami yang melanda Aceh 26 Disember 2004. Apakah ia adalah satu kesenimbungan. Kebetulan pula kedua negeri Kelantan dan Aceh dikenali dengan nama jolokan Serambi Makkah. Apakah ia satu ujian untuk kedua-dua rakyat negeri berkenaan? Dan satu isyarat jelas dari Tuhan untuk seluruh manusia dan isi alam?

Saya bukan berlebih dan emosional kepada Kelantan dalam membuat penilaian ini, tetapi hakikatnya Kelantan adalah negeri paling menderita dan sangsara dilanda banjir. Manakala Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang adalah paling memilukan. Saya yakin dan percaya gambar-gambar yang dipapar rakan-rakan di dalam Facebook masing-masing adalah gambar asli dari dua jajahan berkenaan.

Tiada kata-kata lagi yang boleh digunakan untuk menggambar keparahan itu. Hanya deria dan pancaraindra kita sahaja dapat mentafsirkannya. Di sini juga saya ada paparkan gambar-gambar kesan tsunami di Aceh yang saya rakam sendiri 10 tahun lepas untuk dijadikan perbandingan dan penialaian adil dari sudut perikemanusiaan.

Anda budiman dapat menyaksikan dan membuat penilaian sendiri. Saksi dan bandingkan kemusanahan di Kuala Krai atau Gua Musang dengan kemusanahan di Aceh itu. Mungkin perbezaan yang ketara ialah di Kuala Krai dan Gua Musang tiada longgokan mayat seperti di Aceh. Tetapi yang jelas bumi, tumbuh-tumbuhan dan rumah sampai lunyai dan lumat serta segala macam kehancur berlaku seperti di Aceh.

Bagi saya kesangsaraan mangsa banjir dan tsunami Aceh sama sahaja. Mereka kehilangan harta benda dan mengalami truma dengan kejadian. Deruan air dan kocakan gelora yang melewati di hadapan mata kemudian merembatkan apa yang ada di hadapan mata, menenggelam dan menghilangkan kediaman mereka terus menghantaui minda mangsa. Begitu jugalah yang disaksikan oleh rakyat Aceh bahana tsunami dahulu. Ombak besar itu menyapu licin kediaman mereka. Tapak rumah hanya tinggal tungku-tungku tiang, nah begitu juga di Kuala Krai dan Gua Musang.

Tidak benar kalau ada orang mengatakan bencana banjir di Kelantan itu adalah perkara biasa. Sebenarnya ia luar biasa yang saya luar biasa diluar jangkaan manusia. Ia bukan lagi pesta air di hujung tahun seperti sebelum ini. Ia adalah cabaran dan tidak boleh ditangani secara tradisi dan konvensional lagi. Justeru bencana banjir itu tidak lagi dinanti dengan seadanya, tetapi harus dengan penuh bersiap siaga.

Di bawah ini saya paparkan beberapa keping gambar kemusanahan akibat banjir terutamanya di Kuala Krai dan Gua Musang. Gambar ini saya paut daripada wall Facebook rakan-rakan saya. (Harap izinkan). Manakala dibawah pula saya paparkan kembali suasana tsunami di Aceh yang saya rakam sendiri dengan lensa kamera saya. Banding dan saksikan semoga kita akan mendapat pengajaran dan iktibar daripadanya. Dalam pada itu jangan lupa tabung derma untuk mangsa banjir Bukit Bekok masih dibuka. 

GAMBAR KESAN BAH KUNING DI KELANTAN 2014.

Landskap alam sekitar hansur.

Kemusnah harta benda yang banyak.


Jalan runtuh dan memutuskan hubungan.


Puing-puing keruntuhan rumah.

Menjadi padang jarak padang terkukur.

Masalah pasca banjir, membersih lumpur.







Rumah hancur yang tinggal tapak sahaja.


DI BAWAH INI GAMBAR KESAN TSUNAMI DI ACEH 26 DISMBER 2004.

Jalan ditutup lumpur tsunami.


Tangga masjid dilumur selut bekas longgokan mayat.

Timbunan sampah yang dibawah arus tsunami.

Sebuah ruhmah lumat sama sekali dipukul tsunami.



Sebuah kapal kecil diheret tsunami ke depan hotel.


Bungkusan mayat yang tidak wujud di Kelantan.

Sebatang sungai dipenuhi sampah dan mayat di Aceh.

Tsunami memusnahkan landskap sungai.


Apa Yang Sedang Dihadapi Ratusan Ribu Mangsa Banjir?

Gambar di bawah adalah gambaran cerita yang mengharukan. Ratusan ribu rakyat yang sedia susah semakin menderita. Mereka kembali ke rumah dalam keadaan semuanya kosong. Tiada yang mungkin dapat diselamatkan. Semuanya mesti bermula dengan segala rengkuhan tekad upaya. 



Gambar-gambar di atas sudah cukup memberi gambaran yang mengundang keharuan dan kepiluan. Kepayahan, ketakutan, kepiluan dan kepedihan berbaur di dalamnya yang menjelaskan apa terjadi. Ia amat mengharukan jiwa...Tiada tempat untuk mengadu
melainkan kepada Allah Yang Esa.

Berita Terkini Kehilangan Pesawat Air Asia Indonesia - Terhempas di Laut Jawa?

SUMBER: theguardian

Missing AirAsia flight QZ8501: debris 'likely to be from plane' – rolling report

 
A view from an Indonesian search and rescue aircraft over the Java Sea of debris that may come from the missing AirAsia flight. Photograph: Bay Ismoyo/AFP/Getty Images

Indonesia’s search and rescue agency chief said on Tuesday he was 95 percent certain debris sighted off Indonesia’s Kalimantan coast was part of the AirAsia jet presumed to have crashed two days ago.

An Airbus A320-200 carrying 162 people and operated by Indonesia AirAsia disappeared in poor weather early on Sunday during a flight from the Indonesian city of Surabaya to Singapore.

“I am 95 percent sure that the location pictured is debris suspected to be from the aircraft,” Indonesia Search and Rescue Agency chief Soelistyo told reporters.

The Jakarta Post is also reporting some of the quotes from the transport ministry’s acting director general Djoko Murjatmodjo. They are reporting that he has confirmed the debris is from a plane:

“It has been confirmed that it is debris from an aircraft bearing red and white colors,” Djoko said, citing that the debris was found by the ministry’s rescue team.

“The recovery process will now be centered in the debris location in coordination with Basarnas [the National Search and Rescue Agency],” he continued.

The Indonesian search agency has just finished a press conference held in Bahasa with local media. At this stage, Reuters has issued this brief alert on what transpired:

Indonesian search and rescue agency chief says 95% sure debris off Kalimantan coast is from missing AirAsia jet.

There are reports emerging that the Indonesian search authorities are about to give a press conference about the objects found. The maritime body BASARNAS appears to be about to begin a press conference

Red and white debris sighted off Indonesia’s Kalimantan coast is likely to be part the AirAsia jet presumed to have crashed in shallow waters off the Indonesian coast, a transportation ministry official cited by Reuters said on Tuesday.

“The debris is red and white,” Djoko Murjatmodjo, acting director general of air transportation at the transportation ministry, told reporters. “We are checking if it’s debris from the aircraft. It’s probably from the body of the aircraft.”

Based on the size and colouring of the debris, it was likely to be part of the missing jet, Murjatmodjo added.

Helicopters are preparing to go and examine the location as soon as weather permits, he said. Now I’m handing over to my colleague Paul Farrell, who will take you through the next few hours.

The Wall Street Journal’s Jason Ng is reporting that Indonesian officials believe the debris is from a plane but cannot confirm it belongs to the missing AirAsia flight.

Here are some higher resolution photos of three of the pieces of debris that Indonesian official say might belong to the missing AirAsia flight.
This aerial view taken from an Indonesian search and rescue aircraft over the Java Sea shows floating debris spotted in the same area as other items being investigated by Indonesian authorities as possible objects from missing AirAsia flight QZ8501 on December 30, 2014.Photograph: BAY ISMOYO/AFP/Getty Images
This aerial view taken from an Indonesian search and rescue aircraft over the Java Sea shows floating debris spotted in the same area as other items being investigated by Indonesian authorities as possible objects from missing AirAsia flight QZ8501 on December 30, 2014.Photograph: BAY ISMOYO/AFP/Getty Images
This aerial view taken from an Indonesian search and rescue aircraft over the Java Sea shows floating debris spotted in the same area as other items being investigated by Indonesian authorities as possible objects from missing AirAsia flight QZ8501 on December 30, 2014.Photograph: BAY ISMOYO/AFP/Getty Images

Kehilangan Air Asia Indonesia - Serpihan Dijumpai SAH Pesawat QZ8501

Antara objek keras yang ditemui terapung di atas laut semasa operasi SAR pada hari ketiga.

[Mstar] PANGKALUN BUN: Serpihan yang ditemui pada Selasa semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 adalah milik pesawat yang hilang itu, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo.

"Buat masa ini, serpihan tersebut disahkan daripada pesawat AirAsia yang hilang itu dan menteri pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun dalam masa terdekat," katanya.

Seorang pegawai tentera udara turut dilaporkan menjumpai serpihan yang dipercayai badan pesawat dan jaket keselamatan di luar pantai Kalimantan. -30/12/14

Berkaitan:
Pesawat QZ8501: Gelongsor Kecemasan, Pintu Pesawat Ditemui

[Mstar] PANGKALUN BUN: Objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilakukan.

Sebuah pesawat yang menyertai operasi SAR menemui serpihan tersebut kira-kira 105 batu dari Pangkalanbun.

Susulan penemuan itu, sebuah helikopter dihantar untuk meneliti objek tersebut dengan lebih dekat lagi.

"10 objek keras dan banyak serpihan kecil. Objek seperti itu tidak selalunya dilihat berada di atas permukaan laut.

"Kedudukan objek tersebut ditemui adalah kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan," kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada Selasa.

Beliau berkata, 10 objek tersebut terdiri daripada pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan sebuah objek berbentuk segi empat.

Seorang jurugambar agensi berita AFP yang menyertai misi SAR turut mengesahkan ternampak serpihan bertaburan di atas laut seperti jaket keselamatan, rakit pesawat dan tiub panjang berwarna oren.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia kira-kira 42 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Surabaya menuju ke Singapura, awal pagi Ahad.

Pesawat tersebut membawa 155 penumpang dengan tujuh anak kapal. -30/12/14

Monday, 29 December 2014

Sambutan Maulid Rasul - Apa Dalilnya?

DALIL-DALIL MEMBOLEHKAN MERAIKAN MAULID NABI S.A.W.
Oleh Prof. Dr. As-Sayyid Muhammad Al-Maliki, tentang Maulid Rasul S.A.W.

Pada bulan Rabiul Awwal ini kita menyaksikan di belahan dunia islam, kaum muslimin merayakan Maulid, Kelahiran Nabi Muhammad Saw.

Telah ratusan tahun kaum muslimin merayakan maulid Nabi Saw, Insan yang paling mereka cintai. Tetapi hingga kini masih ada saja orang yang menolaknya dengan berbagai hujjah. Diantaranya mereka mengatakan, orang-orang yang mengadakan peringatan Maulid Nabi menjadikannya sebagai Eid (Hari Raya) yang syar’i, seperti Aidul Fitri dan Aidul Adha. Padahal, peringatan itu, menurut mereka, bukanlah sesuatu yang berasal dari ajaran agama. 

Benarkah demikian? Apakah yang mereka katakan itu sesuai dengan prinsip-prinsip agama, ataukah justru sebaliknya?

Di antara ulama terkenal dunia yang banyak menjawab persoalan-persoalan seperti itu, yang banyak dituduhkan kepada Ahli Sunnah wal Jama’ah, adalah As-Sayyid Al-Muhaddits Al-Imam Muhammad bin Alawi Al-Maliki. Berikut ini adalah nukilan huraian dan ulasan beliau mengenai hal tersebut, sebagaimana termaktub dalam kitabnya 'Zikrayat wa Munasabat' dan 'Haul Al Ihtifal bi Zikra Maulid An-Nabawi Asy-Syarif'. 

Hari Maulid Nabi S.A.W. lebih besar, lebih agung, dan lebih mulia daripada kedua Eid. Aidul Fitri dan Aidul Adha hanya berlangsung sekali dalam setahun, sedangkan peringatan Maulid Nabi S.A.W., mengingat baginda dan sirahnya, mesti berlangsung terus, tidak terkait dengan waktu dan tempat. Hari kelahiran baginda lebih agung daripada mana-mana Eid, walaupun kita tidak menamakannya Eid.

Mengapa?

Karena baginda-lah yang membawa Eid dan pelbagai kegembiraan yang ada di dalamnya. Karena baginda juga, kita memiliki hari-hari lain yang agung dalam Islam. Jika tidak ada kelahiran baginda, tidak ada bi’tsah (dibangkitkannya beliau sebagai rasul), Nuzul Quran, Isra Mikraj, Hijrah, kemenangan dalam Perang Badar, dan Futuh Mekah, kerana semua itu terhubung langsung dengan baginda dan kelahirannya; merupakan sumber dari kebaikan-kebaikan yang besar.

Banyak dalil yang menunjukkan bolehnya memperingati Maulid yang mulia ini dan berkumpul dalam acara tersebut. Di antaranya yang disebutkan oleh Prof. DR. As Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki. Sebelum mengemukakan dalil-dalil tersebut, beliau menjelaskan beberapa hal yang berkaitan dengan peringatan Maulid.

Pertama: Kita memperingati Maulid Nabi bukan hanya pada hari kelahirannya, tapi selalu dan selamanya, di setiap waktu dan setiap kesempatan, ketika kita mendapatkan kegembiraan, lebih-lebih lagi pada bulan kelahiran beliau, iaitu Rabi’ul Awwal, dan pada hari kelahiran baginda, hari Isnin.

Tidak layak seorang yang berakal bertanya, “Mengapa kamu memperingatinya?”  Seolah-olah dia bertanya, “Mengapa kamu bergembira dengan adanya Nabi S.A.W.?”.

Apakah sah bila pertanyaan ini timbul dari seorang yang Islam, yang mengakui bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah? Pertanyaan tersebut adalah pertanyaan yang bodoh dan tidak memerlukan jawaban. Seandainya saya, misalnya, harus menjawab, cukuplah saya menjawabnya demikian, “Saya memperingatinya karena saya gembira dan bahagia dengan baginda, saya gembira dengan baginda, sebab saya mencintainya, dan saya mencintainya sebab saya seorang mukmin”.

Kedua: Yang dimaksudkan dengan peringatan Maulid adalah, berkumpul untuk mendengarkan sirah baginda dan mendengarkan pujian-pujian tentang diri baginda, juga memberi makan orang-orang yang hadir, memuliakan orang-orang fakir dan mereka yang memerlukan, serta menggembirakan hati orang-orang yang mencintai baginda.

Ketiga: Kita tidak mengatakan bahawa peringatan Maulid itu dilakukan pada malam tertentu dan dengan cara tertentu, yang dinyatakan oleh nas-nas syariat secara jelas, seperti sembahyang, puasa, dan ibadah yang lain. Tidak macam itu. 

Peringatan Maulid tidak seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain. Tetapi juga tidak ada dalil yang melarang peringatan ini, karena berkumpul untuk mengingat Allah dan Rasul-Nya serta hal-hal lain yang baik adalah sesuatu yang harus diberi perhatian, terutama pada bulan Maulid.

Keempat: Berkumpulnya orang untuk memperingati acara ini adalah ajakan terbesar untuk dakwah, dan merupakan kesempatan yang sangat berharga yang tak boleh diabaikan. Bahkan, para da'i dan ulama, wajib mengingatkan manusia tentang Nabinya, baik akhlaknya, hal ehwalnya, sirahnya, muamalahnya, mahupun ibadahnya. Di samping itu menasihati mereka menuju kebaikan dan kebahagiaan serta memperingatkan mereka dari bala, bidaah, keburukan, dan fitnah.
---
Yang pertama merayakan Maulid Nabi adalah Sohibul Maulid sendiri, iaitu Nabi S.A.W., sepertimana yang disebutkan dalam Hadis Sahih, yang diriwayatkan Imam Muslim bahawa, ketika baginda ditanya mengapa berpuasa pada hari Isnin, baginda menjawab, “Itu adalah hari kelahiranku.” Ini nas yang paling jelas dan terang yang menunjukkan bahawa memperingati Maulid Nabi adalah sesuatu yang dibolehkan syara’. 

Banyak dalil yang boleh kita jadikan dasar, untuk diperbolehkannya memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

1. Peringatan Maulid Nabi S.A.W. adalah ungkapan kegembiraan dan kesenangan dengan baginda. Bahkan orang kafir pun mendapatkan manfaat dengan kegembiraan itu; Ketika Suwaibah, hamba Abu Lahab, pakcik Nabi S.A.W., menyampaikan berita gembira tentang kelahiran Cahaya Alam Semesta itu, Abu Lahab pun memerdekakannya. Sebagai tanda suka gembira. Oleh kerana kegembiraan dan meraikan kelahiran baginda itu,di akhirat nanti siksa terhadap dirinya diringankan setiap hari Isnin dan keluar air syurga dari celahan jarinya untuk minumannya. 

Demikianlah rahmat Allah terhadap siapa pun yang bergembira atas kelahiran Nabi, termasuk juga terhadap orang kafir sekalipun. Maka jika kepada seorang yang kafir pun Allah merahmatinya, sebab bergembira atas kelahiran Nabi-Nya, bagaimanakah anugerah Allah bagi umatnya, yang iman selalu ada di hatinya?

2. Baginda sendiri mengagungkan hari kelahirannya dan bersyukur kepada Allah, pada hari itu atas nikmatNya yang terbesar kepadanya.

3. Gembira terhadap Rasulullah S.A.W. adalah perintah AI-Quran. Allah S.W.T. berfirman, 
“Katakanlah, ‘Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira’.”  Surah Yunus: 58

Jadi, Allah sendiri meminta kita untuk bergembira dengan rahmat-Nya, sedangkan Nabi S.A.W. merupakan rahmat yang terbesar, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran, 
“Dan tidaklah Kami mengutusmu melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam.” Al-Anbiya’: 107

4. Nabi S.A.W. mengambil berat kaitan antara masa dan kejadian dalam Islam yang besar yang telah lalu. Apabila datang masanya hari peristiwa itu terjadi, itu merupakan kesempatan untuk mengingatnya dan mengagungkan harinya.

5. Memperingati Maulid Nabi S.A.W. mendorong kita untuk berselawat, dan selawat itu diperintahkan oleh Allah Ta’ala, 
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kalian untuknya dan ucapkanlah salam sejahtera kepadanya.”  Al-Ahzab: 56

Apa-apa yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu yang dituntut oleh syara’, bererti itu juga dituntut oleh syara’. Berapa banyak manfaat dan anugerah yang diperoleh dengan membacakan salam kepadanya.

6. Dalam Maulid, disebut tentang kelahiran beliau, mukjizat-mukjizatnya, sirahnya, dan pengenalan tentang peribadinya. Bukankah kita diperintahkan untuk mengenalnya serta dituntut untuk menirunya, mengikuti perbuatannya, dan mengimani mukjizatnya?! Kitab-kitab Maulid menyampaikan semuanya dengan lengkap.

7. Maulid Nabi juga merupakan ungkapan membalas jasa baginda dengan menunaikan sebagian kewajiban kita kepadanya dengan menjelaskan sifat-sifatnya yang sempurna dan akhlaknya yang utama.
Dulu, di zaman Nabi S.A.W., para penyair datang kepada baginda menyampaikan qasidah-qasidah yang memujinya. Nabi redha dan senang dengan apa yang mereka lakukan, dan memberikan balasan kepada mereka dengan kebaikan-kebaikan. 

Jika baginda pun redha dengan orang yang memujinya, bagaimana baginda tidak redha dengan orang yang mengumpulkan keterangan tentang akhlaknya yang mulia. Hal itu juga mendekatkan diri kita kepadanya, iaitu dengan menarik kecintaannya dan keredhaannya.

8. Mengenal sikap dan peribadi baginda S.A.W., mukjizat-mukjizatnya, dan irhash-nya (kejadian-kejadian luar biasa yang Allah berikan pada diri seorang rasul sebelum diangkat menjadi rasul), menambahkan iman yang sempurna kepadanya dan menambah kecintaan terhadapnya.

Manusia itu diciptakan menyukai hal-hal yang indah, samada fizikalnya mahupun akhlaknya, ilmu maupun amal, keadaan maupun keyakinan. Dalam hal ini tidak ada yang lebih indah, lebih sempurna, dan lebih utama dibandingkan akhlak dan sikap Nabi S.A.W. Menambah kecintaan dan menyempurnakan iman adalah dua hal yang dituntut oleh syara’. Maka, apa sahaja yang menambahkannya juga merupakan tuntutan agama.

9. Mengagungkan Nabi S.A.W. itu disyariatkan, bahagia dengan hari kelahirannya dengan menampakkan kegembiraan, membuat jamuan, berkumpul untuk mengingatnya, serta memuliakan orang-orang fakir, adalah bukti mengagungkannya, kegembiraan, dan rasa syukur yang paling nyata.

10. Dalam ucapan Nabi S.A.W. tentang keutamaan hari Jumaat, disebutkan bahawa salah satu di antaranya adalah, “Pada hari itu Adam diciptakan”. 

Ini menunjukkan dimuliakannya waktu masa seorang nabi dilahirkan. Maka bagaimana dengan hari dilahirkannya nabi yang paling utama dan rasul yang paling mulia?

11. Maulid juga adalah perkara yang dipandang baik oleh para ulama dan kaum muslimin di semua negeri dan telah dilakukan di semua tempat. Sebab itu, ia dituntut oleh syara’, berdasarkan kaedah yang diambil dari hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud, 
“Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin, ia pun baik di sisi Allah; dan apa yang dipandang buruk oleh kaum muslimin, ia pun buruk di sisi Allah.”

12. Dalam menyambut Maulid Nabi, didalamnya berkumpulnya umat, zikir, sedekah, dan pengagungan kepada Nabi S.A.W. Semua itu hal-hal yang dituntut oleh syara’ dan terpuji.

13. Allah S.W.T. berfirman, “Dan semua kisah dari rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), yang dengannya Kami teguhkan hatimu:’ Surah Hud: 120

Dari ayat ini nyatalah bahawa hikmah dikisahkan tentang para rasul adalah untuk meneguhkan hati Nabi. Tidak dinafikan lagi di saat ini kita pun perlu untuk menguatkan hati kita dengan berita-berita tentang baginda, lebih dari keperluan baginda akan kisah para nabi sebelumnya.

14. Bukan semua yang tidak pernah dilakukan Salafussoleh dulu dan tidak ada di awal Islam memberi erti bidaah yang munkar dan buruk. Melainkan apa yang 'baru' itu (yang belum pernah dilakukan) mesti dinilai berdasarkan dalil-dalil syara’.

15. Bukan semua bidaah itu diharamkan. Jika haram, niscaya haramlah pengumpulan Al-Quran, yang dilakukan Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Zaid, Sayyidina Usman, dan penulisannya di mushaf-mushaf karena khawatir hilang dengan wafatnya para sahabat yang hafal Al-Quran. 

Adakah haram ketika Sayyidina Umar mengumpulkan orang untuk mengikuti seorang imam ketika melakukan sembahyang Tarawih, sedangkan beliau mengatakan, “Sebaik-baik bidaah adalah ini.” 

Banyak lagi perbuatan baik yang sangat diperlukan umat Islam namun dikatakan bidaah yang haram apabila semua bidaah itu diharamkan.

16. Maulid Nabi S.A.W., meskipun tiada di zaman Rasulullah S.A.W., sehingga menjadi bidaah; adalah bidaah hasanah (bidaah yang baik). Ia termasuk di dalam dalil-dalil syara’ dan kaedah-kaedah kuliyah (yang bersifat global).

Jadi, Maulid Nabi itu bidaah jika kita hanya memandang bentuknya, bukan peranan-peranan amalan yang terdapat di dalamnya (sebagaimana terdapat dalam dalil kedua belas), karena amalan-amalan itu juga ada di zaman Nabi.

17. Semua yang tidak ada pada awal Islam dalam bentuknya, tetapi perincian-perincian amalnya ada, juga dituntut oleh syara’. Sebab, apa yang tersusun dari hal-hal yang berasal dari syara’, pun dituntut oleh syara’.

18. Imam Syafie mengatakan, “Apa-apa yang baru (yang belum ada atau dilakukan di masa Nabi S.A.W.) dan bertentangan dengan Kitabullah, sunnah, ijmak, atau sumber lain yang dijadikan pegangan, adalah bidaah yang sesat. Adapun suatu kebaikan yang baru dan tidak bertentangan dengan yang tersebut itu, adalah terpuji “
19. Setiap kebaikan yang terangkum dalam dalil-dalil syar’i, ianya tidak dimaksudkan untuk menyalahi syariat dan tidak pula mengandungi suatu kemungkaran, itu termasuk ajaran agama.

20. Maulid Nabi S.A.W. bererti menghidupkan ingatan (kenangan) tentang Rasulullah, dan itu menurut kita disyariatkan dalam Islam. Sebagaimana yang kita lihat, sebagian besar amalan haji pun menghidupkan ingatan tentang peristiwa-peristiwa terpuji yang telah lalu.

21. Semua yang disebutkan di atas, tentang dibolehkannya secara syariat peringatan Maulid Nabi S.A.W., hanyalah pada amalan-amalan atau perbuatan yang tidak disertai perbuatan-perbuatan mungkar yang tercela, yang wajib ditentang.

Adapun jika peringatan Maulid mengandung hal-hal yang disertai sesuatu yang wajib ditentang, seperti bercampurnya lelaki dan perempuan, perbuatan perbuatan yang terlarang, dan banyaknya pemborosan dan perbuatan-perbuatan lain yang tidak diredhai Sohibul Maulid, tak diragukan lagi bahwa itu diharamkan. Tetapi keharamannya itu bukan pada peringatan Maulidnya itu sendiri, melainkan pada hal-hal [disingkat oleh WhatsApp]

 

Sample text

Sample Text

Sample Text