Social Icons

Sabtu, 31 Januari 2015

Kisah Suami Malas

PERTEMUAN saya dan seorang kenalan lama berlaku secara tidak sengaja. Jujur saya katakan, impresi pertama saya adalah tidak percaya saat terpandangkan
wajahnya yang hampir tidak dicam kerana kusut dan lesu.

Dia yang saya kenal seorang yang sangat cantik dan berpenampilan menarik ketika kami di kolej dahulu.

Tapi hari ini, dia saya lihat begitu lesu, tidak ceria dan sedikit gempal berbanding dahulu. Apa berlaku? Saya tertanya-tanya.

Hampir sembilan tahun kami terpisah, pertemuan itu terlalu nostalgik untuk saya huraikan. Kami berpelukan lama. Air mata mengalir tiba-tiba. Entah kenapa,
saya dan Emma merasakan rindu nan syahdu.

Emma (bukan nama sebenar) menarik tangan saya ke tepi koridor pejabat pos. Niat saya untuk membayar bil serta-merta tertangguh lantaran terlalu banyak
yang ingin kami perkatakan. Saya dan Emma, masing-masing punya cerita.

Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun dan bayi berusia kira-kira lapan bulan diam dalam trolly di sisi Emma. Tanpa kata, saya memahami senyuman Emma yang
memaksudkan bahawa itu bayi dan anaknya.

Saya tersenyum, mencuit pipi montel bayi lelaki Emma. Sesungguhnya, Emma antara teman rapat saya di kolej dahulu.

“Kenapa muka nampak kusam ni? Macam...-

“Orang ada banyak masalah?” Emma meningkah, seperti dapat menduga yang saya hairankan keadaannya. Saya tersenyum kelat, lalu memutar soalan lain.

Bimbang sahabat yang dirindui ini terluka pula.

“Kau kahwin dengan Boy ke? Senyap tanpa berita. Aku cari nama kau dalam Facebook pun tak ada?.” Soal saya. Emma senyum lagi, sedangkan tadi air matanya
mengalir sewaktu kami berpelukan. Nah, saya mula kognisi. Orang kuat senyum mahupun ketawa, pasti sedang menyembunyikan masalah.

Suami culas

Dari sekadar berdiri di hadapan pejabat pos, kami beralih ke dalam kedai makan yang terletak berhampiran. Usai membetulkan duduk anak-anak dan posisinya
sendiri, Emma membuka bicara.

“Boy tak kerja. Dah dua tahun aku sara dia. Kau mesti nak kata aku bodoh kan? Memang aku bodoh tapi... Kau boleh tolong aku?” Saya terdiam. Soalan ini
memang lebih susah dari soalan final exam.

“Aku tertekan sangat. Banyak perkara aku kena fikir setiap bulan. Aku kena kerja, kemas rumah, jaga anak, hantar anak ke pengasuh, hantar sekolah tadika.
Dah lah aku yang bayar semua bil.

Gaji RM4,000 habis! Boy makin melampau. Dulu aku faham sebab dia susah nak dapat kerja, sekarang macam dah naik lemak. Kerja rumah satu pun tak bantu.
Apa aku kena buat? Tolonglah...”

Terlalu banyak yang Emma hamburkan, dan kesemuanya berpusat kepada satu permasalahan, iaitu kerja. Suaminya tidak bekerja dan culas. Tidak menjalankan
tanggungjawab dan tidak pula membantu meringankan beban Emma dalam melakukan tugas-tugas di rumah.

Saya yakin, situasi ini juga dilalui kebanyakan wanita lain di luar sana. Ada wanita yang bekerjaya, membina empayar perniagaan yang gah tetapi suaminya
tidak berbuat apa-apa.

Jika situasi seperti ini, isteri mungkin terdera dari sudut emosi sebaliknya kewangan bukan beban. Tetapi bagaimana dengan isteri yang berpendapatan rendah.
Ada yang sekadar meniaga kecil-kecilan, tetapi suami sibuk melepak di kedai makan main dam haji!

Fitrah wanita, selalunya bersabar dan bersabar sehingga hati sendiri terluka. Dalam keadaan apa jua pun wanita ingin melakukan dan memberikan yang terbaik
buat pasangannya.

Malangnya, madu dibalas cuka. Natijahnya, jadi seperti Emma yang sudah mula tidak memikirkan penampilan diri.

Di sini, permasalahan lain pula bermula. Apabila nampak isteri sudah tidak cantik, suami mungkin terdorong mencari kekasih gelap. Isteri juga dipersalahkan
kerana tidak menjaga body. Sedangkan tanggungjawab menjaga keluarga telah diambil alih oleh isteri. Itu tidak mahu diambil kira pula?

Kasihanilah si isteri. Benaknya penuh dengan masalah. Ya, otak isteri ibarat pejabat pengurusan yang paling bijak dan bersistematik. Akan tetapi, jika
segala-galanya tertanggung di benaknya sendirian, fikirannya pasti lemah dan tepu. Kesan dari itu akan menular ke arah fizikalnya yang turut terdorong
penat dan lemah.

Gangguan emosi dan kelemahan spiritual bergabung menjadi buntu. Bersama-samalah kita bermuhasabah diri dengan perkongsian WOW minggu ini. Isteri kerja,
suami lepak.

SUMBER: PENBURUK

Cara Guna Kenderaan Paling Efektif Di Seluruh Dunia

Di negara dunia ketiga kenderaan adalah kemewahan dan penggunaan kenderaan yang paling efektif serta ekonomikal dapat dilihat disini. 


Sumber Izismile

Menarik Dan Bersejarah - Jika Saudi Jadi Tuan Rumah Sukan Olimpik?

Yang bertudung atlet dari Arab Saudi

SUKAN 
SEBAGAI negara yang cukup ketat dalam pemisahan lelaki dan wanita, ArabSaudi mempunyai idea sistem Olimpik yang sedikit lain dari kebiasaan, idea yang agak ganjil. Jika terpilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, negerikaya minyak ini mencadangkan atlet lelaki dan perempuan bertarung dilokasi berasingan.
Pejudo Saudi Wojdan Shaherkani 

Bahkan Arab Saudi bersedia berkongsi tuan rumah dengan negara jiransebagai lokasi Olimpik bagi atlet wanita. Wakil dari Jawatankuasa OlimpikArab Saudi mahukan atlet putera bertanding di negaranya sementara atletputeri di negara jiran, yakni Bahrain.

Raja Fahad bin Jalawi Al Saud, perunding hubungan antarabangsaJawatankuasa Olimpik Arab Saudi, berkata kepada laman Frances Jeuxbahawa negaranya boleh berkongsi tuan rumah dengan negara Teluk lain.

Dengan alasan kekangan budaya ' (Sebenarnya bukan kekangan budaya Arab tetapi peraturan agama Islam), Putera Fahad mengatakan sukarmembayangkan atlet puteri bertanding di negaranya.

"Negara kami sangat konservatif. Sangat sukar menerima perempuanbersaing dalam bidang sukan, terutama cabang renang," katanya sepertidipetik Dailymail, Sabtu, 31 Januari 2015.

Raja Fahad menambah, memakai pakaian sukan di depan umum dianggapmelanggar norma. Atas sebab-sebab budaya inilah, sukar bagi Arab Saudimenyelenggarakan acara-acara antarabangsa yang besar.

Namun keadaan ini tidak membuat Arab Saudi kehilangan akal. Fahadmencadangkan jalan tengah iaitu bekerjasama dengan negara Timur Tengahyang lain seperti Bahrain untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.

"Kami melihat Bahrain adalah negara yang tepat. Kerana kami sudah seringbekerjasama dengan negara itu," kata Fahad seraya menambah "Bahrainakan menjadi tuan rumah bagi pertandingan atlet puteri. Sementara kamiatlet putera."

Sebelumnya, Arab Saudi pertama kali menghantar dua atlet puteri saatOlimpik 2012 diumumkan di London, United Kingdom. Selain Arab Saudi, duanegara lain yang tidak pernah menghantar atlet puterinya ke Sukan Olimpiksebelum ini adalah Qatar dan Brunei Darussalam.

Namun keputusan menghantar dua atlet iaitu pelari 800 meter Sarah Attardan pejudo Wojdan Shaherkani mendapat kecaman dari kaum konservatifSaudi.
Pelari 800 meter Sarah Attar 

Sayang upaya Saudi menjadi tuan rumah Sukan Olimpik ini nampaknyasukar direalisasikan. IOC menolak cadangan Putera Fahad tentangpemisahan perlawanan.

"Komitmen untuk tidak diskriminasi wajib bagi semua negara yang berminatmenjadi tuan rumah Sukan Olimpik di masa depan. Hal itu sudah jelastertera dalam agenda Sukan Olimpik 2020 dan perlu dipatuhi oleh negarayang mendapat kontrak sebagai tuan rumah," kata Thomas Bach, PresidenIOC kepada AP. 

Perhatian:
Sebenarnya, Saudi menjadi negara yang cukup ketat dalam pemisahan lelaki dan wanita atau mengawal pergaulan bebas, adalah disebabkan pengamalan agama Islam, bukan kerana budaya Arab, apalagi Arab Jahiliah. (IH)

Kredit sumber; Ibnu Hasyim

Aku Yang Sama, Kini Hanya Berhijab. -Kisah Suku Asli Austalia

Suku Asli Australia memeluk Islam.

SARAH merasa dirinya masih sama seperti tiga tahun yang lalu sebelummemeluk Islam. Yang berubah, katanya, hanya prestasi beliau yang kinitelah mengenakan hijab. 

Besar di lingkungan agama di New South Wales, Australia, Sarah perluwaktu panjang untuk mencari Islam. Dalam pencarian kebenaran tentangIslam, Sarah telah melakukan penyelidikan, membaca buku dan menontonvideo di internet. Menurut Sarah dirinya tidak pernah mengalamikebahagiaan se begitu besar yang akhirnya memutuskan menjadi Islam semasa masih di kuliah psikologi. 

"Kepada warga Australia yang menyaksikan acara ini, kita tidak banyakmempunyai perbezaan," katanya dalam acara kisah Suku Asli Australia masuk Islam.

"Aku juga warga Australia. Darahku merah dan aku punya rambut. Tapi akutelah memilih hidupku. Aku tetap sama hanya aku sekarang memakaihijab." Sebuah gambaran negatif mengenai Islam yang tidak mengendurkanhatinya untuk mempelajari Al Quran 

Tergerak menyebarkan ajaran Islam di tengah stigma negatif awam, sebuahprogram televisyen di Australia, The Feed, menjelma menjadi jambatanbagi komuniti muslim. Para mualaf kulit putih, menjadikan medium ini untukmenceritakan tentang erti Islam yang sebenarnya. 

Dalam salah satu acaranya, The Feed menghadirkan seorang wanita mualafasal Sydney. Itulah Sarah keturunan Orang Asli seperti yang disebutkan.

"Aku bangga menjadi muslim Australia-Orang Asli. Sebuah ketenangan yangmendalam saat aku berdoa dan berkomunikasi dengan Tuhan. Aku belumpernah merasakan hal yang demikian sampai aku memeluk Islam," kataSarah kepada SBS melalui The Feed. 

Sarah mengakui dirinya kerap mendengar pelbagai tuduhan keji yangberedar di masyarakat. Namun keadaan ini akan membawanya kepada Al-Quran yang kelak menjadi pegangan hidup Sarah. 

"Di dalamnya tidak ada perintah atau anjuran tentang penyeksaan, konflikdan perang." 

Penduduk muslim yang telah mendiami Benua Australia lebih dari 200 tahunpenduduk 1.7 peratus daripada 20 juta penduduk Australia. Bagi wargamuslim Sydney lain, Luke, Islam yang sebenarnya tidak seperti yangdigambarkan di media. Itulah yang membuatnya selesa memeluk Islam. 

"Apa yang berlaku di dunia sana atau di Australia, aku tidak pernahmempunyai pandangan negatif tentang Islam," kata Luke. 
"Aku tahu Islam yang sebenarnya dan itu memberi saya kedamaian." 

Sementara reporter The Feed, Patrik Abboud berkata programnya itudidasari oleh keinginan untuk menunjukkan kehidupan warga Australia yangmemilih Islam sebagai agamanya. 

"Aku ingin melihat kenyataan warga Australia yang memilih Islam," kataAbboud. "Itu adalah salah satu elemen komuniti muslim yang jarangdibincangkan." 

Baginya, Sarah pula mewakili wanita Australia yang memilih Islam bukankerana pernikahan. 

"Sarah adalah orang Australia-Orang Asli yang mempunyai mata biru danberkulit putih. Dia seperti warga Australia lain," Abboud menambah. 

Presiden Australiaan New Muslims Association, Said Kanawati berkataprogram The Feed akan menghadirkan 3-4 mualaf setiap minggunya,khususnya Australia kulit putih. 

"Aku tidak ingin melihat agamaku diseret ke lumpur atau menyaksikansaudara-saudara sesama warga Australia merasa takut kepadaku, isterikuatau anakku. Jadi aku melakukan ini demi masa depan muslim danAustralia." 

KREDIT SUMBER; IBNU HASYIM

Jumaat, 30 Januari 2015

Boleh Rotan Anak Tapi Ikut 8 Syarat Ini..


SEORANG sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ”Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.

Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut :

Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan 

Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak

Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak

Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. 

Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.

Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….

Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. 
Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka

Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.

Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini.Rujukan:

1. Abdullah Naseh al-Ulwan, Tarbiah al-Aulad, juzu’ 2, cet. ke-33 2006, 
    Dar as-Salam, Mesir.
    Dipetik dari facebook Ustaz Akmal Kamaruddin
    Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.

Gambar2 Lucu Kesilapan Teknikal Siaran TV1,TV2, TV3 Dan TV9


KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengarahkan kementeriannya agar menyiasat insiden secara terperinci beberapa kesilapan teknikal semasa siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1.
RTM2

Bernama melaporkan, Shabery Cheek kesal dengan kesilapan yang tidak seharus berlaku kepada TV1 dan RTM selaku penyiar nasional dan berkata kesilapan itu akan diteliti sama ada ia berpunca daripada kelemahan pihak teknikal atau tidak disengajakan.

“Saya minta supaya ada satu sistem menghukum mereka yang melakukan kesalahan sama ada ia berbentuk kecuaian atau sesuatu yang boleh menjatuhkan imej RTM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Deepavali 2014 di Bukit Jalil semalam.

Kesilapan itu dikesan berlaku ketika siaran langsung berita di TV1 Sabtu malam. FMT mendapati bahawa kejadian yang sama juga terjadi di TV2, TV3 dan TV9. ~free malaysia today





KREDIT SUMBER: BLOG ADDIN

Kanak-Kanak 5 Tahun Sudah Hafaz Al-Quran

Video kanak-kanak berusia 5 tahun sudah menghafaz 29 juzuk Al-Quran!!




Solat Lebih Penting Dari Presiden AS. Raja Salman Tinggalkan Obama

Presiden Barack Obama Dan Raja Saudi, Salman Bin Abdulaziz.

SOLAT lebih penting dari Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama. Mungkin itu melambangkan ketegasan Raja baru Arab Saudi, Salman binAbdulaziz, yang langsung membuat heboh di alam maya. 

Mendengar suara azan asar, Raja Salman langsung meninggalkan tetamukehormat, Presiden AS itu yang baru sahaja tiba di Lapangan Terbang.Tindakan ini terungkap dalam sebuah video yang kini ramai beredar dimedia sosial.

Cerita ini bermula ketika Raja Salman menyambut Obama di lapanganterbang Lapangan Terbang King Khalid International Airport, Riyadh, padaSelasa petang, 27 Januari 2015. Selesai beberapa saat menyambutkedatangan Obama, Raja Salman dan rombongan mendengar suara azanAsar di kawasan Lapangan Terbang. Raja Salman tanpa lengah-lengah lagi,langsung meminta maaf dan meninggalkan pada presiden AS itu.

Demikian dikutip dari laporan sabq.org, Rabu, 28 Januari 2015. Aksi RajaSalman ini langsung mengundang pelbagai reaksi dan pujian dari banyakorang termasuk para sheikh dan selebriti.

Obama sedang melakukan kunjungan kenegaraan ke Arab Saudi untukmengadakan mesyuarat tinggi dan bela sungkawa atas kematian RajaAbdullah bin Abdulaziz. (IH)



Rupanya Bukan Kapten Ariyanto Yang Pandu Pesawat Air Asia QZ8501 Sebelum Terhempas


Pembantu juruterbang didakwa mengambil alih kawalan pesawat QZ8501 sebelum ia terhempas ke dalam Laut Jawa pada bulan lalu, menurut Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC), semalam. 

Laporan NTSC menyebut Remi-Emmanuel Plesel cuba untuk mengelakkan cuaca buruk dan tindakannya itu turut dipantau oleh Kapten Iriyanto.

Ketua penyiasat agensi itu, Mardjono Siswosuwarno berkata, pesawat terbabit mengambil masa selama kira-kira tiga minit sebelum ia terjunam ke dalam laut. 

"Perakam data penerbangan memberi gambaran yang cukup jelas mengenai apa yang berlaku terhadap QZ8501 pada saat-saat akhir sebelum nahas itu berlaku. 

"Pesawat yang membawa 162 penumpang itu disahkan berada dalam keadaan baik sebelum ia berlepas dari Singapura pada 28 Disember lalu," jelasnya. 

Menurutnya lagi, pesawat terbabit juga terbang pada ketinggian yang stabil dan had berat dibenarkan, namun beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai punca nahas tersebut menurut laporan AFP.

French co-pilot flying AirAsia jet before crash: Investigators 

JAKARTA: The French co-pilot was at the controls of an AirAsia plane when it crashed into the sea last month after flying through an area of towering clouds, killing all 162 people on board, investigators said Thursday. 

The announcement came as fishermen found two more bodies from the crash in waters off Sulawesi island in central Indonesia, around 1,000 kilometres (600 miles) from where the plane crashed, a search and rescue official said. 

Flight QZ8501 went down in stormy weather on December 28 in the Java Sea during what was supposed to be a short trip from the Indonesian city of Surabaya to Singapore. Only 72 bodies have so far been recovered. 

On Thursday, Indonesia’s National Transportation Safety Committee, which has been analysing the plane’s black boxes, said that prior to the crash, the aircraft had climbed fast in an area packed with cumulonimbus — huge clouds that pilots try to avoid. 

They also revealed that the Airbus A320-200′s less experienced French co-pilot, Remi Plesel, was flying the plane when it went down, rather than Captain Iriyanto, a former fighter pilot who had around 20,000 hours of flying time. 

“The second-in-command was the pilot flying,” chief investigator Mardjono Siswosuwarno told reporters in Jakarta, disclosing details from a preliminary report into the crash. 

He said the captain sat on the left and acted as “the monitoring pilot”. 

Gerry Soejatman, a Jakarta-based independent aviation analyst, said that while there was nothing unusual about the co-pilot being at the controls, the question was whether the captain took the right decision when the plane got into trouble. 

“The captain has a choice whether to let the co-pilot continue flying and he does the trouble-shooting, or he takes control of the aircraft and allows the co-pilot to do the trouble-shooting,” he told AFP. 

He said it would not be clear whether the pilot made the right choice until more analysis of the plane’s black boxes — the flight data recorder and the cockpit voice recorder — had been conducted and made public. 

Sharp climb Investigators’ comments that the plane climbed sharply before crashing echoed those made by Transport Minister Ignasius Jonan last week. 

In 30 seconds, it rose from 32,000 feet to 37,400 feet, then dipped to 32,000 feet, before descending for around three minutes when the black boxes stopped, said investigator Ertata Lananggalih. 

They also said the plane’s stall alarms were going off for four minutes before the crash. 
Siswosuwarno said that the plane was in good condition, and that its crew all held the correct, up-to-date licences. 

The committee revealed new details of their investigation after completing the preliminary report. They have handed the report The transport commmitee also said the cumulonimbus clouds in the area reached heights of up to 44,000 feet at the time of the crash, although they declined to say whether the plane had flown directly into them.to the UN’s International Civil Aviation Organization, but the whole report was not made public. 

However, investigators said they hope to complete a final report in seven to eight months, which will be released. 

The military, which has provided most personnel and equipment for the hunt, withdrew from the search this week, saying that it could find no more bodies in the jet’s main section. The navy had also repeatedly failed to lift the badly damaged fuselage. 

Indonesia’s civilian search and rescue agency is continuing the hunt for victims, but on a smaller scale. ~AFP



Khamis, 29 Januari 2015

Rotan Itu Penting, Bukan Sahaja Untuk Kanak-Kanak, Juga Untuk Orang Dewasa

Jika saya masih kecil (kanak-kanak) dan ibu saya masih muda membimbing dan membesarkan saya dengan cara yang betul pastinya ibu saya akan masuk penjara kerana kanak-kanak seperti saya tentunya akan dirotan kerana berbagai-bagai masalah kanak-kanak. Nasib baiklah saya dilahirkan lebih dari 60 tahun dahulu dan semasa itu merotan kanak-kanak bukan lagi menjadi kesalahan dan boleh dipenjarakan.

Undang-undang yang sedang digubal oleh pihak kerajaan sekarang melarang merotan kanak-kanak itu merupakan usaha yang sia-sia. Itu bukan caranya untuk membentuk nilai keibuan dan kebapaan dan nilai baik untuk seorang anak berhubung dengan ibu bapa mereka. Agama kita memerintahkan kita mengajar dan membuatkan anak kita mendirikan solat dalam jangka usia kanak-kanak itu tujuh tahun dan jika dia enggan adalah diminta untuk ibu atau bapa merotan anak-anak kita itu secara yang betul.

Ibu bapa bukannya membelasah anak-anak mereka tetapi merotan anak-anak yang engkar mendirikan solat itu kerana adalah tanggungjawab ibu bapa yang menentukan samada anak-anak mereka itu yahudi atau nasrani. Cakap ini bukan cakap saya yang lemah ini, tetapi itu adalah cakap agama kita.

Jika anak-anak tidak takut pada sesiapa kepada siapakah mereka akan merasakan ketakutan untuk melakukan kesalahan?

Saya yang sudah berumur ini sentiasa ingat kepada ibu bapa saya yang kedua-duanya sudah tiada di dunia ini. Saya hanya mendoakan sentiasa tanpa henti-henti agar roh mereka berada dalam kumpulan roh yang terampun dan sentiasa berada sebaris dengan roh-roh aulia-aulia dan syuhada.

Salah satu dari perkara yang membuatkan ingatan kepada ibu bapa saya yang telah pergi itu ialah kerana teguran dan didikan mereka yang salah satunya ialah tindakan mereka merotan saya semasa saya dalam bimbingan mereka setiap kali saya melakukan kesalahan.

Ibu bapa dahulu kala, apabila menghantar anak-anak mereka kepada guru mengaji quran, akan membawa bersama anaknya itu sebatang rotan halus untuk diberikan kepada guru quran itu. Sekarang sudah diamalkan lagi. Semasa menyerahkan anak-anak mereka kepada guru quran, ibu bapa semasa itu akan berpesan kepada guru atau ustaz itu dengan berkata lebih kurang begini; “ sayo sorahkan anak sayo ni tuan haji. Bimbinglah anak sayo ini sehingga pandai mengaji. Kalau dio dogil inilah rotannya. Rotanlah asalkan jangan patah atau pun tiyek”

Begitulah keadaannya dalam mana rotan itu sememangnya tidak boleh jauh dari anak-anak yang sedang dibimbing itu. Saya sendiri bersama dengan rakan seangkatan dengan saya tidak pernah lari dari melakukan kesalahan dan tiada seorang pun yang terlepas dari kena rotan oleh guru-guru sekolah kami.

Merotan itu bukan sahaja dianggap sebagai proses pendidikan seseorang itu tetapi ianya telah menjadi budaya dalam proses pembesaran kanak semasa itu. Guru-guru sudah tidak boleh merotan lagi dan kita lihat perbezaan seorang kanak-kanak sekarang dengan kanak-kanak dahulu kala. Mungkin saya masih dianggap kuno tetapi itulah yang menjadikan ramai anak-anak seorang ‘menjadi orang’ apabila sudah dewasa.

Malahan sekarang ini orang dewasa pun memerlukan rotan itu. Jika dahulu kala anak-anak memerlukan rotan untuk memperbaiki diri mereka, sekarang ini orang dewasa pun memerlukannya terutamanya yang mempunyai kelakuan dan moral yang tidak baik seperti pemimpin politik yang menganiaya rakyatnya.

Pendeknya rotan ini sangat perlu untuk semua orang, baik yang masih kanak-kanak mahu pun yang sudah mempunyai anak-anak dan cucu. Rakyat kita tahu siapa yang sepatutnya dirotan kerana salah laku terhadap negara kita ini. Itu sebabnya masing-masing menuduh di antara satu dengan lain kerana hendak mengelakkan dirotan oleh rakyat.

Saya sarankan agar niat untuk menjadikan merotan anak-anak atau kanak-kanak itu satu kesalahan supaya dibatalkan sahaja. Banyak perkara lain yang perlu dilakukan sebelum kita fikirkan untuk menggubal undang-undang menjadikan merotan itu satu kesalahan.

Rotan orang dewasa yang melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti perasuah dan penyalahguna undang-undang itu dahulu.

KREDIT SUMBER; PAK ASPAN ALIAS

Bandar Tersembunyi Di Greece


Monemvasia adalah sebuah pulau di luar pantai timur Peloponnese, di Greece, yang dihubungkan dengan tanah besar oleh sebuah tambak. Pulau ini seluas kira-kira 300 meter lebar dan 1 kilometer panjang, berada seratus meter di atas paras laut. Di lereng dataran tinggi ini, terdapat sebuah bandar yang tersembunyi dari tanah besar. Pekan berdinding yang amat romantis, terletak di bawah bayang-bayang bongkah batu yang menjulang tinggi, penempatan dari sejarah Byzantine, Ottoman, dan Venice sejak abad ke-13.

Pulau ini mula di duduki pada abad ke-6 oleh penduduk di Laconia yang memohon perlindungan daripada penceroboh Slavic yang menguasai banyak Greece antara 500-700 Masihi. Sejak beberapa abad seterusnya, Monemvasia bertukar tangan berkali-kali antara Venice dan orang-orang Turki , sehingga ia dibebaskan semasa Perang Kemerdekaan Greece pada awal abad ke-19.

Monemvasia nama berasal daripada dua perkataan Yunani, MONE dan emvasia, yang bermaksud "pintu masuk tunggal" dan di rujuk kepada tambak sempit yang merupakan satu-satunya untuk untuk memasuki kota.

Di zaman Empayar Byzantium, Monemvasia menjadi bandar utama dan salah satu pusat perdagangan yang besar di dunia Byzantium dan pelabuhan perdagangan utama, dengan penduduk seramai 40,000. Menjelang abad ke-18, Monemvasia menjadi semakin mundur sehinggalah ia mula di banjiri oleh pelancong dalam tahun 1970-an.

Kini bandar ini menjadi destinasi pelancongan dengan peningkatan bilangan pelancong yang melawat rantau ini semasa musim panas. Bangunan-bangunan zaman pertengahan telah dipulihkan, dan ramai di antara mereka membuka hotel, dan tempat untuk makan.













Rabu, 28 Januari 2015

Mencari Mursyid - Siapa, Di Mana Dan Bagaimana Mengenalinya?

Pengertian Mursyid

Kata Mursyid berasal dari bahasa arab yaitu isim fail dari أرشد- يرشد yang berarti orang yang memberikan petunjuk jalan atau dalam bahasa Inggeris disebut 'guide'.

Mursyid adalah seorang guru pembimbing dalam ilmu haqiqat atau ilmu thariqat. Mengingat pembahasan dalam ilmu haqiqat atau ilmu thariqat adalah tentang Allah yang merupakan DZAT yang tidak bisa diindera, dan rutinitas thariqah adalah dzikiryang sangat dibenci syetan. Maka untuk menjaga kebenaran, kita perlu bimbingan seorang Mursyid untuk mengarahkannya. Sebab penerapan Asma’ Allah atau pelaksanaan dzikir yang tidak sesuai bisa membahayakan secara ruhani maupunmental, baik terhadap pribadi yang bersangkutan maupun terhadap masyarakat sekitar. Bahkan bisa dikhawatirkan salah dalam beraqidah.

Seorang Mursyid inilah yang akan membimbing kita untuk mengarahkannya pada bentuk pelaksanaan yang benar. Hanya saja bentuk ajaran dari masing-masing Mursyidyang disampaikan pada kita berbeda-beda, tergantung aliran thariqah-nya. Namun pada dasarnya pelajaran dan tujuan yang diajarkannya adalah sama, yaitu al-wushul ila-Allah.

Seorang Mursyid yang hakiki, menurut Asy-Syadzili adalah seorang Mursyid yang tidak memberikan beban berat kepada para muridnya. Mursyid itu berupaya mengukur keupayaan jiwa anak didiknya.

Syarat-syarat Seorang Mursyid

Menjadi guru tarekat (Mursyid) tidaklah semudah seperti menjadi guru pada umumnya. Seorang Mursyid harus memiliki kualifikasi khusus. Para ulamak sufi menetapkan syarat-syarat guru tarekat seperti ungkapan di bawah ini :

ومن شرائط الشيخ ان يكون عالما بالاوامر الشرعية عاملا بها واقفا على اداب الطريقة سالكا فيها كاملا فى عرفان الحقيقة وواصلا اليها ومحرصا عن جميع ذلك

Artinya : “Diantara syarat guru tarekat adalah alim atas perintah-perintah syara`, mengamalkannya, tegak di atas adab-adab tarekat serta berjalan di dalamnya, sempurna pengetahuannya tentang hakekat dan sampai pada hakekat itu serta ikhlas dalam semua hal tersebut”.

Imam Al-Junaidi ra. menyatakan:

علمنا هذا مقيد بالكتاب والسنة فمن لم يقرأ القران ولم يكتب الحديث
 ولم يجالس العلماء لايقتدى به فى هذا الشأن

Artinya : “Ilmu kita ini (tarekat) terikat oleh Al-Qur`an dan Assunnah. Siapa saja yang belum belajar Al-Qur`an dan As-Sunnah dan tidak pula pernah duduk di depan para Ulama (untuk menuntut ilmu) orang tersebut tidak boleh diikuti di dalam tingkah laku tarekat ini”.
Secara asanya ada empat syarat yang harus dimiliki seorang mursyid agar dia dapat memberikan petunjuk dan bimbingan kepada manusia. Keempat syarat itu adalah :

1. Dia harus mengetahui semua hukum Fardhu ‘ain.

Seorang Mursyid mengetahui semua hukum fardhu ‘ain, seperti hukum-hukum salat, puasa, zakat bila sampai nisab, muamalah, jual beli apabila dia bergelut di dunia perdagangan, dan hukum-hukum Islam lainnya. Disamping itu, dia harus mengetahui akidah Ahli sunnah dalam masalah tauhid. Dia harus mengetahui apa-apa yang wajib bagi Allah, apa-apa yang jaiz bagi-Nya, dan apa-apa yang mustahil bagi-Nya, baik secara global maupun secara detail. Demikian juga halnya dengan Rasul dan rukun iman lainnya.

2. Dia perlu berMakrifat atau mengenal Allah.

Seorang Mursyid harus mengaktualisasikan akidah Ahli Sunnh dalam perbuatan dan keyakinannya, setelah dia mengetahuinya sebagai ilmu. Dia harus mengakui di dalam hati dan jiwanya kebenaran akidah tersebut. Dia harus bersaksi bahawa Allah itu Esa di dalam DZAT-Nya. Disamping itu, dia juga harus mengetahui kehadiran nama-nama Allah, baik dengan cita rasa spiritualnya maupun dengan pandangan mata hatinya, lalu mengembalikannya kepada kehadiran yang tunggal yang mencakup semuanya. Dia tidak meragukan banyaknya nama-nama Allah, sebab banyaknya nama tidak menunjukkan banyaknya DZAT.

3. Dia perlu mengetahui teknik-teknik pensucian jiwa dan proses mendidiknya

Seorang Mursyid harus mensucikan jiwanya terlebih dahulu dibawah bimbigan seorang pendidik spiritual atau Mursyid. Dengan demikian, dia mengetahui tingkatan-tingkatan jiwa, penyakit-penyakitnya dan godaan-godaannya. Dia mengetahui penghalang bagi setiap fase perjalanan dan cara menaganinya sesuai dengan kondisi setiap orang.

4. Dia mestilah seorang yang mempunyai makrifat khassah. 

Maksudnya seorang Mursyid itu hendaklah seorang yang sudah mencapai tahap rasa takutkan Allah yang membekas di hati dan peribadinya. Ini semua dapat dilihat dan dirasa oleh orang yang mempunyai basirah terutama ulamak amilin sezamannya. Begitu juga dia adalah seorang yang sentiasa terhubung hatinya dengan Rasulullah saw. Semua anugerah makrifat ini didapatkannya samada dari hasil mujahadah atau dari anugerah Allah padanya. Ketulusan hati dalam mendapatkan Allah menjadikan jalannya menuju Allah itu terbentang luas dengan keberkatan junjungan mulia Rasulullah saw. 

Rasulullah s.a.w. pernah berwasiat kepada Ibnu Umar tentang hal itu dalam sabdanya, “ Hai Ibnu Umar, agamamu, agamamu. Sesungguhnya dia adalah daging dan darahmu. Maka perhatikanlah dari siapa engkau mengambilnya. Ambillah agama dari orang-orang yang istiqamah, dan janganlah engkau mengambilnya dari orang-orang menyimpang.”(HR. Ibnu ‘Ady).

Diantara tanda-tanda Mursyid Kamil ialah seperti berikut:

a.  Wujudnya rasa tenang, lapang dan sejahtera ketika bersamanya.

Jika kita duduk bersamanya, maka kita akan terasa adanya hembusan iman dan aroma yang menyejukkan jiwa. Dia tidak berbicara selain tentang Allah, tidak mengucapkan selain kebaikan dan tidak bercakap selain memberi nasihat dan pengajaran. Semua yang diungkapkan adalah ilmu yang mendidik jiwa serta mencetus keinsafan. Kita dapat mengambil manfaat dari pergaulan dengannya, sebagaimana dari pembicaraannya. Kita dapat mengambil manfaat ketika kita berada dekat dengannya, sebagaimana kita memperolehinya ketika jauh darinya. Memandangnya sahajapun mendapat manfaat jiwa apatah lagi mendengar bicaranya!!

b.   Wujudnya aura kasih sayang yang luar biasa.

Kita mendapatkan potret keimanan, keikhlasan, ketakwaan dan kerendahan hati pada diri nya dan para muridnya. Ketika kita bergaul dngan mereka, kita terkesan dengan sifat-sifat mulia, seperti cinta kasih, kejujuran, tolong menolong, bekerjasama, bantu membantu dan persaudaran yang tulus.  .

Seramai manakah jumlah murid yang belajar kepada seseorang Mursyid itu bukan ukuran. Tapi yang dinilai adalah tahap rasa takutnya mereka kepada Allah. Sejauh mana terbebasnya mereka dari noda-noda dan penyakit-penyakit jiwa dan adakah mereka dapat istiqamah perjalanan mereka menuju Allah.

c.  Ciri pengikutnya datang dari berbagai status.

Inilah ciri para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka muncul dari pelbagai latar belakang sosial. Para murid bagi mursyid ini datang dari berbagai bangsa, negara, status sosial, kepakaran dan pengalaman. Kepelbagaian mereka adalah tanda kesyumulan dakwah yang dijayakan oleh seseorang mursyid itu.

Maka keuntungan mendapat seorang Mursyid akan mendorong murid untuk mengambil ilmu darinya, terus bergaul dengannya, berakhlak seperti akhlaknya, serta mengamalkan nasihat dan bimbingannya, demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Jadi mursyid itu berjaya mengumpulkan murid-muridnya yang berbeza latar belakang untuk berada di wilayah spiritual yang sangat luhur, dimana  semuanya seiringan dalam bermujahadah untuk membebaskan diri dari cinta dunia dan takut mati. 

Mungkin sebahagian muridnya sudah berjaya mencapai tahap kekasih Allah yang sudah menyerahkan hidup matinya untuk membela Allah dan Rasul.

Dalam al-Qur’an disebutkan:
“Ingatlah, bahawa wali-wali Allah itu tidak pernah takut, juga tidak pernah susah.”

Tidak takut dan tidak gentar adalah tanda kewalian. Mereka tidak merasa gelisah atau susah. Justeru tanda kejayaan mursyid itu ialah berjaya melahirkan murid-murid yang sebegini. Gabungan mursyid dan murid yang mantap inilah yang melonjakkan para murid yang lain untuk terus meningkatkan diri masing-masing. 

Secara umum, mereka senada dan seirama dalam hal berikut:

1.   Mempunyai rasa takut kepada Allah swt. dengan sebenar-benar takut. Ini semua           dapat dilihat pada ibadah mereka yang dilakukan sungguh-sungguh dengan penuh               khusyuk.

2.   Sangat fanatik dengan Sunnah Nabi Saw. samada dari sudut kata-kata, akhlak, 
      tindakan, pergaulan dan jiwa perjuangan.

3.   Tidak mengharap kepada manusia. Pemusatan jiwa mereka hanya kepada Allah di               mana jua mereka berada, dalam situasi apa sekalipun dan pada bila-bila masa.

4.   Sangat redha dengan apa jua ketentuan Allah. Susah payah, senang atau derita - 
      semuanya baik pada mereka kerana kuatnya keyakinan hati mereka dengan Allah.

5.   Sangat berkasih sayang sesama mereka. Masing-masing saling menggembirakan 
      orang lain. Mengutamakan orang lain adalah kunci perpaduan dan kebahagiaan yang 
      tidak mudah berlaku di dalam masyarakat yang tidak mempunyai mursyid.

Kesimpulannya, hasil didikan mursyid yang sebegini, akan lahirlah masyarakat yang mempunyai:

1)   Himmah yang tinggi. 
Mereka mempunyai kekuatan jiwa yang kental, tahan deng ankesusahan dan kesulitan. Mereka sanggup menderita demi membina sistem hidup berlandaskan cara hidup Rasulullah saw. Bukankah sikap tidak mementingkan diri itu akan menjadikan seseorang itu memberikan apa yang dimilikinya untuk membahagiakan orang lain yang menderita?

2)   Menjaga kehormatan. 
Kemuliaan seseorang insan itu pada nilai rasa takutnya kepada Allah. Hamba yang takut akan sentiasa menjaga dan mengawal diri dari terjebak dengan maksiat dan mungkar. Sekali terbuat salah, mereka rasa malu dengan Allah. Mereka sanggup menebus rasa bersalah itu lebih banyak berkorban, bersedekah dan membela orang lain. Masyarakat yang dididik muryid ini adalah masyarakat yang tidak terjebak dengan dosa yang mengaibkan. Mereka mungkin sekali sekala berbuat dosa kecil yang segera pula ditaubatkan. 

3)  Amal bakti yang baik. 
Antara kebahagiaan orang yang takutkan Allah ialah berbuat bakti sesama manusia. Siapa sahaja akan menjadi sasaran kebaikannya. Jika mereka bersalah, tindakan mereka ialah meminta maaf. Jika mereka disakiti, balasannya adalah kemaafan, Jika mereka dibantu, mereka membalasnya dengan apa sahaja yang mereka miliki. Jika mereka dihargai, dipuji dan disanjung, mereka akan kembalikan semuanya kepada Allah yang maha memiliki. Mereka tidak sempat untuk merasa bangga atau istimewa. Orang lain tidak pernah tersinggung atau sakit hati dengan mereka.

4) Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.  
Rasa takutkan Allah akan menjadikan seseorang itu sangat sensitif dengan dosa dan maksiat. Kasih sayang mereka dengan sesama manusia mendorong mereka berusaha memberi kesedaran dan keinsafan. Ianya terbit dari hati yang tulus untuk menyelamatkan seramai mungkin insan dari dibakar api eraka di akhirat. Sebab itu mereka berusaha menyedarkan umat dengan cara hikmah dan bijaksana. Mereka tidak akan terjebak dengan cara militan, kekerasan atau revolusi. Para mursyid sentiasa mengutamakan kasih sayang dan perpaduan. Islam yang selamat dan menyelamatkan itulah yang sentiasa ditonjolkan. Justeru mereka pelbagaikan kaedah dan pendekatan dakwah agar masyarakat mendapat Allah dan Rasul. Kebahagiaan mereka ialah jika mereka berjaya mempromosi Allah dan Rasul dengan cara yang lunak dan indah.

5) Mengagungkan Nikmat Allah Swt.
Orang-orang Allah yang dididik mursyid adalah kelompok yang hati mereka tidak putus dengan Allah. Justeru mereka akan sentiasa nikmat Allah yang tidak terhingga. Itulah kesibukan mereka. Nikmat Allah itu mahu disyukuri. Seboleh-bolehnya tidak ada nikmat yang tdak disyukuri. Mereka mahu membilangnya tanpa henti. Sebab itu akan kelihatan jelas bagaimana mereka membesarkan nikmat Allah. Mereka akan perlihatkan nikmat itu dengan sehebat-hebatnya agar manusia lain juga turut kagum dengan Allah. Sebab itu mereka akan menghias cantik, menyusun atur kelengkapan apa saja dengan kemas, menarik dan kelihatan hebat. Tarafnya melebihi hotel paling mahal di dunia. Mereka tidak rasa hak mereka kerana semuanya adalah milik Allah yang mesti dikembalikan padaNya dalam bentuk penuh kehebatan dan keagungan.

Dari sini, jelaslah bahawa setiap sufi di zaman ini hendaklah mencari mursyid benar-benar memenuhi ciri-ciri di atas. Islam di akhir zaman mesti dilihat hebat dan berwibawa. Hanya mursyid yang dipimpin Allah sahaja yang mampu berbuat sebegini rupa. Dialah yang akan berjaya sampai kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Dialah yang akan menjadi suri teladan paling sempurna di zamannya. 

Tentulah kita sedar, bagaimana Jibrail membimbing Rasulullah saw ketika dibawa menuju Allah dalam Isra’ dan Mikraj. Rasulullah Saw. senantiasa dibimbing oleh Malaikat Jibril as. Fungsi Jibril di sini sama dengan fungsi Mursyid di mata kaum sufi. 

Hal yang sama, ketika Nabi Musa as, yang merasa telah sampai kepada-Nya, ternyata harus diuji melalui bimbingan ruhani Nabi Khidir as. Hubungan Nabi Musa dan Nabi Khidir adalah hubungan spiritual antara Murid dan Mursyidnya. Maka dalam soal-soal rasional serta logik, Nabi Musa as sangat progresif. Tetapi ternyata Nabi Musa tidaklah sehebat Nabi Khidir dalam soal batiniyah. Hakikatnya mereka berdua mempunyai bidang tugas di ruangan yang berbeza.

Inilah etika yang perlu difahami dalam menerima hakikat yang Pak Lang bicarakan ini. Semoga Allah terus memahamkan kita semua tentang agamanya. 
 

Sample text

Sample Text

Sample Text