Social Icons

Sabtu, 28 Februari 2015

Dahsyatnya, Ajaibnya Dan Luar Biasanya Nilai Manusia

 

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang dahsyat lagi ajaib. Maksudnya kita semua adalah spesis dahsyat dan ajaib. Kita spesis luar biasa. 

Sebagai manusia kita diciptakan Allah dengan 'sebaik-baik' kejadian. Maknanya kejadian yang terbaik, paling hebat, paling agung dan paling istimewa berbanding ciptaan Allah yang lain. Wah!! begitu sekali Allah buatkan untuk kita yang bernama manusia.

Allah perlakukan kita jadi hamba dan khalifah di dunia. Dengan Allah kita kena jadi hamba yang kenal, cinta dan takut Allah. Di atas dunia, Allah 'assgnmentkan' kita supaya bertindak selaku pemimpin, pentadbir dan pengurus dunia mengikut cara Allah dan Rasul.

Khalifah itu wakil Allah. Ertinya Allah yang maha hebat itu pilih kita manusia sebagai wakilNya. Tentulah bukan sebarang makhluk, manusia ini. Maknanya kita semua sudah ada ciri luar biasa, hebat, gagah dan sebagainya - yang semuanya kena digunakan untuk membesarkan dan mengagungkan Allah.

Kerja kita di atas muka bumi ialah supaya Allah dan Rasul itu dicintai, ditakuti, dirindui, dikagumi, disayangi, disanjungi, dipromosi, digilai dan sebagainya. Ha!! begitulah beratnya tugas wakil Allah. Kalau kita buat kerja ini dengan sepenuh jiwa raga kita, Allah akan jadi CEO bagi syarikat bisnes kita. Allah akan jadi penasihat kehormat bagi rumah tangga kita. Allah akan jadi pembela perjuangan kita. Allah tahulah bagaimana membalas kerja-kerja kita. 

Sebab itu, orang mukmin itu luar biasa keadaannya. Dia sanggup terima apa saja dari Tuhannya kerana dia sedar itu semua adalah baik untuknya. Semuanya positif. Semuanya dipandang dan diterima dengan redha dan syukur. Hatinya kaya dengan penyerahan total kepada penciptaNya. Dibuat apa saja oleh Allah, dia akan berbahagia menyambut dan menanggungnya. 

Fikir, Rasa, Cakap Dan Buat Yang Positif Adalah Doa!!


Aku Adalah Sangkaan Hambaku

Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”
Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra

Inilah yang sewajibnya kita sangka terhadap Allah. Allah mahu kita bersangka baik denganNya. Semua yang ada dalam diri kita lahir dan batin mesti selari dengan Allah. Allah maha inginkan kebaikan, keselamatan, kejayaan dan segala yang positif untuk kita. Allah itu kan maha positif. Allah maha baik, maha segala-galanya. 

Positif itu adalah suatu yang wajib ada dalam diri kita. Positif itu Fardhu Ain. Siapa yang tidak ada unsur positif dikira berdosa. Kalau fikiran negatif - berdosa. Kalau hati negatif - berdosa. Kalau cakap negatif - berdosa. Kalau tindakan negatif lagilah berdosa. 

Ingatlah dosa di sini tidak sama. Orang soleh menganggap hatinya yang lupa dan lalai dari ingat Allah itu sudah berdosa. Orang awam anggap dosa hanya apabila melakukan dosa yang dapat dikesan dengan panca indera yang lima. 

Sebenarnya dosa yang paling sulit untuk diatasi ialah dosa batin, dosa maknawi yang tidak mudah dikesan secara lahir. Dosa yang Maknawi inilah yang banyak menghumbankan manusia ke neraka -wal'iya zubillah!!

Sangka baik itu wajib ada dalam diri kita. Sangkaan di dalam hati pun sudah berupaya membentuk apa yang diri kita akan capai. 

Sangka baik dengan Allah dengan semua peraturan Allah akan menghasilkan diri yang luar biasa. Alla campur tangan 'A to Z' terhadap apa saja yang kita inginkan. Terdetik di hati, Allah sudah izinkan hasrat kita berlaku. Kelihatannya ajaib tetapi itulah kuasa Allah. Allah itu maha ajaib. Dia saja yang mampu lakukan. 

Kita manusia di suruh sangka baik lahir batin denganNya. Inilah rahsia para kekasih Allah mendapat kemudahan dalam hidup mereka. Mereka hidup tidak bergantung dengan manusia sebaliknya ramai insan lain berebut-rebut mahu berkhidmat pada mereka. Orang lain memberi hati kepada mereka. Itulah anugerah Allah. 

Mereka hidup tidak ada masalah kerana Allah selesaikan masalah mereka dengan cara Allah. Mereka hidup senang lenang 'tanpa kerja' kerana rezeki mereka sentiasa dalam jaminan Allah. Orang lain berhempas pulas mencari rezeki, dapat seciput. Mereka yang sudah bersangka baik lahir batin dengan Allah ini, sedikit cuit sahajapun sudah raup kekayaan melimpah ruah!!

Rupa-rupanya kita dan ramai manusia sedang hidup dalam kepompong negatif. Fikiran negatif, perasaan negatif, percakapan negatif, tindakan negatif maka lengkaplah kenegatifan itu di dalam diri.

Jika kita baru sedar, nak mengubahnya bukanlah mudah. Hal yang sudah biasa bahkan sudah mendarah daging, bukanlah dapat dirubah sekaligus. Kena bertahap-tahap. Itu bagi yang insaf, laluan untuk berubah itu sudah ada dan dapat dilihat. Pandang yang positif, fikir yang positif, cakap yang positif, menghayati hal positif serta bertindak gaya positif.

Maka Rasulullah saw mengajak kita fokus kepada Allah. 'marketingkan' diri kita padaNya. Berbillion manusia, jika kita sangka baik lahir batin denganNya, moga-moga ada peluang Dia mahu melihat kita. Apapun semuanya bergantung apa sangkaan kita terhadapNya.

Apa peranan Allah pada kita adalah semua yang baik-baik. Selama ini kita buruk sangka dengan Allah. Kata dalam hati, aku mana boleh berjaya. Aku mana ada duit! Aku tak ada modal. Aku tak pandai. Aku orang tak kenal. Aku tak boleh buat. Aku tak pernah ada pengalaman. Dan lain-lain. 

Kita semua ada kata-kata negatif sebegini samada di mulut atau di dalam hati. Sedar atau tidak, itulah kata-kata 'keramat' yang membentuk sikap dan tindakan kita. Itulah juga yang membentuk perasaan hati kita. 

Itulah yang menjadikan kita manusia kerdil, lemah jiwa dan melihat dunia dengan rasa lemah tidak bermaya. Ianya memberi akibat dahsyat dan semakin memburuk jika tak dirawat. Kehidupan dan perjuangan tidak lagi satu hiburan tetapi penuh dengan kebuntuan dan kegelapan. Malanglah nasib. 

Sebenarnya sangka baik dengan Allah itulah doa. Maksudnya apa yang kita fikir terhadap kehidupan yang kita lalui sekarang, itu adalah doa. Apa yang kita kata terhadap kehidupan, itu adalah doa. Apa yang kita rasa terhadap kehidupan, itu adalah doa. Apa yang kita lakukan (bertindak) terhadap kehidupan, itu adalah doa. 

Apa yang kita fikir, 
apa yang kita rasa, 
apa yang kita cakap, 
apa yang kita buat 
adalah DOA

Betapa besarnya setiap perilaku manusia dalam kehidupan seharian. Semuanya berkait rapat dengan doa. Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah, lakukan segala-galanya dari aspek yang baik dan positif. Kerana firman Allah, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Al-Baqarah, ayat 286. 

Pak Lang pernah berjumpa dengan seorang yang tidak sempurna tubuh badannya. Beliau tidak dapat bergerak seperti manusia normal. Namun itu bukan alasannya untuk menyerahkan keputusan di tangan Tuhan. Sebaliknya, beliau bersyukur dan berusaha menggunakan kelebihan yang Tuhan berikan untuk memulakan perniagaan. 

Kini, perniagaannya sudah menjadi sebuah empayar. Satu daripada pengajaran yang Pak Lang peroleh daripada beliau adalah, “Saya tahu saya ada kekurangan. Tetapi saya tidak boleh bersikap lemah. Saya perlu berusaha lebih keras dan buktikan pada diri saya sendiri, bahawa setiap kurniaan Allah adalah kurniaan yang adil.” 

Semuanya Adalah Doa – Jadi? Amalkan setiap apa yang kita fikir, kata, rasa dan bertindak dengan cas-cas yang positif. Bantuan yang pasti adalah bantuan daripada Allah. Ini disebutkan dalam firmanNya: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlath berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” – Al-Baqarah, ayat 45. 

Jawapannya ada dalam kitab suci Al-Quran. Minta dengan penuh kesabaran dan kepercayaan bahawa Allah pasti tunaikan. Soalnya bila, itu bukan hak kita. Kerana Allah sahaja yang tahu bila masa yang sesuai dan terbaik untuk diberikan kepada hambaNya. Tugas kita? Berusaha sehabis baik dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan yang menjurus kepada impian yang diinginkan. 

Harga RON95, RON97 Dan Diesel Naik 25 Sen


Harga minyak RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Ekoran itu, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter).

“Harga baru ini akan berkuatkuasa bagi bulan Mac 201,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri. Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran matawang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

Mengagumkan, Tindakan Yatt Hamzah Selepas Memfailkan Penceraian Dengan Suaminya


Jika semalam ramai peminat yang terkejut dan seakan tak percaya apabila Yatt Hamzah memfailkan perceraian, tapi nampaknya seperti ada sinar baru dalam rumahtangga pelakon dan pengacara ini.

Menurut laporan mStar Online semalam, mahkamah menangguhkan perbicaraan permohonan perceraian yang difailkan oleh Yatt kepada tarikh 12 Mac 2015 untuk sebutan kes dan lantikan peguam.

Terdahulu, suami Yatt, Abdul Mutalib memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mahu menarik semula kes kerana ingin mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangganya.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Saifullah Hamzah menjelaskan plaintif (Yatt) telah pun memfailkan permohonan itu dan kedua-dua pihak perlu berbincang dengan peguam masing-masing bagi meneruskan kes perceraian mereka.

Namun menerusi perkembangan terbaru yang dilihat di Instagram malam semalam, Yatt sendiri telah memuat naik sekeping foto bersama suami dan anaknya dalam keadaan gembira.


Katanya, mereka sedang mencari barang untuk bertolak ke Syria esok sambil Yatt mengucapkan kata cinta kepada anaknya, Suci Hanania Malika dan suami.




Alhamdulillah jika benar hubungan mereka akan kembali pulih. Tak ada siapa yang gemarkan perceraian, betul tak?

Jumaat, 27 Februari 2015

Mengubat Dan Memulihkan Pesakit Was-Was

Penyakit Was-Was - Bagaimana Mengubatinya? 
Pada Januari 2013, Pak Lang paparkan di dalam blog suaramuhajirin313 ini tulisan atas tajuk "Penyakit Was-Was - Bagaimana Mengubatinya?". ianya sekadar mahu memberi penjelasan kepada mereka yang ter'aniaya' dengan was-was. 

Rupa-rupanya ramai yang membaca tajuk itu. Sememangnya bila kita google 'was-was' - blog suaramuhajirin313 dengan tajuk di atas - antara yang akan muncul di muka pertama.

Barulah Pak Lang tahu ramai sangat insan malang di luar sana yang terperangkap dengan penyakit yang tidak mudah pulih ini. 

Pak Lang menerima telefon dan whatsapp dari ramai pembaca bertanyakan kaedah merawat atau melawan was-was. Ada yang baru nak kena, ada yang sudah kronik. Ada yang bertanya bagi pihak adik atau saudara mara, ada yang bertanya hal diri sendiri. 

Pak Lang sangat bersimpati dengan mereka. Pak Lang berjanji akan buatkan satu modul rawatan khas untuk pembaca blog Pak Lang yang mengadu dengan Pak Lang.

Jika berminat sila tempah tempat anda untuk program rawatan nanti..Sila hubungi Pak Lang di talian; 019-6226183 (tel &Whatsapp). 


Sebenarnya kita semua akui, Syaitan adalah musuh utama manusia. Kita sedia maklum, dicubanya dengan 1001 cara mengajak, menarik, memujuk dan mendorong manusia mengikut jalannya ke neraka. Tidak dapat cara menghalang, dia akan mendorong-dorong hingga jadi keterlaluan dalam beragama. Salah satu cara Syaitan merosak-hancur manusia ialah penyakit was-was

Penyakit ini disematkan di hati hamba Allah untuk menimbulkan keraguan. Ragu-ragu, tidak puas hati dan was-was adalah metod syaitan yang dengan mudah menguasai (baca menunggang) seseorang muslim / muslimah yang lemah. Mereka akan dipaksa mengulang-ulang pekerjaan dan ibadahnya. 

Ada yang mandi mengangkat hadas besar sampai 3-4 jam di bilik air. Ada yang mengulang-ulang gerakan wudhu kerana merasa ada bahagian yang masih belum di basahi air wudhu. lalu di ulang-ulang, diulang-ulang, diulang-ulang tanpa henti. Habis basah lencun seluruh pakaian ketika berwudhu'. Itulah kegembiraan Syaitan. Mereka ketawa dengan simuslim / muslimah yang sudah menjadi kuda tunggangan mereka.  

Image result for wudhu dan air

Ada pula yang berwudhu berkali-kali kerana merasa ada angin yang keluar dari dubur. Sentiasa begitu hatta ketika solat - hati dan fikiran lebih membimbangi kentut atau tidak. 

Ada yang buang air kecil sahaja pun berjam-jam kerana merasa tidak tuntas. Ada yang sentiasa menukar-ganti seluar kerana merasa ada saki baki kencing yang menitis. Ada pula yang mengulang-ulang takbiratul ihram kerana merasa belum 'masuk' niat. Ada yang membaca Al-Fatehah berulang-ulang dengan susah kerana merasa tidak benar-benar ikut tajwid dan makhraj hurufnya. 

Yang lebih dahsyat sampai ada yang menjerit-jerit: "Saya tidak mentalak isteri saya!!", kerana diwas-waskan Syaitan untuk menyangka telah melontarkan kalimat cerai.

Demikianlah was-was yang tidak sudah-sudah. Khusyuk dalam solat yang wajib tidak dapat berlaku kerna seluruh anergi jiwa dan akal sudah tertumpu pada hal yang diwas-waskan Syaitan. Dahsyat dan menggerunkan pada kesudahan hidup mereka yang sebegini. 

Sebenarnya apa tujuan Syaitan melakukan ini semua?

Tentunya untuk membawa mangsanya itu bersamanya ke neraka. Akibat neraka adalah seburuk-buruk hasil usaha semasa di dunia. Kita tahu betapa sangat perlu mengelak dari di humban ke neraka tetapi ramai yang kecundang dengan dosa, maksiat dan kejahatan. 

Penyakit was-was ini bukan untuk orang yang mahu buat maksiat tetapi untuk orang yang sangat-sangat-sangat-sangat mahu berbuat kebaikan dengan cara terbaik-terbaik-terbaik.. Akhirnya penyakit was-was inilah yang akan menjerumuskan mangsanya ke neraka. (Wal'iya zubillah)

Syaitan menekan pesakit was-was sehingga mereka terperangkap dalam keinginan hendak lakukan ibadah dengan sempurna. Bebanan kepayahan was-was itu akan mendatangkan rasa berat yang amat sangat, rasa sukar hendak melepasi dan rasa payah dalam melakukan ibadah. 

Tidaklah mustahil, mereka akan berdebar-debar kencang ketika mahu melakukannya kerana mereka tahu mereka tak akan mudah melepasi 'kesempurnaan' yang di 'imej'kan oleh Syaitan itu. 

Ya!! Kesempurnaan yang sangat mahu disempurnakan itu adalah apa yang Syaitan mahukan - bukan yang Alah mahukan. Allah mahu hati yang takutkanNya dengan sebenar-benar takut. Allah mahu rasa taqwa di dalam hati kita. Pesakit was-was tertipu dengan perasaan sebenar yang sepatutnya ada dalam hati mereka. Mereka tidak akan selamat dengan membawa hati yang was-was. 

Sebenarnya memberatkan diri dengan perkara-perkara was-was Syaitan ini adalah haram dan berdosa. Ianya takalluf nafsi (membebani diri) yang dilarang. Saiyidina Abu Hurairah ra menyebutkan bahawa Nabi saw. bersabda, 

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ 
“Sesungguhnya agama itu mudah, tidaklah seseorang memberat-beratkan dirinya dalam beragama kecuali dia akan terkalahkan (oleh urusan agama yang diberatkannya itu).” (Riwayat Al-Bukhari dan An-Nasai). 

Dan benarlah apa yang disabdakan Baginda saw. Setiap orang yang membebani dirinya dalam beramal yang was-was, akan berakhir dengan rasa bosan, jemu, takut, malas bahkan membenci amal ibadah. 

Untuk para pesakit was-was, tunggu paparan berikutnya! Pak Lang akan maklumkan program rawatan Intensif untuk semua yang bermasalah was-was. ianya untuk pembaca blog suaramuhajirin313 sahaja dan mereka akan dirawat oleh Pak Lang sendiri. Insya Allah.

Penyakit Was-Was - Pengalaman Derita Menanggungnya

Semasa menunggu keputusan peperiksaan SPM waktu remaja dulu, Pak Lang mengalami penyakit was-was yang teruk. Ianya berpunca dari keghairahan diri ingin mengikut peraturan agama dengan serius. Rasanya was-was ini bermula apabila Pak Lang berpindah belajar di Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik, Alor Merah, Alor Setar di tahun 1976 -1977. 

Pak Lang terpilih memasuki aliran sains waktu tingkatan empat dan lima. Waktu itu, sekolah aliran sains hanya ada di Alor Setar. Di Jitra tidak ada. Maka sepanjang 2 tahun di Alor Setar, minat mengikuti dakwah pun mula tumbuh. Waktu itu era 'bergabungnya' ABIM dengan Al-Arqam. Maksudnya saling bekerjasama. 

Pak Lang aktif di dalam Persatuan Pelajar Islam Negeri Kedah yang bergabung dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). PKPIM merupakan cabang pelapis melahirkan kader dakwah di bawah pengaruh ABIM. Waktu itu banyak kursus perkaderan dakwah dibuat di hujung-hujung minggu. Barisan pimpinan Abim Pusat dan Negeri Kedah mendominasi pengisian kuliah di kursus-kursus tersebut. Ada juga kelihatan pimpinan Al-Arqam yang turut mengisi. Pak Lang mengenali mereka melihat pada jubah dan serban yang dipakai. Kursus sebegini berlaku boleh dikatakan setiap minggu atau setiap cuti persekolahan. 


Minat dalam dakwah sebegitu berterusan bila Pak Lang secara serius ingin belajar di Yayasan Al-Arqam selepas SPM. Malangnya pemergian Pak Lang di Sungai Pencala bertemu dengan almarhum Syeikh Ibrahim Muhammad - pendaftar Yayasan Al-Arqam masa itu - telah ditolak dengan alasan umur yang sudah 18 tahun (Ketika itu belum ada Qismu Dakwah). Lalu Pak Lang balik ke Kedah untuk memasuki sekolah pondok - sesuai dengan syor serta cadangan al-marhum.

Penyakit was-was menimpa Pak Lang ketika sedang menunggu keputusan SPM sehingga membawa ke pondok. Ianya cukup menyusahkan, menyulitkan bahkan sangat mengganggu. Tetapi dengan kasih sayang Tuhan, berkat merintih meminta pertolongan Tuhan, penyakit itu makin mereda setelah belajar di Maktab Pengajian Islam Kedah, Kodiang (lebih dikenali sebagai Pondok Hutan Palas atau Pondok Keplu). 

Disamping belajar di sekolah arab tersebut sebelah pagi, Pak Lang juga belajar dengan Tok Guru Haji Chik Petani setiap lepas zohor di rumahnya. Setiap lepas Zohor Pak Lang mengayuh basikal tua 4km ke rumahnya. Dia sangat alim dalam ilmu Fekah. Dengan panduannya penyakit was-was Pak Lang dapat dikikis. 

Sememangnya was-was berpunca dari;
a)  Keinginan melakukan ketaatan atau beramal ibadah dalam agama
b)  Dorongan syaitan yang sudah tidak mampu menghalang kita dari berbuat taat. Maka 
      syaitan mendorong kita supaya jadi melampau dan bersangatan dalam amalan yang 
      menyusahkan kita dalam berbuat taat. Akibatnya kita gagal mendapatkan Tuhan                   sebaliknya tertumpu pada hal-hal yang diwas-waskan. 
c)  Terperangkap dengan hujjah syaitan yang tidak mampu dilawan. Ianya memang                    perlawanan yang sengit di dalam diri. Tanpa ilmu dan panduan, seseorang pasti akan          menyerah dengan syaitan untuk 'dibulinya' habis-habisan.

Sepanjang hidup Pak Lang bertemu dengan ramai manusia yang terperangkap dengan penyakit was-was. Ianya mengenai siapa saja - perempuan atau lelaki. Yang muda atau tua. Kalau cuba melawan tanpa pimpinan, tak akan mampu. Biasanya sampai ke tua lah. Pak Lang bersyukur kerana hampir 3 tahun juga dibimbing oleh Tok Guru Haji Chik ini dalam melawan penyakit ini. Semoga Allah swt meredhai beliau dan keluarganya serta semua guru-guru Pak Lang.

Dalam mengubati penyakit was-was ini, Tok Guru Haji Chik ini membawakan hujjah hadis Rasulullah saw yang berbunyi, 

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ
Yang bererti, “Sesungguhnya agama itu mudah, tidaklah seseorang memberat-beratkan dirinya dalam beragama kecuali dia akan terkalahkan.”

Secara kebetulan, Pak Lang terjumpa dalam blog yang membicarakan bagaimana mengubat penyakit was-was ini. Ianya ditulis oleh Ustadz Ammi Nur Baits dari Indonesia.                  
SILA KLIK DI SINI untuk meninjau tajuk-tajuk berkaitan. 


Berikut Pak Lang paparkan tulisan beliau mengenai hal ini. Moga-moga manafaatnya akan mendatangkan rahmat dan kasih sayang Tuhan untuknya dan untuk kita semua. Pak Lang bersetuju dengan apa yang ditulisnya kerana inilah jalan atau panduan untuk pulihkan diri bagi sesiapa yang terperangkap dengan penyakit was-was. Mohon diperpanjangkan kepada kawan rakan yang sedang mengalaminya. Pak Lang tidak mengeditkannya ke Bahasa Malaysia. Mohon maaf!

Basmalah wal Hamdalah
Salah satu diantara senjata iblis untuk merosak manusia adalah penyakit was-was. Penyakit ini dia sematkan di hati hamba Allah untuk menimbulkan keraguan. Dengan metod ini, setan berupaya dengan mudah mendorong seorang muslim untuk mengulang-ulang ibadahnya. Ada yang mandi besar sampai sekitar 2-3 jam, ada yang mengulang-ulang gerakan wudhu kerana merasa ada bahagian yang yang masih kering, ada yang berwudhu berkali-kali karena merasa ada yang keluar dari dubur, ada yang buang air kecil setengah jam karena merasa tidak tuntas, ada yang menukar-ganti seluar kerana merasa ada yang menitis, ada yang mengulang-ulang takbiratul ihram kerana merasa belum niat, ada yang membaca Al-Fatihah berulang-ulang dengan susah kerana merasa tidak benar, bahkan sampai ada yang teriak-teriak: saya tidak mentalak istri, kerana menyangka telah melontarkan kalimat cerai, dst.

Subhanallah…,kita dapat bayangkan, sungguh betapa malangnya mereka. Untuk dapat melakukan satu ibadah, dia harus susah payah mengulang-ulang kerana perasaan tidak tenang. Penyakit was-was selalu menggelayuti hatinya dalam beribadah. Kira-kira, apa tujuan setan dengan godaan semacam ini?

Kemungkinan besar, tujuannya adalah agar orang itu merasa bosan dan keberatan dalam melakukan ibadah itu, kemudian dia tinggalkan. Atau setidaknya, perbuatan seperti ini termasuk takalluf (membebani diri) yang terlarang. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ

“Sesungguhnya agama itu mudah, tidaklah seseorang memberat-beratkan dirinya dalam beragama kecuali dia akan terkalahkan.” (HR. Bukhari 39, An-Nasai 5034, dll).

Dan benarlah apa yang disabdakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Setiap orang yang membebani dirinya dalam beramal, berujung pada sikap bosan atau bahkan membenci amal ibadah. 

Cara Mengubati Was-was

Setelah kita yakin bahwa penyakit was-was adalah godaan iblis, untuk selanjutnya kita perlu berusaha mencari solusi agar dapat terbebas dari masalah ini. Ada beberapa saran yang disampaikan ulama untuk mengubati was-was:

Pertama, Tidak peduli

Obat yang paling mujarab untuk menghilangkan was-was adalah sikap tidak peduli. Tidak mengambil pusing setiap keraguan yang muncul. Imam Ahmad al-Haitami ketika ditanya tentang penyakit was-was, adakah obatnya? Beliau mengatakan,
له دواء نافع وهو الإعراض عنها جملة كافية ، وإن كان في النفس من التردد ما كان – فإنه متى لم يلتفت لذلك لم يثبت بل يذهب بعد زمن قليل كما جرب ذلك الموفقون , وأما من أصغى إليها وعمل بقضيتها فإنها لا تزال تزداد به حتى تُخرجه إلى حيز المجانين بل وأقبح منهم , كما شاهدناه في كثيرين ممن ابتلوا بها وأصغوا إليها وإلى شيطانها

"Ada ubat yang paling mujarab untuk penyakit ini, yaitu tidak peduli secara keseluruhan. Meskipun dalam dirinya muncul keraguan yang hebat. Karena jika dia tidak perhatikan keraguan ini, maka keraguannya tidak akan menetap dan akan pergi dengan sendiri dalam waktu yang tidak lama. Sebagaimana cara ini pernah dilakukan oleh mereka yang mendapat taufiq untuk lepas dari was-was. Sebaliknya, orang yang memperhatikan keraguan yang muncul dan menuruti bisikan keraguannya, maka dorongan was-was itu akan terus bertambah, sampai menyebabkan dirinya sepertiorang gila atau lebih parah dari orang gila. Sebagaimana yang pernah kami lihat pada banyak orang yang mengalami cobaan keraguan ini, sementara dia memperhatikan bisikan was-wasnya dan ajakan setannya" (al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubro, 1:149).

Kedua, mengambil sikap kebalikannya

Bentuk tidak mempedulikan perasaan was-was dalam hati adalah dengan mengambil sikap kebalikannya. Misalnya, seorang berwudhu, kemudian muncul keraguan seolah ada yang keluar dari dubur. Untuk mengobati was-was ini, keraguan itu tidak perlu dia perhatikan dan dia yakini wudhunya sah dan dia tidak kentut dan tidak batal sedikitpun. Atau orang yang takbiratul ihram, kemudian muncul keraguan tentang niat, maka dia yakini niatnya sudah benar, dan shalatnya sah. Demikian pula jika merasa ada yang menitis setelah buang air kecil, ketika hendak saalat. Untuk mengobati penyakit ini, dia yakini bahawa itu bukan air kencing, itu tidak najis, dan wudhu tidak batal. Sehingga dia mampu salat dengan tenang. Kecuali jika yang terjadi betul-betul meyakinkan, seperti keluar bunyi kentut, atau keluar air kencing dalam jumlah banyak, bukan hanya tetesan, dst. Dalam kondisi ini, anda harus mengulangi.

Ini sebagaimana yang disarankan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, dalam hadis dari Abbad bin Tamim, dari pamannya, bahawa ada seseorang yang pernah mengadu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang penyakit was-was yang dia alami. Dia dibayangi seolah-olah mengeluarkan kentut ketika shalat. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
“Janganlah dia membatalkan shalatnya, sampai dia mendengar suara kentut atau mencium baunya.” (HR. Bukhari 137 dan Muslim 361).

Hadis ini berlaku bagi orang yang mengalami penyakit was-was, merasa keluar sesuatu terutama ketika shalat. Dia disarankan mengambil sikap yang berkebalikan dengan keraguannya, kecuali jika dia sangat yakin bahwa itu memang betul-betul terjadi.


Ketiga, Terus Berlatih dengan Sabar

Untuk bisa menghilangkan penyakit was-was ini, tidak mungkin hanya dilakukan sekali. Perlu banyak latihan dan bersabar untuk selalu cuek dengan keraguan yang muncul. Sampai gangguan itu betul-betul hilang.

Salah satu motivasi yang bisa dia tumbuhkan dalam hatinya, yakini bahwa ini bisikan setan, dan usahanya untuk menghilangkan godaan ini adalah dalam rangka melawan setan. Ahmad al-Haitami menukil keterangan al-Iz bin Abdus Salam dan ulama lainnya,

وذكر العز بن عبد السلام وغيره نحو ما قدمته فقالوا : دواء الوسوسة أن يعتقد أن ذلك خاطر شيطاني , وأن إبليس هو الذي أورده عليه وأنه يقاتله , فيكون له ثواب المجاهد ; لأنه يحارب عدو الله , فإذا استشعر ذلك فر عنه

Al-Iz bin Abdus Salam dan ulama lainnya juga menjelaskan sebagaimana yang telah aku sebutkan. Mereka menyatakan, “Obat penyakit was-was: hendaknya dia meyakini bahwa hal itu adalah godaan setan, dan dia yakin bahwa yang mendatangkan itu adalah iblis, dan dia sedang melawan iblis. Sehingga dia mendapatkan pahala orang yang berjihad. Karena dia sedang memerangi musuh Allah. Jika dia merasa ada keraguan, dia akan segera menghindarinya..” (al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubro, 1:150).

Anda yang mengidap was-was sedang berada dalam ujian. Jika perjuangan melawan godaan ini disertai perasaan ikhlas karena Allah dan mencontoh sunah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seperti hadis di atas maka insyaaAllah nilainya pahala.

Keempat, banyak berlindung dari godaan setan

Karena godaan ini bersumber dari setan, obat yang tidak kalah penting, banyak berlindung dari godaan setan. Dari sahabat Utsman bin Abul Ash, bahwa beliau mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengadukan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya setan telah menghalangi aku dengan shalatku (tidak bisa khusyu), dan bacaan shalatnya sampai keliru-keliru.’ Kemudian Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خَنْزَبٌ، فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ، وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلَاثًا

“Itulah setan, namanya Khanzab. Jika engkau merasa sedang digoda setan maka mintalah perlilndungan kepada Allah darinya, dan meludahlah ke arah kiri 3 kali.” (HR. Muslim 2203). Utsman mengatakan, ‘Aku pun melakukan saran beliau dan Allah menghilangkan gangguan itu dariku.’

Salah satu diantara usaha melindungi diri dari setan adalah merutinkan dzikir pagi dan sore. Karena salah satu keutamaan merutinkan dzikir ini adalah perlindungan dari semua godaan setan.

Kelima, pelajari cara ibadah yang benar

Karena sebagian besar orang yang mengidap penyakit was-was adalah mereka yang tidak memiliki pemahaman yang benar tentang tata cara ibadah yang benar. Kemudian dia beribadah sesuai perasaannya. Apa yang dia rasakan mantep, itu yang dianggap benar, meskipun bisa jadi bertentangan dengan ajaran syariat.

Berbeda dengan orang yang memahami tata cara ibadah denagn benar. Semua yang akan dia lakukan, telah disesuaikan dengan standar sunah yang dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sehingga dia bisa sangat yakin, bahwa amal ibadah yang dia lakukan telah benar.

Imam Ahmad al-Haitami mengatakan,

وبه تعلم صحة ما قدمته أن الوسوسة لا تُسلط إلا على من استحكم عليه الجهل والخبل وصار لا تمييز له , وأما من كان على حقيقة العلم والعقل فإنه لا يخرج عن الاتباع ولا يميل إلى الابتداع . وأقبح المبتدعين الموسوسون ومن ثم قال مالك – رحمه الله – عن شيخه ربيعة – إمام أهل زمنه – : كان ربيعة أسرع الناس في أمرين في الاستبراء والوضوء , حتى لو كان غيره – قلت : ما فعل . ( لعله يقصد بقوله : ( ما     فعل ) أي لم يتوضأ )

Dari keterangan di atas, anda bisa mengetahui apa yang telah aku sampaikan, bahwa was-was hanya akan mendatangi orang yang diliputi kebodohan dan tidak paham, sehingga menjadi orang yang tidak punya kemampuan untuk membedakan. Sementara orang yang berada di atas ilmu dan akal yang hakiki maka dia tidak akan keluar dari ittiba’ (mengikuti sunah) dan tidak cenderung ke bid’ah. Ahli bid’ah yang yang paling jelek adalah adalah orang yang terjangkiti penyakit was-was. Karena itulah, Imam Malik pernah bercerita tentang gurunya, Rabi’ah – ulama bersar Madinah – bahwa beliau adalah orang paling cepat dalam melakukan dua hal: buang air kecil dan berwudhu. Sehingga andaikan itu dilakukan oleh orang lain, niscaya akan aku (Imam Malik) katakan, ‘Dia belum melakukannya’. Yang dimaksud Imam Malik ‘dia belum melakukannya’ adalah belum dianggap berwudhu. (al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubro, 1/150).

Disamping semua usaha di atas, jangan lupa banyak berdoa kepada Allah, memohon dengan bahasa yang anda pahami, agar Allah membebaskan anda dari penyakit akut semacam ini. Semoga Allah memudahkan kita untuk meniti jalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Allahu a’lam 
Ditulis oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembinawww.KonsultasiSyariah.com)

Adik beradik Yang Rapat Ialah Saling Ziarah Menziarahi

                                                                  Semalam Pak Lang berkesempatan ziarah rumah abang kandung yang kedua di Bandar Melati, Rompin. Bandar terdekatnya Muazam Shah. Daerahnya Rompin. Kebetulan adik Pak Lang Puan Anisah bersama suaminya Tuan Nik juga dapat hadir dari Johor Baharu. Meriahla makan tengahari dengan sayur rebung bayam, sambal belacan dengan selunggok besar ulam-ulaman. Tu dia!! Tuan Nik siap order budu lagi!!

Nama abang Pak Lang ni 'Wozari'. Ha!! Tak ada nama semacam ni dalam dunia. Kalau ada pun mungkin orang Jepun.  Anak-anak saudara panggil dia Pak Ngah Li. Adik-adik panggil dia Bang Li. Beliau lebih tua setahun dari Pak Lang. 

Dari kecil, kami berdua rapat. Maksudnya Pak Lang yang mengikutnya ke mana dia pergi. Kami naik basikal tua ('gerek'). Pak Lang membonceng. Kami tangkap ikan, tahan taut, tebang pisang, cari pucuk kayu, buah-buahan dusun, cari ikan - gagau ikan dalam bendang atau dalam selut (bahasa Kedah sebut 'kelebork') dan belajar silat sekali.

Abang yang sulong Cikgu Hj Abu Hassan di panggil Pak Long. Beliau lahir tahun merdeka. Kami berdua 1959 dan 1960. Kami adik-adik panggil Cikgu Hj Abu Hassan yang sulong ini; Bang Can. Yang kedua dipanggil Bang Li dan Pak Lang pula di panggil Bang Cik. Di bawah Pak Lang, ada Mak Nyang Teh yang dipanggil Teh atau Kak Teh (Nama sebenar yang bertuah; Cik Su - baru dapat Pingat Jasa Kebaktian - PJK dari Duli Yang DiPertuan Agong -Tahniah!!). Lepas tu Odah atau Mak Ndak Saodah), Kemudian Mak Teh Mah (Halimah), Pak Cik Lan (Ramlan) dan Mak Su Ani (Anisah).
  
Pak Ngah Li ni pencen pegawai Felda dan isterinya Rokiah Othman masih bekerja sebagai guru tadika KEMAS. Kami panggil dia Kak Kiah. Sekarang kami tambah satu lagi K pada namanya iaitu 'Kak Kiah Kelulut'. Sebab mereka suami isteri sedang memulakan projek ternak Lebah Kelulut. Komersil!!

Kak Kiah ni boleh dinobatkan sebagai kakak ipar contoh la. Tak pernah merungut walaupun letih layan tamu yang berkunjung atau adik beradik yang datang ke rumahnya. Semua tamu seboleh-bolehnya wajib makan nasi kalau pun tak boleh bermalam. Tapi memang keturunan Banjar macam tu. Ramah, mesra, prihatin dan suka layan tamu. Rahsianya yang tak ramai orang sedar ialah layan tamu ini rahsia murah rezeki.

Jadi rumah mereka sentiasa saja ada tamu dari jauh dan dekat. Rasanya termasuk rumah yang ada aura berkat la. Orang Cina kata fengsuinya tepat. Semalam Pak Lang dari Kuantan. Ditakdirkan Puan Anisah dan Tuan Nik juga hendak ke sana. Memang Allah pertemukan dengan kemeriahan sebegitu. Lihat gambar-gambar di bawah. Gambar makanan tak boleh tunjuk sebab kesian dengan anak saudara Pak Lang - Syamil yang sedang dalam rawatan. Nanti dia teringin.

 Syamil yang tabah dalam menempuh rawatan di hospital. (Gambar minggu lepas)
 Syamil di katil hospital (Gambar minggu lepas)
Propolis - rasanya masam sedikit tapi sangat mujarab untuk kanser usus, gaut dan lain-lain


 Menuang madu kelulut dari pecahan sarangnya di dalam perdu pokok hutan
 Madu Kelulut di dalam kantong bulat kecil. Mengambil dengan disedut guna picagari
 Kak Kiah (Mak Ngah Kiah) berbaju kurung bunga biru. Pak Ngah Li baju biru. Pak Su Nik Hazani dan Mak Su Ani di sebelah kanan. Adik Asma' berbaju merah.





Dari kecil, kami berdua rapat. Maksudnya Pak Lang yang mengikutnya ke mana dia pergi. Kami naik basikal tua ('gerek'). Pak Lang membonceng. Kami tangkap ikan, tahan taut, tebang pisang, cari pucuk kayu, buah-buahan dusun, cari ikan - gagau ikan dalam bendang atau dalam selut (bahasa Kedah sebut 'kelebork'). Sekarang beliau -


Lebah kelulut merupakan lebah yang bersaiz kecil berbanding lebah madu yang biasa kita lihat. Lebah kelulut juga mempunyai habitat yang agak pelik iaitu dalam tunggul-tunggul kayu.

Maka tidak hairanlah kenapa para pengusaha menggunakan rumah kotak yang diperbuat daripada kayu sebagai pelindung koloni lebah kelulut.

Lebah jenis ini tidak menyengat seperti lebah biasa. Maka, tidak perlu risau untuk risiko terkena sengatan berbahaya.

Madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut ini tidaklah sepekat madu tualang yang banyak di pasaran sekarang. Ia dapat dilihat daripada tesktur warnanya. Namun begitu, khasiat madu kelulut ini masih ajaib seperti yang dijangka.

Madu lebah kelulut merupakan madu yang tinggi khasiatnya kerana saiz lebah yang begitu kecil membolehkan ia menyedut madu daripada bunga jauh lebih dalam.

Dikatakan bahawa pihak MARDI telah melakukan pelbagai penyelidikan berkenaan lebah kelulut ini. Nampaknya memang ia antara sumber terbaik untuk kesihatan. Sehingga hari ini, lebih kurang 30 spesis lebah kelulut dikumpul.
Antara Khasiat Madu Kelulut Yang Ajaib
Kencing manis
Strok
Kanser
Hipertension
Gaut
Sakit sendi
Kuatkan tenaga batin
Anti penuaan
Jerawat
Kudis, kurap atau jangkitan kulat pada kulit
Tingkatkan metabolisme
Memulihkan kecederaan dalaman

Khamis, 26 Februari 2015

Ajaibnya Khasiat Madu Lebah Kelulut


Khasiat madu lebah kelulut


Norlezah Baharom menyedut madu kelulut dari sarang dengan mengunakan mesin penyedut di ladang di Lanchang, Pahang,

Ramai yang menganggap lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa.

Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesies lebah tersebut.

Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa.

Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Trigona Bee, Norlezah Baharom yang berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut.

Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa.

"Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar kepada penternakan lebah jenis ini.

"Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat MARDI saya mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut," katanya.

Ujar Norlezah, jika menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi madu kelulut sebanyak itu.

Norlezah mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. Namun setelah menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius.

Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 1997, akhirnya pada tahun 2005 Norlezah mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat MARDI.

Kini, permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Norlezah tidak 'menang tangan'.

Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.

Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.

Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.

Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.

Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.

Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.

Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.

Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.

Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Jelas Norlezah, kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik.

"Jika di peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran.

"Kini, permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah," katanya.

Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Larangan Keluar Rumah Waktu Maghrib, Mari Lihat Secara Ilmiah.


MAGHRIB merupakan waktu Solat tiga rakaat yang dilakukan ketika bumi berpindah masa dari siang menjadi malam. Masa Maghrib tiba, orang tua biasanya menyuruh anaknya masuk ke dalam rumah dan menghentikan aktiviti di luar rumah. 

Mereka percaya, bila Maghrib tiba banyak syaitan dan jin berkeliaran.Selepas Magrib, mereka kembali membiarkan anak-anaknya untuk bermain di luar rumah. Bagi umat Islam, larangan ini merupakan mitos yang dipercayai secara turun temurun. Biasanya mereka hanya meneruskan kebiasaan orang tua dan tidak mengetahui bahawa sebenarnya larangan ini ada dalam hadis Nabi SAW. 
Nabi Muhammad SAW bersabda,

"Jangan kalian membiarkan anak anak kalian di saat matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam sebab syaitan berpecah jika matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam," (Dari Jabir dalam kitab Sahih Muslim).Selain itu juga dijelaskan dalam Sahih Muslim Nabi, bersabda: 

"Jika sore hari mulai gelap maka tahanlah bayi bayi kalian sebab iblis mula bergentayangan pada saat itu, Jika sesaat dari malam telah berlalu maka lepaskan mereka, kunci pintu pintu rumah dan sebutlah nama Allah sebab syaitan tidak membuka pintu yang tertutup. Dan tutup rapat tempat air kalian dan sebutlah nama Allah. dan tutup tempat makanan kalian dan sebutlah nama Allah. walaupun kalian mendapatkan sesuatu padanya." 

Hadis Nabi SAW ini boleh dijelaskan secara ilmiah. Sebuah buku ilmiah keagamaan karya Prof. DR. Ir. H. Osly Rachman, MS berjudul The Science Of Solat diterbitkan QultumMedia menjelaskan bahawa menjelang Maghrib, alam akan berubah menjadi spektrum cahaya berwarna merah. 

Cahaya merupakan gelombang elektromagnet (EM) yang mempunyai spectrum warna yang berbeza satu sama lain. Setiap warna dalam spektrum mempunyai tenaga, kekerapan dan panjang gelombang yang berbeza. Dalam bukunya dijelaskan bahawa ketika waktu Maghrib tiba, berlaku perubahan spectrum warna alam selaras dengan kekerapan jin dan iblis, yakni spektrum warna merah. 

Pada waktu ini, jin dan iblis amat bertenaga kerana mempunyai resonansi bersamaan dengan warna alam. Pada waktu Maghrib, banyak interfernsi atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama sehingga penglihatan kadang kurang tajam oleh adanya fatamorgana.

Dalam Islam, pada waktu magrib dijelaskan bahawa syaitan bersamaan dengan datangnya kegelapan mulai menyebar mencari tempat tinggal. Kerana mereka tersebar dengan pemandangan luar biasa dan jumlah yang tidak ada yang tahu selain Allah. Sebahagian syaitan takut dari kejahatan syaitan yang lain, sehingga syaitan perlu mempunyai sesuatu yang dijadikannya sebagai tempat berlindung dan mencari tempat selamat.

Maka ia bergerak dengan cepat melebihi kelajuan manusia dengan kelajuan berlipat ganda, beberapa dari mereka berlindung dalam bekas kosong, berlindung ke rumah kosong, dan beberapa dari mereka berlindung kepada sekumpulan manusia yang sedang duduk-duduk. Mereka tentu tidak merasa, mereka ikut menumpang supaya menjadi aman dari penindasan saudara sesama syaitan yang juga berkeliaran seperti angin di bumi. 

Hal ini kerana yang boleh hidup hanya yang kuat sahaja. Kadang kala syaitan mengganggu anak kecil manusia untuk dijadikan tempat berlindung. Selain itu syaitan juga berlindung ditempat yang kotor seperti pada lampin bayi yang sudah kotor. Mereka lebih memilih lampin bayi kerana najis sebagai tempat persembunyian, sehingga mendorong mereka untuk tinggal terus.

Anda pasti pernah menemui beberapa anak menjerit tiba-tiba dan beberapa yang menggelepar dalam tidurnya kerana gangguan iblis yang merasukinya saat dijadikan tempat berlindung. Pada waktu maghrib, kita digalakkan untuk menjauh dari haiwan, seperti kucing, burung, dan mengurangkan kelajuan semasa memandu kereta kerana dikuatirkan melanggar anjing atau haiwan lain yang boleh jadi telah dirasuk syaitan. Dan juga tidak boleh jalan jalan di tempat sepi atau duduk di tempat itu, atau membaling batu ke dalam bilik mandi, kebun dan laut.

Begitulah kira-kira. 

SUMBER; IBNU HASYIM

Rabu, 25 Februari 2015

Semakin Berleluasa! Jual Teman Wanita Kepada Teman-Teman Lelaki

Remaja Perempuan Dipaksa Lakukan Seks Dengan Individu Tidak Dikenali

MELAKA: Seorang lagi remaja perempuan dari Masjid Tanah mendakwa dirinya hampir dijadikan pelacur oleh kenalan lelakinya. Insiden berkenaan berlaku hanya tiga minggu selepas seorang bapa merempuh masuk ke dalam sebuah rumah untuk menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjual dirinya sebagai hamba seks.

Dalam laporan polis tersebut, remaja perempuan Tingkatan Dua itu mendakwa kenalan lelakinya mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur di Thailand sekiranya dia enggan melayan beberapa rakan lelakinya. Remaja tersebut mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 3 pagi 3 Ogos lalu, ketika dia sedang bersiar-siar di sebuah resort di Pengkalan Balak, Alor Gajah bersama-sama dengan kenalan lelakinya yang hanya dikenali dengan panggilan Gemok

Gemok kemudiannya menyerahkan remaja berkenaan kepada tiga orang individu yang tidak dikenali. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah lagi chalet sebelum merogolnya. Suspek mendakwa mereka telah membayar sejumlah wang kepada Gemok untuk mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja perempuan berkenaan.

Ketika dihubungi saudara remaja perempuan tersebut berkata mangsa mengaku dirinya telah melakukan kesilapan yang cukup besar kerana dengan mengikut Gemok pada malam kejadian.

"Kami telah membuat laporan polis dan biar siasatan mengesahkan sama ada Gemok terlibat dengan sebarang sindiket pelacuran di Thailand," katanya.

Dalam laporan polisnya, mangsa mendakwa dia dirogol. Tidak diketahui sama ada dia diberikan dadah sama seperti kes terhadap remaja yang dilaporkan berlaku di Merlimau,

Pada 7 Ogos lalu, The Star melaporkan, seorang lelaki berusia 47 tahun berjaya menyelamatkan anak perempuannya yang bersuai 13 tahun daripada menjadi pelacur pada 26 Julai lalu selepas lelakinya yang berusia 26 tahun menjual remaja berkenaan sebagai pelacur kepada sembilan orang lelaki.

Di Merlimau, seorang remaja perempuan di bawa ke hotel dan diberikan dadah serta menerima RM20 daripada teman lelakinya bagi setiap perkhidmatan seks yang diberikan.

Ayah kepada empat cahaya mata itu berkana anak perempuannya merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajar hinggalah dia terjebak dengan kumpulan budak nakal selepas tamat peperiksaan UPSR.

Menurut ahli perniagaan itu, anak perempuannya melarikan diri dari rumah kali pertama dengan teman lelakinya Oktober tahun lalu.

Mangsa menghilangkan diri selepas keluar makan malam bersama teman lelakinya bagi meraikan kejayaannya mencapai 3A dalam UPSR.

Apa Sebab Peranti Elektronik Perlu Dimatikan Ketika Dalam Penerbangan?


Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini begitu remeh sehingga ramai yang tidak mengendahkannya.

Sekarang mengaku, ramai diantara anda yang tidak mematikan telefon bimbit di dalam penerbangan bukan?


Mungkin ia tidak sengajakan, atau mungkin kerana anda percaya peraturan itu adalah sesuatu yang tidak perlu. Hampir satu pertiga daripada penumpang kapal terbang melaporkan bahawa mereka tidak mematikan peranti elektronik mudah alih mereka, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengguna Elektronik.

Persoalannya, mengapa begitu penting untuk mematikannya? Mampukah peranti elektronik menjatuhkan kapal terbang? Berikut adalah penjelasannya.

Dalam sejarah penerbangan dunia, peranti elektronik tidak pernah menjadi punca kemalangan kapal terbang.


Selama ini, tidak pernah ada lagi kes dimana gangguan elektromagnetik daripada peranti elektronik mudah alih berjaya menjatuhkan sebuah kapal terbang komersial atau menjadi punca dalam kemalangan.

Seorang jurutera dan pakar dalam bidang penerbangan, Kenny Kirchoff berkata, "Tidak semestinya telefon boleh menjatuhkan kapal terbang. Itu tidak menjadi satu masalah."

"Namun begitu, alat-alat ini mampu mengganggu sistem sesebuah pesawat dan menyebabkan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan juruterbang semasa berada dalam fasa kritikal penerbangan. Apabila berlepas dan mendarat, juruterbang berada dalam fasa penerbangan yang memerlukan tahap konsentrasi tinggi."

"Satu masalah kecil yang disebabkan oleh peranti elektronik boleh mengalihkan perhatian juruterbang, pada masa yang sama mengurangkan tahap keselamatan kapal terbang dan menjejaskan keselesaan para penumpang di dalamnya," jelasnya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu gangguan sistem penerbangan yang berpunca daripada peranti elektronik pernah berlaku sebelum ini


Juruterbang sebelum ini telah melaporkan beberapa kes gangguan yang berpunca daripada peranti elektronik.

Dari tahun 2003 hingga 2009, terdapat 75 kes gangguan peranti elektronik telah dilapor, termasuk 29 kes yang melibatkan telefon bimbit, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Jika diikutkan, hanya satu kes gangguan sahaja berlaku bagi setiap 283,300 penerbangan.

Walaupun jarang berlaku, laporan mencadangkan bahawa gangguan itu boleh memberi kesan kepada hampir setiap sistem dalam pesawat, dari sistem komunikasi dan navigasi kepada sistem kawalan penerbangan (seperti autopilot) dan sistem amaran.

Jadi, adakah gangguan ini benar-benar merbahaya?


Telefon bimbit tidak semestinya melumpuhkan radio juruterbang atau memutarbelitkan sistem dalam kapal terbang sehingga menyebabkan bencana. Senario itu dianggap tidak mungkin.

Tetapi pegawai-pegawai keselamatan bimbang bahawa peranti elektronik mudah alih boleh menyumbang kepada kemalangan.

Apa sebabnya?

Satu eksperimen telah berlangsung di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing di Seattle. Dalam eksperimen ini, Kenny Kirchoff memasuki sebuah bilik yang dilindungi serta kebal daripada tenaga elektrik. Kenny menghidupkan sebuah komputer riba berhampiran sebatang antena dalam bilik tersebut.

Kemudian, keputusannya direkodkan dan dipapar pada satu monitor. Ia menunjukkan, pelepasan tenaga elektrik dari komputer riba berkenaan menjangkaui satu garisan yang menggambarkan frekuensi radio kapal terbang.

Di sini, anda dapat lihat sebahagian frekuensi dari komputer riba tadi mampu melepaskan tenaga melebihi had. Ini bermakna, peranti elektronik mudah alih mempunyai potensi untuk mengganggu sistem kapal terbang lebih dari apa yang dijangkakan.

Semakin hari peranti elektronik semakin dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Tetapi tidak perlu khuatir kerana sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih.


Hari ini, pengguna kapal terbang dilengkapi dengan telefon pintar dan tablet, WiFi dan e-book, teknologi Bluetooth dan macam-macam lagi fungsi.

Sementara itu, sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih. Pesawat moden masa kini dibina dengan peranti elektronik mudah alih dalam fikiran. Kapal terbang baru adalah lebih "kebal" berhadapan dengan gangguan elektromagnet, menjadikannya lebih selamat untuk pengguna masa depan.

Pesawat generasi baru lebih mantap dan lebih baik dari segi perlindungan kepada gangguan elektromagnetik - gangguan yang melibatkan litar elektrik disebabkan sama ada oleh induksi elektromagnet atau sinaran yang dipancarkan oleh sumber luar.

Satu lagi hujah yang biasanya datang melibatkan penggunaan Wi-Fi dalam penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Untuk makluman, sistem Wi-Fi dalam kapal terbang telah diuji dan disahkan mengikut model dan sistem pesawat secara keseluruhan.

Teknologi mewujudkan masalah, dan teknologi jugalah yang menyelesaikan masalah.

Nasihat kami, untuk memastikan keselamatan maksimum, adalah lebih baik jika kita semua mematikan peranti elektronik ketika dalam penerbangan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. - Says.com, Original Article
 

Sample text

Sample Text

Sample Text