Social Icons

Tuesday, 31 March 2015

Sokong Kumpulan Militan IS - Gadis Malaysia Dihukum Penjara 2 Tahun

GAMBAR fail menunjukkan anggota polis mengiringi Ummi Kalsom (kanan) ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 31 Oktober lalu.

Tidaklah kita tahu hakikat sebenarnya apa yang berlaku terhadap gadis ini. Tentu aneh jika ada rakyat Malaysia yang melihat perjuangan IS sebagai benar! Kita di Malaysia sudah terbukti merupakan umat Islam yang terbaik dari sudut penghayatan Islam - walaupun masih banyak kekurangan di banyak sudut. 

Justeru bila ada yang terpikat dengan perjuangan militan, kita rasa pelik. Sepatutnya kita dapat menilai kebenaran. Apa pun, gadis di bawah yang dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun sudah mengaku salah. Apa di sebaliknya kita tidaklah tahu kerana pengakuan di mahkamah adalah pengakuan resmi. Yang tidak resmi mungkin hanya kita akan tahu bila kita mendengar kisah tersebut dari yang empunya diri.

Memang ada remaja kita yang bersemangat jihad. Kefahaman, penampilan, gaya dan hala tuju mereka sepatutnya dapat dikesan sedari awal agar sesuatu yang buruk dapat dibendung sedari awal. Semangat jihad tidaklah salah tetapi yang tidak boleh ialah melakukan kekerasan atau memaksa orang lain mengikut apa yang kita faham. 

Sekarang, dunia sudah berbeza dari zaman Rasulullah saw dan para sahabat. Tuntutan jihad tetap kekal. Akan tetapi dengan kewujudan pemerintah sedia ada - walau apa status negara tersebut, ianya sudah menghalang seseorang melakukan kekerasan supaya syariat Islam ditegakkan di sesebuah negara berkenaan.

Islam itu bukan sekadar tuntutan negara. Lebih awal dari itu tuntutannya terhadap individu (Fardhu Ain), keluarga, masyarakat dan kawasan penempatan kita. Itu belum lagi pergi di peringkat daerah, negeri, negara dan antara bangsa.  

Tegakkan Islam di peringkat individu terlebih dahulu. Janganlah terus belunjur sebelum duduk. Itu yang Allah tunjukkan pada umat manusia yang mahu berfikir. Lakukan peringkat demi peringkat. Jangan terburu-buru mencari syahid. 

Lakukan sesuatu dengan asas ilmu. Tinggalkan sesuatu juga atas dasar ilmu. Banyaknya sistem hidup Islam yang belum tertegak di dalam diri dan keluarga kita. Tegakkan Islam di dalam diri dan keluarga kita, nanti Islam akan pasti tertegak di dalam masyarakat kita. Usahakanlah ini secara hikmah dan bijaksana. 

Kita bersimpati dengan gadis di bawah. Entah apa yang sebenarnya terjadi padanya atau kefahaman apakah yang dipeganginya? Semoga Allah selamatkan kita semua dari huru hara akhir zaman. 


KL: Seorang penolong pegawai kredit wanita dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan cuba memberikan sokongan kepada kumpulan militan Islamic State (IS) pada September tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman tersebut kepada Ummi Kalsom Bahak, 26, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada mengaku bersalah selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan pilihan, Ummi Kalsom didakwa cuba memberikan sokongan kepada kumpulan militan IS dengan cara mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) ke Brunei dan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Muhammad Aqif Huesin Rahizat bagi manfaat kumpulan militan tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kaunter Imigresen, Ba­lai Pelepasan Antarabangsa, KLIA 2, Sepang pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober tahun lalu. Difahamkan Ummi Kalsom merupakan wanita tempatan pertama yang dihukum penjara berhubung penglibatan dengan IS.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara sehingga 30 tahun atau denda dan harta boleh dirampas jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Hanif Hassan. Terdahulu, Afzainizam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Ummi Kalsom walaupun tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan agar aktiviti seumpama itu dapat dicegah pada masa akan datang. 

Monday, 30 March 2015

Rahsia Anak Pintar - Tidak Perlu Ambil Tuisyen!!!

Tips genius
Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak menarik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential.... 

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. 

Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat. Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung! 

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad...

SUMBER: Al-Fadhil Ustaz Nik Hazani Nik Mohamad

Aduhai!! Inilah Punca Endogan Dikatakan Bodoh Dan Berdosa!!

Telah lama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dipandang sebelah mata oleh pihak yang berseberangan dengan Islam. Ia dikatakan “bodoh”, bahkan “pendosa”. Untuk mengetahui “kebodohan dan dosa-dosa” apa saja yang dilakukan Erdogan, berikut Tim Arrahmah kutipkan dari artikel penulis Yordan, Ihsan Al Faqih, 26 Desember lalu pada media Achahed.


Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100 Billion Dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, Uni Emirat Arab, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon.

Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10 % pertahun, yang bererti masuknya Turki kedalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.

Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Modern yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang ditargetkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 di dunia!

Airport Internasional Istambul adalah lapangan terbang terbesar di Eropah yang menampung 1260 pesawat setiap harinya, ditambah Lapangan Terbang Shabiha yang menampung 630 pesawat setiap hari.

Turkish Airline meraih peringkat maskapai penerbangan terbaik di dunia dalam 3 tahun berturut-turut.

Dalam jangka masa 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah.

Untuk pertama kali Turki di masa moden ini memproduksi sendiri kereta kebal, pesawat terbang dan pesawat tempur tanpa awak, serta satelit militer moden pertama yang multi fungsi.

Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 hospital baru dan 169.000 kelas baru yang moden, sehingga rasio siswa perkelas tidak lebih dari 21 orang.

Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti Eropah dan Amerika menaikkan yuran pengajian. Sedangkan Erdogan membebaskan seluruh biaya pendidikan dan sekolah yang membebankan rakyatnya bagi menjadi tanggungan negara.

Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3500 dolar pertahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11.000 dollar pertahun, lebih tinggi dari perkapita penduduk Prancis. Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata wang Turki 30 kali ganda!

Di Turki, negara sedang mengupayakan dengan sungguh-sungguh membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penelitian ilmiah untuk menuju tahun Turki Maju 2023.

Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keupayaan Erdogan mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertikai. Ia juga melakukan pemrundingan damai dengan Parti Buruh Kurdistan untuk menghentikan pertumpahan darah, dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah tergantung sejak 6 dasawarsa.

Di negara Turki, gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah pengangguran menurun dari 38% menjadi 2%.

Di Turki, bajet pendidikan dan kesihatan, mengungguli peruntukan pertahanan, dan gaji guru sama taraf dengan gaji doktor.

Di Turki telah dibangun 35 ribu laboratorium IT dan data base moden yang melatih pemuda-pemuda Turki.

Erdogan menutupi defisit anggaran yang mencapai 47 billion dolar. Sebelumnya cicilan terakhir hutang Turki ke IMF adalah 300juta dolar pada Julai lalu. Bahkan Turki memberi pinjaman IMF yang jelek namanya itu sebesar 5 billion dolar. Disamping itu Erdogan juga menambah cadangan defisit negara sebesar 100 billion dolar.

10 tahun lalu, ekspot Turki hanya 23 billion dolar. Sekarang meningkat menjadi 153 billion dolar, mencapai 190 negara. Yang paling banyak adalah kenderaan, yang kedua peralatan elektronik. Setiap 3 peralatan elektronik di Eropah, satunya adalah produk Turki.

Pemerintah Erdogan mengawali pengolahan sampah menjadi pembangkit tenaga letrik, yang digunakan oleh sepertiga penduduk Turki. Dan energi letrik sudah dinikmati 98% penduduk Turki.

Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung television, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau hormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki keteladanan dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.

Erdogan adalah teman Israel, begitu menurut kaum sekular Arab. Erdogan berikan tamparan keras kepada Israel, dan dia paksa Israel meminta maaf dalam isu kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki berikan syarat pembebasan embargo Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.

Erdogan adalah teman Israel??? Beliau berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Simon Perez dalam pertemuan Ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar ruangan dan pulang ke Turki: “Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membantai ribuan anak dan wanita di Gaza…”

Erdoga menyembur para demonstran penentangnya dengan air. Tidak menembak mereka dengan pesawat tempur, atau rudal atau bom-bom molotov.

Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab ketika belajar di Turki. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropah agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.

Erdogan satu-satunya ketua negara bersama isterinya mengunjungi Burma dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang dapat bencana.

Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekular.

Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.

Erdoganlah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia di pantai laut hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan “Bismillahirrahmanirrahim..” Padahal, salah satu negara Arab membuat pohon natal terbesar di dunia dengan menelan dana mencapai 40 juta dolar.

Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Ustmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri

Erdogan melepas piawai 10 ribu anak-anak muslim yang berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul, dengan penuh bangga anak-anak tersebut akan memulai kewajiban solat berjamaah dan menghafal Al Quran.

Robbana, semoga pemimpin negara kami dapat meniru “dosa dan kebodohan” Erdogan…. Allahu akbar!(adibahasan/arrahmah.com)

sumber: guablog.com
KREDIT: AMEKAW.COM

Alangkah Bahagianya Rakyat Malaysia Jika Semua Menterinya Hidup Begini

Syarat utama menjadi pemimpin ialah bertanggung jawab dengan amanah yang dipikulkan. Malangnya ramai yang menjadi pemimpin dengan niat mengaut kekayaan, keuntungan dan laba berganda. Menggunakan kedudukan untuk mengumpul kemewahan menjadi agenda utama golongan sebegini. 

Tidak ramai yang insaf dengan amanah kepimpinan mereka sebab itu kita mudah berjumpa rakyat susah menderita di mana-mana. Ramai pemimpin tidak buat kerja membela rakyat. 

Dalam keadaan segolongan pemimpin berebut-rebut mengkayakan diri dan kroni, kita rasa bahagia melihat ada menteri yang masih kekal merendah diri dan beralah. Biarlah orang lain hendak berlumba-lumba mempamerkan kemewahan 'macam nak rak'. 

Bagi orang baik sebegini, cukuplah sekadarnya. Yang penting tunaikan amanah dengan penuh rasa tanggung jawab. Tidak perlu berebut habuan yang bukan hak kita. Allah yang menentukan rezeki kita. Kalau ada rezeki lebih dari sumber halal dan berkat, banyakkan bersedekah, berzakat, buat wakaf untuk bekalan di negeri yang kekal abadi. 

Suka baca kisah menteri ini. Pak Lang pernah jumpa dengannya. Orangnya tawadhuk dan mesra. Memang sesuai diamanahkan sebagai menteri untuk tengok hal ehwal wanita, keluarga, masyarakat dan kebajikan rakyat!!

Rumah ‘Mewah’ Menteri Malaysia Didedahkan
Inilah Rumah Menteri Saya

Apabila sebut menteri dari Sarawak, ramai yang beranggapan mereka adalah wakil rakyat kaya-raya. Mungkin ada asasnya disitu kerana ramai pemimpin dari negeri bumi kenyalang tersebut memiliki kediaman yang besar serta kenderaan yang mewah.

Saya akui sering ditanya rakan-rakan mengenai ‘kemewahan’ Datuk Seri Rohani, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu masalah persepsi ini bukan mudah untuk diperjelaskan dengan ayat dan kata-kata.

Pagi tadi, saya berada di kediaman rasminya di Taman Sejoli, Kuching. Hanya rumah biasa yang dibelinya sejak 31 tahun yang lalu. Tiada pondok pengawal, hanya tiga buah kereta lama dan sebatang tiang bendera.

Kenderaan Land Cruiser Ninja, itu pun milik jabatan.


Dalam tempoh itu, YB Menteri yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari Universiti of Ohio, Athens, Amerika Syarikat itu hanya membuat pengubahsuaian sebanyak tiga kali. Itu pun di bahagian porch dan dapur.

Dan di rumah inilah yang beliau akan tidur setiap kali pulang ke Kuching. Kami yang pegawai ini pula beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman.

Jadi kepada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman YB Datuk Seri Rohani Abd Karim, lihatlah sendiri dan inilah jawapannya.

Artikel di atas dipetik sepenuhnya dari: Facebook Pegawai Khas Datuk Seri Rohani Abdul Karim – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia







Gaya Hidup Seorang Menteri Yang 'Sempoi'

Menteri ‘sempoi’ beli barang keperluan rumah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim ditemui ketika sedang membeli-belah dan beratur di kaunter pembayaran di sebuah pasar raya tanpa sebarang protokol seperti pemimpin tertinggi negara yang lain. - Foto TRP/Ikhwan Hazwan

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2015:

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sememangnya diketahui ramai dengan sifat sangat ‘sempoi’ dan rendah diri.

Bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai menteri kabinet, malah dalam kesibukannya juga turut melakukan peranan seorang ibu dan isteri dalam menyediakan barangan keperluan rumah.

Namun, The Rakyat Post berkesempatan bertemu dengannya yang sedang membeli-belah di sebuah pasar raya tanpa sebarang protokol seperti pemimpin tertinggi negara yang lain.

Sekilas pandang, sesiapa sahaja yang berada di situ tidak akan perasan seorang menteri sedang menolak troli yang penuh dengan barangan rumah dan juga sayur-sayuran.

“Saya sudah biasa datang membeli barang rumah apabila mempunyai masa lapang. Kebetulan hari ini saya berada di Parlimen dan selepas selesai kerja di sana saya meluangkan masa sebentar untuk membeli stok barangan.

“Sambil-sambil itu saya juga bawa cucu saya keluar jalan-jalan dan boleh memilih sendiri bahan-bahan untuk saya masak. Apabila tengok sendiri baru tahu apa yang hendak dimasak untuk keluarga,” katanya kepada The Rakyat Post pada Rabu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai protokol, Ahli Parlimen Batang Lupar itu dengan selamba memberitahu beliau meminta semua pegawainya supaya tinggal di pejabat.

Jelasnya, beliau lebih selesa untuk datang sendiri tanpa sebarang protokol kerana ia lebih mudah dan cepat.

“Kalau tidak ada protokol ini, orang ramai tidak akan perasan dan kenal saya sangat,” katanya berseloroh.

Inilah Sifat Kebanyakan Isteri Yang Tidak Disedari Ramai Suami

Suami Menitik Air Mata Kerana Isterinya (Gambar)


Apa yang seorang isteri harapkan dari seorang suami? Sudah tentu dia mengharapkan suami yang mampu susah senang bersama serta mampu memberikan sokongan moral kepadanya ketika di dalam kesulitan.

Suami yang ideal adalah seorang lelaki yang mampu menjadi rakan baik isterinya, mampu menemani isterinya tak kira saat bergembira atau saat berduka.

Bukan mudah untuk menjadi suami yang sebegitu, tetapi ianya tidak mustahil jika suami memahami kehendak serta perasaan isteri.

Ada yang anggap perempuan susah untuk di mengerti. Ada juga yang berkata bahawa perempuan itu sangat membahagiakan jika kena dengan caranya.

Bagaimana untuk bahagia bersama didalam sebuah rumahtangga?

Memahami, saling membantu, berkongsi cerita dan meluangkan waktu bersama sahaja tidak cukup untuk dikatakan sebagai psangan bahagia.

Sudah tentu cinta yang pudar menjadi perkara utama untuk sesebuah keluarga menjadi bahagia. Tanpa cinta yang tiada tarikh luput, maka sia-sia lah kesetiaan dan segala pengorbanan yang dilakukan.

Screenshot dari Facebook Johari Ishak

Ajaibnya Lebah!! Baru Kita Tahu Kenapa Madu Itu Manis


Suatu hari Nabi Muhammad (saw) bersama Saiyidina Ali (ra) duduk di hutan kecil, tiba-tiba datang seekor lebah dan hinggap di leher Saiyidina Ali (ra), Rasulullah saw berkata kepada Saiyidina Ali (ra) bahawa sebenarnya lebah ini hendak menjamu kita, kemudian lebah ini berkata pada Rasulullah saw bahawa ada sedikit madu di suatu tempat dan suruhlah Saiyidina Ali (ra) pergi ke sana untuk mengambil madu tersebut.

Kemudian Saiyidina Ali (ra) pergi mengambil madu tersebut dan membawanya ke hadapan Rasulullah saw, kemudian Rasulullah saw bertanya pada lebah tersebut: "Makanan yang kau makan adalah sari bunga yang pahit, apakah penyebabnya ketika sari bunga itu masuk dalam tubuhmu, ianya bertukar menjadi manis?".


Lalu lebah itu menjawab: "Itu semua berkat wujudmu wahai Rasulullah saw, sebab setiap sari bunga yang masuk ke dalam tubuh kami, Allah mengilhamkan pada kami untuk bersalawat padamu, oleh kerana itu sari tersebut menjadi manis dalam tubuh kami".

Masya Allah!! Tabarakallhu!!

Macamana Hendak Berbuat Terhadap Tikus Yang Terlalu Banyak? Ini Jawapannya!!

Di Puchong, ada kawasan paya di tepi sungai Puchong yang dulunya kerap berlaku banjir. Tanah kawasan paya ini bila kering jadi bergambut. Bila dibuat parit besar, banjir dari limpahan sungai sudah tidak berlaku lagi. Mulalah para penduduk menambak tanah masing-masing. Alhasil tanah gambut di bahagian bawah menjadi sarang tikus yang sangat luas dan besar. Di bawah tanah adalah kota tikus!! 

Orang soleh yang kuat hubungan mereka dengan Allah mengatasi masalah ini dengan menjaga kebersihan. Jangan ada sampah sarap dan lebihan makanan yang tidak dibersihkan. Jika sumber makanan sudah tidak ada, tikus tidak akan datang. Bukan mudah melakukan ini jika semua penduduk tidak sepakat.

Orang soleh mengatasi masalah tikus dengan menjaga kebersihan dan kuat berdoa serta bertawakkal kepada Allah. Dialah yang maha kuasa. Dialah yang menentukan segalanya. Tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah. Dia yang menciptakan tikus. 

Di Vietnam ada cara bagaimana mereka menangkap tikus. Bacalah kisah di bawah. 

Tran Quang Thieu menjadi kaya hanya dengan membunuh tikus. Lelaki Vietnam ini sudah menghasilkan perangkap tikus ciptaan beliau sendiri sejak 1998. Perangkap rekaan beliau tidak memerlukan umpan dan sangat efektik membunuh tikus yang memusnahkan tanaman padi penduduk. Beliau mengaggarkan 30 juta perangkap ciptaan beliau telah dijual di seluruh Vietnam, Thailand dan Kemboja. Tangkapan paling besar beliau ialah 300 kilogram tikus pada satu malam. Selepas ditangkap tikus pada ini akan dijual kepada penduduk sekitar. Di Vietnam tikus padi dimakan dengan menggoreng atau memasaknya sebagai sup. Tidak ada yang terbuang di Vietnam. Ini semua kesan peninggalan Perang Vietnam. Jangan memilih makanan kerana jika memilih anda akan mati kelaparan.





SUMBER: BLOG SERIUS

Sunday, 29 March 2015

Menjejaki Maqam Para Sahabat Dan Auliya' Di Bahnasa, Mesir

Assalamualaikum wbt, alhamdulillahi rabbil 'alamin..Tiadalah sesuatu yang berlaku di dunia ini tanpa izinNya..Pada hari ini, ana dan sahabat2 yang lain telah diberi peluang oleh Allah Ta'ala untuk menjejakkan kaki kami ke tanah yang penuh barakah,iaitu bumi Bahnasa. Bahnasa adalah nama sebuah perkampungan dalam daerah Bani Mazzar yang terletak di dalam muhafazah (negeri/wilayah) El-Menia, iaitu sebuah muhafazah dari 27 buah muhafazah di Mesir..

Bumi Bahnasa merupakan bumi yang bersemadinya banyak jasad2 para sahabat Rasulullah SAW dan orang2 yang mulia.Terdapat hampir 400 orang pemimpin/tokoh dalam kalangan para sahabat RA yang dikebumikan di sana.Di antaranya ialah:
-Saidina Ali bin 'Uqail bin Abi Thalib RA
-Saidina Ja'afar bin 'Uqail bin Abi Thalib RA
-Saidina al-Hussain bin Soleh bin al-Hussain bin Ali bin Abi Thalib RA
-Saidina Ziyad bin Abi Sufyan bin al-Harth bin Abd Mutalib bin al-Abbas bin Abi Lahab

Di tanah Bahnasa ini juga bersemadinya jasad2 sahabat RA hampir seramai 5000 orang.Ahli sejarah telah menyebutkan bahawa sesungguhnya tidak terdapat para syuhada' di tempat lain selepas bumi Mesir dan Buhaira yang lebih ramai melainkan di bumi Bahnasa. Jika di bumi Madinah al-Munawwarah ,perkuburan baqi' merupakan tempat bersemadinya ramai para syuhada'..tetapi di bumi Mesir pula, wilayah Bahnasa merupakan bumi yang bersemadinya ramai para syuhada'..

Saidina 'Amru bin al-'Asr RA mengatakan : "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, " Tidak ada selepas Makkah,Madinah,Baitul Maqdis suatu tempat yang berkat melainkan di bumi Mesir serta lebih banyak keberkatan di bahagian barat.". Kata Saidina 'Amru RA lagi, :"Mudah2an ia (tempat yang banyak keberkatan itu adalah Bahnasa ." Disebabkan ramainya para sahabat RA yang disemadikan di situ.

Terdapat segolongan ulama' menyebutkan bahawa sesungguhnya sesiapa yang menziarahi bumi Bahnasa dengan hati yang ikhlas,akan dipelihara dengan rahmat Allah Ta'ala hinggalah dia pulang.Dan sesiapa yang menziarahinya, Allah Ta'ala akan membebaskan dia dari kesedihan dan kerunsingan sekiranya dia dalam kesedihan, serta Allah Ta'ala akan menunaikan hajatnya sekiranya dia mempunyai hajat2 tertentu.Di bumi ini juga terdapat beberapa tempat yang mustajab doanya seperti di Majra Hasha dan Majra as-Sail kerana di situ terdapat banyak maqam para syuhada'. Tempat lain yang mustajab doanya adalah :
-Perkuburan saidina Ziyad bin Abi Sufyan RA
-Tempat beribadahnya(ma'bad) Nabi Isa AS yang terletak berdekatan perkuburan para syuhada' di kaki 
bukit.
-Tempat syahidnya Saidina al-Hussain bin Soleh bin Ali bin Abi Talib RA

Maqam Saidina Ja'afar bin 'Uqail bin Abi Thalib RA

Bumi Bahnasa yang penuh barakah

Ini adalah sungai Bahru Yusufi yang melingkungi bandar ini melahirkan banyak keajaiban.

Diantara keajaibannya adalah:
1-Dengan keberkatannya yang melimpah-ruah untuk menampung keperluan air di beberapa buah perkampungan dan negeri sekitarnya.Airnya juga bercampur sedikit dengan sungai Nil.
2-Jika terputus darinya bekalan air tambahan sungai Nil,maka akan terpancut dari sumbernya mata2 air yang banyak hingga menjadi sungai yang sentiasa mengalir deras..
3-Disitu juga dikebumikan Nabi Yusuf AS.
4-Ada riwayat mengatakan sungai ini telah dikorek/digali oleh malaikat Jibril dengan sayapnya setelah diarah oleh Allah Ta'ala untuk Nabi Yusuf.
5- Dengan keberkatan sungai itu juga,ia berpecah ke bumi Fayoum dan menumbuhkan kebun2 dan tanaman pertaian yang banyak , sama ada di musim sejuk atau musim panas.

Dikisahkan pada zaman Nabi yusuf AS,apabila seorang wanita keluar membawa raga di kepalanya dan melalui kebun2 di pesisiran sungai ini,dia akan pulang dengan bakulnya yang penuh buah2an tanpa perlu memetiknya kerana terlalu banyak. Akan tetapi setelah Bani Israel melakukan maksiat dan mengingkari rasul2 yang diutuskan kepada mereka,nikmat ini ditarik oleh Allah Ta'ala dan mereka dikuasai oleh bangsa 'Amaliqah, Qibti dan Rom hinggalah Allah Ta'ala mengutuskan Nabi Musa AS yang menyelamatkan mereka.

Selain itu,kami juga turut dibawa menziarahi maqam seorang sahabat wanita iaitu Khaulah al-Azwar.Beliau merupakan seorang sahabat dan telah mengikuti peperangan sebagai jururawat. Namun begitu, beliau teringin sangat untuk menyertai tentera Islam berperang menentang musuh .Oleh itu,beliau telah menyamar dengan memakai pakaian perang dan menyertai barisan tentera Islam yang lain dalam medan pertempuran sehinggalah beliau gugur syahid. Allahu Akbar 3x! Sungguh tinggi semangat jihad dalam diri beliau dan betapa beliau sangat cintakan syahid sehingga sanggup bersama2 berperang menentang musuh..

Menurut ustaz yang menjadi ketua rombongan kami, orang kristian tidak boleh 'berlama-lama' di tanah barakah ini kerana tanah ini sentiasa dalam peliharaan Allah..

Wallahu a'alam.

SUMBER: AKU HAMBAMU

Kisah Sedih Seorang Suami Dan Kesetiaan Seorang Isteri - Semua Yang Membaca Kisah Ini Mengalir Air Mata!!

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini…tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever by richard mark.

P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

SUMBER: BLOG PENBURUKONLINE

Saturday, 28 March 2015

Aksi 'Prank' 'Pelajar Kelas Memandu' Jadi Viral

Sedutan video yang dimuatnaik

BEBERAPA tenaga pengajar kelas memandu lesen L menjerit ketakutan dan 'minta nyawa' selepas seorang pelajar membawa mereka pergi 'pusing-pusing'.

Dalam sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Mac lepas, pemandu rali, Leona Chin menyamar sebagai pelajar 'skema' dan berlakon lurus bendul.

Selepas membawa kereta 'abangnya' ke sebuah lokasi, Chin bersama-sama dengan dengan beberapa pengajar mula melakukan rutin latihan dan ujian memandu dalam sesi berlainan.

"Saya fikir anda perlu berlatih (memandu) lebih kerap," kata seorang pengajar lelaki. Chin hanya tersenyum.

Di luar jangkaan pengajar terbabit, Chin mula membuat aksi 'spin tyre' dan mula memasuki fasa pemanduan aksi yang dikenali sebagai 'donut'.

Chin melakukan aksi sama ke atas seorang pengajar wanita, yang sepanjang masa menjerit sambil berpaut pada tali pinggang kaledar.

Dua lagi tenaga pengajar warga asing, langsung keluar dari kereta selepas aksi 'donut' daripada Chin tamat.

"Anda hampir bunuh saya!," kata seorang pengajar lelaki yang segak berbaju kemeja biru. Beliau juga kelihatan memegang kepala dan tidak percaya apa yang telah dialami.

Senario yang terjadi merupakan aksi 'prank' yang diselia oleh maxman.tv, dimana semua aksi lasak Chin dipantau tanpa membahayakan nyawa orang awam dan mangsa prank.

Sehingga kini, video prank tersebut menarik lebih empat juta perhatian pelayar dan dikongsi di laman-laman sosial.

SUMBER: SINAR HARIAN


Tips Menghangat Cinta Suami Isteri


1.  Banyakkan berbicara tentang Allah dan Rasul, Islam dan hal agama ketika ada ruang masa suami dan isteri. Bercakap hal sebegini akan saling menginsafkan. Masing-masing akan mudah tunduk merenung dan muhasabah diri. Jika sesuatu berlaku, tidak akan berlaku salah-menyalah sehingga bergaduh. Insya Allah kehangatan cinta dan kasih sayang akan makin bertambah. 

2. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir (dalam bilik!!).

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

SUMBER: QUEACHMAD

Berhati-hatilah Dengan Taktik Penipuan Sebegini!!

Kes kena tipu semakin kerap berlaku. Walaupun ramai yang terkena dan sudah berjaga-jaga tetaplah masih ada peluang puak penipu ini mengambil kesempatan. Ikutilah kisah di bawah seperti yang disampaikan di dalam Blog Media Orang Kampung 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya mewakili ibubapa saya ingin berkongsi mengenai satu kejadian yang terjadi pada kedua ibubapa saya pada 25 Mac 2015 di Pejabat TH yang terletak di Batu Caves Selangor. Kejadian ini berlaku di hadapan pejabat TH, sebaik sahaja mereka berdua melangkah keluar dari pejabat tersebut.

Perlu diingatkan disini, tujuan perkongsian ini bukanlah untuk memburukkan nama Tabung Haji. Kejadian seperti ini juga boleh berlaku dimana-mana institusi kewangan di Negara kita. 

Kronologi kisah adalah seperti berikut:

1) Ibubapa saya telah disapa oleh seorang wanita berketurunan India bernama Jessica. Beliau telah menawarkan satu kertas. Ibubapa saya menolak pada mulanya kerana menyangkakan itu adalah skim gores dan menang tetapi wanita india itu meyakinkan ibubapa saya yang tiada wang dikenakan dan sekadar tawaran biasa.

2) Ibu saya kononnya telah memenangi wang tunai berjumlah RM1300 dan perlu diambil di sebuah pejabat yang terletak di Kepong

3) Ibubapa saya bersama Jessica pergi ke pejabat berkenaan dan berjumpa dengan seorang wanita melayu bernama Siti.

4) Siti kemudiaanya mengeluarkan sebuah fail dan menunjukkan bahawa ibu saya bukan sahaja memenangi wang tunai tetapi juga turut berpeluang memenangi pakej umrah untuk 2 orang dan 2 buah kereta – Toyota Camry dan Perodua Viva – kesemuanya adalah percuma.

5) Tetapi untuk mendapatkan kesemua barangan diatas, mereka perlu membayar cas perkhidmatan fotografi sebanyak Rm21,000.

6) Sewaktu menunjukkan pakej yang dimenangi tersebut, ayah saya telah mendapati bahawa salah seorang Ustaz yang kononnya akan mengikuti rombongan umrah tersebut pernah terlibat dengan skim penipuan umrah dikalangan kejiranan kami.

7) Ayah saya mula berasa tidak selesa dan cuba untuk menghubungi rakannya tetapi dihalang oleh mereka yang berada didalam pejabat berkenaan kerana terdapat CCTV. Ayah saya minta untuk keluar dari pejabat tersebut dan membuat panggilan pada seorang teman. Dalam waktu yang sama, ibu saya telah menyerahkan kad pengenalan dan buku tabung haji beliau atas tujuan untuk semakan pekerja terbabit tetapi ianya dipulang kembali selepas itu.

8) Ayah saya kembali ke dalam pejabat dan memanggil ibu saya untuk keluar dari pejabat berkenaan dan mereka selamat keluar dari pejabat itu tanpa memberi wang kepada pihak berkenaan.

Tetapi untuk makluman tuan / puan, perkara diatas bukanlah kali pertama yang berlaku dikalangan kenalan saya sendiri kerana ibu mertua rakan sekerja saya juga turut mengalami modus operandi yang sama (ditegur dan dipelawa untuk mendapatkan hadiah pakej umrah didepan pejabat TH) pada tahun 2014 dan kes tersebut juga berlaku di lokasi pejabat TH di Batu Caves

 

Sample text

Sample Text

Sample Text