Social Icons

Sunday, 24 May 2015

Siapa Baca Yang Ini Pasti Ketawa!!

Terlebih dahulu Pak Lang mohon ampun maaf kerana memaparkan tulisan berikut untuk kali ini. Bayangkan anda pasti akan ketawa bila membacanya. Ianya kisah sejarah dan ada gelagat mencuit hati yang tercatat dalam sejarah negara kita. Bacalah tulisan bekas wartawan dan bekas Menteri Penerangan Malaysia ini. Lagi melucukan bila baca satu komen di bawahnya...

TUNKU YANG DIJULANG BIMBANG AKAN TUMBANG
DALAM suasana ketegangan politik negara sekarang ini, eloklah jika saya mencatitkan anekdot lucu dari pengalaman meliputi berita politik di masa lalu yang diharap dapat menenangkan perasaan semua.

Gambar Pemuda UMNO menjulang Datuk Seri Najib, mengingatkan saya semula kepada peristiwa itu yang berlaku ketika saya sebagai pemberita Utusan menunggu keputusan Pilihan Raya Umum pada 19 Ogos 1959 di Balai Besar Alor Setar.

Wartawan-wartawan menunggu di sebuah bilik yang disediakan di bahagian bawah dan dewan besar di atas untuk pemimpin-pemimpin besar Parti Perikatan dan calon-calon Perikatan serta rakan-rakan mereka.

Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman menunggu di anjung yang mengadap ke jalan raya dan juga Padang Mahkamah (Padang Court) di mana ramai orang berhimpun untuk turut menunggu keputusan.

Saya telah diarahkan oleh Pengarang Berita Utusan Melayu di Kuala Lumpur, Salim Kajai supaya menemui Tunku sebaik sahaja Perikatan dapat membentuk kerajaan.

Pada jam kira-kira 2 pagi, saya terus pergi menemui Tunku seorang diri. KataTunku "belum tahu semua lagi bagaimana saya nak komen" tetapi saya meyakinkan Tunku "dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan." Tunku terus menyatakan" Saya bersyukur kepada Allah SWT yang beri kemenangan pada kita, Perikatan akan bentuk semula kerajaan.........".

Tidak lama kemudian setelah sah Perikatan dapat membentuk kerajaan, Tunku turun menemui penyokong-penyokong yang sedang bersorak riang menyambut setiap kemenangan kerusi calon Perikatan yang diumumkan. Saya ikut turun.

Penyokong-penyokong mengangkat Tunku dan menjulang ke atas.Tunku senget ke kiri, senget ke kanan, Dalam keadaan yang tidak seimbang ini, Tunku berkata "Ooi hampa nak angkat; angkatlah, tapi janganlah kacau teloq aku" yang menyebabkan mereka yang menjulangnya ketawa riuh rendah. tetapi nasib baik dalam keadaan geli hati, mereka tidak terlepas dari memegang Tunku.Jika tidak Tunku betul-betul jatuh ke bawah.

Bagaimanapun, mungkin Tunku yang sedang dijulang juga bimbang akan jatuh dan berseloroh untuk menenangkan hatinya.

Tunku hanya jatuh setelah Pilihan Raya 1969, setelah rakyat bumiputera tidak lagi menerima dasarnya yang pro Barat dan banyak bertolak ansur dengan orang Cina dan digantikan oleh Tun Abdul Razak yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan memperkukuhkan lagi ISA dan Akta Hasutan.

Saya juga teringat satu peristiwa di kampong saya, lupa pula detailnya, samada tentang kemenangan atau ada peristiwa lain..

Seorang remaja tua lewat 50an telah dijulang, samalah keadaannya tersenget sana sini...dalam keadaan yang riuh itu, ada yang menjerit..jaga-jaga jangan terpicit teloq dia..
Seorang lagi menjerit..tak pa tak pa..dia tak dak teloq pun..

Saya tak tahu samada peristiwa tersebut ada lagi di zaman ini.

SUMBER BLOG ZAMKATA

Wednesday, 20 May 2015

Pernah Tinggal Di New Zealand, Lelaki Ini Menjumpai Satu Tip Untuk Tampil Ceria Di Tempat Kerja

Nota Editor : Catatan ini asalnya diterbitkan oleh Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz, pakar bidang Al-Quran yang membantu memastikan masyarakat baca Al-Quran dengan kualiti yang Rasulullah sukai melalui tekniknya yang simple di TigaSeminar.com

JIKA ANDA ‘STRESS’ DI TEMPAT KERJA, TIPS INI BOLEH ‘MENYEJUKKAN’ ANDA

Ketika menetap di New Zealand tiga tahun lepas, saya sering ke New Zealand post office yang terletak di Upper Riccarton, Christchurch. Selalunya saya sampai agak lewat. Jam 4.45 petang baru nampak muka sedangkan lagi 15 minit lagi pejabat pos akan tutup.

Selalunya saya sering berurusan dengan seorang pekerja perempuan. Berdasarkan penampilan, umurnya sekitar 50 an. Agak berumur bagi kerja seberat itu.

Yang menariknya adalah perilaku beliau. Wajahnya asyik tersenyum sahaja. Beliau akan melayani saya dengan teguran manis ‘Good day Mike. How can i help you?‘ sambil tangannya menghulurkan candy kepada Aliya, anak saya yang ketika itu mencecah 2 tahun setengah.

Cara beliau melayani saya (customer terakhir) seolah-olah saya lah customerpertamanya untuk hari itu. Tiada ‘muka kelat or muka robot’ & bersungguh-sungguh ia mengangkat kotak bungkusan yang agak berat itu.

Saya terfikir, alangkah bagusnya attitude ‘makcik’ ini. Tak nampak letih. Muka asyik senyum je. Kerja pun bersungguh.

Soalnya, bagaimana makcik ini memiliki attitude yang amat luar biasa sedangkan kerjanya biasa-biasa sahaja?


Jawapannya saya temui dari Mark, rakan setugas ketika saya bekerja sebagaicleaner di University of Canterbury. Beliau amat rajin bekerja dan berdedikasi tinggi dan sepanjang syif 3 jam kami yang bermula 4 – 7 pagi setiap hari, Mark hanya akan berbual dengan saya apabila semua tugasan selesai, tepatnya jam 7 ke atas.

No ‘zero chatting-chatting’, no ‘curi-curi tulang’.

Rumah Mark terletak di New Brighton, kira-kira 15-20 km dari Universiti. Perkara ajaib tentangnya adalah, beliau BERJALAN KAKI ke tempat kerja dan akan bertolak seawal 2.45 pagi agar tiba tepat jam 4 pagi.

Ia dilakukan setiap hari tanpa jemu. Suatu ketika saya bertanya Mark, ‘you tak letih ke jalan jauh just nak dapatkan gaji yg tak seberapa ni? Kan lebih baik youcari kerja lain lebih dekat?

Ini jawapan Mark. Ini nilai yang saya pegang seumur hidup. Kefahaman ini juga yang saya kongsikan kepada semua pekerja syarikat saya. Inilah ‘power’ – the right attitude yang akan hilangkan segala rasa stress dan situasi ‘panas’ di tempat kerja :

Mohd, its all about gratitude. I always love this job coz many other people can not find decent job easily.

Moral : Segalanya bermula dari dalam. Your inner world will shape your outer world. Apabila kita bekerja dengan pemikiran ‘syukur’, kerja akan dianggap nikmat & anda akan mengeluarkan ‘yang best-test’.

No more ‘tertekan’, no more ‘tension’.

SUMBER; THE VOCKET

Sunday, 17 May 2015

Apa Nak Jadi Dengan Masyarakat Kita Ni!!

Polis berunding 6 jam, selamatkan sekeluarga tebusan amuk


Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Daerah Melaka Tengah Rohani Ramli menenangkan tiga kanak-kanak yang menjadi tebusan bapanya dalam kejadian amuk di Taman Duyong Indah ketika melakukan lawatan di Hospital Melaka hari ini. – Foto Bernama

Lima mangsa yang menjadi tebusan dalam kejadian amuk bersenjata lebih enam jam di Taman Duyong Indah di sini, awal pagi tadi akan diberi rawatan psikiatri kerana dipercayai mengalami trauma disebabkan pengalaman menakutkan itu.

Pakar Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir berkata semua mangsa tersebut berada dalam keadaan sangat takut, menggigil dan tidak dapat bertutur dengan lancar sebaik sahaja berjaya diselamatkan pihak polis.

Kesemua mereka berjaya diselamatkan polis selepas polis bertindak menyerbu masuk rumah tersebut kira-kira 2 pagi tadi.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Rahman berkata semua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada anggota badan yang patah.

“Isteri mangsa mengalami lebam pada bahagian muka tetapi dia dalam keadaan stabil. Ibu suspek juga tidak mengalami kecederaan parah dan telah dibenar keluar hospital pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, anak sulung suspek berkata dia bersama dua lagi adiknya serta ibu dan neneknya sering dipukul bapanya terutama sejak dua minggu kebelakangan ini.

Kanak-kanak itu berkata sebelum kejadian itu, dia dan dua lagi adik mereka sedang menonton televisyen sebelum suspek menyuruhnya mengambil air minuman di dapur kira-kira 6.30 petang semalam.

“Lepas saya bagi ayah air, dia marah-marah kata saya buat dia…lepas itu dia ambil batang buluh dan pukul di kaki dan terajang belakang saya dan lepas tu dia pukul dan terajang mak.

“Saya takut ayah pukul dan marah-marah lagi,” katanya. – Bernama

MELAKA: Polis berjaya menyelamatkan lima sekeluarga yang dijadikan tebusan selepas lebih enam jam berunding dan cuba menenangkan seorang lelaki bersenjata parang dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Taman Duyong Indah di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata dalam kejadian itu seorang lelaki berusia 30-an telah menjadikan isterinya berusia 40-an; ibu kandungnya 60-an; dan tiga anak perempuannya berusia antara tiga hingga sembilan tahun sebagai tebusan dipercayai akibat tidak puas hati dengan isteri dan ibunya.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 7.15 malam dan bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa tebusan, katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata polis telah cuba berunding meminta lelaki itu menyerah diri tetapi tidak berjaya kerana dia dalam keadaan amat marah dengan ibu dan isterinya yang didakwanya telah melakukan sihir terhadapnya.

“Polis tidak dapat mengambil tindakan awal kerana suspek bersenjatakan parang dan menggunakan senjata itu untuk mengancam ahli keluarganya,” katanya.

Polis bagaimanapun terpaksa bertindak menyerbu rumah berkenaan dan berjaya menyelamatkan semua tebusan serta menahan suspek kira-kira pukul 2 pagi selepas suspek semakin bertindak agresif terhadap terhadap isteri, ibu dan anak-anaknya, katanya.

Chuah berkata semua mangsa tebusan berkenaan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan. Isteri lelaki itu mengalami kecederaan di muka dan mata dipercayai dipukul manakala siasatan masih dilakukan bagi mengetahui sama ada emak serta anak-anaknya mengalami kecederaan.

Mengulas lanjut tentang rundingan lebih enam jam dengan suspek, katanya polis berusaha tidak menggunakan kekerasan atau senjata sebaliknya secara rundingan yang diketuai Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Mohd Shahrizan Che Mat Din atas faktor keselamatan tebusan.

Katanya polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu termasuk latar belakang suspek yang dipercayai tidak mempunyai pekerjaan.

“Terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan terhadap suspek termasuk sama ada dia adalah penagih atau berada dalam pengaruh dadah ketika bertindak menahan ahli keluarganya sebagai tebusan dan bertindak agresif,” katanya.

Sementara itu, seorang jiran suspek yang menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu, berkata suspek seorang yang panas baran dan sering bertindak memukul anggota keluarganya.

“Kami sering mendengar jeritan dan melihat dia (suspek) memukul ahli keluarganya terutama isterinya. Lebih ketara dalam beberapa hari ini kerana pergaduhan antara mereka berlarutan dari malam sampai awal pagi,” kata lelaki itu.

Beliau berkata dalam kejadian amuk pada hari tersebut, suspek pada mulanya menarik isterinya ke luar rumah dan bertindak memecahkan sebuah kenderaan jiran pada kira-kira pukul 7 malam.

Katanya suspek kemudian masuk ke dalam rumah dan mengunci diri serta anggota keluarganya di dalam rumah yang telah didiaminya kira-kira tujuh tahun lepas yang menyebabkannya menghubungi polis kerana bimbang dengan keselamatan mereka. 

– Bernama

Cara Masak Seekor Unta Yang Unik Di China

Ini cara masak seekor unta oleh umat Islam di china.....hebat!! 
kalau di negara kita sesuai majlis perkahwinan.....jom tengok sepenuhnya....











Thursday, 7 May 2015

Tentu Ada Sebab Doa Kita Tidak Dimakbul Allah


Saya pernah terjatuh dalam kesusahan yang mendalam. Saya memperbanyak do'a sambil memohon agar dilepaskan dari cubaan itu. Ternyata, jawapannya adalah lambat. Mulakan jiwa saya gelisah. Akan tetapi, saat itu saya memperingatkannya.

"Celakalah engkau! Merenunglah! Apakah engkau hamba atau seorang yang merdeka dan berbuat semaumu? Tidakkah engkau berfikir, engkaukah yang mengatur segalanya atau ada yang mengaturmu? Tidakkah engkau tahu bahawa dunia ini adalah tempat cubaan dan ujian? Jika engkau minta dipenuhi hasrat dan hajatmu, namun engkau tak mampu bersabar untuk tidak mendapatkan apa yang engkau inginkan, lalu dimana letak cubaan itu? Bukankah cubaan itu adalah kemungkinan tidak dikabulkannya suatu maksud dan tujuan? "

Pahamilah oleh anda makna penugasan syariat kepada anda, nescaya akan ringanlah yang berat dan akan mudah pulalah yang sukar menurut anda. Tatkala jiwa saya merenungkan hal itu, ia sedikit tenang.

Saya katakan kepadanya, kemudian, "Aku punya jawapan kedua. Engkau hanya mampu menuntut hak-hakmu dan tak pernah menggubris kewajibanmu, padahal itu merupakan tindakan yang bodoh. Engkau adalah hamba. Hamba yang bijak dan berusaha menunaikan hak-hak tuannya. Ia tahu bahawa bukanlah kewajipan seorang tuan untuk memenuhi semua yang diinginkan hambanya. "Jiwa saya akhirnya semakin tenang.

Saya kembali berkata kepadanya, "Aku punya jawapan ketiga. Engkau mengnggap bahawa jawapan-jawapan bagi do'amu adalah lambat, padahal engkau sendiri menutup jalan terkabulnya do'a itu dengan pelbagai maksiat. Jika saja engkau buka kembali jalan itu, nescaya akan dipercepat jawapan bagi do'amu. Sepertinya engkau tak tahu bahawa ketenangan diperoleh dari takwa. Tidakkah engkau membaca dan mendengar firman Allah SWT., "Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, maka Dia akan membukakan baginya jalan keluar dan akan memberinya rezeki dari dengan tanpa disangka-sangka ... Barang siapa yang bertakwa kepada Allah maka Dia mudahkan mudahkan urusannya." (At -Tholaq [65]: 2-4). Tidakkah engkau memeahami bahawa pahala yang engkau dapatkan selalu sesuai dengan apa yang engkau kerjakan? Celakalah mereka yang mabuk dan tenggelam dalam angan-angan yang terhalang dan tak tercapai. "Jiwa saya akhirnya mengetahui bahawa apa yang saya katakan adalah benar. Semakin tenanglah ia.

"Aku masih punya jawapan keempat. Engkau meminta harta yang engkau tahu akibat-akibatnya. Jika Dia mengabulkan, mungkin saja harta itu akan mendatangkan. Engkau seperti anak kecil yang sakit panas namun meminta manisan, padahal Dzat yang mengaturmu itu lebih tahu apa yang terbaik bagimu. Bagaimana tidak, Dia sendiri yang berfirman, "Boleh sajaengakau benci sesuatu padahal itu baik bagimu." (Al-Baqarah [2]: 216). "Ketika telas jelas baginya apa yang saya sampaikan, semakin mantablah jiwa ini.

Saya pun menamatkan nasihat saya. "Ini jawapan pamungkasku. Ketahuilah bahawa apa yang engkau minta akan mengurangkan pahala dan ganjaranmu dan menurunkan darjatmu. Tatkala Dia tidak mengabulkan doamu, hal itu tidak lain adalah sebuah pemberian yang sangat berharga dari-Nya untukmu. Jika engkau minta kepadanya apa yang terbaik untuk akhiratmu, maka yang demikian itu jauh lebih baik. Pahamilah kembali apa yang aku terangkan kepada kamu. "Jiwa ini berbisik," Aku sungguh merasa tenang dan damai. "

- Oleh Imam Ibnul Jauzi

Tuesday, 5 May 2015

Kenapa Si Mati Lebih Memilih Untuk Bersedekah Seandainya Dia Dikembalikan Ke Dunia?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah. 

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sbnrnya dan dpt menggambarkan bhw sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim. 

Adakah anda pernah membaca tntang faedah bersedekah?

1) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7) Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) Orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) Orang yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

17) Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Muslim Nepal Bersyukur Tiada Masjid Rosak Akibat Gempa.

Masjid Jami Nepal.

MASJID Jami di Bag Bazaar, Ibu Kota Kathmandu, Nepal itu masih berdiri tegak gagah. Tidak ada dinding terkelupas atau retak. Aktiviti di sekitar kawasan masjid sangat ramai. Kedai mula dibuka, walau madrasah masih tutup

Kami bersyukur, ini semua kerana kuasa Allah, kata, ahli takmir Masjid Jami Nepal Mohammad Rizwan. Raheem menjelaskan Masjid Jami Nepal ini bangunan yang relatif lebih baru. Pengubahsuaian besar masjid ini terakhir dilakukan pada 1995.

Tapi hanya berjarak 600 meter, ada Masjid Khasmiri Taqiya yang berdekatan Universiti Tri Chandra. Masjid itu pun tidak mengalami kerosakan apapun.Padahal tempat ibadah itu sudah dibina sejak 1524 Masehi. Ada beberapa masjid di sekitar Kathmandu. Sebahagian besar berusia lebih dari 100 tahun dan tidak ada yang rosak, kata Rizwan. 

Di Lalitpur, masjid jami masih berdiri tegak. Demikian pula masjid di Bandar Bharatpur, Provinsi Chitwan. Merujuk bancian terkini, terdapat 1.1 juta penganut ajaran Islam di Nepal, urutan ketiga setelah Hindu dan Buddha. Itu merangkumi kira-kira 10 peratus jumlah keseluruhan penduduk di negara lereng Pegunungan Himalaya tersebut. Kebanyakan adalah warga India keturunan etnik Urdu. 

Rizwan menyatakan selepas gempa 7.8 skala Richter melanda pada 25 April lalu, takmir seluruh masjid langsung berkumpul. Mereka mencari info adakah warga muslim yang jadi mangsa. Ternyata di sekitar Kathmandu hanya ada dua warga terkorban dan belasan kecederaan. Tapi majoriti keluarga Muslim selamat.

Oleh sebab itu, kini Masjid Jami menjadi pusat penghantaran bantuan logistik untuk korban lindu. Majoriti adalah beras, air bersih, dan makanan siap saji.Tiga trak hilir mudik mengangkut logistik sepanjang lawatan pihak merdeka.com.

Ini bantuan yang datang dari komuniti muslim Nepal. Kami menghantar ke mana-mana warga memerlukan, kata Rizwan. Lelaki 40 tahun ini pun mengkritik derasnya bantuan gempa Nepal, tapi mengedepankan bendera institusi masing-masing. Dia menyatakan bantuan masjid jami bahkan tidak ditampal pelekat. 

"Kami tidak mengambil gambar bantuan, kami yakin Allah telah mencatatnya." 

SUMBER: IBNU HASYIM

Monday, 4 May 2015

"Women on my dad's Instagram is not my mother!" - Kecoh Poligami!!

Sebagai ayah kepada 20 orang anak dan suami kepada isteri-isteri, Pak Lang membaca kisah 'poligami' seperti di bawah dengan sedih. Apa yang diluahkan si anak terhadap ayahnya memang lumrah berlaku di mana-mana. 

Biasanya isu poligami tidak cuba difahami dari hati dan jiwa. Sebaliknya sudut negatif yang diberi keutamaan. Hasilnya berantakan atau krisis rumah tangga berpanjangan. Dunia terasa gelap, hidup sudah dirasakan tidak bermakna. Kebahagiaan musnah kata mereka dek poligami?

Bacalah dulu kisah di bawah dan dalam paparan berikutnya Pak lang akan beri komentar. Semoga komentar yang pak lang tulis nanti akan membantu mereka yang tidak faham jadi faham. harap-harap yang menentang poligami jadi mahu dan setuju dengan poligami!! He he he!!

"Women on my dad's Instagram is not my mother," demikian tulis Puteri Adlin Syafinie, anak vokalis kumpulan Flop Poppy, Andy melalui Instagramnya baru-baru ini. 

Dia menjelaskan begitu kerana terlalu banyak pertanyaan melalui IGnya itu mengenai 'ibu baru' yang merupakan isteri kedua bapanya. Malah Syafinie juga dilihat sudah memadam gambar ayahnya. 

Penafian tersebut timbul berikutan rentetan pendedahan Andy atau nama sebenarnya Megat Effendy Zakaria, 43, baru-baru ini menerusi Instagram bahawa dia sudah bernikah buat kali kedua dengan wanita bernama Aliaah Abdullah. 

Klik gambar untuk size besar

Bagaimanapun, Andy tidak memberitahu tarikh sebenar pernikahannya dengan Aliaah. 

Dalam pada itu, Isteri Andy iaitu Nurul Shafizan Othman, 42, dipetik sebagai berkata, yang dia tidak pernah bersetuju dengan perkahwinan kedua suaminya itu. 

"Saya terkejut dengan pengakuan dibuat suami saya menerusi akaun Instagram miliknya. 

Luahan hati anak Andy

"Saya tidak setuju dengan perkahwinan itu. Biar Allah yang tentukan. 

"Moga rumah tangga saya dapat kembali kepada asal. Mungkin ini dugaan saya dengan anak-anak. Selebihnya, saya enggan komen lanjut," ujarnya. 

Untuk info, hasil perkahwinan Andy dengan Nurul pada Disember 1991, mereka mempunyai tujuh orang anak iaitu Megat Daniel Azreen, 23, Megat Zarul Mukhriz, 21, Puteri Adlin Natasya, 18, Puteri Adlin Syafinie, 17, Puteri Adlin Syafinaz, 12, Megat Adam Zakaria, 4 dan Puteri Sumayyah Ramadhani, 10 bulan. 


Friday, 1 May 2015

Hendak Kahwin, Jika Tidak Cukup Duit, Buat Cara Tidak Cukup Duit. Lihat, Bagaimana Orang Cerdik Bertindak

Perkahwinan adalah permulaan bebanan tanggung jawab yang lebih mencabar. Mulakanlah dengan mudah dan ringkas mengikut kemampuan dan keupayaan kita. Tidak perlu membazir dan berbangga atau bersaing dengan orang lain. 

Perkahwinan bukan semata-mata hari persandingan - menjadi raja sehari tetapi jauh lebih panjang dan berkekalan. Kita mahukan kehidupan rumah tangga kita adalah bayangan keindahan dan kenikmatan syurga. Ianya dikatakan syurga yang disegerakan di dunia. 

Justeru perkahwinan adalah ikatan untuk teguh berpegang dengan agama. Bawalah hati mendapatkan cinta Allah nanti hati kita suami isteri akan terpahat dengan cinta yang murni. Isteri akan jadi isteri solehah yang taatkan suami dan menghargai kewujudan suami. Suami isteri yang soleh dan solehah - mempunyai hati yang tidak putus dengan Allah adalah gambaran rumah tangga yang akan terpindah masuk ke syurga di akhirat. 

Sabarlah dengan kesusahan hidup berumah tangga. Manisnya jika ada Allah di hati, kesusahan menjadi santapan kebahagiaan apabila masing-masing menempuhnya dengan sabar, berlapang dada, bertolak ansur dan saling menghargai.

Baca kisah majlis perkahwinan yang seadanya tetapi bermakna.yang sudah viral di maya.



Exactly 4 years and 7 month ago, I got married to this dude here. It was quick and simple. Bukanlah sebab acah-acah minimalist ke apa, tapi sebab duit saya tak banyak dan saya tetap nak bayar sendiri (untuk reception belah saya) hehe.


Hantaran buat sendiri. Baju, tempah baju kurung plain. Tudung, kebas adik tailor punya. Itulah baju nikah, itulah baju makan beradab, itulah baju ambil gambar dekat pelamin. One outfit for one whole day. Haha Kepam!


Pelamin, I went for engagement pelamin instead of wedding pelamin. Smaller and cheaper. Door gifts were little jars of honey because I love honey.


Kad kahwin, design sendiri guna picknik.com. Sound system, guna speakers sendiri. Canopies and catering je Ummi insisted nak sponsor because she wanted Johorean food all the way from Muar.


No pre-wed, no dewan, no bersanding, no tepung tawar, no cake, no candy bar, no photo-booth, no kompang, no photographers, no videographers.


Gather gambar yang kawan-kawan tagged dalam Facebook je. Serius gila, tak ada niat nak rock and roll atau melawan perkahwinan arus perdana. It was just not within my budget. But no problem, Alhamdulillah. 


It was never an issue for me. Tak ada duit, buat cara tak ada duit, as simple as that. To each his own kan? Janji halal dan hidup. Insha Allah.


Kredit - Waniardy
 

Sample text

Sample Text

Sample Text