Social Icons

Saturday, 31 October 2015

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH NOVEMBER 2015!!!!

LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS mempunyai kepakaran menyelesaikan masalah ibubapa yang mempunyai anak-anak tidak mendengar cakap, malas dan tidak fokus. Apa yang terjadi ketika ini, ibubapa hanya mampu menangis, sedih dan kecewa melihatkan anak-anak di depan mata mereka berubah sedikit demi sedikit menjadi anak yang hilang potensi diri, bermasalah dan terlibat dengan pelbagai gejala negatif. 

LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS tampil menawarkan usaha ikhtiar mengubah anak-anak agar sedar tentang potensi diri, bersikap serius mengenai solat 5 waktu, cintakan ilmu, menyayangi ibubapa dan guru-guru, berakhlak mulia serta memulakan usaha membaiki / meningkatkan diri menjadi anak / remaja yang menyejukkan hati ibubapa / guru!! 

LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS menawarkan:

KEM MOTIVASI ALA MADRASAH NOVEMBER 2015!!!!
(Tempat Terhad - Daftar segera untuk masa depan anak anda!!)

Moto Kem ini ialah "Sebaik-baik bekalan ialah rasa takutkan Allah!!"  
Ianya Menarik, Berilmu, Ceria Dan Menginsafkan

Anjuran : LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS - (03-80523814 / 019-6226183)

Tempat KEM: 
Sek. Men. Islam Zadut Taqwa 
(Rumah Amal Limpahan Kasih - RALK)
Lot 115, Lrg Bistari 3, Jalan Jurutera, Kg Seri Aman, 
Puchong, Selangor

Penyertaan: Sila pilih tarikh !!!
Tarikh (A): 22 Hingga 26 November 2015 (Ahad - Khamis)
Tarikh (B): 6 Hingga 10 Disember 2015 (Ahad - Khamis)

Umur Peserta: 
Kumpulan 1: 10 tahun - 13 tahun 
Kumpulan 2: 14 tahun - 16 tahun
Kumpulan 3: 17 tahun ke atas 

HUBUNGI : 
Ust Haji Johari: 019-6226183 
Pn Wan Nor: 013-2576200 
Ust Abu Zar: 018-5717490


Kem Motivasi yang menyediakan pelbagai elemen menarik:

1. Bimbingan Asas Fardhu Ain & Bacaan Solat
     - Perbahasan mudah secara ilmiah dan praktikal dalam LDK

2. Penghayatan Solat Sebagai Asas Bina Insaniah
     - Menghayati terjemahan bacaan solat / Kaifyat solat & Mujahadah khusyuk

3. Hafalan Doa dan surah-surah utama dalam Al-Quran
     - Kaedah tasmik harian selama 6 hari.

4. Kuliah & Tazkirah Sambil Berhibur / Santai 

5. Alam Barzakh & Program Bina Kesedaran -

6. Disiplin Pengurusan Diri, Penggunaan Gajet , HP / Android & Pengurusan Masa
     - Disiplin dibentuk dari dorongan bukannya paksaan.

7. Motivasi Pelajar & Tip-tip Menghadapi Peperiksaan
    - Kesedaran tentang pentingnya belajar bertitik tolak dari dalam diri.

8. Riadhah Berpendidikan (Tarbiyah) - Senaman berirama nasyid

9. Hidup Berpendidikan (Tarbiyah) - Hiburan sentiasa berlaku sepanjang program

10. Persembahan kumpulan ala teater, ala silat dan drama Islami (Tidak dipaksakan)
      - Bermotifkan mencungkil bakat, kreativiti, bekerjasama dan rasa bersama

11. Nasyid Tema Kem Bina Insaniyah dan seni kebudayaan Islam
      - Terdapat 4,5 buah lagu nasyid yang dialunkan bersama

12. Ekspedisi khas - sembang dan lepak
      - Tarbiyah dan berinteraksi secara santai di sepanjang ekspedisi

13. Program Mengasah Minda& Menyuburkan rohaniah:
      - Minda perlu diseragamkan dengan kehendak Allah. Kem ini menjadi cabaran membina   
        kaedah berfikir sebenar seperti yang Allah dan Rasul kehendaki.

14. A TO Z Bina Hati Sensitif Dengan Tuhan Pencipta Alam
       - Manusia sepatutnya berbuat dan bertindak dengan hati yang takutkan Allah.

15. Program taklimat khas untuk ibubapa
      - Pembentangan prestasi anak-anak sepanjang KEM MOTIVASI ALA MADRASAH dan 
        apa yang perlu di lakukan semasa di rumah.

_________________________________________________________________________
SUMBANGAN (5HARI 4 MALAM): RM250 (Penyertaan 4 orang - hanya RM650) 
Kami sediakan penginapan, makan-minum, pengisian, aktiviti, kenderaan, t-shirt program, cenderahati dll. (Bawa buku tulis, selimut, bantal, kain basahan, kain pelikat, songkok/kopiah, pakaian (termasuk pakaian riadhah) dan kelengkapan diri) 

AKAUN MAYBANK LIMPAHAN KASIH SOLUTIONS: MAYBANK:562777220661

Jika anda mendaftarkan anak anda bersama anak jiran anda atau bersama anak saudara mara anda  SERAMAI 5 ORANG sebelum 7 NOVEMBER 2015, sumbangan penyertaan kesemua mereka ialah hanya:  RM690.00

Friday, 30 October 2015

Apa Yang Berlaku Bila Selalu Ingat Mati?


Mereka yang sering memikirkan tentang mati akan mula membuat perubahan pada hidupnya dengan mengutamakan yang lebih utama.

Mereka yang sering memikirkan mati juga akan menjadi lebih sihat dari segi fizikalnya. Walaupun kita sekadar mengingati mati dalam keadaan separa sedar, ia mampu membuatkan perubahan positif pada diri kita dan mendidik sifat ingin membantu orang lain.

Antara cara menimbulkan perasaan ingat mati secara separa sedar adalah dengan berjalan di kawasan perkuburan, menziarahi orang mati, mengiringi jenazah, menguruskan jenazah dan lain-lain seumpama dengannya.

Ringkasnya hasil yang positif dari mengingati mati itu menolak persepsi masa lalu bahawa mereka yang ingat mati akan menjadi tidak produktif dan membunuh cita-cita. 

Berapa kali kita ingat mati dalam satu hari? Apakah bagus bagi seseorang yang sentiasa mengingati mati. Adakah orang yang sentiasa ingat mati akan menjadi tidak produktif dan mula berteleku di tikar sembahyang menunggu saat masuk ke kubur.

Semua persoalan tersebut boleh kita cuba rungkaikan dengan melihat hadith-hadith di bawah: Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.

”اكثروا ذكر هادم اللذات”

Ertinya, “Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”.

Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab, sabda Nabi s.a.w. yang bererti; “Perbanyakkan ingatan terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”. Kami bertanya Nabi; wahai Rasul Allah apakah yang dimaksudkan dengan (هادم اللذات)? Jawab Baginda; iaitu mati.

Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya;
“Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang lelaki dari kalangan al-Ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya Baginda: Siapakah orang mukmin yang afdhal? Jawab Baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”. Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang sempurna akalnya? 

Jawab Baginda: “اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس” 

Erinya: “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya”.

Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya;
sabda Nabi s.a.w. 

“الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله “.

Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal”.

Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya,
sabda Nabi s.a.w. “اكثروا ذكر الموت ، فانه يمحص الذنوب ، ويزهد فى الد نيا”.
Ertinya: “Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.

Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w.pernah bersabda:
“كفى بالموت واعظا وكفى بالموت مفرقا”.
Ertinya; “Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.

(Bahan bacaan Kitab al-Tazkirah, karangan al-Qurtubi)

Thursday, 29 October 2015

Hadis Qudsi Yang Sangat Menggetar Jiwa

SubhanAllah... best petikan ini...
Saya telah membaca hadis ini maka mengalirlah kedua air mata, memohon kepada Rabbi agar dpt disampaikan perkara ini kepada semua yg saya sayangi. 
Hadis kudsi yang menggetarkan segenap tubuh serta menunjukkan kebesaran Sang Pencipta. Allah swt berfirman :
Wahai anak adam .. Aku jadikan engkau dalam perut ibumu, dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/ terhidu engkau dalam rahim. Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanmu. Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. Di kananmu hati (liver) dan di kirimu hempedu (spleen) ibumu.
Setelah itu, Aku ajarkan engkau utk tetap dan duduk di dalam badan ibumu. Adakah yang lain selain dariKu yang mampu menjadikannya sedemikian??
Setelah berakhir penciptaanmu dan disempurnakan kejadian mu, aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan sayang utk mengeluarkanmu dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu. Tiada bagimu gigi utk mengunyah, jua tangan utk menggapai, juga kaki utk berdiri. Engkau tidak punya apa2. Aku jadikan susu yg lengkap lagi bersih dari dada ibuMu, yg sejuk di musim panas dan panas di musim sejuk. Dan Aku letakkan cinta dan kasih kepada engkau dalam diri kedua org tuamu. Tidak meniarap engkau sebelum mampu, tidak duduk engkau sebelum mampu, tidak merangkak engkau sebelum mampu, tidak berdiri engkau sebelum mampu. 
Apabila engkau telah kuat utk berjalan sekarang, engkau bermaksiat saat engkau berseorangan! Dan engkau langsung tidak malu padaKu. Maka Aku tetap peringatkan : jika engkau berdoa, Aku makbulkan. Jika engkau meminta, Aku berikan. Jika engkau bertaubat, Aku bawa engkau kepadaKu.
Sungguh ajaib engkau wahai anak adam ... Ketika dilahirkan engkau diazankan dan diiqamatkan tanpa disertai solat. Dan bila kau mati engkau disolatkan tanpa didahulukan azan.
Sungguh ajaib bagimu wahai anak adam ...
Ketika lahir tidak kau ketahui siapa yang mengeluarkanmu dari tubuh ibumu, dan ketika kau mati tidak juga kau tahu siapa yang memasukkan engkau ke kuburmu.
Sungguh ajaib perihalmu anak adam ...
Ketika kau dilahirkan ada yang menggosok dan membersihkanmu, dan setelah kau mati ada juga yang menggosok dan membersihkanmu.
Sungguh ajaib perihalmu anak adam ...
Ketika lahir tidak kau tahu siapa yang gembira dan tersenyum atas kelahiranmu, dan setelah ajalmu masih engkau tidak tahu siapa yang menangisi dan sedih ke atasmu.
Ajaib sungguh perihalmu anak adam ...
Ketika engkau di perut ibumu Aku jadikan engkau dalam tempat yang sempit lagi gelap, dan apabila mati dijadikan bagi engkau kubur yang sempit lagi gelap.
Ajaib sungguh perihalmu anak adam. ..
Lahirmu terus engkau dibalut dengan kain putih utk menutupimu, matimu juga engkau dikafankan dengan kain putih utk menutupimu.
Ajaib sungguh perihalmu anak adam ..
Apabila engkau lahir ditanyakan manusia mengenai syahadah dan perihalmu. Dan setelah engkau mati engkau ditanyakan malaikat ttg amal2 engkau yg soleh dan apa bekalmu utk akhirat?

Wednesday, 28 October 2015

Kisah Iktibar Yang Menggugah Jiwa - Menitiskan Air Mata

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.

Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,

"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"

Mereka berkata:

"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."

Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas,

Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal,

Dalam tangisnya si isteri berkata,

"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."

Sultan terkejut!

Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.

Si isteri menjawab,

"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;

"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;

"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."

Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;

"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku;

"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;

"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;

"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."

Subhanallah! 

* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.

Tuesday, 27 October 2015

Kenapa lelaki Perlu Bersimpati Terhadap Wanita?

Kita bersimpati dengan kaum wanita. Banyak hal yang mencabar berkaitan dengan nafsu, akal dan ehwal fizikal mereka. Mereka diciptakan Allah dengan penampilan lemah lembut dan bersahaja. Anehnya kerana di sebalik itu, wanita juga mempunyai kekuatan luar biasa. Bayangkan proses melahirkan anak pun sudah cukup membuktikan hal ini. 

Wanita yang ditinggalkan suami masih sanggup menanggung dan membesarkan anak-anak dengan kudrat tulang empat kerat. Gigih dan penyabarnya mereka sudah diakui oleh semua. Jiwa yang kuat dalam menghadapi ujian atau kesulitan hidup menjadikan mereka gagah menongkah derita. 

Dalam pada itu, wanita - secara semula jadi berperanan hamil dan melahirkan anak. Maka dalam banyak hal terdedah dengan risiko kesihatan yang lemah, jatuh sakit atau tidak sihat. Penjagaan kesihatan terutama selepas bersalin memang sangat penting diberi perhatian. Tidaklah boleh dilakukan sambil lewa. Para ibu tradisional sangat serius menjaga dan merawat diri sendiri. ianya bukan soal kecantikan semata-mata tetapi untuk memastikan kelangsungan tahap kesihatan diri. 

Ibu-ibu muda hari ini tidak suka berpantang selepas bersalin. Mereka takut atau tidak mampu hendak menghirup air rebusan akar kayu yang amat pahit. Mandian air daun kayu herba juga perlu dilakukan bagi mengecutkan peranakan dan menyegarkan tubuh. Jadi ibu-ibu muda sekarang ini rasa malas hendak bertungku. Hendak memakai bengkung jauh sekali. Malas untuk bersusah payah dalam keadaan masa yang sama kena melayan karenah baby yang masih merah. Masa yang sama, larangan berpantang hal makan minum yang 'sejuk' tidak diendahkan. 

Semuanya memberi kesan jangka panjang pada diri mereka. Tidak sampai beberapa tahun dari kelahiran, fizikal tubuh sudah lain macam. Gemuknya luar biasa. Pinggang yang asalnya ramping sudah 'hilang'. Itu belum lagi dikira hal dalaman tubuh. Risiko tidak menjaga kesihatan selepas bersalin akan mula memberi kesan pada ketahanan tubuh.

Di bawah ni ada satu masalah kesihatan wanita yang perlu diberi perhatian. Ramai yang menyangka dia hamil rupa-rupanya tidak!! Salah satu kes sebegini dinamakan 'Ovarian Cyst'!

Apa itu Ovarian Cyst ?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.


Perbezaan ovari normal dengan ovari yang mempunyai cyst 

Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

Muntah dan Loya 
Sakit Perut 
Sakit semasa hubungan seks 
Sukar atau kerap kencing 
Rasa perut penuh dan tidak selesa 
Rasa berat pada ari-ari 

Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan ?

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst ?

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Antara Madu Asli Dan Tiruan

Madu lebah merupakan makanan tambahan yang wajar menjadi amalan seisi keluarga. Bukan mudah mengumpulkan nektar madu dari berjuta bungaan. Semuanya dilakukan sang lebah yang Allah ciptakan untuk menghasilkan madu. Madu hanya untuk pengubatan dan penyembuhan bagi manusia.

Pengalaman Pak Lang, madu asli tidak digemari lalat. Kerap kali tumpahan madu atau lelehan madu asli tidak dikerumuni semut sedangkan jika madu yang bercampur gula, pasti ada semut yang menghurungi bahkan masuk ke dalam botol berkenaan. 

Soalnya - Bagaimanakah kita ingin mengetahui bahawa satu-satu madu itu 100% madu asli atau telah dicampur atau memang bukan asli?

Madu tiruan adalah bermaksud sama ada madu asli dicampurkan dengan ”gula” - peratusan kebiasaan 30% madu asli dan 70% gula. Gula ini boleh jadi , glukosa, dextrosa , molasses (produk dari pemprosesan dari tebu,anggur atau bit gula), sirap jagung , sirap gula , invert sugar (campuran glukosa dan fruktosa), tepung , kanji atau mana-mana produk yang menyerupai , selain dari nektar bunga yang dikumpul , diproses dan disimpan di dalam sarang lebah oleh lebah. 

Persoalan ini sering timbul di kalangan pembeli yang bimbang tertipu atau terbeli yang bukan asli. Yang mana mengakibatkan madu yang sepatutnya menjadi ubat berubah menjadi racun yang mnegembangkan penyakit atau langsung tiada apa-apa kesan sehingga membuang duit begitu sahaja membeli gula yang disangkakan madu.

Hasil dari penipuan terhadap madu bukan kecil, tetapi ianya mengakibatkan seseorang tidak yakin pada Allah dan Rasul , kerana Allah menyebutkan bahawa madu itu
”فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ” – padanya penyembuh bagi manusia manakala Nabi صلى الله عليه وسلم telah bersabda “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل : ”penyembuh itu pada tiga : minum madu ….” .

Apabila seseorang itu minum madu dan hasil yang didapati adalah tidak berkurangnya penyakit atau tiada kesan padanya atau bertambahnya penyakit dirinya, maka , dalam hati kecil akan berkata , ‘tak jadi apa-apa pun.” atau lebih parah lagi , akan diwar-warkan bahawa ”madu takde kesan apa-apa dan buat penyakit je” ucapan ini diwar-warkan pada orang lain , seolah-olah sudah menyebut bahawa apa yang Allah katakan itu tidak benar dan Nabi itu palsu dalam kata-katanya sedangkan yang dimakannya itu bukan madu hanyalah gula yang diubahsuai. Nauzubillah.


Ibnu Al-hasan pernah meriwayatkan dari Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : Nikmat yang pertama diangkat dari bumi adalah madu. (Rujuk kitab taarikh Asbahaan)

Di sini beberapa tips walaupun ianya bukan 100% pengujian asli atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya ianya memberi sedikit gambaran pada pembeli @ pengguna madu, in sya allah.

0 – Lidah

Jika kalian sudah biasa dengan madu (merasa lebih 50-100 kali madu yang benar-benar asli) , maka lidah kalian tidak akan boleh tertipu lagi selepas itu. Ini cara paling mudah dan asas dalam pengujian madu.

1 – Bentuk Sarang Lebah dalam air – Hexagon.

Cara ini yang paling mudah dan cepat untuk diketahui.

Ambil sesudu madu dan masukkan ke dalam bekas yang tapaknya rata.
Masukkan air kosong/jarang (jangan air panas) ke tengah-tengah bekas/pinggan. pusingkan bekas mengikut arah jam atau lawan. Pusing sehingga keluar bentuk sarang lebah hexagon. (sekitar 1 minit ). Ada kala, bentuk hexagonnya memang persis seperti hexagon sarang lebah.Dan ada kala , bentuk hexagonnya tidak seperti sarang lebah, tetapi masih hexagon.

Jika tiada bentuk hexagon, kemungkinan besar sama ada ianya madu yang dicampur gula atau gula yang diubah suai yang dijual atas nama madu asli.
Madu di tengah piring
bentuk sarang @ hexagon terhasil selepas beberapa ketika

**Untuk madu yang kristalized (menghablur) , kami juga telah mencubanya, setakat ini juga jadi bentuk hexagon.

2 – Kertas Putih

Ambil pencungkil gigi atau sudu, celupkan pada madu dan titiskan di atas tengah kertas putih. Lihat kesan pada kertas putih di keliling madu. Madu asli kebiasaannya tidak akan meresap masuk ke dalam kertas. 

Madu asli juga akan mengekalkan bentuk titisannya dan tidak merebak. Madu asli dengan mudah kita dapat mengambil semula dengan tangan. Madu tiruan akan nampak kesan seperti air meresap di keliling madu. Madu tiruan akan merebak dan meresap tanpa kekal bentuknya.

Madu tiruan apabila kita cuba ambil dengan tangan , kebiasaanya tidak boleh dan biasanya lekitan sedikit yang melekat di tangan kita.

Bentuk madu selepas dititiskan pada kertas

kesan selepas dicolek/cuit/ambil guna jari – boleh lihat perbezaan

3 – Air Kosong / Jarang

Ambil segelas kaca yang tembus dalam dan masukkan air kosong/air jarang ke dalamnya.

Ambil sesudu penuh madu dan kemudian titiskan ke dalam air. Madu asli akan terus turun ke dasar cawan, dan madu tiruan biasanya akan pecah-pecah sebelum sempat sampai dasar cawan.

Monday, 26 October 2015

Mati - Usahakan Bawa 7 Jenis Bekalan

Sesiapa pun tidak dapat menduga bilakah saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "' Siapakah yang dapat menyembuhkan'. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Rabbmulah pada hari itu kamu dikembalikan." (Surah al-Qiyamah ayat 26-30).

Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali."(Surah al-Anbiyak ayat 35)

Hidup dizaman kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, kejadian mati mengejut dan mati ditimpa musibah adalah sesuatu perkara biasa. Di negara kita sendiri kematian disebabkan kemalangan jalan raya, mati disebabkan sakit jantung dan mati mengejut yang lain adalah beberapa kes kematian yang sering berlaku setiap hari.

Soalannya, apakah persiapan kita bila mati datang mengejut? Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kematian itu datang? Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh?

Terdapat tujuh amalan atau persiapan yg perlu kita lakukan sebelum ajal datang menjelma, maksudnya kita dah buat persiapan awal tanpa kita tunggu masa yg sesuai, selagi boleh kita buat kita terus melaksanakannya.

Amalan Pertama : Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar.

Rasulullah s.a.w. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah : "Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya (zikrullah)."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Rasulullah s.a.w .beristigfar lebih tujuh puluh kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)”(Surah Al-Anfal ayat 33)

Amalan Kedua : Betulkan solat kita dan cuba untuk khyusuk.

Jangan lambat-lambatkan solat bagi lelaki cuba solat berjemaah dimasjid. Solat adalah amalan yg pertama disemak di hari akhirat nanti jika solat diterima maka amalan lain juga akan diterima.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :"Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya."

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seorang akan diterima oleh Allah. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Oramg yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi kata-kata pujian kepada Allah.

Daripada Abu Hurairah, katanya bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain."(Hadis Riwayat Tirmizi)

Amalan Ketiga selesaikan semua hutang:

Roh seorang Mukmin yang beriman atau pun roh seorang syuhada akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tanguh-tanguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.

Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''(Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Oleh itu tulislah satu surat wasiat dan senaraikan semua hutang-hutang yang ada lengkap dengan jumlah dan nama dan alamat orang yang memberi hutang, serahkan kepada waris terdekat atau pemegang amanah (syarikat yang menguruskan wasiat) apabila mati datang mengejut urusan hutang-piutang ada pihak lain yang akan menyelesaikannya supaya rohnya kembali kepada Allah s.w.t. dalam keadaan tenang tidak tergantung.

Amalan Keempat :Banyakkan sedekah jariah.

Termasuk dalam kategori sedekah jariah ialah harta yang diwaqafkan, termasuk tanah, rumah, kebun atau lain-lainnya untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Misalnya, seseorang mewaqafkan bangunan untuk dijadikan sekolah, asrama, hospital, masjid dan seumpamanya.

Mendirikan bangunan untuk kepentingan awam yang dihalalkan Islam juga dikira sedekah jariah. Menubuhkan perpustakaan atau pusat sumber bagi meningkatkan ilmu dan iman orang Islam juga amal jariah yang sangat dituntut.

Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya. Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya. Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang solih yang berdo'a untuknya.” (Hadis Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad.)

Amalan Kelima : Ilmu yang bermanfaat.

Ilmu yang dapat dimanfaatkan maksudnya ilmu yang diajarkan ketika seseorang itu masih hidup dan ia kemudiannya dimanfaatkan pula oleh orang lain, maka pahala mengajar itu berterusan selagi orang yang menerima ilmu itu mengamalkannya.

Ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu agama dan juga ilmu mengenai dunia. Ilmu agama ialah al-Qur'an dan al-sunah serta segala cabangnya. Ilmu dunia ialah sains alam, dan pengurusan pentadbiran dan kenegaraan serta yang berkaitan dengannya.

Pahala diterima oleh mereka yang menyebarkan ilmu berkekalan hingga hari kiamat selagi manusia dapat manfaat daripada ilmu yang diajarkan itu. Ilmu yang disebarkannya itu, sama ada melalui syarahan, penulisan kitab, akhbar atau majalah atau apa-apa rakaman yang dapat dirujuk dalam bentuk cetak dan elektronik maka ia mendapat ganjaran berkekalan.

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Amalan Keenam : Anak yang soleh yang mendo'akannya .

Anak yang dididiknya ketika hayatnya hingga menjadi orang soleh dan sentiasa mendo'akan kesejahteraan ibu bapanya sesudah meninggal dunia. Hadis ini memberi jaminan do'a anak yang soleh kepada orang tuanya diterima Allah s.w.t.

Do'anya itu bukan sahaja rahmat kepada kedua ibu bapanya yang masih hidup atau yang telah mati, tetapi akan membawa kebaikan dan pahala yang besar kepada anak itu sendiri. Sungguh beruntung anak yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya dengan mendoakan mereka selepas mengerjakan solat dan semasa berada pada hari baik bulan baik atau semasa berada di tanah suci yang sangat berkat dan mustajab doa padanya.

Sebaik-baiknya berdo'alah seperti berikut:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا. 

"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Menurut panduan al-Qur'an pada tiap-tiap kali seseorang itu berdoa memohon rahmat bagi dirinya ibu bapa dan kaum kerabatnya eloklah ia meluaskan do'anya itu sehingga meliputi umat Islam umumnya yang hidup dan yang mati.

Sebab itu eloklah ia mengakhiri doanya dengan menyebut: وَلِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ."Dan ampunilah dosa-dosa orang-orang Islam lelaki dan perempuan; dan dosa orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; yang hidup dan yang mati. Dengan kelimpahan rahmat-Mu wahai Tuhan yang tidak ada taranya tentang limpahan rahmat-Nya."

Di dalam Syurga, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”.

Firman Allah bermaksud : “Ini disebabkan do'a anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (Riwayat Imam Ahmad - Mustika Hadis).

Amalan Ketujuh: Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka.

Tidak perlu menunggu Hari Raya. Dosa mengumpat, memfitnah, menyakiti hati orang dan mengambil hak mereka. Jika kita telah terambil hak atau barang-barang mereka maka pulangkanlah.

Anak segeralah memohon ampun kepada kedua ibu bapa. Isteri hendaklah segera memohon ampun kepada suami. Murid hendaklah memohon kemaafan kepada guru-guru. Kita hendaklah memohon maaf kepada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan dosa kerana Allah s.w.t. tidak akan mengampunkan dosa yang dibuat sesama manusia.

Amalkanlah tujuh perkara tersebut sebagai usaha-usaha kita semasa di dunia ini supaya apabila kita bertemu Allah di alam barzakh dan hari akhirat nanti kita telah membuat sesuatu yang dapat membantu kita dan menyelamatkan kita daripada halangan dan gangguan untuk mendapat keampunan di sisi Allah s.w.t.

Pepatah ada megatakan : "Sediakan payung sebelum hujan" untuk kita menghadapi saat kematian maka kita perlu sediakan tujuh perkara sebelum kita dipanggil pulang oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi direrdhaiNya. Maka masuklah ke dalam jema’ah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam Syurga-Ku” (Surah Al-Fajr ayat 27-30)

Sunday, 25 October 2015

Doktor Lelaki Di Bilik Bersalin - Apa Yang Mereka Lakukan?


Apa yang masyarakat perlu tahu tentang isu doktor lelaki di wad bersalin:

1) Subjek Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) merupakan subjek wajib dalam bidang Perubatan.

Bagi pelajar perubatan di seluruh dunia (bukan sahaja di Malaysia), bidang O&G adalah subjek besar yang wajib dipelajari. Ia memakan masa sebulan atau lebih, bergantung kepada universiti. Kenapa subjek ini wajib dipelajari?

Ini kerana bidang O&G adalah salah satu asas yang perlu dikuasai oleh seorang doktor. Mudah kata, jika doktor tidak menguasai bidang ini, dia tidak layak bergelar doktor. Bagi melengkapkan pelajar perubatan dengan ilmu ini, dia akan didedahkan dengan pelbagai rawatan dan pengurusan pesakit, antaranya termasuklah cara-cara memeriksa ibu mengandung, melihat atau mengendalikan wanita bersalin, melihat kaedah calitan Pap (Pap smear) pada serviks, melihat pembedahan “Caesarean section” dan lain-lain lagi. Jika dia tidak didedahkan dengan perkara-perkara ini, pengetahuannya akan terjejas kelak bila dia bergelar doktor.


2) Jabatan O&G adalah antara jabatan yang wajib untuk doktor baru lalui.

Doktor siswazah atau dikenali juga sebagai “house officer” adalah doktor perubatan yang baru menghabiskan pengajiannya.
Mereka diwajibkan oleh kementerian untuk bertugas dalam 6 bidang (posting) utama iaitu Perubatan (Internal Medicine), Kanak-kanak (Pediatrics), Pembedahan (Surgery), Ortopedik, Kecemasan/Anesthesiology dan termasuk antara yang enam ini adalah Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetrics and Gynecology/O&G).
Ketika inilah “house officer” akan dilatih untuk menguruskan pesakit, termasuklah antaranya mengetahui keadaan pesakit, membuat siasatan dan pemeriksaan lanjutan, serta memberikan rawatan.

Jadi, antara latihan yang perlu dijalani dalam bidang O&G ialah mengendalikan wanita bersalin, pemeriksaan kandungan, pemeriksaan faraj dan lain-lain.
Jika ditimbulkan cadangan bahawa tidak patut ada doktor lelaki dalam jabatan O&G, maka ke manakah kita mahu pindahkan doktor-doktor lelaki ini? Baiklah.
Jika kita kecualikan latihan O&G bagi doktor lelaki, bermaksud doktor lelaki hanya ada lima “posting”, pada saya itu lebih meringankan doktor lelaki. Namun tidakkah itu akan memberatkan doktor perempuan?

Bayangkan contohnya satu jabatan terdapat 40 pesakit, “house officer” yang bertugas adalah seramai lima orang – tiga lelaki dan dua perempuan. Jika lelaki itu dikeluarkan dari wad tersebut, maka tinggallah dua “house officer” perempuan. Nisbah “house officer” kepada pesakit yang asalnya adalah 1:8, kini sudah menjadi 1:20. Tidakkah membebankan tugasan doktor perempuan dan juga mengurangkan efisyen tugas? Dalam 40 orang pesakit itu, tidak semuanya normal, pasti ada yang perlu diberikan perhatian lebih, contohnya yang mempunyai penyakit darah tinggi, atau kencing manis, atau pendarahan dan lain-lain.
Itu semuanya adalah nilaian nyawa dan keselamatan pesakit. Belum campur tugasan di dewan bersalin, bilik bedah dan klinik lagi. Apakah mampu keseluruhan jabatan itu dikendalikan oleh dua atau tiga “house officer” perempuan tersebut?


3) Doktor yang tamat latihan housemanship perlu bersedia untuk menjadi doktor di hospital daerah dan klinik kesihatan, serta bersedia mengendalikan situasi kecemasan.

Di hospital daerah, tidak ada kepakaran untuk setiap jabatan. Doktor yang dulu merupakan house officer kini sudah menjadi pegawai perubatan. Merekalah yang akan menjadi doktor bertugas untuk bermacam-macam penyakit merangkumi pelbagai bidang sama ada kanak-kanak, pembedahan, trauma, kemalangan dan juga O&G.

Jika ada ibu-ibu yang akan bersalin, merekalah yang akan mengendalikannya. Di klinik kesihatan pula, kes-kes penyakit harian dan juga penyakit yang perlukan pemeriksaan berkala dijalankan. Termasuklah pemeriksaan kandungan (antenatal care).


Di hospital daerah itu tadi, jikalau bilangan doktor perempuan mencukupi, maka anda bolehlah membuat permintaan. Namun, hakikatnya tidaklah semudah itu.
Doktor tidak seramai seperti di hospital besar. Maka jika doktor itu lelaki, dialah yang akan menguruskan masalah anda termasuklah bersalin. Bayangkan jika doktor lelaki ini tidak mempunyai pengetahuan dan pendedahan yang cukup sewaktu menjadi pelajar perubatan, juga tidak mendapat latihan yang cukup ketika “house officer”, mampukah dia menjadi doktor yang berkemampuan untuk mengendalikan masalah bersalin anda? Tidakkah ianya merisikokan nyawa anda dan anak anda?

Kita juga maklum tentang situasi banjir yang mencemaskan terutamanya di pantai timur pada penghujung 2014 yang lepas. Beberapa orang doktor telah berkorban masa dan tenaga dalam mengendalikan pesakit yang mahu bersalin. Dalam keadaan cemas sebegitu, dengan jumlah doktor yang tidak mencukupi, bagaimanakah mereka mampu menghadapinya jika mereka tidak mendapat latihan yang secukupnya ketika housemanship?


4) Nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia masih belum mencukupi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Malaysia masih belum mencapai piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi nisbah doktor kepada populasi masyarakat. Nisbah doktor kepada jumlah masyarakat Malaysia ialah 1: 791(statistik KKM 2013), sedangkan nisbah yang sepatutnya ialah 1:400. Jika dalam keadaan nisbah yang masih belum mencukupi ini kita mahu mengenakan had kepada doktor lelaki, nescaya pesakit tidak akan dapat dirawat dengan baik dan efisyen, malah mungkin boleh mengancam nyawa.

5) Jumlah doktor pakar O&G masih belum mencukupi.

Jumlah pakar O&G dalam sektor kerajaan juga masih belum mencukupi. Latihan yang perlu dilalui oleh seorang doktor untuk menjadi pakar juga bukanlah mudah, mereka perlu melalui latihan selama 4-5 tahun. Dalam usaha untuk membuat thesis dan mengulangkaji, mereka juga harus bertugas sebagai doktor untuk merawat dan bertugas “on-call”. Masa bersama keluarga tidaklah sebanyak orang yang berkerja waktu pejabat. Kerjaya sebagai pakar O&G juga berdepan dengan tindakan undang-undang.

Jika anda mempunyai isteri, adakah anda sanggup menjadi suami kepada seorang yang banyak masanya di hospital, kurang masanya dengan anak-anak berbanding ibu-ibu lain, di rumah pula mungkin dia sibuk untuk mengulangkaji?

6) Aurat pesakit lelaki dan wanita di jabatan lain turut tidak boleh diambil mudah.

Pesakit lelaki di hospital juga ada masanya perlu mendedahkan aurat kepada jururawat dan doktor wanita di hospital. Malahan, di jabatan lain seperti jabatan pembedahan juga, aurat pesakit wanita, malahan bahagian sulit mereka perlu didedahkan untuk tujuan rawatan. Jadi, jika kita ingin memberikan perhatian kepada wad bersalin sahaja dan mengerahkan seluruh tenaga kakitangan dan doktor wanita ke sana, bagaimana dengan pesakit wanita di jabatan lain? Tidakkah aurat mereka juga mempunyai nilai yang sama?


7) Dalam bilik bersalin, yang utama adalah nyawa pesakit.

Kematian ketika melahirkan anak pada zaman ini adalah sesuatu yang jarang berlaku berbanding pada zaman dahulu, dan jika berlaku, perhatian yang serius harus diberikan. Laporan di peringkat negeri perlu dibentang. Sebab itu, dalam bilik bersalin, dalam keadaan yang mencemaskan, tumpuan kakitangan kesihatan adalah untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Sangat mustahil untuk doktor lelaki sengaja pula mengambil kesempatan ke atas aurat pesakit yang terdedah, dalam keadaan sebegitu.

8) Kakitangan wanita wajib menemani pesakit ketika rawatan.

Dalam etika perubatan dan undang-undang, pesakit yang dirawat oleh jantina berlainan wajib ditemani oleh staf yang berjantina sama dengan pesakit. Misalnya, pesakit wanita yang dirawat oleh doktor lelaki wajib ditemani oleh staf wanita. Istilah ini dipanggil chaperone.

9) Pesakit ada hak untuk membuat permintaan kakitangan perempuan.

Dalam etika perubatan, pesakit juga ada sebahagian hak dan autonomi yang diberikan untuk membuat permintaan. Mereka ada hak untuk membuat permintaan agar dirawat oleh doktor wanita. Kakitangan kesihatan akan cuba menunaikan permintaan mereka. Namun, permintaan ini tidak akan dipenuhi setiap masa, kerana ianya bergantung kepada keperluan dan kekosongan. Jika pesakit mengalami keadaan kesihatan yang serius, manakala doktor wanita yang berada di situ mempunyai pengalaman yang kurang berbanding doktor lelaki, pastilah pihak hospital tidak akan merisikokan nyawa pesakit kepada orang yang kurang berpengalaman.

10) Hospital swasta mempunyai hadnya tersendiri.

Walaupun sesetengah hospital swasta boleh menunaikan permintaan pesakit untuk dirawat oleh kakitangan wanita, satu perkara yang anda perlu tahu ialah hospital swasta mempunyai fasiliti dan kepakaran yang terhad berbanding hospital besar.
Selalunya hospital besar mempunyai pakar dan staff yang lebih terlatih dan mempunyai kelengkapan kecemasan yang lebih lengkap seperti bank darah.
Jadi, risikonya adalah jika berlaku apa-apa kecemasan yang membahayakan nyawa, hospital swasta yang tidak mampu mengendalikan masalah tersebut selalunya akan memindahkan pesakit ke hospital kerajaan.

Perjalanan ke hospital kerajaan tersebut juga memakan masa, menambahkan lagi risiko kepada keselamatan isteri dan anak anda.

Semoga beberapa perkara ini dapat memberikan kefahaman yang lebih kepada masyarakat dalam isu berkaitan.

Untuk lebih banyak artikel-artikel berkenaan kesihatan, bolehlah merujuk laman Rakanmedik.com ataupun LIKE laman Facebook RakanMedik di SINI.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram
Sumber artikel dari thevocket

Saturday, 24 October 2015

Ajaibnya Kasih Sayang dan Rahmat Allah Untuk Umat Akhir Zaman

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 

'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat supaya hamba-hambaNya bersungguh-sungguh melakukan ketaatan.

2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat agar hamba-hambaNya takut untuk mengerjakan walaupun sekecil-kecil maksiat.

3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran untuk menggalakkan sihamba melazimi membaca, memahami dan menghayati Al-Quran.

4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan agar hamba-hambaNya bersungguh beramal sepanjang Ramadhan

5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu) agar sihamba menunaikan solat dengan istiqamah lagi khusyuk secara berjemaah di awal waktu.

6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari agar sihamba sentiasa cemas lalu menyiapkan diri untuk menempuh kematian dan hari kiamat yang bila-bila masa boleh berlaku.

Thursday, 22 October 2015

Sejarah Perlantikan Khulafa’ Al-Rasyidin

1. Sejarah perlantikan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq (r.a.)

Al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Sahih Bukhari daripada Umar al-Khattab (r.a.) satu hadis yang panjang antaranya:

“.. Sesungguhnya di antara pengalaman kami ialah ketika Allah mewafatkan Nabi-Nya (s.a.w.), kaum al-Ansor tidak bersama kami sebaliknya mereka berhimpun di Saqifah Bani Saadah. Ali dan az-Zubir dan beberapa orang lain juga tidak bersama-sama dengan kami. Kaum Muhajirin berkumpul di sisi Abu Bakar (r.a.). Aku berkata kepada Abu Bakar: “Marilah bersama kami, kita pergi menemui saudara kita daripada golongan al-Ansor.” Kami pun pergi menemui mereka. Apabila kami hampir kepada mereka, kami bertemu dengan dua orang lelaki soleh. Mereka berdua menceritakan apa yang berlaku dan bertanya: “Ke manakah tujuan kamu wahai sekelian Muhajirin?” Kami menjawab: “Kami ingin bertemu saudara-saudara kami, golongan al-Ansor.” Mereka berdua berkata: “Tak perlulah kamu pergi kepada mereka sebaliknya selesaikanlah tugas kamu.” Aku berkata: “Demi Allah kami akan menemui mereka.”

Lalu kami pergi ke sana. Setibanya kami di Saqifah Bani Sa’edah kami dapati seorang lelaki yang berselimut berada di tengah-tengah orang rama. Aku bertanya: “Siapakah ini?” Mereka menjawab: “Saad bin Ubadah.” Aku bertanya: “Kenapa dengannya?” Mereka menjawab: “Beliau (r.a.) sakit.”

Sejurus selepas kami duduk seketika, khatib mereka bangun lalu bertasyahhud dan memuji Allah. Dia berkata: “Kami adalah katibah Islam dan kamu (Muhajirin) adalah kelompok kecil yang menyusup meninggalkan kaum kamu. Tiba-tiba kamu ingin mengalahkan kami dan menguasai kami.” Apabila dia diam, aku ingin bercakap. Aku lebih mengetahui daripadanya beberapa batasan. Apabila aku ingin bercakap Abu bakar berkata: “Biarkan aku yang bercakap. Aku tidak ingin menimbulkan kemarahannya.” Lalu beliau berucap. Sesungguhnya dia lebih lembut dan lebih tenang daripadaku. Demi Allah, tidak ada satu pun perkataan yang ingin aku katakan melainkan dia mengucapkannya dengan tenang. Ia mengucapkan sama seperti apa yang aku ingin ucapkan atau lebih baik daripada yang inginku katakan. Kemudian dia diam. Kata beliau: “Apa yang kamu ucapkan mengenai kebaikan, maka kamulah ahlinya. Sesungguhnya tidak diketahui seseorang yang lebih berhak untuk jawatan ini (khalifah) melainkan kaum Quraisy. Mereka adalah kabilah Arab yang pertengahan dari segi keturunan dan tempat. Sesungguhnya aku redha untuk kamu salah seorang daripada mereka berdua maka berbai`ahlah kamu kepada mereka sekiranya kamu suka.” Lalu beliau memegang tanganku dan tangan Abu Ubaidah Amir bin al-Jarrah yang duduk bersama kami. Aku tidak membenci apa yang dikatakannya, cuma padaku sekiranya aku dibunuh supaya tidak memikul bebanan ini, ianya lebih aku sukai daripada aku menjadi Amir sedangkan bersamaku Abu Bakar as-Siddiq.

Bangun seorang Ansor dan berkata: “Akulah kayu tangga untuk menunggang unta dan kayu sangga kepada tamar yang merindang. Daripada kami seorang Amir dan daripada kamu seorang Amir wahai sekelian Quraisy.” Lalu berlakulah kekalutan dan kebisingan sehingga membawa perselisihan. Lalu aku berkata bentangkanlah tanganmu wahai Abu Bakar. Lalu beliau menghulurkan tangannya. Aku membai`ahnya dan diikuti oleh sekelian Muhajirin. Kemudian beliau dibai`ah oleh kaum al-Ansor….”

Inilah bai’ah pertama kepada Abu Bakar (r.a.), iaitulah bai’ah golongan pembesar sahabat dari kalangan Quraisy dan golongan al-Ansor. Bai’ah ini kemudiannya diikuti oleh bai’ah umat Islam di masjid.

Bukhari meriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Anas bin Malik (r.a.) bahawa beliau telah mendengar khutbah Umar (r.a.) apabila beliau naik ke mimbar iaitu selepas sehari kewafatan rasulullah (s.a.w.) lalu beliau mengucap syahadah, ketika itu Abu Bakar (r.a.) diam. Beliau berkata:

“Aku berharap Rasulullah (s.a.w.) masih hidup dan dapat menyusun urusan kita – dia mengharapkan dialah yang terakhir – Walau pun Muhammad (s.a.w.) sudah wafat tetapi bersama kamu ada cahaya yang boleh kamu jadikan pedoman sebagaimana yang ditunjuk oleh Rasulullah (s.a.w.). Sesungguhnya Abu Bakar (r.a.) merupakan sahabat Rasulullah (s.a.w.) yang disebut di dalam al-Quran sebagai `tsani itsnain iz huma fil ghar’. Sesungguhnya dia lebih utama untuk urusan kamu. Maka bangunlah kamu sekelian berbai’ah kepadanya.” Anas bin Malik (r.a.) berkata: “Sesungguhnya sebahagian mereka telah berbai’ah dengannya dan bai’ah umum di atas mimbar.”

Ibnu Kasir berkata: Ibnu Ishak berkata: “Kemudian Abu Bakar berucap. Beliau memuji Allah lalu berkata:

“Wahai Manusia, sesungguhnya aku telah di lantik memimpin kamu dan bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya aku berbuat baik, maka taatilah aku. Sekiranya aku berbuat keburukan, betulkanlah aku. Kebenaran itu amanah dan dusta itu khianat. Orang yang lemah di sisi kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku kembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya jika Allah mengkehendaki. Tidak ada sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah akan menjatuhkan mereka dengan kehinaan. Tidak akan berlaku kemungkaran yang berleluasa di dalam sesuatu kaum melainkan Allah akan menurunkan bala’ kepada mereka seluruhnya. Taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Maka sekiranya aku memaksiati Allah dan Rasul-Nya, maka tidaklah perlu kamu mentaatiku. Bangunlah untuk menunaikan solat., semoga Allah mengasihi kamu."
Kesimpulan:

Daripada himpunan peristiwa ini dapatlah diambil beberapa pengajaran antaranya:

Menunjukkan bahwa Nabi (s.a.w.) tidak menaskan dengan nyata siapakah khalifah selepas baginda.

1- Bai’ah kepada Abu Bakar (r.a.) berlaku selepas selesai mesyuarat di antara sahabat-sahabat besar di kalangan Muhajirin dan al-Ansor. Ini menunjukkan bahawa yang membuat pemilihan ialah mereka yang dimuliakan di kalangan para ulama’ dan para pemimpin. Inilah yang dinamakan sebgai ‘ahli halli wal aqdi’.

2. Tidak disyaratkan ijma’ keseluruhan umat. Malah tidak mudharat sekiranya berlaku penentangan daripada sebahagian kecil sebagaimana yang berlaku terhadap Saad bin Ubadah (r.a.) yang tidak menyetujuinya.

3. Adalah suatu yang syar’ie berlakunya bai’ah di kalangan ahli halli wal aqdi dahulu sebelum bai’ah umat keduanya, sebagaimana yang berlaku kepada khalifah Abu Bakar (r.a.)

4. Tidak disyaratkan dalam pemilihan kehadiran semua ahli halli wal aqdi sebagaimana Ali bin Abi Thalib (r.a.) dan az-Zubair bin al-Awwam (r.a.) tidak hadir kerana menguruskan jenazah Nabi (s.a.w.) walaupun mereka berdua berbai’ah selepas itu.

1. Sejarah perlantikan Umar al-Khattab (r.a.)

Manakala perlantikan khalifah Umar al-Khattab thabit dengan cara yang berbeza iaitu melalui perlantikan oleh khalifah sebelumnya. Ibnu al-Jauzi berkata:

“Daripada al-Hasan bin Abi al-Hasan (r.a.) katanya: “Apabila Abu Bakar mulai sakit tenat, beliau menghimpunkan sahabatnya dan berkata: “Sesungguhnya telah sampai kepada aku apa yang kamu lihat dan aku menyangka ianya akan sampai (ajal). Allah telah melepaskan sumpah kamu daripada bai’ahku, dan telah terongkai simpulannya. Telah dikembalikan kepada kamu urusan kamu, maka kamu lantiklah sesiapa yang kamu suka. Sekiranya kamu melantiknya pada masa aku hidup, ini lebih baik supaya kamu tidak berselisih selepasku. Lalu mereka pun bangun meninggalkannya tetapi tiada keputusan bagi mereka. Mereka berkata: “Khabarkanlah kepada kami wahai khalifah Rasulullah (s.a.w.).” Katanya: “Kamu akan berselisih?” Mereka menjawab: “Tidak.” Beliau bertanya: “Maka kamu redha dengan pilihan Allah ke atas kamu ?” Mereka menjawab: “Ya.” Beliau berkata: “Berikan kepadaku waktu seketika untuk aku melihat siapa yang terbaik untuk Allah, untuk agama-Nya dan untuk hamba-Nya.” Lalu Abu Bakar (r.a.) bertanya Uthman bin Affan (r.a.): “Berikanlah pendapat kamu mengenai seorang lelaki. Demi Allah kamu pada sisiku adalah berkeahlian dan berkedudukan.” Lalu beliau (Uthman) berkata: “Umar.” Katanya: “Tulislah.” Lalu ditulis sehingga sampai kepada nama beliau, beliau pun pitam. Kemudian dia sedar dan berkata: “Tulislah Umar.”

Disebut juga bahawa: Abu Bakar as-Siddiq apabila hampir ajalnya telah memanggil Abdul Rahman bin Auf (r.a.) dan berkata: “Khabarkan kepadaku mengenai Umar bin Al-Khattab.” Lalu Abdul Rahman berkata: “Apa yang kamu tanyakan kepadaku ini, kamu lebih mengetahuinya daripadaku.” Maka Abu Bakar (r.a.) berkata: “..dan sekiranya…” Kata Abdul Rahman: “Dia demi Allah lebih baik daripada pendapat kamu padanya.” Kemudian Abu Bakar (r.a.) memanggil Uthman bin Affan (r.a.) dan berkata: “Ceritakan kepadaku mengenai Umar”, maka Uthman (r.a.) menjawab: “Kamu lebih berpengalaman daripadaku mengenainya.”

Abu Bakar telah bermesyuarat dengan Said bin Zaid, (r.a.) Abu al-A’war (r.a.), Usaid bin al-Hudhair (r.a.) dan lain-lain lagi daripada al-Muhajirin dan al-Ansor.

Sebahagian sahabat Nabi yang mendengar bahawa Abdul Rahman (r.a.)dan Uthman (r.a.) menemui Abu Bakar (r.a.) di tempatnya dan berkata salah seorang daripada mereka: “Apa yang akan engkau kata kepada Tuhanmu apabila engkau ditanya mengenai perlantikan Umar (r.a) selepas engkau, sedangkan engkau tahu sifat kasarnya?” Lalu Abu Bakar berkata: “Dudukkanlah aku. Apakah kamu takutkan aku dengan Allah? Celakalah sesiapa yang menambah dalam urusan kamu dengan kezaliman. Aku akan berkata kepada-Nya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah tinggalkan urusan mereka kepada sebaik-baik makhluk-Mu.” Kemudian dia baring dan memanggil Uthman bin Affan (r.a.) dan berkata: “Tulislah: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Ini ialah perlantikan yang dilakukan oleh Abu Bakar bin Abi Qahafah pada akhir hayatnya di dunia dan di awal kehidupannya di akhirat; yang diambang memasukinya dimana hari ini dipercayai oleh yang kafir, di yakini oleh yang berdosa, dan dipercayai orang yang dahulunya tidak mempercayainya. Bahawa aku telah melantik ke atas kamu selepasku Umar al-Khattab. Maka dengarkanlah kata-katanya dan taatilah dia. Sesungguhnya aku tidak tinggalkan kepada Allah, Rasul-Nya, agama-Nya, diriku dan kepada kamu melainkan kebaikan, sekiranya diubah maka bagi setiap orang balasan dosa apa yang dilakukannya, aku tidak mengetahui perkara ghaib, dan orang-orang yang zalim akan mengetahui di manakah tempat kembali mereka, dan salam sejahteralah ke atas kamu.

Kemudian diperintahkan agar surat itu dicop.

Kemudian beliau memerintahkan Uthman (r.a.) keluar membawa kertas yang telah dicopkan tersebut bersama Umar bin Al-Khattab dan Usaid bin Said al-Khurdhi. Uthman (r.a.) berkata kepada orang ramai: “Apakah kamu akan berbai’ah kepada sesiapa yang tertera namanya di dalam kertas ini?” Mereka menjawab: “Ya.” Sebahagian daripada mereka berkata: “Kami telah tahu.” Ibnu Saad berkata kepada yang berkata tadi: “Dia ialah Umar.” Mereka mengiktirafnya, meredhainya dan berbai’ah kepadanya.

Kemudian Abu Bakar (r.a.) memanggil Umar (r.a.) secara sendirian lalu mewasiatkan sesuatu kepadanya. Abu Bakar (r.a.) kemudian keluar dan mengangkat tangannya seraya berkata: “Ya Allah, aku tidak kehendaki dengan apa yang aku lakukan ini melainkan kebaikan kepada mereka dan mengurangkan fitnah daripada mereka. Dengan itu aku lakukan terhadap mereka sebagaimana yang Engkau ketahuinya. Aku telah berusaha berfikir untuk mereka. Maka aku lantik ke atas mereka seorang yang terbaik dan yang terkuat di kalangan mereka serta seorang yang lebih memelihara terhadap apa yang aku tunjukkan kepada mereka. Sesungguhnya telah tiba kepadaku urusan engkau (ajalku) lalu aku gantikan kepada mereka (khalifah selepasku) . Mereka adalah hamba-Mu. Nyawa mereka di tangan-Mu. Berikanlah untuk mereka dan kepada mereka kebaikan. Jadikanlah dia di antara khulafa’ Engkau yang mendapat petunjuk yang mengikut petunjuk nabi ar-Rahmah dan petunjuk orang-orang soleh selepasnya dan perelokkanlah baginya rakyatnya.”

Kesimpulan:

Daripada kisah ini bolehlah dibuat kesimpulan bahwa:

1. Harus melantik peribadi tertentu sebagai pengganti khalifah.

2. Bermesyuarat dengan ahli al-halli wal aqd sebelum berazam menentukan khalifah.

3. Menulis surat perlantikan kepada khalifah yang akan mengganti.

4. Perlantikan secara ‘al ahd’ tidak cukup sebagai perlantikan imam tetapi hendaklah mendapat bai’ah umat.

3. Pemilihan Uthman Al-Affan (r.a.)

Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Sahih Bukhari daripada Amru bin Maimun yang menceritakan kisah Umar al-Khattab (r.a.) ditikam dan diusung ke rumahnya kemudian para sahabat masuk menemuinya. Mereka berkata: “Wasiatkanlah wahai Amirul Mukminin. Lantiklah pengganti.” Umar (r.a.) berkata: “Aku tidak dapati untuk urusan ini melainkan kumpulan ini yang Rasulullah (s.a.w.) wafat dengan meredai mereka; lalu beliau telah menamakan mereka itu, iaitu; Ali, Uthman, az-Zubair, Talhah, Saad dan Abdul Rahman. Beliau berkata: “.Pemilihan akan disaksikan oleh Abdullah bin Umar dan perkara ini bukanlah haknya sedikit pun. Sekiranya kepimpinan ini diberikan kepada Saad, maka kepadanyalah. Jka tidak, maka sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Amir mintalah bantuannya. Sesungguhnya aku tidak akan membuangnya kerana lemah atau khianat…” sehingga berkata rawi:

Apabila selesai pengkebumiannya, kumpulan tersebut mengadakan pertemuan. Lalu Abdul Rahman (r.a.) berkata kepada mereka : “ Serahkan urusan ini( Amir )kepada tiga orang daripada kamu.” Lalu Al-Zubair berkata aku serahkan urusanku kepada Ali. Talhah berkata: “Aku serahkan urusanku kepada Uthman”, dan Saad berkata: “Aku serahkan urusanku kepada Abdul Rahman bin ‘Auf.”

Abdul Rahman berkata: “Siapakah di kalangan kamu yang ingin berlepas diri daripada urusan ini, supaya kami dapat jadikan urusan ini kepadanya, demi Allah ke atasnya dan Islam yang dilihatnya dirinya lebih utama daripada mereka, Lalu kedua-dua mereka diam.

Abdul Rahman berkata: “Apakah kamu berdua serahkannya kepadaku demi Allah supaya aku tidak meninggalkan yang lebih baik antara kamu? Mereka berdua berkata: ya. Lalu beliau telah memegang tangan salah seorang daripada mereka dan berkata: Kamu mempunyai hubungan kerabat dengan rasulullah (s.a.w.) dan terlebih dahulu memeluk Islam, sekiranya aku melantikmu adakah engkau akan berlaku adil, dan sekiranya aku melantik Uthman adakah kamu akan dengar dan taat.

Kemudian dia bersama seorang lagi dan berkata seumpamanya, maka apabila tiba masa perlantikan, beliau berkata: “Hulurkan tanganmu wahai Uthman. Aku berbai’ah kepadamu.” Lalu beliau berbai’ah kepada Uthman dan Ali berbai’ah kepadanya. Seterusnya semua ahli rumah itu masuk dan berbai’ah kepadanya.

Kesimpulan:

Perkara yang mungkin disimpulkan mengenai perlantikan Uthman bin Affan (r.a.) ialah bahawa:

1. Harus melantik beberapa orang yang tidak ditentukan siapakah peribadi yang dilantik secara khusus. Imam Ibnu Taimiah mengatakan bahawa:

“Sebab tidak ditentukan seseorang secara khusus daripada enam orang itu ialah supaya tidak berlaku perselisihan kerana beliau memandang keenam-enam mereka mempunyai kelebihan yang sama. Begitu juga sekiranya beliau memilih seseorang dan seseorang yang ditentukan itu tidak dapat menunaikan tugas dengan baik, maka Umar akan merasai dia bertanggungjawab maka sebab itu beliau tidak menentukan secara khusus siapakah yang hendak dilantik”

Kata Ibnu Battal sebagaimana yang ditulis oleh Ibnu Jarir di dalam kitabnya: “Cara ini merupakan himpunan cara Rasulullah (s.a.w.) pada meninggalkan memilih peribadi tertentu dan menyerahkannya kepada muslimin dan cara Abu Bakar (r.a.) yang memilih peribadi tertentu lalu Umar telah mengikut amalan nabi dengan tidak mennetukan sesipa yang patut dipilih dan amalan Abu Bakar iaitulah menentukan khalifah kepada salah seorang daripada enam orang, maka ianya merupakan cara yang menghimpunkan antara pemilihan dan perlantikan.

4. Perlantikan Ali (r.a.)

Selepas peristiwa syahidnya Uthman al-Affan (r.a.) berlaku perpecahan dalam saf muslimin dan berlaku perlisihan pertama di dalam masalah perlantikan khalifah. Perlantikan khalifah Ali (r.a.) menghadapi banyak kesukaran. Antaranya; peristiwa pembunuhan Uthman bin Affan, pembunuh menyertai saf Ali, umat Islam menuntut qisas daripada mereka, kengganan penduduk Syam keseluruhannya untuk berbai’ah dan beberapa sahabat besar seperti Tolhah, az-Zubair, Aisyah dan lain-lain keluar menentang Ali (r.a.)

Daripada Muhammad bin Al Hanafiah katanya: “Aku bersama Ali (r.a.) ketika Uthman (r.a.) sedang dikepung. Datang seorang lelaki dan berkata: “Sesungguhnya Amirul Mukminin telah terbunuh.” Kemudian datang seorang lagi dan berkata: “Sesungguhnya Amirul Mukminin telah terbunuh sekarang.” Katanya, lalu Ali pun bangun, lalu aku duduk dihadapannya kerana bimbangkannya, lalu katanya, ketepi, katanya lagi: Lalu Ali tiba dirumah Uthman sedangkan Uthman telah terbunuh lalu dia memasuki rumah dan menutup pintu, Lalu beberapa orang datng dan membuka pintu dan masuk kepadanya dan berkata: Dia telah terbunuh, rakyat memerlukan khalifah dan kami tidak dapati seseorangpun yang lebih layak selain kamu, lalu Ali berkata: Janganlah kamu menghendaki aku, aku sebegai menteri untuk kamu lebih baik daripada aku menjadi amir. Mereka berkata: Tidak demi Allah kami tidak mendapati seorangpun yang lebih berhak daripada kamu, katanya: Sekiranya kamu enggan menolakku juga maka bai’ahku tidak secara sulit tetapi aku akan keluar kemasjid maka siapa suka dia bai’ahkan aku, lalu beliau keluar ke masjid lalu rakyat berbai’ah kepadanya.

KREDIT SUMBER (SEMOGA ALLAH MEMBERKATI): SIYASAH SYARIYYAH
 

Sample text

Sample Text

Sample Text