Social Icons

Monday, 28 March 2016

Insiden Kren Jatuh Di Mekah - Lelaki Sudan Ini Tolak Wang Pampasan 1 Juta Raja Saudi Dengan Alasan Yang Sangat Menyentuh Hati


Nabighah el-Jili Abshar, warga Sudan adalah satu-satunya (setakat ini) yang menolak pemberian ganti rugi oleh kerajaan Saudi sebanyak setengah juta riyal kepada mereka yang cedera akibat kren yang jatuh di Mekah. 

Malah beliau menolak untuk dimasukkan namanya ke dalam senarai mereka yang cedera. Beliau berharap kesan cedera di dahi beliau akan menjadi tanda rasa redha dan itulah yang akan di bawa mengadap Allah pada hari Mahsyar nanti. 

Beliau cedera di dahi akibat serpihan yang jatuh ke atas dahi beliau hingga ianya terkoyak. 

Selepas 2 hari mendapat rawatan beliau kini di benarkan untuk keluar. Selain enggan menerima setengah juta riyal, beliau juga enggan di temuramah oleh mana-mana stesen televisyen!!

Baca tulisan berikut: Hikmah Insiden Kren Jatuh

YAKINLAH tidak ada musibah yang terjadi di muka bumi ini melainkan telah ditetapkan dalam takdir ALLAH SWT. ALLAH telah mentakdirkan apa yang ALLAH kehendaki pasti terjadi. Kekuasaan ALLAH mengatasi segala-galanya. Sesungguhnya di sebalik musibah itu terdapat hikmah dan ibrah yang antara lainnya adalah:

1. Musibah mendidik jiwa dan menyucikan dosa

Firman ALLAH yang bermaksud: “Apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka disebabkan oleh perbuatan kamu sendiri dan ALLAH memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan kamu).” - (Asy-Syura: 30). Dalam ayat ini terdapat khabar gembira sekali gus ancaman jika kita mengetahui bahawa musibah merupakan hukuman atas dosa-dosa kita.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada penyakit kesedihan dan bahaya yang menimpa seorang mukmin hingga duri yang menusuknya melainkan ALLAH akan mengampuni kesalahannya dengan semua itu.” - (Riwayat Bukhari).

2. Mendapat pahala tak terhingga di akhirat

Ini merupakan balasan daripada musibah yang dideritai oleh seorang hamba sewaktu di dunia, sebab kegetiran hidup yang dirasakan di dunia berubah menjadi kenikmatan di akhirat kelak. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

3. Sebagai ukuran kesabaran seorang hamba

Sebagaimana dituturkan, bahawa seandainya tidak ada ujian maka tidak akan nampak keutamaan sabar. Apabila ada kesabaran maka akan muncul segala jenis kebaikan yang menyertainya, namun jika tidak ada kesabaran maka akan lenyap pula kebaikan itu.

4. Dapat memurnikan tauhid dan hati kepada ALLAH

Wahab bin Munabih berkata: “ALLAH menurunkan ujian supaya hamba memohon doa dengan sebab bala/musibah itu.”

Firman ALLAH yang bermaksud: “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.” - (Fussilat : 51)

5. Mewujudkan bermacam ibadat yang menyertainya

Di antara ibadat yang muncul dan wujud adalah ibadat hati berupa rasa takut kepada ALLAH. Berapa banyak musibah yang menyebabkan seorang hamba menjadi istiqamah dalam agamanya, mendekati diri kepada ALLAH dan menjauhkan diri daripada kesesatan dan kemaksiatan.

6. Dapat mengikis sikap sombong dan besar diri

Jika seorang hamba keadaan dalam serba baik dan tidak pernah ditimpa musibah, biasanya ia akan bertindak melampau batas, lupa diri dan matlamat hidupnya. Adakah layak dan wajar ia menyombongkan diri di hadapan ALLAH dan sesama manusia?

7. Merupakan indikasi kebaikan bagi dirinya

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang dikehendaki oleh ALLAH kebaikan, maka ALLAH akan menimpakan musibah kepadanya.” - (Riwayat Bukhari). Seorang mukmin walaupun sarat dengan ujian dan musibah namun hati dan jiwanya tetap sihat.

8. Dengan adanya musibah, betapa besarnya nikmat

Jika seseorang dalam keadaan senang dan sihat maka dia tidak akan mengetahui derita orang yang tertimpa ujian dan cubaan serta kesusahan, dan dia tidak akan tahu pula besarnya nikmat yang dia peroleh. 

Ketika seorang hamba terkena musibah diharapkan agar dia boleh berasakan betapa mahalnya nikmat yang selama ini dia terima daripada ALLAH SWT. Ibnu Qayyim menukil ucapan Ali bin Abi Talib: “Tidaklah turun musibah kecuali dengan sebab dosa dan tidaklah musibah diangkat oleh ALLAH kecuali dengan bertaubat.” - (Al-Jawabul Kafi, hal. 118).

Mengenai mereka yang ditimpa musibah di Makkah, semoga ALLAH mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga-Nya. Bagi yang cedera semoga ALLAH sembuhkan dengan segera.  Amin.


IBRAHIM ABDULLAH 
Kampung Salor, Kota Bharu

Saturday, 26 March 2016

"Jam 4 Pagi Saya Nampak Wanita Sedang Dukung Anak Dan Suami Sedang Menolak Motosikal" - Wayne Phang


Tersebar dilaman sosial sebuah cerita yang cukup menarik yang boleh dikatakan menunjukkan lambang keperihatinan sebenar yang semamangnya patut dicontohi oleh semua orang tidak kira kaum di negara kita.

Kisah yang dikongsikan di media sosial yang cukup mengharukan melambangkan kasih sayang dan tanggungjawab sesama kita rakyat Malaysia.

Kisah ini telah beribu-ribu kali di kongsi, betul cakap saudara Wayne Phang tersebut di mana katanya, kebanyakan isu kaum ini bermula dari isu politik yang ditokok tambah oleh pihak tertentu.

Jom baca kisah yang ditulis beliau.

Pernah sekali saya pulang lewat malam, jam 4 pagi. Di tepi jalan, ada seorang wanita berjalan sambil mendukung anaknya dan suaminya berada tidak jauh di depan menolak motosikal.

"Ini mesti kes kehabisan minyak,".

Kebetulan tidak beberapa jauh di depan ada stesen Shell, lalu saya berpatah balik dan menegur wanita itu.

"Kak, balik mana? Nak tumpang ke?"

"Tak apalah, abang ada di depan tu," jawabnya yang kelihatan penat mendukung anak yang sedang tidur lena.

Terus saya memecut ke depan sambil melihat suaminya, lalu saya memberikan salam.

"Ini apa kes bang? Habis minyak? Ada Shell di depan tu. Kasihan tengok akak. Apa kata saya tumpangkan akak sampai di Shell supaya mereka boleh tunggu di sana sambil itu saya belikan minyak untuk abang. Abang tunggu sajalah di sini, penat jalan kan?" saya cadang pada dia. 

"Minyak ada sikit lagi, cukup untuk perjalanan balik. Tapi tayar pancit," katanya.

Sekali tengok kat tayar, "Alamak!? Tengah malam buta begini, mana ada workshop buka bang,"

"Tak apalah, pelahan-lahan kami jalan sampailah di rumah nanti," katanya menolak pelawaan aku sekali lagi. 

"Beginilah bang, abang tolak motor ini sampai di Shell. Saya dengan kakak sama anak abang tunggu di sana. Nanti saya sembang dengan tauke Shell itu, motosikal abang simpan di sana. Esok pagi abang datang ambil semula motosikal dengan bawa pomen sekali. Sekarang, saya hantar abang dan akak pulang dulu. Malam-malam begini, itulah cara yang terbaik bang," kata saya yang cuba menyakinkan dia. 

"Tetapi, kami seganlah encik. Itu kereta BMW, kereta mewah. Kami orang susah, kutip kotak cardboard saja," katanya.

"Apalah abang ni, time ni tak kiralah semua itu, yang penting akak sama anak dah penat, kita settlekan dulu ye," balas saya.

Sekali saya hantar mereka pulang, punyalah jauh abang ni dari Persiaran Raja Muda Musa sampai ke Pulau Indah. Kalau jalan kaki, memang sampai matahari terbit barulah tiba di rumah. Jadi, nak cerita bab KFC lah, kami lalu KFC Port Klang, anak dia tiba-tiba teriak.

"Abah! Adik nak KFC!"

Lantas si ibu lekas-lekas menutup mulut anaknya.

"Abang dah makan ke belum?"

"Tak apa encik, kami tak lapar," jawabnya dalam nada segan.

Hati jadi sebak, saya terus buang U-Turn dan berhenti di KFC. Bawa si kecil masuk dan memesan makanan. Manakala ibu bapanya tunggu di dalam kereta.

"Adik nak makan apa?"

"Abang kita suka ayam," katanya

Aduhai, rupa-rupanya ada abang seorang lagi di rumah pun belum makan. Jadi saya pesan satu tong besar ayam goreng, kentang, roti dan Pepsi sebotol besar. Bila masuk balik kereta, ibu bapanya terharu sungguh melihat tangan kami penuh dengan plastik KFC.

Sampai di rumah, saya hulurkan wang RM300 pada lelaki itu, buat ganti tayar dan isi minyak motosikal. Selebihnya buat duit dapur bagi isterinya.

Saya juga memberikan alamat kedai saya agar dia boleh datang ke sana untuk mengambil kotak cardboard yang bertimbun-timbun tingginya hingga ke siling. Kalau dijual di kedai, boleh dapat RM1,500. Wang itu saya bagi saya taklah seberapa tetapi pada mereka, ianya besar dan memang rezeki mereka. Saya beritahu mereka, saya halalkan saja.

Sesungguhnya kami orang Cina Malaysia tidak benci pada orang Melayu. Saya sayang pada orang Melayu, rindu dengan kawan-kawan Melayu. Tetapi kita semua dipolitikkan untuk membenci antara satu sama lain demi kepentingan politik mereka.

Para Suami Kena Belajar Hal Ini - Kenapa Perlu Kejut Isteri Walaupun Jam 3 Pagi

Dari facebook Cik Atenn Azlan

Alkisahnya pukul 3 pagi;

Aku sedang tidur dan dia kejutkan aku lalu berkata.
'Period dah habis? Saya rasa dah macam lama sangat ni telekung awak tu tak bergerak'
Aku diam. Harini hari keenam. kata aku dalam hati.

'Harini hari last kot. Baru tadi saya check darah dah kering (pukul 1 pagi). Esok pagi saya mandi wajib. Nak mandi tengah malam sejuk la awak'

'Bangun mandi wajib sekarang! Kenapa nak tunggu pagi esok?? Habis awak nak tinggal Isyak padahal awak dah boleh sembahyang?'
Aku diam.

'Awak ni buat mudah je dengan sembahyang. Saya perasan orang perempuan ni suka tangguh mandi wajib, padahal mandi wajib tak sampai 10 minit pun'
'Sejuk la awak'. Jawab aku.

'Ok kejap'

Dia keluar bilik dan ke ruang tamu. Dan dia masuk bersama lighter.

'Awak tak tahan sejuk? Ok. Tapi kalau api awak sanggup tahan, awak takyah mandi wajib. Kalau awak boleh tahan api maknanya awak boleh tahan api neraka sekali' Kata dia sambil cuba menyalakan api dan acah untuk bakar lengan aku.

Aku mengelak. Tapi aku diam lagi.

'Aten, awak tahu tak yg saya tanggung dosa awak? Saya taknak bila kaki saya dah selangkah boleh masuk syurga tiba tiba Allah panggil saya dan kata 'wooii Ameq, ang nak pi mana? Ni bini ang lagu mana pulak? Ang ada tegur dia suh sembahyang bila masuk waktu, suh baca quran, jaga aurat... meh sini meh sini, ang kena bertanggungjawab atas dosa bini ang pulak'..

'Saya taknak sebab awak saya masuk neraka sekali aten. Kesian la kat saya aten. Jangan buat saya macamni. Kalau awak sayang saya, awak pi mandi wajib dan sembahyang Isyak.'

'Lagi satu, awak kan tahu saya ni busy kerja siang malam, kadang kadang tak sempat nak baca quran, apasalahnya awak wakilkan saya baca quran. Nabi kata sorang sahaja dalam rumah tu ada orang yang baca quran, insyaallah seluruh keluarga tu akan terhindar dari fitnah dajjal.'

Hmm aku diam lagi. Aku tak sentiasa istiqamah baca quran. Selalu on off baca quran. Sepatutnya tiap tiap hari kan? 

Dia datang dan belai lembut rambut aku.

'Awak selalu kata kenapa kita tak dapat anak lagi. Awak selalu nak mempertikaikan perancangan Allah. Aten, Allah nak kita bersabar. Allah nak kita sembah dan merayu pada dia. Cuba la sembahyang awal dan jangan lambat, sembahyang biar kusyuk, lepas sembahyang berdoa pada Allah dan baca Quran. Saya tengok awak lepas sembahyang kadang kadang tak sempat baca doa dah terus bangun. Macamana Allah nak bagi anak?'

Aku mula bertanya.

'Bukan saya nak pertikai. Tapi ni satu persoalan. Kenapa ada orang yang tak sembahyang, tak berpuasa, tak baca Auran, tak menutup aurat boleh mengandung dan senang dapat anak?'

'Ni jawapan saya. Dia mungkin diberi anak yang cepat, tapi dia tetap akan ada dugaannya, bila besar anak-anak dia tak dengar cakap, degil dan bermasalah. Orang kata ada anak ni best, tapi anak la dugaan paling terbesar dan sebab anak jugak kita boleh masuk neraka kalau kita tak pandai membimbing dan kalau kita tak berubah jadi ibu bapa yang baik dari segi agama'

'Walaupun dia memang dah cukup baik Allah tetap bagi dugaan. Cuba tengok ada yang dapat anak dari kecil lagi menghidap penyakit perlukan duit puluhan ratusan ribu, ada yang dapat anak tak cukup sifat. Tu semua dugaan dan ujian dari Allah'

'Orang yang takde anak ada dugaannya, orang yang ada anak dugaannya juga. Allah akan menduga semua orang. Sebab tu saya selalu kata baca doa baca Quran, bila Allah rasa kita dah cukup bersedia, Allah akan bagi anak pada kita sebab Allah tahu kita dah cukup layak untuk jadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak kita nanti. Saya tak suka awak mempertikai perancangan Allah. Awak tahu tak perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan berbanding apa yang kita rancang sebagai manusia'.

Aku menangis. Aku bersyukur ada suami yang selalu support dan selalu nasihatkan aku. Tak pernah nak salahkan aku dan dia selalu kata ini ujian dari Allah.

'Dah bangun pergi mandi wajib'.

Kisah Benar Cikgu DiSiksa Sebelum Ke Mekah

Gambar hiasan.. 

Assalamualaikum, saya (Cikgu Rosa) nak berkongsi sebuah cerita. Kisah benar yang saya dapat masa pergi umrah hari tu.

Masa di Madinah, tengah tunggu bas nak ke airport balik ke Malaysia, saya duduk berdepan dengan seorang cikgu dari Dungun di lobi hotel. Tengah duduk sembang-sembang, dia pun buka cerita kisah benar yang berlaku pada dirinya sebelum datang ke Mekah.

Dia kata, sebelum ini dia koma.

Saya tanya, “masa koma, boleh dengar tak orang bercakap dengan kita macam dalam filem tu atau pun dengar orang mengaji ke?”

Dia kata, dia tak dengar apa-apa pun. Tetapi dia kata, “Saya diseksa!”

Ya Allah, tunjukkan pada saya, ‘Saya Diseksa’.

Katanya, 

“Allah lambung saya dari atas bumi hingga ke langit. Lepas tu, Allah jatuhkan saya dari langit hingga ke bumi berkali-kali membuatkan saya rasa sangat sakit sampai saya merayu dengan Allah. Saya tak nak mati lagi, saya nak balik semula nak betulkan semula apa yang saya dah buat.

“Masa saya diseksa, saya tak ingat yang lain. Saya tak ingat pun suami saya, saya tak ingat pun anak-anak saya. Saya cuma ingat kerja saya di sekolah,” katanya.

Dia tanya saya, “akak ni cikgu juga ke?” 

“Ya,” balas saya..

“Kita ni cikgu, kadang-kadang lambat masuk ke kelas. Kadang-kadang tu, kadang-kadang ni dan kadang-kadang macam-macam lagi. Saya selalu tak datang sekolah sebab selalu ambil cuti. SIlibus saya tak habis,” luahnya.

Saya mengiakan saja. Terdetik dalam hati saya, “takutnya saya…”

“Itu Allah baru tunjuk kat saya. Satu dosa yang saya buat dengan kerja saya, belum lagi dosa saya dengan suami, dosa saya dengan anak-anak. Sekarang, alhamdulillah. Bila saya sedar, saya berazam nak ke Mekah, tetapi… sebelum tu saya pergi mengurut. 

“Tukang urut pun terkejut, dia tanya saya kenapa urat saya bersimpul-simpul macam jatuh dari tempat tinggi?,” katanya.

Sangat besar pengajaran daripada kisah cikgu ini. Tak kena pada kita, kita rasa kita dah buat yang terbaik dengan kerja kita. Bila Allah nak tunjuk, itulah dia.

Semoga dengan berani cikgu ini dedahkan kisah dia kepada saya, boleh dijadikan pengajaran untuk kita yang juga bergelar cikgu. Minta maaf, saya tak pandai dan tak bercerita dengan baik. Sedikit sebanyak, itulah yang dia ceritakan pada saya.

Kredit - Underscore

Derita Seorang Wanita Bersuamikan Seorang Warga Asing - Tak Sangka Ini Semua Berlaku Pada Saya!!


KISAH BENAR!! Suamiku berasal dari negara asing perangai bagus sebelum kahwin tapi selepas 3bulan....

NALURI setiap insan sememangnya mendambakan pasangan hidup untuk memenuhi keperluan zahir dan batin mereka. Perkara sama yang diharapkan Rozi Ali, seorang wanita Melayu Thailand yang berasal dari sebuah perkampungan di daerah Satun.

Dia yang membesar di Selatan Thailand mengambil keputusan berhijrah ke Shah Alam, Selangor. Keputusannya itu tidak sia-sia kerana tidak lama selepas itu dia bergelar seorang usahawan berjaya dalam bidang membekalkan peralatan aksesori rumah.

Mungkin kerana dihambat urusan perniagaan, soal jodoh tidak menjadi keutamaan wanita berusia 48 tahun ini. Namun, kesibukan itu tidak menghalang wanita yang selesa mengenakan pakaian jubah ini daripada mengikuti kuliah agama dan solat berjemaah di sebuah surau di Shah Alam.

Situasi itu juga menemukan wanita bersuara lembut ini dengan seorang lelaki Nigeria bernama Suhaili yang bekerja sebagai pekerja kontrak berhampiran rumah Rozi. Suhaili berbadan sasa selain berusia 20 tahun lebih muda daripada Rozi. Dia juga sering sembahyang berjemaah di surau yang sama.

Lama-kelamaan perwatakan sopan santun lelaki benua Afrika ini membuatkan hati Rozi terpaut. Sepupu Rozi, yang merupakan ahli jawatankuasa surau terbabit turut berkawan baik dengan Suhaili.

Selepas tiga bulan mengenali antara satu sama lain akhirnya mereka dijodohkan dalam satu majlis pernikahan ringkas di surau itu pada pertengahan tahun lepas. Majlis perkahwinan itu diaturkan oleh sepupunya bersama ahli kariah surau yang lain. Rozi menyangka kehidupannya serba lengkap setelah mempunyai keluarga sendiri tetapi itu hanya permulaan noktah hitam dalam kehidupannya.

Belang sebenar

"Semuanya ternyata indah semasa awal perkahwinan. Dia seorang yang mengambil berat.

"Dia gemar memasak selain mahir menyediakan masakan Melayu. Semua itu membuatkan saya bersyukur dapat berkahwin dengannya," tutur Rozi yang enggan gambarnya dirakam demi keselamatan dirinya.

Dua bulan selepas itu, Rozi disahkan mengandung.

"Saya dan Suhaili cukup gembira. Walaupun usia saya sudah lanjut ia tidak menghalang kami memperoleh anak sulung.

"Dia tidak membenarkan saya membuat kerja-kerja berat di rumah bahkan sering memasakkan makanan kegemaran saya," ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Rozi, sebaik sahaja anak sulung mereka selamat dilahirkan suaminya menunjukkan bibit-bibit perubahan.

Suhaili kerap keluar malam dan kadangkala tidak balik ke rumah selama berhari-hari dengan alasan berjumpa rakan-rakannya.

"Sebenarnya saya tidak kisah walaupun sepanjang mendirikan rumah tangga saya yang menanggung perbelanjaan rumah. Saya faham dia cuma pekerja kontrak, berapa sangatlah gajinya.

"Malah, saya selalu memberinya wang selain membenarkan dia menggunakan kereta Perodua Myvi saya. Tetapi perbuatannya yang tidak pulang ke rumah mencurigakan saya," kata Rozi.

Setelah lama bersabar dengan sikap suaminya akhirnya mereka bertengkar pada awal Mac lalu. Suhaili yang selama ini seorang pendiam dan tidak pernah melakukan kekerasan terhadap isterinya bertindak sebaliknya.

"Saya sering ditampar dan ditendang. Saya pernah membuat laporan polis tetapi salinan aduan itu disimpan Suhaili. Dia mengugut supaya saya tidak memberitahu peristiwa itu kepada sesiapa.

"Katanya saya akan dipukul dengan lebih teruk lagi jika mendedahkan perihal rumah tangga kami kepada orang lain," ujarnya.

Selepas kejadian itu, Suhaili semakin jarang berada di rumah. Pernah sehingga berminggu-minggu dia meninggalkan si isteri.

Sekiranya pulang sekali pun dia cuma ingin meminta wang daripada Rozi.

Kahwin lain

Kebenaran akhirnya terserlah juga tidak lama kemudian. Rozi menerima panggilan telefon daripada seorang wanita bernama Fauziah yang mengatakan dia sudah berkahwin dengan Suhaili.

Lebih mengejutkan Rozi, Fauziah mendakwa berkahwin dengan suami Rozi itu di Thailand bagi menutup malu kerana dia sedang mengandung anak luar nikah Suhaili. Menurut Fauziah, Suhaili mengaku kepadanya yang dia telah beristeri tetapi memburuk-burukkan Rozi dengan menuduh wanita itu tidak menjaganya dengan baik.

"Saya terkejut. Tidak lama selepas itu Suhaili pulang ke rumah tetapi dia tidak menafikan dakwaan Fauziah itu.

"Saya meminta cerai daripadanya tetapi dia enggan, kecuali saya memberikan kereta kepadanya dan wang sebanyak RM20,000 yang tentu sekali tidak akan saya berikan," cerita Rozi.

Kerana tidak mahu terus makan hati, Rozi berpakat dengan beberapa ahli kariah surau untuk bersemuka dengan suaminya itu bagi menerangkan kesalahan yang dilakukannya. Akhirnya pada awal Mei lalu semasa suaminya pulang untuk meminta wang, sepupu dan beberapa orang ahli kariah surau datang ke rumah Rozi.

"Setelah penjelasan diberikan, Suhaili bersetuju untuk menceraikan saya dengan talak satu selain memulangkan kembali kereta yang digunakannya.

"Saya memang sedih peristiwa ini berlaku ketika umur saya semakin lanjut. Sebelum ini banyak kes melibatkan warga Afrika menipu gadis Melayu tetapi kali ini lelaki seperti itu cuma alim-alim kucing atau berpura-pura baik," kata Rozi

Hospital Jumpa Surat Wasiat Yang Meruntun Hati - Sedihnya Bila Membacanya Ya Allah!!!


Artikel ini disiarkan dalam MyMetro pada: Sabtu, 26 Disember 2015 @ 1:36 PM
Dan ditulis oleh Hafizudin Mohd Safar  - am@hmetro.com.my
KREDIT: HMETRO

Kangar - 26 Disember 2015

Surat wasiat yang viral semalam sehingga meruntun jiwa sesiapa membacanya ditulis wanita warga emas, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71, yang meninggal dunia Selasa lalu.

Lebih memilukan, sudah dua hari dia meninggal dunia, tetapi anaknya, orang kurang upaya (OKU) bisu, Imran Jhinkur, 53, tidak mengetahuinya dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung, ibunya sakit pada Khamis lalu.

Penduduk yang dimaklumkan perkara itu ke rumah arwah sebelum mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia.

Sebelum meninggal dunia, Bibi Meherniga yang menetap di Rancangan Perumahan Awam(RPA) Kangar 1, di sini, sempat menulis surat wasiat memohon pertolongan sesiapa saja yang membaca suratnya itu untuk menguruskan jenazahnya seandainya dia meninggal dunia.

Ini kerana, anaknya itu tidak mampu berbuat demikian.

Arwah juga meminta supaya wajahnya ditunjukkan kepada anaknya selepas dikafankan supaya anaknya tahu dia sudah tiada.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Indera Kayangan Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52, berkata, surat terbabit ditemui di dalam beg tangan kepunyaan arwah ketika pihak petugas hospital ingin mencari dokumen pengenalan diri arwah.

"Memang wasiat itu adalah tulisan tangan arwah mak cik Bibi Meherniga.

“Awal tahun ini, arwah ada memanggil saya dan berbincang mengenai masa depan anaknya serta bagaimana hendak menguruskan jenazahnya seandainya dia tiada kelak.

“Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu,” katanya.

Menurutnya, mereka juga pada mulanya tidak mengetahui kewujudan surat itu namun percaya arwah sering membawanya di dalam beg tangan.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan hasil bedah siasat mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.

Menurutnya, siasatan awal mendapati Bibi Meherniga meninggal dunia pada Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui penduduk kampung pada Khamis lalu di dalam rumah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Dalam pada itu, difahamkan, Imran yang bekerja sebagai pembantu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Jalan Pegawai, di sini, kini tinggal bersendirian.

‪‎Kisah Benar‬ - Bagaimana Seorang Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak, Sangat Menyentuh Hati!!


Petang tadi masa aku gi jemput anak . Sampai satu tempat tu tenampak le satu keta benti kat tepi jalan. Bonet depan tebukak. Keta gosak le ni(ati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sowang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam keta aku pasan ada gak penumpangnya. Mandangkan tempat tu ok,aku benti le.

Masa jalan ke keta tu,aku nampak dalam keta tu dua pompuan dewasa,sowang budak kecik dan sowang budak lelaki. Mungkin sekuaga le ni...

"Asalamualaikum bro. Pehal ni?" Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik,tetiba mati katanya sambil pegang spana idup. "boleh saya tengok?" Aku tanya dia. "Bro pomen ke?" Dia tanya aku balik."tak ahh...tapi saya penah kena cani dulu" aku bagitau dia. "Takpe la bro,gase saya boleh setel ni". "Oo...ok la kalu cantu" kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku denga sore pompuan..."masuk ni dah 2-3 orang nak nolong,awak tanak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni!!".

Aku pun pusing balik kat dia. Aku soh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang tade minyak. Aku mintak spana idup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je...Dalam hati cakap,takkan le sampai minyak kering cani. Setau aku, kalau pun oil pump gosak minyak mesti akan meleleh sesikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.

Aku mintak masuk keta dia,on kunci dan tengok meter minyak- tak naik langsung!! Meter tu gosak katanya.

Tapi aku perasan,riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku klua dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tanak. Tapi lepas bini dia membebel keta buruk la,tak beguna la,apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

Masa dalam keta tu,aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam je...sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam,beli air soya dua kotak besar,2 bantal roti bun(ntah kenapa aku boleh tepikey nak belikan) dan bayar temasuk minyak.
Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentase ade dalam keta aku. Dia nak bayar,tapi aku cakap kang la, macam la begatus...

Mungkin tegase nyusahkan aku,dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat keta dia balik. Aku ok je la...dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah...aku punye la saspen mase tu tuhan je yang tau.

Aku pun benti le...tetiba..."bro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro". "Apsal?" Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.

"Sebenarnya saya bohong. Keta saya tak gosak pun bro. Keta saya tu memang habis minyak." Aku tak dapat cakap apa dah..."Saya memang tade duit nak isi minyak. Saya ingat minyak keta sampai la ke gumah,tapii..." Aku masih diam..."duit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro..." Aku bagitau dia,pasal duit tu. Takpe...aku halalkan.

Dia sambung lagi. "Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro...dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang benti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diowang cuma tanya,tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah...Allah hantar bro untuk saya."

Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aihh... Dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le...Tapi dia tetap begiye ucap tima kasih kat aku. Lantak le hei...

Lepas tu dia pandang anaknya.
"Abang,maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?" Anaknya angguk kepala.

"Lagi satu, abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal keta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu tu tanak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang gase malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu, malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentase beusaha untuk senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye." Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beganak tu bepelukan sambil menangis. Aku klua keta...Sumpah...Demi Allah,aku pun nanges sama...

Sambil lap lap air mata,aku masuk keta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup,aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. "Jangan bro,saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya...saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni." Dia mintak nombo tipun aku.Ndak tak ndak aku bagi...

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk...aku pesan sikit kat dia. "Nak,belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat...Besok kalu dah bejaya, jaga babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekang. Doa bebanyak supaya babah tu sentase sehat dan tabah". Sambil aku selitkan duit yang babahnya tanak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

Allahu Akbar...sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku...

Ya Allah. Dalam aku sentase mengeluh dan mengenang kesusahan,Kau sedarkan aku yang selama ni sentase lupa bahawa ada owang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.

Bukan niat aku untuk betakbur riak, sekadar buat renungan dan peringatan betapa besyukurnya hidup kita - Wong Bo Sie

Thursday, 24 March 2016

Qailulah - Kenapa Ianya Perlu?

Soalan : Ustaz.. kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat? 

JAWABNYA:

1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:

+ Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat

+ Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api. 

Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge). 

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah. 

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti berkah.

Untuk point ke-3 dan ke-5, Nabi SAW bersabda:

"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."
************
Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor:
              [U]فوائدالقيلوله          الصحيحة[/u] 

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:
syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasulullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat at-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, 
kecerdasan dan fokus.
Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor .😊😃
************
Apakah itu Hailulah , Qailulah dan A'ilulah?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm). 

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Solat Dhuha

Kredit Sumber:, http://shofwahwasilah.blogspot.my/2012/12/waktu-afdal-akhir-dan-kelebihan-solat.html?m=1

Waktu Afdal Dan Akhir Dhuha
Waktu afdal Solat Sunat Dhuha pula adalah 2/3 masa antara bermulanya Solat Sunat Dhuhasehingga masuk waktu Zuhur. Dan waktu tamat atau berakhir Solat Sunat Dhuha adalah ketika matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.

Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, “Nabi Muhammad ﷺ keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda ﷺ bersabda :

“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ 

صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Friday, 18 March 2016

Syabas Bagi Wanita Ini Yang Sokong Poligami


Cabaran utk lelaki yang beristeri cuma satu.

Ditulis oleh seorang doktor wanita...
Oleh: Dr. Aisyah Al Syahri

Pada zaman kita ini..khususnya 40 tahun kebelakangan ini..satu fenomena menarik yg wajar dibuat pengamatan telah menarik perhatianku..

Ketika para suami yg bermonogami berhimpun sesama mereka, kebanyakan keseronokan mereka ialah bersembang tentang wanita.. 

Betapa kesalnya mereka dan betapa kuat keinginan mereka untuk menambah isteri..

Kemudian sembang mereka itu mula menyentuh hal seseorang yg berkahwin secara rahsia atau misyar (perkahwinan saraan isteri) atau berkenaan seseorang yg bermusafir jauh dari 'ibu keluarganya' semata2 untuk berkahwin dan bernikmat2 dgn perkahwinan..
juga berkenaan akibat yg dijangka akan berlaku ekoran itu..

Keseluruhan sembang mereka berkisar pd kekesalan di samping keinginan yg membuak2 utk berpoligami..

sayangnya, mereka terhalang oleh kebimbangan dan kepengecutan mereka kpd isteri pertama.

Lalu mereka mula mengkhayal dan mengandaikan pelbagai alasan yg (kononnya) menghalang mereka drpd berpoligami..(namun) semuanya tidak sahih..

Merujuk kpd sejarah manusia yg telah termaktub, aku dapati kebanyakan para anbiya', khulafa', ulama, raja, amir, menteri dan pejuang, malah hatta manusia biasa..mereka berkahwin dan berpoligami di samping memiliki hamba sahaya..kamu dapati seseorang lelaki itu berkahwin seorang, dua atau tiga..bahkan ada yg sampai sepuluh, di samping  sekelian hamba sahaya yg cantik dan menggiurkan..dia beli dan dia jual.. 

Justeru dia menikmati dgn kekuatan serta kecergasan fizikal & mentalnya..

Dia tukar 'kenderaan2nya', dengan itu dia jadi bertambah cergas, bertenaga dan sihat..

justeru  dia hidup sebagai lelaki yg sihat, memiliki kehebatan dan kedudukan.. 

Kita rasa kecewa dan menderita bila kita baca dan dengar dari nenek moyang kita dan juga sejarah kita..

Realiti lelaki yg bermonogami menyalahi tabiat fizikal dan spiritual seorang lelaki..

kerana ALLAH menciptakan akal dan hati lelaki itu lebih besar, kuat dan cergas berbanding wanita..

seseorang lelaki itu bertabiat memberi dan menyebar.. bersesuaian dgn syariat berbilang isteri dan pemilikan hamba sahaya utk disetubuhi mengikut kehendaknya, yg ALLAH telah beri kpdnya..

Berbeza sama sekali dgn tabiat seorang perempuan, di mana sifat semulajadi fizikal, spiritual dan mindanya bersesuaian dgn ketenangan dan ketetapan, justeru hatinya tidak dpt menampung selain seorang lelaki..oleh itu ALLAH syariatkan agar dia tetap dgn seorang suami sahaja. Jika dia beli seorg hamba lelaki, dia tidak halal baginya. 
Bermakna dia hanya boleh menyimpan air benih suaminya sahaja, agar tidak berlaku percampuran nasab keturunan..

Oleh yg demikian ramai di kalangan lelaki monogami yg terkena pelbagai penyakit fizikal, jiwa, lemah badan, lemah semangat, tidak bermaya serta goyah sehingga dia sampai ke umur tuanya..

Bila isteri penat dia tak dapat, bila isteri dtg bulan dia terpinga2, bila isteri dlm nifas dia terbantut dan bila isteri dia mengandung dia sekali lagi tergendala.. Maka kebanyakan umurnya habis begitu sahaja..
 Air benih dlm tulang sulbinya jadi kering, justeru umurnya habis dlm keadaan sesal dan rugi..

Sebaliknya berbeza sama sekali dgn lelaki berpoligami, dia sentiasa memberi dan menikmati tanpa terbantut..air benih dlm tulang sulbinya sentiasa bertukar ganti.. justeru wajahnya sentiasa ceria..

Setelah dikaji dan diteliti faktor kedayusan lelaki utk berkahwin dan berpoligami.. 
Saya  jalankan kajian perbandingan antara perangai lelaki berpoligami dan lelaki bermonogami sejak dari dulu sampai sekarang..

Hasil kajian mendapati bahawa sebab utamanya bukan kerana faktor kewangan atau kesihatan.. tetapi ia kerana faktor terlalu banyak dan terlalu lama duduk bersama isteri di rumah.. sibuk dgn urusan anak2 dan keluarga sehingga ramai lelaki menjadi seperti 'anak ayam' di rumah, bersama isteri yg menguasainya..justeru hilanglah kehebatan dan kekuatannya.. kehendaknya dirampas lalu ditukar menjadi lelaki pak turut terhadap isteri, disebabkan terlalu byk masa duduk bersamanya di rumah..dia tidak lagi memiliki kuasa arahan atau larangan, kecuali mengikut apa yg di kehendaki isterinya..isterinya mengetahui semua urusannya, rahsianya dan hartanya..

Sebaliknya, berbeza sama sekali dgn lelaki berpoligami..kamu dapati mereka kurang masa duduk bersama isteri..mereka keluar bekerja, berusaha dan bermusafir.. mereka tidak memberi rahsia harta benda dan segala urusan mereka kpd isteri..justeru masa mereka duduk bersama isteri adalah terhad..menjadikan mereka hebat dan ada kekuatan peribadi dan kehendak yg sempurna.

Justeru kami dapati mereka dahulukan perkahwinan dgn sepenuh kelelakian dan kekuasaan..tanpa bantahan atau tekanan daripada isteri mereka yg berpuashati dgn tabiat mereka dan hak suami mereka, disebabkan perangai yg mereka tunjukkan bersama isteri mereka..

Merekalah lelaki yg paling byk kerehatan, keinginan, keperkasaan, kesihatan dan kebahagiaan..inilah kebiasaan bg org2 seperti mereka..

Sekarang kita faham kenapa kebiasaan bangsa Arab merendah-rendahkan lelaki yg byk duduk di rumah..

Keputusan di tangan kamu!!!

Disebabkan faktor kedayusan ini, maka ramailah anak dara tua dan penuhlah wanita serta anak2 perempuan yg tidak di lamar atau yg tidak berani dipinang oleh sesiapa..disebabkan faktor kedayusan ini juga, maka banyaklah berlaku kerosakan oleh para pendayus dalam bayang2.

#share

Warga Emas Usia 84 Tahun Sakit Jantung Terus Gigih Bersiap Untuk mati

Ditulis Nik Aziz Afiq 

"Nurse, kiblat arah mana?"

"Maaf pakcik, saya bukan Muslim"

Perbualan itu menarik telinga aku. Automatik nurse, pakcik tua tu dan keluarga pakcik tu pandang aku.

Memang la diorang pandang aku dah aku duduk kat kerusi paling dekat dengan katil pakcik tu malah siap pakai kopiah dengan baju melayu. Mestilah aku kena bagi jawapan kan.

"Err kejap saya check kan"

Then cepat-cepat install Apps untuk kiblat.. Semua mata dah memandang.

"Maaf ye lambat sikit, saya solat kat tingkat atas tadi, tu yang saya tak pasti kiblat kat sini"

"Ooooo patutlah".

Itu cara awal kami berkenalan semalam. Semalam aku teman abang ipar yang dimasukkan kedalam wad. Lebih kurang pukul 11 malam pakcik tua ini ditempatkan di katil sebelah. Maka posisi aku duduk ialah ditengah antara dua katil, katil kanan ada abang ipar aku, katil kiri ada pakcik tua nie.

Bila keluarga pakcik nie pulang tiba-tiba pakcik nie tepuk tangan aku.

"Sudah witir?"

"Witir? Err belum.. Belum lagi"

Malu sebenarnya kena tanya macam tu. Witir adalah solat sunat yang sangat jarang aku nak buat selain bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan pun nasiblah dapat buat kalau pergi berjemaah.. Kalau sorang? Faham-fahamlah..

Muka pakcik nie cemas, dia bagitahu dia belum buat witir lagi, terus dia gegas ke toilet.

Aku ingat dia nak solat atas katil, rupanya dia nak solat atas lantai, aku offer dia kerusi aku untuk dia solat duduk, dia kata;

" tak apa, saya mampu berdiri"

Selesai witir yang agak panjang bagi aku termasuk dengan bacaan selepas solat dia berbaring kat katil.

"Kamu tahu, Nabi tidak akan tidur pada malam hari melainkan setelah membaca As Sajadah, Tabaroka (Mulk), Rahman dan Yaasin"

Dalam hati aku bebel, betul ke? Ada dalil ke? Memandai je kot? 

Terasa nak bahas tapi mengenang jam masuk pukul 1 pagi dan pakcik ini sendiri sangat uzur maka aku diamkan. Cuma aku kagum dan terkejut rupanya dia baca (melalui hafalan) 4 surah nie tadi lepas witir. Sakit-sakit pun rajin lagi.

Tiba-tiba dia tanya aku soalan yang selalu aku terima dan selalu juga aku pedih untuk jawab.

"Kamu sudah keluar berapa hari?"

Ini 'kod' kepada jemaah Tabligh. Sebuah jemaah yang aku kagum.

"Err saya tak pernah... Saya ikut ghash yang petang-petang tu dulu dengan ta'alim bila free, itupun lama dulu"

Dia agak hairan. Dulu pun bila aku jawab gitu orang yang bertanya hairan. Mungkin kerana wajah aku (janggut panjang) automatik membuatkan mereka menyangka aku anggota jemaah mereka.

Aku ingat dia nak cakap yang dia terkejut atau luahkan kekecewaan, sebaliknya dia ikrom pada aku (memuliakan). Dia tak tanya apa sebab aku tak libatkan diri. Tapi dia ceritakan kisah dia.

Dia pesakit jantung, ada 3 lubang pada jantungnya dan ada juga masalah jantung yang lain. Dia cuma dapat berjalan 10 langkah bersama tongkat dan perlu berhenti rehat. Tak boleh jalan laju dan direct. Keuzuran itu begitu ketara sejak akhir ni sehingga dia cuma dapat solat berjemaah pada fardhu jumaat semata-mata. Itupun setelah puas dilambai minta tumpang.

Namun sebelum uzur sebegini kaki beliau dianugerahkan hampir ke seluruh pelusuk negara, mengajak umat pada iman, malah menyampaikan dakwah di beberapa negara lain melalui jalan Tabligh. 

Tujuan dia cerita untuk merangsang aku, kalau dia yang sakit pun boleh buat, maka aku yang sihat kena usaha bagi boleh.

Kemudian dia tanya aku satu lagi soalan berat. 

"Ada tahajud?"

"Err kurang, kurang sangat"

"Umur berapa?"

"Saya 22"

"Ada cinta? (Dia senyum)

"Eh taklah muda lagi (aku malu)

"Tahajudlah.. Umur saya 83, Allah beri izin saya tahajud tanpa tinggal walau satu malam dimana pun semenjak tahun '73. Hampir 40 tahun"

OMG. Aku kaget. Biar betul. Aku duduk ngan siapa nie???? Aku dah mula rasa malu.

"Kita dibeban dengan fikir tahajud itu susah, kerana itu kita tidak mampu, niat perlu betul, niat yang betul maka kita akan bangun untuk tahajud walau letih macam mana dan tidur pukul berapa, Allah akan bantu, namun jika masih tertidur sampai subuh, niat tadi tetap Allah kira, tidak akan dipersiakan"

Dia menceritakan bagaimana dia kerap digenggam oleh 'sesuatu' yang mengejutkan dia untuk bangun tahajud, teringat cerita Arwah Tokguru Nik Aziz yang dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu bilik untuk qiamullail. 

Kuncinya pada niat. Nak atau taknak. Itu pada pilihan kita. Allah akan bantu.

Aku malu sangat. Tiba-tiba ada pakcik dari katil agak jauh terbangun tidur dan nampak macam alami kesusahan, nurse tak ada pulak kat situ, aku gegas ke pakcik tu. Jam sudah pukul 2.

Bila aku balik ke tempat duduk. Pakcik tua ini sudah tidur. Tenang wajah dia.

Aku bergerak ke surau tingkat atas. Tidur disana. 

Setelah sekian lama sebak sungguh aku tahajud. Mungkin Allah nak pesan kat aku melalui lidah pakcik tua nie.

10 minit sebelum subuh. Dengar bunyi tongkat yang agak kuat menuju ke ruang solat. Alangkah terkejutnya aku bila tengok pakcik tua tu masuk kedalam surau.

Jauh jugaklah nak berjalan ke sini dari wad tadi dan dia dalam keadaan sakit. Rupanya dia datang sebab dia teringat awal perbualan tadi aku sebut aku solat kat tingkat atas. Allah luluhnya hati tengok pakcik nie punya semangat.

Ramai datang untuk subuh, cuma sebab aku yang 'special' dalam bab pakaian (hiasan luaran) maka akulah yang kena azan dan akulah juga kena jadi imam.

Aku tak ingat bila last aku azan, lagu azan pun aku taram tibai ikut suka hati, melalut adab azan aku langgar sana sini.

Dan suara aku waktu pagi memang unik. Sebab 4 nada suara bercantum, kejap garau, kejap lembik, kejap slow dan paling kerap putus nafas.

Waktu jadi imam pun bacaan melalut, adab imam untuk solat subuh ialah membaca ayat agak panjang dan berunsur motivasi syurga-neraka/hari pembalasan (ini yang aku belajar). Maka berterabur nada baca dengan waqaf ibtida' kelaut campur nafas tak cukup.

Ayat pun macam tak confident sebab dah terlalu selalu baca qulhuwallah dengan an nas (atau mana-mana yang pendek)

Habis solat aku dengan malu bergerak ke tingkat bawah, kembali ke wad.

Serentak pulak pakcik tua nie jalan sekali, aku malu dengan bacaan dan suara aku. Tapi dia pandang aku sambil jalan dan cakap (tak boleh diberitahu disini-sangat peribadi)

Bergenang airmata. Sambil jalan aku tengok dia terhenti-henti. Kejap paut kat dinding ambik nafas. Ada sekali dia terjerit "Allah" dengan penuh lemah. Pasti kerana sakit.

Sedih sangat. Kembali ke katil, dia berzikir. Sedangkan aku perlu beredar pulang ke rumah untuk rehat. Aku tak sampai hati nak ganggu dia. Aku cuba tunggu tapi lama sangat. Dia berdoa, kejap dia nangis, kejap dia relaks, kejap dia pekup muka kejap dia angkat tinggi.

Akhirnya aku pesan kat abang ipar untuk sampaikan salam pada dia.

Nama dia aku tak tau, cuma aku tau dia duduk Pantai Dalam.

Kenapa aku tulis sebegini panjang dan kau baca dengan penuh sabar sedangkan orang lain cuma scroll down laju-laju?

Kerana aku harap, perkongsian ini memberikan jariah buat pakcik tua ini, supaya kita belajar sesuatu dan beroleh sedikit kesedaran.

Terima kasih pakcik. Terima kasih Allah sebab temukan kami.

(Jika ada yang kenal pakcik nie, minta hubungi aku, aku tak tau apa pun pasal dia melainkan dia duduk Pantai Dalam)


 

Sample text

Sample Text

Sample Text