Social Icons

Thursday, 29 December 2016

Abah Dan Berhutang Sana Sini Untuk Beli Baju Sekolah Anak-anak!

Seminggu dua nak buka sekolah ni teringat zaman kecik dulu sewaktu arwah abah masih hidup ... masa nilah abah akan naik motor ke sana ke mari pergi jumpa sedara mara yang senang sikit untuk pinjam duit beli baju sekolah kami adik beradik. Kadang2 abah pinjam dengan kawan2 abah, tokey kedai tempat abah sarapan pagi2 dan mcm2 orang lagilah.

Abah tak pernah bagi tahu dia berhutang sana sini untuk beli keperluan sekolah adik beradik. Tapi kami tahu ... kami faham. Dan kesusahan itu menjadikan kami berusaha habis-habisan untuk berikan result yang bagus untuk abah.

Tapi zaman dulu kasut sekolah boleh pakai lama ... lambat pulak ketat .. budak2 sekolah sekarang ni setahun sampai dua tiga kali tukar kasut ... cepat betul membesar ... hehehe ...

Pernah satu masa sewaktu darjah 4 nak masuk darjah 5 abah balik lewat malam dalam hujan. Tak dengar pulak bunyi enjin motosikal abah. Tahu2 pintu dah diketuk dan terdengar suara abah memangggil. Mak dan adik2 dah tidur. Masa tu saya yang bukak pintu. Abah kesejukan terketar-ketar. Abah berikan saya baju sekolah dan buku2 keperluan sesi persekolahan yang baru.

Tak ada apa2 yang keluar dari mulut abah melainkan dia mintak saya buatkan teh panas satu.

Malam tu berlalu begitu sajalah tanpa apa2 perbincangan.

Sehinggalah saya balik dari luar negara selepas habis belajar bertahun kemudian, satu malam sewaktu musim hujan seperti sekarang nilah abah mula bukak cerita ...

"Kau ingat tak abang .. masa kau kecik dulu satu masa tu abah balik tengah malam dalam hujan lebat, kau bukakkan pintu dan abah bawa balik buku-buku dan pakaian sekolah baru untuk kau dan adik-adik ... ingat tak?" Abah tanya ...

Saya hanya senyum dan mengangguk sambil teruja nak dengar cerita abah ...

" Sebenarnya masa tu abah baru balik dari cari duit cuba untuk pinjam duit dengan sedara mara kita untuk belikan kau dan adik2 baju sekolah dan buku ... tapi tak dapat ... "

" Akhirnya abah jumpa kawan lama abah satu masa dulu diapun susah jugak bukan orang senang ... tapi senang sikitlah dari kita ... Dialah yang berikan abah pinjam duit RM100 utk belikan buku2. Pakaian sekolah tu pun abah hutang dengan tuan kedai... dia bagi hurtang sebab dia tahu anak2 abah semua pandai2 belajar ."

Masa tu tanpa sedar air mata saya sudah laju keluar. Bibir tak boleh berkata-kata ... terkedu. Hati rasa sangat sebak. Abah terus berbicara ...

"Malam tu motor abah rosak .... abah tolak motor dari Kota Bharu balik ke Pasir Puteh dalam gelap sebab kedai dah tutup dan abah tak ada duit nak baiki motor. Abah tolak motor tu dalam hujan bercahayakan langit dan lampu kenderaan lain sejauh hampir 50km. "

" Sekarang abang dah balik dari luar negara ... abang dah berjaya ... abang kerja bagus2 .. abang bantulah orang macam abah yg ramai kat luar sana ... abang jadilah orang baik-baik... jangan kedekut dengan rezeki yg Allah bagi pinjam ... abah tak ada harta nak bagi kat kau dan adik-adik. Abah hanya ada kasih sayang dan ilmu yang abah mampu berikan sekadarnya ... "

Dan pesanan itulah yang sentiasa tengiang-ngiang di telinga ini setiap kali nak masuk musim bukak sekolah.

Ya Allahh .. rindunya kat abah malam ni ... Terima kasih abah kerana membimbing hati ini dari kecik hingga sekarang walaupun jasadmu telah tiada ... kau tetap membimbing hati ini ..
Semoga Allah satukan hati-hati kita untuk terus istiqamah dalam perjuangan membina ugama & bangsa yang prihatin dan saling bantu membantu ini.

Wednesday, 28 December 2016

Operasi Dipergiatkan Kesan Dua Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pantai Tok Bali

Operasi mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tok Bali sejak Ahad lepas, terus dipergiatkan. - Gambar fail

PASIR PUTEH: Operasi mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tok Bali di sini sejak Ahad lepas, terus dipergiatkan.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 (D10) Tok Bali, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata operasi yang masuk hari ketiga hari ini, melibatkan lebih 140 anggota pelbagai jabatan termasuk APMM, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Antara aset yang digunakan ialah sebuah kapal, enam buah bot dan dua jetski," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.13 petang itu, dua remaja dikenali sebagai Ahmad Haziem Anizam, 14, dan rakannya, Amir Azfa Rafar, 13, masing-masing dari Selising di sini, dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Tok Bali.

Dua rakan mereka Muhammad Firdaus Mustafa, 16, dari Kampung Taweh, Gaal di sini, dan Amir Shahir Zakima, 13, dari Kampung Nering di sini, sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.

Kesemua mereka datang ke pantai itu untuk berkelah dan mandi-manda sebelum kejadian itu berlaku berikutan ombak besar.

Nurul Hizam berkata walaupun keadaan laut masih bergelora, operasi tetap diteruskan membabitkan pencarian lebih tiga batu nautika dari pantai Tok Bali dan pemantauan di pesisir pantai Pasir Puteh, Bachok dan Kuala Besut, Terengganu.

Katanya sejak dua hari lepas, pelbagai kaedah dilakukan oleh pasukan keselamatan termasuk menggunakan pukat di kawasan berhampiran pantai tetapi kedua-dua remaja berkenaan masih belum ditemui.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati keluarga kedua-dua mangsa masih menunggu di bawah khemah khas yang disediakan oleh pasukan keselamatan.

Bapa kepada Amir Azfa, Rafar Mamat, 53, berharap anak dan rakannya itu segera ditemui.
"Kejadian itu sangat mengejutkan dan memilukan memandangkan saya berada jauh di Songkhla (Thailand) mencari rezeki," katanya yang bekerja dengan sebuah syarikat petroleum.

-- BERNAMA 

Sunday, 25 December 2016

Kehilangan Anak Saudara Ketika Mandi Di Pantai Tok Bali, Kelantan

Tajuk Metro online malam tadi melibatkan keluarga isteri Pak Lang.

Gadai nyawa cuba selamat rakan

Firdaus (kanan) dan rakannya Amir Syahir yang terselamat namun dua rakan mereka masih hilang. - Foto AZLAN HAFEEDZ

Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: “Saya gagahkan diri berenang melawan ombak bagi menyelamatkan dua rakan namun saya hampir lemas ditarik ombak besar,” kata Mohd Firdaus Mustaffa, 16, yang terselamat daripada lemas di Pantai Tok Bali di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohd Firdaus dan Amir Syahir berjaya diselamatkan oleh orang ramai daripada lemas.

Namun, dua rakan mereka, Ahmad Haziem Anizan, 14, dan Amir Azfar Rafar, 13, masih hilang selepas dihanyutkan ombak.

Kini, usaha mencari kedua-dua masih giat dilakukan anggota penyelamat termasuk mencari di pesisir pantai.

Mohd Firdaus berkata, mereka tiba di pantai berkenaan kira-kira 4 petang dengan menunggang tiga motosikal dari rumah Aziem sebelum sepakat untuk mandi.

Menurutnya, selepas 10 minit mandi, tiba-tiba datang ombak setinggi dua meter menarik mereka berempat hingga ke tengah.

"Saya dan Amir Syahir berusaha berenang untuk menyelamatkan diri, namun sebaik menyedari Haziem dan Amir tiada di belakang, saya berpatah balik.

" Haziem dan Amir sempat berpaut di bahu saya sebelum pegangan mereka terlepas dan terus ditelan ombak.

"Panik melihat keadaan itu, saya berpatah balik ke pantai sebelum saya diselamatkan orang ramai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.31 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya turut dibantu lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lapan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 11 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tok Bali.

"Gerakan mengesan dua mangsa juga dibantu bot penyelamat bomba, bot Pasukan Gerakan Marin dan bot Maritim, namun mereka masih gagal ditemui setakat jam 8 malam.

"Usaha mencari dua mangsa itu akan terus dilakukan sekalipun terpaksa berdepan cuaca agak buruk, selain ombak besar," katanya.

Musibah Kehilangan Anak Saudara

Sejak malam semalam, mata kiri Pak Lang sentiasa bergerak-gerak. Itu suatu yang lumrah terjadi pada diri Pak lang seolah-olah satu khabar buruk akan terjadi. Kebetulan atau tidak, mata kiri itu tidak lah sebegitu melainkan disusuli dengan hal-hal yang dukacita. Ianya pengalaman sepanjang hidup yang menjadikan hati berdebar2 bila mata kiri sebegitu. Hati cemas, berdoa dan berharap moga diselamatkan semuanya. Kuasa Tuhan adalah segala-galanya. Bersiaplah menghadapi apa sahaja dengan redha.

Selepas maghrib, semasa di Labuan, Pak Lang menerima telipon dari bapa mertua mengkhabar suatu berita yang sangat mengejutkan. Allahu akbar! 

Keluarga isteri Pak Lang di Kelantan sedang menghadapi musibah kehilangan anak lelaki berusia 13 tahun yang masih hilang di pantai Tok bali, Pasir Puteh, kelantan. Sejak di tarik ombak besar ke tengah laut jam 4.15 petang semalam (Ahad 25hb Disember), Amir Azfar ini belum lagi ditemui. 

Seluruh keluarga berhimpun di pantai tersebut sepanjang malam walaupun usaha mencari dan menyelamat telah dihentikan malam tadi. Pagi ini usaha mencari diteruskan tapi belum ada tanda kelibatnya. 

Semoga kejadian yang memilukan ini mendatangkan rasa takut setakut-takutnya kepada Allah untuk setiap hati kembali tunduk kepadaNya. Dia maha mentadbir, maha merencanakan atas setiap hambaNya. Harapnya keinsafan berterusan akan terus wujud di dalam setiap hati keluarga yang saling menghargai.

Setiap individu mengambil ruang sendiri untuk berdoa, bermunajat, baca Yasin dan solat hajat mengharapkan Allah membantu 'menghantar' kembali anak yang dikasihi ke pangkuan mereka. Ya! disaat tiada lagi tempat sandaran akal, fitrah semua manusia akan kembali mengharapkan sepenuhnya keajaiban dari kuasa Allah yang maha ajaib!

Tahukah Anda Rupa-Rupanya Ada 5 Jenis Hidayah?

Allah swt berfirman maksudnya "Telah bertasbihlah (patuhlah) kepada Allah apa sahaja yang ada di langit dan di bumi dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." as Sof ayat 1.

Allah swt telah mencipta semesta alam dan dikurniakanNya hidayah tabie hingga segala-galanya berperanan sebagai mana yang Allah kehendaki.

Segala cakrawala: bumi, bulan, planet-planet, matahari dan bintang-bintang berapungan di ruang angkasa tanpa tali dan tanpa tiang. Masing-masing berputar di atas paksinya dan beredar (rotate and orbit) didalam galaxy (buruj) masing-masing sambil berarak di dalam Bimasakti (Milkyway) yang luasnya tak bertepi (infinity). 

Firman Allah bermaksud "Demi langit yang mengandungi gugusan bintang2". Dan FirmanNya lagi bermaksud; "Pada penciptaan langit dan bumi dan silih berganti nya malam dan siang terdapat tanda-tanda (menjadi bukti) kewujudan dan kekuasaan Allah bagi 'Ulil albab (orang2 yang mempunyai mata hati)." 

Allah perlakukan air dari muka bumi meluap naik ke ruang angkasa tanpa saluran kemudian turun menyirami bumi yang memungkinkan hidupnya tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia.

Dibekalkannya naluri dan nafsu berahi kepada haiwan dan manusia untuk kesinambungan zuriat keturunan memenuhi muka bumi. Allah berfirman bermaksud "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur." 

Maka ini semua adalah menjadi bukti kepatuhan semesta alam kepada 'Khaliq' yakni Pencipta alam ini secara rela atau terpaksa (karhan wa tau'an). 

Para saintis barat menganggap semua peraturan alam ini terjadi sendiri tidak ada kaitannya dengan Tuhan. Dianggapnya 'nature' punya kuasa tersendiri. Seorang atheis berbahas dengan seoramg ulama' tauhid tentang nature. Kata si atheis ayam betina terjadi sendiri untuk keperluan ayam jantan. Berkata ulama' tauhid 'Mengapa ayam tidak mencipta dirinya jadi raksaksa supaya mampu keronyok manusia yang sentiasa mengkeronyoknya dijadikan makanan. Maka matilah hujah si atheis tersebut.

Yang kedua: Hidayah khawas iaitu kurniaan pancaindera: Mata boleh melihat, telinga boleh mendengar, lidah boleh berkata2, kaki tangan boleh bergerak, perut dan faraj masing2 dengan tugas dan peranannya.

Yang ketiga: Hidayah Akal. Menjadikan mertabat manusia mulia (tidak ada pada haiwan). Dengannya manusia berdaya cipta dan berdaya maju. Dapat menguasai daratan, lautan dan angkasa lepas namun kemampuan akal tidak mencakup alam ghaib; alam ketuhanan, alam malaikat, alam jin dan alam akhirat (Syurga-Neraka). Walau secerdik mana pun akal , tidaklah manusia akan tahu hakikat dan tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini. Pada sangkaan akal hidup ini hanya untuk menderita atau hanya untuk makan-minum, tidur-rehat, kahwin kemudian mati jadi tanah tamatlah sebuah kehidupan? Atau hidup ini untuk merebut kepuasan yang optima dengan harta, wanita dan kuasa, kemegahan dan kemasyhuran untuk disanjung dan dipuja kemudian mati habis perkara? Maka lahirlah sistem hidup skular: demokrasi, sosialis, kapitalis dan fahaman atheis, hedonism, kebebasan tanpa batas tanpa ada hubungan dengan Tuhan. Maka berlakulah porak-peranda dan berbagai kerosakan dalam kehidupan manusia.

Yang keempat: Hidayah Agama: Berpandukan ilmu wahyu (alQuran dan hadith). Beriman dengan Allah Pencipta, Pemilik, Penentu, Pentadbir dan Penguasa yang berkuasa ke atas segala2nya dan kepercayaan kepada adanya kehidupan di akhirat yang kekal abadi untuk menerima balasan sama ada di syurga yang penuh kesenangan dan nikmat kelazatan atau di neraka yang penuh kesusahan dan derita-sengsara.

Yang kelima: Hidayah Taufiq: Iaitu bantuan dari Allah. Allah hantar malaikat untuk membimbing seseorang hamba itu menjadi baik dan taat setaat2 nya kepada Allah iaitu dianugerahkan kepada para rasul, nabi2 dan para mujaddid secara otomatik dan kepada awamul muslimin hasil usaha dan mujahadah yang panjang.

Oleh itu berusaha dan berdoalah selalu agar dianugerah hidayatut-taufiq ini. 

Ya Allah! rezekikanlah kami dengan hidayatut- taufiq ini. Amin! 

Najis Yang Dimaafkan Tidak Menjejaskan Sembahyang

Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang hendaklah terlebih dahulu memastikan dirinya, pakaiannya serta tempatnya bersembahyang itu suci daripada najis. Jika terdapat najis pada perkara-perkara yang disebutkan itu, maka hendaklah ianya dibersihkan terlebih dahulu sehingga tempat yang terkena najis itu menjadi suci. 

Salah satu daripada syarat sah sembahyang itu ialah suci tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis yang tidak dimaafkan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan!” (Surah al-Muddatstsir: 4)

Syarat suci daripada najis ketika di dalam sembahyang adalah juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Jika datang darah haid maka tinggalkanlah sembahyang, dan jika telah berlalu haidh itu maka bersihkanlah (darah) dari dirimu dan kerjakanlah sembahyang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Daripada ayat dan hadis di atas, jelaslah bahawa tidak sah sembahyang seseorang yang terdapat najis pada tubuh badan, pakaian atau tempatnya bersembahyang. Namun jika sekiranya najis itu merupakan najis yang dimaafkan, maka sembahyangnya adalah sah walaupun dia tidak menghilangkan najis dan menyucikan tempat yang terkena najis itu terlebih dahulu.

Untuk memudahkan seseorang itu melaksanakan ibadatnya, adalah perlu dia mengetahui apakah perkara yang dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan.

Apakah Dia Najis Yang Dimaafkan itu?

Menurut para ulama mazhab asy-Syafi‘e, kaedah umum yang boleh dirujuk untuk mengenal pasti najis-najis yang dimaafkan itu ialah suatu perkara yang susah untuk dielakkan daripadanya.

Berikut adalah sebahagian contoh najis-najis yang dimaafkan:

1. Najis yang tidak nampak pada pandangan mata kasar, walaupun ia daripada najis mughallazhah. Umpamanya darah yang terlalu sedikit atau air kencing yang terpercik sama ada pada tubuh badan, pakaian atau tempat bersembahyang yang tidak nampak oleh pandangan mata kasar.

2. Najis yang sedikit seperti darah nyamuk, agas atau kutu yang tidak mengalir. Begitu juga darah yang keluar dari kudis, bisul, jerawat kecil, luka atau nanah pada badan seseorang, pakaian atau tempatnya bersembahyang yang bukan disebabkan perbuatannya sendiri.

Jika darah tersebut keluar disebabkan oleh perbuatannya sendiri, umpamanya membunuh nyamuk yang ada pada bajunya atau memicit kudis atau jerawat sehingga mengeluarkan darah, maka darah tersebut tidak dikira sebagai najis yang dimaafkan.

Darah atau nanah luka yang banyak juga termasuk najis yang dimaafkan dengan syarat, iaitu:-

▪ Darah atau nanah tersebut merupakan darah/nanah dari orang itu sendiri

▪ Darah atau nanah itu keluar bukan disebabkan perbuatannya atau disenghajakannya.

▪ Darah atau nanah yang keluar itu tidak mengalir dari tempatnya, seperti darah yang banyak itu tidak mengalir daripada lukanya.

3. Darah ajnabi iaitu darah orang lain yang terkena pada badan, kain atau tempat bersembahyang dengan kadar yang sedikit dengan syarat najis tersebut bukan dari najis mughallazhah iaitu daripada anjing dan babi. Jika ia berasal dari keduanya atau salah satu dari keduanya, tidaklah ia dimaafkan walaupun hanya sedikit.

4. Darah yang sedikit yang keluar dari hidung atau darah yang keluar dari bahagian-bahagian tubuh seperti mata, telinga dan yang seumpamanya, selain dari jalan tempat keluar najis seperti tempat keluar tahi.

Jika darah keluar dari hidung seseorang sebelum dia melakukan sembahyang dan terus menerus keluar darah tersebut, dalam hal ini jika pendarahan itu diharapkan berhenti dengan keadaan waktu sembahyang yang masih panjang, maka hendaklah ditunggu. Akan tetapi jika sebaliknya, hendaklah dia membersihkan dahulu darah tersebut dan hidungnya (tempat keluar darah tersebut), kemudian menyumbatnya dengan kapas umpamanya dan melapisnya dengan kain jika perlu.

5. Darah yang masih tinggal di tempat lukanya yang keluar hasil dari perbuatan mengeluarkan darah dengan tusukan atau berbekam, sekalipun banyak yang masih tinggal di tempat lukanya.

6. Darah yang keluar dari gusi bila tercampur dengan air ludah sendiri. Sah sembahyang bagi orang yang gusinya berdarah sebelum dicucinya darah tersebut selagi dia tidak menelan air ludahnya ketika di dalam sembahyang.

7. Sedikit tanah tempat laluan seperti jalanraya atau yang seumpamanya yang memang diyakini kenajisannya, dengan syarat najis tersebut tidak jelas di tempat itu dan dia telah pun berusaha untuk mengelak daripada terkena tempat laluan tersebut seperti tidak membiarkan hujung kain terkena tanah tempat laluan tersebut.

Perhatian: Dasar menentukan kadar sedikit atau banyak yang dimaksudkan bagi najis itu ialah merujuk pada adat kebiasaannya, iaitu apa yang dianggap oleh adat kebiasaan sebagai sedikit, maka dikira sebagai sedikit dan begitulah sebaliknya. Jika ada syak darah tersebut banyak atau sedikit, maka dihukumkan sedikit dan dimaafkan.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengutamakan kebersihan. Kerana itu umat Islam diperintahkan untuk memelihara diri dari segala najis sehinggakan suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat dijadikan sebagai salah satu syarat sah sembahyang. 

Walau bagaimanapun Islam juga adalah agama yang tidak membebankan umatnya dengan kesukaran. Contohnya pengecualian terhadap najis yang dimaafkan yang tidak menjejaskan kesahihan sembahyang, kerana kesukaran menghilangkannya atau mengelak dari terkena najis tersebut.

Minda Taqwa Dan Ilmu Hikmah Dalam Mendidik Manusia

Oleh: Yang Berbahagia Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten

Minda Islam adalah tafsiran kepada al Quran dan Sunnah. Ianya perlu untuk membimbing manusia menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan menjadi panduan menyelesaikan permasalahan hidup manusia. Ianya merupakan ilmu dalam ilmu atau apa yang dikatakan ilmu hikmah. 

Ilmu Hikmah inilah yang mampu meresap ke dalam jiwa dan mendorong untuk bertindak setelah menghayatinya. Ilmu Hikmah adalah ilmu yang membina rasa-rasa hamba dan rasa berTuhan. Rasa-rasa ini adalah himpunan perasaan yang takut dengan Allah dengan sebenar-benar takut dan rindu serindu-rindunya dengan Nabi Saw. Tindakan yang didorong oleh rasa takutkan Allah itu lah yang dikatakan rasa taqwa yang akan diterima Allah sebagai ibadah dan diberi keberkatan. 

Firman Allah: "Hanya sanya Allah menerima amalan hamba-hambaNya yang bertaqwa".

Pendakwah mesti menguasai minda tentang pendidikan yang menjadi nadi kepada pembentukan jiwa manusia. Pendakwah juga mesti memahami semua skop kehidupan insan meliputi bidang ekonomi, pentadbiran, muamalah, kesihatan, kekeluargaan, perhubungan, kemasyarakatan, kebudayaan dan sebagainya.

Dengan kata lain, minda Islami mesti menjadi pendorong untuk menghayati dan mengamalkan ilmu. Mempelajari atau menghafal Al-Quran misalnya mesti disertai dengan mentafsir, mengamalkan dan memperjuangkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran. 

Sememangnya dalam mentafsir Al Quran tidak cukup sekadar ada ilmu alat untuk memahami bahasa Arab klasik seperti Nahu, Soraf, Mantiq, Bayan, Balaghoh, Ma'ani, A'rud dan sebagainya sahaja tetapi mesti disertai oleh hati yang ada rasa taqwa. Itulah hati yang takut Allah dengan rasa yang setakut-takutnya. Firman Allah bermaksud "Barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan beri dia ilmu". Inilah yang dimaksudkan ilmu laduni atau ilmu hikmah. Allah anugerahkan ilham atau ilmu laduni atau ilmu hikmah ini kepada orang bertaqwa untuk memahami kehendak Al-Quran dan Sunnah.

Untuk mengubah insan, proses pendidikan rohaniah yang mempunyai berbagai rasa hamba ini perlu berjalan 24 jam. Jika kita faham, Iqra' itu ertinya baca, faham, amalkan serta perjuangkan. Rasulullah saw mengingatkan kepada kita bahawa menuntut ilmu yakni pendidikan itu wajib ke atas orang beriman dan berterusan diusahakan dari buaian hingga ke liang lahat. Bahkan menuntut ilmu yang boleh menyelamatkan seseorang manusia itu di dunia dan di akhirat itu sangat dituntut walau sampai ke negeri Cina yakni ke mana pelosok dunia sekali pun. 

Ianya tidak lain tidak bukan kerana ilmu hikmah ini meliputi hubungan manusia dengan Allah yakni mengenai ibadah khusus kepada Allah dan ilmu yang merangkumi aspek perhubungan sesama manusia untuk mengatur kehidupan, membangun dan membina tamadun.

Hakikat manusia itu adalah rohnya. Mendidik roh adalah dengan diperkenalkan keagungan dan kehebatan Allah. Hingga Allah itu benar2 dikenali, dicintai, ditakuti dan dipatuhi.  Inilah maksud "Awwaluddin ma'rifatullah". Proses awal dan utama dalam pendidikan anak-anak ialah memperkenalkan Tuhan yang maha kuasa dan maha segala-galanya di dalam hati-hati mereka. 

Semakin diperkenalkan Tuhan, semakinlah mendalam rasa takutkan Tuhan di hati. Semakin terasa Tuhan maha memerhati, maha mengetahui, maha menghukum sehingga mereka takut untuk berbuat maksiat dan kejahatan. Ianya mendorong ketundukan dan kepatuhan kepada ajaran Al-Quran. 

Seterusnya mendidik roh juga bermakna memperkenalkan Rasulullah saw sehingga dapat dirasakan di hati mereka Rasulullah saw itu sangat dihargai lagi di rindui. Rasul itulah  yang sangat menjadi idola serta ikutan peribadi mereka. Kecintaan mereka kepada Rasulullah saw sepatutnya adalah kecintaan hakiki yang sepatutnya wujud di dalam hati-hati mereka. 

Inilah peranan pendidikan rohaniah. Ianya merangkumi ilmu, tarbiah, latih tubi, disiplin dan ta'zir untuk diri, keluarga dan masyarakat. Inilah yang diharapkan berlaku agar jadilah mereka muslim yang taat ketika ramai dan ketika sendirian. Jadilah mereka berperibadi mulia, berbudi luhur dan berhati yang bersih dari sifat-sifat mazmumah yang sangat memberi manfaat kepada masyarakat. 

Sesungguhnya mendidik manusia ini adalah tugas para Nabi, Mursyid dan Murabbi. Tidak sebarang manusia yang boleh berjaya mendidik manusia untuk melahirkan seseorang insan yang soleh lagi bertaqwa. Hal ini adalah kerana untuk mendidik manusia, seseorang itu mesti mempunyai firasat yakni rasa hati yang dapat mengenali dan mengetahui jiwa seseorang manusia yang mahu dididik itu dengan firasat yang tepat. Ianya tidak mampu dilakukan oleh orang biasa kerana ianya akan menjadi seperti tikus membaiki labu. 

Ertinya tidaklah sebarang insan yang akan dipilih Tuhan untuk mengubah insan yang lain untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Hanya insan luar biasa sahaja yang dianugerahkan kemahiran jiwa dalam mendidik roh dan jiwa manusia. Mereka adalah orang-orang yang pakar dalam menilai dan meningkatkan diri mereka sendiri dan seterusnya dipimpin Allah dalam menangani setiap masalah rohaniah siapa sahaja.

Pendakwah perlu humble, merendah hati, merasa hamba, merasa tak pandai, harapkan pimpinan Allah dan keberkatan mursyid. Orang sombong tidak boleh jadi pendidik. 

Pendidikan ertinya menguasai kemahiran mengendalikan unsur-unsur dalaman utama yang ada di dalam diri manusia iaitu hati, akal, perasaan dan nafsu. Setiap satunya mempunyai ciri tertentu yang mesti difahami peranannya dan tahu bagaimana cara mendidiknya. Akal kena diperkayakan dengan ilmu. Jiwa kena dipertajamkan dengan minda. Nafsu kena ditakutkan dengan rasa takut setakut-takutnya dengan kebesaran Allah. Dan amalan lahir kena di bina dengan latihan, displin serta dikawal dengan hukuman atau ta'zir.

Pendakwah perlu bergantung kepada Allah. Hakikatnya Allah yang berbuat. Pendakwah atau pendidik hanya sebagai asbab. Jika pendidik itu bertaqwa kepada Allah, in sya allah semua kerja-kerjanya itu akan dibantu Allah. Menyerah diri kepada Allah adalah syarat untuk mendapat bantuan dan pertolongan dariNya. Itulah janji Allah!!

Saturday, 24 December 2016

Pertanyaan Mudah Tetapi Tidak Ramai Yang Tahu Menjawabnya

Oleh: Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten

Salam ceria, salam perkenalan, salam kasih-sayang. Apa khabar semua?

(Dirayu kepada anda yang menerima mesej ini supaya copy paste dan sent kepada kawan2, kenalan dan rakan laman sosial samada yang beragama Islam atau tidak moga2 ada manfaatnya.)

(Dirayu kepada saudara-saudari yang tidak berugama Islam, jangan menilai Islam dengan melihat orang Islam kelak anda akan rasa kecewa dengan Islam kerana ramai orang Islam hari ini sudah tidak amalkan Islam sepenuhnya dan ada yang tidak tepat kerana kurang faham. Buatlah kajian secara mendalam tentang ajaran Islam, kelak anda akan dapat melihat kebenaran dan keindahan Agama Islam itu. Untuk itu sila renungi persoalan dibawah ini yang menjadi kepercayaan dan pegangan kami umat Islam).

Apa itu Islam?

Islam adalah agama dari Tuhan. Ianya ajaran kepercayaan kepada Tuhan dan kepercayaan tentang adanya kehidupan kedua yang kekal abadi selepas mati sama ada di Suyurga yang penuh kesenangan dan nikmat kelazatan atau di Neraka yang penuh kesusahan dan derita-sengsara.

Ianya menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan. Menyuruh berkasih-sayang, bertolong-bantu dan berakhlak mulia. Kemuliaan seseorang hamba bukan terletak pada rupanya yang cantik, kekayaan, pangkat, bangsa dan keturunan tetapi terletak pada keimanannya dan ketaatannya kepada Tuhan. Tidak ada kasta dalam Islam.

Siapa Dia Tuhan?

Tuhan adalah Allah. Tuhan bagi sekalian manusia. Dia Tuhan yang Esa (Satu). Tidak ada Tuhan selain Allah. Dia tidak ada anak dan tidak diperanakkan (tidak ada ibu-ayah). Tidak ada suatu pun yang menyerupaiNya. Dialah Pencipta yang telah mencipta segala2nya. Alam nyata yakni langit dan bumi dan yang ghaib - Syurga dan Neraka. Dialah Pemilik. Segala2 yang ada, adalah milikNya. Dialah Pentadbir, Pengurus dan Penentu segala2nya. Dialah Penguasa yang berkuasa ke atas segala2nya. Dialah yang menghidup dan mematikan kita kemudian akan membangkitkan kita semula.

Untung nasib kita bahagia atau celaka terletak pada kuasaNya.

Dia Maha Melihat, Maha mendengar, Maha Mengetahui lagi Maha segala2nya. Tidak ada walau sebutir pasir yang terlepas dari pandangannya. Tak ada walau sehelai daun gugur yang terlepas dari ketentuannya. Malah segala lintasan fikiran dan rasa hati kita diketahuinya. Ia sangat kasihkan hambaNya yang beriman denganNya dan taat padaNya - oleh itu berimanlah padaNya, cintailah Dia dan taatlah padaNya. 

Sebaliknya Dialah Tuhan yang sangat keras siksaanNya ke atas hamba yang tak mahu beriman dan berbuat derhaka pada Nya. Oleh itu takutlah setakut2nya pada Allah dan jauhilah laranganNya. Walau pun demikian sifat PemurahNya meliputi sekalian hambaNya sama ada yang beriman dan taat atau pun tidak beriman dan derhaka pada Nya. Oleh itu kita lihat orang yang tak beriman dan orang yang derhaka padaNya pun dapat rezeki atau habuan di dunia ini malahan lebih banyak tetapi selepas mati hanya ada azab yang menunggu mereka.

Siapakah diri kita?

Kita adalah makhluk ciptaan Tuhan sebagai hambaNya supaya kita berTuhankanNya dan menyembahNya. Dan tugas kita adalah sebagai khalifahNya supaya kita hidup dan membangunkan kemajuan di atas muka bumi ini mengikut peraturan dan kehendakNya.

Dari mana kita dapat tahu tentang Tuhan dan agama Islam?

Kita dapat tahu melalui Nabi Muhammad yang Allah sejahterakan keatasnya. Nabi Muhammad adalah seorang lelaki berbangsa Arab Quraisy yang diutus oleh Allah untuk memperkenalkan siapa Dia Allah dan menyampaikan ajaran agama Islam kepada sekalian manusia. Nabi Muhammad adalah seorang Nabi lagi seorang Rasul yang terakhir yang Allah utuskan kepada manusia. 

Allah telah melantik seramai 124 ribu orang para Nabi bermula dari manusia pertama yang Allah hantar ke muka bumi ini iaitu Nabi Adam yang menjadi bapa bagi seluruh manusia. Dan diantara mereka, telah dilantik pula seramai 313 orang menjadi Rasul dari masa ke semasa untuk menyampaikan agama Allah kepada manusia. Sebelum Nabi Muhammad telah diutus Nabi Isa dan sebelum itu nabi Musa. Maka bila diutus Nabi Muhammuad maka agama sebelumnya telah di mansukhkan dan semua manusia diperintahkan supaya mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Dalam kitab Injil ada menyebut tentang kedatangan Nabi Muhammad. Begitu juga dalam kitab Taurat.

Bagaimana para Nabi dan para Rasul dapat tahu tentang kewujudan Allah dan menerima agama Allah?

Allah perintahkan Malaikat Jibrail untuk menyampaikan wahyu (berita/pertunjuk/panduan) dari Allah kepada Rasul. Memperkenalkan siapa Allah dan agama Allah. Wahyu adalah ilmu yang Allah masukkan secara terus ke dalam hati Rasul.

Siapa itu Malaikat?

Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang berbentuk ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kita namun ia boleh menjelma dan dapat dilihat oleh Rasul ketika ia datang menyampaikan wahyu dari Allah. Jumlah Malaikat terlalu ramai berkali2 ganda dari jumlah manusia. Para Malaikat ditugaskan oleh Allah membuat berbagai kerja diantaranya Malaikat Jibrail menyampaikan wahyu. Mialaikat Izrail atau Malaikat Maut ditugaskan mencabut nyawa dan begitu para malaikat yang lain-lain lagi dengan tugas masing2.

Apa itu al Quran?

Quran adalah himpunan kata2 Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad yang merupakan panduan dan peraturan hidup. Al-Quran juga mengandungi kisah umat2 dahulu bagaimana Allah musnahkan mereka seluruh negeri serentak kerana mereka enggan beriman dengan agama Allah. Itulah akibat dari kekufuran mereka terhadap apa yang disampaikan kepada mereka oleh Nabi mereka. Sebaliknya Allah selamatkan orang yang beriman di kalangan mereka. Al Quran juga mengandungi perentah suruh dan larangan Allah keatas hamba2Nya. Ada khabar gembira dengan janji Syurga bagi hamba2 Nya yang beriman dan taat. Ancaman Neraka pula bagi mereka yang tak mahu beriman sebaliknya berbuat derhaka. Al-Quran juga mengandungi ayat-ayat mengenai hukum hakam dan peraturan kehidupan serta terdapat banyak doa-doa permintaan hamba kepada TuhanNya.

Apa itu Syurga?

Syurga adalah tempat tinggal hamba2 yang mati dalam beriman dan taat kepada Allah. Ianya bagaikan tempat peranginan yang maha hebat yang penuh kesenangan. Tinggal dalam mahligai yang tersergam indah Lengkap dengan perabut dan tilam empuk untuk berolek-gelantang suami isteri dalam penuh kasih-sayang. Ditemani bidadari dan wanita  (isteri) dari dunia yang menjadi ketua bidadari. Udaranya sentiasa nyaman. Makan-minum yang lazat, cita-rasa sentiasa tersedia tanpa perlu diusahakan. Panoramanya terbentang indah dengan deretan bukit-bukau dan aliran anak-anak sungai dan bunga2an serta buah2an yang setiasa masak ranum. Penghuni Syurga kekal berkeadaan muda, sihat dan bertenaga selama2nya. Sekali sentuh nikmat syurga terpbuai-buai nikmat kelazatannya  yang berterusan dan dijamu lagi dengan nikmat yang baru.

Apa itu neraka?

Neraka adalah tempat tinggal orang2 yang tidak beriman dengan Allah dan mereka yang berbuat dosa. Ianya dipenuhi berbagai2 kesusahan dan penyiksaan. Panas yang membakar. Busuk yang melemaskan dan dalam keadaan buta. Tiada yang akan sanggup menanggung siksaannya. Jauhilah dari neraka. Berimanlah dan taatlah kepada Allah.

Apa itu roh?

Roh adalah unsur ghaib yang Allah cipta di alam roh kemudian dimasukkan ke dalam jasad kita ketika kita berumur 120 hari dalam kandungan ibu kita. Bila dicabut ruh oleh malaikat maut dari badan kita, kita akan mati. Roh ini akan dimasukkan semula ke dalam jasad kita yang baru setelah hari kiamat. Kita akan dibicarakan di padang Mahsyar kemudian akan dimasukkan samada ke Syurga atau ke Neraka.

Apa itu kiamat?

Kiamat itu adalah hari di mana bumi dan langit serta segala isinya dimusnahkan oleh Allah. Mengikut tanda2 yang diberi tahu oleh Nabi Muhammad kiamat sudah hampir akan berlaku.

Apa itu Padang Mahsyar?

Ianya adalah padang tempat berhimpun sekelian manusia yang akan dibangkitkan semula selepas dunia dikiamatkan dimana manusia akan dibacarakan dan di adili dihadapan Allah.  Kemudian akan dihantar ke Syurga atau ke Neraka.

Kajilah dan fikirkanlah sedalam2 nya sebelum didatangi kematian!!!

Muhasabah Diri

Oleh: Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten

Kata saiyidina Omar r.a. "Hisablah dirimu sebelum kamu di hisab."

Saudara,

Kita harus menghasilkan iman semaksima mungkin untuk menempuh hidup yang penuh ujian, cobaan, balak dan imtihan ini dengan jayanya. 

Diantara cara untuk menyubur kan iman, keyaqinan dan keinsafan, adalah dengan bertafakkur, berfikir merenung perihal erti hidup dan mati kita berpandukan keterangan ilmu wahyu yakni al Quran dan hadith.

Manusia dilahirkan untuk hidup buat selama2nya cuma kena menempuh dua alam; hidup didunia dan hidup diakhirat. Diantara dua alam ini dipisahkan oleh mati.

Kematian tak boleh dielakkan: tua-muda, bersedia-tidak, suka-tidak, miskin-kaya, pemimpin- pengikut, tukang syarah tukang dengar pasti akan mati. Firman Allah "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati." Dan firmanNya lagi "Mati yang kamu lari darinya pasti akan mendatangi kamu." 

Dalam satu majlis jamuan, Raja Sulaiman salah seorang tetamunya yang duduk disebelah nya merasa gelisah kerana ada seseorang yang duduk dihadapannya sedang memerhati kannya. Tetamu itu bertanya "Siapa orang itu?" jawab nabi Sulaiman "Itulah malaikal maut." Maka kata tetamu itu "Hantarlah aku kesebuah pulau yang jauh terpencil." Maka Nabi Sulaiman pun memerintahkan jin menghantar tetamu itu kesebuah pulau yang terpencil. 

Sesampai di sana, malaikal maut pun sudah sedia menunggu dan mencabut nyawanya. Malaikal maut kehairanan mengapa orang itu berada dalam majlis Raja Sulaiman sedangkan dia ditugaskan mencabut nyawa orang itu disebuah pulau yang terpencil. Jadi kematian akan berlaku entah bila, entah di mana dan entah bagai mana, semua Allah dah tetapkan.

Cuma mati bukan lenyap jadi tanah dan berakhirlah sebuah kehidupan. Mati hanyalah berpindah tempat hidup. Dulu kita tidak ada di dunia. Kini kita sedang berada di sini. Entah esok, entah lusa, kita akan pergi meninggalkan dunia ini buat selama2nya. Tinggallah rumah, kereta, kebun, wang simpanan, jawatan, pangkat, gelaran malah anak isteri tercinta. Mungkin kita tak dikenang lagi. Pada malam Nisfu Sya'ban diserahkan senarai mati tahun itu ke jabatan malaikal maut. Usia tua adalah pelengkap syarat untuk mati. Hadith riwayat Tarmizi bermaksud "Umur umat Muhammad saw macam umur nabinya."

Islam melihat orang yang banyak mengingati mati adalah orang yang cerdik. Dengannya ia akan buat persediaan untuk kehidupan selepas mati itu. Orang beriman berani hidup dan tak takut mati. Hidup untuk berbakti dan mati untuk pergi bertemu kekasih. 

Menjelang wafat Rasulullah saw didatangi oleh malaikal maut menyampaikan salam Allah kepada Baginda. Lalu Baginda saw bertanya "Sudah kah sampai hukum?" Jawab malaikal maut "Ye". Rasulullah saw bersabda, "Tanyalah ke hadhrat Allah, adakah kekasih akan mematikan kekasih nya." Maka Allah swt memerintahkan malaikal maut menyampaikan firman Nya "Tidakkah kekasih merindui untuk bertemu dengan kekasihnya?" maka jawab Rsaw "Ya!! aku sangat merindui untuk bertemu kekasiku. Bawalah aku segera menemuiNya."

Menjelang mati manusia mengalami: 

1. Sakit yang tak mampu berkata "Aduh!" Ianya bagai dicincang dengan pedang sebanyak 300 kali tetak. Atau umpama kambing yang diselupat kulit hidup2. Atau umpama burung yang dicampak ke dalam minyak yang sedang panas menggelegak. Atau umpama kerongkong diradak dengan kayu berduri kemudian di sentak keluar dengan keras.

2. Dahaga bagaikan akan pecah tenggorok terutama bagi peminum arak dan orang yang tak sembahyang. Sunat diberi air.

3. Lapar bagai dirobek2 perut. Orang yang rajin berpuasa diringankan dari lapar-dahaga. Begitu juga orang yang lazim bersugi dan menutup kepala ketika masuk tandas. Amalkan doa keselamatan "Allah bumma hawwin a'laina fi sakaratul maut."

4. Dibuka hijab lalu dapat melihat alam ghaib. Fiman Allah "Menjelang mati akan dibuka hijab dan (kamu) akan dapat melihat alam ghaib yang selama ini kamu ragu2 terhadapnya." Melihat iblis laknatullah yang menyamar macam emak, isteri atau tuan guru dalam usaha terakhir nak menyesatkan anak Adam sebelum berlepas diri dengan hasutan supaya mati sebagai Yahudi atau Nasrani. Melihat Malaikal Maut yang berwajah cantik atau sebalik nya. Melihat Syurga atau Neraka tempat kembali.

Roh ahli kebajikan diperah dari kaki ke ubun2. Roh orang kafir dan ahli maksiat ditarik songsang. Malaikal Maut tak tergamak nak melihat wajah Rsaw ketika dicabut nyawanya. Malaikal Maut paling akhir sekali wafat dan tak mampu nak mencabut nyawanya sendiri.

Saudara,
Saat kematian adalah merupakan malapetaka bagi sesetengah orang tetapi merupakan rahmat bagi sesetengah yang lain. Saat kematian adalah detik pengisytiharan bahagia atau celakanya nasib seseorang di akhirat. Kita tidak tahu sama ada kita akan menjadi orang bahagia (ahli sa'adah) atau orang celaka (ahli syaqawah) tetapi gaya hidup kita akan menentukan nasib kita di akhirat. Oleh itu baikilah diri sebelum didatangi mati. Bertaubatlah! Firman Allah bermaksud "Sesungguhnya orang yang berbakti akan ke Syurga dan orang yang derhaka akan ke Neraka.

Saidatuna Fatimah suatu ketika berkata kepada ayahandanya, Rasulullah saw, "Ya Rasullullah, kami amat ngeri bila terkenangkan kematian." Maka jawab Rasulullah saw "Tidak begitu Fatimah. Barangsiapa yang sudah sempurna iman dan amalnya maka ketika matinya Allah swt akan menghiburkan hatinya dan diperlihatkan Syurga tempat kembalinya. Allah akan membujuknya dengan firmanNya "Wahai nafsu yang telah sempurna yaqin. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan perasaan redho' dan diredho'i. Masuklah kamu kedalam golongan hambaKu yang soleh. Dan masuklah kamu ke dalam SyurgaKu. Maka pada ketika itu kematian itulah yang paling engkau sukai.

Dikisahkan pada satu peristiwa seorang penguasa negara sedang menunggang kuda yang sangat tangkas dengan berpakaian kebesaran yang sungguh hebat dan dengan lagak penuh angkuh. Di tungganglah kudanya melalui lorong yang berbaris ramai hamba rakyat melaungkan sorakan "Daulat tuanku!" Tiba2 tampil seseorang dari kalangan rakyatnya yang berpakaian compang-camping memegang tali kekang kuda siraja. Maka amat murkalah siraja dan menghalau nya. Maka kata yang memegang tali kekang itu "Dekatkanlah telinga mu aku nak bisikkan suatu berita rahsia yang amat penting.' 

Maka siraja pun tunduk mendekatkan telinganya. Maka kata sicompang-camping "Aku adalah yang memisahkan seseorang dengan kebesarannya, harta-bendanya dan anak-isterinya." Maka sang raja pun merayu "Izinkan aku nak balik ke istana untuk bertemu anak-isteriku buat kali terakhir." Maka jawab malaikal maut "Tidak ada tempoh bagimu." Maka sang raja pun jatuh tersungkur kebumi.

Tersebut sebuah kisah yang lain. Seorang soleh kembali dari pasar. Bila masuk ke rumah didapati ada seseoang sedang duduk diruang tamu. Lalu dia bertanya kehairanan "Siapa tuan hamba dan siapa yang membenarkan tuan masuk. Maka jawab tetamu itu "Aku tetamu dan yang membenarkan aku masuk adalah tuan kepada tuan rumah ini dan aku boleh masuk walaupun ke dalam peti besi yang dikunci berlapis2. 

Maka kata orang soleh itu "Kalau begitu bawalah aku pergi bertemu dengan Tuhanku. Sesungguhnya aku sangat rindu untuk bertemu denganNya." Maka kata malaikal maut "Ucap salam dari Tuhan dan Tuhan memberi kamu memilih mati yang macam mana yang kamu mahu." Maka jawab orang soleh "Izinkan aku solat sunat dua rakaat" Maka nyawanya telah diambil dalam sujud akhirnya. 

Ilmu yang bermunafaat dan kesedaran akan mendorong seseorang itu mentaati Allah dan ibadah yang makbul yakni yang di hayati akan membentuk keperibadiannya dengan keluhuran jiwa yakni nilai2 murni kemanusiaan. 

Dengan mengekalkan rasa berTuhan dan rasa hamba akan memelihara kita dari merasa besar diri dan sebaliknya akan tawadhu' atau merendah diri dengan Allah dan berlemah lembut terhadap sesama manusia. Berlapang dada berhadapan dengan karenah dan ragam mereka. Bersifat pemaaf dan mudah meminta maaf serta mengekalkan silatur rahim.

Jadi hidup di dunia hanya sementara. Amat pendek sekali. Hidup selepas mati kekal selama2nya. Jasad lahir bila ditinggalkan roh akan reput dibaham tanah tetapi roh akan terus hidup. Oleh itu wawasan hidup orang beriman, jangka pendeknya mati dan jangka panjangnya hidup di akhirat, menempuh alam barzakh, mahsyar, menempuh titian dengan selamat untuk ke Syurga terselamat dari jatuh ke jurang Neraka.

Pada pandangan fahaman sekuler urusan akhirat terserahlah kepada para rahib, pendeta dan tok2 guru. Urusan dunia serahkan kepada para umarak maka jadilah urusan dunia tidak dipandu oleh ilmu wahyu justeru berlakulah berbagai kerosakan dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat.

Fahaman mulhidin (atheis) melihat kehidupan akhirat tidak wujud sama sekali malahan mereka mengatakan Tuhan itu semata2 khayalan akal manusia. Di barat dan Amerika sudah ramai yang menganut fahaman mulhidin ini sebab itu akhlak mereka ranap menyembah bumi walaupun tamadun mereka mencakar langit. Ada diantara pakar ilmu kemanusiaan mereka mewar-warkan "Barat kini teruk di landa kemelut keruntuhan akhlak dan penawar tunggalnya adalah kembali kepada agama. Justru kita lihat setiap tahun ramai diantara mereka yang memeluk Islam kerana melihat akhlak dan persedaraan dalam masyarakat Islam dinegara mereka.

Islam melihat dunia ini tempat membuat sebanyak2 kebajikan. Jadikan kecemerlangan hidup di dunia sebagai alat untuk mencapai kecemerlangan hidup di akhirat dalam mendapat redha Allah, ampunan dan kasih sayang Nya. Dengan demikian, Allah akan memberi ganjaran nikmat yang maha hebat dalam SyurgaNya di akhirat kelak. Firman Allah bermaksud "Berbekallah kamu sesungguhnya sebaik2 bekalan itu adalah amalan Taqwa". Maksud sabda Rasulullah saw "Dunia adalah ladang untuk akhirat."

Wahai diriku dan saudara2ku sesama Islam 'Bertaqwalah pada Allah nescaya kita selamat dan berbahagia dunia-akhirat.'

Derita Di Aleppo

1.Sedih!! Ini lah Gambaran Yang Terjadi Di Syam.

2.Anak-anak Aleppo Berhenti Menangis dan merintih kesakitan.

3. Siapa Yang Tidak TERENYUH Mendengar Pesanan Dari Anak-anak Yatim Piatu.

Sunday, 18 December 2016

Binatang Yang Halal Dimakan Dan Sembelihan

Cara, syarat dan rukun menyembelih haiwan

Pada akhir- akhir ini, banyak sekali makanan yang ditemukan mengandungi bahan yang haram. Salah satu bahan itu ialah daging babi. Bagi umat muslim, babi adalah haram dari sekecil-kecil juzuk hingga keseluruhannya bahkan haram menyentuhnya dengan sengaja. Kalau sentuh dgn tangan yang basah atau lembab maka wajib di sertu dengan 7 kali cucian air yang diawali dengan air tanah. 

Menurut kajian, di dalam daging babi terdapat kuman penyakit dan cacing pita yang dapat mengganggu kesihatan kita. Bakso merupakan salah satu makanan yang sangat popular di Indonesia bahkan ianya juga sudah semakin diminati umat Islam Malaysia.  Bakso asalnya diproses hancur menggunakan daging lembu. Namun akhir-akhir ini banyak terbongkar daging sapi dicampur atau diganti dengan daging babi. Pastinya demi mendapatkan keuntungan yang lebih. Kejujuran sukar bertahan tanpa iman yang teguh.  

Mari kita tinjau hal ehwal binatang yang 


A. Binatang/ haiwan yang halal dan haram

1. Binatang/ haiwan halal

Binatang/ hewan yang halal iaitu binatang yang boleh untuk dimakan menurut syariat islam. Binatang yang halal ada 2 macam, yaitu :
– Yang hidup di darat

a. Binatang ternak
– Kambing
– Sapi
– Kerbau
– Unta, dll.

b. Unggas
– Angsa
– Ayam
– Bebek
– Burung

c. Serangga
– Belalang
– Laron
– Yang hidup di air
– Kepiting
– Belut
– Ikan gurame
– Ikan lele, dll.

2. Binatang/ haiwan haram

Binatang/ haiwan yang haram iaitu haiwan yang diharamkan untuk dimakan yang disebut di dalam Al-Quran, contohnya :

1. Babi
2. Bangkai
3. Darah 
4. Haiwan yang mati kerana dicekik, dipukul, jatuh, ditanduk haiwan lain, haiwan yang dimakan binatang buas, haiwan yang disembelih tanpa menyebut nama Allah SWT.
5. Binatang yang kotor dan menjijikan, contoh: cacing, ulat, tikus, dll.
6. Haiwan buas dan bertaring, contoh : harimau, singa, macan, serigala, dll.
7. Burung yang berkuku tajam untuk memangsa haiwan lain, contoh: helang, rajawali, burung hantu, gagak, dll.
8. Haiwan amfibi (dua alam), contoh : katak, buaya, dll.
9. Haiwan yang sunnah untuk dibunuh, contoh : ular, tikus, anjing, dll.
10. Haiwan yang dilarang untuk dibunuh, contoh: semut, lebah, burung hud- hud.

B. Cara penyembelihan haiwan yang diharuskan dimakan dagingnya

1. Cara tradisional
Iaitu cara penyembelihan yang dilakukan dengan menggunakn pisau yang tajam dan hanya untuk memenuhi keperluan individu / keluarga dalam jumlah yang sedikit.

2. Cara moden
Iaitu penyembelihan yang dilakukan secara manual tetapi dengan menggunakan teknologi moden. Ianya dilakukan di tempat pemotongan haiwan dengan tujuan untuk mempercepat proses melapah, memotong, membungkus dan menyimpan bagi memenuhi keperluan pasaran yang lebih banyak.


C. Syarat dan rukun dalam menyembelih haiwan 

Dalam penyembelihan haiwan mestilah memenuhi rukun dan syarat sah yang ditentukan oleh ajaran islam.
1. Rukun menyembelih haiwan 
a. Orang yang menyembelih beragama islam
b. Haiwan yang disembelih adalah haiwan yang halal.
c. Alat atau pisau yang digunakan mestilah tajam.
d. Metod / cara penyembelihannya secara islami dengan membaca bacaan Basmallah.

2. Syarat sah menyembelih haiwan 
a. Haiwan yang disembelih mestilah haiwan yang halal dan masih hidup.
b. Orang yang menyembelih adalah orang islam dan diawali dengan menyebut nama Allah SWT.
c. Menggunakan alat / pisau yang tajam.
d. Penyembelihan dilakukan dengan tujuan yang baik dan diredhai oleh Allah SWT.
e. Menyembelih pada pangkal pinang di bahagian leher binatang hingga putus urat dan saluran pernafasan dan saluran makanan. 

Nikah Mut'ah Hanya Ada Dalam Syiah!!!


Hanya orang-orang syiah yang berani menisbatkan zina kepada agama. Bukan hanya nikah mut’ah yang mereka katakan "halal" dalam agama. Lebih dari itu, mereka menyatakan bahwasanya pinjam kemaluan juga "halal" hukumnya.

Dan hal itu sesuai pernyataan dan pengakuan dari ulama syiah sendiri yang telah bertaubat kepada Allah “Sayyid Husain Al-Musawi” rahimahullah dalam kitabnya “Lillaah Tsumma Li At-Taarikh”. 

Beliau berkata: 

إن انتشار العمل بالمتعة جَرَّ إلى إعارة الفرج، وإعارة الفرج معناها أن يعطي الرجل امرأتَه أو أمَتَه إلى رجل آخر فيحل له أن يتمتع بها أو أن يصنع بها ما يريد، فإذا ما أراد رجل ما أن يسافر أودع امرأته عند جاره أو صديقه أو أي شخص كان يختاره، فيبيح له أن يصنع بها ما يشاء طيلة مدة سفره. والسبب معلوم حتَّى يطمئن الزوج علَى امرأته لئلا تزني في غيابه

“Sesungguhnya dengan menyebarnya amalan nikah mut’ah, maka dia menyebabkan juga adanya peminjaman kemaluan. Dan peminjaman kemaluan, artinya seseorang memberikan istrinya atau budaknya kepada lelaki lain maka halal bagi orang itu untuk menikmati tubuh wanita tersebut atau halal baginya untuk melakukan apa saja yang dia inginkan dengan tubuh wanita tersebut. Dan jika seseorang ingin melakukan safar, maka dia menitpkan istrinya kepada tetangganya atau kawannya atau lelaki lain yang dia pilih, maka dia membolehkan baginya untuk melakukan apa saja yang dia suka selama melakukan safar. Dan sebabnya sudah ma’lum, agar suami merasa tenang terhadap istrinya agar dia tidak berzina ketika dia sedang pergi[1]”.

وهناك طريقة ثانية لإعارة الفرج إذا نزل أحد ضيفًا عند قوم، وأرادوا إكرامه فإن صاحب الدار يعير امرأته للضيف طيلة مدة إقامته عندهم، فيحل له منها كل شيء، وللأسف يروون في ذلك روايات ينسبونها إلى الإمام الصادق - عليه السلام - وإلى أبيه أبي جعفر ـ سلام الله عليه ـ

“Dan ada cara kedua mengenai peminjaman kemaluan. Jika ada seseorang yang bertamu kepada sebuah kaum dan kaum ini ingin memuliakan tamunya, maka tuan rumah meminjamkan kemaluan istrinya kepada tamunya selama dia tinggal di rumah tersebut. Maka halal baginya segala sesuatu dari tubuh wanita tersebut. Dan yang sangat disayangkan, mereka menisbatkan hal tersebut kepada Imam As-Shadiq alaihissalam dan kepada bapaknya Abu Ja’far Salaamullah alaih”.

روى الطوسي عن محمّد عن أبي جعفر - عليه السلام - قال: قلت: «الرجل يحل لأخيه فرج جاريته؟ قال: نعم لا بأس به له ما أحل له منها» الاستبصار 3/ 136

“Ath-Thusi meriwayatkan dari Muhammad dari Abi Ja’far -alaihissalam-, (Muhammad) berkata: Aku bertanya: “Apa hukum seseorang menghalalkan kemaluan budaknya untuk saudaranya?” Abu Ja’far berkata: “Iya, tidak mengapa pada bagian-bagian yang dihalalkan baginya” (Al-Istibshar 3/136)

ورو ى الكُلَيْني والطوسي عن مُحَمَّدُ بْنُ مُضَارِبٍ قَالَ: قَالَ أَبُو عَبْدِ اللهِ - عليه السلام «يَا مُحَمَّدُ خُذْ هَذِهِ الْجَارِيَةَ إِلَيْكَ تَخْدُمُكَ فَإِذَا خَرَجْتَ فَرُدَّهَا إِلَيْنَا». الكافي، 2/ 200، الاستبصار 3/ 136

“Dan Al-Kulaini dan Ath-Thusi meriwayatkan dari Muhammad bin Mudharib, dia berkata: Abu Abdillah alaihissalam berkata: “Wahai Muhammad, ambillah budak ini bersamamu untuk melayanimu. Dan jika engkau telah selesai, maka kembalikanlah dia kepada kami” (Al-Kafi 2/200 dan Al-Istibshar 3/136)

في زيارتنا للهند ولقائنا بأئمة الشيعة هناك كالسيد النقوي وغيره مررنا بجماعة من الهندوس وعبدة البقر والسيخ وغيرهم من أتباع الديانات الوثنية، وقرأنا كثيرًا فما وجدنا دينًا من تلك الأديان الباطلة يبيح هذا العمل ويحله لأتباعه. فكيف يمكن لدين الإسلام أن يبيح مثل هذا العمل الخسيس الذي يتنافى مع أبسط مقومات الأخلاق؟

“Ketika kami mengunjungi India, dan ketika kami bertemu dengan para imam syi’ah disana seperti As-Sayyid An-Naqawi dan selainnya, maka kami melewati para jamaa’ah hindu dan penyembah sapi serta para penganut agama sikh[2] dan selainnya dari para pengikut agama penyambah patung, dan kami juga banyak membaca, namun kami tidak mendapati satu agamapun dari agama-agama yang bathil, membolehkan amalan ini (peminjaman kemaluan) untuk para pengikutnya. Maka bagaimana mungkin agama islam membolehkan amalan yang menjijikkan ini yang sangat meniadakan pilar-pilar akhlak”. 

زرنا الحوزة القائمية في إيران فوجدنا السادة هناك يبيحون إعارة الفروج، وممن أفتى بإباحة ذلك السيد لطف الله الصافي وغيره، ولذا فإن موضوع إعارة الفرج منتشر في عموم إيران

“Dan kami mengunjungi Hauzah yang ada di Iran, maka kami mendapati para sayyid di sana membolehkan peminjaman kemaluan. Dan diantara yang membolehkannya adalah Sayyid Lutfullah As-Shafi dan selaiinya. Maka dari itu, peminjaman kemaluan begitu tersebar di wilayah mayoritas Iran” (Lillaah Tsumma Li At-Taarikh hal. 47-48)

Maka hanya orang jahil dari agama syiah yang tidak memiliki akal yang membolehkannya. 

Wa shallallahu alaa nabiyyinaa Muhammad. 

KREDIT SUMBER: 

[1] Padahal itulah hakikat zina sebenarnya. Hanya orang syiah yang tidak berakal yang melakukan hal tersebut. 

[2] Khumaini asalnya adalah agama sikh dan bukan ahlul bait. Dan hal tersebut sudah kami bahas di sini.
 

Sample text

Sample Text

Sample Text