Social Icons

Tuesday, 7 March 2017

Apakah Kekuatan Dan Keagungan Sesuatu Bangsa Itu?

Di dalam sejarah tamadun manusia, ada bangsa-bangsa yang telah menempa sejarah yang agung. Bangsa-bangsa itu dianggap agung kerana kedudukan dan martabat mereka yang jauh lebih tinggi dari bangsa-bangsa lain yang sezaman dengan mereka. Mereka itu agung kerana mereka:
1   Bangsa yang berjiwa besar
2   Berwibawa
3   Bertamadun
4   Disegani
5   Dihormati
6   Maju
7   Mengatur
8   Banyak memberi khidmat kepada bangsa lain

Bangsa-bangsa yang lemah dan mundur mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat negatif yang menyebabkan mereka itu tidak boleh maju dan ketinggalan dari bangsa-bangsa lain. Di antara ciri-ciri dan sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut:
1   Pemalas
2   Berjiwa kecil
3   Penakut
4   Suka meminta-minta (bantuan dan subsidi)
5   Lemah jiwa. Mudah putus asa dan kecewa
6   Tidak ada keyakinan diri
7   Tidak ada cita-cita untuk bangsanya. Mereka hanya ada cita-cita peribadi, untuk
hidup senang dan untuk makan sendiri sama ada pemimpin dan orang besarnya ataupun rakyatnya.

Bangsa-bangsa yang kuat dan agung pula mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang jauh berbeza. Mereka sebaliknya mempunyai berbagai-bagai sifat positif yang dapat memberi kekuatan kepada mereka. Sifat-sifat itu termasuklah:
1   Rajin
2   Berjiwa besar
3   Berani
4   Tidak suka meminta-minta dan sangat berdikari
5   Kuat jiwa. Tidak mudah putus asa atau kecewa
6   Yakin diri
7   Ada cita-cita untuk bangsanya, sama ada cita-cita itu pada pemimpin, pada
orang besarnya atau pada rakyatnya.

Di samping sifat-sifat di atas, ada lagi sifat-sifat positif yang sangat meneguhkan dan menguatkan peribadi mereka. Ini termasuklah sifat-sifat:
1. Berdisiplin
2. Sabar

Agungnya peribadi itu pula dapat dilihat pada:
1   Akhlaknya
2   Imannya
3   Keyakinannya
4   Disiplin hidupnya
5   Kebersihan hatinya
6   Jauhnya mereka daripada melakukan maksiat dan dosa
7   Kemas syariatnya

Bukan mudah untuk mengubah bangsa yang lemah dan mundur supaya menjadi bangsa yang kuat dan agung. Segala ciri dan sifat-sifat mereka itu perlu diubah. Sifat pemalas mesti diubah menjadi rajin. Jiwa yang kecil mesti diubah menjadi jiwa yang besar. Sifat suka meminta-minta dan sentiasa mengharapkan bantuan dan subsidi, mesti dikikis dan dibuang. Mesti ditanam dengan sifat berdikari. Jiwa yang lemah mesti dikuatkan. Tidak boleh mudah kecewa dan berputus asa. Sifat penakut mesti ditukar kepada sifat berani. Mereka mesti kuat keyakinan. Cita-cita bangsa perlu ditanam di dalam hati sanubari setiap anak bangsa. Sifat suka mementingkan diri dan bekerja hanya untuk kesenangan diri sendiri mesti dihapuskan.
Ini sesuai dengan firman Allah SWT:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri (hati atau jiwa) mereka." (Ar Ra'd: 11)

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text