tag:blogger.com,1999:blog-4460964459373959078.post6023745285363185858..comments2023-12-11T00:32:45.951-08:00Comments on GARIS MASA UMAT ISLAM: Doktor Lelaki Di Bilik Bersalin - Apa Yang Mereka Lakukan?suaramuhajirin313http://www.blogger.com/profile/07902956554315941910noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-4460964459373959078.post-85330458582256246542016-04-21T04:19:37.208-07:002016-04-21T04:19:37.208-07:00Assalamualaikum, saya faham penulis cuba sampaikan...Assalamualaikum, saya faham penulis cuba sampaikan cuma saya tidak dapat bersetuju 100% apabila dengan alasan ini para ibu2 muslimah harus terima sahaja apabila dirawat oleh doktor lelaki terutamanya dihospital-hosp besar.Isu darurat tu pun sama jika benarlah sudah tiada doktor perempuan lagi, jadi ianya boleh lagi diterima, nak buat macamana tetapi menurut aduan ibu-ibu, daruratkah apabila yg memeriksa kebukaan jalan itu doktor/pelatih lelaki? sedangkan nurse perempuan ada dekat tepi siap boleh mengajar lagi lepas tu nak buat apa dekat yang memeriksa itu sudahlah tak minta izin, main seluk aja, kata ibu itu. Itu baru satu aduan, kalau dibaca aduan2 yang lain boleh luluh hati. Sampai macam itu sekali maruah mereka diketepikan dengan alasan supaya doktor pelatih dapat belajar atau doktor lelaki dah tak mengheli dah. Yelah tu.. klau sebaliknya macamana? Ibu2 ni bukan dapat baca doktor mana yang dah lali atau yang tidak. Nurse pun tak tahu mereka hanya mengikut arahan dan prosidure2 dari buku. Jadi siapakah yang dapat lindungi ibu2 ni dari ..... Maaf teremosi sedikit, saya tidaklah nak menghukum doktor lelaki atau menyalahkan sesiapa tetapi kita tak boleh terima sahaja sesuatu keadaan yang tidak berapa patut itu dan biarkan ianya berkekalan dan hanya memberi justifikasi2 sedangkan saya rasa isu ini boleh diperbaiki tetapi perlu ada usaha dan campur tangan daripada semua pihak terutamanya daripada pihak kerajaan dan hospital. Permasalahan-permasalahan diatas pun ada penyelesaian kalau tidak cukup kita cukupkan sebab melalui pengalaman saya bukan pelajar kita ni tak ramai nak jadi doktor, ramai yang 9A,8A,3.8,3.9 dan 4 flat tapi tak dapat jadi doktor sebab kuota setiap universiti yg tawarkan kedoktoran ni tak banyak dan cepat penuh jadi ramailah yang tak dapat ni minta farmasis pula asalkan dok hospital. Kalau mereka ni semua diterima (kesian sedara saya menangis2 tak dapat jadi doktor padahal 3.9 tapi ada yang dapat pulak, rezeki orang ) in shaa allah 5 tahun kedepan hilanglah masalah tak cukup nisbah tu sebab pelajar2 itu nak saja jadi doktor dan bagus2 tetapi ditolak sebab kuota. Masalah doktor perempuan buat posting lebih, bagilah insentif lebih dan banyak kelebihan kepada mereka sebab depa buat lebih in sha allah akhirat pun dapat lebih. Tentang aurat pesakit lelaki pun berikanlah perhatian juga ibu2 tak suruh abaikan aurat pesakit lelaki dan lebihkan aurat pesakit perempuan. Cuma yang viralnya sekarang ialah isu dari ibu2. Untuk masalah rural areas buat kursus perbidanan untuk makcik2 kakak2 adik2 yang benar2 berminat so kes2 darurat dapat dikurangkan. Perbidanan dulu2kan power apa kata ilmu tu diturunkan kepada orang ramai(perempuan ye) so kurang sikit perkara darurat itu berlaku tapi betul kata orang kita hanya boleh merancang tuhan yang menentukan kalau jadi jugak perkara darurat macam kes di kelantan itu, siapalah kami nak membantah nak mengecam bagai malah itu adalah sesuatu yang baik tapi still Alahai pak.. Ada yang lahir di tengah jalan sebab tak sempat, ayahnye yang buta kayu buta huruf pun boleh sambut pokoknya itu namanya ketentuan kalau kes2 ibu2 itu macamana? ketentuankah dijadikan bahan tontonan waktu aku dah tak larat nak membantu diri aku sendiri.. ahh lantaklah... aku tak halalkan dunia akhirat (ibu yang di cheerskan oleh pelatih2 lelaki dan perempuan yang masuk menyerbu kedalam bilik labour room sewaktu dia nak meneran, ingat dia hairan dengan cheers korang, lagi menyumpah seranah dalam hati adalah). Inilah jadinya kalau pertimbangan dunia melebihi akhirat.<br /><br />SAYA NAK TEKANKAN INI HANYA PANDANGAN,CADANGAN DAN ADUAN KERANA PERKARA INI BERLAKU DI KEBANYAKKAN TEMPAT KALAU IANYA TIDAK BERLAKU DI TEMPAT ANDA DAN SIFAT2 DI ATAS YANG DIADUKAN BUKAN SIFAT ANDA ALHAMDULILLAH KALAU BERKENAAN DENGAN ANDA AMBILLAH TAHU SEBAB PAHALA NURSE DAN DOKTOR NI BESAR DAN KAMU BOLEH MASUK SYURGA DENGANNYA BUKAN SEBAB KAMU MENYELAMATKAN ORANG, ITU KERJA TUHAN TETAPI SEBAB KAMU MEMUDAHKAN KEHIDUPAN ORANG YANG SAKIT DAN ORANG ITU REDHA DENGAN PERBUATAN MU TAPI KALAU TAK? Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/02889494904362181668noreply@blogger.com