Social Icons

Sabtu, 1 Julai 2017

"Sayangkah Anda Akan Anak-Anak Anda? Selamatkah Anak-Anak Anda Di Negeri Yang Kekal Abadi Kelak?"

Tulisan YBhg Ayahanda Syeikh Haji Abdul Rahim Pfordten:

Anak2 adalah secebis dari diri kita yang bergelar ibu dan ayah. Kejadiannya hasil percantuman benih sang ibu dan sang ayah di dalam rahim ibu hasil perhubungan intim yang penuh kasih-sayang.

Andaikata anak2 kita selamat, bernasib untung serta berbahagia maka kita sebagai ibu dan ayah turut rasa beruntung dan tumpang berbahagia. Sebalik nya andaikata ada diantara anak2 kita yang kecundang hidupnya dan bernasib malang maka kita akan turut berdukacita malahan turut merana dan berjiwa lara.

Seorang isteri menghantar mesej whatsapp kepada suaminya:

"Salam rindu dan salam kasih-sayang buat suamiku Tengku Faris yang sedang berada diperantauan, dibumi anbia', Jordan. 

Abang yang dihormati dan di muliakan. Jam kini menunjukkan pukul tiga pagi. Yam baru selesai beribadah malam dan memanjatkan doa kehadhrat Yang Maha Kuasa agar diselamatkan kita sekeluarga di dunia dan lebih2 lagi di negeri akhirat yang kekal abadi. 

Abang, 
Pilunya hati Yam menatap wajah anak2 kita seorang demi seorang yang sedang tidur ber- gelimpanga. Yang lelakinya di ruang tamu ini dan yang permpuannya di bilik sebelah. Yam tak susahkan tentang nasib mereka didunia ini tetapi Yam risaukan tentang nasib mereka di akhirat kelak, adakah mereka akan selamat ke syurga semuanya atau sebalik nya?

Empat hari lagi akan menjelang nya hari raya Aidil Fitri. Anak2 kita sudah cuti sekolah dan semuanya berada di rumah. Alhamdulillah abang Along Mukris terserlah bakat kepimpinannya dalam usia awal remajanya sekarang. Sungguh berkesan didikan di madrasah Darut Taqwa tu bang. Berjaya dia membawa adik2nya sembahyang berjemaah lima waktu. Sungguh tertib sembahyangnya dan merdu sungguh alunan suaranya membaca Fatehah dan ayat2 lazim dalam mengimami solat Subuh, Maghrib dan I'sya'. 

Dia membuat kuliah2 tazkirah dengan membawa cerita2 yang sangat menarik perhatian adik2 nya. Dia menyusun jadual harian untuk adik2nya mengulangi pelajaran dan kerja usrah mengemas rumah dan halaman. Sunggun kemas susun atur di ruang tamu, bilik2 tidur, dapur dan bilik air. Kak ngah Maria menjadi pembantu kanannya. Andak Munif dah khatam Quran dan Yam buat kenduri khatam jemput ustazah dan kawan2 mengajinya. Kak Lang Saodah sudah sampai juz dua puluh. Uteh Nasrul dah khatam iqra' dan mula baca Quran. Adik Ikrimah sedang keletah bercakap diusia dua tahunnya dan di layan habis oleh abang2 dan kakak2nya.

Kini sudah hampir dua tahun abang diperantauan. Yam doa kan abang selamat berjuang menjaga pelajar2 kita dibumi anbia'. Ampun maaf abang."

Tidak lama setelah kiriman whatappsnya, Yam menerima balasan dari suaminya: 

"Wassalmualaika Yam yang di kasihi. Terima kasih diucapkan diatas berita tentang anak2 kita. Bersyukurlah Yam, moga2 anak2 kita terus dipacu kehidupan mereka untuk menjadi peribadi yang soleh dan solehah.

Anak2 kalau dididik secara betul insya Allah akan jadi penyejuk mata hati. Penghibur dikala duka, pembela dikala sakit dan tua. Dan bakal memberi syafaat dihari perhitungan amal diYaumil Mahsyar kelak. Sebaliknya kalau tersalah didik akan jadi petualang, duri dalam dan racun yang menghancur-luluhkan hati ibu dan ayah.

Nabi meninggalkan pesanan kepada kita dengan sabdanya, "Awwaluddin ma'rifatullah." Yang bermaksud, "Awal2 agama adalah mengenal Allah." Ini bermakna pendidikan anak2 mesti berteraskan rasa bertuhan bukan sekadar tahu Tuhan itu ada. Dengan lain perkataan mesti berjiwa tauhid, yakni tajam rasa bertuhannya, bukannya sekadar berilmu tauhid. Berilmu tauhid itu keimanan dengan Allah dan kehidupan akhirat baru bertapak di akal. Akal sudah dapat menganalisa tentang kewujudan Allah dengan segala sifat kesermpurnaanNya serta adanya kehidupan di akhirat sama ada di syurga atau di neraka. 

Namun akal mudah lalai dan selalu lupakan Allah. Bila lupakan Allah maka syaitan akan menguasai nafsu manusia itu. Maka pada ketika itu manusia akan terjebak dengan keinginan nafsunya yang serakah lagi rakus itu yang membawanya kepada berbuat dosa dan noda. Semua umat Islam tahu tentang halal haram tetapi lihatlah apa yang berlaku pada umat Islam. 

Kini satu juta orang Melayu Islam jadi penagih dadah dalam bumi Malaysia tercinta ini. Ratusan ribu lahir anak luar nikah. Dan kes buang anak kian menjadi2 tak mampu dibendung. Berlaku banyak pecah amanah, rasuah, salah laku dan perpecahan sesama masyarakat Melayu. Kata-mengata, fitnah-memfitah, jatuh menjatuh dan berebut kuasa. Masyarakat ketakutan dan hilang ketenangan hidup.

Berjiwa tauhid erti nya keimanan kepada Allah sudah terhunjam kelubuk hati dan rasa bertuhan itu dibawa kemana2; rasa diperhati, rasa dinilai dan akan di beri pembalasan diatas segala perbuatan sama ada yang baik atau yang buruk dengan syurga atau neraka. Orang yang berjiwa tauhid akan hidup atas kebenaran dan berakhlak mulia: Bersifat jujur, amanah, ikhlas, merendah diri, pengasih-penyayang, pemaaf, bertoleransi, berlemah-lembut, ramah-mesra dan menghormati orang lain serta menjauhi segala perkara haram. Hidupnya ceria dan harmoni.

Orang yang berjiwa tauhid hati nya suka dengan Islam, senang dengan segala peraturan dan displin hidup Islam. Suka dengan sistem hidup Islam dan sungguh2 memperjuangkannya. Rasa berbahagia sebagai seorang Islam. Ada perasaan "muslim pride". Senang dengan penampilan sebagai seorang muslim dari segi berpakaian, berakhlak, cara hidup, cara makan minum, cara bercakap, cara melayan tetamu dan lain2. Ia sangat2 mengutamakan Allah dan kehidupan akhirat dan menjunjung tinggi syariat Islam. Sangat mengutamakan sembahyang. 

Sentiasa bersiap sedia nak tunaikan sembahyang seelok2 masuk waktu. Kalau bermusafir di rancangkan sungguh2 dimana nak berhenti sembahyang dan sedaya upaya nak buat jama' takdim. Kalau dalam mesyuarat dengan orang2 awam muslim yang menangguh2 sembahyang ia akan meninggalkan majlis bila menjelang masuk waktu sembahyang. Segala urusan hidup nya sedaya upaya nak dijadikan bernilai akhirat. 

Ia senang berkata "Yes, I am a muslim" kerana Islam itu agama dari Tuhan, agama fitrah, agama yang disetujui oleh hati nurani manusia, malahan agama yang tunggal dari Tuhan Pencipta dan Pemilik segala2nya yang telah mengisytiharkan bahawa Islam itu tertinggi dan tidak ada yang mengatasinya. Dan Allah tegaskan, "Hanya sanya agama yang diterima oleh Tuhan hanyalah Islam." Dan Allah tegaskan lagi, "Wahai orang yang beriman, masuk lah kamu ke dalam Islam seluruh nya." yakni amalkanlah kehidupan secara Islam seratus peratus. Itu lah cara hidup Rasulullah saw, para sahabat dan orang2 yang mengikut jalan hidup mereka. 

Kehidupan akhiratlah yang maha penting. Ianya kekal abadi selama2nya. Dan kehidupan disana hanya dua, kalau tak di Syurga maka nerakalah tempatnya, tak ada tempat ketiga. Oleh itu kehidupan diakhiratlah yang mesti diburu sehabis tenaga. Ini bukan bererti kita tinggalkan segala kesenangan dan nikmat dunia tetapi hanya nak dinikmati dunia yang halal dan jauhi yang haram. Nak dijadikan ianya bernilai ibadah. 

Makan minumlah, berhiburlah, bermusafirlah, berkelahlah tetapi jangan sampai langgar syariat. Jangan ada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang halal nikah. Jangan cuaikan solat. Carilah kekayaan tetapi jangan dikumpul berlebihan. Jadikan kekayaan itu bernilai akhirat. Kayakan Islam dengan kekayaan yang kita perolehi. Bergotong royong untuk bangunkan pendidikan Islam, menghasilkan ekonomi Islam, makan minum yang halal, perubatan dan alat gunaan sesuai dengan tuntutan Islam.

Seorang muslim yang berjiwa tauhid tidak minat dan tidak suka dengan penampilan gaya hidup orang bukan Islam dari segi cara berpakaian, bersosial, berhibur dan makan minum terutama gaya hidup orang barat. Malah Allah dan Rasul sangat cemburu dengan umat Islam, tak disukai umat Islam menyerupai orang bukan Islam. Sabda Rsaw, "Man tasybbaha bi qumin, fahuwa min hum," yang bermaksud "Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dalam golongan kaum itu." Dalam sembahyang kita di suruh berikrar, "Bahawasanya sembahyang aku ibadah aku, hidup dan matiku semata2 untuk Allah."

Orang yang berjiwa tauhid ini dekat dengan Allah dan dapat kelepasan dari kesusahan selepas mati dialam kubur, diYaumil Mahsyar, dititian "Sirotal Mustaqim." terselamat dari terjun keneraka. Dan dijamin syurga. Oleh itu seorang muslim harus berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan jiwa tauhid.

Oleh itu sayangkan anak bukan lah dengan kita curahkan kemewahan, hiburan dan gaya hidup santai tanpa displin Islam. Dijamu dengan makan minum yang mewah yang disaji digedung makanan Amerika seperti di KFC, Mac Donal, Marry Brown, Pizza Hut, makanan ringan dan ice cream yang mahal2 dan lain2 yang hari ini telah dikesan mengandungi bahan2 haram lemak babi dan lemak binatang yang tak disembelih secara Islam. 

Tak di displinkan dan tak dilatih serta tak di fahamkan sungguh2 tentang sembahyang anak2, hanya sekadar dipaksa2 suruh sembahyang sahaja yang dibuat dengan seribu kemalasan, sedangkan sembahyang adalah upacara utama hubungan hamba dengan Tuhannya yang sangat2 dituntut melaksanakannya sesungguh hati. 

Allah ancam terhadap hamba Nya yang bersembahyang dalam keadaan lalai dengan firmanNya, "Fawailul lilmusollin." (Neraka wail bagi orang yang bersembahyang dalam keadaan lalai, tak khusyuk). Tak di disiplinkan dengan berpakaian yang menutup aurat dengan sempurna dalam kehidupan harian mereka.

Maka selamatkah anak2 kesayangan kita itu selepas mati mereka kelak. Didunia ini sekiranya anak kita ditimpa nahas, cedera, luka, patah-riuk, diserang sakit berat pun kita sangat sedih dan berduka-cita. Bayangkanlah kalau anak2 kita diazab-sengsara selepas mati mereka. Sanggupkah kita melihatnya. 

Hari ini kalau kita nak ikut style hidup orang ramai ketahuilah orang ramai sudah tidak hidup di atas kebenaran seperti yang Allah disiplinkan kita bermohon tujuh belas kali sehari dalam sembahyang kita, "Ihdinas sirotal mustaqim." (Pimpinlah kami kepada jalan hidup yang benar). 

Ingatlah dan waspadalah bahawa orang yang akan ke syurga itu sangat kecil bilangannya. Mengikut hadith qudsi "Setiap seribu anak Adam hanya srorang akan ke syurga." Sedagkan hari ini jumlah umat Islam dua bilion berbanding orang bukan Islam lima bilion. Ini bererti setiap tujuh orang penghuni dunia ada dua orang yang Islam. Jadi ramai umat Islam akan ke neraka kerana tak sah iman mereka dan kerana banyak berbuat dosa. 

Marilah kita bertindak segera untuk meyelamatkan diri kita dan zuriat keturunan kita dari bakaran api neraka.

Hanya sekian dulu Yam. Selamat berpuasa."

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text