Social Icons

Khamis, 31 Disember 2015

Khasiat Buah Durian Belanda Yang Ramai Tidak Tahu!!


Khasiat Buah Durian Belanda Yang Kita Tak Pernah Ambil Tahu | Banyak khasiat buah durian belanda yang masih menjadi rahsia atau di rahsiakan.Tahukah anda Durian Belanda ini sebagai agen yang berkesan dan kuat dalam mematikan kanser dalam badan kita. Disebabkan perkara ajaib ini lah, rahsia perubatan kuno ini terus di simpan (tidak disebarkan kelebihannya) kerana dunia perubatan ( pakar kanser) risau ciptaan ubat kimia mereka nanti tidak laku.

Tahukah anda khasiat buah durian belanda ini 1000 kali lebih elok dari membuat kimoterapi. Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kimo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Institut Sains Kesihatan Amerika telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang memeranjatkan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Khasiat Buah Durian Belanda Terbaik!

1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

5) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

6) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan !

7) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.


Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah: Begitu mudah - Kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh mereka yang memiliki wang dan kekuasaan !

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar telah melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola (durian belanda) yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola (durian belanda), mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola (durian belanda) terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.


Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola (durian belanda), mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola (durian belanda) mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola (durian belanda), akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola (durian belanda), dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Bahaya Yahudi Menyamar Sebagai Orang Islam - Bayi Di Israel Dibenarkan Guna Nama Arab!!!

Lembaga Penduduk di Israel mencetuskan kontroversi apabila ia tidak menyenaraikan sebarang nama Arab dalam senarai nama bayi paling popular di Israel pada tahun lepas.

Mohammed menjadi nama bayi paling popular digunakan di Israel sepanjang 2014, dan ia merupakan kali pertama nama Arab dibenar untuk berada dalam senarai nama bayi paling popular di Israel, lapor media tempatan.


Nama Yosef dinyatakan sebagai nama yang sering diberikan kepada bayi lelaki sepanjang tahun 2013, tanpa menyatakan nama Mohammed turut memberi saingan sengit bagi tempat pertama nama bayi paling popular.

Tahun ini Biro Pusat Statistik Israel (CBS) mendedahkan laporan pertama senarai nama bayi biro berkenaan, yang menyatakan bahawa nama bayi yang paling popular pada 2014 ialah Mohammed.

Seramai 2,650 bayi dinamakan sebagai Mohammed, 650 lebih banyak daripada nama Noam.

Selepas Noam, antara nama bayi yang popular adalah Ori, David, Yosef, Eitan, Areil, Daniel, Yehonatan dan Moshe.

Nama Noa kekal berada di tempat pertama bagi nama bayi perempuan paling popular bagi 15 tahun berturut-turut. 

1001 Khasiat Madu Kelulut Yang Ramai Tidak Tahu

Selama ini kita didedahkan dengan produk dari madu lebah, samada madu lebah yang diternak atau pun madu dari lebah liar / hutan atau disebut madu tualang. Cuma baru-baru ini madu kelulut menjadi bualan dan ramai pula yang mencarinya di pasaran. Madu kelulut dikatakan mengandungi banyak khasiatnya seperti juga madu lebah (Apis spp.) yang lebih manis rasanya jika dibandingkan dengan madu kelulut yang rasanya sedikit masam.

Kelulut atau dikenali juga dengan nama-nama seperti lebah tukang, lebah tidak bersengat (Stingless bee) atau nama saintifiknya Trigona spp. merupakan sejenis serangga dari famili Apidae. Selain di Malaysia, lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia seperti Australia, Afrika, Asia Tenggara dan kawasan tropika Amerika.


Kelulut adalah sejenis lebah yang menghasilkan madu dan tidak menyengat. Saiznya kecil malah lebih kecil dari lalat. Madu kelulut dikatakan mengandungi banyak khasiat dan berpotensi untuk dikembangkan sebagai makanan sampingan untuk kesihatan selain kelulut juga merupakan agen pendebungan yang sangat baik bagi banyak pokok hutan terutama spesis cengal selain dari tanaman buah-buahan, sayur, bunga dan lain-lain. Malah Jabatan Pertanian telah menggunakan kelulut sebagai agen pendebungaan dalam penanaman Rock Melon secara fertigasi di bawah Struktur Perlindungan Hujan (SPH).



Kelulut membentuk organisasi sosial yang kompleks dalam satu koloni yang besar dan boleh bersarang samada di bawah tanah hinggalah koloni terbuka. Kelulut mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi jika dibandingkan dengan lebah.

Kesimpulannya seperti lebah madu, kelulut berpotensi untuk dipelihara samada untuk pendebungaan dan juga pengeluaran madu. Selain dari itu juga kelulut juga boleh menghasilkan propolis dan juga bee bread. Yang pasti kelulut mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada penternaknya.


FAKTA MENGENAI KELULUT :

- Kelulut boleh juga menghasilkan madu, propolis dan juga bee bread.
- Menjadi agen pendebungan yang utama di Malaysia.
- Memberi hasil pulangan yang lumayan.
- Agen pendebungan utama bagi pokok hutan terutamanya spesies cengal.
- Mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi berbanding lebah (56 spesis di Malaysia).

Lebah kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi, lebih asid fenilpropanaoik,asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang mana sangat berguna dalam bidang perubatan. Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa serta mudah dimakan.

Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah

Diabetis mellitus
Kencing manis
Strok
Hepatitis (Hati),
Kanser
Hipertensi (Darah Tinggi)
Batu Karang

Antara khasiat lain :-

Batuk/Demam dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak
Meningkatkan metabolisme badan
Menambahkan tenaga batin
Menjaga kecantikan
Menguatkan wanita yang baru bersalin
Merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman
Mengawal paras Gula dalam darah
Merawat masalah pernafasan
Mengubati radang sendi (arthritis)
Mengubati jangkitan pundi kencing
Menyembuhkan Ulser
Menjaga kesihatan mata
Mencegah pembuluh darah tersumbat
Menyembuhkan gout
Mengubati sakit perut dan cirit birit
Menguatkan Jantung
Melancarkan peredaran darah
Mengatasai tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah
Mengatasai keletihan
Menyembutkan luka dalam perut
Penyegar stamina
Menyengah ketumbuhan dalam badan
Melancarkan masa menstruasi (Haid)
Mengatasi radang larinks (kerongkong)









Cara pengambilan Madu kelulut (guna sudu pelastik)

Minum 2 kali pada setiap hari iaitu setengah jam sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada waktu malam dengan cara 1 atau cara 2.

Cara 1
Tuangkan 1 sudu makan madu kedalam separu gelas air sejuk ( pada suhu bilik) kacau sehingga larut dan minum atau

Cara 2
Sediakan 1 sudu makan madu kelulut dan terus diminum ( tanpa dicampur air)

* Manakala penyakit kronik hendaklah mengambil Propolis Kelulut bersama madu kelulut.

Cara pengambilan propolis
1-2 biji pil propolis dimakan 2 kali sehari (pagi/malam) pada waktu sebelum atau selepas makan


Madu Lebah Dan Kayu Manis - Siapa Pernah Terfikir?


Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

✴ Penyakit Jantung: Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

✴ Radang sendi (arthritis): pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

✴ Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

✴ Kolesterol: Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

✴ Selesema: bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

✴ Perut Meragam: Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

✴ Imun Sistem: penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

✴ Tak Hadam: Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

✴ Influenza: Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

✴ Umur Panjang: Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

✴ Sakit tekak: apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

✴ Jerawat: 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

✴ Jangkitan Kulit: Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

✴ Hilangkan Berat Badan: Pagi, sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

✴ Kanser: Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

✴ Lemah: kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

✴ Sukar Bernafas: penduduk di Amerika Selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi, bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

✴Kurang @ hilang pendengaran: Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran. 

👉Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Selasa, 29 Disember 2015

Kisah Benar - Akibat Dosa Dengan Ibu, 50 Tahun Merana

Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.
Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah. 

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah. 
Kami banyak buat salah pada ayah". 

Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.

-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita.

Nauzubillahiminzalik - KaryawanBissau 

Isnin, 28 Disember 2015

http://ustadzaris.com/Bolehkah Menjamak Solat Bagi Selain Musafir

Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah pernah shalat di Madinah sebanyak tujuh dan delapan rakaat yaitu Zhuhur dan Ashar serta Maghrib dan Isya’.

Dalam salah satu riwayat Muslim, dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan shalat Zhuhur dan ‘Ashar secara jamak di kota Madinah padahal tidak ada ketakutan, tidak pula sedang bepergian”.

Abu az Zubair mengatakan bahwa aku bertanya kepada Sa’id bin Jubair tentang mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berbuat demikian. Kata Sa’id, “Hal itu sudah kutanyakan kepada Ibnu Abbas. Jawaban Ibnu Abbas, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ingin untuk tidak  menyusahkan satupun dari umatnya’.

Dalam riwayat Muslim yang lain, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjamak shalat Zhuhur dengan Ashar dan Maghrib dengan Isya’ di Madinah padahal tidak ada rasa takut, tidak pula ada hujan” (HR Bukhari no 522 dan Muslim no 705).

Kandungan Hadits

Hadits ini merupakan dasar pokok disyariatkannya shalat jamak bagi bukan musafir. Sejumlah ulama berpendapat dengan makna tekstual hadits tersebut. Oleh karena itu, mereka berpendapat bolehnya menjamak shalat ketika tidak bepergian karena ada kebutuhan apapun bentuk kebutuhan tersebut namun dengan syarat tidak dijadikan sebagai kebiasaan. Di antara ulama yang berpendapat demikian adalah Ibnu Sirin, Rabi’ah, Asyhab, Ibnul Mundzir dan al Qoffal al Kabir. Menurut penjelasan al Khatabi hal ini juga merupakan pendapat sejumlah ulama pakar hadits (Fathul Bari 2/24).

Secara langsung hadits di atas menunjukkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjamak shalat di kota Madinah tanpa udzur. Sedangkan secara tidak langsung hadits di atas menunjukkan bahwa rasa takut, hujan dan bepergian merupakan faktor-faktor yang membolehkan untuk menjamak shalat.

Tidak terdapat penjelasan valid tentang sebab Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjamak shalat sebagaimana dalam hadits di atas selain penjelasan Ibnu Abbas ‘Nabi ingin untuk tidak menyusahkan satupun dari umatnya’. Kaedah mengatakan bahwa seorang perawi itu lebih tahu tentang maksud hadits yang dia riwayatkan.

Imam Syafii mengatakan, “Tentang masalah ini terdapat banyak pendapat. Di antaranya adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjamak shalat di Madinah dengan tujuan memberi kelonggaran untuk umatnya sehingga tidak ada seorangpun yang berat hati untuk menjamak shalat pada satu kondisi”. Setelah itu beliau mengatakan,

” وليس لأحد أن يتأوّل في الحديث ما ليس فيه “

Tidak boleh bagi seorangpun untuk mengotak atik hadits dengan hal yang tidak terdapat di dalamnya” (Al Umm 7/205).

An Nawawi mengatakan, “Pendapat ini dikuatkan oleh makna eksplisit dari pernyataan Ibnu Abbas, ‘Nabi ingin agar tidak menyusahkan umatnya’. Ibnu Abbas tidak memberikan alasan karena sakit atau faktor yang lain” (5/219).

Dalam salah satu riwayat Bukhari, Ayub bertanya, “Boleh jadi malam itu turun hujan?”. Gurunya mengatakan, “Boleh jadi”.

Ibnu Hajar mengatakan, “Kemungkinan karena faktor hujan juga dilontarkan oleh Malik setelah meriwayatkan hadits di atas. … Akan tetapi dalam riwayat Muslim dan Ashabus Sunan disebutkan ‘padahal tidak ada rasa takut, tidak pula ada hujan’. Sehingga jelaslah bahwa jamak tersebut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallamlakukan bukan karena rasa takut, bepergian atau karena hujan.

Sebagian ulama berpendapat bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjamak shalat ketika itu mungkin karena faktor sakit. Inilah pendapat yang dipilih oleh An Nawawi. Akan tetapi, jika dicermati secara seksama pendapat ini juga tetap kurang tepat. Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjamak shalat karena sakit, berarti para shahabat yang shalat bersama beliau hanya para shahabat yang sedang sakit saja. Padahal secara eksplisit Nabi menjamak shalat dengan semua shahabat sebagaimana penegasan yang disampaikan oleh Ibnu Abbas”.

An Nawawi juga mengatakan, “Ada ulama yang menjelaskan bahwa ketika itu ada mendung lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan shalat Zhuhur. Setelah mendung hilang misalnya diketahui bahwa waktu Ashar sudah tiba. Akhirnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lanjutkan dengan shalat Ashar”. Komentar An Nawawi terhadap pendapat ini, “Ini adalah pendapat yang mengada-ada. Meski ada sedikit kemungkinan untuk menerima pendapat ini untuk memahami shalat jamak yang Nabi lakukan untuk shalat Zhuhur dan Ashar. Namun kemungkinan ini jelas tertolak untuk shalat Maghrib dan Isya” (Fathul Bari 2/30).

Jamak Shuri

Ada ulama yang memahami jamak dalam hadits di atas dengan jamak shuri. Akan tetapi pendapat ini tertolak dengan perkataan perawi, ‘Nabi ingin tidak menyulitkan seorangpun dari umatnya’.

Ibnu Hajar berkata, “Keinginan Nabi untuk menghilangkan kesusahan dari umatnya adalah bantahan terhadap yang mengatakan bahwa jamak tersebut adalah jamak shuri. Karena jamak shuri itu tidak bisa lepas dari kesulitan” (Fathul Bari 2/31).

Jamak shuri adalah menunda pelaksaan shalat zhuhur -misalnya- sampai di akhir waktunya lalu shalat ashar dikerjakan pada awal waktunya. Nampaknya jamak padahal masing-masing shalat tetap dikerjakan pada waktunya masing-masing.

Jamak karena Sakit

Sakit adalah alasan yang bisa dibenarkan untuk menjamak shalat. Ketika seorang yang sakit kesulitan untuk shalat di waktunya masing-masing maka dibolehkan baginya untuk menjamak shalat.

Ibnul Mundzir berkata, “Para ulama bersilang pendapat mengenai shalat jamak bagi orang yang sakit baik ketika bepergian ataupun tidak. Sejumlah ulama membolehkan orang sakit untuk menjamak shalat di antaranya adalah Atha’ bin Abi Rabah. Tentang orang sakit Malik mengatakan, “Jika lebih mudah baginya untuk menjamak shalat Zhuhur dengan Ashar di tengah-tengah waktu Zhuhur maka hal tersebut dibolehkan kecuali jika dia khawatir akan jatuh pingsan sebelum itu maka boleh menjamak setelah zawal/setelah matahari bergeser ke barat. Demikian untuk shalat Maghrib dan Isya’, jamak dilakukan ketika awan merah telah menghilang. Akan tetapi jika si sakit khawatir akan jatuh pingsan maka boleh menjamak shalat sebelum itu. Jamak bagi orang sakit itu hanya dibolehkan bagi orang yang sakit perut atau sakit semisal itu atau orang yang sakitnya parah yang dengan menjamak shalat itu lebih memudahkannya” (Al Ausath 2/434 dan al Istidzkarkarya Ibnu Abdil Barr 6/36-37).

Al Laits mengatakan bahwa jamak shalat itu dibolehkan bagi orang yang sakit secara umum dan sakit perut secara khusus. Abu Hanifah mengatakan bahwa orang yang sakit itu dibolehkan untuk menjamak shalat sebagaimana jamak yang dilakukan oleh seorang musafir. Ahmad dan Ishaq juga menegaskan bahwa orang yang sakit itu boleh menjamak shalat (Al Istidzkar 6/37).

Tirmidzi mengatakan, “Sebagian ulama dari kalangan tabi’in membolehkan orang sakit untuk menjamak shalat. Inilah pendapat Ahmad dan Ishaq. Sebagian ulama juga membolehkan menjamak shalat karena hujan. Inilah pendapat Syafii, Ahmad dan Ishaq. Akan tetapi Syafii tidak membolehkan shalat jamak bagi orang yang sakit” (Jami’ Tirmidzi 1/357).

Sakit yang membolehkan untuk menjamak shalat adalah jika si sakit akan kesulitan dan fisik tidak mampu untuk mengerjakan shalat pada waktunya masing-masing. Al Atsram mengatakan bahwa Abu Abdillah yaitu Imam Ahmad pernah ditanya apakah orang yang sakit dibolehkan untuk menjamak shalat. Jawaban Imam Ahmad, “Aku harap demikian jika fisiknya lemah dan tidak mampu mengerjakan shalat kecuali dengan cara demikian. Demikian pula dibolehkan menjamak shalat bagi wanita yang mengalami istihadhah, orang yang terkena penyakit beseren dan orang yang keadaannya sebagaimana mereka” (Mughni 3/136).

Ibnu Taimiyyah berkata, “Hadits-hadits seluruhnya menunjukkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallammenjamak shalat dengan tujuan menghilangkan kesempitan dari umatnya. Oleh karena itu, maka dibolehkan untuk menjamak shalat dalam kondisi yang jika tidak jamak maka seorang itu akan berada dalam posisi sulit padahal kesulitan adalah suatu yang telah Allah hilangkan dari umat ini. Penjelasan di atas menunjukkan bahwa jamak karena sakit yang si sakit akan merasa kesulitan jika harus shalat pada waktunya masing-masing adalah suatu hal yang lebih layak lagi. Demikian pula dibolehkan untuk menjamak shalat bagi seorang yang tidak memungkinkan untuk melakukan bersuci yang sempurna di masing-masing waktu shalat kecuali dengan kerepotan semisal wanita yang mengalami istihadhah dan kasus-kasus semisal itu” (Majmu’ Fatawa 24/84).

Ibnu Taimiyyah berkata, “Orang yang menjamak shalat karena safar apakah dia diperbolehkan menjamak secara mutlak ataukah jamak itu hanya khusus bagi musafir. Imam Ahmad dalam masalah ini memiliki dua pendapat baik ketika bepergian ataupun tidak bepergian. Oleh karena itu, Imam Ahmad menegaskan bolehnya jamak karena adanya kesibukkan (yang merepotkan untuk shalat pada waktunya masing-masing).

Al Qadhi Abu Ya’la mengatakan, ‘Semua alasan yang menjadi sebab bolehnya meninggalkan shalat Jumat dan shalat jamaah adalah alasan yang membolehkan untuk menjamak shalat. Oleh karena itu, boleh menjamak shalat karena hujan, lumpur yang menghadang di jalan, angin yang kencang membawa hawa dingin menurut zhahir pendapat Imam Ahmad. Demikian pula dibolehkan menjamak shalat bagi orang sakit, wanita yang mengalami istihadhah dan wanita yang menyusui (yang harus sering berganti pakaian karena dikencingi oleh anaknya)” (Majmu Fatawa24/14).

Apakah Tanda Yang Terjadi Pada Tubuh Manusia Ketika Akan Meninggal

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Setiap yang bernama manusia akan menempuhnya dengan berbagai cara kematian. Bilakah masanya untuk kita berpindah ke alam sana? Satu soalan yang cukup menakutkan!! Hanya para kekasih Allah yang merindui kematian. Mereka rindu untuk bertemu dengan para kekasih yang mereka rindui di alam akhirat. 

Apapun sebelum mati, ada insan yang diberi rasa hati untuk mengetahui jangkaan masa kematiannya. Sebab itu ada orang soleh yang siap mandi, buang air besar, sucikan najis dari dirinya dan berwudhu. Sempat pula solat sunat 2 rakaat sebelum berbaring dan Malaikat tampil mengambil nyawanya lalu mati!!

Pokoknya ada pengalaman manusia untuk menyingkapi tanda-tanda tersendiri untuk orang yang akan meninggal dunia. 

 

Sebelum orang meninggal akan ada beberapa tanda-tanda yang ditunjukkan pada tubuhnya. Berikut adalah 8 tanda yang terjadi pada tubuh manusia ketika akan meninggal:

Kehilangan nafsu makan


Tanda pertama yang dialami orang yang akan meninggal adalah kehilangan nafsu makan. Apabila anda cuba memberikan sesuap nasi, dia akan menolaknya. Banyak alasan yang dia ungkapkan agar tidak jadi makan. Mungkin dia sudah merasa yang dirinya akan menemui ajalnya. Sudah tak ada lagi rasa lapar yang dirasakan olehnya. 

Jika seperti itu jangan memaksanya untuk makan, namun biarkanlah dia ingin melakukan apa saja. Bahkan tidak dianjurkan memaksa seseorang yang sedang sekarat untuk makan. Tubuh perlu diberikan izin untuk mengakhiri sendiri.

Merasa keletihan yang berlebihan, membanyakkan tidur serta menarik diri dari kehidupan sosial

Orang yang akan meninggal dunia, diperhatikan akan lebih banyak tidur daripada melakukan kegiatan. Menjadikan dirinya sedikit berbicara dibandingkan biasanya, dia juga lebih pendiam dan merasa cepat letih. Ini merupakan peringatan untuk anda orang terdekatnya agar lebih berhati-hati. Pastikan anda mempunyai waktu untuk berkomunikasi serta menangkap beberapa pesannya. Umumnya orang yang akan meninggal mempunyai beberapa pesan penting bagi orang terdekatnya. 

Kelemahan fizik

Tanda berikutnya adalah terjadi kelemahan terhadap fizikalnya. Dia akan berusaha menahan rasa sakitnya yang diikuti melemahnya anggota tubuh. Dia mungkin menghadapi kesulitan bergerak, bangun dari tempat tidur atau sulit melakukan apa yang dia inginkan. Tubuhnya seakan-akan merasa lemas, seolah-olah memerlukan banyak tenaga untuk dapat mengangkat salah satu anggota tubuhnya. Untuk menyentuh orang yang akan meninggal kita perlu berhati-hati terutama mengangkat bahagian kepalanya.

Kebingungan mental

Ada orang yang merasa kebingungan mental ketika proses menemui ajalnya. Akalnya sudah tidak berfungsi secara normal. Mungkin mulutnya menyebut sesuatu yang tidak kita fahami. Dia merasa bingung terhadap orang-orang yang ada di sekitarnya. Terkadang dia salah mengira keluarganya atau mencari orang terdekatnya yang telah meninggal dulu. Yah, dia sudah samar dengan ingatannya, bahkan jika didengarkan cakapnya pun kadang-kadang boleh membuat kita tertawa sendiri kerana terlalu anih butirannya.

Sulit untuk bernafas


Kemudian dia akan merasa sulit bernafas, sebab ruh secara perlahan mulai meninggalkan tubuhnya. Nafasnya jadi terengah-engah, betapa sulitnya dia menarik lalu menghembuskan nafasnya secara tidak teratur. Apabila dilihat nafasnya nampak seperti terputus-putus, tak mungkin lagi kembali tenang. Dengan keadaan yang seperti ini kita harus lebih banyak menuntunnya menyebut nama Tuhan - mengingati Allah yang maha menciptakan. Elakkan daripada mengajaknya berbicara yang tak ada gunanya. Orang yang sedang sakarat sedang menempuh 1,001 godaan syaitan!! Bagaimana ia mampu melepasinya bergantung pada persiapan amal dan jiwanya disiapkan sejak lama untuk kembali kepada Tuhannya.

Ada perubahan buang air kecil

Karena dia telah berhenti minum, ginjalnya menjadi tertekan. Akibatnya urin yang keluar hanya sedikit dan berwarna kuning kecoklatan gelap. Biasanya proses ini ditandai oleh penurunan tekanan darah. Tanda ini akan makin memburuk.

Badannya menjadi dingin


Dalam proses orang yang akan meninggal suhu tubuh dan peredaran menurun. Hal ini memberi kesan pada tubuh terutama di bahagian jari tangan dan kaki orang tersebut. Jika kita menyentuhnya pasti akan dirasakan ianya sejuk. Keadaan ini berlaku kerana aktiviti pernafasan yang makin lemah.  Oksigen banyak yang keluar dari tubuhnya berbanding yang dapat ditarik masuk ke jantung. Hujungnya adalah kemuncak sakaratul maut dimana  sebahagian anggota tubuh mulai pasif. Meskipun orang yang akan meninggal masih mempunyai semangat hidup yang tinggi namun, tetap saja tidak mampu melawan takdir Tuhan untuk dirinya. Hidup di dunia tidak ada yang kekal, ada kelahiran, ada juga kematian. 

Warna kulit semakin pucat


Tanda terakhir adalah warna kulitnya menjadi pucat. Umumnya berwarna keunguan/ kemerahan/ timbul bintik biru pada tubuhnya. Matanya telah menutup, tubuhnya pun terbujur kaku. Dia telah tiada sekarang. Apa yang diperlukannya ialah sebanyak-banyak do’a dari orang-orang yang dicintainya. 

Kisah Ustaz Ahmad Ubaidillah Alias Yang Menghidap Kanser | Kisah Yang Menarik Untuk Dibaca, Moga Coretan Ustaz Memberi Keinsafan Untuk Kita Semua

Catatan dari pesakit kanser, Ustaz Ahmad Ubaidillah Alias 
- Pegawai di Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan dan bekas pelajar MTAQ.

Sebuah catatan yang menginsafkan......

Sebaik Mengidap Kanser

Oleh A. Ubaidillah bin Alias

Bismillahirrahmanirrahim
(30 Mac 2014)

Alhamdulillah, sewaktu saya menulis catatan ini saya sedang bekerja dan masih diberikan peluang untuk menjalani kehidupan seperti manusia normal yang sihat. Syukur kepada Allah SWT. Sewaktu saya memulakan catatan ini, saya sudahpun melepasi jangka setahun dari tarikh saya disahkan mengidap kanser hodgkin lymphoma. Ia bukan suatu pengalaman yang indah, tetapi ia cukup penting untuk dikongsi dengan sesiapa sahaja yang ditakdirkan untuk menerima ujian 'pengidap Kanser'.

Seingat saya, ia bermula dengan keletihan dan batuk yang berpanjangan. Sangkaan saya, kemungkinan saya dijangkiti penyakit batuk kering kerana ketika itu ayah saya telahpun disahkan mengidap tibi. Saya dibawa ke hospital dan didapati ada ketulan di leher. Untuk mengesahkan penyakit apa yang menjadi punca ketulan itu, maka saya diminta melakukan biopsi. Iaitu pembedahan membuang tisu tersebut untuk dijadikan spesimen untuk pengesahan penyakit. Saya melalui pembedahan tersebut dan kemudian disahkan mengidap kanser Hodgkin Lymphoma.

Pada hari keputusan biopsi, dalam hati saya mempunyai beberapa sangkaan buruk. Saya ada mengandaikan bahawa kemungkinan saya bukan mengidap batuk kering. Boleh jadi saya mengidap kanser paru-paru atau seumpamanya. Saya menyimpan banyak andaian negatif dengan harapan keputusan itu adalah lebih baik. Ternyata, andaian saya benar-benar 'menjadi kenyataan' apabila sepupu saya sendiri selaku doktor onkologi memberitahu yang saya disahkan mengidap kanser hodgkin lymphoma. Kemudian saya diminta bergegas menemui pakar haematology dan membuat CT Scan. Saya disahkan berada di stage ke-2.

Sebaik diberitahu oleh pakar bahawa saya berada di peringkat ke-2. Ada sedikit kelegaan. Namun, saya tahu perjalanan saya masih panjang dan tahun 2013 akan menjadi tahun yang sangat berbeza dalam sejarah kehidupan saya. Saya akui, doktor sangat berusaha untuk membantu dengan menyusun jadual bagi persiapan chemo pod dan juga memulakan proses kimo dalam masa terdekat. Saya juga 'Bersetuju' untuk melakukan kimoterapi dan meminta agar doktor membantu mempersiapkan proses yang perlu seberapa segera. 

SAYA BELUM MENJALANI KIMOTERAPI

Namun, sehingga sekarang saya belum menjalani kimoterapi. Kenapa? Nanti saya akan jelaskannya. Saya secara peribadi tidak mempunyai sebarang 'bantahan' terhadap kimoterapi pada awal saya disahkan mengidap kanser. Malah, saya akui sehingga sekarang saya tidak 'membantah' sesiapa yang ingin melakukan rawatan itu. Namun, ada beberapa perkara yang merubah keputusan saya dengan drastik sehingga saya berkeras untuk tidak menjalani kimoterapi. Perkara ini bagi saya amat penting untuk dikongsikan kepada pembaca, agar kita tahu apa yang bakal dilalui selepas kita memilih sesuatu keputusan.

Saya mahu pembaca jelas bahawa saya tidak menentang rawatan kimoterapi, tetapi saya mahu pembaca tahu kenapa saya membuat keputusan 'menolak' rawatan itu sehingga sekarang. Ia berkait dengan banyak sudut dan sisi kehidupan. Ia memerlukan pertimbangan yang rasional dan matang. Adakah ia sukar? Ya, memang ia suatu keputusan yang sukar! Kerana keputusan ini boleh membawa kepada kehilangan nyawa. Saya tidak main-main dengan keputusan saya. Saya harap, pembaca juga tidak mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan berdasarkan pihak kedua atau ketiga. Pembaca perlu 'memutuskan' sendiri. Kerana ini kehidupan kita dan kita perlu memahaminya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

MASIH ADA PILIHAN SELAIN KIMOTERAPI?

Soalan ini saya letakkan di awal perkongsian. Namun, huraiannya saya akan berikan di pertengahan catatan ini. Kenapa? Kerana saya mahu pembaca sedar bahawa kimoterapi "Bukan satu-satunya kaedah rawatan melawan kanser".

Ya, masih ada rawatan alternatif selain kimoterapi. Tetapi ia bukan rawatan yang percuma dan mudah. Ia memerlukan banyak proses dan pengetahuan. Ia bukan sekadar memerlukan kemahuan yang kuat, malah ia memerlukan keputusan demi keputusan untuk melaluinya peringkat demi peringkat. Saya akan jelaskan selepas ini.

AMBIL MASA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN

Sebelum membuat keputusan dalam memilih kaedah rawatan. Pembaca perlu faham banyak situasi sendiri. Saya bersyukur kerana Allah masih memberikan saya 'Kekuatan' untuk berbincang dan merancang walaupun saya dalam keadaan uzur. Saya akui, ada pihak yang sudah terlalu lemah untuk menilai situasi sendiri apabila dia disahkan mengidap kanser. Keuzuran itu menyebabkan dia buntu dan akhirnya 'merelakan' apa sahaja keputusan dibuat oleh orang di sekeliling. Jika ada sanak-saudara yang terkena kanser dan anda sebagai "pembuat keputusan". Maka, anda wajar membaca buku ini. Anda perlu menilai perkara-perkara ini dengan sedalam dan sejauh mungkin.

MENILAI SITUASI KEWANGAN

Biar saya jelaskan situasi saya secara terperinci sewaktu disahkan mengidap kanser. Saya juga harap tuan puan memahami situasi sendiri sebelum membuat keputusan menjalani kimoterapi. Saya sudah berkahwin dan berumur 31tahun. Perkahwinan saya ketika itu hampir memasuki usia lima tahun. Saya bekerja sebagai pegawai kerajaan dengan gaji 3ribu sebulan. Namun, saya masih lagi belum disahkan jawatan dan berstatus kontrak. Sumber kewangan keluarga sepenuhnya dari saya. Ini kerana isteri saya yang berumur 26 tahun masih belajar di peringkat ijazah. Isteri saya masih mempunyai baki pengajian selama setahun setengah ketika itu. Saya yang menanggung kos pengajian beliau. Jika yuran pengajian tertangguh, kemungkinan pengajian beliau akan bermasalah. Dalam masa yang sama, saya mempunyai dua orang anak kecil. Seorang berumur 4 tahun dan seorang berumur 1 tahun. Anak kecil memerlukan kos untuk keperluan membesar yang sempurna. Jika saya gagal bekerja seperti biasa atau kehilangan punca pendapatan, isteri saya tidak akan mampu menyara kedua anak ini. Melainkan jika dia meminta bantuan kewangan dari pihak lain. Sudah tentu sebagai suami, saya tidak mahu hal itu berlaku.

Dari situ, saya merujuk doktor dan bertanya berapa lamakah tempoh rawatan yang perlu saya lalui dengan kimoterapi. Doktor mengatakan 'kitaran pertama' bagi kimoterapi adalah selama enam bulan. Jika tidak sembuh, akan disambung kitaran kedua selama enam bulan lagi. Saya mula resah. Jika saya menjalani rawatan kimoterapi dengan status jawatan kontrak. Saya berkemungkinan kehilangan kerja. Kerana kita akui secara logiknya bahawa semua agensi tidak akan mengambil pekerja yang berpenyakit dan tidak mampu melaksanakan tugas dalam tempoh enam bulan. Doktor sendiri akui bahawa saya tidak akan mempunyai kudrat untuk melakukan kerja seperti orang biasa jika menjalani kimoterapi. Saya akan keletihan dan terlantar sahaja. Hal itu sudah memberi gambaran bahawa saya akan menjadi 'Mayat hidup' sepanjang rawatan.

Saya beranggapan bahawa rawatan ini tidak akan memberikan jaminan "Masa depan" yang lebih baik untuk kerjaya saya. Dengan kata lain, jika saya memilih untuk menjalani kimoterapi bermakna saya perlu bersedia untuk kehilangan pekerjaan. Hati saya mula serba salah.

Saya fikir, jika pembaca mempunyai sumber kewangan yang baik. Ada ibubapa yang boleh membiayai kos kehidupan dan rawatan. Maka, pembaca tidak perlu memikirkan situasi seperti yang saya sebutkan tadi. Kita berbeza. Mungkin kimoterapi adalah jalan yang sesuai untuk pembaca.

MENILAI KEKUATAN EMOSI

Secara jujurnya saya adalah lelaki yang suka bermanja dengan isteri dan anak-anak. Isteri saya orang Batu Pahat dan saya orang Kelantan, saya pernah menghantar isteri dan anak-anak pulang ke kampungnya selama seminggu di Batu Pahat. Kebetulan saya sibuk dengan berbagai kerja di Kelantan, mereka pulang ke sana tanpa saya. Saya terpaksa akui itu adalah minggu yang meresahkan dan sangat sunyi dalam hidup saya. Dari situ saya sedar bahawa saya tidak akan gembira jika hidup seharian tanpa melihat isteri dan anak-anak di depan mata. Justeru, saya akui bahawa mereka adalah sumber kekuatan hidup saya. Saya perlu pastikan mereka ceria dan gembira selama bersama dengan saya. Dengan itu, saya akan merasai kekuatan untuk terus berusaha membahagiakan mereka. Sebaliknya, jika mereka hidup dalam kemurungan dan sedih disebabkan saya... saya tahu, kesedihan itu akan membuatkan jiwa saya menderita. Situasi ini, semestinya tidak bagus untuk pengidap kanser. Kerana pengidap kanser perlu hidup ceria dan bahagia untuk membantu sistem tubuh berfungsi dengan lebih baik. Kemurungan akan menjadikan penyakit ini lebih cepat merebak dan menjadi ganas.

Saya terus menilai jika saya memilih untuk kimo. Saya akan kehilangan kudrat untuk bekerja. Sebagai seorang suami, kehilangan pekerjaan dan menjadi manusia yang tidak berfungsi untuk menyara keluarga dan anak-anak adalah suatu 'kekecewaan yang besar'. Malah, ia lebih mengecewakan jika hidup dalam keadaan gagal memberi apa-apa malah terpaksa menyusahkan manusia di sekeliling. Bagi saya, situasi sebegini adalah lebih dahsyat daripada menjalani rawatan kimoterapi. Kenapa? Kimo hanya melibatkan diri saya seorang. Saya akan laluinya sendirian. Itu tidak mengapa. Jika saya mati, itu hanyalah ke atas diri saya. Tetapi, bila kesan rawatan itu menjadikan orang di sekeliling saya menderita. Ini lebih menyakitkan. Isteri saya dan anak-anak saya akan menjalani kehidupan yang lebih teruk. 

Perkara yang paling sukar untuk saya gambarkan ialah rawatan kimo akan menjadikan sistem imunisasi badan menjadi sangat lemah. Doktor memberitahu, saya boleh mati jika mengidap demam atau selsema biasa. Saya perlu di kuarantin sepanjang rawatan tidak kira semasa berada di rumah atau di hospital. Saya tidak boleh bertemu dengan sesiapa sahaja sewenang-wenangnya. Termasuk isteri dan anak-anak saya sendiri. Setelah saya menjadi seperti 'mayat hidup' dan tidak berfungsi dengan baik. Dalam masa yang sama saya tidak boleh bersama dengan orang yang saya kasihi seperti biasa. Saya tidak boleh bermanja dengan anak dan isteri, saya juga tidak boleh memeluk dan mencium mereka sesuka hati. Maka ini sememangnya 'Proses yang menyedihkan'. Saya fikir, saya akan mati lebih cepat disebabkan kesedihan dan kekecewaan. Bukan disebabkan penyakit itu sendiri.

Saya makin tawar untuk menjalani kimoterapi. Walaupun doktor menyatakan kemungkinan saya akan sembuh dalam masa enam bulan. Enam bulan adalah tempoh yang panjang. Jika saya melalui proses ini, saya fikir emosi saya tidak akan tahan walaupun untuk tiga bulan pertama. Itulah saya. Saya tidak tahu bagaimana pula dengan pembaca.

Jika pembaca belum berkahwin dan tidak mempunyai sesiapa untuk dikasihi dan dicintai. Malah pembaca sendiri suka hidup bersendirian. Maka, pembaca tidak perlu memikirkan situasi yang saya sebutkan tadi. Kita berbeza dalam hal ini. Mungkin kimoterapi adalah jalan yang sesuai untuk pembaca.

MIND SETTING SEBAIK DISAHKAN MENGIDAP KANSER

Sebaik disahkan mengidap kanser, saya akui ia suatu kejutan. Walaupun ia sudahpun diramalkan, namun 'pengesahan' itu membuatkan kita seperti benar-benar terjaga. Seolah ada orang berbisik "Ajalmu sudah hampir" walaupun sebelum ini seringkali orang memberitahu "Mati itu hampir". Maka, ia memberi satu kesan emosi yang kusut dan meresahkan. Kebetulan saya ke hospital dengan isteri. Namun isteri saya menunggu di dalam kereta disebabkan tiada tempat parking. Saya mula memujuk diri sendiri semenjak di bilik doktor lagi. Saya memikirkan apakah cara untuk memberitahu isteri agar dia tidak merasa 'sedih'. Sedangkan saya juga sudah dilanggar dan dihempas dengan berbagai rasa dalam dada. 

Soalan yang saya tanyakan ketika itu, "Apakah yang saya takutkan sebenarnya?" sudah pasti ialah "Kematian". Jika kematian menjadi ketakutan utama, maka saya akui bahawa semua orang akan mati. Cuma, saya tidak menjangkakan seawal dan secepat itu. Lalu saya cuba selami realiti. Ramai yang lebih muda dari saya telahpun mati. Bukan mati kerana kanser, mati kerana berbagai punca. Ada yang mati kemalangan dan penyakit yang berbeza. Maka, saya perlu bersyukur kerana masih hidup dan diberi nafas sehingga saat ini. Walaupun masih banyak perkara yang saya mahu lakukan di usia 31 tahun. Namun, saya akui sudah banyak masa yang saya perolehi berbanding orang yang telah mati diusia muda. Maka, saya pujuk diri untuk bersyukur. 

"Syukurlah... dapat hidup sampai umur 31. Ada yang mati lebih awal"

Kemudian saya tanya lagi apa "Ketakutan lain". Saya jawab sendiri, saya takut untuk melalui kesakitan yang panjang dan kehilangan masa depan yang menakutkan. Dari situ saya jawab sendiri, kesakitan adalah pengampunan untuk dosa-dosa saya. Saya tidak perlu berdukacita jika Allah mengampuni dosa saya. Malah, penyakit itu sendiri adalah tanda kasih sayang Allah. Dia mahu saya melaluinya dengan sabar. Saya terima walaupun bukan semudah itu. Manakala kehidupan yang bakal saya lalui tidaklah begitu menakutkan berbanding saudara saya yang berada di Somaliam, Iraq, Syiria dan Palestin. Mereka hidup dalam peperangan dan tiada masa depan. Mereka bukan sahaja tidak boleh bermimpi untuk hidup tahun hadapan, malah mereka tidak boleh bermimpi untuk hidup sampai ke petang. Mereka hidup dalam kesamaran dan ketidak pastian. Malah mereka juga tiada makanan yang cukup, bekalan elektrik yang terhad dan tiada tempat untuk merawat penyakit sendiri. Sedangkan saya hidup di Malaysia. Di sini ada kedai menjual makanan yang banyak, saya boleh cari dan pilih sendiri. Di sini ada kemudahan rumah yang selesa, ada kipas dan penghawa dingin. Saya boleh menonton TV dan mendengar radio sekalipun saya terlantar sakit. Malah, di sini saya ada ubat penahan sakit dan kedai farmasi yang banyak untuk mendapatkan ubat terpilih. Maka, saya masih hidup dalam nikmat.

Sekalipun saya sakit dan terlantar, saya tetap berada di tempat yang lebih baik berbanding saudara segama saya di Somalia, Syiria, Iraq, Palestin dan tempat-tempat malang di dunia. Penyakit yang saya hadapi ini juga, tidaklah menakutkan berbanding kehidupan umat Islam di Burma yang dibantai dengan pembunuhan oleh penganut agama lain. Saya WAJIB BERSYUKUR atas keadaan sekeliling saya. 

Ucapkan "Alhamdulillah~ Alhamdulillah~ Alhamdulillah"

Setiap kali perasaan takut dan runsing menyerang. Saya cuma perlu ucapkan "Hasbiyallah wa ni'mal wakeel" (Cukuplah Allah bagiku dan dia sebaik-baik penolong). Memang saya memerlukan masa untuk benar-benar merasai ketenangan. Namun, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya Mind Setting yang 'Positif' sebaik saya disahkan mengidap kanser. Saya akui saya diberikan ketenangan dan tidak memasuki fasa 'kekecewaan dan kemurungan'. Saya berharap tuan puan dan pembaca yang mengidap kanser segera mencari 'sebab' untuk merasa 'syukur' dengan kehidupan yang sedia ada. Jangan biarkan jiwa kita merasa 'malang' dan 'kecewa' sehingga mengucah emosi hingga bertabrakan. Kerana emosi yang tidak keruan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

PENCARIAN RAWATAN ALTERNATIF DENGAN DOA, PEMBACAAN DAN USAHA

Sebagaimana yang saya jelaskan, situasi kewangan dan emosi saya memaksa saya untuk mencari jalan rawatan yang lain. Kimoterapi bukan jalan penyelesaian bagi masalah kanser saya. Bukan saya menolak rawatan itu atas sebab prejudis dan tidak percayakan doktor. Tetapi saya fikir, untuk sembuh saya memerlukan lebih dari kimoterapi. Rawatan kimo mungkin sesuai untuk orang lain, tetapi bukan untuk saya. Maka, saya mula mencari rawatan alternatif yang ada bagi melawan kanser. 

Saya ingin tegaskan bahawa, sebaik sahaja menerima pengesahan penyakit ini. Hati saya bagai ditarik untuk kembali kepada Allah. Dengan izin Allah saya mempunyai kekuatan untuk menenangkan diri. Mulai hari itu, saya bertaubat dan memohon kemaafan atas dosa-dosa saya. Dalam masa yang sama saya meminta agar Allah membantu saya. Saya bangun malam hampir setiap malam sekitar jam 4.30 pagi untuk melakukan solat hajat 12 rakaat. Saya juga beristikharah agar Allah menunjukkan saya rawatan yang terbaik. Saya membaca blog dan membuat carian penawar kanser di internet. Malah saya juga berjumpa dengan beberapa kenalan kepada pesakit kanser. Dari situ mendapat banyak maklumat.

Setelah saya melakukan CT SCAN dan mendapat kelulusan melakukan kimoterapi. Saya hanya mempunyai masa tujuh hari untuk membuat keputusan. Dari saat itu saya memenuhkan hari dengan doa dan solat hajat. Saya mohon keampunan dan jalan keluar dari masalah ini kepada Allah. Hati saya semakin kuat menyatakan bahawa saya perlu elakkan kimoterapi dan ambil alternatif. Akhirnya setelah istikharah saya bermimpi dengan sesuatu yang jelas. Peringatan, saya tidak anggap mimpi itu sebagai pemutus segalanya. Mimpi itu hanya menguatkan sahaja keputusan yang saya ingin ambil. Dari situ saya putuskan untuk memilih jalan saya sendiri.

DOKTOR DAN HOSPITAL TERPAKSA MENGABAIKAN SAYA

Dengan keputusan itu, akhirnya doktor dan hospital terpaksa mengabaikan saya. Kenapa? Itu adalah etika mereka. Bagi mereka, pesakit yang enggan melakukan kimoterapi seolah-olah memilih untuk membunuh diri. Maka, mereka tidak mahu bertanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya. Justeru, saya tidak salahkan pihak hospital ataupun doktor dalam hal ini. Begitulah cara mereka menghadapi pesakit kanser. Tiada pilihan yang diberikan kepada pesakit kanser melainkan kimoterapi. Bagi mereka, hanya kata dua. Kimoterapi atau mati. Itulah doktor yang ada di hospital hari ini. Sedangkan, dari segi aqidah yang menghidupkan dan mematikan adalah Allah sahaja. Malah masih ada orang yang masih hidup walaupun memiliki kanser bertahun-tahun. Cuma, saya ingin jelaskan bahawa jika anda mahu disisihkan dari hospital dan tidak mendapat layanan dari doktor. Maka, ada boleh memilih untuk tidak melakukan kimoterapi. Itu adalah etika dunia perubatan hari ini. 

ENAM RAWATAN UTAMA SAYA

Saya sudah jelaskana bahawa dengan memilih untuk tidak melakukan kimoterapi bermakna saya perlu berusaha sendiri merawat penyakit saya. Ia bukan jalan yang murah, mudah dan senang. Malah, ia satu jalan yang mahal, sukar dan perlu kepada beberapa usaha. Apa yang boleh saya ringkaskan dalam proses merawat kanser ini adalah saya perlu melalui enam rawatan. 

1) RAWATAN JIWA

(Tanpa Kos / tapi memerlukan ilmu)

Tiada rawatan yang lebih utama dari rawatan jiwa. Iaitu memujuk diri sendiri untuk merasa 'syukur' atas apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai satu 'rahmat'. Jika kita memahami pesanan rasulullah SAW dengan baik. Terdapat nas yang jelas menyatakan bahawa penyakit adalah penghapus dosa dan pengangkat darjat di sisi Allah. Ia adalah satu 'tiket' untuk memudahkan kita ke syurga. Jadi, menerima tiket ke syurga adalah suatu yang patut disyukuri dan dianggap sebagai rahmat. 

Rawatan jiwa adalah lebih kepada menjaga hal fardhu sebaik mungkin dalam masa yang sama menjauhi dosa. Itu sahaja. Namun, untuk mencapai rasa tenang yang lebih mendalam. Kita perlu melakukan terapi zikrullah. Membaca ayat 33 setiap pagi dan petang serta melazimi apa-apa zikir yang senang untuk dilafazkan.

Sepanjang pemerhatian saya. Sekiranya sebaik disahkan mengidap kanser, pesakit tidak dapat mengawal emosi. Tidak mampu menerima takdir dengan redha. Penyakitnya akan menjadi sangat agresif dan tubuhnya akan menjadi lemah serta merta. Tiada guna meneruskan rawatan bagi orang yang sudah 'Mati' semangat dan sudah rosak 'Sangka baiknya' pada kehidupan. Ubat tidak akan mampu memberi banyak kesan jika jiwanya sudah punah.

2) RAWATAN PEMAKANAN (DIET)

(Kos harian sedikit bertambah)

Diet pemakanan adalah rawatan paling mujarab dalam mempastikan penyembuhan. Pemakanan seperti gula, daging merah, protein, produk tenusu, msg dan makanan segera adalah 'musuh' utama kepada tubuh pesakit kanser. Jika pesakit membuat kimoterapi atau apa sahaja rawatan tanpa mengamalkan diet yang betul. Semuanya akan jadi sia-sia. Kita melihat ramai pesakit kanser yang melakukan kimoterapi tetapi tiada perubahan, itu pasti kerana dietnya tidak betul.

Pengalaman saya sendiri, saya pernah melalui proses rawatan alternatif yang panjang. Pada awalnya saya masih boleh menahan 'pantang'. Tetapi, setelah berbulan-bulan menahan pantang. Saya tewas. Saya fikir diet hanya untuk beberapa bulan sahaja. Keadaan saya makin sihat dan saya 'sengaja' mengabaikan diet kerana selera makan yang tidak mampu dikawal. Akibatnya, keadaan saya menjadi sangat teruk dalam masa dua minggu sahaja. kanser saya menyerang organ utama seperti tulang belakang dan buah pinggang. Saya mula berpantang dengan serius semula. Alhamdulillah, keadaan masih boleh diperbaiki. 

Apabila saya merujuk kepada beberapa doktor yang mengidap kanser dan sembuh. Mereka memberitahu kepada saya satu perkara penting. Pantang pesakit kanser adalah selama 5 TAHUN. Iya, 5 Tahun. Kenapa perlu lima tahun. Ini kerana kanser tidak akan hilang dan boleh menyerang dalam masa lima tahun pertama. Jika anda sembuh dan sihat dari serangan selama 5 tahun. Barulah bermakna tubuh anda sudah mampu melawan kanser sepenuhnya. Namun, itu hanya kemungkinan sahaja. Jika anda kembali kepada diet yang teruk dan tidak sihat. Anda kemungkinan akan diserang oleh KANSER JENIS LAIN pula.

3) RAWATAN AYAT AL-QURAN

(Tanpa kos / hanya perlu usaha dan masa)

Rawatan ayat al-Quran adalah dengan merujuk kepada beberapa petikan ayat dari 8 surah. Anda boleh carinya di dalam internet. Google dan cari "ayat melawan sel kanser". Bacakan ayat ini pada air untuk minuman dan mandian.

Boleh tengok di banyak web, antaranya :



Namun, bagi yang mahu menemui perawat Islam di darul syifa. Saya memberi penekanan agar 'berbuat' demikian. Ini kerana kebanyakan penyakit KANSER ada kaitan dengan sihir dan jin. Ia adalah penyakit yang dibawa oleh makhluk halus. Saya mendorong dan menggesa tuan puan yang terkena kanser agar mencari PERAWAT ISLAM yang betul. Bukan mencari bomoh! 

4) RAWATAN B17

(Perlukan kos minimum sebanyak RM400 sebulan untuk produk ini)

B17 adalah vitamin yang wujud dalam biji aprikot dan pelbagai sayuran lain. Bagi saya adalah ubat yang 'Sangat mujabarab'. Saya tidak kata ia menyembuhkan, kerana bagi saya ALLAH SAHAJA PENYEMBUH segala penyakit. Namun, sepanjang saya mengambil B17. Saya sudah mencuba banyak produk biji aprikot. Saya tidak nafikan produk di pasaran semakin banyak. Cuma, hati-hati dengan penjual yang meletakkan harga sesuka hati. Saya sudah menemui peniaga yang harga produknya "DI BIBIR". Tiada tanda harga yang tetap. Hari ini sekian, esok harganya sekian. Peniaga seperti ini WAJIB DIJAUHI demi menjaga kewangan anda.

Saya syorkan pesakit mencari produk AFDHAL. Ia sudah dilabelkan, dipakejkan dengan baik, harganya sudah tetap dan dijual dalam pasaran menerusi kelulusan dari KDN. Ini produk yang telah mengubah banyak keadaan tubuh saya. Ia mujarab dan saya mengesyorkan agar tuan puan membeli produk ini. 


Peringatan saya. Jika tuan puan mahu mencari vitamin B17. Cari dari orang yang 'jujur' dan tidak mengambil peluang.

5) RAWATAN OZON

(Kos yang agak mahal. Sekali rawatan sekitar RM350. Biasanya rawatan ini dibuat sebulan sekali atau sebulan dua kali)

Rawatan ozon agak mahal, tetapi berbaloi. iaitu rawatan mencuci darah. Ia bukan seperti dialisis. Rawatannya hanya sejam - sejam setengah. Ia bertujuan mengeluarkan toksik dalam darah, kolesterol dan menambahkan oksigen. Saya sudah melakukannya lebih dari 10 kali dan ia membantu saya untuk kembali sihat. Tidak kira apa jenis kanser, ia sangat membantu. Sekarangpun saya masih melakukannya. Pengalaman saya sendiri, sewaktu keadaan saya kembali kritikal disebabkan melanggar pantang. Saya terus ke pusat terapi ozon untuk mencuci darah. Keadaan saya langsung bertambah baik.

Justeru, bagi pesakit kanser yang punya 'wang lebih'. Jangan ragu-ragu mencuba rawatan ozon. Hampir semua pusat rawatan ozon di Malaysia ini dikendalikan oleh doktor dan jururawat. Tidak perlu risau dan ragu.

6) RAWATAN TRANSFER FACTOR

(Kos sangat besar. Sebulan perlu belanja RM2000 untuk mendapat dos yang berkesan bagi pesakit kanser)

Produk terakhir yang saya cadangkan ialah Transfer Factor. Ia MEMANG BERKESAN jika diambil dalam dos yang cukup. Tetapi, jika ia diambil dalam dos yang tidak cukup atau tidak betul. Kesannya akan menjadi semakin buruk. Justeru, saya menasihati pesakit yang mempunyai duit bulanan yang BANYAK dan TETAP sahaja boleh mengambil produk ini. Jika ada tidak cukup wang untuk mengekalkan pembelian setiap bulan. Saya nasihatkan anda jangan mencubanya. Kerana ia tidak berbaloi untuk mencuba sebulan dan berhenti. Sekurang-kurangnya ia perlukan masa tiga bulan sehingga setahun lebih.

Saya sendiri terdesak mengambilnya kerana keadaan saya yang kritikal suatu masa dulu. Kini saya masih mengambilnya dalam dos yang minimum sahaja. Saya perlu tegaskan bahawa produk ini memang 'Berkesan' untuk memperbaiki sistem pertahanan tubuh dan kesihatan. Tetapi ia SANGAT MAHAL bagi orang yang berpendapatan sederhana seperti saya.

JUMPA PERAWAT YANG BETUL & JANGAN MUDAH AMBIL UBAT KAMPUNG

Saya mendoakan agar apa sahaja usaha yang tuan puan lakukan untuk berubat, semoga ia bertambah baik. Jangan putus berdoa dan meminta panduan dari Allah. Biar Allah bimbing kita setiap masa dalam membuat keputusan. Saya pernah dengar pesakit kanser yang sudah disahkan kanser oleh doktor pergi jumpa bomoh hantu. Ini perbuatan sia-sia malah membawa kepada syirik. Dua kali rugi. 

Satu lagi, jika ada orang menawarkan makanan organik seperti pucuk, daun, buah dan tumbuhan yang dikatakan 'mujarab' untuk melawan kanser. Jangan ambil dan makan selagi mana tidak jelas tentang dosnya. Ada orang yang minum air rebusan akar kayu. Minum sampai habis satu periuk, tiba-tiba kena serangan jantung. Ada yang makan ubat herba tanpa kelulusan KKM. Ada kesan sampingan. Sebaiknya, waspada dan jangan mudah terima produk yang 'dikempen' selagi mana belum ada pesakit kanser lain mengesyorkan. Sebaiknya, ambil beberapa kenalan yang mengidap kanser dan refer pada pemakanan mereka.

PENUTUP

Secara umumnya saya ingin nyatakan bahawa ini adalah artikel pertama yang saya tulis untuk berkongsi pengalaman. Saya juga ada bertemu dengan pesakit kanser lain dan mendengar pengalaman mereka. Namun, masa tak cukup untuk menulis panjang. Apapun saya ingin tegaskan bahawa "Kimoterapi" tetap ada kebaikan bagi 'golongan' tertentu yang tidak mempunyai masalah kewangan dan tekanan hidup. Bagi yang berkeadaan seperti saya, anda perlu menimbang sebelum membuat apa-apa rawatan. Semoga selamat menempuh kehidupan baru.

Terima kasih kerana sudi membacanya dari awal sampai akhir. Semoga mendapat manfaat.


UNTUK MANA-MANA PIHAK YANG INGIN MENYUMBANG BOLEH HULURKAN SUMBANGAN MELALUAI AKAUN BANK ISLAM 03018020968901 ATAS NAMA AISYAH NOOR ERMA ALIAS (adik beliau)

ATAU TERUS KE AKAUN BELIAU MAYBANK A. Ubaidillah Alias
1530 1044 5052
 

Sample text

Sample Text

Sample Text