Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel CIRI PENGIKUT NABI

Teknik Aplikasi Hati - Bagaimana Bersangka Baik

BERSANGKA BAIK Pendoman drpd Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku". Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku" Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku." Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku." Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah ...

Kisah Sahabat Ingin 'Memukul-Balas' Baginda Nabi SAW.

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W. Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat. Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid. Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu setelah agak lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W. mula berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua! Aku ingin tanya pada kamu semua.... apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu adalah Tuhan yang layak di sembah?" Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak d...

40 Peringatan Untuk Umat Nabi Muhammad SAW

01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya. --------------------------- 02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan. --------------------------- 03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur. --------------------------- 04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri. --------------------------- 05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda. --------------------------- 06. Jangan mematah-matahkan jari anda. --------------------------- 07. Periksa kasut anda sebelum memakainya. --------------------------- 08. Jangan mendongak ketika sedang solat. --------------------------- 09. Jangan meludah didalam tandas. --------------------------- 10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang. --------------------------- 11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain --------------------------- 12. Jangan memecahkan benda yang ...

Golongan Miskin Dan Lemah Adalah Pengikut Para Nabi (Miskin Harta Tapi Kaya Iman Dan Taqwa)

Ibnu Majah meriwayatkan hadith daripada Abu Sa’idah al-Khudri r.a. bahawa Nabi saw. pernah mengucapkan doa, “Ya Allah hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan bangkitkanlah aku bersama orang-orang miskin". Diriwayatkan dari Aisyah, Rasulullah S.A.W. berkata kepadaku: ”Sesungguhnya Allah menawarkan kepadaku dataran Mekkah untuk dijadikan emas dan diberikan kepadaku, maka aku menolaknya, lalu aku berkata: Aku tidak mengharapkan itu semuanya Ya Allah, akan tetapi aku lebih senang sehari lapar dan sehari kenyang. Tatkala hari yang aku merasakan lapar, aku merendah diri dan berdo’a kepada-Mu, sementara tatkala hari yang aku merasakan kenyang, aku bersyukur dan memuji-Mu". Rasulullah saw bersabda, "Perkara yang aku takuti atas umatku adalah perut besar (banyak makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan". (Riwayat Daruquthni melalui Jabir r.a). Baginda bimbang apabila umatnya terlalu kenyang kerana ia boleh menyebabkan mereka m...