Dari Blog Puan Khaulah - Hakikat Bahagia
Aku mengambil sedikit masa untuk menuliskan entry ini demi mencari kata-kata yang tepat sebagai ingatan untuk diriku yang sering terlupa. Juga berdoa agar ianya turut boleh memberi manfaat kepada sesiapa. Jika tidak, kekallah ianya sebagai bahan renung dan menung di saat mencari jawapan kepada setiap persoalan. Untuk senang atau derita, itu adalah pilihan. Rasa bahagia dan sengsara itu letaknya di jiwa. Ada orang yang derita sekalipun 'bahagia' dan berlaku juga sebaliknya. Tuhan menciptakan setiap kejadian di dunia bersama jutaan hikmah yang tersurat dan tersirat. Tinggal kita untuk menyingkapi semuanya itu sebaiknya. Fitrah semulajadi sering dilihat sebagai sesuatu yang menyenangkan. Fitrah ingin disayangi, menyayangi, bahagia, ketawa dan lain-lain. Sedangkan fitrah yang utama itu juga ialah rasa ingin kepada Tuhan. Perasaan ingin kepada Tuhan itu pula tidak terhad kepada hal yang menggembirakan saja! Realiti hari ini di dunia, orang bahagia tidak hanya kerana kaya, bahkan s...