Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ROKOK DI AUSTRALIA

Harapan Kepada Para Perokok - Tiru Masyarakat Australia!

Imej
  Semasa Pak Lang di Australia, satu hal yang menarik perhatian ialah sikap dan budaya masyarakatnya. Maksud Pak Lang budaya penduduk kulit putih. Adapun penduduk asli yang tubuh mereka berwarna gelap berambut kerinting itu sangatlah berbeza pula watak mereka. Mereka yang dikenali sebagai Etnik Ebbo itu sangat jauh budayanya dengan masyarakat pendatang yang menguasai pemerintahan Australia. Masyarakat kulit putih Australia ini kelihatan sangat menjaga tingkah laku dan sikap mereka. Mereka menghormati orang lain. Sebolah-bolehnya mereka tidak mahu menyusahkan orang lain (dan mereka juga tidak mahu orang lain menyusahkan mereka?).  Hal ini mudah kita saksikan pada mereka yang merokok. Di bandar Perth - kita tidak mudah melihat orang merokok di merata tempat. Orang yang merokok akan mencari tempat yang jauh dari orang ramai. Kita tidak akan temui orang yang merokok di tempat awam, di restoran, di dalam tandas, di kaki lima kedai atau bahkan di jalanan.  Mun...