Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PRK PENGKALAN KUBOR

Calon PRK Pengkalan Kubur Wajar Daripada PAS - Analisa DetikDaily

Imej
Dari Blog ADDIN Pakatan Rakyat (PR) wajar mengambil kesempatan sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor untuk mengukuhkan kerjasama politik di antara PAS, Keadilan dan DAP.PRK kali ini juga penting buat Menteri Besar (MB) Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob atas dua sebab. Pertama, ini adalah PRK pertama di Kelantan setelah beliau menjadi MB menggantikan Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.Kedua, Dun Pengkalan Kubor sendiri berjiran dengan Dun MB iaitu Pasir Pekan. Kedua-duanya terletak di bawah parlimen Tumpat yang diketuai MB selaku Yang Dipertua PAS Tumpat.Sejauh manakah pengaruh MB baru ini dapat membantu PR untuk memenangi semula Dun Pengkalan Kubor? Umum mengetahui yang Kelantan dilanda "krisis yang tak nampak" berikutan gaya pentadbiran MB baru yang dilihat tidak menawarkan apa-apa yang menarik untuk rakyat, di samping isu kedudukan Datuk Husam Musa yang menjadi duri dalam daging bagi PAS Kelantan. Dun Pengkalan Kubor itu sendiri merupakan satu D...