Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEPIMPINAN

Pemimpin Idaman

BERKAT KEKASIH TUHAN Di setiap zaman, ada hamba-hamba Allah hatinya di dalam pandangan Allah. Para malaikat sentiasa mendoakan dengan keampunan dan rahmat Tuhan. Mereka adalah menjadi sebab dunia tidak dikiamatkan. Mereka apabila dipuji, jiwanya derita, terseksa. Manakala mereka dikeji, senang menerimanya, kerana mereka rasa hamba. Hati mereka susah kerana kesusahan orang,  gembira dengan kesenangan orang. Melihat mereka yang membuat mungkar, didoakannya mereka agar diberi petunjuk. Orang yang menzaliminya didoakannya kepada Allah agar mendapat hidayah atau dengan kebaikan. Penderitaan dan kemiskinan orang lain mereka rasa berdosa jika tidak dapat membela. Dosa-dosa orang lain mereka rasa dosa-dosa mereka kerana kecuaiannya. Baik sangka sahaja dengan manusia. Kalau ada orang yang membuat jahat hatinya berkata mereka membuat dosa dikeranakan kejahilan, aku membuat dosa dengan pengetahuan. Terlihat sahaja mukanya ceria, mesra untuk manusia, hatinya derita dan terhubung dengan Tuhanny...

Dunia Makin Rosak - Orang Bertaqwa Yang Perlu Menjadi Pemimpin

Banyak hal di dunia ini yang semakin rosak dan terus merudum ke bawah. Kerosakan dunia berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Akhlak pula semakin punah ranah. Bagaimana membetulkan semuanya menjadi persoalan yang tidak ada yang tahu melakukannya. Pakar dalam memberi teori memang ramai tetapi apa bentuk pendekatan nya, tidak ada yang mampu menunjuk jalan. Mungkin ramai yang menuding jari kepada pemimpin tetapi hakikatnya setiap kali jari telunjuk menuding pada orang lain, ada 3 jari yang lain menuding diri sendiri. Ramai yang mendakwa mereka yang benar sedangkan orang lain semuanya tak betul. Kalau dalam masyarakat atau negara, semuanya berebut hendak jadi pemimpin.  Dahulu para sahabat Rasullulah SAW sangat takut jika dipilih menjadi seorang pemimpin, tetapi sekarang, ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin. Semua mengaku yang terbaik dan sanggup menjatuhkan lawannya dengan apa cara sekalipun! Sabda Rasulullah SAW ketika baginda menyampaikan hadis ...