Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK BARU

Cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin: Kalau Ada Kejujuran, PAS Dan UMNO Patut Berunding!!

Muhyiddin sekali lagi bercakap dan menyatakan kesediaan UMNO untuk menghulur tangan persahabatan dengan PAS demi kepentingan umat Islam, khususnya orang melayu. Jika di kaji dari segi tata bahasanya ia bermakna UMNO sanggup menerima apa sahaja perbezaan dan bekerjasama demi kepentingan agama dan bangsa Melayu. Orang Melayu yang beragama Islam terlalu berkecamuk samada oleh kerana permainan politik keterlaluan atau pun sememangnya bangsa Melayu ini bangsa yang sememangnya bangsa yang lemah dan tidak mempunyai tulang belakang. Kalau di baca dari permukaan kata-kata Muhyiddin ini, ia merupakan tindakan yang jujur, tetapi UMNO pula mempunyai stigma dalam mana mereka hanya sanggup bekerjasama dengan pihak PAS hanya semasa mereka dalam keadaan yang lemah dan hilang hala tujuannya. Selalunya UMNO akan begitu sombong dan angkuh jika mereka sedang kuat. Jadi jika itulah keadaannya maka tindakan Muhyiddin itu adalah semata-mata kerana UMNO itu parti yang lemah. UMNO mesti faham dalam peru...

Tidak Boleh Dielak, Negara Dan Politik Baru Wajib Berlaku

Bacalah luahan hati masyarakat terhadap situasi yang ada dalam negara kita yang tercinta. Ada banyak perkara yang tidak kena telah, sedang dan akan terus berlaku. Tetapi dalam masa sama, ada arus yang kuat sedang menolak negara ini kepada satu suasana baru yang lebih harmoni dan menenangkan semua pihak.  Arus ini ialah keghairahan masyarakat yang ingin kembali kepada Tuhan. Ketika kelompok yang sedia rakus dengan kekayaan negara, ada gerombolan rakyat yang secara senyap membenci dan mengenepikan golongan perakus tadi dengan cara mereka yang tersendiri. Samada golongan perakus ini sedar atau tidak, rakyat yang meluat dengan karenah mereka sudah tidak boleh dipujuk atau dibendung. Situasi ini tidak akan menyusut tetapi sebaliknya ia akan teruS berkembang dan membiak. Bacalah paparan berikut.  KLIK UNTUK SUMBER Kumpulan yang kecil, jika ia bermuafakat dan bersatu serta ‘organized’ akan menjadi majoriti. Maksudnya jika sekumpulan yang kecil jika mempunyai org...