Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AL-QURAN

Khatam Quran, Faham Serta Amalkan!!!

Semua mengetahui kelebihan Ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang diturunkan pada al-Quran. Lantaran itu ibadah yang sangat dituntut dalam bulan Ramadhan ialah mendampingi al-Quran: membaca, menghafal, mempelajari, memahami, mentadabbur, mengamal dan menyebarkan. Firman Allah Ta'ala bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” ( Al-Hijr 15:9 ) Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, antara sebab terpelihara al-Quran ialah menghafalnya di dalam dada, menulisnya di mushaf-mushaf, membacanya secara berterusan, mengkaji dan mempelajari tanpa henti, mematuhi adab-adab serta syarat-syaratnya, memelihara amalan-amalan yang batin dan adab-adab yang zahir. Beliau juga menceritakan bagaimana kesungguhan salaful-soleh membaca al-Quran: sebahagian mereka khatam satu kali dalam sehari semalam, dua kali dan tiga kali. Ada juga yang khatam satu kali dalam sebulan.  Katanya, yang paling utama diikuti ...

Jika Mata Anda Buta, Apa Jawapan Anda Bila Ditanya Bagaimana Keadaan Anda?

Imej
Sheikh Fahd al Kanderi bertanya pada anak itu;  "Anda tidak diberi penglihatan, bagaimana menjalani kehidupan seharian?" Jawab anak itu ialah; "Aku bersyukur, aku tidak diberi penglihatan. Aku sudah terlepas dari pertanyaan Tuhan di akhirat kelak mengenai mataku yang tidak memandang Al-Quran. Tapi ia tidak menghalang aku membacanya dan mentadabbur." Sheikh itu tak henti-henti mengalir airmatanya. Subhanallah. sungguh suci hati anak itu.

Kisah Iktibar - Beruntungnya Insan Yang Membesarkan Al-Quran Walaupun Tidak Pandai Membacanya...

KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT. 1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. 2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. 3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. 4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung. 5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. 6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu...

Rahsia Anak Pintar - Tidak Perlu Ambil Tuisyen!!!

Imej
Tips genius Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang... Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu... Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya.... Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib. Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka? Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik... Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak menarik. Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri... Melazimi me...

Kanak-Kanak 5 Tahun Sudah Hafaz Al-Quran

Imej
Video kanak-kanak berusia 5 tahun sudah menghafaz 29 juzuk Al-Quran!!

Penemuan Manusia Raksasa Kaum Ad, Umat Nabi Hud A.S

Imej
Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration. Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. Demi keselamata...
Imej
3 TIPS mudah MENGHAFAL MUKA SURAT Al-QURAN Tips untuk menghafal “muka surat” Al-Quran yang sangat menakjubkan. Di sini kami kongsikan dengan anda formula untuk menghafal halaman Al-Quran. Hanya untuk Al-Quran yang standard sahaja.    TIPS 1 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan? TIPS 2 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182 TIPS 3 Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu’ 23 adalah pada halaman 442 Subhanallah, memang menakjubkan. Ajarkan pada anak-anak kecil agar mereka sentiasa membaca Al-Quran. W...

Surah Al-Quran Yang Menginsafkan Ramai Wanita

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 24-1: (Ini adalah) satu surat yang Kami (Allah) turunkan dan Kami (Allah) wajibkan (mematuhi)nya, dan Kami (Allah) turunkan dalamnya ayat-ayat yang jelas, agar kamu mengingatinya. 24-2: Perempuan yang berina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali deraan, dan janganlah belas kasihan kamu kepada kedua-duanya (mempengaruhi kamu) dalam al-din (agama) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang yang beriman. 24-3: Laki-laki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan penzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan penzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki penzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang Mukmin. 24-4: Dan orang yang menuduh wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu...

Al-Quran Yang Digunakan Saiyidina Othman Affan Ada Di Uzbekistan!!

Imej
      Baru kita tahu, Al-Quran yang digunakan Saiyidina Othman Affan ketika dibunuh syahid masih wujud tersimpan di Uzbekistan. Masya Allah! Bertuah dan beruntungnya rakyat Uzbekistan. Sememangnya itu adalah ketentuan Allah, memilih memuliakan bumi Uzbekistan sebagai tempat tersimpannya khazanah Islam yang tidak ternilai itu. Satu penghormatan dari Allah untuk rakyat sebuah negara yang pernah melahirkan ulamak hadis terkemuka seperti Imam Al-Bukhori, Imam Muslim, Imam Termizi dan lain-lain..  Ianya adalah mashaf yang utama sebelum adanya pembukuan hadis serta apa-apa penulisan kitab-kitab mengenai agama Islam. Berjuta-juta kitab yang ditulis selepasnya adalah bersumberkan dari kandungan Al-Quran. Manakala mushaf yang masih kekal utuh itu sebagai naskhah awal dalam sejarah keagungan Islam. TASHKENT 7 Mei - Malaysia menghargai inisiatif yang dilakukan kerajaan Uzbekistan bagi memulihara senaskhah al-Quran lama yang menurut sejarah digunakan Khalifah Islam ...

Al-Akbar, Al-Quran Terbesar Di Dunia

Imej
Al Akbar, Alquran Terbesar di Dunia - Alquran Al Akbar dinilai merupakan karya terbaik dan dinilai terbesar di dunia saat dipamerkan di Ponpes Modern IGM Al Ihsaniyah Gandus, Palembang,  Ahad (29/1/2012). (Foto: JPNN) PALEMBANG (RP) - Delegasi negara Islam peserta Parliamentary Union of OIC Member States (PUIC) Conference ke-7 mengutarakan kekagumannya terhadap Alquran Al Akbar yang merupakan karya ukiran bernilai seni agama. Tak hanya itu, mereka menilai Alquran Al Akbar ini merupakan karya terbaik dan terbesar di dunia. Hal ini diutarakan langsung oleh delegasi negara Islam yakni Lebanon, Libya, Iran, Malaysia, Sudan, Uganda dan Irak yang melihat langsung Alquran Al Akbar  yang dipamerkan di Pondok Pesantren Modern IGM Al Ihsaniyah Gandus Palembang di Jalan M Amin Fauzi, Soak Bujang, Gandus, Ahad (28/1). Iring-iringan 3 unit bus delegasi tiba pukul 14.30 WIB, langsung diterima Syofwatilla Mohzaib dikediamnnya yang masih berada di area Ponpes. Syofwati...

Ketahuilah Rahsia Surah Al-Masad (Sabut)

Kepada anak cucu semua, fahamilah sejarah perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat. Kesulitan dan kepayahan adalah baja penyubur perjuangan. Musuh akan sentiasa bergantian tetapi kita akan terus istiqamah setia di atas jalan kebenaran sehinggalah kita bertemu Tuhan.  Tidak ada apa yang perlu kita gusarkan tentang musuh-musuh kita. Mereka pasti kecundang. Bacalah paparan berikut untuk mendasari situasi yang ditempuh oleh Abu Lahab - tokoh penentang perjuangan Baginda Nabi saw yang disebut namanya dengan hina di dalam Al-Quran!! Surah Al-Masad(Sabut) - سُوۡرَةُ لهب / المَسَد Makkiyyah(111: 1-5) تَبَّتۡ يَدَآ أَبِى لَهَبٍ۬ وَتَبَّ 1.Binasalah dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia tetap binasa مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُ ۥ وَمَا ڪَسَبَ 2.Tidak berguna hartanya dan apa yang telah diusahakan. سَيَصۡلَىٰ نَارً۬ا ذَاتَ لَهَبٍ۬ 3.Kelak dia akan masuk ke dalam api neraka yang bergejolak/menyala-nyala. وَٱمۡرَأَتُهُ ۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ 4.Dan isterinya pembawa kayu ...