Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SYAFAAT RASULULLAH SAW

Apakah Syafaat Rasulullah SAW?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم ERTI SYAFAAT Syafaat dari sudut istilahnya adalah pengantara bagi seseorang dalam hal mendapat manfaat atau menjauhkan daripada hal mudharat. A) Mendapat Manfaat: Syafaat Nabi Muhammad SAW bagi ahli Syurga supaya masuk ke dalam Syurga. B) Menjauhkan Mudharat: Syafaat Nabi Muhammad SAW bagi mereka yang akan dimasukkan ke dalam Neraka agar terselamat darinya. JENIS SYAFAAT UTAMA Secara ringkasnya para ahli Ilmu telah menyebutkan DUA jenis syafaat iaitu: PERTAMA: Syafaat Khusus bagi Rasulullah SAW. Di sini terdapat 3 bahagian: 1) Syafaat ‘Uzhma Syafaat ini merangkumi setiap umat manusia iaitu termasuk umat nabi dan rasul yang lain ketika di Padang Mahsyar. Terdapat banyak hadith yang mutawatir, dan antaranya hadith Anas bin Malik yang panjang. 2) Syafaat Baginda pada Ahli Syurga untuk mendapat izin memasuki Syurga Apabila selesai perhitungan (hisab) dan berjaya melintasi titian, Ahli Syurga mendapati pintu Syurga tertutup, sehinggalah Baginda memohon syafaat agar ...