Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MAZMUMAH

Ketahuilah Merajuk Itu Penyakit Jiwa (Mazmumah)

Kenapa merajuk? Seringkali orang merajuk kerana dia kecil hati orang lain tidak mengindahkannya. Sama ada orang tidak memuliakannya dengan memberikannya satu kedudukan atau tempat yang istimewa, atau tidak menerima pandangannya, atau tidak menunaikan permintaannya. Siapa yang kena penyakit merajuk? Penyakit merajuk ini boleh kena pada siapa-siapa sahaja. Tidak kira lelaki atau perempuan. Tidak kira tua atau pun muda. Orang yang besar atau pun kecil. Anak boleh merajuk dengan emak, emak boleh merajuk dengan anak. Punca merajuk Merajuk ini berpunca dari hati yang kurang ada rasa kehambaan. Bila tidak rasa diri hamba, dia akan merasakan yang dirinya itu tuan. Sebagai tuan, dia perlulah dimuliakan. Kata-katanya perlu didengar dan dikotakan. Sebenarnya, hatinya marah kerana tidak diberi perhatian. Tetapi mungkin kerana malu atau tidak ada kuasa, ataupun mungkin kerana beranggapan yang marah-marah itu satu sikap yang lebih tidak baik, marahnya pun tidak dilepaskan. ...

Rahsia Kenapa Berteriak Ketika Marah

Seorang Syeikh berjalan dengan para muridnya, mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar, dan saling berteriak. Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya : "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?" Salah seorang murid menjawab : "Kerana kehilangan sabar, makanya mereka berteriak." "Tetapi, mengapa harus berteriak kepada orang yang tepat berada di sebelahnya? Bukankah pesan yang ia sampaikan, ia ucapkan dengan cara halus?" Tanya sang Syeikh menguji murid-muridnya. Muridnya pun saling beradu jawapan, namun tidak seorang pun jawapan yang mereka sepakati. Akhirnya sang Syeikh berkata : "Bila DUA ORANG SEDANG MARAH, maka HATI MEREKA SALING MENJAUH. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka harus berteriak agar perkataannya dapat terdengar. SEMAKIN MARAH, maka akan SEMAKIN KERAS TERIAKANNYA. Kerana JARAK KEDUA HATI SEMAKIN JAUH". "Begitu juga sebaliknya, DI SAAT KEDUA INSAN SALING JATUH CINTA. Me...