Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MUSIBAH UNTUK IKTIBAR

Operasi Dipergiatkan Kesan Dua Remaja Dikhuatiri Lemas Di Pantai Tok Bali

Operasi mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tok Bali sejak Ahad lepas, terus dipergiatkan. - Gambar fail PASIR PUTEH: Operasi mencari dan menyelamat dua remaja yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Tok Bali di sini sejak Ahad lepas, terus dipergiatkan. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 (D10) Tok Bali, Kapten Nurul Hizam Zakaria berkata operasi yang masuk hari ketiga hari ini, melibatkan lebih 140 anggota pelbagai jabatan termasuk APMM, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. "Antara aset yang digunakan ialah sebuah kapal, enam buah bot dan dua jetski," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. Dalam kejadian pukul 4.13 petang itu, dua remaja dikenali sebagai Ahmad Haziem Anizam, 14, dan rakannya, Amir Azfa Rafar, 13, masing-masing dari Selising di sini, dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Pantai Tok Bali. Dua rakan...

Kehilangan Anak Saudara Ketika Mandi Di Pantai Tok Bali, Kelantan

Imej
Tajuk Metro online malam tadi melibatkan keluarga isteri Pak Lang. Gadai nyawa cuba selamat rakan Firdaus (kanan) dan rakannya Amir Syahir yang terselamat namun dua rakan mereka masih hilang. - Foto AZLAN HAFEEDZ Azlan Hafeedz am@hmetro.com.my Pasir Puteh: “Saya gagahkan diri berenang melawan ombak bagi menyelamatkan dua rakan namun saya hampir lemas ditarik ombak besar,” kata Mohd Firdaus Mustaffa, 16, yang terselamat daripada lemas di Pantai Tok Bali di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Mohd Firdaus dan Amir Syahir berjaya diselamatkan oleh orang ramai daripada lemas. Namun, dua rakan mereka, Ahmad Haziem Anizan, 14, dan Amir Azfar Rafar, 13, masih hilang selepas dihanyutkan ombak. Kini, usaha mencari kedua-dua masih giat dilakukan anggota penyelamat termasuk mencari di pesisir pantai. Mohd Firdaus berkata, mereka tiba di pantai berkenaan kira-kira 4 petang dengan menunggang tiga motosikal dari rumah Aziem sebelum sepakat ...

Musibah Kehilangan Anak Saudara

Sejak malam semalam, mata kiri Pak Lang sentiasa bergerak-gerak. Itu suatu yang lumrah terjadi pada diri Pak lang seolah-olah satu khabar buruk akan terjadi. Kebetulan atau tidak, mata kiri itu tidak lah sebegitu melainkan disusuli dengan hal-hal yang dukacita. Ianya pengalaman sepanjang hidup yang menjadikan hati berdebar2 bila mata kiri sebegitu. Hati cemas, berdoa dan berharap moga diselamatkan semuanya. Kuasa Tuhan adalah segala-galanya. Bersiaplah menghadapi apa sahaja dengan redha. Selepas maghrib, semasa di Labuan, Pak Lang menerima telipon dari bapa mertua mengkhabar suatu berita yang sangat mengejutkan. Allahu akbar!  Keluarga isteri Pak Lang di Kelantan sedang menghadapi musibah kehilangan anak lelaki berusia 13 tahun yang masih hilang di pantai Tok bali, Pasir Puteh, kelantan. Sejak di tarik ombak besar ke tengah laut jam 4.15 petang semalam (Ahad 25hb Disember), Amir Azfar ini belum lagi ditemui.  Seluruh keluarga berhimpun di pantai tersebut sepanjan...

Iktibar Wang Siling

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan ,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu t...

Gambar-Gambar Kesan Banjir Di Lembah Bertam

Imej
Amaran satu jam sebelum air dilepaskan Adakah itu SOP TNB? 'Siren amaran dibunyi sejam sebelum air dilepaskan'   5:30PM Okt 24 2013 Siren amaran dibunyikan selama satu jam mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membolehkan penduduk mengosongkan kediaman masing-masing sebelum air empangan di Ringlet, Cameron Highlands dilepaskan, demikian menurut jabatan bomba dan penyelamat. Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Datuk Soiman Jahid berkata mengikut SOP, penduduk seharusnya berwaspada apabila siren dibunyikan tanpa henti bagi mengosongkan kawasan kediaman kerana limpahan dari empangan boleh menyebabkan banjir kilat. "Selain itu, pihak polis juga membuat rondaan sambil menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada penduduk berpindah serta-merta demi keselamatan dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur hari ini. B...

Masya Allah!! 3 Mati Lemas Akibat Air Empangan Dilepaskan Untuk Elak Empangan Pecah

Imej
Empangan Pecah, Cameron Highland dibanjiri lumpur. Hasil Nukilan Fareast Ibnu Din on Wednesday, 23 October 2013 pada 21:33 Innalillah, hari ini satu Malaysia dikejutkan dengan kejadian banjir lumpur yang melanda Tanah Tinggi Cameron, Pahang Darul Makmur. Kejadian dikatakan berpunca daripada Empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar yang tidak mampu menampung lebihan air yang melimpah ke empangan tersebut. Air dari empangan tersebut terpaksa dilepaskan beberapa kali bagi mengelakkan ia pecah. Menurut sumber INI .. “Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat,” katanya. Allahu Akbar. Sesungguhnya manusia itu hanya mampu merancang. Allah jualah yang sebenar-sebenar dan sebaik-baik pengatur alam ini. Kejadian alam yang melanda ini haruslah kita kaji mengapakah ianya diturunkan kepada tempat tersebut secara lahiriah dan batin...