Episod Pemecatan Tan Sri Khalid Semakin Meruncing!!
Episod sebelum raya yang semakin menarik ialah bagaimana parti komponen Pakatan Rakyat akan diuji dengan isu pemecatan Tan Sri Khalid dari menjadi MB Selangor. Semua pihak yang berkepentingan sedang bertekun mengira laba dan rugi yang akan diraih. Selepas raya banyak gelanggang perbincangan akan terpaksa dibuka untuk membolehkan hasrat masing-masing terlaksana. Ramai yang akan kena 'tikam', tertusuk di sana dan di sini. Ramai yang tidak bersetuju tapi terpaksa menelan pahitnya menerima keputusan parti. Adakah ini detiknya yang ditunggu-tunggu UMNO / BN untuk dapat merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat? Semuanya bergantung sejauh mana kemelut ini meruncing. Semakin tajam runcingan yang terjadi, semakin berpotensi PR di'nyahkan' dari Selangor. Dalam pada itu, bagi sesiapa yang berminat mengambil alih kerusi MB mestilah berhati-hati. Takut-takut yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran!! Bacalah tulisan Pak Aspan mengenai tajuk berikut: ...