Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KISAH NABI SULAIMAN DAN KEHILANGAN MH370

Fadhilat Berbakti Pada Ibu Bapa.- Bacalah Kisah Nabi Sulaiman - Doa untuk MH370

Imej
  Membaca kisah berikut mengingatkan Pak Lang tentang nasib semua mangsa di dalam pesawat MH370. Kita hidup di zaman yang jauh daripada para Nabi dan Rasul tetapi yakinlah Nabi Muhammad saw itu sangat dekat dengan kita. Baginda saw sedang memantau perjalanan kehidupan umat Baginda saw di akhir zaman. Apa yang berlaku kepada MH370 ada dalam pengetahuan Baginda saw. Apa yang dikisahkan ini benar-benar berlaku secara realiti di zaman Nabi Sulaiman. Ianya kisah seorang pemuda yang berbakti kepada dua ibubapanya. Hebatnya balasan dan habuan Allah untuknya. Dia dimasukkan ke dalam kubah yang indah sebagai syurga sementara dan hidup selama lebih 14,000 tahun di dalam air!! Terfikir tentang MH370 kerana Nabi Sulaiman memeintahkan seorang kekasih Allah - di kalangan pengikutnya untuk turun ke laut dan mengangkat kubah tempat pemuda ini berada. Lalu kubah itu di bawa ke hadapan Nabi Sulaiman.  Bayangkan jika kita dapat memanggil Ashif bin Barkhiya ketika ini dan memin...