Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Apakah Kelayakan Bagi Menerima Zakat Pada Janda Dan Anak Yatim

ISU anak-anak yatim yang terbiar, ibu tunggal dan warga emas yang tidak terbela banyak dimainkan di media sosial dan media massa. Oleh itu, saya ingin mendapatkan kejelasan daripada pihak ustaz, kenapakah masih ramai dalam kalangan armalah (ibu tunggal), warga emas, anak-anak yatim dan orang-orang yang sebatang kara yang tidak disantuni dengan wang zakat di negara ini? Harap pencerahannya. Jawapan: Alhamdulillah, diucapkan terima kasih dan tahniah di atas keprihatinan saudara dalam mengikuti isu dan perkembangan semasa. Tidak dinafikan, memang ada kes warga emas yang diabaikan dan anak-anak yatim yang diambil kesempatan di mana-mana. Namun persoalannya, adakah benar mereka ini asnaf zakat dan semuanya layak mendapat zakat? Oleh itu, moga-moga juga jawapan yang saya sajikan ini mampu memberikan sedikit pencerahan dan kejelasan terhadap kekeliruan dalam memahami siapakah yang disebut sebagai asnaf atau mustahiq (mereka yang berhak) ke atas zakat, sebagaimana yang sepatutnya, sesuai...