Kisah Mayat Keluar Darah Tidak Berhenti Yang Sangat Ngeri
Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa…. tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar. Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham? Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja… Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada...