Luluh Hati Suami, Rakam Isteri Berzina Dalam Kereta Dengan Lelaki
Kisah berikut Pak Lang jumpa di SINI . Pak Lang telah membacanya dan merasakan wajar kita mengambil pengajaran dari kisah yang diceritakan sendiri oleh suami yang malang ini. Di dalam dunia hari ini, godaan nafsu syaitan ada di mana-mana. Ramai yang terjebak dan sengaja menempah derita. Inilah akibatnya apabila hidup tidak mempunyai hala tuju kepada Allah. Yang dicari hanya keseronokan sementara. Semoga kita semua dipimpin Allah melepasi tipu daya dunia, nafsu dan syaitan. Bacalah. Gambar hiasan Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat. KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah laku...