Pertembungan Peradaban Dan Rampasan Kuasa Di Mesir - Usaha Yahudi Untuk Terus Mendominasi Dunia
Semasa menghadiri majlis perasmian Fried Chicken House (FCH) di Shah Alam malam tadi, Pak Lang tertarik pada majlis perasmiannya. Maksud Pak Lang apa yang disampaikan oleh Ybhg Dato' Dr Haji Abdul Malek Hanafiah dalam ucapan perasmiannya itu sangat bermakna pada Pak Lang. Untuk pengetahuan anak cucu dan pembaca bog sekelian, Dato' Dr Haji Abdul Malek adalah lulusan Universiti Harvard - PHD dalam bidang Pengurusan Pilihanraya (jika tidak silap Pak Lang). Beliau merupakan bekas Setiausaha Politik Ybhg Tun Dr Mahathir Mohammad semasa Tun menjadi Perdana Menteri. Juga pernah menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri Perak selama 2 penggal. Dalam ucapannya Dato Malek mengulas mengenai konflik yang sedang berlaku di Mesir. Kejatuhan Dr Mursi sebagai Presiden Mesir di dalangi musuh-musuh Islam (baca Yahudi). Sememangnya ramai yang mengulas mengenai hal ini tapi Dato Malek mengupasnya dari sudut yang lebih luas skopnya. Dato' Malek menyatakan bahawa beliau pernah berkesem...