Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEJAYAAN

Apakah Punca Kegagalan Dalam Perniagaan?

Kegagalan utama ialah bagaimana berhubung hati dengan Allah. Ramai yang mahu berjaya tetapi masih tidak solat atau kalau solat pun tidak dengan kesungguhan hati. Hati tidak dapat sentuhan Allah. Gagal khusyuk dalam solat ertinya gagal mendapatkan aura orang-orang yang berjaya. Bukankah Tuhan menyatakan dalam firmanNya; "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya". (Surah Al-Mukminun 1 - 2) Hubungan hati dengan Allah itu bukanlah sekadar dalam solat. Ianya perlu dikekalkan rasa khusyuk - dengan perasaan takut setakut-takutnya dengan Allah. Allah!!!! Sulitnya hendak membina dan mengekalkan rasa ini kalau tidak dipimpin oleh 'mentor' yang sudah mempunyai rasa sebegitu.  Ini belum lagi kita bicarakan hal hubungan hati kita dengan Baginda Nabi saw. Sedangkan Bagindalah satu-satunya insan yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat. Bagindalah yang membawa islam untuk kita amalkan di dunia sehingga si...

Siapa Sahaja Boleh Berjaya

Siapa sahaja boleh berjaya kalau kena caranya. Dan siapa sahaja boleh gagal kalau tidak mengikut jalan kejayaan. Kejayaan ada laluannya. Laluan yang kita kena ikut ialah laluan orang-orang yang berjaya.  Jika hendak jadi wali-wali atau kekasih Allah, kenalah ikut jalan kehidupan mereka. Wali-wali Allah ini tdak takut melainkan kepada Allah semata-mata. Itulah jalan hati mereka.  Jika hendak jadi usahawan berjaya pun samalah prinsipnya. Ikutlah jalan atau pendekatan usahawan yang berjaya. Yang penting usahawan yang diredhai Allah. Usahawan yang kita inginkan ialah usahawan yang sentiasa dengan Allah.  Jadi tentulah kita setuju, usahawan juga ada peluang menjadi kekasih Allah. Alangkah beruntungnya jika jadi usahawan yang berjaya, dalam masa yang sama dapat jadi kekasih Allah. Dua kejayaan serentak. Ramai sahabat Nabi saw yang begitu.  Soalnya ramai yang takut atau pobia dengan kalimah usahawan. Bagi mereka, gambaran usahawan ialah orang yang kaya be...

PT3 - Yang Hebat tetap Hebat walaupun yatim piatu

Ditulis oleh Mohar Yahya  KUALA TERENGGANU:  Ketika rakan-rakan cemerlang lain berkongsi kejayaan Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bersama ibu bapa masing-masing, Nurul Huda Zuki hanya mampu berkongsi kejayaan bersama neneknya yang terlantar sakit.  Nurul Huda, anak yatim piatu yang mendapat 10A, berkata kasih sayang yang diperoleh dari neneknya, Botok Daud, 71, menambahkan lagi semangatnya untuk memburu impian sebagai doktor pakar bedah satu hari nanti.  "Saya kematian ibu dan bapa ketika berumur setahun dan sejak itu dipelihara oleh nenek di Kampung Tapu, dekat Kuala Berang. "Walaupun sedih kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan dengan nenek yang terlantar sakit ketika ini, namun doa dan harapannya akan terus menjadikan saya seorang yang kental dan bercita-cita tinggi," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini, hari ini.  Beliau adalah antara 34 daripada 102 pelajar Tingkatan 3 yang mendapat 10A di sekolah...

Kenapa Orang Tidak Solat Boleh Berjaya ?

Imej
Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang meli...