Teknik Cium Duit Untuk Bina Pemikiran Bawah Sedar?
Seorang peserta ‘Aura Mind Power & Money Magnet Seminar’ mencium duit ketika menghadiri kursus di Kuala Lumpur, 10 Mei lalu. – Gambar dari Facebook Kita bukan sembah duit RM44,000, penganjur seminar pertahankan teknik cium duit Seorang penganjur seminar kekayaan mempertahankan teknik mencium duit yang digunakan dalam kursus “magnet wang” kendaliannya selepas gambar peserta programnya melakukan aksi itu tersebar luas di media sosial. Kursus itu mula mencuri perhatian ramai apabila gambar peserta-pesertanya mencium gundalan wang RM50 dan RM10 dan meletakkannya ke dahi mereka, dikongsi lebih daripada 4,000 kali dan disukai lebih 15,000 orang di laman sosial Facebook. Penganjur seminar yang dikenali sebagai Dr Mohamad Khalid Sabran berkata, teknik mengucup bongkah duit bernilai RM44,000 itu bukan satu upacara menyembah duit seperti yang disangkakan orang ramai. Sebaliknya, ia adalah satu cara untuk menarik rezeki serta melatih “minda bawah sedar” merasakan “geta...