Cerita Hantu Dan Makhluk Halus
Terlebih dahulu Pak Lang mohon ampun maaf kerana paparan kali ini kelihatannya banyak bercerita tentang diri Pak Lang. Pak Lang memohon keampunanNya awal-awal. Tujuan Pak Lang ialah untuk anak cucu sekelian memahami situasi yang kami telah lalui. Anak-anak zaman sekarang agak sukar bertemu situasi yang telah kami tempuh dan lalui. Bacalah paparan ini sekadar untuk mendapat cerita dan pengalaman kami yang diberi peluang oleh Tuhan menempuhnya terlebih dahulu daripada kalian. Pak Lang bukanlah jenis yang berani sangat. Tapi rasanya tidaklah dalam kategori penakut. Mungkin mengingat pesan orang tua-tua di kampung: "Kalau berani jangan berani sangat, kalau takut, janganlah penakut sangat!!" Jadi memang watak semula jadi beginilah. Kalau pun ada di lihat macam berani, itu sebenarnya lebih kepada suka menyambut cabaran atau mahu bertanggung jawab. Sebenarnya berani kerana Allah itu sifat terpuji di sisi Tuhan. Manakala takut mati pula sifat yang keji dan termasuk dalam sifat ma...