Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel POLITIK - KAJANGMOVE

Malaysia Diambang Gawat Politik? KajangMove Dan Anwar Ibrahim - Apa Sudahnya?

Imej
Pak Lang paparkan di sini satu tulisan menarik mengenai senario politik tanahair. Tentunya ianya ada kaitan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menjadi calon pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac akan datang. Adakah situasi ini akan mencetuskan satu kegawatan politik yang makin bercelaru? Sememangnya dunia politik serba mungkin dan serba boleh. Asalkan kuasa dapat direbut, apa saja boleh dijadikan landasan atau sandaran. Apakah gawat politik kali ini akan menguburkan individu atau pihak tertentu belumlah kita ketahui.  Paparan berikut menyelami detik-detik ke arah gelombang politik 'Kajang Move". Senario ini mencemaskan orang-orang yang tidak berminat dengan politik. Apa pun yang mahu dicapai, diharapkan lakukanlah dengan penuh rasa tanggung jawab terhadap rakyat dan negara.  Rakyat terbanyak mengharapkan kehidupan yang aman makmur, bersatu padu, bekerjasama dan harmoni. Apa jua percaturan politik hendaklah ditangani dengan kematangan dengan mengambil...