Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel HIJRAH ARTIS

Insiden Ngeri Di Syria Punca Yatt Hamzah Kembali Ke Pangkuan Suami

Imej
Hampir maut di Syria menjadi punca hati Yatt Hamzah insaf dan kembali ke pangkuan suaminya baru-baru ini. Semuanya bermula apabila dia mengikuti misi bantuan kemanusian baru-baru ini bagi menghulurkan bantuan pada penduduk yang mengalami penderitaan.  Ketika Yatt dan suami selesai memberi bantuan di satu kawasan, tiba-tiba sebutir bom meletup di situ selepas beberapa minit mereka beredar.  "Sebenarnya kesengsaraan yang dialami penduduk Syria lebih teruk dan dahsyat berbanding penduduk di Palestin, banyak bangunan runtuh serta hilang tempat tinggal.  "Saya hanya berserah pada Allah dan nekad apabila berada di Syria kerana nyawa saya ketika itu umpama telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja boleh maut.  "Namun demi membantu umat Islam, saudara kita di sana, saya kena berani dan tak boleh rasa gentar, membantu mereka adalah ibadah yang besar fadilatnya,” katanya ketika ditemui media di majlis sambutan ulang tahun kelahiran anaknya di Batu Cav...

Imej Baru Artis Hanis Zalikha Berhijrah, Bertudung - Menangis Iblis!

Imej
Pelakon dan blogger terkenal, Hanis Zalikha kini tampil dengan imej baru selepas memuat naik gambarnya bertudung di laman Instagram.  KL: Pelakon dan blogger terkenal, Hanis Zalikha kini tampil dengan imej baru selepas memuat naik gambarnya bertudung tadi di laman Instagram miliknya. Lapor Astroawani Menerusi kapsyen di Instagramnya, Hanis Zalikha atau nama sebenarnya Hanis Zalikha binti Zainal Rashid menjelaskan sudah lama berlatih bertudung dan mengakui sedikit emosi lebih-lebih lagi menjelang hari pertunangannya tidak lama lagi. “Dah lama dah practice. Baby steps bila keluar dengan family, dapat pakai tudung so happy. Keluar dengan kawan, dapat pakai tudung so happy. Keluar dengan dia, dapat pakai tudung so happy. Malah terserempak fans got me blushing☺️. Mama Daddy dah lama doa dan hint2. Jadi anak yang baik sebelum jadi isteri yang baik. “Saya dibesarkan dengan kesabaran dah kasih sayang. Tak sanggup nak dipisahkan dari tanggungjawab mereka tanpa mereka r...

Pertikai Artis Berhijrah, Wan Aishah Jawab Dr Mashitah.

Imej
KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar," demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah. Beliau yang kini sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia harus disampaikan. Tambahnya, artis mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata dan nasihat ustazah. "Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya. Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini. Semalam, perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mash...

Sila Tonton!! - Kisah Hijrah Neelofa

Imej

Penjelasan Abby Abadi Mengenai Dakwaan Bekas Suami

Imej
Inilah rumah tangga. Bahagia dan derita akan bersilih ganti. Perceraian bukanlah suatu yang aib. Ia hanya proses meleraikan ikatan akibat ketidakserasian. Abby yang lebih matang bertindak, wajar untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan kepada umum mengenai perceraian mereka. Tetapi bagaimana pula jika bekas suami yang mengheboh dan 'mereka' cerita. Dalam beberapa hari ini, media sosial heboh dengan cerita daripada pihak Farhan. Ini pula jawapan dan penjelasan Abby. Kita tidak perlu menghukum. Cukuplah untuk sama-sama mendoakan mereka. Berpisah sudah, bercerai pun sudah. Bertindaklah dengan matang dan menghargai maruah diri. Ada peringatan Allah untuk setiap yang berlaku. Semoga semua ujian akan dapat menginsafkan kita.    Bacalah respon Abby Abadi mengenai laporan polis oleh bekas suaminya. Abby Abadi telah menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan bekas suaminya, Farhan. Kalau anda terlepas pandang, Farhan tel...